ilani binti hamzah · iaitu lebih daripada 70% responden mengakses e-pembelajaran antara 2 hingga 5...

26
GAYA PEMBELAJARAN DAN KESANNYA TERHADAP PENGLIBATAN PELAJAR TAHUN AKHIR KURSUS SPP, SPK DAN SPT FAKULTI PENDIDIKAN DALAM PERSEKITARAN E-PEMBELAJARAN ILANI BINTI HAMZAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 15-Mar-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ILANI BINTI HAMZAH · iaitu lebih daripada 70% responden mengakses E-Pembelajaran antara 2 hingga 5 kali dalam seminggu manakala 11.6% mengakses setiap hari. Hasil kajian mendapati

GAYA PEMBELAJARAN DAN KESANNYA TERHADAP PENGLIBATAN

PELAJAR TAHUN AKHIR KURSUS SPP, SPK DAN SPT FAKULTI

PENDIDIKAN DALAM PERSEKITARAN E-PEMBELAJARAN

ILANI BINTI HAMZAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: ILANI BINTI HAMZAH · iaitu lebih daripada 70% responden mengakses E-Pembelajaran antara 2 hingga 5 kali dalam seminggu manakala 11.6% mengakses setiap hari. Hasil kajian mendapati

PSZ 19: 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : GAYA PEMBELAJARAN DAN KESANNYA TERHADAP PENGLIBATAN PELAJAR TAHUN AKHIR KURSUS SPP, SPK DAN SPT FAKULTI PENDIDIKAN DALAM PERSEKITARAN E-PEMBELAJARAN

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya: ILANI BINTI HAMZAH

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap:

5339 KG BARU, POKOK SENA, DR. JAMALLUDIN HARUN 13200 KEPALA BATAS, (NAMA PENYELIA) PULAU PINANG

Tarikh: 31 OKTOBER 2008 Tarikh: 31 OKTOBER 2008 CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: ILANI BINTI HAMZAH · iaitu lebih daripada 70% responden mengakses E-Pembelajaran antara 2 hingga 5 kali dalam seminggu manakala 11.6% mengakses setiap hari. Hasil kajian mendapati

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan Ijazah Sarjana Muda Sains

Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : Dr Jamalludin B Harun

Tarikh : 31 Oktober 2008

Page 4: ILANI BINTI HAMZAH · iaitu lebih daripada 70% responden mengakses E-Pembelajaran antara 2 hingga 5 kali dalam seminggu manakala 11.6% mengakses setiap hari. Hasil kajian mendapati

ii

GAYA PEMBELAJARAN DAN KESANNYA TERHADAP PENGLIBATAN

PELAJAR TAHUN AKHIR KURSUS SPP, SPK DAN SPT FAKULTI

PENDIDIKAN DALAM PERSEKITARAN E-PEMBELAJARAN

ILANI BT HAMZAH

Tesis ini dikemukakan sebagai

memenuhi sebahagian syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

November 2008

Page 5: ILANI BINTI HAMZAH · iaitu lebih daripada 70% responden mengakses E-Pembelajaran antara 2 hingga 5 kali dalam seminggu manakala 11.6% mengakses setiap hari. Hasil kajian mendapati

iii

”Saya akui karya ini adalah kerja saya sendiri kecuali

nukilan dan ringkasan yang setiap satunya

telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : Ilani binti Hamzah

Tarikh : 31 Oktober 2008

Page 6: ILANI BINTI HAMZAH · iaitu lebih daripada 70% responden mengakses E-Pembelajaran antara 2 hingga 5 kali dalam seminggu manakala 11.6% mengakses setiap hari. Hasil kajian mendapati

iv

Dedikasi

.: Ikhlas untuk insan-insan teristimewa dalam diri ini :.

Keluarga tersayang,

Abah dan mama tercinta,

Hj Hamzah Pakwanchik & Hjh Hasrati Hj Abd Razak

Along, Azrina

Adik-adik, Izyan (uda) & Akmal

Tok tersayang, Hjh Halijah Kassim

Angah amat menyayangi kalian semua

Dr Jamalludin Harun

Segala jasamu akan ku kenang sentiasa

Elina, Aisyah, Safrah, Huda, Halimatun

Serta teman SPP 2004-2008

Persahabatan kita adalah kenangan terindah dalam hidupku

Semoga Allah S.W.T memberkati kalian

Dunia dan akhirat

.: AmiN :.

Page 7: ILANI BINTI HAMZAH · iaitu lebih daripada 70% responden mengakses E-Pembelajaran antara 2 hingga 5 kali dalam seminggu manakala 11.6% mengakses setiap hari. Hasil kajian mendapati

v

PENGHARGAAN Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan

izin-NYA, tesis ini dapat disiapkan dalam tempoh waktu yang di tetapkan. Pelbagai

perkara dipelajari dalam proses menyiapkan tesis ini. Berkat kesabaran, ketekunan

serta tunjuk ajar yang diperoleh semasa proses menyiapkan tesis ini akhirnya

membuahkan hasil.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak

terhingga kepada pembimbing yang amat membantu dalam proses menyiapkan tesis,

memberi tunjuk ajar dan suntikan semangat tanpa jemu iaitu Dr Jamalludin Harun.

Tidak dilupakan keluarga yang tercinta, mama, abah, tok, along, uda dan

Akmal yang sentiasa memberikan galakan, rangsangan serta doa untuk saya

menyiapkan tesis ini. Terima kasih. Angah sayang kalian semua.

Dan kepada teman-teman seperjuangan terutama Nor Elina Tukiman yang

banyak memberi kekuatan dari segi fizikal dan mental dalam menghadapi cabaran

dalam proses menyiapkan tesis ini. Terima kasih met. Tidak dilupa kepada teman

baik di Bandung, Aisyah serta geng Group^85 iaitu Safrah, Huda, Halimatun dan

seterusnya teman-teman SPP 2004-2008, jasa kalian amat dihargai.

Page 8: ILANI BINTI HAMZAH · iaitu lebih daripada 70% responden mengakses E-Pembelajaran antara 2 hingga 5 kali dalam seminggu manakala 11.6% mengakses setiap hari. Hasil kajian mendapati

vi

Abstrak

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui gaya pembelajaran pelajar

tahun akhir dan juga untuk mengkaji perkaitan antara gaya pembelajaran dan kesan

terhadap penglibatan pelajar dalam persekitaran E-Pembelajaran di UTM. Responden

kajian adalah terdiri daripada 69 orang pelajar-pelajar tahun akhir 4SPP, 4SPT dan

4SPK Fakulti Pendidikan, UTM. Gaya pembelajaran yang digunakan didalam kajian

ini adalah Gaya Pembelajaran Kolb. Instrumen kajian terdiri daripada 1 set borang

soal selidik yang mengandungi 39 item terdiri daripda 4 bahagian. Nilai

kebolehpercayaan alpha yang diperoleh adalah 0.832. Data dianalisis secara

deskriptif menggunakan perisian Statictical Packages for Sosial Science (SPSS) versi

11.5 dan dipersembahkan dalam bentuk peratusan dan min bagi setiap item didalam

borang soal selidik. Penggunaan sistem E-Pembelajaran adalah pada tahap tinggi

iaitu lebih daripada 70% responden mengakses E-Pembelajaran antara 2 hingga 5

kali dalam seminggu manakala 11.6% mengakses setiap hari. Hasil kajian mendapati

bahawa kebanyakkan pelajar bersetuju sistem E-Pembelajaran memberikan bahan

yang berguna yang membantu proses P&P pelajar adalah kandungan isi

pembelajaran. Kesemua faktor-faktor dalam kategori ini memberikan nilai min yang

tinggi iaitu 3.83. Selain itu, dapatan berikutnya menyatakan kebanyakkan responden

cenderung mempunyai gaya pembelajaran jenis Asimilasi. Akhirnya, didapati

hubungan yang singnifikan antara gaya pembelajaran dengan penglibatan pelajar

didalam E-Pembelajaran (r=0.419). Kesimpulannya, keputusan daripada kajian ini

mendapati bahawa perkaitan antara gaya pembelajaran dan kesan terhadap

penglibatan pelajar dalam persekitaran E-Pembelajaran adalah pada tahap sederhana.

Page 9: ILANI BINTI HAMZAH · iaitu lebih daripada 70% responden mengakses E-Pembelajaran antara 2 hingga 5 kali dalam seminggu manakala 11.6% mengakses setiap hari. Hasil kajian mendapati

vii

Abstract The purpose of this study was to access the learning style preferences of final

year students and also to investigate the correlation between the students learning

style and the effect on their involvement in E-Learning system at Universiti

Teknologi Malaysia (UTM). The subject was 69 students among final year students

from 4SPP, 4SPT and 4SPK of Faculty of Education, UTM. The learning style

model used in this research was the Kolb’s Learning Style Inventory. A set of

questionnaire was used as the instrument for this study which is consists of 39 items

and it divided into four categories. Reliability of the research instrument had alpha

values of 0.832. Data have been descriptively analyzed by using SPSS 11.5 for

Windows (Statistical Package for Social Science) software and is presented in forms

of percentage and mean for each item in the questionnaire. Findings indicated that

the use of e-learning tools that support teaching and learning is the learning contents

in the e-learning. The usage of E-Learning was in high level with the frequency of

70% respondents’ access e-learning at 2 to 5 times in a week and 11.6% respondents’

access e-learning everyday. The findings of the research also signify that most of the

students agree that the E-Learning system provides appropriate tools to support their

teaching and learning. All the factors in this category were found in highest

influential level that is at 3.83. Another finding suggests that most of the respondents

learning style tend to be Assimilator. Finally, it was found that there was a

statistically significant correlation between learning styles and the effect on their

involvement in E-Learning system (r=0.419). As a conclusion, the results of this

study showed that the correlation between the learning style and the effect on

committing in E-Learning was moderate.

Page 10: ILANI BINTI HAMZAH · iaitu lebih daripada 70% responden mengakses E-Pembelajaran antara 2 hingga 5 kali dalam seminggu manakala 11.6% mengakses setiap hari. Hasil kajian mendapati

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

PENGESAHAN STATUS JUDUL

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xv

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

BAHAGIAN SATU

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Rasional Kajian 6

Page 11: ILANI BINTI HAMZAH · iaitu lebih daripada 70% responden mengakses E-Pembelajaran antara 2 hingga 5 kali dalam seminggu manakala 11.6% mengakses setiap hari. Hasil kajian mendapati

ix

BAB PERKARA MUKASURAT

1.7 Kepentingan Kajian 7

1.8 Skop / Batasan Kajian 9

1.9 Definisi Istilah 9

1.9.1 Gaya Pembelajaran 9

1.9.2 E-Pembelajaran 10

1.9.3 Pelajar Tahun Akhir 10

1.9.4 Aktiviti Pembelajaran Pelajar 10

1.10 Penutup 11

BAHAGIAN DUA

BAB II SOROTAN PENULISAN 12

2.1 Pengenalan 12

2.2 E-Pembelajaran 12

2.3 E-Pembelajaran di UTM 14

2.4 Gaya Pembelajaran 15

2.5 Gaya Pembelajaran Kolb 19

2.6 Empat Kategori Gaya Pembelajaran Kolb 20

2.6.1 Pengalaman Konkrit (CE) 21

2.6.2 Pemerhatian Reflektif (RO) 21

2.6.3 Pengkonsepsian Abstrak (AC) 21

2.6.4 Pengujian Aktif (AE) 22

2.7 Empat Jenis Gaya Pembelajaran Kolb 22

2.7.1 Penyesuaian Diri 22

2.7.2 Pencapahan 23

2.7.3 Pemusatan 23

2.7.4 Asimilasi 24

2.8 Kajian “Personalised E-Learning through

learning style aware adaptive systems” 24

Page 12: ILANI BINTI HAMZAH · iaitu lebih daripada 70% responden mengakses E-Pembelajaran antara 2 hingga 5 kali dalam seminggu manakala 11.6% mengakses setiap hari. Hasil kajian mendapati

x

BAB PERKARA MUKASURAT

2.9 Kajian “Work in progress-Learning style

and E-Learning, what is the connection?” 24

2.10 Kajian “Support the development of

effective E-Learning resources :

A student-centered approach” 25

2.11 Kajian “The effect of learning style and flow

experience on the effectiveness of E-Learning” 25

2.12 Kajian “The Influence of Learning Styles on

Learners in E-Learning Environments:

An Empirical Study” 26

2.13 Penutup 26

BAHAGIAN TIGA

BAB III METODOLOGI KAJIAN 27

3.1 Pengenalan 27

3.2 Rekabentuk Kajian 27

3.3 Perlaksanaan / Prosedur Kajian 28

3.4 Persampelan 30

3.4.1 Sampel Kajian Rintis 30

3.4.2 Sampel Kajian Sebenar 30

3.5 Instrumen Kajian 32

3.5.1 Bahagian A 32

3.5.2 Bahagian B dan C 32

3.5.3 Bahagian D 34

3.6 Kajian Rintis / Kebolehpercayaan Instrumen 35

3.7 Analisis Data 37

3.8 Penutup 39

Page 13: ILANI BINTI HAMZAH · iaitu lebih daripada 70% responden mengakses E-Pembelajaran antara 2 hingga 5 kali dalam seminggu manakala 11.6% mengakses setiap hari. Hasil kajian mendapati

xi

BAB PERKARA MUKASURAT

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV ANALISIS DATA 41

4.1 Pengenalan 41

4.2 Analisis Demografi Responden 41

4.3 Keputusan Dan Analisis Data Berdasarkan

Persoalan Kajian 42

4.3.1 Analisis Gaya Pembelajaran Pelajar

Tahun Akhir Aliran Perdana Fakulti

Pendidikan, UTM Berdasarkan Gaya

Pembelajaran Kolb 43

4.3.2 Analisis Terhadap Penglibatan Pelajar

Dalam Persekitaran E-Pembelajaran

Daripada Aspek Kekerapan

Menggunakan Sistem E-Pembelajaran

Dalam Proses P&P 47

4.3.3 Analisis Terhadap Kemudahan Dalam

Sistem E-Pembelajaran Yang

Dikenalpasti Membantu Dalam

Proses P&P 48

4.3.4 Analisis Terhadap Penglibatan Pelajar

Dalam Persekitaran E-Pembelajaran

Daripada Aspek Aktiviti Pembelajaran

Pelajar Dalam Persekitaran

E-Pembelajaran 51

4.3.5 Analisis Terhadap Hubungan Antara

Gaya Pembelajaran Dengan

Penglibatan Pelajar Dalam

Persekitaran E-Pembelajaran

Page 14: ILANI BINTI HAMZAH · iaitu lebih daripada 70% responden mengakses E-Pembelajaran antara 2 hingga 5 kali dalam seminggu manakala 11.6% mengakses setiap hari. Hasil kajian mendapati

xii

BAB PERKARA MUKASURAT

Daripada Aspek Kekerapan

Menggunakan Sistem E-Pembelajaran 53

4.3.6 Analisis Terhadap Hubungan Antara

Gaya Pembelajaran Dengan

Penglibatan Pelajar Dalam Persekitaran

E-Pembelajaran Daripada Aspek

Kemudahan Dalam Sistem

E-Pembelajaran Yang Dikenalpasti

Membantu Proses P&P 54

4.4 Penutup 55

BAHAGIAN LIMA

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN 56

5.1 Pengenalan 56

5.2 Perbincangan Berdasarkan Persoalan Kajian 56

5.2.1 Gaya pembelajaran Pelajar-Pelajar

Tahun Akhir Aliran Perdana Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia Berdasarkan Gaya

Pembelajaran Kolb 57

5.2.2 Penglibatan Pelajar Dalam

Persekitaran E-Pembelajaran

Daripada Aspek Kekerapan

Menggunakan Sistem E-Pembelajaran

Dalam Proses P&P 59

5.2.3 Penglibatan Pelajar Dalam Persekitaran

E-Pembelajaran Daripada Aspek

Page 15: ILANI BINTI HAMZAH · iaitu lebih daripada 70% responden mengakses E-Pembelajaran antara 2 hingga 5 kali dalam seminggu manakala 11.6% mengakses setiap hari. Hasil kajian mendapati

xiii

BAB PERKARA MUKASURAT

Kemudahan Dalam Sistem

E-Pembelajaran Yang Dikenalpasti

Membantu Dalam Proses P&P 61

5.2.4 Penglibatan Pelajar Dalam Persekitaran

E-Pembelajaran Daripada Aspek

Aktiviti Pembelajaran Pelajar Dalam

Persekitaran E-Pembelajaran 63

5.2.5 Hubungan Antara Gaya Pembelajaran

Pelajar Dengan Penglibatan Pelajar

Dalam Persekitaran E-Pembelajaran

Daripada Aspek Kekerapan

Menggunakan Sistem E-Pembelajaran

Dalam Proses P&P 65

5.2.6 Hubungan Antara Gaya Pembelajaran

Pelajar Dengan Penglibatan Pelajar

Dalam Persekitaran E-Pembelajaran

Daripada Aspek Kemudahan Dalam

Sistem E-Pembelajaran Yang

Dikenalpasti Membantu Dalam

Proses P&P 65

5.3 Rumusan Kajian 67

5.4 Implikasi Hasil Kajian 68

5.5 Cadangan Kajian 69

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70

5.7 Penutup 71

Page 16: ILANI BINTI HAMZAH · iaitu lebih daripada 70% responden mengakses E-Pembelajaran antara 2 hingga 5 kali dalam seminggu manakala 11.6% mengakses setiap hari. Hasil kajian mendapati

xiv

BAB PERKARA MUKASURAT

BAHAGIAN ENAM

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN 72

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

Lampiran A – B 76

Page 17: ILANI BINTI HAMZAH · iaitu lebih daripada 70% responden mengakses E-Pembelajaran antara 2 hingga 5 kali dalam seminggu manakala 11.6% mengakses setiap hari. Hasil kajian mendapati

xv

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKASURAT

3.1 Prosedur Kajian 28

3.2 Bilangan Keseluruhan Pelajar 30

3.3 Bilangan sampel pelajar bagi setiap kursus 31

3.4 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 33

3.5 Skor Kenyataan 34

3.6 Julat Nilai Min 38

3.7 Klasifikasi Kekuatan Korelasi 38

3.8 Klasifikasi Kekuatan Korelasi 39

4.1 Taburan Responden Mengikut Kursus 42

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 41

4.3 Taburan Peratusan Dan Min Gaya Pembelajaran 44

4.4 Taburan Respoden Mengikut Gaya Pembelajaran 47

4.5 Taburan Responden Mengikut Kekerapan

Mengakses E-Pembelajaran 48

4.6 Taburan Peratusan Dan Min Kemudahan Dalam

Sistem E-Pembelajaran Yang Dikenalpasti

Membantu Dalam Proses P&P 48

4.7 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Aktiviti

Pembelajaran Pelajar Dalam Persekitaran

E-Pembelajaran 51

4.8 Taburan Kekerapan Dan Peratusan 52

4.9 Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Pelajar

Dengan Penglibatan Pelajar Dalam Persekitaran

E-Pembelajaran Daripada Aspek Kekerapan

Menggunakan E-Pembelajaran Dalam

Proses P&P 53

4.10 Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan

Penglibatan Pelajar Dalam Persekitaran

E-Pembelajaran Daripada Aspek Kekerapan

Menggunakan Sistem E-Pembelajaran 54

Page 18: ILANI BINTI HAMZAH · iaitu lebih daripada 70% responden mengakses E-Pembelajaran antara 2 hingga 5 kali dalam seminggu manakala 11.6% mengakses setiap hari. Hasil kajian mendapati

xvi

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKASURAT

2.1 Model Gaya Pembelajaran Kolb 20

Page 19: ILANI BINTI HAMZAH · iaitu lebih daripada 70% responden mengakses E-Pembelajaran antara 2 hingga 5 kali dalam seminggu manakala 11.6% mengakses setiap hari. Hasil kajian mendapati

xvii

SENARAI SINGKATAN

AC - Abstract Conceptualization (Pengkonsepsian Abstrak)

AE - Active Experimentation (Pengujian Aktif)

CE - Concrete Experience (Pengalaman Konkrit)

ICT - Teknologi maklumat dan komunikasi

IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam

FP - Fakulti Pendidikan

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

RO - Reflective Observation (Pemerhatian Reflektif)

SPK - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)

SPSS - Statistic Package for Social Science

SPT - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

(Matematik)

UNITAR - Universiti Tunku Abdul Razak

USM - Universiti Sains Malaysia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 20: ILANI BINTI HAMZAH · iaitu lebih daripada 70% responden mengakses E-Pembelajaran antara 2 hingga 5 kali dalam seminggu manakala 11.6% mengakses setiap hari. Hasil kajian mendapati

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT

A Soal Selidik 76

B Hasil Analisis Dapatan Kajian-Statistical

Packages For Social Science (SPSS)

Versi 11.5 82

Page 21: ILANI BINTI HAMZAH · iaitu lebih daripada 70% responden mengakses E-Pembelajaran antara 2 hingga 5 kali dalam seminggu manakala 11.6% mengakses setiap hari. Hasil kajian mendapati

BAB 1

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Institusi pendidikan memainkan peranan yang cukup besar dalam membentuk

serta mendidik insan dalam memenuhi matlamat dan hasrat Falsafah Pendidikan

Negara. Matlamat utamanya adalah membentuk masyarakat yang berpengetahuan

tinggi serta beretika seterusnya dapat memajukan negara dalam menuju wawasan

2020.

Menurut Honey dan Mumford (1992), pembelajaran telah berlaku apabila

manusia boleh menonjolkan sesuatu yang baru, sama ada dalam bentuk pemahaman,

kesedaran ataupun kemahiran. Dalam proses pembelajaran ini terdapat beberapa

kecenderungan yang dimiliki dan diamalkan oleh individu. Kecenderungan ini

termasuklah kecenderungan untuk memiliki pengalaman semasa mempelajari

sesuatu, kecenderungan untuk mengimbas kembali, kecenderungan untuk membuat

kesimpulan dan kecenderungan memastikan implementasi.

Senario pendidikan masa kini memerlukan satu kaedah pembelajaran yang

kreatif dan berinovatif sejajar dengan seruan kerajaan bagi melahirkan insan yang

berguna untuk agama, bangsa dan negara. Dalam era globalisasi kini, pelbagai

kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) telah diperkenalkan bagi mewujudkan

variasi dalam proses P&P seperti pembelajaran secara menggunakan komputer, E-

Pembelajaran dan sebagainya. Menurut Badrul Khan(2005), E-Pembelajaran boleh

dilihat sebagai satu pendekatan yang inovatif untuk menyampaikan perkara yang

Page 22: ILANI BINTI HAMZAH · iaitu lebih daripada 70% responden mengakses E-Pembelajaran antara 2 hingga 5 kali dalam seminggu manakala 11.6% mengakses setiap hari. Hasil kajian mendapati

2

menarik, berpusatkan kepada pelajar dan suasana kemudahan pembelajaran kepada

sesiapa sahaja, dimana sahaja dan pada bila-bila masa serta sumber kepada pelbagai

teknologi digital kepada bahan pembelajaran yang sesuai untuk keterbukaan,

fleksibel dan keserataan suasana pembelajaran.

E-Pembelajaran kini mula mendapat tempat yang meluas di dalam bidang

pendidikan sama ada diperingkat tinggi sehinggalah ke peringkat sekolah. Ini adalah

kerana sistem E-Pembelajaran ini mempunyai banyak kelebihan yang tersendiri.

Antara kelebihannya adalah, sistem ini dapat memudahkan pelajar dan tenaga

pengajar itu sendiri kerana sistem ini fleksibel dan interaktif. Kajian yang dilakukan

di Universiti Multimedia (2003) menyatakan E-Pembelajaran akan menjadi suatu

yang penting dalam bidang pendidikan dimana lebih daripada 50 peratus staf, staf

akademik, pengurusan akademik dan pelajar menerima konsep ini.

Pelajar juga mendapat pelbagai kemudahan menggunakan E-Pembelajaran

ini. Mereka boleh menghantar tugasan, menjawab soalan atau latihan secara online

dan sebagainya. Walaupun setiap pelajar mempunyai pelbagai gaya pembelajaran

tersendiri, mereka masih dapat menggunakan E-Pembelajaran dalam proses

pembelajaran mereka. Kepelbagaian kemudahan disokong dengan penggunaan

pelbagai media yang ditawarkan ini menyebabkan ianya sesuai digunakan oleh

kebanyakkan pelajar. Ini memandangkan setiap pelajar mempunyai gaya

pembelajaran masing-masing dan kepelbagaian yang ditawarkan dalam sistem E-

Pembelajaran ini memenuhi keperluan pelajar dengan gaya pembelajaran yang

pelbagai.

Oleh yang demikian, sistem E-Pembelajaran dapat disesuaikan dengan

kepelbagaian gaya pembelajaran seseorang pelajar dalam era globalisasi kini dalam

melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif.

1.2 Latarbelakang Masalah

Page 23: ILANI BINTI HAMZAH · iaitu lebih daripada 70% responden mengakses E-Pembelajaran antara 2 hingga 5 kali dalam seminggu manakala 11.6% mengakses setiap hari. Hasil kajian mendapati

3

Sistem pendidikan pada suatu ketika dulu lebih kepada “chalk and talk”

disamping penggunaan buku teks yang maksimum dalam P&P. Senario tersebut

tidak lagi menarik dipraktikkan dalam sistem P&P pada masa kini yang lebih

canggih dan maju. Kaedah P&P sebegini seharusnya diubah kepada suasana yang

lebih futuristik dengan kemajuan teknologi yang diperkenalkan. Pada era globalisasi

kini, komputer mula menarik minat masyarakat. Tidak terkecuali penggunaan

komputer dalam P&P juga diperkenalkan. Pelbagai kursus ditawarkan kepada

pendidik untuk mendalami ilmu komputer bagi penggunaannya dalam proses P&P

mereka.

Dalam kemajuan yang sebegini, bidang pendidikan mula memainkan peranan

dalam pembelajaran secara maya. Pembelajaran menggunakan web mula

dipraktikkan dalam institusi pendidikan. Seperti di Malaysia, banyak institusi

pengajian tinggi sudah mempraktikkan penggunaan E-Pembelajaran dalam proses

P&P. Di Universiti Teknologi Malaysia sendiri, E-Pembelajaran diterima baik sama

kepada pelajar mahupun tenaga pengajar. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

sebagai sebuah universiti yang bervisi untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan

akademik dan teknologi bertaraf dunia melalui kreativiti sudah tentu tidak mahu

ketinggalan dan ini dapat dibuktikan melalui pelancaran UTM sebagai sebuah

Kampus Siber pada 16 Jun 1997.

Salah satu aplikasi pembangunan projek kampus siber UTM ialah

pelaksanaan program E-Pembelajaran. Program E-Pembelajaran telah

dikembangkan dan dilaksanakan dengan menggunakan perisian WebCT pada

semester II sesi 2001/2002 dan kemudian bertukar menggunakan perisian sumber

terbuka (open source) Moodle sebagai platform E-Pembelajaran yang baru.

Penggunaan web lebih interaktif dan mampu menarik minat pelajar-pelajar untuk

menggunakannya. Sistem E-Pembelajaran memudahkan sama ada kepada pendidik

mahupun pelajar itu sendiri. Sebagai contoh, pelajar boleh memuat turun nota,

latihan, tugasan dan sebagainya dengan hanya mengakses laman web tertentu dan

pengajar sendiri boleh mengemaskini atau menyatakan perkara penting dari semasa

ke semasa.

Page 24: ILANI BINTI HAMZAH · iaitu lebih daripada 70% responden mengakses E-Pembelajaran antara 2 hingga 5 kali dalam seminggu manakala 11.6% mengakses setiap hari. Hasil kajian mendapati

4

Setiap guru mempunyai cara tersendiri dalam penyampaian pengajaran

mereka, begitu juga dengan pelajar. Mereka mempunyai cara dan gaya pembelajaran

yang tersendiri dalam mempelajar sesuatu yang baru. Gaya pembelajaran masing-

masing berbeza mengikut minat dan sikap seseorang individu itu. Disini dilihat guru

tidak mampu memenuhi kesemua gaya pembelajaran pelajar mereka kerana setiap

pada mereka menginginkan cara dan gaya pembelajaran yang berbeza. Menurut

Honey dan Mumford (1992) dengan mengenal pasti gaya pembelajaran individu, ia

bukan sahaja hanya dapat mengeksploitasi gaya pembelajaran yang diamalkan oleh

individu malahan dapat meningkatkan potensi seseorang dalam proses pembelajaran.

Para pendidik perlu menganjakkan pendekatan pengajaran supaya lebih proaktif serta

responsif terhadap kumpulan sasaran yang menjadi sumber dan matlamat dunia

pendidikan (Shaari, 1999). Kemajuan teknologi pada masa kini mungkin dapat

memenuhi serta menampung keperluan gaya pembelajaran yang pelbagai dari setiap

individu pelajar itu.

1.3 Pernyataan Masalah

E-Pembelajaran merupakan suatu alat dalam proses pembelajaran dalam

masa kini. Penggunaannya kini diperluaskan bagi memudahkan aktiviti

pembelajaran. Dengan penggunaan E-Pembelajaran, suasana pembelajaran yang

lebih mudah serta dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik.

E-Pembelajaran mula berkembang dengan penerimaan yang positif.

Penerapan penggunaanya telah di praktik di kebanyakkan institusi pengajian tinggi.

Pelajar mula berminat dengan kemudahan ini yang lebih menarik dan fleksibel.

Tetapi jika diteliti keberkesanan menggunakan E-Pembelajaran, persoalan tentang

kesesuaiannya terhadap pelajar timbul. Ini kerana setiap pelajar mempunyai pelbagai

gaya pembelajaran yang tersendiri. Jika dilihat aktiviti setiap pelajar juga berbeza

dan kekerapan penggunaan E-Pembelajaran juga berbeza.

Page 25: ILANI BINTI HAMZAH · iaitu lebih daripada 70% responden mengakses E-Pembelajaran antara 2 hingga 5 kali dalam seminggu manakala 11.6% mengakses setiap hari. Hasil kajian mendapati

5

Setiap pelajar mempunyai pelbagai sikap dan gaya mereka tersendiri. Gaya

pembelajaran masing-masing juga amat berbeza. Menurut Honey et al., (1992), gaya

pembelajaran boleh didefinisikan sebagai sikap dan behaviour yang menunjukkan

gaya pembelajaran seseorang individu. Ada sesetengah pelajar minat memvisualkan

sesuatu perkara, ada yang suka akan sesuatu yang logikal dan sebagainya. Jadi disini

wujudnya persoalan sama ada sejauh mana E-Pembelajaran mampu memenuhi

keperluan setiap pelajar dalam penggunaan mereka. Adakah E-Pembelajaran sesuai

kepada semua gaya pembelajaran yang dipunyai oleh pelajar yang mengaksesnya.

Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengkaji gaya pembelajaran

seseorang pelajar dengan penggunaan E-Pembelajaran dalam proses

pembelajarannya. Selain itu, diperhatikan juga adakah E-Pembelajaran sesuai

dipraktikkan untuk kegunaan kesemua pelajar dalam proses P&P.

1.4 Objektif Kajian

1. Mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar-pelajar tahun akhir kursus SPP,

SPK dan SPT Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia berdasarkan

gaya pembelajaran Kolb.

2. Mengenalpasti penglibatan pelajar dalam persekitaran E-Pembelajaran

daripada aspek berikut :

i. Kekerapan menggunakan sistem E-Pembelajaran dalam proses P&P

ii. Kemudahan dalam sistem E-Pembelajaran yang dikenalpasti

membantu dalam proses P&P

iii. Aktiviti pembelajaran pelajar dalam persekitaran E-Pembelajaran

3. Mengkaji hubungan antara gaya pembelajaran pelajar dengan penglibatan

pelajar dalam persekitaran E-Pembelajaran daripada aspek berikut :

i. Kekerapan menggunakan sistem E-Pembelajaran dalam proses P&P.

Page 26: ILANI BINTI HAMZAH · iaitu lebih daripada 70% responden mengakses E-Pembelajaran antara 2 hingga 5 kali dalam seminggu manakala 11.6% mengakses setiap hari. Hasil kajian mendapati

6

ii. Kemudahan dalam sistem E-Pembelajaran yang dikenalpasti

membantu dalam proses P&P.

1.5 Persoalan Kajian

1. Apakah gaya pembelajaran pelajar-pelajar pelajar tahun akhir kursus SPP,

SPK dan SPT Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia berdasarkan

gaya pembelajaran Kolb.

2. Apakah penglibatan pelajar dalam persekitaran E-Pembelajaran daripada

aspek berikut :

i. Kekerapan menggunakan sistem E-Pembelajaran dalam proses P&P

ii. Kemudahan dalam sistem E-Pembelajaran yang dikenalpasti

membantu dalam proses P&P

iii. Aktiviti pembelajaran pelajar dalam persekitaran E-Pembelajaran

3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pembelajaran pelajar

dengan penglibatan pelajar dalam persekitaran E-Pembelajaran daripada

aspek berikut :

i. Kekerapan menggunakan E-Pembelajaran dalam proses P&P.

ii. Kemudahan dalam sistem E-Pembelajaran yang dikenalpasti

membantu dalam proses P&P.