iklan

Upload: nanthininageratnam

Post on 09-Mar-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ppt

TRANSCRIPT

IKLAN

IKLAN

PengenalanIklan adalah pemangkin yang penting dalam memaju dan menjayakan sesuatu urus niaga.Pengusaha akan memperuntukkan sejumlah besar perbelanjaan bagi tujuan promosi produk mereka.Tetapi dari sudut yang lain pengiklanan mempunyai kelemahan tersendiri dan banyak yang mempengaruhi pengurusan kewangan pengguna.Justeru itu,pelbagai langkah perlu diambil bagi mengawal industri pengiklanan ini.

DefinisiMerupakan cara komunikasi pemasaran yang bertujuan untuk memberitahu dan memujuk pengguna untuk membeli sesuatu barang atau perkhidmatan. Manakala iklan yang berkesan mempunyai unsur pujukan menjadi gaya tarikan yang dirancang dalam sesuatu mesej iklan.

1) Pujukan RasionalMengaitkan sesuatu pembelian dengan kepentingan peribadi pembeli. Pembelian barang dikatakan lebih berfaedah, berkualiti, bernilai, kesihatan dan penjimatan.

Gaya Tarikan

2) Pujukan emosiMenimbulkan perasaan positif supaya orang ramai terdorong membeli. Mesej iklan ada unsur rasa kasih sayang, takut, malu, bangga, gembira, mengikis perasaan bimbang.

3) Pujukan moralSikap orang ramai tentang perkara yang benar dan lebih wajar dilakukan. Mesej iklan tentang kebersihan alam sekitar, perpaduan, persamaan hak, amalan tolong-menolong.

Jenis pengiklanan terdiri daripada tiga jenis, iaitu:

a) Iklan penerangan

Iklan yang memberi penerangan atau maklumat tanpa unsur pujukan. Contohnya. Jauhilah dadah

b) Iklan memujuk

Iklan yang memujuk dan mempengaruhi pembeli untuk membeli dengan menonjolkan kelebihan produk. Contohnya, Syampu Rejoy menjadikan rambut anda lurus.

c) Iklan mengingat

Iklan yang mengingatkan pengguna tentang barang sedia ada di pasaran. Contohnya, Pakailah Kasut A line semasa joging.