ibu

5
Alhamdulillah… Warkah ini khas ibu titipkan untuk semua anak anak tika ibu rasa terasing, sepi dan tidak menentu sejak akhir akhir .entahlah munkin ibu kurang sihat sejak akhir akhir ini, atau ibu … Anak-anak kecintaan ibu, Entah mengapa sejak akhir akhir ini ibu sukar untukmemelapkan mata ibu. Walaupun tika ini malam semakin larut namun ibu tak mampu memejamkan mata ini.. entahlah anakku..mukin tuhan mahu ibu mengenangi dosa diosa yang ibu lakukan terhadap ayahmu atu dosa Ibu terhadapmu atau munkin kesilapan ibu terhadap orang lain, Anakku, walau dosa yang ibu lakukan memenuhi langit bumi namu ibu yakin alllah akan mengampuni dosa dosa ibu dan ibu harapkan padamu nak untuk mendoakan kesejaheraan ibu nanti.. .

Upload: ayu-hidayu

Post on 03-Dec-2015

8 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

sayangi ibu

TRANSCRIPT

Page 1: ibu

Alhamdulillah…

Warkah ini khas ibu titipkan untuk semua anak anak tika ibu rasa terasing,

sepi dan tidak menentu sejak akhir akhir .entahlah munkin ibu kurang sihat

sejak akhir akhir ini, atau ibu …

Anak-anak kecintaan ibu,

Entah mengapa sejak akhir akhir ini ibu sukar untukmemelapkan mata ibu.

Walaupun tika ini malam semakin larut namun ibu tak mampu memejamkan

mata ini.. entahlah anakku..mukin tuhan mahu ibu mengenangi dosa diosa

yang ibu lakukan terhadap ayahmu atu dosa Ibu terhadapmu atau munkin

kesilapan ibu terhadap orang lain,

Anakku, walau dosa yang ibu lakukan memenuhi langit bumi namu ibu

yakin alllah akan mengampuni dosa dosa ibu dan ibu harapkan padamu nak

untuk mendoakan kesejaheraan ibu nanti..

.

anakku, saat ini ibu begitu terkenangkan dirimu dan anak anak ibu yang

lain..Kenangan dan peristiwa ibu disaat melahiranmu.

Anakku,tika itu adalah saat yang begitu menyiksaakan, saat itu aku

terbayang bagaimana andainya ditakdirkan aku menghembuskan nafas yang

terakhir, bagaimana nasibmu. Oh tuhanku, ringankanlah sakitku ini,

selamatkanlah aku dan juga permata hatiku ini. Sesungguhnya aku tidak

mahu anakku ini menderita. Jauh di sudut hati aku berdoa, selamatkanlah

anakku dan keluargaku. Semasa melahirkanmu serta adik-beradikmu yang

lain dihatiku tiada lain melainkan kematian yang sentiasa bermain didalam

Page 2: ibu

pemikiranku.sesungguhnya setiap takdir yang menimpa menimpa diri ini ibu

pasrah.

anak-anak permata hati bonda,

sesungguh ibu dan ayahmu ini tumpahkan setiap titis keringat dan

sepenuh kaassih sayang hanya untukmu, kerana engkaulah penyambung

warisan kami. Harapan kami keadamu amt tinggi agar suatu hari nanti

engkauberjaya menjadi orang yang mulia, tabah menghadapi liku=liku

kehidupan dan harapan yang agung, yang sering diimpikan oleh setiap ibu-

bapa adalah kamu menjadi seorang yang berjaya di dunia jua di akhirat.

Anak-anak permata hatiku,

seandainya engkau dapat bayangkan betapa peritnya aku melahir dan

membesarkan kamu, pasti engkau sesekali tidak akan mengecewa apatah

lagi menderhakan aku. Ketahuilah anakku, segala pengorbanan dan susah-

payahku telah lama aku redha dan ikhlas. Aku bahagia dalam susah-

payahku, kerna engkau telah membesar biarpun tidak kau tahu betapa

banyak telah ku tumpahkan air mata piluku hanya untuk memeliharamu, aku

bahagia kau telah dapat ku pulihara, tidak pernah terlintaswalaupun sebesar

zarah untik mengharapkan balasa darimu, hanya sebuah harapan semoga kau

membesarm selamat dan menjadi manusia yang berguna/

Anak-anakku,

jika diberi peluang engkau dapat menhayati setiap ruang dihatiku,

pasti engkau dapat mengasihaniku. Sesungguhnya aku sentiasa menabngis

dengan kesilapanmuyang kasar, tidak mendengar kata dan nasihatku bila kau

semakin membesar, kau seolah-olah terlupa bila berdepan denganku.

Page 3: ibu

Siapalah diriku ini, setelah engkau membesar, engkau telah lupa segala dari

mana kamu dan kemana kamu selepas ini.

Anakku permata hatiku,

Sebelum ibu menghembuskan nafas terakhir, izinkan ibu untuk

mengasihimu, izinkan ibu untuk memelukmu dan izinkan ibu untuk

menciummu seperti kau masih kecil…ibu korbankan segalanya, ibu rela

menangis menahan lapar dahaga untuk memeliharamu…

anak anakku,,, aku merayu padamu, saat ini aku menanti seorang amak yang

mengasihi seorang ibu, bawalah kepadaku sebuah kejayaan, bawalah

kepadaku sebuah jaminan engkau telah menjadi anak yang beriman, anak

yang sentiasa berdoa kepada ibu-bapa. Tidak lama lagi aku pasti akan pergi

buat selama-lamanya. Aku ingin pergi dengan bahagia, bahagia kerna aku

dapat tinggalkan engkau sebagai insane yang mulia dan selamat dari

pengaruh dan pancaroba dunia. Percayalah anakku bukan wang ringgit yang

kuharap tetapi insane yang mulia dan sejahtera menjadi milikmu…………

jagalah dirumu nak, jagalah adik adik mu..oh tuhanku,,, selamatkan anak

anakku…

Oh tuhanku…ambillah nyawaku jika itu adalah takdir dan suratanmu..aku

rela ya tuhan tapi satu sahaja permohonanku padamu ya rabbi… kau

selamatkan penghidupan anak anakku dari segala keburukan dunia ini… oh

tuhan……aku serahkan nasib anakku padamu jika aku kau panggil

mengadapmu tika ini…

Anakkku,

Page 4: ibu

Saaat ini air mataibu mengalir deras…biarlah anakku, biarlah ibu menangis

kerana mengenangi dirimu, biarlah ibu menangis kerana ingin melihat

kejayaanmu..ibu relakan air mata ibu jatuh satu satu keranamu wahai anak

anak kpermata hati bonda…

..Salam penuh keharmnian dari ibu dikejauhan…..