ideologi pas

13

Click here to load reader

Upload: peningla

Post on 03-Jul-2015

77 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ideologi pas

IDEOLOGI PAS

Ali Shari’ati dikenang bukan kerana dia seorang politikus hebat, bukan juga kerana seorang

ahli pidato yang memukau, malah tentu sekali bukan juga kerana dia seorang ahli akademik di

Universiti Mashhad.

Lebih dari itu semua, Shari’ati dikenang kerana ia merupakan simbol serta wajah idealog yang

sukses merangsang kebangkitan rakyat Iran, merentasi mana-mana ruang pengaruh yang ada,

hinggakan potretnya gagah berdiri sejajar dengan potret Ayatollah Ruhollah Khomeini ketika

memuncaknya revolusi tersebut.

Itu Shari’ati, dan ia telah pun tiada. Di satu ufuk timur lagi, PAS ketika memuncaknya revolusi

tersebut, cuba membawa semangat Shari’ati dan ruh revolusi ini ke dalam sistem partinya. Idea

wilayatul-faqeh dari tradisi Shi’ah kemudiannya telah diterjemahkan oleh PAS kepada format

kepimpinan ulama’, yang sampai dewasa ini terus tercerna dalam sistem gerakan parti politik

ini. Namun begitu, hingga kini, PAS terus keempunan untuk menuruti jejak sempurna revolusi

ini, kerana PAS tidak pernah memugar budaya partinya kepada kemunculan wajah idealog.

Mengapa PAS gagal melahirkan idealog? Apakah idealog ini tidak penting dari kacamata PAS?

Dan, mengapa juga PAS hanya kelihatan berminat mengkader ulama’-ulama’ yang terhad

kepada perspektif fiqhi semata-mata, tidak merentasi simbol dan perspektif wajah seorang

idealog? Dan, kalaulah status ulama’-ulama’ dalam PAS itu lebih mulia kedudukannya,

mengapa sukar untuk kita melihat ulama’-ulama’ dalam PAS ini dapat menunjuk jalan keluar

kepada cita-cita sebuah revolusi ummah, di kala ruang-ruang demokrasi kini sudah mula

memudar?

Apapun, persoalan-persoalan yang diutarakan ini tidak akan terjawab dengan jujur, selagi

mana sistem pentarbiyyahan PAS sendiri sudah menjadi sangat eksklusif, hingga ia telah

membataskan kreativiti aktivisnya untuk bereksperimen — dalam menterjemahkan aspirasi

perjuangan ummah ini. Pertamanya, kita dapat buktikan kewujudan kekangan-kekangan yang

dicipta oleh PAS ini semenjak dari dalam dunia kampus lagi, sesuatu suasana yang tidak pernah

berlaku dalam tiga dasarwarsa sebelum ini, di negara kita.

Baiklah, eloklah kita ketepikan duhulu alasan bahawa praktik yang sama turut dilakukan oleh

lawan politik PAS, iaitu UMNO. Bukan satu dalil yang bijaksana jika sesuatu kebenaran itu

Page 2: Ideologi pas

diukur dari kacamata perilaku lawannya. Tetapi, PAS sebagai wadah politik yang diwar-warkan

berjuang atas nama Islam yang sejati, secara sedar atau sebaliknya, telah pun membentuk suatu

kerangka pemikiran di kalangan mahasiswa yang sangat-sangat linear tentang apa itu sebuah

“perjuangan”.

Mengapa definisi “perjuangan” yang ditakrifkan (secara tidak langsung) oleh PAS ini boleh

menjadi selinear sebegitu? Apabila kita amati balik, gerakan mahasiswa yang pada peringkat

awalnya condong pada cita-cita Islam, khususnya PMI, mereka ini rupa-rupanya tidak diajar

bagaimana untuk mereka melahir serta merealisasikan gagasannya sendiri. Sebaliknya, kita

amati, gerakan mahasiswa yang seperti ini telah ditatih dengan doktrin-doktrin agama dalam

kerangka fikiran sebuah gerakan politik.

Jadi, dampaknya di sini, pencak gerakan mahasiswa itu tidak lagi tulen dan mulus. Gerakan

mahasiswa bagaikan hanya menunggu dirangsang oleh PAS bagi merealisasikan sesuatu

agenda mereka. Kerana itu, kita harus cermati semula, bahawa mahasiswa bukannya aktivis

kepada mana-mana gerakan politik. Mahasiswa, lebih jauh dari itu, adalah sebuah gerakan

yang miring kepada perjuangan sebuah idealogi ummah, yang di kalangan mereka akhirnya

dapat diperhatikan kelahiran wajah idealog.

Jadi, apabila orientasi gerakan mahasiswa sudah terpimpin dengan doktrin parti politik, maka

ruang lingkup gerakan mahasiswa itu untuk berekspreasi sudah menjadi kian terbatas, kerana

setiap kreativiti mahasiswa untuk melakukan eksperimen idea dalam praktik sosial harus perlu

menunggu restu pemimpin dari mana-mana struktur parti politik tersebut. Hal ini, yang awal-

awalnya dilihat oleh PAS sebagai satu kelebihan, rupa-rupanya untuk rentang waktu yang lebih

lama, ia adalah barah yang sangat serius sekali.

Ekoran rentetan format yang terikat sebeginilah yang telah menjadi benteng kepada kelahiran

wajah idealog di kalangan aktivis PAS itu sendiri, bila mahasiswa itu memilih untuk

bergelumang dalam politik kepartian. Dalam diam-diam, minda mahasiswa yang awalnya

bernuasa Islam yang dinamik, telah diubah kepada pembentukan minda gerakan oposisi, yang

belum tentu minda tersebut selaras dengan denyut nadi generasi muda. Dalam hal ini, PAS (juga

parti politik lain) sememangnya berdosa kepada seluruh aspirasi gerakan mahasiswa, yang

dulunya murni sekali hasratnya.

Page 3: Ideologi pas

Untuk membeza dan membuktikan pengamatan ini tidaklah sesukar mana. Tanpa berniat untuk

mengajak kita rigid kepada factor sejarah, kita boleh perhatikan idealisme mahasiswa tiga

dekad sebelumnya sebagai kajian perbandingan secara ringkas. Di sana, wajar kita sekali

mengakui, bahawa satu daripada faktor berkembangnya gerakan mahasiswa pada waktu itu

ialah kerana faham kebebasan mereka untuk bereksperimen, ke arah untuk menyatakan

gagasannya yang tersendiri, tanpa perlu mereka dipandu oleh arahan-arahan daripada parti

politik.

Ketika itu, idea-idea yang diwar-warkan oleh sebilangan pemimpin gerakan mahasiswa benar-

benar dapat merangka satu bentuk tekanan kepada suara pemerintah, apabila wujudkan

bantahan ummah. Dan, ketika itu juga, suara oposisi tidaklah sekeramat suara mahasiswa.

Pemerintah hakikatnya lebih terkesan dengan “suara ketiga” ini berbanding dengan suara-

suara di parlimen. Jadi, idea dari kalangan gerakan mahasiswa pada waktu itu menjadi sangat-

sangat kreatif, kerana mereka sendiri tidak terikat dengan doktrin parti politik!

Dan, bila kita berbalik kepada budaya dalam PAS itu sendiri, terbukti bahawa PAS semenjak

demikian tidak pernah membangunkan pemikiran aktivisnya dari perspektif yang rasional dan

kritis. Dan, apabila kita bercakap soal kritis ini juga, seharusnya ia tidak definitif kepada

pertentangan terhadap seteru-seteru politiknya. Lebih bermakna daripada itu, PAS mesti berani

membuka ruang kepada mana-mana aktivis untuk melakukan kritikan dalaman, tanpa perlu

menunggu medan muktamar mereka.

Dari sini, jiwa-jiwa pemimpin PAS mesti diasuh dan dibudayakan untuk tahan menerima

kritikan-kritikan, meskipun kritikan-kritikan yang dilontarkan tersebut masih samar-samar lagi

kebenarannya. Tapi malangnya, sebarang kritikan dari peringkat dalaman parti, yang niatnya

hanya bertujuan untuk mendapat kepastian sekalipun, dizahirkan dengan “muka yang masam”!

Jadi, jika budaya yang tidak kritis ini tidak dipugar dari awal-awal lagi, jadi mana mungkin

PAS mampu melahirkan wajah idealog?

Demikian juga, amalan PAS itu sendiri tidak berminat untuk membentur budaya wacana sebagai

ganti budayanya yang berteraskan isu-isu semasa. Kita lihat, contohnya wacana-wacana dalam

PAS sering disambut dingin, yang sekaligus berbeda dengan ceramah-ceramah politik.

Kecenderungan pemimpin tua PAS memutar isu akhirnya telah menengelamkan bakat aktivis

muda PAS yang awalnya sangat intelektualis. Sebab itu, kita tidak pernah menemui adanya

Page 4: Ideologi pas

karya-karya komprehensif dari pemimpin PAS tentang pengamatan sesuatu aspek, lantaran

singkatnya budaya wacana ini.

Sebaliknya, apa yang kita perhatikan ialah buku-buku yang dihasilkan oleh pemimpin PAS ini

hanya terbatas pada penjelasan isu-isu semasa, tetapi tidak berjaya menghuraikan sebarang

fenomena semasa dalam ragam perspektif, dan ragam teori! Hingga kini, tidak pernah

kedengaran di kalangan pemimpin PAS yang mampu melontar sebuah gagasan yang cemerlang,

hingga dapat dijadikan rujukan dalam tempoh yang lama. Tidak pernah! Barangkali, inilah

antara implikasi besar dari ketandusan intelektual dalam sistem parti tersebut.

Memang, lama dulu, ketika PAS di bawah Dr. Burhanuddin al-Helmy situasi ini amat berbeza

sekali. Ketika itu, al-Helmy bukan sahaja berjaya mencermati wahana nasionalisme dengan

perspektif yang dinamik, malah beliau juga berjaya menjalinkan gerakan PAS dengan pelbagai

gerakan lain, yang juga terdiri daripada gerakan yang bukan bersifat politik, sama ada lokal

atau global. Ini antara kehebatan al-Helmy yang mana teladan ini gagal disambung oleh para

pemimpin PAS dewasa ini. Nyatanya, PAS tidak pernah serius untuk merombak budaya rapuh

yang tertanam dalam sistem mereka ini.

Sungguh pun begitu, memang banyak lagi yang harus kita lakukan, bukan sahaja oleh PAS

sebagai gerakan politik oposisi, malah oleh semua gerakan yang mahu mengembalikan jati diri

sebuah bangsa ini. Perjuangan bangsa (atau juga perjuangan rakyat), seperti kata al-Helmy,

sebenarnya boleh kita cantumkan dalam wadah yang organik sifatnya. Jadi, bila anjuran ini

dapat difahami dengan harmonik, lebih-lebih lagi dari kalangan oposisi, maka tugas berat akan

menjadi lebih mudah, lantaran keutuhan idea yang digagaskan oleh seorang wajah-wajah

idealog, yang benar-benar menjiwai zeitgeist!

Namun, jika kalangan oposisi (merujuk kepada PAS) tampaknya hanya lebih berminat dengan

pembinaan faham fekahisme, bukannya idealisme, maka kepada siapa lagi yang boleh kita

sandarkan harapan besar ini? Harapan untuk melihat wajah-wajah seumpama sang rausyanfikr

tadi; yang kemas fikirannya, yang dinamik wataknya, dan yang benar-benar meneladeni bahawa

sesuatu praktik harus bermula dengan wacana idea terlebih dahulu, bukannya mainan selera isu

semata-mata!

Page 5: Ideologi pas

Perlembagaan parti merupakan dasar, hala tuju, matlamat dan gambaran kesungguhan

perjuangan parti. Perlembagaan juga merupakan undang-undang tubuh parti yang mana setiap

ahli parti adalah tertakluk di bawah Perlembagaan parti dan wajib mematuhinya.

PAS memperjuangkan undang-undang Shari'ah agar diguna pakai di peringkat persekutuan dan

negeri. Hukum tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah

Rasul serta ljmak dan Qias yang terang dan menjadi asas panduan dalam perjuangan. Risalah

Islam yang dibawakan oleh PAS bukan merupakan rekaan para pemimpinnya tetapi adalah berlandaskan

kepada apa yang telah diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Agama Islam tidak boleh disamakan dengan

doktrin dan ideologi ciptaan manusia. la bersumberkan kepada wahyu Ilahi. Jadi, PAS berjuang dan

bertindak berdasarkan kepada apa yang dibenarkan dan terkandung di dalam Islam.

Dengan tertakluk kepada hukum tertinggi tersebut, segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah

dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar.

Akan tetapi Muktamar itu sendiri tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung dalam

Perlembagaan PAS dan aturan peraturan Muktamar atau Mesyuarat PAS.

Pas juga memberi penumpuan kepada konsep perpaduan ummah.Islam tanpa mengira bangsa

dan juga prinsip keadilan mutlak kepada umat Islam tanpa mengira pangkat dan darjat

Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini

sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan

hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian Islam, juga

kemerdekaan dan kedaulatan negara. Dengan itu, dasar yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam

dengan seruannya ialah Allahu Akbar.

PAS ditubuhkan untuk melaksanakan tuntutan menegakkan amar makruf dan nahi mungkar.

Cita-cita ini tidak boleh dilaksanakan kecuali mempunyai kuasa politik atau pemerintahan.

Dengan mempunyai kuasa politik dan melalui kerajaan sahaja yang boleh melaksanakan perintah

dan larangan serta menguatkuasakan undang-undang Allah. Hal ini dilakukan oleh Rasulullah

s.a.w. yang melaksanakan tuntutan amar makruf dan nahi mungkar dengan sempurna ketika

memegang kuasa di Madinah. Langkah ini wajib diikuti dengan ijmak para sahabat dan ulama

yang muktabar. Sebagai sebuah harakah Islamiah, tidak memadai bagi PAS bergantung kepada

ceramah dan kuliah semata-mata untuk melaksanakan tuntutan tersebut. la memerlukan kuasa

bagi memastikan tuntutan Islam dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.

Adalah menjadi satu kewajiban kepada umat Islam berusaha untuk menegakkan masyarakat

Islam yang tunduk kepada undang-undang Allah. Bertitik tolak daripada itu, PAS berusaha

meneruskan perjuangan nabi untuk menyebarkan risalah dakwah dengan mengajak dan

menyedarkan umat manusia tentang kedudukannya sebagai makhluk Allah serta

tanggungjawabnya kepada khaliq. Seruan Pas itu adalah merentasi sempadan keturunan, agama

dan batasan geografi sesuai dengan ajaran Islam yang bersifat sejagat. Islam adalah ‘Ad deen’

Page 6: Ideologi pas

dan agama yang bersifat sejagat. Jadi, Islam harus diperjuangkan secara menyeluruh dan tidak

seharus berlakunya pemisahan di antara agama dan politik.

Dasar perjuangan PAS ialah Islam. Islam yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam yang lengkap

merangkumi semua perkara sama ada yang berkaitan dengan ibadah, politik, ekonomi,

pendidikan, sosial, akhlak dan sebagainya. PAS memperjuangkan din wa daulah iaitu agama dan

negara. PAS menerima konsep Islam secara keseluruhan sebagai satu cara hidup yang syumul

bukannya secara tempelan dengan beriman separuh dan menolak yang sebahagian lagi. PAS

menerima Islam secara keseluruhannya dan tidak dalam perkara yang berkaitan dengan solat,

puasa, zakat dan haji semata-mata tetapi merangkumi penolakan terhadap judi, zina, rasuah dan

sebarang bentuk kemungkaran yang lain.

Islam yang diperjuangkan oleh PAS adalah bersumberkan kepada al-Quran dan hadis. Sejak

ditubuhkan PAS telah berusaha untuk memartabatkan Islam. PAS sebagai sebuah parti politik

dan dakwah yang mempunyai matlamat jangka panjang untuk melihat kemurnian Islam dapat

direalisasikan, keadilan Islam dapat dihayati dan kecantikan Islam dapat dipraktikkan di dalam

kehidupan umat manusia. Cita-cita dan perjuangan PAS ialah untuk menzahirkan Islam agar ia

tidak berada di dalam lipatan sejarah dan kitab feqah atau hanya menjadi perbincangan yang

bersifat akademik sahaja.

Dalam Perlembagaan PAS telah dinyatakan secara jelas mengenai perkara ini. PAS mempunyai

tujuan untuk memperjuangkan wujudnya dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan

yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-¬hukumnya menuju keredaan

Allah. Selain itu, PAS juga ditubuhkan dengan tujuan untuk mempertahankan kesucian Islam,

kemerdekaan dan kedaulatan negara. Tujuan ini telah menjadi asas kepada perjuangan PAS

daripada dahulu sehingga kini biarpun kepimpinannya telah bertukar ganti manakala cabaran dan

situasi juga sering kali berubah.

PAS merupakan sebuah parti politik yang mempunyai dimensi perjuangan yang luas.

Perjuangannya tidak terbatas di dalam politik dan hal-ehwal yang berkaitan dengan sistem

kenegaraan tetapi juga di dalam bidang dakwah, kemasyarakatan, kebajikan serta segala aspek

kehidupan manusia. Penglibatan dan sumbangan di dalam bidang-bidang yang disebutkan itu

merupakan suatu realiti yang tidak dinafikan oleh sesiapa pun. Sejarah tidak pernah membohongi

kita tetapi kita yang sering membohongi sejarah.

Asas perjuangan PAS ialah Islam. Oleh itu, Pas membuka pintu perjuangannya kepada semua

orang Islam tanpa membataskan nya kepada sesuatu kelompok kaum sebagaimana yang

disyaratkan oleh sesetengah parti politik. Walaupun PAS adalah di dokong oleh orang-orang

Islam tetapi dimensi perjuangannya merangkumi juga mereka yang bukan beragama Islam. PAS

meletakkan Islam pada kedudukan yang paling tinggi sekali dengan mengetepikan perjuangan

yang bersifat kan perkauman. PAS mendukung prinsip-prinsip keadilan Islam dengan

Page 7: Ideologi pas

memastikan hak semua kaum sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam mendapat

pembelaan yang sewajarnya.

PAS merupakan sebuah parti politik yang bersikap terbuka dan berpandangan jauh. PAS bukan

merupakan sebuah parti yang mengamalkan dasar perjuangan yang sempit apatah lagi bersifat

perkauman. PAS boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja selagi mana ia tidak bercanggah

dengan nilai sejagat dan perjuangan Islam. Sejak ditubuhkan, PAS telah mengadakan kerjasama

dengan pelbagai pihak sama ada yang berupa parti politik, gerakan Islam atau pun pertubuhan

bukan kerajaan. PAS pernah menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 1974 sebelum

mengambil keputusan untuk keluar daripada komponen itu pada tahun 1978.

Kepimpinan PAS pernah mengadakan kerjasama dengan beberapa buah organisasi politik

membentuk Harakah Keadilan Rakyat (HAK) dan mengadakan persefahaman dengan Parti

Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM), Parti Demokratik Sosialis, Parti Nasionalis Malaysia

(NASMA) dan Majlis Perundingan Masyarakat Cina (CCC) bagi menghadapi Pilihan Raya

Umum 1986. Kerjasama itu kemudiannya diteruskan di bawah kepimpinan Allaryarham Datuk

Haji Fadzil selepas mengambil-alih jawatan Presiden PAS daripada Tuan Haji Yusuf Rawa.

Kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46, Hamim dan Berjasa di dalam Angkatan

Perpaduan Ummah (APU) telah dibentuk pada tahun 1989 untuk menghadapi Pilihan Raya

Umum 1990.

1.Memperjuangkan

wujudnya di dalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya

nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah

2.Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan Negara.

Fasal 6. Usaha-Usaha:

Menyeru umat manusia kepada Syari’at Allah dan Sunnah Rasul Nya melalui dakwah secara

lisan, tulisan dan amalan.

Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari’ah serta menjadikannya sebagai panduan

berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islam dalam usaha menegakkan

keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan

sosial serta pelajaran dan pendidikan.

Page 8: Ideologi pas

Memupuk dan memperkukuhkan dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan

rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat

dan berkebajikan.

Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang

perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan

hidup Islam.

Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi

masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat

Islam dan rakyat seluruhnya.

Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-

pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama mana ia

mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya

di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Qura’an.

Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah

dengan ajaran-ajaran Islam.

Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan

tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab

mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi

mengekalkan keamanan dan menjalinkan hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala

macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-

Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

Dr Burhanuddin diangkat sebagai Presiden PAS yang ketiga pada tanggal 25 Disember 1956

menggantikan Dr Abbas Elias.

Pemimpin ulung yang telah berjasa membangun dan memperkasa perjuangan ini sejak mula

ialah Dr Burhanuddin al-Helmy yang memimpin perjuangan daripada tahun 1956-1969, sang

doktor yang telah menebus dan mewakafkan hidupnya untuk satu perjuangan yang tidak dapat di

kompromi dan ditawar-tawar oleh sogokan dan ugutan penjajah

Peralihan kepimpinan PAS di akhir tahun 1956 kepada Dr Burhanuddin membawa revolusi

perjuangan PAS. Bermula dari situ, PAS memperincikan sikap dan pendirian parti agar lebih

Page 9: Ideologi pas

konsisten dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Beliau meletakkan dua matlamat parti

yang utama iaitu memperjuangkan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam. PAS sebagai sebuah

gerakan perjuangan Islam yang mewarisi perjuangan Hizbul Muslimin.

Beliau memimpin PAS paling lama berbanding mana-mana organisasi mahupun pergerakan

politik yang pernah dianggotainya. Seperti kata Burhanuddin (1960),

“Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terus menerus

memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi Negara Tanah Melayu ini dengan

bertapak di atas asas ideologi Islam yang Maha Suci”. Ini menunjukkan bahawa PAS sudah

mula bersungguh-sungguh dalam menjadikan Tanah Melayu pada ketika itu sebagai sebuah

negara Islam (Kamarudin Jaafar, 1980).

BAB YANG PERTAMA

NAMA DAN PEJABAT YANG DIDAFTARKAN

FASAL 1 - Nama

FASAL 2 - Pejabat yang didaftarkan

BAB YANG KEDUA

DASAR DAN TUJUAN

FASAL 3 - Dasar

FASAL 4 - Seruan PAS

BAB YANG KETIGA

TUJUAN, USAHA, HUKUM DAN KEKUASAAN

FASAL 5 - Tujuan

FASAL 6 - Usaha-Usaha

FASAL 7 - Hukum, Kekuasaan dan MAJLIS SYURA ULAMAK

Fasal 7 (1)(2)(3)

Fasal 8 - Ahli Majlis Syura

Fasal 9 - Tugas Ahli Majlis Syura

BAB YANG KEEMPAT

Page 10: Ideologi pas

DARIHAL AHLI-AHLI

FASAL 10 - Ahli PAS

FASAL 11 - Syarat-syarat Menjadi Ahli

FASAL 12 - Permohonan Menjadi Ahli

FASAL 13 - Memilih Ahli

FASAL 14 - Sijil Ahli

FASAL 15 - Keberhentian Ahli

FASAL 16 - Hak-hak Dan Kewajipan Ahli

FASAL 17 - Buku Daftar Ahli

BAB YANG KELIMA

MUKTAMAR DAN MESYUARAT AGUNG

FASAL 18 - Muktamar PAS

FASAL 19 - Wakil-wakil ke Muktamar dan Mesyuarat Agung

FASAL 20 - Mesyuarat Agung PAS Kawasan

FASAL 21 - Mesyuarat Agung PAS Cawangan

FASAL 22 - Tugas dan kekuasaan Muktamar dan Mesyuarat Agung PAS

BAB YANG KEENAM

PENUBUHAN KAWASAN DAN CAWANGAN

FASAL 23 - Penubuhan PAS Kawasan

Fasal 24 - Penubuhan PAS Cawangan

BAB YANG KETUJUH

JAWATANKUASA KERJA

FASAL 25 - Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

FASAL 26-27 - Tugas-tugas Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

FASAL 28 - Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan

Page 11: Ideologi pas

FASAL 29-30 - Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan

FASAL 31 - Jawatankuasa Pemuda Dan Muslimat Cawangan

FASAL 32 - Jawatankuasa Pemuda Dan Muslimat Cawangan

FASAL 33 - Tugas-tugas Jawatankuasa Kerja Cawangan

FASAL 34 - Notis Mesyuara Jawatankuasa kerja

BAB YANG KELAPAN

PEJABAT-PEJABAT PAS

FASAL 35 - Pejabat Setiausaha Agung

FASAL 36 - Pejabat Setiausaha Perhubungan Negeri

FASAL 37 - Pejabat Setiausaha Kawasan

FASAL 38 - Pejabat Setiausaha Cawangan

FASAL 39 - Pejabat Dewan-Dewan

BAB YANG KESEMBILAN

PERHUBUNGAN PAS NEGERI / WILAYAH PERSEKUTUAN

FASAL 40 - Perhubungan PAS Negeri / Wilayah Persekutuan

FASAL 41 - Tugas-tugas Perhubungan PAS Negeri

FASAL 42 - Tugas-tugas Jawatankuasa Harian PAS Negeri

BAB YANG KESEPULUH

DARIHAL DEWAN-DEWAN

FASAL 43 - Dewan Ulamak PAS Pusat

FASAL 44 - Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat

FASAL 45 - Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Pusat

FASAL 46 - Tugas-tugas Dewan Ulamak PAS Pusat

Page 12: Ideologi pas

FASAL 47 - Dewan Ulamak PAS Negeri

FASAL 48 - Muktamar Dewan Ulamak PAS Negeri

FASAL 49-50 - Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Negeri

FASAL 51 - Dewan Pemuda PAS Pusat

FASAL 52 - Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat

FASAL 53 - Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat

FASAL 54 - Tugas-tugas Dewan Pemuda PAS Pusat

FASAL 55 - Dewan Pemuda PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan

FASAL 56 - Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri

FASAL 57 - Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Negeri

FASAL 58 - Tugas-tugas Dewan Pemuda PAS Negeri

FASAL 59 - Dewan Pemuda PAS Kawasan

FASAL 60 - Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan

FASAL 61 - Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Kawasan

FASAL 62 - Tugas-tugas Dewan Pemuda PAS Kawasan

FASAL 63 - Dewan Muslimat PAS Pusat

FASAL 64 - Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat

FASAL 65 - Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat

FASAL 66 - Tugas-tugas Dewan Muslimat PAS Pusat

FASAL 67 - Dewan Muslimat PAS Negeri dan Wilayah Persekutuan

FASAL 68 - Muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri

FASAL 69 - Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Negeri

FASAL 70 - Tugas-tugas Dewan Muslimat PAS Negeri

FASAL 71 - Dewan Muslimat PAS Kawasan

FASAL 72 - Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan

Page 13: Ideologi pas

FASAL 73 - Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Kawasan

FASAL 74 - Tugas-tugas Dewan Muslimat PAS Kawasan

BAB YANG KESEBELAS

KEWANGAN DAN PEMEGANG AMANAH

FASAL 75 - Sumber-sumber Kewangan

FASAL 76 - Peraturan Kewangan

FASAL 77 - Tuntutan

FASAL 78 - Memegang Amanah

FASAL 79 - Pemeriksa Kira-kira

BAB YANG KEDUA BELAS

LAIN-LAIN HAL

FASAL 80 - Bendera PAS

FASAL 81 - Lambang PAS

FASAL 82 - Tatatertib PAS

FASAL 84 - Peraturan Muktamar dan Mesyuarat

FASAL 86 - Meminda Perlembagaan PAS

FASAL 87 - Cara Memansuhkan PAS

FASAL 88 - Lain-Lain Perkara