iklan pegawai peperiksaan gred 44 terbuka 2012

Upload: eriawani-mastari

Post on 05-Oct-2015

259 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Iklan Pegawai Peperiksaan Gred 44 Terbuka 2012

TRANSCRIPT

  • JAWATAN KOSONG

    PEGAWAI PEPERIKSAAN GRED 44 (TERBUKA) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia akan melaksanakan pengisian kekosongan jawatan Pegawai Peperiksaan Gred 44 (Terbuka) secara pertukaran sementara di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia. Permohonan ini terbuka kepada semua pegawai Gred 41 dan Gred 44 yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam di pelbagai skim perkhidmatan. TARAF JAWATAN: Pertukaran Sementara (2 tahun) SYARAT LANTIKAN:

    a. Berumur tidak lebih dari 40 tahun pada tarikh tutup permohonan. b. Telah disahkan dalam perkhidmatan di dalam skim perkhidmatan

    sekarang. DESKRIPSI TUGAS UTAMA: Pengurusan Peperiksaan

    Merancang dan menyediakan takwim peperiksaan Menguruskan modul pengurusan peperiksaan berkomputer Menguruskan logistik pusat peperiksaan Mengurus pelantikan pengawas peperiksaan Mengurus agihan calon peperiksaan secara berkomputer Mengurus pakej peperiksaan

    Pengurusan Data

    Mengurus penyediaan keputusan peperiksaan Menjalankan analisis data peperiksaan Menjalankan pemerosesan data secara berkomputer Menganalisis indek kesukaran item-item ujian Menjalankan kajian data-data peperiksaan Menyediakan kertas penetapan markah lulus peperiksaan

    KRITERIA PEMOHON : Pengurusan Peperiksaan

    a. Mempunyai pengalaman dalam menguruskan peperiksaan b. Mempunyai kebolehan dalam mengendalikan sistem komputer c. Mempunyai ciri-ciri kemahiran interpersonal yang baik. d. Mempunyai abiliti dalam mewujudkan perhubungan kerja yang baik

    dan berkesan diperingkat pejabat dan agensi lain.

  • Pengurusan Data

    a. Mempunyai pengetahuan asas dalam analisis diskriptif dan inferensi statistik

    b. Mempunyai asas pengetahuan menggunakan perisian statistik (Statistiscal Package for Social Sciences- SPSS)

    c. Mempunyai kebolehan dalam mengendalikan sistem komputer d. Mempunyai ciri-ciri kemahiran interpersonal yang baik. e. Mempunyai abiliti dalam mewujudkan perhubungan kerja yang baik

    dan berkesan di peringkat pejabat dan agensi lain.

    CARA MEMOHON:

    Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan online (SPA8i). Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 Mei 2012.

    PERTANYAAN:

    Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai di Bahagian Pengurusan, SPA seperti berikut: (i) Encik Fauzi bin Abdullah

    Tel: 03-88856065 E-mel: [email protected]

    (ii) Puan Noraini Binti Mohamad Yusof

    Tel: 03-88856082 E-mel: [email protected]

    (iii) Puan Nor Hajalillah Binti Husin

    Tel: 03-88856043 E-mel: [email protected]