takaful health2 bm

Upload: firdaus-tahir

Post on 03-Mar-2016

22 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • TAKAFUL HEALTH2BERIKAN ANDA GANJARAN APABILA KEKAL SIHAT, FLEKSIBEL MENGIKUT KEPERLUAN ANDA.

  • KAMI BERI GANJARAN DAN LEBIH PILIHAN UNTUK PENJAGAAN KESIHATAN ANDAKos perubatan semakin meningkat disebabkan rawatan perubatan yang lebih maju, oleh itu kami telah mereka satu pelan inovatif yang membolehkan anda menerima rawatan perubatan yang terbaik daripada kemudahan yang bertaraf tinggi.

    Takaful Health2 merupakan pelan perubatan yang memberi ganjaran apabila kekal sihat dan menjaga anda apabila anda sakit. Dengan kad perubatan yang memudahkan proses kemasukan, anda juga mempunyai fleksibiliti untuk mendapatkan pakej pelan perubatan anda dengan memilih daripada rangkaian manfaat kami. Anda juga boleh memilih untuk mendapatkan perlindungan penuh bagi caj-caj perubatan anda walaupun anda tidak akan mendapat ganjaran Bonus bagi Tiada Tuntutan.

    Dengan Takaful Health2, nikmati ganjaran dan kemudahan dengan memiliki perlindungan perubatan yang komprehensif mengikut keperluan penjagaan kesihatan anda.

    Kerana kami hanya berikan yang terbaik untuk perihal kesihatan anda.

  • Takaful Health2 Pelan perubatan untuk anda Nikmati BONUS bagi TIADA TUNTUTAN (NCB)1Kami memberi anda bonus2 tahunan sehingga RM500 sekiranya anda tidak membuat tuntutan dalam tahun sijil tersebut. Kekalkan kesihatan dan anda akan menerima ganjarannya.

    Perlindungan KOMPREHENSIF untuk bil hospital dan pembedahan Takaful Health2 memberi anda ketenangan minda sepenuhnya. Ianya menyediakan perlindungan komprehensif sekiranya anda dimasukkan ke hospital, memerlukan pembedahan atau mendapat rawatan pesakit luar.

    Pilihan KO-TAKAFUL atau DEDUKTIBEL Anda boleh memilih untuk menyertakan ko-takaful atau deduktibel pada pelan Takaful Health2 anda mengikut keperluan anda. Terdapat tiga jenis pilihan deduktibel, iaitu yang bernilai RM3,000 atau RM10,000 ataupun deduktibel Zero3.

    Ko-takaful adalah persetujuan perkongsian kos di mana anda akan membayar jumlah peratusan yang ditetapkan bagi satu manfaat yang layak manakala deduktibel ialah amaun tetap yang anda perlu bayar dahulu tidak kira jumlah kos manfaat yang layak (kecuali kos bilik & penginapan harian). Jika deduktibel Zero dipilih, anda tidak perlu membayar sebarang caj perubatan yang dilindungi.

    Sertakan bersama TH Retirement apabila anda memilih deduktibel RM3,000 atau RM10,000, dan secara automatik ianya akan menukarkan amaun deduktibel kepada ko-takaful apabila anda mencapai usia 55 tahun. Bukan sahaja pilihan ini menjadikan pelan anda lebih berpatutan, ianya juga memberi anda perlindungan tambahan di waktu anda paling memerlukannnya semasa zaman persaraan anda.

    Deduktibel Zero3 menyediakan kemudahan dan bayaran sepenuhnya bagi manfaat yang dilindungi. Anda tidak perlu membayar sebarang caj perubatan bagi semua manfaat yang dilindungi apabila anda mendapatkan rawatan di hospital-hospital panel kami.

    PILIHAN tempoh perlindungan sehingga UMUR4 100 tahunPelan perubatan takaful yang komprehensif ini memberi perlindungan sehingga anda mencapai usia4 25, 70, 80 atau 100.

    Kami beri LEBIH lagi Rawatan LUAR NEGARADengan TH Overseas, anda mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan perubatan bagi lima jenis kondisi yang dilindungi di Singapura, Hong Kong, China atau India.

    NAIK TARAF AUTOMATIK ke pelan bernilai lebih tinggi Kami akan menaiktaraf secara automatik pelan Takaful Health2 anda dua kali5 tanpa mengambil kira keadaan kesihatan anda dan sebarang tuntutan perubatan sebelumnya yang telah dibuat jika anda sertakan TH Auto Upgrade. Naik taraf ini akan mengikut terma dan syarat pada permulaan atau apabila ianya disertakan bersama pelan Takaful Health2 anda.

    Pilihan untuk MENGETEPIKAN had tuntutan tahunan bagi pelan dengan pilihan ko-takafulTH Annual Limit Waiver ditawarkan kepada pelan Takaful Health2 dengan pilihan ko-takaful sahaja. Dengan mengambil pilihan ini, anda tidak perlu bimbang jika bil perubatan tahunan anda melebihi had tuntutan tahunan anda (tertakluk kepada Had Seumur Hidup).

    1 Tidakdiberikanbagipilihandeduktibel Zero.2 Amaunbergantungkepadajenispelanyangdipilih.3 Pilihaninidibukakepadaindividuyangberumur19ke70tahundanumurtamattempoh

    maksimum80tahun.4 Bagi pilihan deduktibel Zero, umur tamah tempoh yang dibenarkan adalah 70 atau 80

    tahun. 5 Padatahunke-5danke-10ulangtahunriderkemanfaatseterusnya.

  • Pilihan BERPATUTAN

    Pilih dari lima pelan Takaful Health2 mengikut keperluan dan bajet anda. Dari serendah RM1006

    sebulan, anda pasti dilindungi secukupnya.

    PelanTH2

    Pelan200 (RM)

    TH2 Pelan250

    (RM)

    TH2 Pelan300

    (RM)

    TH2 Pelan400

    (RM)

    TH2 Pelan5007

    (RM)

    TH2 Pelan6007

    (RM)

    BONUS BAGI TIADA TUNTUTAN TAHUNAN8 150 300 400 500 600 700

    Manfaat Hospital dan Pembedahan

    Manfaat Bilik & Penginapan Hospital Harian (120 hari setahun) 200 250 300 400 500 600

    Manfaat Unit Rawatan Rapi (30 hari setahun)

    Seperti yang dikenakan, tertakluk kepada ko-takaful atau deduktibel (jika berkenaan)

    Manfaat Pembedahan

    Manfaat Perkhidmatan dalam Hospital dan yang berkaitan

    Manfaat Rawatan Pesakit Luar

    Manfaat Rawatan sebelum masuk Hospital (dalam tempoh 30 hari sebelum masuk)

    Seperti yang dikenakan, tertakluk kepada ko-takaful atau deduktibel (jika berkenaan)

    Manfaat Rawatan selepas keluar Hospital (dalam tempoh 90 hari selepas keluar)

    Manfaat Penjagaan Jururawat di Rumah (180 hari bagi seumur hidup)

    Manfaat Pembedahan Harian

    Manfaat Rawatan Kanser

    Manfaat Rawatan Dialisis Buah Pinggang

    Manfaat Rawatan Kecemasan bagi Kecederaan akibat Kemalangan (Had Tahunan)

    1,500 2,000 3,000 4,000 5,000 6,000

    Had Tahunan Keseluruhan 62,500 75,000 100,000 150,000 200,000 250,000

    Had Seumur Hidup 625,000 750,000 1,000,000 1,500,000 2,000,000 2,500,000

    Bantuan Perubatan Kecemasan Ya

    6 Amaunbergantungkepadajenispelanyangdipilihdankemasukanumur.7 TH2Pelan500danTH2Pelan600hanyaditawarkanapabilaTH Auto Upgradedisertakanbersama

    TH2Pelan300danTH2Pelan400.ManfaatinitidakbolehdisertakanbersamaTH Annual Limit Waiver.

    8 Tidakdiberikanbagipilihandeduktibel Zero.

  • Nota: Jika ko-takaful dipilih, anda perlu membayar 10% daripada kos manfaat yang layak,

    tertaklukkepasako-takafulminimumsebanyakRM300danko-takafulmaksimumsebanyakRM1,000 untukManfaat Hospital dan Pembedahan, dan ko-takaful maksimum sebanyakRM2,000untukManfaatRawatanPesakitLuar.BakikosakandibayarolehPruBSNsehinggaHad Tahunan Keseluruhan.

    Jikadeduktibel sebanyakRM3,000atauRM10,000dipilih,andaperlumembayarRM3,000atau RM10,000 pertama daripada jumlah kos manfaat yang layak (kecuali kos bilik &penginapanharian).BakikosakandibayarolehPruBSNsehinggaHadTahunanKeseluruhan.Jika deduktibel Zero dipilih, anda tidak perlu membayar sebarang caj perubatan yangdilindungi.

    Jumlah manfaat yang dibayar untuk setahun adalah tertakluk kepada Had Tahunan Keseluruhan. Jumlah manfaat yang dibayar sepanjang hayat adalah tertakluk kepada Had Seumur Hidup. Untuk kemasukan ke hospital akibat kemalangan, perlindungan bermula serta merta sebaik sahaja pelan anda diterima, manakala tempoh menunggu adalah selama 30 hari bagi akibat-akibat lain. Bagaimanapun, untuk penyakit-penyakit tertentu, tempoh menunggu selama 120 hari dikenakan.

    Dengan penyertaan Takaful Health2, anda akan menerima kad perubatan Takaful Health2. Ianya memberikan akses kepada Bantuan Perubatan Kecemasan iaitu talian hotline 24-jam yang boleh dihubungi dari mana-mana tempat di seluruh dunia pada bila-bila masa melalui panggilan caj balik.

    Kad Takaful Health2 boleh digunakan 90 hari selepas pelan anda diterima oleh PruBSN. Anda hanya perlu mengemukakan kad tersebut semasa dimasukkan ke mana-mana hospital panel kami. Untuk senarai hospital panel yang terkini, sila layari www.prubsn.com.my.

  • Takaful Health2 adalah semua yang anda PERLUKAN

    1. Apakah Takaful Health2?

    Takaful Health2 adalah satu rider perubatan melalui sumbangan tetap yang membayar balik perbelanjaan perubatan utama sekiranya anda dimasukkan ke hospital, menjalani pembedahan atau menerima rawatan pesakit luar.

    2. Siapakah yang layak menyertai pelan Takaful Health2?

    Pelan ini dibuka kepada individu yang berumur 1 ke 70 tahun yang menyertai mana-mana pelan PruBSN Link Series kami. Anda juga boleh menyertakan pelan ini bersama PruBSN SmartLink apabila anda hamil 20 minggu di mana perlindungan bagi anak anda akan bermula 14 hari selepas dia dilahirkan. Pilihan deduktibel Zero ditawarkan sebagai pilihan dari umur 19 tahun sehingga 70 tahun sahaja.

    3. Saya seorang yang sihat. Kenapa saya perlu mengambil Takaful Health2?

    Dengan Takaful Health2, kami akan memberi ganjaran NCB jika anda tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun tersebut. NCB ini akan digunakan untuk membeli unit tambahan untuk Akaun Unit Pelaburan (IUA) anda. Sekiranya anda memilih pelan yang lebih tinggi, NCB yang menanti anda juga lebih tinggi.

    Jadual di bawah adalah contoh pengiraan NCB untuk seorang peserta lelaki berusia 30 tahun yang telah menyertai TH2 Pelan250 dengan pilihan ko-takaful yang tamat pada usia 70 tahun dengan sumbangan tahunan sebanyak RM1,187:

    TahunSumbangan

    Tahunan (RM)

    Adakah tuntutan dibuat?

    Layak untuk NCB?

    Amaun NCB untuk tahun sijil tersebut

    (RM)

    1 1,187 Tidak Ya 300

    2 1,187 Ya Tidak

    3 1,187 Tidak Ya 300

    4 1,187 Tidak Ya 300

    5 1,187 Ya Tidak

    NCB tidak diberikan jika pelan Takaful Health2 anda disertakan dengan pilihan deduktibel Zero.

  • 4. Kos perubatan kian meningkat. Bagaimanakah Takaful Health2 dapat membantu saya?

    Kenapa anda ingin menghadkan amaun tuntutan dalam satu tahun? Sertakan TH Annual Limit Waiver pada pelan Takaful Health2 anda dengan pilihan ko-takaful dan kami akan mengetepikan had tahunan. Kini, anda tidak perlu bimbang tentang jumlah tuntutan perubatan yang tinggi dan tidak diduga.

    Apabila TH Annual Limit Waiver disertakan, amaun tuntutan yang melebihi had tahunan akan tertakluk kepada amaun ko-takaful sebanyak 10%.

    Kami juga akan menyediakan satu lagi pilihan. Sertakan TH Auto Upgrade dan pelanTakaful Health2 anda akan dinaiktarafkan secara automatik pada ulang tahun ke-5 dan ke-10.

    Tahun Sijil Pelan

    Tahun ke 11 dan seterusnya TH2 Pelan300 TH2 Pelan400 TH2 Pelan500 TH2 Pelan600

    Tahun ke 6 ke tahun ke 10 TH2 Pelan250 TH2 Pelan300 TH2 Pelan400 TH2 Pelan500

    Tahun Pertama ke tahun ke 5 TH2 Pelan200 TH2 Pelan250 TH2 Pelan300 TH2 Pelan400

    5. Bolehkah saya mendapatkan rawatan di luar negara?

    Jika anda menerima rawatan di luar negara di bawah pelan Takaful Health2 anda, manfaat-manfaat yang dibayar adalah berdasarkan kos-kos rawatan yang berpatutan seperti dikenakan oleh hospital di Malaysia. Manfaat tidak akan dibayar jika anda tinggal di luar negara melebihi 90 hari.

    Walau bagaimanapun, batasan menetap di luar negara selama 90 hari tidak dikenakan apabila anda sertakan TH Overseas bersama pelan Takaful Health2 anda. Dengan rider ini, anda mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan atau nasihat perubatan di Singapura, Hong Kong, China atau India. Pembayaran balik perbelanjaan perubatan adalah berdasarkan kepada caj-caj yang berpatutan dan kebiasaan negara tersebut. Kami hanya memberi perlindungan untuk kondisi-kondisi berikut: Pembedahan berkaitan dengan kanser Neurosurgeri Pembedahan pintasan arteri koronari Pembedahan injap jantung Pembedahan pemindahan organ (pemindahan buah pinggang, paru-paru, hati, jantung,

    pankreas dan sumsum tulang)

  • Untuk kondisi yang dilindungi, jika anda memilih untuk dimasukkan ke hospital dan melakukan pembedahan di Malaysia dan bukan di luar negara, Manfaat Kebajikan akan dibayar untuk setiap kemasukan bagi setiap pembedahan. Peserta-peserta yang membuat tuntutan Manfaat Kebajikan tidak layak lagi untuk dibayar balik bagi Manfaat Hospital & Surgeri dan Manfaat Rawatan Pesakit Luar untuk kondisi yang dilindungi tersebut di bawah manfaat TH Overseas. Anda boleh membuat tuntutan Manfaat Kebajikan untuk kemasukan berulang-kali bagi pembedahan kondisi yang dilindungi di Malaysia, dan membuat tuntutan untuk rawatan perubatan tempatan di bawah Takaful Health2 berdasarkan caj-caj yang berpatutan dan kebiasaan.

    Di bawah adalah jadual manfaat-manfaat untuk TH Overseas:

    Pelan THO Gold THO Platinum

    A. Manfaat Hospital dan Pembedahan Manfaat Bilik dan Penginapan Hospital Harian

    (120 hari setiap tahun) Manfaat Unit Rawatan Rapi

    (30 hari setiap tahun) Manfaat Pembedahan Manfaat Perkhidmatan dalam Hospital dan

    yang berkaitan

    Seperti yang dikenakan

    B. Manfaat Rawatan Pesakit Luar ManfaatRawatanSebelum

    Kemasukan ke Hospital (dalam tempoh 30 hari sebelum kemasukan ke hospital)

    ManfaatRawatanKeluarHospital (dalam tempoh 90 hari selepas dibenarkan keluar)

    ManfaatPenjagaanJururawatdiRumah (180 hari bagi seumur hidup)

    ManfaatPembedahanHarian ManfaatRawatanKanser

    Seperti yang dikenakan

    Manfaat Kebajikan RM5,000 RM10,000

    Had Tahunan Keseluruhan RM200,000 RM400,000

    Had Seumur Hidup RM2,000,000 RM4,000,000

    6. Berapakah sumbangan yang perlu saya bayar?

    Sumbangan yang anda perlu bayar untuk pelan Takaful Health2 ditetapkan berdasarkan umur, status kesihatan, kelas pekerjaan, jenis pelan dan tempoh perlindungan dan juga tertakluk kepada pengunderaitan. Sumbangan perlu dibayar sepanjang tempoh pelan.

    (Sila rujuk kepada Lampiran 1 untuk Kadar-kadar Sumbangan)

  • Bagaimanakah Takaful Health2 berfungsi?

    Takaful Health2 ialah rider yang disertakan bersama pelan PruBSN Link Series kami. Ianya adalah berdasarkan model Wakalah Bil Ajr di mana kami menempatkan sumbangan anda ke dalam akaun anda selepas kami mengambil caj wakalah. Ini adalah yuran untuk perkhidmatan-perkhidmatan yang kami sediakan.

    Apakah caj-caj yang dikenakan dalam Takaful Health2?

    Butiran caj wakalah dan caj(-caj) lain disenaraikan dalam jadual di bawah.

    Jenis caj Butiran caj

    Caj wakalah pendahuluan

    Caj ini terdiri daripada komisen dan perbelanjaan berkaitan pengagihan serta perbelanjaan pengurusan. Caj sebagai peratusan9 daripada sumbangan perlindungan anda seperti yang ditunjukkan di bawah.

    Tahun sijil 1 2 3 4 5 dan 67 dan

    ke atas

    Caj wakalah pendahuluan

    60% 60% 50% 30% 20% 0%

    Tabarru Tabarru akan ditolak setiap bulan daripada akaun anda berdasarkan umur, status kesihatan, kelas pekerjaan dan jenis pelan yang anda pilih dan akan ditempatkan ke dalam Dana Tabarru. Perlindungan takaful adalah daripada Dana Tabarru.

    Adakah saya akan menerima lebihan daripada pelan ini?

    Anda layak menerima sekurang-kurangnya 50% daripada lebihan yang diagihkan (jika ada) pada setiap tahun. Baki sehingga 50% dikongsi bersama kami sebagai insentif untuk mengurus Dana Tabarru. Bahagian lebihan yang boleh diberikan akan dimasukkan semula ke dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) anda.

    9 Iniadalahcajuntuksijilyangbertempoh20tahunataulebih.Untuksijilyangmempunyaitempoh kurang daripada 20 tahun, ia akan dikurangkan sewajarnya. Sila rujuk kepadailustrasipelanuntukmaklumatyanglebihterperinci.

  • Nota-nota Penting

    Risalah ini bukan merupakan satu kontrak di antara anda dan Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN). Sila rujuk kepada Ilustrasi Pelan dan Lampiran Keterangan Produk sebelum menyertai pelan ini. Terma dan Syarat yang lengkap boleh didapati dalam dokumen sijil. Sila minta sampel Terma-terma dan Syarat-syarat jika anda perlukan maklumat terperinci mengenai pelan tersebut.

    Sumbangan perlindungan merujuk kepada sumbangan yang diperuntukkan ke dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) anda.

    Untuk Takaful Health2, anda layak menerima pelepasan cukai perubatan berkaitan dengan sumbangan anda sehingga RM3,000 setahun. Pelepasan cukai adalah tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

    TH Overseas, TH Auto Upgrade, TH Retirement dan TH Annual Limit Waiver adalah manfaat-manfaat tambahan yang tertakluk kepada pengunderaitan dan sumbangan tambahan.

    Anda hendaklah terus membayar sumbangan anda secara tetap sehingga pelan anda matang bagi memastikan anda dilindungi sepenuhnya di bawah pelan ini pada setiap masa. Kegagalan untuk membuat demikian mungkin menyebabkan perindungan anda tamat sebelum masanya. Perlindungan hingga tempoh matang adalah tertakluk kepada PUA yang mencukupi untuk menampung Tabarru dan caj-caj berkaitan.

    Takaful Health2 adalan pelan yang dijamin pembaharuan. Sumbangan adalah selaras dan tidak dijamin. PruBSN mempunyai hak untuk menukar kadar sumbangan dan/atau Tabarru dengan memberi 90 hari notis bertulis. Kadar boleh ditukar sekiranya berlaku situasi yang tidak dijangka seperti pengalaman tuntutan yang tidak menggalakkan dan inflasi kos perubatan. Sebarang perubahan dalam sumbangan dan/atau Tabarru hanya akan bermula pada ulang tahun sijil yang seterusnya.

    Takaful Health2 tidak menyediakan sebarang amaun manfaat dari Dana Tabarru pada penamatan, tamat tempoh atau kematangan sijil.

    Takaful Health2 adalah berdasarkan model Wakalah Bil Ajr yang merupakan persetujuan bagi PruBSN menguruskan pelan takaful anda. Sumbangan anda akan dimasukkan ke dalam PUA selepas ditolak caj wakalah yang merangkumi bayaran perkhidmatan keseluruhan yang disediakan. Perlindungan takaful diperoleh daripada Dana Tabarru.

    Tabarru bermaksud sebahagian tertentu daripada sumbangan didermakan ke dalam Dana Tabarru untuk persetujuan bantuan dan pertolongan di kalangan peserta-peserta berdasarkan manfaat-manfaat yang dipersetujui di bawah pelan.

    Anda berhak menerima agihan lebihan termasuk keuntungan pelaburan (jika ada) pada setiap akhir tahun kewangan. Anda, berserta peserta lain layak menerima sekurang-kurangnya 50% daripada lebihan dan PruBSN akan menerima baki sebanyak sehingga 50% sebagai insentif kerana meguruskan Dana Tabarru. Bahagian agihan lebihan anda akan dimasukkan semula ke dalam PUA anda. Amaun tepat agaihan lebihan akan dinilai secara tahunan dan tertakluk kepada persetujuan kedua-dua Jawatankuasa Syariah dan Lembaga Pengarah PruBSN.

  • Pengecualian

    Takaful Health2 tidak melindungi sebarang kemasukan hospital, pembedahan atau caj-caj berkaitan yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, keseluruhannya atau sebahagiannya, dari mana-mana satu (1) kejadian berikut:

    1. Penyakit sedia ada jika penyakit tersebut tidak dinyatakan di dalam borang cadangan atau apa jua borang lain yang berkaitan dengan keadaan kesihatan anda selepas sijil ini berkuatkuasa.

    2. Penyakit spesifik yang berlaku dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari yang pertama bagi perlindungan berterusan.a. Tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit kardiocaskularb. Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam system kencing dan system biliaric. Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekakd. Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikoselee. Endometriosis termasuk penyakit melibatkan sistem pembiakanf. Gangguan spina vertebra (termasuk diska) dan penyakit lutut

    3. Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh tiga puluh (30) hari yang pertama dari tarikh perlindungan atau tarikh penguatkuasaan semula bagi Orang yang Dilindungi, yang mana terkemudian, kecuali untuk kecederaan akibat kemalangan.

    4. Pembedahan plastik/kosmetik, khatan, pemeriksaan mata, cermin mata dan pembetulan penglihatan dekat melalui pembiasan atau pembedahan (Keratotomi radial atau Lasik) dan penggunaan atau pemerolehan perkakas atau alat prostetik luaran seperti anggota tiruan, alat pendengaran, perentak yang diimplankan (perentak luaran) dan preskripsinya.

    5. Penyakit pergigian termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral kecuali diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan pada gigi asli yang sihat yang berlaku sepenuhnya dalam tempoh takaful. Perbelanjaan yang timbul dari pemakaian gigi palsu, rawatan kanal akar, perkhidmatan prostetik seperti titian, implan dan korona atau penggantiannya tidak akan dibayar.

    6. Penjagaan peribadi (melainkan dan kecuali Manfaat Penjagaan Jururawat Di Rumah), rehat pulih atau jagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, intoksikasi, pensterilan, penyakit venereal dan sekuelanya, AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit) atau ARC (Kompleks Berkaitan AIDS) dan penyakit berkaitan HIV, dan apa-apa penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang.

    7. Apa-apa rawatan atau pembedahan dijalankan untuk keabnormalan atau kecacatan kongenital termasuk penyakit keturunan.

    8. Kehamilan (dan komplikasi berkaitan), melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan), keguguran, menggugurkan kandungan dan jagaan serta pembedahan pranatal atau postnatum, kaedah kawalan kelahiran kontraseptif mekanikal atau kimia, rawatan berkaitan ketaksuburan termasuk disfungsi erektil dan ujian atau rawatan berkaitan impoten atau pensterilan.

    9. Kemasukan ke hospital terutamanya untuk tujuan siasatan, diagnosis, pemeriksaan sinar-x, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis sesuatu hilang upaya yang dilindungi atau apa-apa rawatan yang dianggap tidak perlu dari segi perubatan dan apa-apa rawatan pencegahan, ubat atau pemeriksaan pencegahan yang dijalankan oleh seorang pakar perubatan, dan rawatan-rawatan khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan.

    10. Bunuh diri, percubaan membunuh diri atau kecederaan diri sendiri yang disengajakan ketika siuman atau tidak siuman.

  • 11. Perang atau apa-apa tindakan perang, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, aktiviti jenayah atau pengganas, bergiat cergas dalam mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan secara langsung dalam mogok, rusuhan dan kekecohan awam atau pemberontakan.

    12. Radiasi pengionan atau pencemaran oleh radioaktiviti daripada mana-mana bahan api nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada apa-apa bahan senjata nuklear.

    13. Belanja yang ditanggung untuk menderma mana-mana organ tubuh oleh Orang yang Dilindungi dan kos pemerolehan organ termasuk semua kos yang ditanggung oleh penderma ketika pemindahan organ dan komplikasinya.

    14. Siasatan dan rawatan gangguan tidur dan dengkur, terapi penggantian hormon, terapi oksigen hiperbarik dan terapi pilihan seperti rawatan, khidmat atau bekalan perubatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada khidmat kiropraktik, akupunktur, akutekanan, refleksologi, pengikatan tulang, rawatan pakar herba, urut atau terapi aroma atau rawatan pilihan yang lain.

    15. Jagaan atau rawatan yang mana bayaran tidak diperlukan atau setakat yang dibayar oleh mana-mana Pengendali Takaful lain atau tanggung rugi yang melindungi Orang yang Dilindungi dan hilang upaya yang diakibatkan oleh tugas-tugas dalam pekerjaan atau kerjaya yang dilindungi di bawah Kontrak Takaful Pampasan Pekerja.

    16. Psikotik, gangguan mental atau saraf dan keadaan yang disebabkan oleh penyakit nyanyuk (termasuk apa-apa neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatiknya).

    17. Kos/perbelanjaan bagi khidmat yang bersifat bukan perubatan, seperti televisyen, telefon, khidmat teleks, radio atau kemudahan yang serupa, kit/pek kemasukan dan barang bukan-perubatan lain yang tidak layak.

    18. Sakit atau kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan (kecuali perlumbaan jalan kaki), sukan berbahaya seperti tetapi tidak terhad kepada terjun udara, luncur air, aktiviti dalam air yang memerlukan alat pernafasan, sukan musim sejuk, sukan profesional dan aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang.

    19. Penerbangan peribadi selain sebagai penumpang yang membayar tambang dalam mana-mana penerbangan komersil berjadual untuk mengangkut penumpang melalui laluan yang ditetapkan.

    20. Perbelanjaan yang ditanggung untuk menukar jantina.

    21. Sebarang gigitan serangga termasuk gigitan nyamuk dan kecacingan semasa Tempoh Menunggu.

    22. Caj-caj yang tidak berpatutan dan biasa diamalkan, atau apa-apa pembedahan atau rawatan yang tidak perlu dari segi perubatan, atau caj-caj yang melebihi caj yang berpatutan dan biasa diamalkan, atau caj-caj yang ditanggung kerana dimasukkan ke hospital, pra-kemasukan ke hospital dan/atau selepas kemasukan ke hospital selepas tarikh tamat tempoh.

    23. Penyakit yang secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh kacacatan kelahiran, trauma kelahiran dan komplikasi dari sisanya, kemerosotan atau kecacatan fizikal atau mental jika Orang yang Dilindungi masih berada dalam kandungan atau sebelum Orang yang Dilindungi mencapai umur empat belas (14) hari.

    Semua pengecualian dan had di atas adalah tidak terhad dan anda perlu merujuk kepada dokumen sijil untuk maklumat lanjut.

  • Lampiran 1

    Kadar Sumbangan Tahunan dengan Ko-takaful (Kelas Pekerjaan 1 & 2)

    Umur Kelayakan

    Tempoh Tamat Umur 25 atau 70 Tahun

    TH2 Pelan200 TH2 Pelan250 TH2 Pelan300 TH2 Pelan400

    RM RM RM RM

    1 15 765 950 1,202 1,475

    16 20 848 1,048 1,296 1,652

    21 25 930 1,142 1,421 1,812

    26 30 976 1,187 1,515 1,915

    31 35 1,151 1,420 1,789 2,224

    36 40 1,305 1,518 2,031 2,510

    41 45 1,531 1,800 2,313 3,119

    46 50 1,918 2,168 2,846 3,886

    51 55 2,367 2,674 3,509 4,811

    56 60 2,816 3,177 4,183 5,724

    Umur Kelayakan

    Tempoh Tamat Umur 80 Tahun

    TH2 Pelan200 TH2 Pelan250 TH2 Pelan300 TH2 Pelan400

    RM RM RM RM

    1 15 1,007 1,198 1,539 1,864

    16 20 1,116 1,314 1,699 2,069

    21 25 1,245 1,452 1,889 2,313

    26 30 1,413 1,633 2,138 2,630

    31 35 1,630 1,864 2,461 3,041

    36 40 1,906 2,161 2,874 3,565

    41 45 2,248 2,552 3,392 4,345

    46 50 2,681 3,043 4,033 5,310

    51 55 3,259 3,686 4,858 6,461

    56 60 4,074 4,590 5,991 8,061

    61 65 4,910 5,586 7,609 10,129

    66 70 7,775 8,635 11,269 14,736

  • Umur Kelayakan

    Tempoh Tamat Umur 100 Tahun

    TH2 Pelan200 TH2 Pelan250 TH2 Pelan300 TH2 Pelan400

    RM RM RM RM

    1 15 1,641 1,887 2,381 2,991

    16 20 1,856 2,134 2,693 3,398

    21 25 2,113 2,430 3,062 3,882

    26 30 2,468 2,796 3,520 4,478

    31 35 2,823 3,246 4,102 5,270

    36 40 3,361 3,797 4,952 6,418

    41 45 3,951 4,464 5,771 7,558

    46 50 4,700 5,269 6,942 8,950

    51 55 5,548 6,255 8,218 10,652

    56 60 6,646 7,481 9,791 12,764

    61 65 8,053 9,046 11,821 15,470

    66 70 9,571 10,902 14,276 18,765

    Kadar sumbangan adalah berdasarkan risiko biasa kelas pekerjaan 1 dan 2. Kadar sumbangan untuk kelas pekerjaan 3 dan 4 adalah 1.25 dan 1.5 lebih daripada kadar sumbangan kelas pekerjaan 1 dan 2 masing-masing. Kadar adalah tertakluk kepada pengunderaitan. Amaun sumbangan sebenar anda akan bergantung kepada umur anda (berdasarkan Umur pada Tarikh Lahir akan Datang), status kesihatan, kelas pekerjaan, jenis pelan dan tempoh perlindungan.

    Untuk kadar sumbangan Takaful Health2 dengan pilihan-pilihan dan manfaat-manfaat tambahan yang disertakan bersama pelan Takaful Health2 anda, sila rujuk kepada ilustrasi pelan.

    TH2 Pelan500 dan TH2 Pelan600 hanya boleh ditawarkan apabila TH Auto Upgrade disertakan bersama TH2 Pelan300 dan TH2 Pelan400.

  • Takaful Health2 adalah produk yang berasaskan Syariah.

    Prudential BSN Takaful Berhad merupakan Pengendali Takaful yang berdaftar di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan di kawalselia oleh Bank Negara Malaysia.

    Bagi maklumat/pertanyaan lanjut, sila hubungi:

    PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD (740651-H)Tingkat 8A, Menara Prudential, No. 10, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.

    Tel: (03) 2053 7188 Faks: (03) 2072 6188E-mel: [email protected] SMS PruBSN dan hantar ke 33080

    Anda juga boleh melayari www.prubsn.com.my

    Penting: Anda seharusnya berpuas hati bahawa produk ini mampu memenuhi keperluan anda dan sumbangan yang dibayar di bawah sijil ini merupakan jumlah yang anda mampu bayar.

    Semuamaklumatadalahbetulsemasapercetakan. Dicetak5Oktober2014