i ambanking ontm 1 definisi - ambank.com.my€¦ · 1 terma & syarat i ambanking ontm top rates...

4

Click here to load reader

Upload: hathuan

Post on 12-Apr-2018

218 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: I AmBanking onTM 1 Definisi - ambank.com.my€¦ · 1 Terma & Syarat I AmBanking onTM Top Rates for Merdeka 1 Definisi 1.1 Untuk tujuan terma dan syarat ini, perkataan-perkataan dan

1

Terma & Syarat

I AmBanking onTM

Top Rates for Merdeka

1 Definisi

1.1 Untuk tujuan terma dan syarat ini, perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan berikut hendaklah

mempunyai makna yang ditentukan baginya melainkan sekiranya konteks memerlukan sebaliknya:-

“Bank” bermakna AmBank (M) Berhad (No.Syarikat 8515-D) dan AmBank Islamic Berhad

(dahulunya dikenali sebagai AmIslamic Bank Berhad) (No.Syarikat 295576-U), syarikat yang

diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat berdaftarnya di Aras

22, Bangunan AmBank Group, No. 55 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur.

“Kumpulan AmBank” bermakna semua syarikat dan syarikat bersekutu yang berkaitan dengan

Bank sama ada diperbadankan di dalam atau di luar Malaysia, yang sudah wujud pada masa kini

atau pada masa akan datang dan rujukan terhadap „Kumpulan AmBank‟ dalam Terma dan Syarat di

sini akan merangkumi ke semua atau sebarang entiti di dalam Kumpulan AmBank.

"Dana Baharu" bermakna wang atau dana yang tidak dipindahkan daripada mana-mana akaun deposit AmBank dan/atau AmIslamic Bank sedia ada. Untuk tujuan Promosi ini, dana yang dipindahkan dari bank lain ke dalam akaun pelanggan AmBank dan/atau AmIslamic Bank, hendaklah dipindahkan dalam tempoh tujuh (7) hari kalendar sebelum penempatan.

"Notis Awal" bermakna notis oleh pihak Bank mengenai fakta-fakta tertentu atau keadaan hal ehwal

tertentu sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari kalendar.

“Pelanggan Perbankan Borong (WB)” bermakna syarikat dan korporat dengan Bank yang

mempunyai perolehan lebih daripada RM25 juta setahun.

“Promosi” bermakna “I AmBanking onTM

Top Rates for Merdeka” yang dianjurkan oleh Bank menurut Terma dan Syarat yang ditetapkan di sini.

1.2 Perkataan yang menggambarkan individu adalah merangkumi mereka yang masih hidup, dan

sekiranya dan di mana berkenaan, pertubuhan atau mereka yang diperbadankan atau tidak

diperbadankan. Perkataan yang membawa maksud mufrad juga akan merangkumi maksud jamak

dan sebaliknya. Perkataan yang membawa maksud jantina lelaki akan merangkumi jantina

perempuan dan jantina neuter.

1.3 Istilah 'Perbadanan Bersekutu' mempunyai maksud yang sama seperti yang diperuntukkan

terhadapnya di bawah Seksyen 2(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan

Kewangan Islam 2013. Istilah 'Syarikat yang berkaitan' pula mempunyai maksud yang sama seperti

yang diperuntukkan terhadapnya di bawah Seksyen 6 Akta Syarikat 1965.

2 Tempoh Promosi

2.1 Promosi akan bermula dari 1 Ogos 2015 sehingga 30 September 2015 (merangkumi kedua-dua

tarikh) (“Tempoh Promosi”).

2.2 Pihak Bank berhak untuk mengubah dan/atau meminda Tempoh Promosi atas budi bicara mutlaknya

dengan memberikan Notis Awal.

Page 2: I AmBanking onTM 1 Definisi - ambank.com.my€¦ · 1 Terma & Syarat I AmBanking onTM Top Rates for Merdeka 1 Definisi 1.1 Untuk tujuan terma dan syarat ini, perkataan-perkataan dan

2

3 Kelayakan

3.1 Promosi ini terbuka kepada semua pelanggan Individu dan Bukan Individu sedia ada (“Pelanggan

Yang Layak”) yang membuka dan/atau mengekalkan akaun Deposit Tetap/Deposit Bertempoh

(“FD/TD”) (Layak dilindungi oleh PIDM) dengan Bank untuk akaun berikut semasa Tempoh Promosi:

Tempoh Produk Konvensional Produk Islamik

9 bulan - Deposit Tetap - Deposit Bertempoh-i

- Am50Plus - Deposit Bertempoh-i Am50Plus

3.2 Pelanggan Bukan Individu hendaklah terdiri daripada:

a) Pemilikan tunggal/Perkongsian;

b) Perusahaan Kecil Sederhana dengan perolehan sehingga RM25 juta setahun;

c) Syarikat dan Korporat dengan perolehan lebih daripada RM25 juta setahun;

d) Organisasi Bukan Berasaskan Keuntungan/ Badan Kebajikan/ Persatuan

3.3 Kakitangan Kumpulan AmBank dan ahli keluarga terdekat mereka (suami isteri, anak-anak dan ibu bapa) juga layak untuk menyertai Promosi ini.

4 Kaedah

4.1 Untuk menikmati kadar promosi seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah, Pelanggan Yang Layak mestilah membuat penempatan Dana Baharu sekurang-kurangnya seperti di bawah semasa Tempoh Promosi :

a) RM10,000 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) untuk Pelanggan Individu ; atau

b) RM20,000 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu) untuk Pelanggan Bukan Individu ; atau

c) RM250,000 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh Ribu) bagi Pelanggan WB

Tempoh Kadar Promosi (setahun)

9 bulan 4.10%

4.2 Faedah/ Keuntungan yang diperoleh akan dikreditkan ke dalam Akaun Semasa dan Akaun Simpanan

untuk Konvensional atau Perbankan Islamik (CASA/-i) yang dipegang dengan Bank.

4.3 Penempatan deposit yang dibuat melalui cek adalah tertakluk pada penjelasan cek tersebut dan akan hanya dianggap sebagai penempatan deposit bertempoh yang dibuat oleh Pelanggan Yang Layak selepas cek tersebut dibayar atau dijelaskan.

4.4 Pelanggan Yang Layak tidak akan berhak menikmati mana-mana kadar faedah/keuntungan jika Pelanggan Yang Layak melakukan pengeluaran awal sebelum melengkapkan tempoh tiga (3) bulan penempatan dari tarikh penempatan. Jika Pelanggan Yang Layak melakukan pengeluaran awal selepas tiga (3) bulan dari tarikh penempatan, kadar faedah/keuntungan akan dibayar separuh (50%) daripada kadar yang ditetapkan oleh Bank berdasarkan jumlah bulan yang dilengkapkan di atas nilai amaun prinsipal sahaja. Untuk Akaun TD, Pelanggan Yang Layak bersetuju untuk memberikan ibra’ (rebat) kepada Bank sekiranya berlaku pengeluaran awal atau separa mengikut Terma dan Syarat Khusus bagi Deposit Bertempoh Berasaskan Komoditi Murabahah seperti yang dipaparkan di laman web kami di http://www.ambankgroup.com/en/TermsConditions/Documents/TCAmITermDepositBM.PDF.

Untuk Akaun FD, Terma dan Syarat ini hendaklah dibaca bersama Terma dan Syarat Umum bagi

Akaun dan Perkhidmatan yang boleh didapati di

http://www.ambankgroup.com/en/TermsConditions/Documents/AmBankGeneralTcBM.pdf

Page 3: I AmBanking onTM 1 Definisi - ambank.com.my€¦ · 1 Terma & Syarat I AmBanking onTM Top Rates for Merdeka 1 Definisi 1.1 Untuk tujuan terma dan syarat ini, perkataan-perkataan dan

3

4.5 Kadar Promosi di atas adalah untuk penempatan satu kitaran (1) sahaja. Apabila FD/TD matang

selepas Tempoh Promosi, kadar semasa Bank untuk FD/TD akan diguna pakai untuk sebarang

pusingan dan/atau pembaharuan.

5. Umum

5.1 Dengan menyertai Promosi ini, Pelanggan Yang Layak dan/atau mana-mana pihak yang dinyatakan di

sini memberi kebenaran dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat di dalam ini, untuk

dibaca bersama dengan;

Untuk TD, Terma dan Syarat Umum Bagi Akaun Dan Perkhidmatan dan Terma dan Syarat Khusus

bagi Deposit Bertempoh Berasaskan Komoditi Murabahah.

Untuk FD, Terma dan Syarat Umum untuk Akaun dan Perkhidmatan.

5.2 Kadar Promosi tidak sah dengan promosi lain yang ditawarkan oleh Bank. Oleh itu, tiada kadar

istimewa, tambahan atau keutamaan lain yang boleh diberikan di bawah Promosi ini melainkan jika

ditentukan sebaliknya oleh Bank.

5.3 Bank mempunyai hak dan budi bicara mutlak pada bila-bila masa, untuk membatalkan, menamatkan

atau menggantung Promosi ini dengan memberikan Notis Awal tanpa perlu memberikan sebarang

alasan.

5.4 Bank mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk mengubah, meminda, memadam dan/atau

menambah ke atas mana-mana Terma dan Syarat yang dinyatakan secara khusus di dalam ini,

secara keseluruhan atau mana-mana bahagian dari semasa ke semasa termasuk mengubah tempoh

Promosi ini yang difikirkannya perlu dan sesuai dengan memberikan Notis Awal.

5.5 Sebarang notis yang dikeluarkan oleh Bank akan disiarkan di laman web rasmi Bank di

www.ambank.com.my atau di cawangan-cawangannya dan notis berkenaan hendaklah disifatkan

sebagai telah diberikan di laman web rasmi atau telah tersiar di cawangannya, yang mana lebih awal.

5.6 Bank mempunyai hak untuk membatalkan mana-mana Pelanggan Yang Layak daripada mengambil

bahagian dalam Promosi sekiranya ia mendapati atau memutuskan bahawa:

a) Pelanggan Yang Layak tersebut telah memberikan maklumat yang tidak benar atau melakukan

penipuan dalam apa-apa cara semasa proses kemasukan atau di sepanjang Tempoh Promosi;

atau

b) Pelanggan Yang Layak telah melanggar atau berpotensi melanggar Terma dan Syarat ini.

5.7 Melainkan dinyatakan sebaliknya, Terma dan Syarat ini akan mengatasi mana-mana peruntukan lain

dan / atau perwakilan yang terkandung dalam mana-mana notis lain / promosi / bahan-bahan

pengiklanan untuk Promosi ini.

5.8 Keputusan Bank dalam semua perkara berkaitan dengan Promosi ini adalah muktamad dan mengikat

semua Pelanggan Yang Layak. Sebarang surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayan.

5.9 Tidak dalam mana-mana keadaan pun, pihak Bank harus dipertanggungjawabkan terhadap apa-apa

kerugian atau kerosakan, termasuklah tanpa had kepada, kehilangan pendapatan, keuntungan, nama

baik, secara langsung atau tidak langsung, sampingan, turutan, teladan, kerosakan punitif atau khas

bagi mana-mana pihak termasuklah pihak ketiga, walau bagaimana cara sekalipun ia timbul sama ada

dalam kontrak, tort, kelalaian atau sebaliknya, berhubung dengan penyertaan di dalam Promosi ini

atau setelah pihak Bank melaksanakan hak-haknya di bawah Terma & syarat ini, walaupun pihak

Bank telah dinasihati tentang kemungkinan berlakunya kerugian sedemikian terlebih dahulu, semua

kerugian sedemikian secara jelas dikecualikan.

Page 4: I AmBanking onTM 1 Definisi - ambank.com.my€¦ · 1 Terma & Syarat I AmBanking onTM Top Rates for Merdeka 1 Definisi 1.1 Untuk tujuan terma dan syarat ini, perkataan-perkataan dan

4

5.10 Bank tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang keingkaran berkaitan dengan Promosi ini

disebabkan oleh sebarang bencana alam, peperangan, rusuhan, mogok, sekat masuk, tindakan

industri, kebakaran, banjir, kemarau, ribut, kegagalan teknikal atau sistem atau sebarang peristiwa di

luar kawalan munasabah Bank.

5.11 Semua terma dan syarat yang ditetapkan di sini akan ditadbir dan ditafsirkan menurut undang-undang

Malaysia.

5.12 Sekiranya berlaku apa-apa percanggahan atau konflik dalam tafsiran syarat-syarat ini, versi Bahasa

Inggeris dan versi Bahasa Malaysia bagi setiap Terma dan Syarat ini akan ditafsirkan sebagai setara

dan setiap Terma dan Syarat yang ditetapkan hendaklah membawa makna yang sama.

5.13 Pelanggan Yang Layak dikehendaki melayari laman web korporat Bank di

http://www.ambank.com.my/eng/terms-and-conditions untuk versi terkini Terma & Syarat ini, sekiranya

ada.