ikatan bata

7
IKATAN SISI BATA Ikatan ini khas digunakan pada tembok yang tebalnya setengah bata atau 112.5 mm. Ikatan ini disusun dengan menyambungkan bata pada kepalanya.Lekapnya ialah ½ bata. Pembinaannya bermula dengan satu lapisan bata sisi ,lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu bata setengah diikuti dengan bata sisi penuh dan seterusnya. Contoh ikatan ini ditunjukkan seperti dalam rajah. Tembok yang dibina dengan ikatan ini tidak mempunyai keupayaan tanggung yang tini. Oleh sebab itu, ia digunakan pada jenis binaan yang tertentu seperti tembok sekatan, tembik landasan, semperong dan tembok-tembok dalam struktur

Upload: akakkkkk

Post on 11-Jun-2015

7.748 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: IKATAN BATA

IKATAN SISI BATA

Ikatan ini khas digunakan pada tembok yang tebalnya setengah

bata atau 112.5 mm. Ikatan ini disusun dengan menyambungkan

bata pada kepalanya.Lekapnya ialah ½ bata. Pembinaannya

bermula dengan satu lapisan bata sisi ,lapisan yang kedua pula

dimulakan dengan satu bata setengah diikuti dengan bata sisi

penuh dan seterusnya. Contoh ikatan ini ditunjukkan seperti dalam

rajah. Tembok yang dibina dengan ikatan ini tidak mempunyai

keupayaan tanggung yang tini. Oleh sebab itu, ia digunakan pada

jenis binaan yang tertentu seperti tembok sekatan, tembik landasan,

semperong dan tembok-tembok dalam struktur berangka di mana

tiada beban berat yang disokong.

Page 2: IKATAN BATA

IKATAN KEPALA BATA

Tiap-tiap lapisan dalam tembok yang dibina dengan jenis ikatan ini

mengandungi kepala bata sahaja. Rajah menunujukkan pandangan

hadapan dan pelan bagi sebahagian tembok lengkung yang dibina

dengan ikatan kepala bata. Sambungan mortarnya merupakan

bentuk huruf V .Jenis ikatan ini sesuai digunakan pada binaan asas

atau pada tembok yag berbentuk bulat atau melengkung.

Page 3: IKATAN BATA

IKATAN INGGERIS

Ikayan ini adalah yang paling meluas digunakan. Ikatan ini disusun

dengan satu lapisan kepala bata berselang seli. Sebiji bata penutup

setengah mestilah ditempatkan selepas kpala bata penuru pada

lapisan kepala bata. Kegunaan pada penutup setengah ini adalah

untukmengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan memberi

lekap yang seragam iaitu suku bata. Pada tembok yang

tebal ,semua bata di bahagian dalam disusunkan secara melintang.

Ikatan jenis ini adalah dianggap sebagai ikatan yang sekuat sekali

antaraikatan-ikatan kerja bata kerana ia tidak mengandungi

sebarang sambungan tegak yang berterusan. Rajah menunjukkan

pelan tegak sebuah tembok yang dibina dengan Ikatan Ingeris .

Page 4: IKATAN BATA

IKATAN FLEMISH

Ikatan ini mengandungi kepala bata dan sisi bata disusun berselang

seli dalam satu lapisan yang sama. Seiji bata penutup setengah

mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada sudutnya

mewujudkan lekap yang seragam iaitu ¼ bata. Sambungan tegak

yang berterusan berlaku di dalam tembok tetapi tidak kelihatan

pada permukaan tembok. Apabila kedua-dua belah permukaan

tembok menunjukkan susunan Flemish ia dinmakan

‘Flemish Kembar ’ .Jika sebelah permukaan tembok menunjukkan

susunan Flemish dan sebelah yang lain pula menunjukkan susunan

Inggeris maka ia dinamakan ‘ Flemish Tunggal ’. Rajah

menunjukkan sebuah tembok yang dibina dengan ikatan yang

dibina dengan ikatan Flemish. Ikatan ini dapat menghasilkan

kedua-dua belah muka tembok yang lebih rata dibandingkan

dengan ikatan yang lain. Oleh itu, ikatan ini sesuai digunakan

untuk membina tembok yang tidak akan dilepa.

Page 5: IKATAN BATA

RUJUKAN

TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN DBP

( TAN BOON TONG ) 1994

MODUL POLITEKNIK KEMENTERIAN

PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAN DAN

BINAAN KJURUTERAAN ( C 1001 )