ikhwan al muslimin di bawah naungan al-quran - hassan al-banna (himpunan risalah - majmuah...

Upload: zul-fahmi

Post on 07-Apr-2018

247 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Ikhwan Al Muslimin Di Bawah Naungan Al-Quran - Hassan Al-Banna (Himpunan Risalah - Majmuah Ar-Rasail)

    1/16

    IKHWAN AL-

    MUSLIMIN DI

    BAWAH NAUNGAN

    AL-QURAN

  • 8/6/2019 Ikhwan Al Muslimin Di Bawah Naungan Al-Quran - Hassan Al-Banna (Himpunan Risalah - Majmuah Ar-Rasail)

    2/16

    IKHWAN AL-MUSLIMIN DI BAWAH NAUNGAN AL-QURAN

    Buat pemuda yang dahaga lahirnya kegemilangan baru

    Buat ummah yang kebingungan di persimpangan jalan

    Buat pewaris generasi pejuang yang pernah mengukir sejarah agung...

    Buat setiap muslim yang yakin ketuanan di dunia dan kebahagiaan di negeri abadi,

    kami kemukakan

    Ucapan Imam Syahid Hasan al-Banna

    Bingkisan silam yang utuh dan membara buat masakini yang muda dan keliru...

    Persediaan masakini yang marak untuk masa depan yang gemilang...

    Wahai pemuda wahai pencari sinar kehidupan...

    Mereka yang rindu untuk membantu agama Allah...

    Wahai mereka yang menyerahkan jiwa raganya di hadapan Allah...

    Di sinilah jalan hidayah dan petunjuk...

    Di sinilah jalan hikmah dan betul...Di sinilah tempat untuk merasai lazatnya sebuah pengorbanan dan jihad

    Segeralah bersama angkatan tentera yang melangkah senyap

    Marilah beramal di bawah panji pemimpin para nabi...

    Bergabunglah bersama angkatan Ikhwan al-Muslimin...

    Sehingga tidak ada lagi fitnah, dan menjadilah agama itu seluruhnya bagi Allah

    semata-mata.

    Al-Ikhwan al-Muslimin

  • 8/6/2019 Ikhwan Al Muslimin Di Bawah Naungan Al-Quran - Hassan Al-Banna (Himpunan Risalah - Majmuah Ar-Rasail)

    3/16

    DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI

    MAHA PENYAYANG

    Segala puji bagi Allah, selawat dan salam untuk pemimpin kita, Muhammad,

    kaum keluarganya serta para sahabatnya. Saya ucapkan ucapan Islam yang berkatdan suci iaituAssalamualaikum Wa RahmatulLahi Wa Barakatuh.2

    Wahai Ikhwan al-Muslimin,

    Wahai seluruh manusia,

    Di tengah riuh rendah dengan diselubungi pelbagai peristiwa yang

    menyedihkan di zaman yang gelap gelita ini, di tengah arus deras yang dibawa oleh

    pelbagai ideologi yang berkumandang di seluruh alam, membawa gelombang yang

    menenggelamkan seluruh alam, diulit dengan segala impian, janji dan gaya yang

    mempesona dan mengasyikkan,

    Kami Ikhwan al-Muslimin mengemukakan dakwah kami dengan

    Tenang, tetapi amat kencang lebih kencang daripada angin taufan

    Merendah diri, tetapi teguh lebih teguh daripada gunung

    Terbatas, tetapi luas lebih luas daripada sempadan bumi ini

    Tidak berselindung di sebalik imej dan gaya yang palsu sebaliknya diserikan

    dengan nada kebenaran, keindahan wahyu dan peliharaan Allah.

    Tidak dicemari oleh kerakusan, ketamakan, kepentingan dan impian peribadi.

    Sebaliknya dakwah ini menjanjikan orang-orang yang mengimaninya dan jujur

    beramal bahawa mereka akan beroleh kekuasaan di dunia ini dan syurga di

    akhirat kelak.

    Menyorot Kembali Dakwah Pertama

    Wahai Ikhwan al-Muslimin,

    Wahai seluruh manusia,

    Dengarlah gema suara yang pernah dikumandangkan oleh pendakwah pertama

    suatu ketika dahulu dan masih terdengar sehingga hari ini:

    Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran

    (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-

    Nya! (Al-Mudaththir: 1-3)

    Bersama mengungkapkan suatu formula:

    Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkankepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan

    tentangan kaum kafir musyrik itu. (Al-Hijr: 94)

    Laungan ini ditujukan untuk seluruh manusia:

    2 Teks ucapan lengkap disampaikan oleh Imam al-Banna di suatu perhimpunan pada

    hari Selasa, 14 Safar 358 Hijrah bersamaan dengan 4 April 1939, bertempat di Dar al-

    Ikhwan al-Muslimin, Kaherah.

  • 8/6/2019 Ikhwan Al Muslimin Di Bawah Naungan Al-Quran - Hassan Al-Banna (Himpunan Risalah - Majmuah Ar-Rasail)

    4/16

    Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku

    adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (diutus oleh Allah) yang

    menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan

    Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada

    Allah dan Rasul-Nya; Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan

    Kalimah-kalimah-Nya (Kitab-kitab-Nya), dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh

    hidayah petunjuk. (Al-Araf: 158)

    Jauhnya Kita Daripada Ajaran Islam

    Wahai Ikhwan al-Muslimin,

    Wahai seluruh manusia,

    Allah telah mengutuskan untuk kamu seorang pemimpin dan Dia gubalkansuatu sistem untuk kamu. Dia gariskan segala undang-undang dan Dia turunkan

    sebuah kitab. Dia halalkan yang halal dan Dia haramkan yang haram. Dia bimbing

    kamu ke arah yang baik untuk kamu dan kebahagiaan kamu. Dia pimpin kamu ke

    arah jalan yang betul. Namun adakah kamu mengikut pemimpin yang dilantik oleh-

    Nya? Adakah kamu hormati sistem-Nya? Adakah kamu laksanakan undang-

    undang-Nya? Adakah kamu sanjungi kitab-Nya? Adakah kamu halalkan apa yang

    dihalalkan-Nya dan kamu haramkan apa yang diharamkan-Nya?

    Jawablah dengan terus terang dan kamu akan lihat kenyataannya di hadapan

    mata kamu. Semua sistem yang kamu guna pakai dalam seluruh urusan hidup

    kamu adalah sistem yang diikut secara membuta tuli tanpa ada kaitan langsung

    dengan Islam. Tidak bersumberkan Islam dan tidak berpandukan ajaran Islam.

    Sistem politik dalam negara.Sistem hubungan antarabangsa.

    Sistem kehakiman.

    Sistem pertahanan dan ketenteraan.

    Sistem kewangan dan ekonomi yang dilaksanakan oleh negara dan individu.

    Sistem pendidikan dan kebudayaan.

    Malah sistem keluarga dan rumah tangga.

    Termasuklah sistem yang berkaitan dengan tingkah laku individu.

    Keseluruhan budaya yang diamalkan oleh pemerintah dan rakyat hari ini

    malah seluruh aspek kehidupan, keseluruhannya menyimpang jauh daripada Islam

    dan ajaran Islam.

    Apakah yang masih ada?

    Apa yang ada hanyalah masjid yang tersergam indah dihuni para fakir miskin

    dan yang kurang upaya. Walaupun mereka mendirikan sembahyang namun

    sembahyang mereka kontang tanpa sebarang nilai rohani dan rasa takut kepada

    Allah, kecuali hanya segelintir di kalangan mereka yang mendapat hidayah Allah.

  • 8/6/2019 Ikhwan Al Muslimin Di Bawah Naungan Al-Quran - Hassan Al-Banna (Himpunan Risalah - Majmuah Ar-Rasail)

    5/16

    Hari-hari di mana mereka berpuasa dalam setahun bertukar menjadi musim

    untuk bersantai dan berehat, musim untuk makan dan minum, jarang sekali hari-

    hari ini dimanfaatkan untuk memperbaharui diri atau membersihkan jiwa

    Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh; sedang mereka amatlah

    sedikit. (Sad: 24)

    Segala penampilan yang sungguh mempesona dengan tasbih, cara berpakaian,

    janggut, istiadat, upacara, istilah dan ungkapan yang digunakan

    Inikah Islam yang Allah jadikan sebagai rahmat-Nya yang teragung, anugerah-

    Nya yang terhebat untuk seluruh alam?

    Inikah ajaran Muhammad s.a.w. yang diajar bagi memimpin manusia keluar

    daripada zaman kegelapan kepada zaman kegemilangan?

    Inikah undang-undang al-Quran yang digunakan bagi menyelesaikan segala

    masalah dan krisis manusia, malah disusun dengan begitu terperinci dan mantap

    bagi membawa perubahan?

    Gelombang Budaya Barat

    Wahai Ikhwan al-Muslimin,

    Wahai seluruh manusia,

    Suatu hakikat yang perlu kita akui, hari ini wujud arus yang begitu kuat

    melanda umat Islam. Kini wujud gelombang besar yang sedang menenggelamkan

    fikiran dan akal kita kerana kealpaan kita, kerana umat Islam terlena, juga kerana

    sebahagian umat Islam tenggelam dalam kemewahan dan kesenangan... Akibatnya

    lahirlah pelbagai ideologi dan dakyah, berkembanglah pelbagai sistem dan falsafah.

    Tumbuhlah pelbagai tamadun dan peradaban. Semua ini menggugat ajaran Islam

    yang ada pada umat Islam. Malah umat Islam diserang sehingga ke akar umbi dari

    segenap arah.

    Fahaman ini menyerang dari segenap sudut. Fahaman ini menyusup masuk

    hingga ke daerah, rumah dan tempat tidur mereka. Malah berjaya menguasai hati,

    fikiran dan perasaan mereka. Pintu terbuka untuk mereka memperdaya,

    mempesona dan menguasai umat Islam sedangkan semua ini tidak mampu

    dilakukan oleh orang lain sebelum ini. Seluruh umat Islam dilanda fahaman ini.

    Negara-negara yang selama ini menjadi teras kepada negara Islam yang lain juga

    turut terpedaya. Apatah lagi negara-negara Islam lain, mereka begitu terpengaruh

    dengan fahaman ini. Akibatnya lahirlah generasi yang kehilangan identiti dan lebih

    cenderung kepada yang lain daripada Islam. Merekalah seterusnya yang

    menentukan hala tuju umat ini. Mereka menerajui aspek pemikiran, kerohanian,

    politik dan pelaksanaan dasar.

    Dengan ini mereka meneraju rakyat yang terlena ke arah yang merekakehendaki malah ke arah budaya mereka. Malangnya rakyat sendiri tidak tahu apa

    sebenarnya yang mereka kehendaki dan ke mana hala tuju mereka. Lantas suara

    pendokong-pendokong ideologi sesat ini semakin lantang bersuara, kata mereka:

    Bebaskan kami daripada saki-baki Islam dan warisan Islam yang masih ada.

    Marilah bersama kami dengan penuh rela hati untuk menikmati semua keperluan

    hidup, tanggungjawab, fikiran dan budaya dalam hidup ini. Ketepikan semua fikiran

    kolot. Jangan kamu menipu, hipokrit dan berdegil; kamu bertindak seperti orang

    Barat dan bercakap seperti orang Islam.

  • 8/6/2019 Ikhwan Al Muslimin Di Bawah Naungan Al-Quran - Hassan Al-Banna (Himpunan Risalah - Majmuah Ar-Rasail)

    6/16

    Kita perlu sedar bahawa kita sebenarnya telah begitu jauh daripada ajaran

    Islam, jauh daripada asas dan landasan Islam. Islam tidak melarang kita mencedok

    apa yang baik atau menerima sesuatu ilmu walau dari mana sekalipun. Apa yang

    dilarang keras oleh Islam ialah kita meniru bulat-bulat mereka yang tidak

    berpegang sedikitpun kepada agama Allah. Apatah lagi apabila kita menolak ke tepi

    akidah, kewajipan dan undang-undang Islam, hanya semata-mata untuk mengikut

    jejak langkah mereka yang terpesona dengan dunia dan diperdaya oleh syaitan.Memang benar ilmu, pengetahuan, dan cara pemikiran semakin maju, harta

    semakin bertambah, dunia semakin canggih, kehidupan di bumi semakin indah dan

    menarik. Manusia semakin mewah dan senang. Namun apakah semua ini membawa

    kebahagiaan kepada manusia? Apakah hidup mereka semakin aman atau jiwa

    mereka semakin tenang dan tenteram?

    Adakah tubuh ini dapat merasa tenang berlabuh di atas pembaringan?

    Adakah mata ini tidak lagi berlinangan air mata?

    Adakah jenayah telah berjaya dihapuskan dan masyarakat terselamat daripada

    angkara penjenayah?

    Adakah fakir miskin terbela dan berjuta-juta perut yang kebuluran kini

    kekenyangan?

    Adakah semua tempat hiburan dan menyeronokkan yang tumbuh ibarat

    cendawan ini dapat menghilangkan kesedihan?

    Adakah semua bangsa dapat menikmati kesejahteraan dan keharmonian serta

    selamat daripada ancaman musuh atau mereka yang zalim?

    Tidak, tiada apa yang dapat dicapai. Jadi apakah kelebihan tamadun ini

    berbanding tamadun yang lain?

    Malah bukan setakat itu sahaja.

    Kita sendiri dapat lihat bagaimana segala sistem, ajaran dan falsafah termasuk

    dari segi sains dan statistik, semuanya saling bercanggah. Akhirnya mereka

    terpaksa melihat ke belakang dan menilai semula segala hasil yang sekian lama

    diusahakan serta segala pengorbanan yang telah dicurahkan dan terpaksa merasaikeperitan akibat sebuah kegagalan.

    Peranan Kita

    Jadi, Apakah Peranan Kita, Ikhwan Al-Muslimin?

    Secara Ringkasnya

    Kita perlu sekat arus deras yang berupa tamadun kebendaan dan peradaban

    yang penuh dengan hiburan dan pesona ini yang kini sedang melanda umat Islam.

    Arus ini menyebabkan umat Islam hanyut terpinggir daripada pimpinan Nabi s.a.w.

    dan petunjuk al-Quran. Arus ini menyebabkan dunia ini tersisih daripada cahaya

    hidayah. Arus ini juga menyebabkan dunia ini mundur beratus tahun ke belakang.

    Kita akan sekat arus ini sehinggalah semua arus ini dapat dijauhkan daripada bumi

    kita dan bangsa kita dapat diselamatkan daripada segala bencana ini. Malah kitatidak akan berhenti setakat itu sahaja kerana kita akan jejaki arus ini hingga ke

    puncanya dan kita akan gempur hingga ke lubuknya. Sehingga seluruh alam ini

    mengumandangkan nama Nabi s.a.w. dan seluruh dunia ini yakin dengan ajaran al-

    Quran serta dinaungi oleh bayangan Islam. Ketika itu, barulah segala yang

    dicitakan oleh seorang muslim akan tercapai. Ketika itu, tiada lagi sebarang

    ancaman dan agama seluruhnya milik Allah.

  • 8/6/2019 Ikhwan Al Muslimin Di Bawah Naungan Al-Quran - Hassan Al-Banna (Himpunan Risalah - Majmuah Ar-Rasail)

    7/16

    Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya

    dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu,

    orang-orang yang beriman akan bergembira - Dengan kemenangan yang diberiAllah. Dia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Dia

    lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. (Ar-Rum: 4-5)

    Secara Lebih Terperinci

    Demikianlah secara ringkas tugas kita sebagai Ikhwan al-Muslimin. Namun

    untuk huraian lebih terperinci, tugas ini bermula di Mesir berdasarkan Mesir antara

    negara Islam yang pertama, begitu juga rakyatnya. Kemudian diikuti oleh negara-

    negara lain. Peranan dan usaha ini akan membabitkan beberapa aspek seperti:-

    i. Sistem politik yang akan merealisasikan firman Allah Taala:

    Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang

    telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa

    nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari

    sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. (Al-Maidah: 49)

    ii. Sistem hubungan antarabangsa yang akan merealisasikan firman Allah Taala::

    Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yanglurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan

    lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada

    umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah

    (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran

    perbuatan kamu. (Al-Baqarah: 143)

    iii. Pelaksanaan sistem kehakiman yang berlandaskan ayat al-Quran:

    Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan

    yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati

    mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka

    menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (Al-Nisa: 65)

    iv. Sistem pertahanan dan ketenteraan yang merealisasikan matlamat sebenar

    kerahan am tentera:

  • 8/6/2019 Ikhwan Al Muslimin Di Bawah Naungan Al-Quran - Hassan Al-Banna (Himpunan Risalah - Majmuah Ar-Rasail)

    8/16

    Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada

    dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat

    (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta

    benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). (Al-Taubah: 41)

    v. Sistem ekonomi yang bercorak bebas dalam segala aspek yang membabitkan soal

    kekayaan, kewangan, negara dan individu berasaskan firman Allah Taala:

    Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum

    sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta)

    yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan

    kehidupan kamu. (Al-Nisa: 5)

    vi. Sistem pendidikan dan pelajaran yang dapat menghapuskan kejahilan dan

    merealisasikan wahyu pertama:

    Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan

    (sekalian makhluk), (Al-Alaq: 1)

    vii. Sistem keluarga dan rumah tangga yang mampu membesarkan anak-anak,

    pemudi serta pemuda Islam dengan merealisasikan firman Allah Taala:

    Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu

    dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala). (Al-

    Tahrim: 6)

    viii. Sistem yang berhubung dengan tingkah laku individu yang dapat membawa kearah kejayaan seperti yang dinyatakan oleh firman Allah Taala:

    Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih -

    bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), (Al-Shams: 9)

    ix. Malah semua budaya yang diamalkan oleh individu dalam negara sama ada oleh

    pemerintah atau rakyat, semuanya berlandaskan firman Allah Taala:

    Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu

    akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan

    bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah

    (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu

    (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau

    melakukan kerosakan di muka bumi. (Al-Qasas: 77)

    Kita mahukan:

  • 8/6/2019 Ikhwan Al Muslimin Di Bawah Naungan Al-Quran - Hassan Al-Banna (Himpunan Risalah - Majmuah Ar-Rasail)

    9/16

    Individu Islam

    Rumah tangga Islam

    Masyarakat Islam

    Kerajaan Islam

    Kita juga mahu sebuah negara yang menerajui kesemua negara-negara Islam.

    sebuah negara yang mampu menyatu padukan semua umat Islam serta dapatmengembalikan kegemilangan umat Islam. Sebuah negara yang dapat

    mengembalikan semula semua bumi yang telah dirampas. Seterusnya menjulang

    panji jihad dan dakwah Allah sehingga seluruh manusia dapat menikmati ajaran

    Islam.

    Persiapan Kita

    Wahai Seluruh Manusia, Itulah Matlamat Dan Pendekatan Kita

    Apakah Persiapan Kita Untuk Merealisasikan Pendekatan Ini?

    Persiapan kita sama seperti persiapan generasi silam. Senjata kita adalah

    senjata yang sama pernah digunakan oleh pemimpin dan ikutan kita, Muhammad

    s.a.w., utusan Allah bersama para sahabat baginda ketika menggempur dunia ini.

    Walaupun kekurangan dari segi bilangan dan sumber serta terpaksa bekerja keras

    namun senjata itulah yang akan kita guna untuk menggempur dunia ini sekali lagi.

    Keyakinan mereka dengan Allah, dengan janji dan bantuan Allah begitu mendalam,

    begitu teguh, begitu suci dan begitu tulus.

    Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun

    yang akan dapat mengalahkan kamu. (Aali-Imran: 160)

    Mereka juga berkeyakinan dengan kepimpinan, dengan kejujuran dan

    ketokohan baginda:

    Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan

    yang baik. (Al-Ahzab: 21)

    Mereka yakin dengan sumber (manhaj) yang digunakan. Mereka yakin dengan

    keistimewaan dan keserasian manhaj ini:

    Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad)

    dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.

    Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan. (Al-

    Maidah: 15-16)

    Mereka yakin dengan persaudaraan Islam. Mereka yakin dengan hak dan

    kesucian hubungan ini:

    Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara. (Al-Hujurat: 10)

  • 8/6/2019 Ikhwan Al Muslimin Di Bawah Naungan Al-Quran - Hassan Al-Banna (Himpunan Risalah - Majmuah Ar-Rasail)

    10/16

    Mereka yakin dengan ganjaran yang bakal diperolehi. Mereka yakin dengan

    keagungan Allah:

    Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga,

    dan merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan

    Allah; dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan

    kemarahan orang-orang kafir; dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita

    sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh - melainkan semuanya itu ditulis

    bagi mereka: (pahala) amal yang soleh. Sesungguhnya Allah tidak

    menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

    (Al-Taubah: 120)

    Mereka juga yakin dengan diri mereka sendiri. Mereka adalah sekumpulan

    manusia yang telah dipilih oleh Allah untuk menyelamatkan seluruh manusia.Mereka telah ditakdirkan untuk menerima keistimewaan ini. Mereka merupakan

    generasi terbaik yang dilahirkan untuk manusia ini.

    Mereka telah terdengar suara yang menyeru supaya mereka beriman lantas

    mereka beriman. Kita bermohon agar Allah menjadikan keyakinan ini suatu yang

    kita kasihi dan kita semat dalam hati kita sama seperti mereka mengasihinya dan

    mereka semat keyakinan ini dalam hati mereka.

    Keimanan Adalah Persiapan Pertama Kita

    Mereka amat memahami bahawa dakwah mereka tidak akan berjaya tanpa

    jihad, tanpa pergorbanan, tanpa sumbangan jiwa dan harta. Justeru mereka

    serahkan segala jiwa dan nyawa mereka. Mereka berjuang demi Allah dengan

    bersungguh-sungguh. Mereka dengar seruan Allah al-Rahman yang ditujukankepada mereka:

    Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu,

    dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan

    kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan

    yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai

    lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk ugama-Nya,

    maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-

    Nya). (At-Taubah: 24)

    Lantas mereka sahut seruan itu. Mereka ketepikan segala-galanya dengan

    penuh kerelaan hati. Mereka yakin dengan jual beli yang mereka lakukan dengan

    Allah.

  • 8/6/2019 Ikhwan Al Muslimin Di Bawah Naungan Al-Quran - Hassan Al-Banna (Himpunan Risalah - Majmuah Ar-Rasail)

    11/16

    Ada di antara mereka yang bergelut dengan kematian sambil bersuara: Aku

    memacu kudaku kepada Allah tanpa sebarang bekalan.

    Seorang lagi menyumbangkan seluruh hartanya sambil berkata: Aku serahkan

    nasib keluargaku kepada Allah dan rasul-Nya.

    Seorang lagi berbisik ketika mata pedang dihunus di tengkuknya:

    Aku tidak peduli selagi aku dibunuh sebagai seorang muslim,

    Walaupun dalam keadaan apa sekalipun, kematianku ini adalah kerana

    Allah.

    Begitulah sikap mereka, jujur ketika berjihad, bersedia berkorban dan

    memberikan sumbangan yang besar. Dan demikianlah apa yang akan kita lakukan.

    Begitu Juga Jihad, di Antara Persiapan Kita

    Dalam pada itu, kita tetap yakin dengan bantuan Allah.

    Dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya

    (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; - Iaitu

    mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di

    bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka

    menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan

    perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala

    urusan. (Al-Haj: 40-41)

    Antara Khayalan Dan Realiti

    Mereka yang mendengar semua ini akan berkata: Ini hanyalah khayalan danimaginasi serta kata-kata kosong sahaja. Bagaimana mereka ini yang hanya

    memiliki iman dan semangat jihad mampu berhadapan dengan seluruh kekuatan

    dan pelbagai jenis senjata musuh. Bagaimana mereka dapat menegakkan hak

    mereka sedangkan mereka berada di mulut singa.

    Ramai yang akan berkata sedemikian. Mungkin mereka ada alasan tersendiri

    dan mungkin mereka telah berputus asa. Mereka tidak lagi menaruh harapan pada

    hubungan mereka dengan Allah yang Maha Berkuasa. Namun bagi kita, kita akan

    katakan semua ini adalah suatu kenyataan yang kita yakini dan suatu yang kita

    akan laksanakan. Kita sentiasa menatap firman Allah Taala:

    Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang

    menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka

    sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang

    kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan

    yang baik pada hari akhirat kelak). (An-Nisa: 104)

  • 8/6/2019 Ikhwan Al Muslimin Di Bawah Naungan Al-Quran - Hassan Al-Banna (Himpunan Risalah - Majmuah Ar-Rasail)

    12/16

    Mereka yang pernah suatu ketika dahulu menakluk seluruh rantau di dunia ini

    dan pernah dianugerahkan kuasa di atas muka bumi ini bukanlah memiliki jumlah

    yang jauh lebih ramai daripada kita atau mempunyai kelengkapan yang lebih hebat

    daripada kita. Namun mereka adalah orang-orang yang beriman dan berjuang. Kita

    pada hari ini akan memperlengkapkan diri kita sebagaimana yang dilakukan oleh

    Rasulullah s.a.w. ketika baginda bersabda:

    Bergembiralah Khubaib, agama ini akan menang hingga suatu masa nanti

    seorang penunggang daripada Eden ke Oman akan berjalan tanpa rasa takut

    kecuali hanya kepada Allah dan takut kambingnya dimakan serigala.

    Sedangkan ketika baginda ungkapkan kata-kata ini mereka masih lagi

    berselindung.

    Pada ketika baginda berjanji untuk memberikan gelang raja Kisra kepada

    Suraqah bin Malik, baginda sedang berhijrah bersama agamanya tanpa

    bertemankan sesiapa kecuali Allah dan sahabatnya, Abu Bakar r.a.

    Pada suatu ketika baginda berteriak kerana ternampak istana-istana putih

    Rom, sedangkan pada ketika itu Madinah sedang dikepung tentera-tentera

    musyrikin dari segenap arah. Suasana ketika itu disifatkan oleh Allah;

    Dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah

    (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut).

    (Al-Ahzab: 10)

    Apakah Yang Berlaku Seterusnya?

    Zaman berubah apabila seluruh manusia memasang telinga mendengar

    dakwah Rasulullah s.a.w.. Seluruh manusia mula menuturkan ayat-ayat al-Quran.

    Sinar hidayah yang terpancar daripada hati nurani para sahabat dan pengikut

    baginda menerangi segenap pelusuk. Seluruh alam bermandi cahaya. Berkibar panji

    keamanan ke seluruh dunia. Manusia mula mengecapi kehidupan yang bahagia dan

    pemerintahan yang adil. Rakyat mula merasa aman damai di bawah pimpinan

    generasi awal ini; generasi anak-anak murid Muhammad s.a.w.. Istana-istana Rom

    berjaya ditakluki. Kota-kota Parsi rebah ke bumi. Seluruh dunia mengalu-alukan

    kehadiran mereka. Seluruh dunia mendakap mereka. Seluruh dunia menjulang

    mereka. Dengan penuh rela manusia akur menerima hidayah yang telah

    menyelamatkan mereka sambil dibelai semangat nubuwwah dan diadun semangat

    wahyu yang qudus. Dibelai rahmat Allah dari semua arah.

  • 8/6/2019 Ikhwan Al Muslimin Di Bawah Naungan Al-Quran - Hassan Al-Banna (Himpunan Risalah - Majmuah Ar-Rasail)

    13/16

    Dan Allah telah menghalau kembali (angkatan tentera) orang-orang yang kafir

    itu (ke tempat masing-masing) dengan keadaan mereka geram marah (kerana

    gagal dan hampa), mereka tidak mendapat sebarang keuntungan. Dan Allah

    selamatkan orang-orang yang beriman dari bencana menghadapi peperangan

    itu. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. Dan Dia

    menurunkan golongan Ahli Kitab (kaum Yahudi) yang membantu tentera musuh

    itu, dari benteng-benteng mereka (menyerah diri), setelah diisikan-Nya hatimereka dengan perasaan gerun. (Lalu mereka diadili dan dijatuhkan

    (hukuman); sebahagian di antaranya kamu bunuh, dan sebahagian lagi kamu

    tawan. Dan Dia menjadikan kamu mewarisi tanah-tanah dan rumah-rumah

    serta harta benda mereka, dan juga tanah-tanah (di negeri-negeri lain) yang

    belum kamu menjejaknya. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-

    tiap sesuatu. (Al-Ahzab: 25-27)

    Wahai sekalian manusia, kita akan lengkapkan diri kita dengan persediaan ini.

    Kita pasti akan beroleh kemenangan sebagaimana yang diperoleh oleh generasi

    silam tidak lama dahulu. Kemenangan adalah anugerah Allah yang Maha Perkasa

    dan Maha Bijaksana. Janji Allah pasti akan terlaksana.

    Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang

    tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin,

    serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki

    oleh Firaun dan kaumnya). Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang

    kukuh di negeri itu. (Al-Qasas: 5-6)

    Oleh itu, bersabarlah (wahai Muhammad), sesungguhnya janji Allah itu benar;

    dan janganlah orang-orang yang tidak meyakini apa yang engkau sampaikanitu menjadikan engkau resah gelisah. (Ar-Rum: 60)

    Jika Kerajaan Milik Kita

    Jika kita memiliki sebuah kerajaan Islam yang berpegang dengan Islam yang

    sebenar, keimanan yang tulen, mempunyai kebebasan dalam merencana dan

    melaksana, benar-benar memahami khazanah agung yang dimilikinya, memahami

    kehebatan sistem Islam yang diwarisinya, meyakini Islam sebagai penawar buat

    bangsanya dan petunjuk untuk seluruh manusia Nescaya kita akan menuntut

    supaya kerajaan ini menerajui dunia ini dengan nama Islam. Kita mahu supaya

    kerajaan ini menuntut supaya kerajaan-kerajaan lain mengkaji dan meneliti Islam

    ini. Kita mahu kerajaan ini membimbing kerajaan-kerajaan lain dengan cara

    dakwah yang berterusan, meyakinkan, bukti yang kukuh serta penghantaran wakilyang berkala atau gunakan apa sahaja cara untuk berdakwah dan menyampaikan.

    Kita mahu supaya kerajaan ini menjadi pusat kerohanian, politik dan amali di

    kalangan kerajaan-kerajaan lain. Kita mahu kerajaan ini mampu memberi nafas

    baru untuk bangsa ini. Meneraju bangsa ini ke arah kegemilangan dan sinar cahaya.

    Mampu merangsang bangsa ini supaya bersemangat, gigih berusaha dan bekerja.

    Agak hairan, bagaimana ideologi komunis mempunyai sebuah negara yang

    melaungkan slogan komunis, berkempen untuk komunis, memberi sumbangan

    untuk komunis dan mengerah masyarakat mengamalkannya. Demikian juga dengan

  • 8/6/2019 Ikhwan Al Muslimin Di Bawah Naungan Al-Quran - Hassan Al-Banna (Himpunan Risalah - Majmuah Ar-Rasail)

    14/16

    fahaman Fasis dan Nazi yang memiliki pendokong tersendiri yang

    mengagungkannya, sedia berjuang untuk fahaman ini, rasa bangga kerana menjadi

    pengikut fahaman ini, meletakkan seluruh sistem hidup di bawah ajaran fahaman

    ini. Seluruh aliran masyarakat dan politik menjadi pendokong kuat fahaman ini.

    Mereka menyerahkan segala jiwa, fikiran, tulisan, harta, akhbar dan tenaga

    mereka. Malah mereka sedia hidup dan mati untuk fahaman ini.

    Malangnya dalam masa yang sama kita tidak pula jumpa mana-mana kerajaanIslam yang bersedia mengambil tanggungjawab mengembangkan Islam. Sedangkan

    Islam adalah agama yang menggabungkan segala elemen positif yang ada dalam

    semua fahaman tadi. Malah Islam menapis semua elemen negatif yang ada dalam

    kesemua fahaman tadi. Kita tidak temui sebuah kerajaan yang dapat

    mengenengahkan Islam ini kepada bangsa-bangsa lain sebagai sebuah sistem yang

    bersifat global dan mampu mengemukakan penyelesaian yang betul, tepat dan

    memuaskan untuk semua masalah manusia. Sedangkan Islam telah meletakkan

    usaha dakwah ini sebagai fardhu dan perlu dilakukan. Dakwah ini telah diwajibkan

    ke atas semua umat Islam sama ada sebagai sebuah bangsa atau sebagai sebuah

    kumpulan, sebelum semua fahaman tadi tercipta dan sebelum wujudnya semua

    propaganda tadi.

    Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah)

    kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala

    perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji).

    Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Aali-

    Imran: 104)

    Malangnya, bagaimana dengan kerajaan kita. Mereka telah terdidik di bawah

    asuhan orang asing. Mereka akur dengan fahaman orang asing. Mereka berlumba-

    lumba mengikut jejak orang asing. Mereka bersaing untuk mendapatkan keredaanorang asing. Rasanya, tidak keterlaluan jika kita katakan semangat untuk bebas

    dalam menentukan semua urusan tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka.

    Apatah lagi untuk dimasukkan dalam rangka kerja mereka.

    Kita telah kerapkali kemukakan harapan ini kepada kerajaan di Mesir dan

    sudah tentu segala harapan ini tidak menampakkan sebarang hasil. Bangsa yang

    hilang nilai Islam dalam jiwa, rumahtangga dan dalam segala urusan mereka sudah

    tentu tidak akan mampu melimpahkannya pula kepada bangsa lain apatah lagi

    untuk mengajak bangsa lain kepada Islam. Orang yang tidak memiliki apa-apa pasti

    tidak akan dapat memberikan apa-apa.

    Wahai Ikhwan, ini bukanlah peranan mereka. Pengalaman telah membuktikan

    mereka sama sekali tidak mampu menunaikan tanggungjawab ini. Peranan ini

    adalah peranan generasi baru ini. Oleh itu, sampaikan dakwah ini kepada mereka

    dengan cara yang baik. Usahalah dengan gigih untuk membentuk mereka. Ajarkan

    mereka erti kemerdekaan jiwa dan hati, kemerdekaan fikiran dan akal,

    kemerdekaan jihad dan amal. Isilah jiwa mereka yang bergelora itu dengan

    kehebatan Islam dan keagungan al-Quran. Rekrutkan mereka di bawah panji

    Muhammad. Sudah pasti tidak lama lagi kamu akan berpeluang melihat seorang

    pemimpin Islam yang bersedia mengorbankan dirinya dan sentiasa mengutamakan

    kebahagiaan orang lain.

  • 8/6/2019 Ikhwan Al Muslimin Di Bawah Naungan Al-Quran - Hassan Al-Banna (Himpunan Risalah - Majmuah Ar-Rasail)

    15/16

    Ciri Gagasan Pemikiran Kita

    Wahai Ikhwan al-Muslimin,

    Wahai seluruh manusia,

    Kita bukan parti politik walaupun politik yang berlandaskan Islam adalah

    teras gagasan kita

    Kita bukan pertubuhan kebajikan walaupun amal kebajikan adalah objektifutama kita

    Kita bukan pasukan sukan walaupun senaman badan dan rohani menjadi

    antara kaedah terpenting kita

    Kita tidak sama seperti pertubuhan sedemikian kerana semua pertubuhan ini

    hanya untuk tujuan tertentu, untuk tempoh tertentu. Mungkin pertubuhan ini lahir

    hanya atas dasar mahu mewujudkan sebuah pertubuhan atau sekadar mahu

    meletakkan nama rasmi bagi pertubuhan tersebut.

    Namun wahai sekalian manusia, kami adalah satu fahaman dan satu akidah,

    satu sistem dan satu manhaj. Kami tidak terbatas pada tempat tertentu atau bangsa

    tertentu atau sempadan geografi tertentu. Kami tidak akan terhenti pada batas

    tertentu kecuali setelah bumi dan segala isinya kembali kepada Allah kerana sistem

    ini adalah sistem tuhan sekalian alam dan manhaj rasul-Nya al-amin.

    Wahai sekalian manusia, kami (tanpa membanggakan diri) adalah seperti para

    sahabat Rasulullah s.a.w. dan pendokong panji baginda selepas ketiadaan baginda.

    Kami adalah penegak panji baginda sepertimana para sahabat baginda

    menegakkannya. Kami adalah pengibar panji baginda sepertimana para sahabat

    baginda mengibarkannya. Kami adalah penjaga al-Quran sepertimana para sahabat

    menjaganya. Kami mengembangkan dakwah baginda sepertimana para sahabat

    mengembangkannya. Kami adalah rahmat yang Allah turunkan untuk sekalian

    alam.

    Dan demi sesungguhnya, kamu akan mengetahui kebenaran perkara-perkarayang diterangkannya, tidak lama lagi. (Sad: 88)

    Wahai Ikhwan al-Muslimin,

    Inilah status kamu. Janganlah kamu perkecilkan diri kamu menyebabkan

    kamu merasakan kamu sama seperti orang lain atau kamu menyampaikan dakwah

    kamu menggunakan cara yang tidak bertepatan dengan kedudukan kamu sebagai

    orang-orang yang beriman. Ataupun kamu menyamakan dakwah kamu yang

    berbekalkan nur Ilahi dan bersumberkan sunnah Rasulullah s.a.w. dengan dakyah

    lain yang hanya lahir kerana kepentingan tertentu kemudian hilang di telan zaman.

    Kamu telah berdakwah dan berjihad. Kamu telah saksikan sendiri bagaimana

    dengan hasil usaha yang agung ini lahirlah suara-suara yang meminta kepimpinanRasulullah s.a.w. dan penguasaan sistem al-Quran. Lahir rasa perlunya mereka

    bangkit berusaha, membulatkan tekad untuk Allah. Darah pemuda yang suci

    mengalir demi kerana Allah semata-semata; kerana mahukan kedudukan syahid di

    jalan Allah. Ini adalah suatu kejayaan yang jauh daripada apa yang kamu

    jangkakan. Oleh itu teruskan usaha kamu. Beramallah dan Allah akan bersama

    kamu. Allah tidak akan mensia-siakan amalan kamu.

    Sesiapa yang bersama kita hari ini akan beroleh kelebihan berada di tempat

    awal. Sementara mereka yang ikhlas tetapi masih belum bersama kita, pasti esok

  • 8/6/2019 Ikhwan Al Muslimin Di Bawah Naungan Al-Quran - Hassan Al-Banna (Himpunan Risalah - Majmuah Ar-Rasail)

    16/16

    akan bersama kita. Siapa yang menjauhkan diri daripada dakwah kita ini kerana

    tidak merasakan ia perlu atau kerana memandang rendah atau memperkecilkannya

    atau tidak yakin dengan kejayaannya, hari yang mendatang akan membuktikan

    kesilapan mereka. Allah akan membawa kebenaran kita untuk mengalah dan

    menghancurkan kebatilan, maka dengan serta-merta hilang lenyaplah segala

    kebatilan.

    Wahai orang yang beriman, yang beramal, yang berjuang dan yang ikhlas,marilah bersama kami kerana inilah jalan yang sebenar dan jalan yang lurus.

    Janganlah kamu biarkan tenaga dan usaha kamu berselerakan.

    Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus,

    maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan

    (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan

    kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu,

    supaya kamu bertaqwa. (Al-Anam: 153)

    Hasan al-Banna