ibu dan ceper

10
IBU DAN CEPER

Upload: shida

Post on 10-Dec-2015

41 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ibu dan ceper, bahasa melayu tingkatan 5, komsas

TRANSCRIPT

Page 1: Ibu Dan Ceper

IBU DAN CEPER

Page 2: Ibu Dan Ceper

OBJEKTIF

• Pada akhir pelajaran murid dapat:1. Menjawab 4 soalan berdasarkan petikan.2. Menyatakan 6 idea soalan KBAT.3. Menyatakan kesimpulan pelajaran.

Page 3: Ibu Dan Ceper

TUGASAN BERKUMPULAN

1

6

3

54

2

Page 4: Ibu Dan Ceper

SET A

(i) Berikan kesan kemarau panjang seperti yang dinyatakan dalam petikan cerpen? Jawapan: Kesan kemarau panjang seperti yang dinyatakan dalam petikan cerpen ialah sawah habis kering.Selain itu, baruh-baruh yang dulunya tidak pernah kering itu pun kering juga.

Page 5: Ibu Dan Ceper

SET A

(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu pengajaran lain daripada cerpen tersebut.

Jawapan:Satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas ialah kita perlu menyayangi alam sekitar supaya hidup dalam kawasan yang bersih dengan selesa.Selain itu, Satu pengajaran lain daripada cerpen tersebut ialah kita harus kasih sayang terhadap ahli keluarga supaya keluarga bahagia.

Page 6: Ibu Dan Ceper

SET A

(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah yang perlu diambil untuk menghadapi musim kemarau? • Jawapan :langkah yang perlu diambil untuk

menghadapi musim kemarau ialah masyarakat perlulah menadah air supaya dapat digunakan bila tiada air.Selain itu,ialah masyarakat mestilah mengamalkan sikap tidak membazir sumber air supaya bekalan air dapat digunakan pada musim kemarau.Akhir sekali,ialah pihak kerajaan memastikan bekalan air yang cukup dan bersih kepada mangsa.

Page 7: Ibu Dan Ceper

SET B

(i) Bagaimanakah keadaan Ceper apabila hujan turun tidak berhenti-henti

Jawapan:Keadaan Ceper apabila hujan turun tidak berhenti-henti adalah tiba-tiba mengamuk macam naik angin dan airnya keruh macam air susu.

Page 8: Ibu Dan Ceper

SET B

(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan banjir di Sungai Ceper

Jawapan : Pada pandangan saya, langkah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan banjir di Sungai Ceper ialah membuang sampah ke tempat yang telah disediakan agar sampah tidak tersumbat didalam longkang yang akan menyebabkan banjir di Sungai Ceper. Selain itu, kita juga boleh memuliharakan kembali pokok di Sungai Ceper supaya dapat menyerap air hujan ke dalam tanah. Seterusnya, membina parit dengan lebih banyak agar air dapat mengalir dengan lancar.

Page 9: Ibu Dan Ceper

SET B

(iii) Huraikan satu perwatakan ibu dalam petikan cerpen di atas dan satu perwatakan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.

Jawapan:Satu perwatakan ibu dalam petikan cerpen di atas ialah ibu ialah seorang yang tabah semasa menghadapi cabaran.Contohnya, ibu bersedia menempuh apa saja ujian atau cabaran pada siang hari.Selain itu,satu perwatakan lain yang terdapat dalam keseluruhan tersebut ialah ibu ialah seorang yang bertanggungjawab.Contohnya,ibu rajin bekerja di sawah padi untuk menyara kehidupan keluarganya.

Page 10: Ibu Dan Ceper