ibadah puasa - · pdf fileibadah puasa "wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke...

2
Ibadah Puasa "Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." Surah Al Baqarah, ayat 183 Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......." PENGERTIAN PUASA Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari. PUASA WAJIB Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar. PUASA SUNAT Puasa enam hari pada bulan Syawal Puasa hari Arafah Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam Puasa bulan Syaaban Puasa Isnin dan Khamis Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah) PUASA MAKRUH Puasa yang terus menerus sepanjang masa Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq PUASA HARAM Puasa pada hari raya pertama Aidil Fitri Puasa pada hari raya pertama Haji Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.

Upload: vanngoc

Post on 07-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ibadah Puasa - · PDF fileIbadah Puasa "Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga

Ibadah Puasa

"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu

berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat

yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang

bertakwa."

Surah Al Baqarah, ayat 183

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An-

Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan

yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa

padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu

Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala

syaitan......."

PENGERTIAN PUASA

Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang

boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

PUASA WAJIB

Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.

PUASA SUNAT

Puasa enam hari pada bulan Syawal

Puasa hari Arafah

Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam

Puasa bulan Syaaban

Puasa Isnin dan Khamis

Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)

PUASA MAKRUH

Puasa yang terus menerus sepanjang masa

Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

PUASA HARAM

Puasa pada hari raya pertama Aidil Fitri

Puasa pada hari raya pertama Haji

Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13

Zulhijjah.

Page 2: Ibadah Puasa - · PDF fileIbadah Puasa "Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga

SYARAT WAJIB PUASA

Berakal

Akhir Baligh (Cukup umur)

Kuat atau mampu mengerjakan puasa

SYARAT SAH PUASA

Islam

Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)

Suci daripada haid dan nifas

Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

RUKUN PUASA

Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati

bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.

Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai

terbenam matahari.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

Makan dan minum dengan sengaja.

Muntah dengan sengaja.

Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan.

Keluar darah haid atau nifas.

Gila.

Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana

bermimpi tidak membatalkan puasa.

ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA

Orang yang sakit.

Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.

Orang tua yang sudah lemah.

Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.