ibu

15
Kajian yang dilakukan adalah menggunakan kaedah struktural terhadap 10 sajak yang terdapat di dalam antologi puisi “Unggun Kebahagiaan”. Antara sajak-sajak tersebut ialah “Kasihmu Ibu” karya A. Ghani Abu, “Ibu” karya Zakaria Ali, “Dalamnya Kasihmu Ibu” karya Chin Boon Tek, “Buat Ibu” karya Che Ton Mahmud, “Dalam Redup Wajah Ibu” karya A. Halim Ali, “Doa Buat Mak” karya A. Halim Ali, “Ceritera Seorang Ibu Tua” karya Chai Loon Guan, “Secebis Kasih” karya Anida Sarudin, “Doa Suci Seorang Ibu” karya Anismar Ar dan “Menadah Harapan” karya Mohd. Hashim Osman. Kaedah struktural terbahagi kepada dua iaitu instrinsik dan ekstrinsik. Instrinsik merangkumi aspek dalaman seperti tema dan persoalan, gaya bahasa, bentuk, nada, nilai, dan mesej. Manakala ekstrinsik pula merangkumi aspek luaran seperti biografi penyajak, gambarn masyarakat semasa, kesan sajak terhadap khalayak, jenis - jenis sajak, kesan dan pengajaran serta estetik dan sebagainya Tema ialah idea dasar atau persoalan pokok yang diungkapkan oleh pengkarya, baik cerpenis, novelis, penyair atau penulis skrip drama bagi mendasari karyanya. Tema menjadi panduan kepada 1

Upload: shafiqa-fatin

Post on 28-May-2015

1.703 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ibu

Kajian yang dilakukan adalah menggunakan kaedah struktural terhadap 10 sajak yang terdapat di

dalam antologi puisi “Unggun Kebahagiaan”. Antara sajak-sajak tersebut ialah “Kasihmu Ibu”

karya A. Ghani Abu, “Ibu” karya Zakaria Ali, “Dalamnya Kasihmu Ibu” karya Chin Boon Tek,

“Buat Ibu” karya Che Ton Mahmud, “Dalam Redup Wajah Ibu” karya A. Halim Ali, “Doa Buat

Mak” karya A. Halim Ali, “Ceritera Seorang Ibu Tua” karya Chai Loon Guan, “Secebis Kasih”

karya Anida Sarudin, “Doa Suci Seorang Ibu” karya Anismar Ar dan “Menadah Harapan” karya

Mohd. Hashim Osman.

Kaedah struktural terbahagi kepada dua iaitu instrinsik dan ekstrinsik. Instrinsik

merangkumi aspek dalaman seperti tema dan persoalan, gaya bahasa, bentuk, nada, nilai, dan

mesej. Manakala ekstrinsik pula merangkumi aspek luaran seperti biografi penyajak, gambarn

masyarakat semasa, kesan sajak terhadap khalayak, jenis - jenis sajak, kesan dan pengajaran serta

estetik dan sebagainya

Tema ialah idea dasar atau persoalan pokok yang diungkapkan oleh pengkarya, baik

cerpenis, novelis, penyair atau penulis skrip drama bagi mendasari karyanya. Tema menjadi

panduan kepada pengkarya dalam usaha mengumpulkan, memilih dan menyusun bahan-bahan

bagi sesuatu karya. Tema tidak dinyatakan secara langsung dengan jelas tetapi dinyatakan

melalui unsur-unsur yang membentuk karya tersebut. Tema sesuatu karya lazimnya dapat

diketahui hanya sesudah karya itu dibaca dan dihayati seluruhnya. Banyak perkara yang boleh

dijadikan tema bagi sesuatu karya, misalnya keadilan, perjuangan, sejarah, kemiskinan,

kemanusiaan, kehijauan alam dan banyak lagi.

Melalui Antologi puisi “Unggun Kebahagiaan” selenggaraan A. Halim Ali, saya dapat

melihat tema yang ingin disampaikan oleh penyajak ialah tema kasih sayang. Hal ini demikian

1

Page 2: Ibu

kerana, melalui penelitian saya terhadap 10 sajak yang saya pilih, keseluruhannya menunjukkan

tema kasih sayang. Antara sajak-sajak tersebut ialah “Kasihmu Ibu”, “Ibu”, “Dalamnya Kasihmu

Ibu”, “Buat Ibu”, “Dalam Redup Wajah Ibu”, “Doa Buat Mak”, “Ceritera Seorang Ibu Tua”,

Secebis Kasih”, “Doa Suci Seorang Ibu” dan “Menadah Harapan”. Tema kasih sayang yang

ingin disampaikan oleh penyajak boleh dibahagikan kepada dua iaitu kasih sayang seorang ibu

dan kasih sayang seorang anak. Tema kasih sayang seorang ibu boleh dilihat melalui sajak

“Menadah Harapan” hasil karya Mohd Hasyim Osman.

Seorang ibu lesuanak dalam dukungandari seorang ke seorangmeredah hujanmenadah simpatiseteguk susumembasah kerongkong anak

(Antologi Puisi Unggun Kebahagiaan, 2012: 69)

Petikan sajak diatas telah mengambarkan tentang kasih sayang seorang ibu terhadap

anaknya. Hal ini dapat dilihat apabila seorang ibu sanggup melakukan apa saja untuk anaknya.

Petikan ini telah menceritakan tentang seorang ibu yang sanggup meredah hujan untuk menagih

simpati orang ramai supaya memberikan anaknya susu. Di sini dapat dilihat kasih sayang

seorang ibu merupakan kasih yang tulus dan suci kerana sanggup berkorban apa sahaja demi

anaknya. Manakala tema kasih sayang seorang anak pula boleh kita lihat melalui sajak “Doa

Buat Mak” karya A. Halim Ali contohnya:

Tuhankuatas diksi ulik dodoi kasihyang melenakan tidurku di buaiankumohon jadikan ia zikir kasturiyang mendinding ibuku dari azab kubur.

2

Page 3: Ibu

(Antologi Puisi Unggun Kebahagiaan, 2012: 09)

Dalam rangkap ini, kita dapat lihat bahawa seorang anak yang mendoakan ibunya supaya

tidak menerima azab semasa di kubur. Hal ini menunjukkan bahawa kasih sayang seorang anak

akan sentiasa mendoakan ibunya sama ada ibunya masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Doa seorang anak yang soleh akan memberikan ketenangan kepada ibunya.

Persoalan pula ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya

dengan tema. Persoalan wujud dalam sesuatu karya bertujuan menghidupkan dan

memperkukuhkan tema yang diketengahkan oleh pengkarya. Persoalan boleh kita perolehi

daripada tema yang terdapat didalam sajak. Persoalan merupakan perkara-perkara

penting yang berkaitan dengan tema. Dalam erti kata yang lain persoalan

adalah bukti untuk menguatkan lagi tema bagi sesebuah sajak. Persoalan

yang selalu diketengahkan oleh penyajak adalah seperti kemiskinan,

nasionalisme, ketuhanan, kasih sayang, peperangan dan sebagainya. Hal ini

dapat dilihat melalui puisi ialah “Kasihmu Ibu”, “Ibu”, “Dalamnya Kasihmu Ibu”, “Buat

Ibu”, “Dalam Redup Wajah Ibu”, “Doa Buat Mak”, “Ceritera Seorang Ibu Tua”, Secebis Kasih”,

“Doa Suci Seorang Ibu” dan “Menadah Harapan”.

Dalam antologi “Unggun Kebahagian” terdapat beberapa persoalan

yang diketengahkan oleh pengarang, antaranya ialah persoalan mengenai

kerinduan seorang anak terhadap ibunya. Kita boleh lihat dengan membaca

bait-bait ayat yang menunjukkan kerinduan seorang anak terhadap ibunya

dengan sentiasa muhasabah diri melalui berdoa kepada ibunya dan bersabar

untuk memendam perasaan rindu tersebut melalui sajak “Buat Ibu”.

3

Page 4: Ibu

Segunung kesabaran kuhimpunkanBuat diriku di siniMemendam rindu kasih yang memuncakSunyi yang mendalam, pasrah akuDiam … muhasabah diri.

(Antologi Puisi Unggun Kebahagiaan, 2012: 35)

Selain itu, terdapat juga persoalan tentang pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya.

Seorang ibu sanggup berkorban jiwa dan raga untuk melihat anaknya gembira. Pengorbanan

seorang ibu tidak dapat kita balas dengan wang ringgit sekalipun kerana pengorbanan ibu dari

melahirkan sehinggalah membesarkan kita tidak dapat kita balas. Berdasarkan sajak “Dalamnya

Kasihmu Ibu” karya Chin Boon Tek, penyajak telah mengatakan pengorbanan seorang ibu itu

adalah sangat mulia kerana sanggup membesarkannya. Contohnya terdapat pada rangkap

pertama pada sajak “Dalamnya Kasihmu Ibu”.

Dalamnya kasihmu ibuTerlebih dari segala-galanyaPerngorbanan yang termuliaBesarkanku

(Antologi Puisi Unggun Kebahagiaan, 2012: 39)

Persoalan tentang harapan seorang ibu terhadap anaknya. Persoalan ini mengambarkan

tentang kisah seorang ibu yang miskin berharap supaya ada orang yang bersimpati dengan

anaknya. Dia sanggup membuat apa sahaja supaya anaknya boleh mendapat seteguk susu.

Contohnya sajak “Menadah Harapan” karya Mohd. Hasyim Osman.

Seorang ibu lesuanak dalam dukungandari seorang ke seorang

4

Page 5: Ibu

meredah hujanmenadah simpatiseteguk susumembasah kerongkong anak

(Antologi Puisi Unggun Kebahagiaan, 2012: 69)

Gaya bahasa merupakan cara bagaimana seseorang penyajak menggunakan bahasa

dengan baik dan kreatif dalam usaha mengungkapkan tema dan persoalan dalam sesuatu karya

yang menjadi pemikirannya. Gaya bahasa merangkumi semua aspek bahasa seperti diksi, ayat,

personifikasi, simile, metafora, anafora, epifora dan banyak lagi. Daripada gaya bahasa yang

digunakan akan terpancarlah keindahan pada karyanya yang dapat menarik perhatian pembaca.

Melalui kajian sepuluh puisi di dalam antologi “Unggun Kebahagiaan”, terdapat banyak

gaya bahasa yang telah digunakan oleh penyajak di dalam karyanya. Antaranya ialah gaya

bahasa anafora iaitu pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. Gaya bahasa ini boleh

dilihat pada sajak “Doa Suci Seorang Ibu” karya Animas Ar, contohnya.

Demi cinta kasih sayangnyaDemi tulus kudus hatinyaDemi suci murni jiwanyaDemi zuriat - zuriat tercinta

(Antologi Puisi Unggun Kebahagiaan, 2012: 26)

Terdapat juga gaya bahasa personifikasi di dalam sepuluh sajak yang saya kaji.

Personifikasi merupakan tindakan penyajak yang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi

perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal

yang abstrak. Dalam sajak “ Kasihmu Ibu” karya A. Ghani Abu, penyajak banyak menggunakan

gaya bahasa personifikasi sebagai melengkapkan bait – bait ayat di dalam sajaknya. Contohnya:

5

Page 6: Ibu

Bagai titis hujan yang tak hentimengairi kontang gurun rinduTerhampar luas di dada kenanganmenemani sunyi hening malam

(Antologi Puisi Unggun Kebahagiaan, 2012: 01)

Disamping itu, terdapat juga penyajak yang menggunakan gaya bahasa sinkofe sebagai

penyingkatan perkataan seperti tidak menjadi tak, hendak menjadi nak, aku menjadi ku dan

sebagainya. Sebagai contoh, Chin Boon Tek telah menggunakan gaya bahasa ini di dalam

sajaknya “Dalamnya Kasihmu Ibu”.

Engkau kuhormatiKau yang terindahSeumur hidupkuKu mahu mencintaimu

(Antologi Puisi Unggun Kebahagiaan, 2012: 39)

Berdasarkan sepuluh puisi yang saya kaji di dalam antologi puisi “Unggun

Kebahagiaan”, saya telah mengkaji beberapa bentuk puisi yang terdapat di dalam buku ini.

Bentuk puisi ialah susunan unit-unit berirama dalam sesuatu baris, dalam mengkaji puisi, kita

perlu melihat bilangan rangkap dalam puisi yang berkenaan, bilangan baris dalam setiap rangkap

bilangan kata dalam setiap baris, bilangan suku kata dalam setiap baris dan rima akhir. Sebagai

ulasan untuk bentuk puisi yang saya kaji, saya telah mengambil sajak “Dalam Redup Wajah Ibu”

karya A. Halim Ali sebagai contoh untuk saya menghuraikannya.

Seraut wajah ibuadalah laut kasih tak bertepimenghempas ombak rasa ke batu lautmenyimpan resah masa depan anak

6

Page 7: Ibu

di celah gelombang dan karangakulah yang bermain di gigi airmenyusun angan dalam kuning pasirsambil memintal buih harapan.

Dingin bayu dari pulau bertiupmembawa pesan dukaayah sengsara di laut dalamdikepung keringat mentarisambil menyimpan lelahnyadalam pukat carik dan kolek retak seribudialah yang menunggu di birai pantai seraut resah di wajah ibudengan tangan terbukasambil mengasah doa di langit.

Aku dan ayahlaut dan pantaiadalah bunga hidup yang tumbuh renekdalam redup wajah ibu.

(Antologi Puisi Unggun Kebahagiaan, 2012: 06)

Berdasarkan sajak diatas boleh dilihat bahawa sajak ini merupakan sajak yang bebas. Hal

ini demikian kerana bentuk sajak ini tidak terikat dengan puisi melayu tradisional. Bilangan

rangkap yang terdapat di dalam sajak ini adalah sebanyak tiga rangkap sahaja. Bilangan barisnya

pula tidak tetap kerana pada rangkap pertama sajak ini mempunyai lapan baris, manakala pada

rangkap kedua pada sajak ini mempunyai sepuluh baris dan pada rangkap terakhir mempunyai

empat baris sahaja.

Bilangan perkataan dalam sebaris juga adalah tidak tetap. Bilangan perkataan dalam

sebaris pada sajak “Dalam Redup Wajah Ibu” adalah diantara 3 hingga 7 perkataan. Contohnya:

Seraut / wajah / ibu

laut / dan / pantai

7

Page 8: Ibu

dalam / pukat / carik / dan / kolek / retak / seribu

Selain itu, bentuk sajak juga merangkumi bilangan suku kata dalam sebaris. Bagi sajak

ini, bilangan suku kata dalam sebaris adalah diantara 5 hingga 14 suku kata. Contohnya:

la / ut / dan / pan / tai

da / lam / pu / kat / ca / rik / dan / ko / lek / re / tak / se / ri / bu

Rima akhir bagi sajak ini ialah a/b/c/d/e/f/f/g pada rangkap pertama. Manakala pada

rangkap kedua pula mempunyai rima a/b/c/d/b/e/d/f/b/g dan rangkap yang terakhir mempunyai

rima a/b/c/d.

Berdasarkan kajian terhadap Pengajaran terdapat peringatan / pedoman / perutusan /

amanat / mesej  yang ingin disampaikan oleh penyajak dalam karyanya untuk pembaca. Antara

pengajaran yang boleh diperolehi berdasarkan sajak “Kasihmu Ibu”, “Ibu”, “Dalamnya Kasihmu

Ibu”, “Buat Ibu”, “Dalam Redup Wajah Ibu”, “Doa Buat Mak”, “Ceritera Seorang Ibu Tua”,

Secebis Kasih”, “Doa Suci Seorang Ibu” dan “Menadah Harapan” ialah kita hendaklah

menghargai jasa ibu terhadap kita. Hal ini demikian kerana ibu merupakan orang yang paling

penting dalam hidup kita. Jasa ibu perlulah dikenang sehingga ke akhir hayat. Contohnya

terdapat pada sajak “Doa Buat Ibu” karya A. Halim Ali.

Ibuaku tidak upaya membalas setiap jasa baktimubiarpun segala isi dunia kuberikan padamumelainkan doa ini yang aku yakinTuhan pasti merahmatimudengan ampunan- Nya.

(Antologi Puisi Unggun Kebahagiaan, 2012: 10)

8

Page 9: Ibu

Selain itu, pengajaran tentang kita hendaklah menyayangi ibu juga terdapat di dalam

kesepuluh sajak ini. Kita perlulah sayang kepada ibu kita seperti mana beliau sayang tehadap kita

sanggup merawat kita dari kecil hinggalah kita sudah dewasa. Contohnya terdapat pada sajak

“Secebis Kasih” karya Anida Sarudin.

Akuingin mengucup pipimu setiap masamembelai tubuhmu saban waktumemerahkan bibirmu dengan senyumanmewarnakan jiwamu dengan ketenanganmeredakan nafasmu yang penat lelahmoga hari – hari itu masih adamasih setia memberi ruangpada insan yang bergelar anak.

(Antologi Puisi Unggun Kebahagiaan, 2012: 25)

Pengajaran lain yang boleh kita peroleh melalui sajak ini ialah kita haruslah sentiasa

mendoakan ibu walau dimana mereka berada. Hal ini demikian kerana seorang anak perlulah

sentiasa mendoakan kesejahteraan ibunya sama ada ibunya masih hidup atau yang telah

meninggal dunia. Doa seorang anak yang baik akan mendapat rahmat daripada Allah s.w.t.

Antara sajak yang mempunyai kisah seorang anak mendoakan ibunya ialah sajak “Dalam Redup

Wajah Ibu”, “Doa Buat Ibu”, “Secebis Kasih”, “Doa Suci Seorang Ibu”, dan “Buat Ibu”. Sebagai

contoh ialah pada sajak “Buat Ibu” karya Che Ton Mahmud.

Sehimpun doa kupohonkanBuat ibu di sana dan buat diriku di siniTerpisah oleh semangkuk nasi yang dikejarBuat bekal sesuap cuma.

(Antologi Puisi Unggun Kebahagiaan, 2012: 35)

9

Page 10: Ibu

Berdasarkan kajian ini saya juga telah mengkaji aspek ekstrinsik pula merangkumi aspek

luaran seperti biografi penyajak, gambaran masyarakat semasa, kesan sajak terhadap khalayak,

jenis - jenis sajak, kesan dan pengajaran serta estetik dan sebagainya. Melalui sepuluh sajak yang

saya dapati penyajak telah banyak menceritakan tentang kisah hidup seorang ibu dengan penuh

kasih sayang terhadap anaknya. Di sini saya dapat melihat bahawa penyajak telah

mengetengahkan banyak konsep dalam teori. Contohnya seperti model cerminan yang boleh

diertikan sebagai cerminan realaiti dalam masyarakat. Untuk menjadikan realiti ini tercermin

dalam kesusasteraan, maka ianya harus mempunyai proses yang kreatif.

Dalam kesepuluh sajak ini penyajak banyak mengetengahkan cerminan masyarakat

tentang kisah seorang ibu yang sanggup berkorban demi anaknya. Hal ini dapat dilihat dengan

masyarakat di luar sana yang mengisahkan ibu-ibu zaman ini sanggup berkorban apa saja demi

anaknya. Disamping terdapat juga tentang kisah seorang anak yang seharusnya sentiasa

mendoakan ibunya sepanjang masa. Di sini kita dapat melihat bahawa seorang anak perlu

bertanggungjawab untuk menjaga ibunya sendiri bukan menjadi seorang anak yang tidak

mengenang budi dengan menghantar anaknya ke rumah orang-orang tua.

Kesimpulannya melalui kajian sepuluh sajak didalam Antologi Puisi “Unggun

Kebahagiaan” ini saya dapat mengkaji puisi dalam kaedah struktural yang merangkumi aspek

intrinsik dan ekstrinsik. Antologi Puisi “Unggun Kebahagiaan” ini merupakan antologi puisi

yang sangat meruntum jiwa dan perasaan pembaca dengan tema kasih sayang. Saya dapat

melihat penyajak telah menzahirkan rasa kasih sayang terhadap ibu mereka dengan

menghasilkan sebuah karya yang boleh membuatkan pembaca tersentuh apabila membacanya.

10

Page 11: Ibu

RUJUKAN

Selenggaraan A. Halim Ali. 2012. Unggun Kebahagiaan. Persatuan Penulis Budiman Malaysia.Selangor: Univison Press Sdn Bhd.

11