ilmu dan makrifat

Upload: daswindra

Post on 14-Apr-2018

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Ilmu Dan Makrifat

    1/2

    ILMU DAN MAKRIFAT

    Pertama Hati Yang Beriman Lawannya Kafir

    Kedua Sumah Lawannya Bidah

    Ketiga Hati Yang Taat Lawannya Maksiat

    Dan HATI inilah tempat NIAT yang menentukan SAH SOLAT atau lain lain pekerjaan.

    KEDUDUKAN NIAT

    Bahawa NIAT itu tempatnya di HATI, tidak berhuruf dan bersuara sebagai letaknya harus

    melaksanakan :-

    QASAD menunjukkan ZAT akan SIFATNYA kepada yang disifatkan

    TAKRID menentukan ZAT akan SISATNYA dan kepada yang disifatkan.

    TAAYUN sabenar2nya AKU menyatakan DIRI AKU dalam TAUHID Takbiratul Ihram Aku

    kepada Sifat yang disifatkan.

    Maka karamlah DIRI dalam lautan tidak bertepi itu nescaya SOLAT bukan lagi ENGKAU /

    AKU tetapi AKU ZAT yang melahirkan Kerja Aku dalam rupaku yakni SifatKu yang nyata

    dalam kelakuan hambaKu. Engkau tiada UPAYA dan KEKUATAN untuk melakukan solat itu

    malahan engkau lakukan atas Kurniaan & Rahmat Aku semata-mata.

    Kenapa engkau merasa ada kewujudan dalam hidup ini sedangkan WUJUD itu adalah Aku

    semata-mata ? Yang mengerjakan kelakuanmu itu Aku atas Kudrat & IradatKu. Yang

    menentukan waktu pun Aku, Aku punya Ilmu. Tanpa itu engkau tiada hambaku. Aku sengaja

    menyatakan DIRIKU padamu dan Aku memuji DiriKu diatas lidahmu wahai hambaku.

    Jangan sekali-kali ada rasa didalam hatimu bahawa engkau mempunyai kemampuan untuk

    memujiKu . Ketahuilah bahawa engkau adalah hambaKu yang FAKIR berhak menerima

    PemberianKu.

    TIANG SOLAT

    a. HADIR HATI yakni menghadap Allah dan membuangkan segala yang GHAYR (yang lain

    selain Allah ) didalam solat

    b. KHUSU / TETAP HATI didalam solat yakni tidak merayau rayau fikiran kemana mana.

    c. SEMPURNA bacaan FATIHAH

    SAH SOLAT

    a. Sah solat kerana SAH WUDHU

    b. Sah Wudhu kerana Sah ISTINJA

    c. Istinja itu membersihakan anggota badan dari berupa bentuk najis besar mahupun kecil.

    KESEMPURNAAN ISLAM

  • 7/30/2019 Ilmu Dan Makrifat

    2/2

    Nota oleh Fakir S = Soalan , J = Jawapan

    S Yang dikatakan ISLAM berapa kesempurnaannya ?

    J Tiga Perkara :-

    a. Diikrarkan dengan lidahb. Ditashdiqkan dalam hati

    c. Dikerjakan dengan anggota