iddah rujuk dan ihdad

28
Dibentang oleh : NOR FADZILAH BINTI MD EHWAN NURUL FARHANAH BINTI OTHMAN NORSHAHIDAH BINTI MUHAMAD ZIN

Upload: nor-fadzilah-md-ehwan

Post on 25-Jun-2015

6.125 views

Category:

Education


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Iddah rujuk dan ihdad

Dibentang oleh :

NOR FADZILAH BINTI MD EHWAN

NURUL FARHANAH BINTI OTHMAN

NORSHAHIDAH BINTI MUHAMAD ZIN

Page 2: Iddah rujuk dan ihdad

7.0 IDAH, RUJUK DAN IHDAD7.1 Konsep Idah

7.1.1 Menyatakan perngertian dan hukum idah

7.1.2 Menentukan bahagian dan tempoh idah

7.1.3 Mengira tempoh tamat idah.

7.1.4 Menerangkan hak-hak wanita semasa idah

7.1.5 Menjelaskan permasalahan idah.

7.1.6 Memberi contoh petikan Enakmen

Keluarga Islam mengenai idah

7.2 Konsep Rujuk

7.2.1 Mendifinisikan rujuk.

7.2.2 Menyatakan rukun dan syarat rujuk.

7.2.3 Menjelaskan hukum-hukum rujuk.

7.2.4 Menerangkan hikmah-hikmah rujuk.

7.3 Konsep Ihdad (berkabung)

7.3.1 Mentakrifkan ihdad.

7.3.2 Menjelaskan hukum dan cara ihdad.

7.3.3 Menyelesaikan permasalahan berkaitan ihdad.

Page 3: Iddah rujuk dan ihdad

7.1 Konsep Iddah Nor Fadzilah bt Md Ehwan

Page 4: Iddah rujuk dan ihdad

'Iddah dari segi bahasa ialah membilang atau

menghitung.

Maksud 'Iddah pada Syara' pula ialah seseorang wanita yang telah diceraikan oleh suaminya

ataupun yang kematian suaminya, maka wanita

tersebut dilarang dari berkahwin dengan lelaki lain untuk tempoh beberapa waktu sehinggalah tempoh waktu itu berakhir. Dengan cara ini dapatlah dipastikan kesucian wanita tersebut, sama ada ia mengandung ataupun tidak.

7.1.1 Pengertian dan hukum idah

Page 5: Iddah rujuk dan ihdad

Hukum 'Iddah pada syara' adalah wajib ke atas setiap wanita yang diceraikan sama ada dengan sebab 'Talak' ataupun dengan sebab kematian suami.

Firman Allah, ' Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri (dari berkahwin selama 3 kali suci (dari haid)'. (Al-Baqarah : 228)

Firman Allah lagi, 'Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu sedang mereka meninggalkan isteri, maka hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (dengan ber'iddah) selama 4 bulan 10 hari. Kemudian apabila telah habis masa 'iddahnya itu, maka tidak ada salahnya bagi kamu (para wali) mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik. Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa juga yang kamu lakukan'. (Al-Baqarah : 234)

Page 6: Iddah rujuk dan ihdad

Jenis-Jenis IddahIa terbahagi kepada 2 iaitu :

a) Iddah Raj’ie.Iaitu iddah yang membolehkan bekas suami merujuk semula isterinya. Ia hanya untuk talak satu dan talak dua sahaja.

b) Iddah Ba’in. Iaitu iddah yang tidak membolehkan bekas suami merujuk semula

isterinya melainkan dengan akad nikah yang baru. Ia merangkumi :

1) Talak Tiga2) Li`an3) Fasakh4) Khuluk (Tebus Talak)5) Ila’6) Isteri yang belum disetubuhi oleh bekas suami barunya.

Page 7: Iddah rujuk dan ihdad

Bahagian 1 : Tiga kali suci. Tempoh ini ialah untuk perempuan yang masih didatangi haid dan berpisah

melalui perceraian. Maksud tiga kali suci ini ialah, jika dia diceraikan, maka dia perlu beriddah sehingga tiga kali suci daripada haid.

cara kiraan : 1. Jika dia diceraikan ketika suci dari haid, maka idahnya akan tamat sebaik

sahaja datang haid yang ketiga.

Contoh: Diceraikan dalam keadaan suci (Suci 1) > Haid 1 > Suci 2 > Haid 2 > Suci 3 > Haid 3 —— iddah habis sebaik sahaja haid 3 bermula.

2. Jika dia diceraikan ketika haid, maka idahnya akan tamat sebaik sahaja kedatangan haid yang keempat.

Contoh: Diceraikan ketika haid (Haid 1) > Suci 1 > Haid 2 > Suci 2 > Haid 3 > Suci 3 > Haid 4 —— iddah habis sebaik sahaja haid 4 bermula.

7.1.2 Bahagian dan tempoh idah7.1.3 Mengira tempoh tamat idah

Page 8: Iddah rujuk dan ihdad

Bahagian 2 : Tiga bulan a) Perempuan yang perlu beriddah selama 3 bulan ialah

perempuan yang belum pernah didatangi haid atau yang telah berhenti haidnya.

b) Sekiranya dia diceraikan, maka dia perlu mengira iddah dari hari perceraian hinggalh cukup tiga bulan Qamariyyah.

c) Perempuan yang tidak dikenakan iddah jenis ini ialah perempuan yang kematian suami ataupun diceraikan ketika hamil.

Firman Allah s.w.t. (maksudnya):“Perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus haid mereka, jika kamu ragui tentang tempoh masa idah mereka, maka masa idah mereka ialah selama tiga bulan. Begitulah juga idah perempuan-perempuan yang belum datang haid.” (al-Talaq 65:4)

Page 9: Iddah rujuk dan ihdad

Bahagian 3 : Iddah bagi wanita yang kematian

suami.1) BAGI WANITA/ISTERI YANG TIDAK MENGANDUNG

Tempohnya ialah 4 bulan 10 hari dari tarikh kematian. Perlu diingatkan bahawa ‘bulan’ di sini ialah bulan dalam kalender Islam/ Hijrah bukannya kalender Masehi. Oleh itu, jumlah hari yang dia kena beriddah ialah kira-kira 130 hari.

2)BAGI WANITA/ ISTERI YANG MENGANDUNG

Keadaan ini adalah contoh keadaan isteri yang kehilangan suami tercinta ketika mengandung 8 bulan.

Untuk wanita seperti ini, secara ringkasnya iddahnya tamat sebaik sahaja melahirkan anak (dan bukan 4 bulan 10 hari). Malah, jika selang masa antara kematian suami dan juga kelahiran anak itu sangat pendek, iddahnya tetap berakhir.

Page 10: Iddah rujuk dan ihdad

Bahagian 4 (Iddah Wanita Hamil)

Disebutkan dalam Surah al-Talaq ayat yang ke 4, maksudnya:“Dan bagi wanita-wanita yang hamil, maka ‘ajal’ (tempoh iddah) mereka tamat apabila mereka bersalin.”

a) tempoh iddah bagi perempuan yang diceraikan ketika sedang hamil akan berakhir apabila dia bersalin.

b) memastikan rahim wanita tersebut bersih daripada percampuran benih lelaki. Jadi, apabila dia bersalin, maka anak hasil percampuran dengan benih suami telah keluar dan rahimnya telah bersih.

Page 11: Iddah rujuk dan ihdad

Bagi kes wanita yang tiada haid, tidak pernah haid atau telah pun habis haid, jika:

1. kematian suami (dan tidak mengandung)- maka iddahnya ialah 4 bulan 10 hari2. mengandung semasa diceraikan atau kematian suami- maka iddahnya ialah sehingga dia melahirkan anak atau keguguran.3. diceraikan iddahnya ialah 3 bulan dari perpisahan.

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Talaq, ayat 4,

maksudnya:“Dan bagi yang telah ya’s (putus) dari haidh dari kalangan wanita-wanita kamu jika karmu ragu, maka iddahnya ialah tiga bulan, dan begitu juga bagi wanita yang belum haidh”

Page 12: Iddah rujuk dan ihdad

a) Isteri yang berada dalam iddah Raj’ie berhak mendapat nafkah dan tempat tinggal selama tempoh iddah

b) Isteri yang berada dalam iddah Ba’in adalah seperti berikut :

Isteri yang tidak hamil hanya berhak mendapat tempat tinggal Isteri yang hamil berhak mendapat tempat tinggal dan nafkah Isteri yang kematian suami berhak mendapat tempat tinggal

sebagaimana semasa kematian suaminya.

c) Perempuan yang nusyuz (derhaka) tidak layak mendapat nafkah

dan tempat tinggal

7.1.4 Hak-hak wanita semasa iddah

Page 13: Iddah rujuk dan ihdad

Pertama, berkenaan dengan ketentuan-ketentuan masa menunggu (berapa lamanya) apakah tiga kali quru’, tiga bulan, empat buln sepuluh hatri, sampai melahirkan, merupkan ketentuan yang sdah baku, yakni bersifat normatif, artinya bagi perempuan yang bercerai dengan suaminya diwajibkan untuk menahan dirinya agar agar tidak melakukan kegiatan yang mengarah kepada pernikahan.hal ini dimaksudkan agar perempuan dapat hikmah dari perceraianya dan berfikir lebih dalam tntang pekawinan, atau berfikir dua kali sebelum memutuskan untuk mencari pasangan hidup yang baru.

Kedua, berkenaan dengan hak-hak pribadinya dalam rentang nasa iddah, terkait dengan kegiatanya yang diluar untuk pernikahan, tidak ada halangan untuk melakukan aktifitas diluar rumah sekalipun. Selama ia dapat menjaga dirinya dari fitnah. Hal ini mengingat hak individualnya tetap melekat pada dirinya setelah ia lepas dari ikatan pernikahan, yang menjadi manusia pribadi yang merdeka dan independen.

7.1.5 Permasalahan Iddah

Page 14: Iddah rujuk dan ihdad

7.1.5 Petikan Enakmen Keluarga Islam mengenai Iddah

Seksyen 128. Bersekedudukan semula dalam tempoh 'iddah raj'i.

(1) Seseorang lelaki yang, setelah menceraikan dengan sah isterinya, bersekedudukan semula dengannya dalam tempoh 'iddah raj'i tanpa terlebih dahulu melafazkan ruju' yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Jika isterinya itu tidak tahu pada masa persekedudukan semula itu tentang telah berlakunya perceraian itu, maka suami itu adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

(3) Seseorang perempuan yang bersyubahat melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Page 15: Iddah rujuk dan ihdad

7.2 KONSEP RUJUKNurul Farhanah bt Othman.

Page 16: Iddah rujuk dan ihdad

Maksud "Rujuk" ialah mengembalikan ikatan dan hukum perkawinan secara penuh setelah terjadi talak raj'i, yang dilakukan oleh mantan suami terhadap mantan isterinya dalam masa 'iddah.Kebolehan bekas suami rujuk kembali kepada bekas isterinya tergantung pada niat atau maksudnya.

7.2.1 DEFINISI RUJUK

Page 17: Iddah rujuk dan ihdad

Suami boleh merujuk isteri yang ditalakkannya dengan syarat-syarat berikut::   SUAMI

a.Hendalah seorang yang berakal.

b.Baligh.

c.Dengan kehendak dan kerelaan sendiri bukan paksaan daripada sesiapa.

d.Tidak murtad. 

SYARAT RUJUK

7.2.2 RUKUN DAN SYARAT RUJUK

Page 18: Iddah rujuk dan ihdad

ISTERI

a. Hendaklah yang sudah dicampuri.

b. Mestilah yang diceraikan dengan talak raj’ie. Bukan dengan perceraian secara fasakh, khuluk dan juga talak tiga.

c. Hendaklah ditentukan orangnya jika suami berkahwin lebih daripada satu dan telah menceraikan beberapa orang isterinya.

Page 19: Iddah rujuk dan ihdad

 Syarat-syarat sah kahwin semula selepas talak tiga ialah:

~ Selesai idah dari suami pertama.

~ Bekas isteri berkahwin dengan lelaki lain.

~  Suami kedua sudah melakukan persetubuhan dengannya.

~ Bercerai dengan suami kedua, fasakh, atau mati (habisidah).

~ Setelah tamat idahnya, suami pertama boleh kembali bekas

isterinya itu dengan akad nikah yang baru mengikut syarat

syarat dan rukun-rukun nikah yang ditetapkan.  

Page 20: Iddah rujuk dan ihdad

Rukun rujuk ada tiga perkara: 1. Sighah iaitu lafaz yang menunjukkan

kembali kepada isteri sama ada secara sarih (terang) mahupun kinayah (kiasan).

2. Mutarji’ iaitu suami yang ingin merujuk isteri yang diceraikannya dengan talak bain.

3. Isteri iaitu perempuan yang telah dinikahi dengan nikah yang sah.

RUKUN RUJUK

Page 21: Iddah rujuk dan ihdad

 Hukum Rujuk

 Wajib ~ Suami yang menceraikan salah seorang daripada isteri-isterinya dan dia belum menyempurnakan pembahagian giliran terhadap isteri yang diceraikan itu.

Haram ~ Apabila rujuk itu menjadi sebab mendatangkan kemudaratan kepada isteri tersebut.

Makruh ~Apabila perceraian itu lebih baik diteruskan daripada rujuk.

Harus ~ Jika membawa kebahagiaan kepada ahli keluanga kedua-dua belah pihak.

Sunat ~ Sekiranya mendatangkan kebaikan.

7.2.3 HUKUM RUJUK

Page 22: Iddah rujuk dan ihdad

1.Bertetapan dengan fitrah manusia yang ingin kembali ke pangkal jalan apabila melakukankesilapan.

2.Suami dan isteri diberi peluang untuk menyambung semula hubungan mereka dengan keazamandan sikap yang baru.

3.Suami dan isteri berkesempatan untuk memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang lalu.

4.Dapat memberi ketenteraman jiwa. 5.Dapat menyatukan semula keluarga

7.2.4 HIKMAH RUJUK

Page 23: Iddah rujuk dan ihdad

7.3 Konsep IhdadNorshahidah bt Muhamad Zin

Page 24: Iddah rujuk dan ihdad

7.3.1 MENTAKRIFKAN IHDAD

DEFINISI BERKABUNG :

- Wanita tidak menghias dirinya dalam keadaan tertentu dan dalam tempoh tertentu.

DALIL :

 

و.ج, ز0 ع0ل0ى إ7ال5 ث, ث0ال0 و.ق0 ف0 ي.ت, م0 ع0ل0ى د5 تDح7 أ0ن. ر7 0خ7 األ. ال.ي0و.م7 و0 ب7الله7 Dؤ.م7نDت 0ة, أ ر0 م. ال7 Dل Uي0ح ال0ا Wر و0ع0ش. ر, Dه أ0ش. ب0ع0ة0 ر.

0 أ

"Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk dia berkabung atas kematian seseorang lebih dari 3 hari melainkan kepada suaminya. Dia perlu berkabung selama 4 bulan sepuluh hari." (Hr Bukhari - Sahih) .

Page 25: Iddah rujuk dan ihdad

7.3.2 – MENJELASKAN HUKUM DAN CARA IHDAD

HUKUM BERKABUNG

Hukum berkabung selama 4 bulan 10 hari adalah wajib (sepakat para ulama melainkan Hasan Basri)bagi perempuan yang kematian suaminya dan sunat bagi wanita yang berpisah dengan talak bain (yang mana suaminya tidak boleh rujuk pada isterinya dengan kehendaknya sahaja).

Page 26: Iddah rujuk dan ihdad

PERKARA YANG DILARANG DALAM TEMPOH IHDAD

Dalam mazhab syafie ada tiga perkara yang dilarang kepada wanita ini seperti berikut:

1. Pakaian yang dicelup dengan warna untuk tujuan perhiasan. Mestilah pakaian tadi menggunakan kain berwarna asal. Memakai apa jua jenis kain adalah dibenarkan selagi tidak diwarnakan dengan warna yang lain. Kain yang dicelup dengan warna lain bukan untuk tujuan perhiasan seperti warna hitam adalah dibenarkan.

2. Haram memakai barang kemas seperti cincin dan sebagainya yang diperbuat dari emas, perak dan permata.

3. Haram memakai wangian pada badan, pakaian, makanan dan celak.

Pengharaman pada perkara yang dianggap perhiasan dan bukannya pada pembersihan. Adapun pembersihan seperti mandi, gosok gigi dan sebagainya adalah dibenarkan.

Page 27: Iddah rujuk dan ihdad

TEMPAT TINGGAL WANITA YANG BERKABUNG Kebanyakan ulama termasuklah 4 mazhab berpendapat

bahawa wanita yang kematian suaminya ketika dalam tempoh iddahnya (4 bulan 10 hari) wajib mendiami rumah yang dia diami bersama suaminya ketika suaminya masih hidup.

Nabi saw bersabda kepada Furaiah bintu Malik ra yang baru kematian suaminya:

أجله الكتاب يبلغ حتى بيتك في امكثي "Duduklah di rumahmu (rumah yang telah didiaminya bersama

suaminya)

sehingga habis masa yang ditetapkan al-Quran (4 bulan 10 hari)." (Hr Malik)

Page 28: Iddah rujuk dan ihdad

7.3.3 - menyelesaikan masalah berkaitan ihdad

ADAKAH WANITA KEMATIAN SUAMI BOLEH KELUAR RUMAH DALAM TEMPOH INI?

Wanita ini boleh keluar rumah untuk tempoh ini pada siang hari untuk menunaikan keperluannya. Ini berdasarkan hadis Jabir ra , beliau berkata:

. للنبي ذلك فذكرت فنهاها رجل فلقيها نخلها تجذ فخرجت ثالثا خالتي طلقت : خيرا تفعلي أو منه تتصدقي أن لعلك نخلك فجذي فقال وسلم عليه الله صلى

"Ibu saudaraku telah diceraikan talak 3. Semasa tempoh iddah, dia telah keluar untuk mengait buah kurma. Di tengah jalan, dia berjumpa dengan seorang lelaki yang menegahnya keluar (kerana dalam tempoh iddah). Lalu ibu saudaraku menceritakan perkara tersebut kepada Rasulullah saw. Nabi pun bersabda : Kaitlah buah kurma mu. Mudah2an kamu dapat bersedekah daripadanya atau dapat buat sesuatu yang baik. " (Hr Abu Daud dan Nasaie)

Daripada hadis ini, para Ulama mengharuskan wanita yang dalam iddah -samada diceraikan atau kematian suami- untuk keluar rumah bagi menyelesaikan urusan mereka pada waktu siang. Mereka tidak boleh keluar malam dan bermalam dirumah orang lain melainkan dalam keadaan darurat.