ict dan peranannya dalam menyebar luas maklumat seni dan budaya di malaysia

19
ICT Dan Peranannya Dalam Menyebar Luas Maklumat Seni Dan Budaya Di Malaysia. Oleh Mohammad Nazari bin Abdul Hamid Muka Surat 1

Upload: hj-mohammad-nazari-hj-abdul-hamid

Post on 18-Jun-2015

985 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: ICT Dan Peranannya Dalam Menyebar Luas Maklumat Seni Dan Budaya Di Malaysia

ICT Dan Peranannya Dalam Menyebar

Luas Maklumat Seni Dan Budaya Di

Malaysia.

Oleh

Mohammad Nazari bin Abdul Hamid

Muka Surat 1

Page 2: ICT Dan Peranannya Dalam Menyebar Luas Maklumat Seni Dan Budaya Di Malaysia

PENDAHULUAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana komposisi

masyarakatnya yang berbilang bangsa dan suku kaum yang bebas mengamalkan

agama, adat resam dan budaya masing-masing. Statistik menunjukkan bahawa

pada pertengahan tahun 2007 jumlah penduduk di Malaysia adalah 27.17 juta orang

dengan bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban sebagai bangsa utama.

Walau bagaimanapun, kepelbagaian seni budaya di Malaysia kini semakin

terancam akibat perkahwinan campur, serta arus hidup zaman moden yang semakin

mencabar. Seni budaya yang melambangkan identiti bangsa yang sebenarnya kini

semakin terhakis kerana setiap bangsa atau suku kaum secara tidak disedari telah

mempengaruhi antara satu sama lain.

Menyedari akan hakikat ini, maka pelbagai pihak khususnya generasi tua,

pencinta seni budaya, ahli sejarah dan negarawan kini mula sedar akan kepentingan

mengekalkan seni budaya tempatan. Semasa melancarkan Hari Seniman pada 30

Mei 2008 yang lalu YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, Perdana Menteri

Malaysia menyatakan bahawa:-

“Maka dalam erti kata ini, seni menjadi wadah bagi memupuk masyarakat berbudaya dan bertamadun supaya mereka tidak lupa warisan seni bangsa yang menjadi identiti kita dalam keghairahan mengejar kemodenan.

Muka Surat 2

Page 3: ICT Dan Peranannya Dalam Menyebar Luas Maklumat Seni Dan Budaya Di Malaysia

Kepelbagaian budaya Malaysia adalah satu kekayaan. Dengan itu, saya percaya jika pembangunan seni di negara kita ini dibimbing dengan baik, dipastikan juga kesenian Melayu tetap subur berkembang kita mampu mencapai kedudukan tersohor.”(Berita Harian, 2008)

Bagi memastikan ia terus kekal sepanjang zaman maka usaha

memperkenalkan seni budaya kepada generasi sekarang dan akan datang

hendaklah dilaksanakan. Kemajuan yang dicapai oleh negara khususnya dalam

bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) sesungguhnya dapat dijadikan

pemangkin kepada penyebaran ilmu serta maklumat kesenian dan kebudayaan.

ICT DI MALAYSIA

ICT telah terbukti berjaya mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan

masyarakat seluruh dunia. Malaysia telah mengambil langkah memainkan peranan

yang aktif bagi membudayakan ICT. Hasrat negara ialah untuk meletakkan ICT

sebagai media penting bagi membantu menyingkap pengetahuan baru dalam era

ledakan maklumat dan ekonomi berasaskan pengetahuan k-ekonomi.(Ahmad

Sarji,1995)

Berasaskan kepada kepercayaan bahawa ICT berupaya mempertingkatkan

kecekapan pengurusan maklumat, yang merangkumi aktiviti pencarian,

penyimpanan, penerbitan semula dan dapatan semula maklumat, aplikasi ICT

semakin hari semakin meningkat.

Jumlah Penduduk 27.17 juta(2007)% Penduduk Luar Bandar 39.1 %(2001)Tahap Literasi Bahasa Kebangsaan 83.5 %(2002)Pemilikan Komputer(100 orang) 12.61(2001)Talian Telefon(100 orang) 20.5(2001)Hos Internet(10,000 orang) 31.10(2001)Pengguna Internet(10,000 orang) 2,731(2001)

Muka Surat 3

Page 4: ICT Dan Peranannya Dalam Menyebar Luas Maklumat Seni Dan Budaya Di Malaysia

Pelanggan Telefon Bimbit(dari 100 orang) 32.8(2002)Profil ICT di MalaysiaSumber: http://www.apdip.net/projects/dig-rev/info/my/

Strategi MyICMS 886

Bermatlamatkan kepada usaha melonjakkan Malaysia dalam penyampaian

perkhidmatan maklumat, telekomunikasi dan multimedia untuk peningkatan kualiti

hidup dan daya saing masyarakat, Strategi Malaysian Information, Communications

and Multimedia Services 886 Strategy(MyICMS 886) telah dilancarkan. Adalah

diharapkan ia mampu memulakan putaran catalyst yang dapat meningkatkan

pelaburan semasa dalam infrastruktur ICMS lantas membantu pertumbuhan

perkhidmatan berasaskan teknologi, maklumat, komunikasi dan multimedia.

Perkhidmatan Infrastruktur Bidang Pertumbuhan1. Jalur lebar laju 1. Multiservice Convergence

Networks1. Pembangunan

Kandungan(cth: pendidikan, hiburan, budaya dan seni)

2. 3G dan seterusnya. 2. 3G Cellular Networks 2. Hub Pendidikan ICT3. Mobile TV 3. Rangkaian Satelit 3. Digital Multimedia

Receivers4. Penyiaran Multimedia

Digital4. Next Generation Internet

Protocol(IPv6)4. Peranti Komunikasi(cth:

Telefon VoIP)5. Kediaman Digital 5. Home Internet Adoption 5. Embedded Components

and Devices(cth: RFID) 6. Komunikasi Jarak

Dekat(cth: RFID)6. Keselamatan Maklumat dan

Rangkaian6. Foreign Ventures

7. VoIP/Internet Telephony 7. Pembangunan Kompetensi

8. USP - Universal Service Provision

8. Reka cipta Produk dan Pengilangan

Strategy MyICMSSumber: MyICMS 886: Digital Opportunities for Development.

PENGURUSAN MAKUMAT DAN ICT MASAKINI

Kini apa saja boleh diterjemahkan dalam bentuk bits dan bytes serta

kombinasi teks, imej dan bunyi. Sebaik sahaja sesuatu itu diterbitkan dalam bentuk

digital, ia boleh dipersembahkan dalam platform yang pelbagai dan boleh diakses

Muka Surat 4

Page 5: ICT Dan Peranannya Dalam Menyebar Luas Maklumat Seni Dan Budaya Di Malaysia

oleh pelbagai jenis pengguna lantas menyebabkan perbezaan antara disiplin bidang

seperti pendidikan, hiburan, seni, budaya dll. hanyalah dibezakan dengan satu klik

tetikus sahaja.

Ding Choo Ming(Sept. 2000) menyatakan bahawa pengurusan maklumat dan

media maklumat berubah kepada era lebuh raya maklumat digital dimana teks,

suara, video, gambar dan data-data dihantar, diterima dengan pantas dan mudah

pada bila-bila masa. Fenomena ini membentuk persekitaran maklumat baru iaitu

maklumat digital yang berinteraktif menggantikan maklumat linear yang statik.

Pengguna mempunyai kebebasan mengakses dan memilih maklumat, hiburan,

berita, laporan dalam Internet. Peningkatan aplikasi teknologi, media dan

komunikasi di kalangan masyarakat amat diperlukan bagi memastikan maklumat

dapat disebarluaskan dengan berkesan.

Aplikasi digital atau pendigitalan memungkinkan pengguna mengakses bahan

maklumat yang terdapat dalam pangkalan data melalui rangkaian komunikasi

khususnya Internet Ini bermakna bahan maklumat berkenaan tersedia sepanjang

masa serta boleh diakses oleh lebih dari seorang pengguna serentak. Capaian

kepada pangkalan data maklumat juga dapat dibuat dengan berstruktur dan dikawal

sepenuhnya oleh pengguna. Selain itu, salinan tepat juga boleh dihasilkan semula

tanpa kehilangan mutu dan kandungan dari salinan asal. Secara keseluruhannya

kos perlaksanaan aktiviti pendigitalan adalah rendah jika dibandingkan dengan

kemampuannya memenuhi keperluan pengguna yang amat luas di samping

keupayaannya berkongsi sumber dengan lain-lain institusi dengan mudah dan cepat.

Muka Surat 5

Page 6: ICT Dan Peranannya Dalam Menyebar Luas Maklumat Seni Dan Budaya Di Malaysia

Aplikasi sistem pengurusan pangkalan data secara bersepadu(Integrated

Management System) dapat membantu institusi atau organisasi dalam menguruskan

koleksi serta perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna dengan lebih berkesan

lagi. Data koleksi dan maklumat yang disimpan dalam satu pangkalan data boleh

diakses 24 jam sehari, 7 hari seminggu melalui aplikasi Web atau Internet walau di

mana seseorang itu berada.

Kini dengan menggunakan platform Web 2.0 sesiapa saja berupaya menjadi

penerbit. Penerbitan berbentuk laman-laman web, blog atau portal dan sebagainya

telah membuktikan bahawa ia suatu fenomena yang tidak harus dipandang ringan.

Keupayaan penerbitan seumpama ini telah membuktikan keberkesanannya dalam

Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-12 yang lalu. Ia menyediakan satu media alternatif

kepada media tradisional seperti akhbar, TV, dan radio dalam menyampaikan

maklumat. Justeru, penyebaran maklumat seni dan budaya pastinya dapat di

tingkatkan lagi melalui aplikasi seperti ini. Pengiat seni dan budaya tanah air perlu

melihat peluang ini bagi memastikan seni dan budaya bangsa tetap terpelihara dan

kekal sepanjang zaman.

Rangkaian pangkalan data sosial seperti Facebook, MySpace, dan Friendster

turut memainkan peranan dalam penyebaran maklumat dengan meluas. Ini dibantu

oleh perisian sumber terbuka(Open Source) yang boleh didapati secara percuma di

Internet.

Melalui ICT, media lama seperti buku, radio dan filem telah mendapat nafas

baru. Kini terdapat hubungan langsung dalam akhbar online, Internet radio atau TV

Muka Surat 6

Page 7: ICT Dan Peranannya Dalam Menyebar Luas Maklumat Seni Dan Budaya Di Malaysia

interaktif mula mendapat tempat. Ini bermakna aplikasi media digital telah berjaya

menembusi masyarakat dalam masa yang amat singkat.

Maklumat juga dapat disebarkan melalui projek global sedia ada seperti

Wikipedia, Project Gutenberg, Online dictionary dan sebagainya dalam

memperkenalkan dan menyebarluaskan maklumat seni budaya tempatan.

Injin pencarian web atau web search engines dicipta untuk pencarian laman

kandungan web, imej, video, MP3 atau audio dan berita di World Wide Web

Beberapa injin pencarian turut mampu membuat pencarian data yang terkandung

dalam newsgroup, pangkalan data atau direktori terbuka. Antara enjin pencarian

yang popular ialah Yahoo, Google dan AltaVista. Pencarian di Google sahaja

berjumlah 28,454 juta(46.47 %) dibandingkan dengan pencarian di Yahoo yang

berjumlah 10,505 juta(17.16%) pada tahun 2007.

Penggunaan telefon bimbit yang meningkat dan telah merobah kehidupan

sosial masyarakat terutama generasi muda dan bagaimana mereka berhubung

antara satu sama lain. Pengguna telefon bimbit seluruh dunia pada akhir 2007 ialah

3.3 bilion. Dari jumlah tersebut 74% atau 2.4 bilion digunakan untuk menghantar

SMS. Ia merupakan alat teknologi yang paling banyak digunakan dan merupakan

the most common gadget in the world. Selain digunakan sebagai telefon biasa ia

juga menyokong perkhidmatan tambahan dan aksesori lain seperti SMS untuk

penghantaran mesej teks, e-mel, packet switching untuk mengakses Internet,

gaming , bluetooth, infrared, kamera dengan perakam video dan MMS untuk tujuan

menghantar foto dan video. Lain-lain kegunaan telefon bimbit termasuklah melayari

Internet, memainkan musik(MP3), merakam memo, berfungsi sebagai personal

Muka Surat 7

Page 8: ICT Dan Peranannya Dalam Menyebar Luas Maklumat Seni Dan Budaya Di Malaysia

organiser, e-mel, mengambil foto dan rakaman video, Push-to-Talk(PTT),

memainkan video atau memuat turun video dan boleh menjadi modem tanpa wayar

untuk komputer peribadi. Rangkaian generasi ke-tiga (3G) pula menyediakan akses

data berkadar laju sebagai tambahan kepada perkhidmatan suara. Berdasarkan

fakta di atas maklumat seni dan budaya pastinya akan dapat diperluaskan dengan

pesat sekali melalui teknologi telefon bimbit.

Boleh dikatakan hampir semua orang yang pernah menggunakan Internet

mempunyai sekurang-kurangnya satu alamat e-mel. Internet dan e-mel telah

mengubah corak kita menjalankan kehidupan seharian. Aplikasi e-mel pada Internet

membantu dalam aktiviti penyebaran maklumat, perhubungan, pertukaran

maklumat, penghantaran mesej, attachment berbentuk fail, grafik, video dan audio.

ICT memainkan peranan dalam pembinaan hubungan antara individu dan

organisasi terutamanya apabila ia melibatkan pertukaran ilmu dan maklumat.

Perkongsian sumber sentiasa wujud dan berkembang kerana ia tidak mempunyai

halangan ruang, masa dan sempadan. Ini ditambah pula dengan hubungan antara

rangkaian boleh dikatakan bebas dari struktur hiraki tradisional.

Intrenet dan media digital mempunyai impak bagaimana artis dan pengamal

budaya meluahkan perasaan mereka, bagaimana warisan budaya kita

dipersembahkan dan disediakan, bagaimana perpustakaan menjadikan maklumat

boleh diakses oleh masyarakat dan bagaimana media mempersembahkan berita,

debat semasa dan budaya. Ringkasnya pendigitalan memberi kesan ke seluruh

Muka Surat 8

Page 9: ICT Dan Peranannya Dalam Menyebar Luas Maklumat Seni Dan Budaya Di Malaysia

ruang lingkup penerbitan budaya, penyebaran dan persembahan. Domain digital

memberi peluang kepada kaedah baru meluahkan perasaan, refleksi dan pertukaran

pendapat. Membuka ruang kepada hubungan baru antara disiplin, budaya dan

ekonomi.

Walau apa pun pendapat yang menyatakan sama ada positif atau negatif

akibat ICT ia merupakan satu proses yang berlaku secara langsung dan tidak dapat

dielakkan oleh sesiapapun akibat limpahan maklumat yang mana asal usulnya

semakin sukar dikenal pasti. Ini menyebabkan ada kalanya institusi tradisional

seperti perpustakaan, muzium, arkib, penerbit dan pengamal seni dirujuk bagi

memastikan ketulenan dan kesahan sesuatu maklumat tertentu.

Dalam masyarakat digital, budaya berasaskan ICT seharusnya dilihat sebagai

integrasi ICT dalam proses asas penerbitan, penyebaran, persembahan,

penyimpanan dan penggunaan semula ekspresi budaya.

Melalui aktiviti pendigitalan dan mempersembahkannya dalam format digital

muzium, arkib, perpustakaan, institusi penyiaran, penerbit dll boleh melaksanakan

aktiviti dan memberikan perkhidmatan dengan lebih pantas, baik, efektif dan kadang-

kadang pada kadar yang lebih murah. ICT mampu merangkaikan katalog-katalog

perpustakaan dengan portal-portal web yang lain secara berpusat termasuklah kedai

buku Internet, filem animasi, muzik, puisi dan lain-lain persembahan kesenian di

Internet. ICT mempunyai peranannya yang utama dalam menjadikan seni dan

budaya dan pendidikan mengenainya lebih menyelerakan kepada golongan muda.

Teknologi digital mempunyai potensi yang amat besar dalam kombinasi teks, imej

dan bunyi. Ia turut mampu menyediakan pautan teks dan memberi paparan

Muka Surat 9

Page 10: ICT Dan Peranannya Dalam Menyebar Luas Maklumat Seni Dan Budaya Di Malaysia

interaktif kepada pengguna lantas memberi peluang untuk perkembangan inovasi

seni dan budaya, isi kandungan dan bentuk persembahan yang baru.

INISIATIF ICT DALAM PENYEBARAN MAKLUMAT SENI DAN BUDAYA

Kemajuan ICT telah merubah cara dan kaedah bahan maklumat diakses,

disimpan dan disebarkan untuk digunakan semula. Pelbagai inisiatif telah

dilaksanakan oleh agensi kerajaan, badan berkanun, swasta dan pertubuhan bukan

kerajaan(NGO) dalam memastikan terdapatnya kandungan atau maklumat yang

relevan kepada para pengguna. Kebanyakan inisiatif yang telah dilaksanakan turut

melibatkan usaha ke arah merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat seperti

projek Universal Service Provision(USP), Bestari.com, e-Bario, Tele PrimaryCare,

Kedai.com, Medan Infodesa, Pusat Komuniti IT, e-Desa, Agritani, MyBiz e-Komuniti,

Pusat Kecemerlangan Ilmu Komuniti(PPIK), Laman Web Komuniti(LWK) dan lain-

lain lagi.

Selain institusi yang berkait rapat dengan kesenian dan budaya seperti arkib,

muzium, balai dan galeri seni, perpustakaan dilihat sebagai salah satu institusi

utama yang berperanan dalam aktiviti penyebaran maklumat.

Walau bagaimanapun institusi perpustakaan tidak mampu memikul

tanggungjawab ini tanpa penglibatan dari agensi-agensi lain yang bertanggungjawab

terhadap aplikasi ICT di Malaysia khususnya di kalangan masyarakat. Kementerian

Perpaduan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan(KeKKWa), Kementarian Tenaga,

Air dan Komunikasi(KTAK), Kementerian Teknologi dan Inovasi, Suruhanjaya

Komunikasi dan Multimedia(SKMM), Mimos, NITC, dan lain-lain agensi di bawahnya

Muka Surat 10

Page 11: ICT Dan Peranannya Dalam Menyebar Luas Maklumat Seni Dan Budaya Di Malaysia

mempunyai peranan masing-masing dalam meningkatkan prasarana serta aplikasi

ICT lantas mempertingkatkan akses kepada maklumat yang tersimpan di pusat-

pusat repositori, pangkalan data atau perpustakaan.

Dengan diterajui oleh Perpustakaan Negara Malaysia(PNM), Perbadanan

Perpustakaan Awam Negeri-negeri(PAN) termasuk Pustaka Negeri Sarawak dan

Perpustakaan Negeri Sabah telah mengorak langkah dalam meningkatkan

kandungan ilmu dan maklumat seni serta budaya tempatan.

Projek Pusat Kecemerlangan Sumber Ilmu Negeri merupakan usaha yang

diterajui oleh PNM dalam menerbitkan semula maklumat yang mempunyai kaitan

dengan sosio budaya tempatan dalam bentuk multimedia dan digital. PAN akan

mengenal pasti topik-topik khusus berkaitan dengan sejarah dan sosio budaya

negeri berkenaan untuk diterbitkan.

Usaha-usaha sebegini diharap dapat mengekalkan warisan seni dan budaya

tempatan melalui penyelidikan yang dilakukan yang mana ia akhirnya disimpan

sebelum disebarkan untuk digunakan oleh pengguna. Antara judul bahan yang telah

diterbitkan di bawah program ini ialah Portal Raja Kita, Jejak Warisan dan Intisari

Kesenian Tradisional Negeri Perlis dan lain-lain lagi.

Sistem PERDANA

Sistem Perpustakaan Digital Nasional atau ringkasnya Sistem PERDANA

merupakan satu inisiatif ke arah memantapkan lagi penyediaan perkhidmatan

perpustakaan kepada masyarakat. Ia melibatkan usaha sama antara PNM,

Muka Surat 11

Page 12: ICT Dan Peranannya Dalam Menyebar Luas Maklumat Seni Dan Budaya Di Malaysia

Perpustakaan Akademik, PAN, Perpustakaan Khusus di Jabatan –jabatan Kerajaan,

Multimedia Development Corporation(MDC) dan Telekom Malaysia.

Salah satu projek yang menjadi peneraju dalam Sistem PERDANA ini ialah

MyLib. Ia merupakan portal yang menyediakan kandungan tempatan dan pangkalan

data perpustakaan dalam bentuk digital. Antara kandungan pangkalan data

kandungan tempatan dalam MyLib pada masa ini ialah BLIS, CLJ Legal Network,

MASTICLink, SIRIMLink, PalmOilis dan NetCousins. Adalah diharapkan MyLib akan

menjadi pusat rujukan setempat yang utama dalam menyediakan isi kandungan

tempatan termasuk maklumat seni dan budaya. Di samping itu, portal ini juga

menyediakan pautan kepada lain-lain sumber maklumat public domain seperti e-

books, e-newspaper, e-magazines, e-Maps, e-Reports, e-Catalogue, mutimedia,

tesis, disertasi, kertas persidangan dan seminar.

Lain-lain aplikasi yang dilaksanakan di bawah sistem PERDANA termasuklah

Portal Yang Di Pertuan Agong, Direktori Kandungan Digital Tempatan, Sirih Pinang :

Warisan Budaya Melayu, Sejarah Malaysia, Warisan Budaya Malaysia, dan Portal

Warisan Budaya Malaysia

Katalog Induk Kebangsaan

Katalog Induk Kebangsaan(KIK) merupakan perkhidmatan perkongsian

sumber yang dihos dan diselaraskan oleh PNM. Objektif KIK ialah untuk:

mewujudkan pangkalan data berpusat bagi memudahkan akses kepada sumber

maklumat bahan serta lokasi; membantu perkongsian sumber, memudahkan proses

kerjasama dalam pengkatalogan, menyediakan kemudahan pinjaman antara

Muka Surat 12

Page 13: ICT Dan Peranannya Dalam Menyebar Luas Maklumat Seni Dan Budaya Di Malaysia

perpustakaan dan membantu dalam pengurusan ilmu(knowledge management). Ia

menyediakan akses kepada maklumat komprehensif mengenai bahan-bahan koleksi

yang terdapat di perpustakaan-perpustakaan di Malaysia dalam pelbagai bidang

perkara termasuk seni dan budaya.

CABARAN MASA KINI DAN MASA DEPAN

Sebagaimana perkara-perkara lain di dunia ini, ICT juga mempunyai

kelemahan atau keburukannya yang tersendiri. Isu mengenai keselamatan

penggunaan, perundangan, pencerobohan teknologi maklumat dan jenayah siber

serta etika kesopanan siber perlu ditangani segera bagi memastikan ICT dapat

memberi faedah kepada kehidupan manusia sejagat.

Selain itu, isu-isu lain dari segi perundangan dan perlindungan harta intelek

perlu ditangani segera agar limpahan kebanjiran maklumat tidak akan memberikan

kesan sehingga menyebabkan nilai serta ketulenan maklumat itu sendiri diragui.

Sehubungan itu, adalah penting bagi pengguna mempunyai kemahiran menilai isi

kandungan yang didapati melalui web dsb.

Kepantasan ICT dalam melaksanakan tugas atau peranan sebagai penyebar

maklumat turut memberi peluang kepada virus atau cacing(worm) disebarkan

melalui Internet. Pangkalan data, komputer dan lain-lain perkakasan yang

dirangkaikan sentiasa terdedah kepada serangan virus dsb. Oleh itu, setiap sistem

atau rangkaian komputer perlu dilengkapi dengan antivirus dan firewall yang terkini

bagi memastikan data dan maklumat yang disimpan selamat dari serangan virus dan

Muka Surat 13

Page 14: ICT Dan Peranannya Dalam Menyebar Luas Maklumat Seni Dan Budaya Di Malaysia

penggodam yang tujuannya hanya untuk merosakkan dan menganggu perjalanan

sesuatu komputer.

Kepelbagaian format, bahasa dan sistem dilihat mampu meningkatkan kadar

capaian maklumat seni dan budaya yang disebarluaskan menggunakan ICT. Pusat-

pusat akses Internet seperti Kedai.com, Pusat Internet Desa(PID), Medan Info

Desa(MID) dan projek USP perlu di tambah dan dipertingkatkan keupayaannya.

Local champion di sesuatu kawasan atau tempat hendaklah diwujudkan bagi

memastikan prasarana yang dibekalkan dapat dimanafaatkan sepenuhnya oleh

masyarakat berkenaan.

Selain itu, isu pelanggaran hak cipta mudah dilakukan oleh sesiapa saja dan

amat sukar untuk mengenal pasti siapa yang melanggar hak cipta apatah lagi

menghukum mereka yang bersalah.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, peranan dan pengaruh yang dibawa oleh ICT sungguh besar

dan luas sehingga ia meliputi semua bidang peradaban manusia. Oleh itu, ICT

mampu menjadi pemangkin kepada penyebaran maklumat seni dan budaya di

Malaysia. Kemahiran ICT yang dimiliki oleh seseorang akan memudahkan mereka

melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut:

1. Membina perisian multimedia interaktif yang menggabungkan elemen-elemen

seperti teks, grafik, animasi, bunyi, dan video sebagai rangsangan bagi

menarik perhatian dan minat orang ramai terhadap seni budaya yang ingin

disampaikan.

Muka Surat 14

Page 15: ICT Dan Peranannya Dalam Menyebar Luas Maklumat Seni Dan Budaya Di Malaysia

2. Mencari dan mengakses maklumat daripada CD ROM, Internet dan Portal

Maklumat dalam jangka masa yang singkat.

3. Bertukar idea dengan rakan sejawat atau pengguna yang lain tanpa

sempadan menerusi mel elektronik.

4. Membantu dalam perkongsian sumber maklumat seperti Perkhidmatan

Perbekalan Penerbitan(ILL).

5. Menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan

keperluan dalam pembelajaran.

6. Menukarkan isi kandungan bahan bercetak kepada bahan berbentuk digital

dan menerbitkannya semula dalam bentuk yang lebih menarik dan berkesan.

7. Membuat sedutan bahan-bahan maklumat seni dan budaya dengan

menyisipkan, menggabungjalinkan dan mengadunkan maklumat yang

diperoleh untuk digunakan sebagaimana diperlukan oleh pengguna.

8. Mewujudkan suasana pembelajaran mengenai seni budaya yang

menyeronokkan dan mencabar.

9. Menggunakan ICT dalam memperkenalkan seni budaya bangsa sebagai alat

persembahan dan demonstrasi kepada pengguna.

10.Menggunakan ICT sebagai alat pemudah komunikasi bagi membolehkan

perpustakaan dan pengguna perpustakaan daripada lokasi yang berbeza

menghantar, menerima dan berkongsi maklumat seni dan budaya dalam

pelbagai bentuk.

Di samping mengekalkan identiti bangsa, kita dapat memperkenalkan

keunikan seni dan budaya masyarakat kita ke seluruh dunia. Oleh itu, adalah wajar

seni dan budaya tempatan ini diperluaskan penyebarannya dan diperkasakan agar

Muka Surat 15

Page 16: ICT Dan Peranannya Dalam Menyebar Luas Maklumat Seni Dan Budaya Di Malaysia

seni budaya bangsa kita tidak bertembung dengan nilai yang dibawa oleh budaya

luar. Oleh itu, perlu ada usaha bagi mengawal pelbagai maklumat agar apa yang

didokumenkan atau disimpan adalah sumber kesenian dan budaya yang sebenar.

PENUTUP

ICT memainkan peranan yang penting dalam menyebarluaskan maklumat

budaya dan kesenian masyarakat majmuk di Malaysia. Pola kehidupan masa depan

masyarakat yang berubah dan bergantung sebahagian besarnya kepada ICT akan

menjadikan peranan ini semakin jelas dan berkesan.

Muka Surat 16

Page 17: ICT Dan Peranannya Dalam Menyebar Luas Maklumat Seni Dan Budaya Di Malaysia

RUJUKAN

1. Ahmad Sarji Abdul Hamid.(1995). Malaysia’s Vision 2020: Understanding The Concept, Implications And Challenges. Malaysia: Pelanduk Publications.

2. Bye-bye Web 2.0 and Hello Web 3.0.(2008) Oon Yeoh, The Star, 29 Mei 2008, ms 47.

3. Ding Choo Ming.(2000). Melayari maklumat alaf baru. Dewan Masyarakat, September 2000: ms 27- 29.

4. From ICT to E-culture.(2004) Advisory Report On The Digitalisation Of Culture And The Implications For Cultural Policy Netherlands Council For Culture. June 2003. English Edition August 2004, The Hague.

5. http://www.matrade.gov.my

6. http://www.mcmc.gov.my

7. http://www.mida.gov.my

8. http://www.might.org.my

9. http://www.miti.gov.my

10. http://www.neac.gov.my

11. http://www.nitc.org.my

12. http://www.pnm.my

13. http://www.statstics.gov.my

14. http://www.statistics.gov.my/malay/frameset_datapenting.php

15. http://www2.jaring.my/nccim

16. Karya Seni Negara Boleh Ke Persada Antarabangsa: PM Yakin Kepelbagaian Budaya Mampu Lahir Tamadun Bangsa Berilmu.(2008) Berita Harian, 30 Mei 2008, ms 2.

17. Media Advisory: Baidu Ranked Third Largest Worldwide Search Property by comScore in December 2007

18. Mobile phone users top 3.3 bilion.(2008) AFP, The Star, InTech., 29 Mei 2008, ms 4.

19. Mohd Azzman Shariffadeen, Dr. Tengku(2004) National ICT Policy Planning and Strategic Intervention in Malaysia. 21 February 2004 SitEXPO 2004, 18 –21 Février 2004, Casablanca, Morocco.

20. MyICMS 886: Digital Opportunities for Development(2006). 2nd. Ed. Kuala Lumpur, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

21. Social and Cultural Planning Office.(2001). Trends In De Tijd. Een Schets Van Recente Ontwikkelingen In Tijdsbesteding En Tijdsordening . (2001, pp.90-92) The Hague.

Muka Surat 17

Page 18: ICT Dan Peranannya Dalam Menyebar Luas Maklumat Seni Dan Budaya Di Malaysia

DAFTAR ISTILAH

ICT Information, Communication and Technology/

Teknologi, Maklumat dan Komunikasi

PNM Perpustakaan Negara Malaysia

PAN Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri

MSC Multimedia Super Corridor

RRJP3 Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga

NITC National IT Council

KeKKWa Kementerian Perpaduan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan

KTAK Kementarian Tenaga, Air dan Komunikasi

SKMM Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia(SKMM),

NGO Non Governmental Organisation

Muka Surat 18