terma-terma dan syarat-syarat utama bagi kemudahan overdraf

32
Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB 1. DEFINISI Dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB ini ("Terma-terma dan Syarat-syarat Utama") dan Surat Tawaran, kata-kata berikut akan membawa maksud yang dibentangkan di bawah:- "Kolateral" bermaksud semua Cagaran (termasuk tanpa had, Pelaburan) yang digadai janji, disandarkan, digadai atau diserah hak kepada Bank sebagai cagaran bagi Kemudahan dari semasa ke semasa selaras dengan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan/atau Dokumen Cagaran dan "Kolateral" bermaksud setiap atau mana-mana daripadanya atau mana-mana bahagian daripadanya. "Had Peminjaman Komponen" bermaksud berkaitan dengan setiap Kolateral, jumlah Margin Pembiayaan yang terpakai kepada Kolateral dan Nilai Pasaran Kolateral; "Had Pengeluaran" bermaksud pada masa yang ditentukan dan tertakluk kepada Had Kredit Diluluskan Maksimum tidak dilampaui, agregat semua Had Peminjaman Komponen ditolak Jumlah Belum Dijelaskan. "Peristiwa Keingkaran" bermaksud sebarang peristiwa atau keadaan yang dibentangkan dalam Fasal 13 Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini. "Pelaburan" bermaksud semua:- (i) Instrumen Deposit Boleh Niaga Kadar Terapung (FRNID) dan Instrumen Deposit Boleh Niaga (NID) tertentu yang diterbitkan oleh Bank atau CIMB Investment Bank Berhad seperti yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa; (ii) Produk Berstruktur tertentu yang diterbitkan oleh Bank atau CIMB Investment Bank Berhad seperti yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa; (iii) Unit amanah yang diterbitkan dan diuruskan oleh CIMB Principal Asset Management Berhad, Aminvestment Services Berhad, Affin Hwang Investment Management Berhad, RHB Asset Management Sdn Bhd, Eastspring Investments Berhad, TA Unit Trust Management Berhad dan Pacific Mutual Fund Berhad, di mana unit Amanah tersebut dilanggan dan/atau dibeli melalui Bank; dan (iv) sebarang cagaran lain yang boleh diterima oleh Bank dari semasa ke semasa yang kini atau selepas ini atau dari semasa ke semasa ditawarkan oleh Peminjam dan/atau mana-mana Pihak Cagaran sebagai cagaran bagi Kemudahan dan/atau dideposit dengan Bank atau yang mungkin kini atau selepas ini berada dalam milikan atau dipegang oleh Bank atau

Upload: vantu

Post on 06-Feb-2017

268 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf

Terma-terma dan Syarat-syarat Utama

Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB

1. DEFINISI

Dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB ini

("Terma-terma dan Syarat-syarat Utama") dan Surat Tawaran, kata-kata berikut akan

membawa maksud yang dibentangkan di bawah:-

"Kolateral" bermaksud semua Cagaran (termasuk tanpa had, Pelaburan) yang

digadai janji, disandarkan, digadai atau diserah hak kepada Bank

sebagai cagaran bagi Kemudahan dari semasa ke semasa selaras

dengan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan/atau Dokumen

Cagaran dan "Kolateral" bermaksud setiap atau mana-mana

daripadanya atau mana-mana bahagian daripadanya.

"Had Peminjaman

Komponen"

bermaksud berkaitan dengan setiap Kolateral, jumlah Margin

Pembiayaan yang terpakai kepada Kolateral dan Nilai Pasaran

Kolateral;

"Had Pengeluaran" bermaksud pada masa yang ditentukan dan tertakluk kepada Had

Kredit Diluluskan Maksimum tidak dilampaui, agregat semua Had

Peminjaman Komponen ditolak Jumlah Belum Dijelaskan.

"Peristiwa

Keingkaran"

bermaksud sebarang peristiwa atau keadaan yang dibentangkan

dalam Fasal 13 Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini.

"Pelaburan" bermaksud semua:-

(i) Instrumen Deposit Boleh Niaga Kadar Terapung (FRNID)

dan Instrumen Deposit Boleh Niaga (NID) tertentu yang

diterbitkan oleh Bank atau CIMB Investment Bank Berhad

seperti yang ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa;

(ii) Produk Berstruktur tertentu yang diterbitkan oleh Bank atau

CIMB Investment Bank Berhad seperti yang ditentukan oleh

Bank dari semasa ke semasa;

(iii) Unit amanah yang diterbitkan dan diuruskan oleh CIMB

Principal Asset Management Berhad, Aminvestment Services

Berhad, Affin Hwang Investment Management Berhad, RHB

Asset Management Sdn Bhd, Eastspring Investments Berhad,

TA Unit Trust Management Berhad dan Pacific Mutual Fund

Berhad, di mana unit Amanah tersebut dilanggan dan/atau

dibeli melalui Bank; dan

(iv) sebarang cagaran lain yang boleh diterima oleh Bank dari

semasa ke semasa

yang kini atau selepas ini atau dari semasa ke semasa ditawarkan oleh

Peminjam dan/atau mana-mana Pihak Cagaran sebagai cagaran bagi

Kemudahan dan/atau dideposit dengan Bank atau yang mungkin kini

atau selepas ini berada dalam milikan atau dipegang oleh Bank atau

Page 2: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf

nomininya dan termasuk semua faedah atau kupon yang terakru ke

atasnya dari semasa ke semasa dan semua bonus, kadar hasil,

pendapatan, pembahagian dan wang lain pun jua yang dibayar atau

perlu dibayar atau dibuat terhadapnya dan semua hasil penebusan,

hasil jualan, hak, opsyen, dan manfaat yang walau bagaimanapun jua

terakru atau sebaliknya berhubung dengannya.

"Margin Pembiayaan"

bermaksud, berhubung dengan setiap Kolateral atau kategori

Kolateral, margin pembiayaan seperti yang dibentangkan dalam

Lampiran pada Surat Tawaran atau sebarang margin pembiayaan lain

yang boleh ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa menurut budi

bicara mutlaknya, dan selaras dengannya Had Pengeluaran dan Had

Peminjaman Komponen diperolehi atau dikira.

"Nilai Pasaran" bemaksud nilai setiap Kolateral pada masa yang ditentukan seperti

yang ditetapkan oleh Bank berdasarkan:-

(i) harga penutup harian bagi Kolateral tersebut seperti yang

ditentukan oleh Bank menurut budi bicara tunggal dan

mutlaknya; atau mengikut keadaan

(ii) nilai muka Kolateral tersebut.

"Jumlah Belum

Dijelaskan"

bermaksud agregat semua wang sama ada jumlah prinsipal, faedah,

faedah dimodalkan, fi komitmen, kos, caj atau jumlah lain pun jua

yang belum dijelaskan atau perlu dibayar atau dipersetujui agar perlu

dibayar oleh Peminjam dari semasa ke semasa di bawah atau

berbangkit daripada Kemudahan, Surat Tawaran ini dan Dokumen

Cagaran dan semua liabiliti dan obligasi sama ada pada masa ini atau

masa hadapan atau sebenar atau kontingen bagi pembayaran balik atau

pembayaran sebarang wang oleh Peminjam dari semasa ke semasa

berhubung dengan atau berbangkit daripada Kemudahan, Surat

Tawaran ini dan Dokumen Cagaran.

"Cagaran"

hendaklah membawa maksud yang ditetapkan baginya dalam Surat

Tawaran.

"Dokumen Cagaran" bermaksud sebarang dan semua dokumen cagaran yang

disempurnakan atau yang mungkin dari semasa ke semasa

disempurnakan memihak kepada Bank untuk menjamin pembayaran

balik atau pembayaran Jumlah Belum Dijelaskan oleh Peminjam.

"Kepentingan

Cagaran"

termasuk tanpa had, sebarang gadai janji, sandaran, lien, gadaian

(sama ada tetap atau terapung), penyerahan hak, hipotekasi, hak

tolakan, deposit melalui cagaran, penjualan dengan penyimpanan atau

kepentingan cagaran lain tidak kira jenisnya (termasuk tanpa prejudis

sebarang penyimpanan hakmilik, penyerahan hak, pemindahan

melalui cagaran, penjualan dan pajakan balik dan/atau penjualan dan

pembelian balik berdasarkan terma kredit) dan sebarang perkiraan lain

yang mempunyai kesan ekonomi yang sebahagian besarnya sama

sama seperti mana-mana yang disebut sebelum ini yang walau

bagaimanapun jua diwujudkan atau berbangkit.

Page 3: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf

"Pihak Cagaran" bermaksud mana-mana pihak yang menyediakan sebarang cagaran

(termasuk selaras dengan Dokumen Cagaran) kepada Bank sebagai

cagaran bagi Kemudahan.

"Jumlah Dedahan"

bermaksud Jumlah Belum Dijelaskan dan agregat semua wang lain

yang terhutang atau perlu dibayar atau dipersetujui agar perlu dibayar

oleh Peminjam kepada Bank berhubung dengan sebarang dan semua

kemudahan perbankan yang diberikan oleh Bank kepada Peminjam

dan sebarang obligasi belum dijelaskan yang terhutang oleh Peminjam

kepada Bank sama ada sendiri atau bersama-sama dengan pihak lain

atau pihak-pihak lain dan sama ada sebagai prinsipal atau penjamin

atau sebenar atau kontingen pada bila-bila masa atau dari semasa ke

semasa;

2. SYARAT-SYARAT TERDAHULU BAGI KETERSEDIAAN KEMUDAHAN

Kemudahan (termasuk sepertimana disemak semula atau ditambah dari semasa ke semasa

oleh Bank) sedia digunakan oleh Peminjam setelah semua syarat terdahulu berikut dipenuhi:-

(a) Dokumen Cagaran relevan yang perlu disempurnakan oleh Peminjam atau Pihak

Cagaran dan sebarang dokumen cagaran lain atau dokumen lain yang perlu

disempurnakan oleh Peminjam dan mana-mana Pihak Cagaran sepertimana

dikehendaki oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya telah disempurnakan dan

dikembalikan kepada Bank bersama-sama dengan semua sijil relevan, penyata akaun,

surat pengesahan dan/atau bukti berdokumen lain tentang hakmilik atau pemilikan

terhadap cagaran sebagaimana mungkin dikehendaki oleh Bank menurut budi bicara

mutlaknya;

(b) cagaran relevan yang perlu disediakan oleh Peminjam atau Pihak Cagaran telah

disediakan kepada dan diterima oleh Bank (termasuk kebenaran yang diperlukan, jika

berkenaan);

(c) setelah membuka akaun semasa atau mengekalkan akaun semasa oleh Peminjam

dengan Bank;

(d) sebarang dokumen yang diperlukan oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya telah

disempurnakan dan/atau didaftarkan dan/atau sebaliknya diisi dengan wajar;

(e) pematuhan dengan undang-undang/ peraturan kawal selia seperti yang dinyatakan

dalam Fasal 15 Terma-terma dan Syarat-syarat Utama;

(f) tiada Peristiwa Keingkaran yang dinyatakan dalam Fasal 13 Terma-terma dan Syarat-

syarat Utama ini dan tiada peristiwa yang dengan pemberian notis dan/atau luputnya

masa akan merupakan Peristiwa Keingkaran telah berlaku atau masih berterusan;

(g) Bank berpuas hati (keputusan Bank adalah muktamad dalam hal ini melainkan jika

terdapat kesilapan yang nyata) bahawa tiada perubahan material telah berlaku

terhadap keadaan kewangan Peminjam (dan/atau mana-mana Pihak Cagaran, jika

berkenaan) yang menjejaskan atau mungkin menjejaskan cagaran Bank; dan

(h) kepatuhan dengan sebarang terma dan syarat lain yang boleh ditetapkan oleh Bank

menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya.

Page 4: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf

Syarat-syarat terdahulu bagi penyediaan Kemudahan yang dibentangkan di dalam ini adalah

untuk manfaat tunggal Bank dan boleh diketepikan oleh Bank, sama ada secara keseluruhan

atau sebahagian, tanpa memudaratkan sebarang hak Bank untuk menegaskannya secara

keseluruhan atau sebahagian untuk penggunaan Kemudahan yang seterusnya.

3. CAGARAN

3.1 DEPOSIT TETAP/DEPOSIT TERMA SEBAGAI CAGARAN

(a) Jika deposit tetap/deposit terma yang ditempatkan dengan Bank dan atau CIMB

Islamik Bank Berhad disediakan oleh Peminjam (dan/atau mana-mana Pihak

Cagaran, jika berkenaan) sebagai cagaran berterusan bagi Kemudahan,

Peminjam (dan/atau mana-mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) dengan ini

menggadai dan/atau menyerahhakkan secara mutlak kepada Bank melalui

gadaian tetap pertama semua wang yang kini atau selepas ini atau dari semasa

ke semasa ditempatkan dalam deposit tetap/deposit terma dan semua wang

yang dari semasa ke semasa dalam kredit semua akaun deposit tetap/deposit

terma termasuk semua faedah/keuntungan yang terakru ke atasnya dan semua

pembaharuannya (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai "FD") yang mana

ungkapannya hendaklah jika konteks membenarkannya, termasuk mana-mana

bahagian daripadanya) sebagai cagaran berterusan untuk membayar balik,

apabila dituntut, Jumlah Belum Dijelaskan dan semua/atau mana-mana liabiliti

Peminjam dengan Bank sama ada sendiri atau bersama dan berasingan dengan

pihak atau pihak-pihak lain dan sama ada sebagai prinsipal atau penjamin dan

sama ada terhutang dan kena dibayar pada masa ini atau selepas ini atau dari

semasa ke semasa termasuk faedah dan/atau keuntungan dan semua caj dan

wang lain sehingga tarikh penyelesaian penuh.

(b) Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui FD bersama-sama

dengan faedah dan/atau keuntungan ke atasnya (kecuali jika faedah/keuntungan

tersebut dibenarkan dikeluarkan menurut terma-terma penempatan) pada tarikh

matang menurut sebarang terma yang dianggap wajar dan gadaian/ penyerahan

mutlak hak FD hendaklah termasuk semua faedah dan/atau keuntungan yang

diperolehi terhadap deposit tersebut dan Bank berhak menyimpan deposit

tersebut bersama-sama faedah dan/atau keuntungan yang terakru sehingga

keseluruhan liabiliti Peminjam dengan Bank telah dibayar balik dengan

sepenuhnya.

(c) Di samping hak Bank sebagai pemegang gadaian/pemegang serah hak, Bank

mempunyai budi bicara mutlak dan kebebasan pada bila-bila masa atau dari

semasa ke semasa dan meskipun tempoh penempatan FD atau mana-mana

bahagian daripadanya mungkin belum luput dengan memberikan notis

terdahulu selama tujuh (7) hari kalendar kepada Peminjam (dan/atau mana-

mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) untuk melaksanakan hak untuk menolak

FD (termasuk sebarang faedah dan/atau keuntungan yang terakru) terhadap

sebarang liabiliti Peminjam dengan Bank. Sementara menunggu pihak Bank

melaksanakan hak untuk menolak yang tersebut, pihak Bank berhak untuk

menahan dan atau menggantung bayaran untuk sebarang wang dari FD tersebut

(termasuk apa-apa faedah dan/atau keuntungan yang terkumpul). Semasa

melaksanakan sebarang budi bicara dan haknya, Bank tidak mempunyai liabiliti

atau bertanggungjawab untuk sebarang kerugian kepada Peminjam (dan/atau

mana-mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) termasuk tetapi tidak terhad kepada

Page 5: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf

sebarang kerugian faedah/keuntungan melainkan ianya disebabkan secara

langsung oleh kecuaian Bank atau kelalaian yang sengaja.

(d) Sepanjang tempoh Kemudahan ini berkuat kuasa dan selepas itu sehingga

keseluruhan Kemudahan dijelaskan dengan sepenuhnya, Peminjam tidak

boleh:-

(i) menyerah hak, memindahkan atau sebaliknya berurusan dengan,

mewujudkan atau membenarkan wujud sebarang Kepentingan Cagaran

terhadap FD; atau mana-mana bahagian daripadanya

(ii) mewujudkan sebarang amanah terhadap FD atau mana-mana bahagian

daripadanya;

(iii) mewujudkan atau memberikan memihak kepada mana-mana pihak

sebarang hak terhadap FD atau mana-mana bahagian daripadanya;

(iv) mengeluarkan dan Peminjam juga tidak berhak mengeluarkan atau

berhak meminta pembayaran balik FD atau mana-mana bahagian

daripadanya tanpa kebenaran bertulis terdahulu daripada Bank.

(e) Bank boleh menurut budi bicara mutlaknya menghendaki Peminjam (dan/atau

mana-mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) untuk melakukan apa-apa tindakan

atau perkara atau melaksanakan apa-apa dokumen, notis, pengendorsan bagi

tujuan menyempurnakan cagaran Bank dan/atau penyerahan hak mutlak

terhadap FD dan Peminjam (dan/atau mana-mana Pihak Cagaran, jika

berkenaan) hendaklah bertindak/melakukan perkara yang dikehendaki dalam

sebarang tempoh yang boleh ditetapkan oleh Bank.

(f) Sepanjang tempoh Kemudahan ini berkuat kuasa dan selepas itu sehingga

keseluruhan Kemudahan dijelaskan dengan sepenuhnya, kesemua resit asal

deposit tetap/deposit terma akan dijaga oleh Bank jika ada dikeluarkan dari

semasa ke semasa berkenaan dengan FD.

3.2 INSTRUMEN DEPOSIT BOLEH RUNDING KADAR TERAPUNG

(FRNID)/INSTRUMEN DEPOSIT BOLEH RUNDING (NID) YANG

DITERBITKAN OLEH CIMB BANK BERHAD ATAU CIMB INVESTMENT

BANK BERHAD / PRODUK BERSTRUKTUR CIMB YANG DITERBITKAN

OLEH CIMB BANK BERHAD ATAU CIMB INVESTMENT BANK BERHAD

/ UNIT AMANAH YANG DITERBITKAN DAN DIURUSKAN OLEH CIMB

PRINCIPAL ASSET MANAGEMENT BERHAD, AMINVESTMENT

SERVICES BERHAD, AFFIN HWANG INVESTMENT

MANAGEMENT BERHAD, RHB ASSET MANAGEMENT SDN BHD,

EASTSPRING INVESTMENT BERAHD, TA UNIT TRUST MANAGEMENT

BERHAD DAN PACIFIC MUTUAL FUND BERHAD DI MANA UNIT

AMANAH TERSEBUT DILANGGAN DAN/ATAU DIBELI MELALUI BANK

DAN CAGARAN LAIN YANG BOLEH DITERIMA OLEH BANK

(a) Peminjam (dan/atau mana-mana Pihak Cagaran, jika berkenaan) dengan ini

secara mutlak menyerah hak dan/atau menggadai janji dan/atau menggadai

dan/atau menyandar dan/atau mendeposit dengan Bank melalui gadaian tetap

pertama semua Pelaburan sebagai cagaran berterusan untuk pembayaran

balik, apabila dituntut, Jumlah Belum Dijelaskan dan semua dan/atau mana-

mana liabiliti Peminjam dengan Bank sama ada sendiri atau bersama dan

berasingan dengan pihak atau pihak-pihak lain dan sama ada sebagai

prinsipal atau penjamin dan sama ada terhutang pada masa ini atau selepas ini

Page 6: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf

termasuk faedah dan semua caj dan wang lain sehingga tarikh penyelesaian

penuh.

(b) Bank mempunyai budi bicara dan kuasa pada semua masa untuk membuat

keputusan sama ada atau tidak dan bila untuk meneruskan dengan

pendaftaran mana-mana atau semua Pelaburan dalam nama Bank atau

penamanya dan semua Pelaburan hendaklah menjadi cagaran berterusan

untuk semua liabiliti dengan Bank sama ada Pelaburan telah didaftarkan

sedemikian atau tidak dan tidak kira sama ada Pelaburan mungkin

didaftarkan dalam nama Bank atau penamanya.

(c) Sebarang Pelaburan yang disediakan oleh Peminjam kepada Bank hendaklah

berbayar sepenuhnya dan juga hendaklah bebas daripada semua tuntutan dan

bebanan pun jua.

(d) Peminjam hendaklah dengan serta-merta berhubung dengan sebarang

Pelaburan yang ditawarkannya sebagai cagaran untuk Kemudahan (kecuali

telah dilakukannya sebelum ini): -

(i) menyerahkan atau menyebabkan penyerahan kepada Bank semua

sijil relevan, penyata akaun, surat pengesahan dan/atau bukti

berdokumen tentang hakmilik atau pemilikan terhadap Pelaburan

sebagaimana yang mungkin dikehendaki oleh Bank menurut budi

bicara mutlaknya,

(ii) memindahkan atau menyebabkan pemindahan melalui cara

elektronik atau sebaliknya kepada akaun Bank, agennya atau

nomininya, depositori termasuk tetapi tidak terhad kepada Malaysian

Central Depository Sdn. Bhd., sub-wakil, daftar saham atau mana-

mana institusi yang diberi kuasa di bawah undang-undang Malaysia,

(iii) menyempurnakan sebarang borang atau dokumen yang dikehendaki

oleh Bank dari semasa ke semasa bagi penyerahan hak, sandaran,

gadaian terhadap sebarang nota kontrak, sijil atau sebarang cagaran

yang dipegang oleh mana-mana pihak dalam akaun Peminjam untuk

memenuhi obligasi Peminjam di dalam ini.

(e) Sepanjang tempoh Kemudahan berkuat kuasa dan selepas itu sehingga

keseluruhan Kemudahan dijelaskan dengan sepenuhnya, cagaran yang

diwujudkan terhadap Pelaburan termasuk dan merangkum semua faedah,

kupon, dividen, bonus, kadar hasil, pendapatan, pembahagian, penebusan,

hak, keutamaan, opsyen, waran, jualan hasil jualan dan hasil penebusan dan

semua wang, saham, stok atau sebarang manfaat yang walau bagaimanapun

jua terakru kepadanya atau sebaliknya berhubung dengannya yang dibayar

secara terus kepada Peminjam dari semasa ke semasa dan tidak boleh

dikeluarkan atau dilupuskan atau diserah hak atau dipindahkan atau

diwujudkan sebarang amanah terhadapnya atau diberikan sebarang waran

opsyen atau hak untuk melanggan atau membeli atau memperolehinya atau

diwujudkan sebarang bentuk bebanan dengan mana-mana pihak pun jua.

(f) Semua panggilan, wang langganan dan/atau sebarang wang yang perlu

dibayar ke atas atau terhadap Pelaburan hendaklah dibayar oleh Peminjam

apabila dituntut, dan jika tidak, Bank boleh (tetapi tidak mempunyai obligasi

berbuat demikian) membuat pembayaran dan jika Bank berbuat demikian,

Peminjam hendaklah menanggung rugi Bank dengan sepenuhnya terhadap

Page 7: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf

semua pembayaran sedemikian bersama-sama dengan faedah ke atasnya dari

tempoh bermula pada tarikh pembayaran tersebut dan berakhir pada tarikh

apabila Bank telah ditanggung rugi dengan sepenuhnya oleh Peminjam, yang

dikira pada kadar yang akan ditentukan oleh Bank menurut budi bicaranya.

(g) Peminjam hendaklah pada semua masa tidak mengambil atau abai

mengambil apa-apa tindakan, yang mana tindakan atau peninggalan tersebut

boleh menjejaskan secara material dan mudarat atau boleh mengurangkan

nilai sebarang Pelaburan atau yang boleh mengubah atau menjejaskan Surat

Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang hak

yang diwujudkan disini.

(h) (i) Peminjam hendaklah pada semua masa memastikan bahawa Jumlah

Belum Dijelaskan tidak melampaui agregat semua Had Peminjaman

Komponen sama ada (i) dengan mendeposit dengan atau

menyediakan kepada Bank Cagaran tambahan yang diluluskan oleh

Bank (dalam tempoh yang ditetapkan yang dibentangkan dalam

makluman Bank secara bertulis kepada Peminjam) dan dengan itu

Cagaran tambahan tersebut akan menjadi sebahagian daripada

Pelaburan di sini; atau (ii) dengan membayar kepada Bank atau

penamanya secara tunai sebarang jumlah dan berdasarkan sebarang

terma yang dikehendaki oleh Bank; dan

(ii) Di samping dan tanpa prejudis kepada sebarang hak dan remedi lain

di pihak Bank, Bank berhak dan dengan ini secara tak boleh batal dan

dengan tidak bersyarat dibenarkan oleh Peminjam pada bila-bila

masa dan dari semasa ke semasa, apabila Jumlah Dedahan melebihi

agregat semua Had Peminjaman Komponen atau apabila difikirkan

wajar oleh Bank:-

1. untuk menggunakan semua atau sebarang manfaat dan hak

daripada Pelaburan atau yang wujud padanya untuk

mengurangkan Jumlah Dedahan dalam apa jua cara atau

turutan yang dianggap wajar oleh Bank; dan/atau

2. untuk menjual, menukar kepada wang atau melupuskan atau

untuk merealisasikan atau bersetuju menjual, menukar

kepada wang atau melupuskan atau merealisasikan Pelaburan

atau mana-mana bahagian daripadanya yang dianggap wajar

oleh Bank sama ada melalui tawaran awam atau triti

persendirian atau sebaliknya dengan atau tanpa iklan dan

untuk sebarang balasan atau nilai dan berdasarkan sebarang

terma yang boleh diputuskan oleh Bank menurut budi

bicaranya dan bagi sebarang Pelaburan yang tidak boleh

dipindahkan, lantas menyebabkan ianya tidak dapat dijual,

Bank berhak melaksanakan penebusan awalnya selaras

dengan terma-termanya dan hasilnya boleh digunakan untuk

mengurangkan Jumlah Dedahan dalam sebarang cara atau

turutan yang dianggap wajar oleh Bank.

(i) Sepanjang tempoh Kemudahan berkuat kuasa dan selepas itu sehingga

keseluruhan Kemudahan dan semua liabiliti daripadanya dijelaskan dengan

sepenuhnya, Bank akan pada semua masa mengekalkan budi bicara mutlak

terhadap semua atau sebarang isu berkaitan dengan penggunaan sebarang

Page 8: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf

faedah, kupon, pendapatan, pembahagian atau sebarang wang lain yang

diterima, pelaksanaan hak mengundi, sama ada untuk mendapatkan

pemisahan sekuriti menjadi lot lebih kecil dan pelaksanaan kuasa

penguatkuasaan berikutan sebarang pelanggaran Surat Tawaran dan Terma-

terma dan Syarat-syarat Utama ini.

(j) (i) Cagaran yang diwujudkan di dalam ini akan menjadi boleh dikuat

kuasa dan kuasa penjualan dan sebarang kuasa lain yang diberikan

oleh undang-undang, Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat

Utama ini akan menjadi boleh dilaksana, menurut budi bicara Bank,

selepas notis terdahulu selama tujuh (7) hari kalendar telah diberikan,

sekiranya Peminjam gagal membayar atau menjelaskan mana-mana

bahagian Kemudahan apabila kena dibayar atau selepas Bank

menuntut pembayaran sama ada keseluruhan atau sebahagian

daripada liabiliti Peminjam atau jika Peminjam melanggar sebarang

obligasi kepada Bank sama ada di bawah Kemudahan ini atau

sebarang kemudahan dan/atau perjanjian lain dengan Bank.

(ii) Bank berhak melupuskan, mencairkan atau menjual Pelaburan yang

disandar dan/atau dicagar dan/atau diserahhak dan/atau dideposit

dengan Bank, sebagaimana dianggapnya wajar menerusi agennya

yang dilantik atau mana-mana syarikat dalam kumpulan CIMB

Group Holding Berhad, syarikat induk muktamad Bank, sekiranya

Peminjam ingkar membayar balik Kemudahan Peminjam atau

apabila berlaku mana-mana peristiwa keingkaran yang dinyatakan di

dalam ini atau Peminjam memungkiri apa-apa obligasi kepada Bank

di bawah Kemudahan. Hasil penjualan akan dikreditkan untuk

melaraskan dan/atau menyelesaikan liabiliti Peminjam dengan Bank.

Apa-apa kurangan dalam akaun hendaklah dijelaskan oleh Peminjam.

Di samping itu dan tanpa menjejaskan sebarang peruntukan di dalam

ini, kuasa Bank termasuk (tetapi tidak terhad kepada) kuasa untuk:-

1. Mengambil milikan, memungut dan mendapatkan Pelaburan

atau mana-mana bahagian daripadanya;

2. Menjual, bertukar, menukar kepada wang atau melupuskan

atau merealisasikan atau bersetuju menjual, bertukar,

menukar kepada wang atau melupuskan atau merealisasikan

Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya yang

dianggap wajar oleh Bank sama ada melalui tawaran awam

atau triti persendirian atau sebaliknya dengan atau tanpa

iklan dan untuk sebarang balasan atau nilai dan berdasarkan

sebarang terma yang diputuskan oleh Bank menurut budi

bicara mutlaknya (bagi sebarang Pelaburan yang tidak boleh

dipindahkan, lantas menyebabkan ianya tidak dapat dijual,

Bank berhak melaksanakan penebusan awalnya selaras

dengan terma-terma di sini dan hasilnya boleh digunakan

untuk membayar balik liabiliti Peminjam terhadap Bank

dalam sebarang cara atau turutan yang dianggapnya wajar);

3. Melaksanakan atau menyebabkan atau membenarkan

pelaksanakan semua kuasa atau hak sampingan dengan

pemilikan Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya;

Page 9: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf

4. Menjelaskan, melaraskan, mengkompromi dan menyusun

sebarang tuntutan/penyelesaian, akaun, pertikaian, persoalan

dan tuntutan yang berkaitan dalam apa cara jua dengan

Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya;

5. Membawa, mendakwa, menguatkuasakan, membela dan/atau

menggugurkan sebarang tindakan, guaman atau prosiding

terhadap apa-apa perkara atau terhadap mana-mana pihak

yang berkaitan dengannya yang dianggap wajar dan perlu

oleh Bank; dan

6. Mengambil semua tindakan dan/atau perkara yang perlu atau

wajar atau sesuai untuk merealisasikan Pelaburan dan

penjelaskan penuh semua liabiliti yang kena dibayar kepada

Bank.

Peminjam hendaklah menanggung rugi Bank dan memastikan Bank

ditanggung rugi sepenuhnya terhadap semua tindakan, kerugian,

tuntutan, prosiding, kos, tuntutan dan liabiliti yang ditanggung oleh

Bank (jika ada) untuk melaksanakan atau cuba melaksanakan

sebarang hak, kuasa, remedi atau budi bicara yang diletak hak pada

Bank melainkan ianya daripada dan disebabkan secara langsung oleh

kecuaian melampau Bank atau kelalaian yang sengaja.

(k) Sebarang dividen, faedah, kupon, pendapatan, wang dan/atau sebarang

bentuk manfaat lain yang diterima daripada atau berpunca daripada

Pelaburan, sama ada dibayar atau diberikan kepada Peminjam atau

sebaliknya, hendaklah pada semua masa dipegang dalam amanah untuk Bank

dan dibayar kepada Bank apabila dituntut.

(l) Bank (termasuk wakilnya dan sub-wakilnya) tidak akan bertanggungjawab

dalam apa-apa keadaan pun jua atau atas apa-apa sebab pun jua terhadap

Peminjam atau mana-mana pihak atas sebarang kerugian atau kerosakan atau

pengurangan harga/nilai Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya

yang disebabkan oleh Bank merealisasikan keseluruhan atau sebahagian

daripada Pelaburan atau atas sebarang keingkaran atau ketinggalan oleh Bank

berkaitan dengan Pelaburan atau kerana Bank melaksanakan atau tidak

melaksanakan atau lewat melaksanakan sebarang kuasa atau budi bicara yang

diletak hak pada Bank melainkan ianya disebabkan secara langsung oleh

kecuaian Bank atau kelalaian yang sengaja. Peminjam mengakui dan

bersetuju bahawa Bank tidak mempunyai sebarang kewajipan kepada

Peminjam untuk memastikan bahawa Pelaburan dijual atau ditebus pada

harga terbaik atau harga munasabah.

(m) Mana-mana pembeli, rumah dana atau penerbit sebarang Pelaburan atau

orang, firma, syarikat lain atau entiti lain yang berurusan dengan Bank tidak

akan terikat atau dikehendaki memastikan atau bertanya sama ada hak Bank

untuk melaksanakan apa-apa kuasa yang diberikan oleh Surat Tawaran

dan/atau Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau yang boleh

dilaksanakan oleh Bank telah berbangkit atau mengambil kira sebarang notis

yang menyatakan sebaliknya atau tentang kewajaran atau kesesuaian

sebarang pelaksanaan atau pelaksanaan yang dikatakan terhadap kuasa

tersebut atau sama ada sebarang wang masih terhutang terhadap cagaran ini

atau tentang penggunaan sebarang wang yang dibayar.

Page 10: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf

(n) Sepanjang tempoh Kemudahan dan selama mana selepas itu sehingga

keseluruhan Kemudahan telah dijelaskan dengan sepenuhnya, Peminjam

tidak akan:-

(i) menggadai janji, menggadai, menyandarkan, menyerah hak,

memindahkan atau sebaliknya berurusan dengan, mewujudkan atau

membenarkan wujud sebarang Kepentingan Cagaran terhadap

Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya;

(ii) mewujudkan sebarang amanah terhadap Pelaburan atau mana-mana

bahagian daripadanya;

(iii) mewujudkan atau memberikan memihak kepada mana-mana pihak

apa-apa hak terhadap Pelaburan atau mana-mana bahagian

daripadanya;

3.3 CAGARAN BERTERUSAN

Sebarang cagaran yang diambil oleh Bank atau diwujudkan dibawah ini adalah

cagaran yang berterusan bagi tujuan pembayaran semua wang yang terhutang pada

masa ini atau selepas ini kepada Bank oleh Peminjam dan/atau setiap Pihak Cagaran

dari semasa ke semasa, meskipun:

(a) Peminjam atau mana-mana Pihak Cagaran tidak lagi berhutang kepada Bank

untuk suatu jangka masa;

(b) sebarang akaun Peminjam dan/atau Pihak Cagaran dengan Bank atas

sebarang sebab pun jua tidak lagi aktif dan meskipun sebarang penjelasan

akaun atau sebaliknya;

(c) sebarang perubahan melalui penggabungan, penyatuan atau sebaliknya yang

mungkin dibuat pada susunan mana-mana Pihak Cagaran (yang merupakan

sebuah pertubuhan perbadanan) atau Bank; atau

(d) kebankrapan Peminjam atau kebankrapan mana-mana Pihak Cagaran, sama

ada secara sukarela atau paksa.

3.4 LIEN DAN HAK LAIN

(a) Di samping dan tanpa prejudis terhadap sebarang remedi, kepentingan atau

cagaran lain di pihak Bank, Bank akan, selagi Kemudahan masih berkuat

kuasa atau sebarang wang masih boleh dipinjamkan atau perlu dibayar oleh

Peminjam dan/atau Pihak Cagaran, mempunyai lien am terhadap semua

sekuriti dan aset lain Peminjam dan/atau Pihak Cagaran yang kini atau

mungkin dari semasa ke semasa selepas ini dideposit dengan atau dalam atau

menjadi milik, dijaga atau dikawal atau dipegang dalam nama atau atas

perintah atau untuk Bank dan/atau penama Bank sama ada untuk simpanan

selamat atau cagaran atau sebaliknya atau untuk sebarang tujuan khusus atau

secara amnya.

(b) Tiada apa-apa pun jua yang terkandung di dalam Perjanjian ini akan

memudaratkan atau menjejaskan hak dan remedi atau sebarang cagaran lain

yang menjadi hak Bank dari semasa ke semasa atau yang mungkin dipegang

oleh Bank untuk atau bagi Jumlah Belum Dijelaskan dari semasa ke semasa

atau sebarang wang lain yang terhutang oleh Peminjam kepada Bank dan

Page 11: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf

tiada apa-apa yang terkandung di dalam ini akan memudaratkan atau

menjejaskan sebarang bil, nota, jaminan, gadaian atau cagaran lain yang

mungkin dipunyai atau dipegang oleh Bank pada masa itu untuk sebarang

wang yang dipinjamkan atau didahulukan, faedah ke atasnya dan wang lain

yang disebut sebelum ini atau sebarang hak atau remedi Bank di bawah bil,

nota, jaminan, gadaian atau cagaran lain tersebut.

3.5. WA'D UNTUK MENYEDIAKAN CAGARAN LANJUT

Peminjam hendaklah, jika dan apabila dikehendaki oleh Bank, menyempurnakan

memihak kepada Bank atau sepertimana yang diarahkan oleh Bank, sebarang

instrumen undang-undang atau instrumen cagaran, bebanan atau perjanjian lain atau

sepertimana yang dikehendaki oleh Bank terhadap sebarang aset Peminjam.

Instrumen cagaran, bebanan atau perjanjian tersebut hendaklah disediakan oleh atau

bagi Bank dengan kos dan perbelanjaan ditanggung oleh Peminjam dan hendaklah

mengandungi semua terma dan syarat untuk manfaat Bank sepertimana dikehendaki

oleh Bank.

4. PENETAPAN TENTANG FAEDAH, FI, CAJ, KOS DAN KOMISYEN

(a) Peminjam hendaklah membayar faedah pada Kadar Faedah Semasa atau Kadar Had

Lebihan (mengikut keadaan), komisyen, fi komitmen, caj bank, fi dan sebarang caj

lain terhadap Kemudahan pada sebarang kadar dan dalam cara yang ditetapkan oleh

Bank di dalam Surat Tawaran.

(b) Faedah ke atas Kemudahan akan dikira atas dasar baki harian seperti yang dinyatakan

dalam Surat Tawaran dan dikira berdasarkan bilangan hari sebenar yang berlalu dan

365 hari setahun (366 hari pada tahun lompat) dan akan didebit kepada akaun

Kemudahan Peminjam setiap bulan kecuali dinyatakan atau dipersetujui sebaliknya

oleh Bank.

(c) Kadar Faedah (termasuk faedah pada Kadar Faedah Semasa, Kadar Had Lebihan,

faedah tambahan dan faedah dimodalkan), adalah tertakluk kepada perubahan dari

semasa ke semasa oleh Bank menurut budi bicaranya. Perubahan tersebut termasuk

tetapi tidak terhad kepada mengubah asas bagaimana Bank menentukan Kadar

Faedah, daripada tanda aras Kadar Asas Bank, spread kuantum yang perlu dibayar

melebihi Kadar Asas, atau peratusan faedah itu sendiri sekiranya kadar faedah tidak

dikira terhadap Kadar Asas Bank dan asas yang telah diubah untuk mengira Kadar

Faedah dan/atau kadar faedah baru akan berkuat kuasa dari tarikh yang ditetapkan

oleh Bank.

(d) Berhubung dengan perubahan pada komisyen, fi komitmen, caj bank, fi terhadap

Kemudahan dan perubahan pada sebarang Kadar Faedah yang diperuntukkan di

dalam ini berbangkit daripada perubahan pada profil risiko anda, Bank berhak

mengubah komisyen, fi komitmen, caj bank, fi dan/atau Kadar Faedah yang terpakai

yang terkandung di dalam ini dengan memberikan notis terdahulu sekurang-

kurangnya 21 hari kalendar kepada Peminjam.

(e) Faedah yang dicaj dan sebarang fi, caj, kos dan komisyen berkaitan dengan

Kemudahan perlu dibayar setiap bulan secara tertunggak dan Bank boleh, pada bila-

bila masa selepas tarikh kena dibayar berhak mendebit faedah dan sebarang fi, caj,

kos dan komisyen berkaitan dengan Kemudahan kepada akaun Kemudahan

Peminjam dan faedah yang didebit tersebut akan dicagar dan dibayar sewajarnya.

Page 12: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf

Bagi tujuan di sini, "Kadar Faedah" bermaksud kadar faedah berkenaan yang terpakai pada

Kemudahan sepertimana dinyatakan dalam Surat Tawaran termasuk Kadar Faedah Semasa,

Kadar Had Lebihan atau sebarang kadar lain yang mungkin dari semasa ke semasa ditetapkan

oleh Bank.

5. FAEDAH PERLU DIBAYAR SEBELUM DAN SELEPAS PENGHAKIMAN

MAHKAMAH

Semua faedah ke atas sebarang jumlah yang didahulukan yang belum dijelaskan di bawah

Kemudahan yang pada masa itu dicagar dan sebarang fi, caj, kos dan komisyen berkaitan

dengannya (termasuk faedah pada Kadar Faedah Semasa, Kadar Had Lebihan, faedah yang

diubah dan faedah dimodalkan) perlu dibayar sebelum dan selepas penghakiman mahkamah

dan sebelum dan selepas tuntutan dibuat untuk pembayaran terhadap Peminjam dan semua

wa'd dan syarat yang terkandung di dalam atau dibayangkan secara tersirat oleh Terma-terma

dan Syarat-syarat Utama ini dan semua kuasa dan remedi yang diberikan oleh undang-undang

atau melalui Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan semua peraturan undang-undang

atau ekuiti berkaitan dengan jumlah prinsipal dan faedah hendaklah dikenakan dengan sama

rata kepada faedah dimodalkan dan meskipun perhubungan jurubank dan pelanggan antara

Bank dan Peminjam telah terhenti atas apa-apa sebab pun jua.

Bagi tujuan memastikan sama ada had prinsipal di bawah Kemudahan telah dilampaui atau

tidak, semua faedah yang didebit dan faedah yang dimodalkan akan dianggap faedah dan

bukan had prinsipal.

6. HAK UNTUK MENYEMAK SEMULA DAN MENGUBAH TERMA-TERMA DAN

SYARAT-SYARAT

Meskipun terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung dalam Surat Tawaran, Terma-terma

dan Syarat-syarat Utama ini atau di dalam sebarang Dokumen Cagaran lain, Bank berhak

untuk menyemak semula Kemudahan pada bila-bila masa yang dianggap wajar oleh Bank

menurut budi bicara mutlaknya, tanpa sebarang obligasi sama ada di sisi undang-undang atau

ekuiti, untuk memberi sebarang sebab untuknya dan sama ada peristiwa yang dibentangkan di

dalam klausa 13 di dalam ini telah berlaku atau tidak, dan selepas memberikan notis terdahulu

selama dua puluh satu (21) hari kalendar untuk mengubah dan/atau meminda pada bila-bila

masa dan dari semasa ke semasa dan dalam sebarang cara pun jua;-

(a) had Kemudahan (yang termasuk tetapi tidak terhad kepada menurunkan atau

menambah had Kemudahan pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa);

(b) cara Kemudahan disediakan;

(c) sebarang terma dan syarat Kemudahan; dan/atau

(d) sebarang Dokumen Cagaran berkaitan dengan Kemudahan.

Tertakluk kepada Bank memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar

kepada Peminjam dan atau pihak cagaran (jika berkenaan), sebarang perubahan dan/atau

pindaan (sama ada dengan menambah, meminda atau memadamkan terma-terma dan syarat-

syarat Kemudahan dan/atau mengurangkan, memadamkan, membatalkan, memodifikasi,

meminda, menukar, mengganti Kemudahan atau sebaliknya) hendaklah dianggap berkuat

kuasa dari tarikh yang ditetapkan oleh Bank dan tidak akan dalam apa cara pun jua

menjejaskan hak dan remedi Bank yang terkandung di dalam ini dan/atau sebarang Dokumen

Cagaran lain atau kesahan cagaran, liabiliti dan obligasi yang diwujudkan di dalam ini atau di

Page 13: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf

dalam sebarang Dokumen Cagaran lain. Bank tidak akan bertanggungjawab atas sebarang

kerugian atau kerosakan sekiranya sebarang cek atau nota yang dibayar atau bil yang diterima

oleh Peminjam tidak dilayan disebabkan tindakan yang disebut sebelum ini oleh Bank

melainkan ianya disebabkan secara langsung oleh kecuaian Bank atau kelalaian yang sengaja.

6.1. KOMUNIKASI TENTANG PERUBAHAN DAN PINDAAN

Peminjam dengan ini bersetuju bahawa Bank berhak untuk mengambil mana-mana satu

atau lebih daripada satu cara atau kaedah komunikasi berikut berkaitan dengan variasi,

pindaan dan/atau perubahan pada Kemudahan, sebarang terma dan syarat berkenaan

dengannya dan sebarang faedah yang dicaj dan sebarang caj, kos dan komisyen berkaitan

dengannya termasuk tarikh apabila perubahan demikian mula berkuat kuasa:-

(a) dengan menampal notis di premis Bank menyatakan perubahan demikian dan

tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa dan notis tersebut akan dianggap

sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam pada tarikh notis

tersebut ditampal di premis Bank; dan/atau

(b) dengan menerbitkan dalam satu atau lebih daripada satu akhbar yang dipilih oleh

Bank, notis tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut

berkuat kuasa dan notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh atau

dimaklumkan kepada Peminjam pada tarikh penerbitan pertama dalam mana-mana

akhbar yang dipilih oleh Bank; dan/atau

(c) dengan memasukkan ke dalam penyata akaun Bank notis tentang perubahan

tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa dan notis tersebut

akan dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam tiga (3)

hari kalendar selepas tarikh pengeposan penyata akaun Bank kepada Peminjam;

dan/atau

(d) dengan menghantar melalui pos biasa atau pos berdaftar kepada Peminjam notis

tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa

dan notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada

Peminjam tiga (3) hari kalendar selepas tarikh pengeposan notis tersebut kepada

Peminjam melalui pos biasa atau pos berdaftar; dan/atau

(e) dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan

tersebut berkuat kuasa melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau mel elektronik

kepada Peminjam atau dengan meletakkan notis tentang perubahan tersebut dan

tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa di laman web Bank dan notis

tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam

pada tarikh apabila notis tentang perubahan tersebut dihantar melalui SMS atau

mel elektronik kepada Peminjam atau tarikh apabila notis tentang perubahan

tersebut diletakkan di laman web Bank, mengikut keadaan.

7. PEMBAYARAN BALIK

(a) Meskipun sebarang peruntukan yang terkandung di dalam ini dan di dalam Surat

Tawaran, segala jumlah belum dijelaskan di bawah Kemudahan (sama ada prinsipal,

faedah atau sebarang wang lain yang terhutang kepada Bank) hendaklah perlu dibayar

apabila dituntut.

Page 14: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf

(b) Peminjam bertanggungjawab untuk membayar kepada Bank sebarang jumlah yang

dibentangkan di dalam Surat Tawaran atau yang dimaklumkan oleh Bank sebagai

jumlah yang terhutang dan perlu dibayar kepada Bank (melainkan jika terdapat

kesilapan yang nyata dalam pemberitahuan Bank tentang jumlah wang yang terhutang)

dalam tempoh tujuh (7) hari kalendar dari notis Bank yang dikeluarkan.

(c) Semua pembayaran yang akan dibuat kepada Bank hendaklah pembayaran penuh tanpa

tolakan atau tuntutan balas, bebas dan bersih dan tanpa potongan sebarang cukai, levi,

impos, duti, caj, fi, potongan, penahanan, sekatan atau syarat tidak kira jenisnya.

(d) Jika undang-undang menghendaki sebarang potongan daripada sebarang pembayaran,

Peminjam hendaklah memastikan bahawa jumlah bersih yang diterima oleh Bank

adalah bersamaan dengan jumlah penuh yang akan diterima oleh Bank, jika potongan

tersebut tidak dibuat.

8. REPRESENTASI DAN JAMINAN

Dengan menerima Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini, Peminjam

membuat representasi dan menjamin kepada Bank bahawa:

(a) Peminjam mempunyai kapasiti untuk menyempurnakan, memenuhi dan

melaksanakan terma-terma di dalam Surat Tawaran dan di dalam Terma-terma dan

Syarat-syarat Utama ini;

(b) baik Peminjam mahupun mana-mana Pihak Cagaran tidak mengingkari sebarang

perjanjian (sama ada berkenaan dengan pembayaran, pelaksanaan atau sebaliknya)

yang mana Peminjam atau mana-mana Pihak Cagaran adalah pihak padanya atau

yang mengikat Peminjam atau mana-mana Pihak Cagaran;

(c) tiada litigasi, timbang tara atau pertikaian sama ada sebenar, belum diputuskan atau

diancam terhadap Peminjam atau mana-mana atau Pihak Cagaran;

(d) semua penyata kewangan yang diterima atau akan diterima oleh Bank berkenaan

dengan Peminjam memberikan gambaran yang benar dan tepat tentang kedudukan

kewangan Peminjam;

(e) tiada perubahan material yang buruk berlaku pada keadaan kewangan Peminjam atau

keadaan kewangan Pihak Cagaran, dan jika berkenaan, persekitaran operasi atau

pengurusan perniagaan Peminjam atau perniagaan mana-mana Pihak Cagaran yang

akan menjejaskan secara material keupayaan Peminjam atau keupayaan Pihak

Cagaran untuk melaksanakan obligasi Peminjam/mereka di bawah Surat Tawaran,

Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan/atau Dokumen Cagaran;

(f) Peminjam dan jika berkenaan, setiap Pihak Cagaran adalah pemilik undang-undang

dan benefisial sebarang aset atau harta yang ditawarkan sebagai cagaran kepada Bank

berhubung dengan Kemudahan, Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat

Utama ini dan Dokumen Cagaran;

(g) penerimaan Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini merupakan

obligasi yang sah dan boleh dikuat kuasa dan tidak atau tidak akan melanggar

peruntukan mana-mana undang-undang, peraturan, kaedah, perintah, writ, injunksi

atau dekri mana-mana mahkamah, badan pentadbiran atau badan kawal selia yang

mempunyai kuasa terhadap Peminjam, dan tidak melanggar sebarang perjanjian lain

Page 15: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf

yang mana Peminjam adalah pihak padanya atau akujanji yang mengikat Peminjam

atau asetnya;

(h) Peminjam telah mendedahkan kepada Bank dengan sepenuhnya dan secara bertulis

semua fakta berkaitan dengan Peminjam dan Pihak Cagaran yang diketahui atau

secara munasabah sepatutnya diketahui oleh Peminjam dan yang wajar didedahkan

kepada Bank dalam konteks Kemudahan;

(i) semua pengisytiharan yang dibuat kepada Bank dan maklumat yang diberikan oleh

Peminjam dan jika berkenaan, setiap Pihak Cagaran berhubung dengan Kemudahan

tidak mengandungi sebarang kenyataan yang tidak benar atau tidak menyatakan

sebarang fakta dan semua ungkapan tentang jangkaan, niat, kepercayaan dan pendapat

semua unjuran yang terkandung di dalamnya dibuat dengan jujur dan berdasarkan

alasan munasabah selepas pertanyaan yang wajar dan berhati-hati;

(j) Peminjam dan setiap Pihak Cagaran adalah tertakluk kepada undang-undang sivil dan

perdagangan berhubung dengan setiap obligasi Peminjam/ mereka di bawah

Kemudahan dan penyempurnaan, penyerahan dan pelaksanaan obligasi yang

diwujudkan di bawah ini merupakan tindakan peribadi dan perdagangan dan bukan

tindakan kerajaan atau awam dan Peminjam, Pihak Cagaran mahupun mana-mana

harta/Cagaran tidak menikmati sebarang kekebalan atas alasan kedaulatan atau

sebaliknya berhubung dengan obligasi mereka berbangkit daripada Kemudahan;

(k) tiada prosiding kebankrapan telah dimulakan terhadap Peminjam, dan penjamin

dan/atau mana-mana Pihak Cagaran;

(l) Jumlah peminjaman Peminjam daripada semua sumber dalam Malaysia, termasuk

Kemudahan ini (tidak termasuk kemudahan untuk pembiayaan/pembiayaan semula

bagi pembelian atau pembinaan harta tak alih dan pembelian tanah) tidak melebihi

RM10 juta secara agregat atau sebarang had maksimum lain yang mungkin dikenakan

oleh pihak berkuasa yang mengawal dari semasa ke semasa. (Hanya terpakai kepada

warga asing)

(m) Peminjam dan setiap Pihak Cagaran telah memperolehi semua kebenaran, lesen,

pengecualian, kelulusan atau pemberikuasaan yang perlu yang mungkin dikehendaki

di bawah sebarang undang-undang, peraturan atau arahan yang terpakai berkaitan

dengan penyempurnaan, pelaksanaan, kesahan atau kebolehkuatkuasaan terma-terma

yang dibayangkan oleh Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini, dan

jika berkenaan, Dokumen Cagaran dan pelaksanaan setiap perniagaan Peminjam atau

mana-mana Pihak Cagaran; dan

(n) semua tindakan, syarat dan perkara yang perlu diambil, dipenuhi dan dilakukan

(termasuk memperolehi semua Kebenaran untuk Penyerahan Hak yang dikehendaki

daripada pihak berkaitan, jika berkenaan) telah dipenuhi dan dilakukan untuk

membolehkan Peminjam:

(i) memasuki, melaksanakan hak, menjalankan dan mematuhi obligasi di dalam

Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dengan sah;

(ii) memastikan bahawa obligasi dan penyerahan hak, sandaran, cagaran Sekuriti

adalah sah, mengikat dan boleh dikuat kuasa; dan

(iii) menjadikan Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini boleh

diterima sebagai keterangan dalam Mahkamah Undang-undang di Malaysia.

Page 16: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf

(o) Terdapat tiada pelanggaran mana-mana peruntukan yang terkandung dalam Akta

Perkhidmatan Kewangan 2013 atau mana-mana undang-undang atau keperluan

peraturan atau arahan atau garis panduan yang dikeluarkan atau yang dari semasa ke

semasa boleh dikeluarkan atau dipinda oleh Bank Negara Malaysia berkaitan dengan

pemberian Kemudahan secara amnya atau kepada orang-orang yang berkaitan dengan

pihak Bank ('Undang-Undang atau Garis Panduan').

Setiap representasi dan jaminan yang dinyatakan di atas akan kekal berkuat kuasa selepas

Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini ditandatangani dan diserahkan

dan Peminjam akan dianggap membuat reprentasi dan jaminan kepada Bank bahawa

representasi dan jaminan di atas adalah benar dan tepat dalam semua segi dan diulang setiap

hari.

9. KOS, PERBELANJAAN DAN FI

Meskipun Kemudahan mungkin dibatalkan atau dibantutkan atas apa-apa sebab pun jua:

(a) Semua kos dan perbelanjaan pun jua termasuk kos pembantutan, pencetakan,

perbelanjaan tunai langsung dan semua kos lain berkaitan dengan Kemudahan yang

ditanggung oleh Bank berhubung dengan rundingan, persediaan atau pennyiapan

Kemudahan atau langkah mendapatkannya kembali atau penebusan akaun

Kemudahan Peminjam atau berkaitan dengan apa-apa akaun atau aset Peminjam perlu

dibayar oleh Peminjam selepas Bank memberikan notis terdahulu kepada Peminjam

selama tujuh (7) hari kalendar, atas dasar tanggung rugi penuh.

(b) Jika berkenaan, Dokumen Cagaran berkenaan dengan Kemudahan akan disediakan

oleh peguamcara dalam panel Bank dan Peminjam bersetuju untuk membayar kepada

peguamcara tersebut semua fi undang-undang (atas dasar tanggung rugi penuh) dan

kos sampingan berkaitan dengan langkah menyediakan (termasuk lain-lain duti dan

cukai yang sama dan mana-mana denda atasnya), dan mendaftarkan dan

menguatkuasakan apa-apa Dokumen Cagaran yang diperlukan oleh Bank di bawah

ini walaupun dokumen tersebut tidak disempurnakan oleh Peminjam.

(c) Jika sebarang wang yang perlu dibayar di bawah Kemudahan perlu didapatkan

kembali melalui proses undang-undang atau sebarang proses lain, atau diserahkan

kepada peguamcara untuk pungutan, Peminjam bertanggungjawab untuk membayar fi

peguamcara Bank (atas dasar peguamcara-anakguam) dan sebarang pembayaran dan

perbelanjaan yang ditanggung berkaitan dengan pungutan tersebut. Peminjam

bertanggungjawab membayar semua duti setem, fi brokeraj, fi penilaian, caj

jurulelong, bayaran pungutan hutang dan fi profesional lain yang mungkin

ditanggung oleh Bank berhubung dengan langkah mendapatkan kembali wang

tersebut dan/atau penguatkuasaan Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat

Utama ini dan/atau Dokumen Cagaran dan/atau untuk melaksanakan sebarang hak

dan remedinya di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat ini.

Peminjam juga hendaklah menanggung rugi Bank terhadap sebarang liabiliti

berkaitan dengan atau disebabkan sebarang kelewatan untuk membayar atau

kegagalan untuk membayar sebarang duti atau cukai melainkan jika ianya timbul dari

dan disebabkan secara langsung oleh kecuaian Bank atau kelalaian yang sengaja.

(d) Meskipun Fasal 9(a) di atas, Bank berhak mendebit akaun Kemudahan Peminjam

pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa untuk faedah, komisyen, caj, fi, duti

setem, duti, penalti dan semua wang berbangkit daripada Kemudahan termasuk kos

yang disebut dalam Fasal 9(c) sebelum ini. Jumlah yang didebit tersebut akan

Page 17: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf

dikenakan faedah pada kadar semasa atau Kadar Faedah Semasa, dan boleh tertakluk

kepada sebarang faedah tambahan pada Kadar Had Lebihan dan boleh dimodalkan di

bawah peruntukan di dalam ini pada penghujung setiap bulan kalendar.

(e) Tanpa prejudis terhadap mana-mana peruntukan di bawah ini, Peminjam adalah

bertanggungjawab ke atas apa-apa cukai barangan dan perkhidmatan yang

berhubungan dengan atau berikutan daripada perjanjian ini atau kemudahan atau apa-

apa perkhidmatan yang berhubungan dengannya. Peminjam hendaklah menanggung

rugi Bank dan dengan tak boleh batal memberi kuasa kepada Bank untuk mendebit

akaun Peminjam bagi sebarang jumlah yang diperlukan untuk membayar cukai

barangan dan perkhidmatan.

10. BUDI BICARA BANK TERHADAP PENGGUNAAN/PEMINDAHAN WANG

Jika sebarang jumlah yang diterima atau didapatkan kembali berkaitan dengan liabiliti

Peminjam adalah kurang daripada jumlah yang terhutang kepada Bank, tertakluk pada mana-

mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, Bank boleh dari semasa ke

semasa menggunakan jumlah tersebut untuk membayar faedah, fi, jumlah prinsipal atau

sebarang jumlah lain yang kena dibayar menurut sebarang kadar dan turutan dan secara

amnya mengikut sebarang cara yang difikirkan wajar oleh Bank atau boleh mengkredit atau

memindahkan sebarang wang yang diterima atau didapatkan kembali kepada akaun

gantungan tanpa faedah buat sebarang tempoh yang difikirkan wajar oleh Bank tanpa

sebarang obligasi sementara itu untuk menggunakannya atau mana-mana bahagian

daripadanya untuk atau bagi tujuan menjelaskan sebarang wang atau liabiliti yang kena

dibayar atau yang ditanggung oleh Peminjam kepada Bank.

11. PENDEDAHAN

Tertakluk kepada peruntukan di bawah yang (i) melarang pendedahan maklumat kepada

Syarikat-syarikat Kumpulan jika dibantah oleh Peminjam; dan (ii) menghendaki kebenaran

nyata daripada Peminjam bagi pendedahan maklumat kepada pihak ketiga untuk tujuan yang

dinyatakan, Peminjam dengan ini bersetuju dan memberi kuasa kepada Bank untuk

mendedahkan sebarang maklumat berhubung dengan Peminjam dan/atau urusan atau akaun

Peminjam dan/atau perhubungan akaun atau perhubungan urusan Peminjam dengan Bank

termasuk tetapi tidak terhad kepada butir-butir Kemudahan, sebarang cagaran yang diberikan,

transaksi yang dilaksanakan dan/atau baki dan/atau kedudukan dengan Bank:

(a) kepada agen, penyedia perkhidmatan, juruaudit, peguam, penasihat profesional Bank

yang lain dan kepada mana-mana orang di dalam atau di luar Malaysia yang

menyediakan cagaran atau jaminan dan/atau adalah pihak pada mana-mana perjanjian

yang mungkin merupakan atau membentuk asas untuk cagaran atau jaminan tersebut;

(b) kepada Biro Kredit Pusat, Biro Maklumat Cek atau pihak berkuasa relevan lain kepada

mana Bank dikehendaki membuat pendedahan sedemikian dan/atau kepada mana-

mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa terhadap Bank;

(c) kepada mana-mana institusi kewangan yang berurusan atau bakal berurusan dengan

Peminjam;

(d) kepada mana-mana syarikat insurans yang dianggap wajar oleh Bank berhubung

dengan sebarang polisi insurans yang ingin diambil oleh Bank selaras dengan terma-

terma Perjanjian ini;

Page 18: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf

(e) kepada syarikat yang kini atau di masa hadapan mungkin menjadi syarikat di dalam

kumpulan Bank serta syarikat di dalam kumpulan CIMB Group Holdings Berhad,

syarikat induk muktamad Bank ("Syarikat-syarikat Kumpulan") sama ada Syarikat-

syarikat Kumpulan tersebut bermastautin, menjalankan perniagaan, diperbadankan atau

ditubuhkan di dalam atau di luar Malaysia;

untuk memudahkan perniagaan, operasi, kemudahan dan perkhidmatan oleh atau yang

diberikan atau disediakan oleh Bank dan/atau Syarikat-syarikat Kumpulan kepada pelanggan

mereka atau seperti yang dikehendaki oleh undang-undang atau selaras dengan sebarang

sepina atau perintah mahkamah.

Pendedahan kepada Syarikat-syarikat Kumpulan hendaklah bagi tujuan memudahkan operasi,

perniagaan, penjualan silang dan tujuan lain di pihak Bank dan/ atau Syarikat-syarikat

Kumpulan dengan syarat sentiasa bahawa pendedahan bagi tujuan penjualan silang tidak

akan dilaksanakan jika pendedahan tersebut dibantah oleh Peminjam dengan

menghubungi Bank di nombor telefon atau alamat berikut (yang boleh diubah oleh Bank dari

semasa ke semasa melalui notis kepada Peminjam): Tingkat 19, Menara Bumiputra

Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, No. Tel.: +603 6204 7788.

Selanjutnya, jika Bank bercadang untuk berkongsi maklumat Peminjam (tidak termasuk

maklumat berkaitan dengan urusan atau akaun Peminjam) dengan pihak ketiga untuk tujuan

perikatan strategik, pemasaran dan promosi, Bank hendaklah memastikan bahawa kebenaran

daripada Peminjam telah diperolehi.

Peminjam dengan ini secara nyata membenarkan pendedahan tersebut dan dengan ini

mengesahkan bahawa Bank, pegawai dan agennya tidak akan menanggung sebarang liabiliti

pun jua kerana memberikan maklumat tersebut sama ada disebabkan sebarang salah nyata,

kesilapan, ketinggalan, kelewatan atau apa-apa perkara berhubung dengannya pun jua dan

sama ada sebelum pada atau selepas tarikh Surat Tawaran melainkan jika ianya timbul dari

dan disebabkan secara langsung oleh kecuaian Bank atau kelalaian yang sengaja.

12. PENYATA OLEH BANK

Penyata atau notis oleh pengurus atau mana-mana pegawai atau agen Bank yang diberi kuasa

pada masa itu atau notis daripada Bank yang dihasilkan oleh komputer yang tidak

memerlukan tandatangan, yang diberikan setiap bulan, berkaitan dengan jumlah baki dan

liabiliti yang ditanggung oleh atau kena dibayar kepada Bank atau tentang kadar faedah atau

jumlah faedah yang perlu dibayar, hendaklan kecuali kesilapan yang nyata, menjadi bukti

muktamad bagi segala maksud (termasuk tetapi tidak terhad kepada prosiding undang-

undang). Di samping itu, sekiranya Peminjam gagal melaporkan sebarang kesilapan di

dalamnya kepada Bank dalam tempoh empat belas (14) hari kalendar dari tarikh penyata

Bank atau tempoh notis tersebut sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank, penyata atau notis

tersebut hendaklah menjadi bukti muktamad mengenai liabiliti Peminjam kepada Bank dalam

jumlah yang dinyatakan di dalamnya.

13. PERISTIWA KEINGKARAN

Tanpa menjejaskan tanggungjawab keseluruhan Peminjam untuk membayar balik semua

Jumlah Tertunggak apabila dituntut oleh Bank, Kemudahan atau mana-mana bahagian

daripadanya yang pada masa itu belum dijelaskan dan tidak dibayar bersama-sama dengan

faedah ke atasnya dan semua wang lain yang dijamin oleh apa-apa cagaran hendaklah,

melalui notis bertulis oleh Bank kepada Peminjam, menjadi kena dan perlu dibayar dan

cagaran memihak kepada Bank hendaklah selepas tujuh (7) hari kalendar dari notis bertulis

Page 19: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf

Bank tersebut akan menjadi dengan serta-merta boleh dikuat kuasa dan boleh dilaksanakan

oleh Bank, dan Kemudahan akan dibatalkan dan pengeluaran lanjut atau ketersediaan

Kemudahan tidak akan dibenarkan, apabila berlaku mana-mana satu atau lebih daripada satu

peristiwa berikut (tidak kira sama ada peristiwa tersebut berlanjutan):

(a) Jika Peminjam dan/atau mana-mana Pihak Cagaran gagal membayar kepada Bank (i)

sebarang wang yang terhutang atau perlu dibayar di bawah atau berhubung dengan

Kemudahan, apabila dituntut atau (ii) sebarang wang yang terlebih keluar/wang

berlebihan, dalam masa yang ditetapkan, atau (iii) sebarang wang yang perlu dibayar

yang disebut di dalam Surat Tawaran atau di bawah sebarang perjanjian atau

pengaturan dengan Bank, pada tarikh kena dibayar.

(b) Jika Peminjam dan/atau mana-mana Phak Cagaran melanggar atau mengancam untuk

memungkiri sebarang waad, akujanji, terma, syarat atau peruntukan dalam Surat

Tawaran atau Terma-Terma dan Syarat-Syarat Utama ini atau dalam dokumen yang

diserahkan selaras dengan Kemudahan atau Dokumen Cagaran dan gagal meremedi

kemungkiran tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari kalendar selepas notis daripada

Bank atau sebarang tempoh lain yang ditetapkan oleh Bank.

(c) Jika Peminjam, mana-mana Pihak Cagaran atau mana-mana syarikat di mana

Peminjam dianggap oleh Bank sebagai mempunyai kepentingan mengawal (sama ada

melalui pemegangan saham, atau sama ada syarikat tersebut lazimnya atau

mempunyai obligasi untuk bertindak mengikut arahan, kepentingan atau hajat

Peminjam) gagal membayar pada tarikh kena dibayar sebarang wang yang perlu

dibayar oleh Peminjam, Pihak Cagaran, penjamin atau syarikat tersebut, di bawah

sebarang perjanjian atau pengaturan dengan Bank atau sebarang pemberi

pinjaman/pemiutang lain.

(d) Jika suatu distres atau pelaksanaan dikenakan ke atas atau dikeluarkan terhadap

sebarang harta atau aset Peminjam atau Pihak Cagaran dan tidak dibayar atau

dilepaskan dalam tempoh lima (5) hari daripada tarikh permulaan distres atau

pelaksanaan tersebut.

(e) Jika prosiding undang-undang guaman atau tindakan tidak kira jenisnya (sivil atau

jenayah) diambil terhadap Peminjam dan/atau mana-mana Pihak Cagaran.

(f) Jika Peminjam dan/atau mana-mana Pihak Cagaran dihukum bankrap atau melakukan

tindakan kebankrapan (atau peristiwa serupa) atau petisyen kebankrapan

dikemukakan terhadap Peminjam, mana-mana Pihak Cagaran atau penjamin atau jika

Peminjam dan/atau mana-mana Pihak Cagaran menjadi tidak waras atau meninggal

dunia.

(g) Jika Peminjam dan/atau mana-mana Pihak Cagaran memasuki persetujuan,

moratorium atau pengaturan atau membuat penyerahan hak secara umum untuk

manfaat Peminjam/pemiutangnya.

(h) Jika berlaku sebarang persitiwa atau berbangkit hal keadaan termasuk perubahan pada

keadaan kewangan Peminjam atau keadaan kewangan mana-mana Pihak Cagaran

yang menurut pendapat Bank akan memudaratkan keupayaan Peminjam atau Pihak

Cagaran untuk melaksanakan mana-mana obligasi mereka yang terkandung di dalam

ini atau di bawah sebarang Dokumen Cagaran.

Page 20: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf

(i) Jika notis atau cadangan untuk pengambilan paksa mana-mana aset Peminjam atau,

jika berkenaan, aset mana-mana Pihak Cagaran atau mana-mana bahagian

daripadanya dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut Akta Parlimen atau

undang-undang.

(j) Jika Bank berpendapat bahawa sebarang cagaran memihak kepada Bank selaras

dengan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan sebarang Dokumen Cagaran

terancam.

(k) Jika Peminjam disenaraikan sebagai pesalah cek 'tendang' oleh DCHEQS yang

ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia.

(l) Jika Peminjam dan/atau mana-mana Pihak Cagaran gagal untuk mengendalikan

akaun Peminjam/mereka di dalam ini dengan Bank dalam cara yang memuaskan.

(m) Dalam situasi di mana Peminjam atau Pihak Cagaran adalah tuan punya tunggal atau

perkongsian, berlaku sebarang peristiwa yang membawa kesan buruk yang material

terhadap pemilikan tunggal/perniagaan tersebut.

(n) Jika Peminjam atau Pihak Cagaran (sebagai tuan punya tunggal atau perkongsian)

berhenti atau mengancam untuk berhenti menjalankan keseluruhan atau sebahagian

besar daripada perniagaan Peminjam/perniagaannya.

(o) Jika mana-mana bahagian perniagaan Peminjam atau perniagaan mana-mana

penjamin atau Pihak Cagaran (sebagai peniaga tunggal atau perkongsian) terancam.

(p) Jika sebarang pengisytiharaan, representasi atau jaminan yang dibuat atau

dibayangkan secara tersirat kepada Bank adalah tidak benar atau mengelirukan pada

tarikh representasi atau jaminan tersebut dibuat.

(q) Jika pelaksanaan obligasi Bank atau Peminjam di bawah ini menjadi mustahil atau

menyalahi undang-undang.

(r) Jika berlaku sebarang peristiwa lain yang, menurut pendapat tunggal Bank, boleh atau

mungkin menjejaskan atau memudaratkan keupayaan atau kesanggupan Peminjam

(atau keupayaan atau kesanggupan mana-mana Pihak Cagaran) untuk mematuhi

semua atau mana-mana obligasi Peminjam di bawah Surat Tawaran atau Terma-

Terma atau Syarat-Syarat Utama ini atau obligasi Pihak Cagaran di bawah Dokumen

Cagaran.

(s) Jika Peminjam atau dan/atau mana-mana Peminjam bersama (iaitu apabila Peminjam

terdiri daripada lebih daripada seorang) dan/atau mana-mana Pihak Cagaran telah

meninggal dunia atau menjadi tidak waras.

(t) Jika sebarang jumlah menjadi kena dibayar atau boleh, selaras dengan terma-terma

relevan di sini, menjadi diisytiharkan kena dan perlu dibayar oleh Peminjam dan atau

mana-mana Pihak Cagaran dan/atau penjamin (secara kolektif "Penanggung

Obligasi") kepada Bank dan atau mana-mana pihak ketiga lain dari semasa ke semasa

atau pada bila-bila masa atau jika mana-mana Penanggung Obligasi ingkar membayar

sebarang keterhutangannya atau Penanggung Obligasi atau mana-mana daripada

mereka mungkin menjadi atau telah menjadi bertanggungjawab kepada Bank di mana

jua terhadap sebarang kemudahan perbankan, pinjaman, sebarang kemudahan kredit

lain atau sebarang akaun lain, semasa atau sebaliknya ("akaun") atau dalam sebarang

Page 21: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf

cara lain pun jua termasuk tetapi tidak terhad kepada liabiliti mana-mana Penanggung

Obligasi yang ditanggung kepada Bank sebagai penjamin atau jika keingkaran

dilakukan oleh Penanggung Obligasi atau mana-mana daripada mereka terhadap

sebarang peruntukan yang mengawal akaun.

(u) Sekiranya terdapat pelanggaran atau menyalahi mana-mana undang-undang atau garis

panduan oleh Peminjam.

Bagi tujuan klausa ini, dalam keadaan di mana Peminjam adalah dalam perkongsian, rujukan

terhadap "Peminjam" hendaklah termasuk rujukan kepada mana-mana rakan kongsi

Peminjam, tidak kira sama ada orang tersebut telah menyediakan sebarang cagaran kepada

Bank.

14. TOLAKAN/CAGARAN BAGI KETERHUTANGAN MASA KINI DAN MASA

HADAPAN

Keterhutangan anda kepada Bank di dalam ini yang termasuk keterhutangan masa kini dan

masa hadapan yang mungkin ditanggung oleh anda pada bila-bila masa atau dari semasa ke

semasa sama ada sebagai peminjam dan atau penyedia cagaran hendaklah dijamin oleh

cagaran yang diwujudkan di dalam ini atau dari semasa ke semasa oleh anda memihak kepada

Bank. Tanpa menjejaskan perkara yang disebut sebelum ini, dengan ini selanjutnya

diperuntukkan bahawa Bank berhak menahan, menggabungkan atau menyatukan semua atau

mana-mana akaun sedia ada Penanggung Obligasi (sama ada akaun semasa, deposit, pinjaman

atau sebarang sifat lain pun jua dan sama ada dalam Ringgit Malaysia atau sebarang mata

wang lain) di mana jua letaknya (Akaun-akaun tersebut) dan menolak atau memindahkan

sebarang baki yang ada atau sebarang jumlah kredit dalam mana-mana satu atau lebih

daripada satu akaun tersebut untuk atau bagi tujuan menjelaskan sebarang keterhutangan

Penanggung Obligasi setelah Bank memberikan notis terdahulu selama tujuh (7) hari kalendar

kepada Penanggung Obligasi. Sementara menunggu Bank melaksanakan tolakan tersebut,

Bank berhak menahan dan atau menggantung pembayaran apa-apa wang daripada baki kredit

dalam Akaun.

15. PEMATUHAN UNDANG-UNDANG/ KEPERLUAN KAWAL SELIA/ AKTA

PERKHIDMATAN KEWANGAN 2013

(a) Tawaran dan ketersediaan Kemudahan di dalam Surat Tawaran ini adalah tertakluk

kepada tiada perlanggaran dilakukan terhadap sebarang undang-undang berkaitan

dengannya.

(b) Tanpa menjejaskan sifat am perkara yang disebut sebelum ini, tawaran dan

ketersediaan Kemudahan di dalam Surat Tawaran ini adalah tertakluk kepada

representasi dan akujanji oleh Peminjam bahawa pembiayaan oleh Bank di dalam ini

dan persetujuannya untuk memberi atau membuat atau menyediakan Kemudahan

secara berterusan kepada Peminjam tidak akan melanggar atau memungkiri sebarang

undang-undang sedia ada atau keperluan kawal selia atau terma-terma dan syarat-

syarat atau peruntukan ditetapkan oleh atau dinyatakan dalam arahan atau garis

panduan yang dikeluarkan atau dari semasa ke semasa akan dikeluarkan oleh Bank

Negara Malaysia ("BNM") dan/atau mana-mana orang atau badan yang mempunyai

bidang kuasa atau bidang kuasa ke atas Bank ("Undang-Undang dan Peraturan

Yang Terpakai"). Undang-Undang dan Peraturan Yang Terpakai yang mengawal

Kemudahan ini termasuk tetapi tidak terhad kepada (i) semua peruntukan yang

berkuat kuasa di dalam Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan semua garis panduan

dan arahan oleh BNM yang dikeluarkan terhadapnya dan semua garis panduan BNM

Page 22: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf

tentang atau yang terpakai bagi pemberian kemudahan kepada orang-orang yang

mempunyai kaitan dengan Bank, dan (ii) sebarang had atau sekatan peminjaman yang

boleh dikenakan ke atas Bank dari semasa ke semasa oleh BNM atau mana-mana

pihak berkuasa kerajaan yang lain.

(c) Peminjam hendaklah dengan serta-merta memaklumkan Bank secara bertulis jika

mana-mana Undang-undang dan Peraturan Yang Terpakai atau mana-mana terma dan

syarat di dalam Surat Tawaran ini tidak dipenuhi atau didapati tidak dipenuhi.

(d) Dengan memberikan deklarasi tentang apa-apa perkara yang disebut sebelum ini atau

mana-mana terma dan syarat di dalam Surat Tawaran ini seperti yang dikehendaki

oleh dan mengikut terma-terma yang ditetapkan oleh Bank, Peminjam akan dianggap

sebagai membuat representasi dan menjamin kepada Bank bahawa kandungan di

dalamnya adalah benar dan tepat dalam semua segi selagi Kemudahan masih tersedia

atau sebarang jumlah masih perlu dibayar.

16. GARIS PANDUAN SISTEM MAKLUMAT CEK TENDANG (DCHEQS)

Operasi akaun semasa anda antara lainnya turut tertakluk kepada peruntukan yang ditetapkan

oleh Bank Negara Malaysia (BNM) di bawah Garis Panduan BNM mengenai DCHEQS, di

mana Bank merizab hak untuk menutup akaun Peminjam apabila berlaku tiga (3) kejadian cek

tendang dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh kejadian pertama dan selepas itu satu

laporan akan dihantar kepada Biro Kredit BNM mengenai penutupan akaun tersebut.

17. PEMINDAHAN/ JUALAN/ PENYERAHAN HAK

Bank berhak pada bila-bila masa untuk memindahkan, menjual, atau menyerahhakkan semua

atau mana-mana bahagian hak, hakmilik, kepentingan, manfaat dan obligasinya di bawah

Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan/atau mana-mana Dokumen

Cagaran kepada mana-mana pihak lain dengan memberikan empat belas (14) hari kalendar

notis terdahulu kepada Peminjam. Peminjam tidak boleh memindahkan atau menyerahhakkan

sebarang hak, manfaat dan obligasi Peminjam di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan

Syarat-syarat Utama ini dan /atau sebarang Dokumen Cagaran tanpa kebenaran bertulis

terlebih dahulu daripada Bank dan setiap penyerahan hak yang dikatakan tanpa kebenaran

sedemikian adalah batal dan tidak sah.

18. UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL

Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini akan ditafsirkan mengikut dan

tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan Peminjam dengan ini berserah kepada bidang

kuasa Mahkamah Malaysia. Penyampaian sebarang writ atau saman atau sebarang proses

undang-undang terhadap sebarang tindakan atau prosiding boleh dilaksanakan oleh Peminjam

dengan menghantar sesalinan writ atau saman atau pernyataan tuntutan atau proses undang-

undang lain melaui pos pra-bayar (atau sebarang kaedah lain yang dibenarkan oleh undang-

undang) ke alamat Peminjam yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran atau alamat terakhir

Peminjam yang diketahui. Sekiranya diserahkan melalui pos, writ atau saman atau pernyataan

tuntutan atau sebarang proses undang-undang lain tersebut akan dianggap sebagai

disampaikan kepada Peminjam tiga (3) hari kalendar selepas tarikh pengeposan meskipun

notis atau tuntutan tersebut mungkin dikembalikan melalui pejabat pos tanpa diserahkan atas

apa-apa sebab pun jua.

Page 23: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf

19. CARIAN KEBANKRAPAN

Bank boleh tetapi tidak mempunyai obligasi untuk membuat carian kebankrapan ke atas

Peminjam dan/atau mana-mana Pihak Cagaran sebelum pelepasan Kemudahan dan pada bila-

bila masa dan dari semasa ke semasa selepas itu. Semua kos yang ditanggung berhubung

dengan carian kebankrapan hendaklah ditanggung oleh Peminjam.

20. TERMA-TERMA YANG DIKENAKAN OLEH BANK NEGARA MALAYSIA

Kemudahan hendaklah dikawal pada setiap masa oleh peraturan dan/atau arahan (sama ada

mempunyai kuasa undang-undang atau tidak) yang dikehendaki atau dikenakan ke atas Bank

dari semasa ke semasa dan pada bila-bila masa oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana

pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa terhadap Bank.

21. NOTIS

(a) Sebarang tuntutan, permintaan, notis atau komunikasi lain (secara kolektif dirujuk

sebagai "Notis") oleh atau bagi pihak Bank atau Peminjam hendaklah dibuat secara

bertulis.

(b) Notis boleh diberikan atau dibuat melalui pos, telegram, faks, penyerahan kediri atau

kaedah lain yang dibenarkan oleh Bank. Notis hendaklah dikeluarkan oleh atau bagi

Bank (termasuk notis/penyata yang dihasilkan oleh komputer yang tidak perlu

ditandatangani) kepada Peminjam di alamat, nombor faks atau alamat e-mel Peminjam

yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran atau alamat, nombor faks atau alamat e-mel

yang terakhir diketahui yang dimaklumkan oleh Peminjam secara bertulis. Peminjam

hendaklah memaklumkan Bank dengan segera tentang sebarang perubahan pada alamat

dan/atau butir-butir hubungan Peminjam. Notis akan dianggap telah dihantar kepada

Peminjam;-

(i) sekiranya melalui pos, tiga (3) hari kalendar selepas tarikh pengeposan meskipun

Notis tersebut dikembalikan kerana tidak diserahkan atau tidak dituntut;

(ii) sekiranya melalui telegram, pada hari perniagaan selepas tarikh penghantaran;

(iii) sekiranya melalui faks, pada hari penghantaran;

(iv) sekiranya melalui e-mel, pada hari penghantaran dengan syarat Bank tidak

menerima mesej kegagalan penghantaran atau penghantaran tidak diterima daripada

penyedia host penerima pada hari penghantaran.

(v) sekiranya melalui penyerahan kediri, pada masa penyerahan.

(c) Notis oleh Peminjam kepada Bank hendaklah ditandatangani sewajarnya oleh

Peminjam atau jika dibenarkan oleh Bank, oleh penandatangan yang diberi kuasa oleh

Peminjam dan diserahkan kepada Bank di alamat atau nombor faks yang dimaklumkan

secara bertulis oleh Bank dari semasa ke semasa. Notis akan dianggap diterima oleh

Bank apabila sebenarnya diterima kecuali sekiranya Bank menganggapnya perlu untuk

menentusahkan identiti Peminjam atau sumber Notis tersebut, Peminjam mungkin

dikehendaki menyerahkan, seperti yang dikehendaki oleh Bank, sebarang bukti

dokumen (termasuk Notis sebenar atau Notis asal) kepada Bank dengan kos ditanggung

oleh Peminjan. Jika penentusahan dikehendaki oleh Bank, Notis akan dianggap

diterima oleh Bank hanya apabila Bank menerima bukti berdokumen tambahan yang

diminta oleh Bank.

Page 24: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf

(d) Peminjam bersetuju bahawa Bank boleh, menurut budi bicara tunggalnya, merakamkan

dan memantau semua komunikasi lisan dan bertulis dengan Peminjam mengikut

sebarang cara dan pada sebarang masa yang dianggap wajar oleh Bank.

22. PERTUKARAN ATAU PENGGANTIAN KEMUDAHAN

Untuk memperluaskan dan di samping hak Bank di bawah Fasal 6 dan meskipun sebarang

peruntukan lain yang terkandung di dalam Perjanjian ini atau dokumen lain, Bank berhak

selepas memberikan empat belas (14) hari kalendar notis terdahulu dan tanpa menjejaskan

cagaran yang diwujudkan selaras dengan Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat

Utama ini atau mana-mana Dokumen Cagaran, untuk memberikan kemudahan lanjut,

mengubah, menukar atau menggantikan mana-mana Kemudahan dengan kemudahan

perbankan lain yang akan diberikan kepada Peminjam (termasuk hak untuk mengganti atau

menukar Kemudahan menjadi Pinjaman Bertempoh) dan selepas itu Surat Tawaran, Terma-

terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang Dokumen Cagaran akan menjamin

kemudahan lanjut atau kemudahan yang ditukar atau digantikan tersebut. Bank mempunyai

hak untuk memberikan nombor akaun baru atau untuk memindahkan dan/atau menyatukan

akaun-akaun sedia ada Peminjam dengan Bank kepada akaun baru apabila perubahan,

penukaran atau penggantian tersebut dilakukan, tanpa menjejaskan hak Bank di bawah Surat

Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang Dokumen Cagaran.

23. MODIFIKASI DAN KELONGGARAN

Bank boleh pada bila-bila masa dan tanpa dalam apa cara jua menjejaskan cagarannya dan

hak, kuasa dan remedi yang diberikan kepada Bank dibawah Surat Tawaran, Terma-terma dan

Syarat-syarat Utama ini dan/atau Dokumen Cagaran, untuk;-

(a) memberikan kepada Peminjam atau mana-mana Pihak Cagaran sebarang tempoh

masa atau kelonggaran atau penepian atau kebenaran atau pelepasan;

(b) berurusan dengan, menukar, melepaskan atau memodifikasi atau menahan diri

daripada menyempurnakan atau menguatkuasakan sebarang cagaran atau hak lain

yang dipunyai oleh Bank pada masa ini atau pada bila-bila masa selepas ini atau dari

semasa ke semasa daripada atau terhadap Peminjam atau mana-mana Pihak Cagaran;

(c) melepaskan atau mencapai persetujuan atau memasuki sebarang suratikatan atau

persetujuan dengan Peminjam atau mana-mana Pihak Cagaran;

(d) memperbaharui sebarang bil atau sekuriti boleh niaga; atau

(e) memberikan atau terus memberikan atau memperbaharui sebarang kemudahan sedia

ada atau tambahan atau baru atau kemudahan perbankan atau kredit lain atau

Kemudahan kepada anda dan/atau mengubah atau menyusun semula sebarang

kemudahan sedia ada yang telah diberikan kepada anda dengan cara (tetapi tidak

terhad kepada) penggantian, penambahan, kenaikan atau pengurangan pun jua atau

sebaliknya menurut terma-terma masing-masing.

24. OBLIGASI PEMBAYARAN BEBAS

Peminjam dengan ini secara nyata bersetuju dan mengisytiharkan bahawa setiap obligasi

Peminjam untuk membuat pembayaran atau pembayaran balik di bawah mana-mana

peruntukan Surat Tawaran dan Terma-Terma dan Syarat-Syarat Utama ini, atau jika

berkenaan, sebarang Dokumen Cagaran terdiri daripada obligasi yang berasingan dan bebas,

Page 25: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf

akan membangkitkan kausa tindakan yang berasingan dan bebas, akan terpakai tidak kira

sama ada sebarang penepian atau kelonggaran diberikan oleh Bank terhadap sebarang obligasi

lain, akan kekal berkuat kuasa dan berkesan meskipun sebarang penghakiman, perintah,

tuntutan atau bukti bagi jumlah tertentu terhadap kewajipan lain dan boleh disandarkan dan

dikuat kuasa oleh Bank secara berasingan atau serentak, dengan atau tanpa perlu memulakan

sebarang tindakan lain di bawah obligasi tersebut atau di bawah sebarang Dokumen Cagaran

atau tanpa perlu terlebih dahulu menghabiskan sebarang remedi atau terlebih dahulu menolak,

menjual atau melupuskan sebarang aset atau Cagaran, harta atau perusahaan yang mungkin

disediakan sebagai cagaran kepada Bank dari semasa ke semasa.

25. PEMINJAM BERSAMA

Jika Kemudahan ditawarkan kepada dua atau lebih daripada dua peminjam, Peminjam dengan

ini bersetuju bahawa:

(a) semua perjanjian, waad, terma, penepatan dan akujanji yang dinyatakan sebagai

dibuat oleh dan bagi pihak Peminjam hendaklah dianggap dibuat oleh atau mengikat

ke atas semua peminjam secara bersama dan berasingan;

(b) semua wang yang perlu dibayar atau yang dipersetujui sebagai perlu dibayar

(termasuk liabiliti kontingen) oleh setiap peminjam bersama-sama dengan faedah dan

sebarang jumlah lain yang belum dijelaskan terhadapnya akan menjadi kena dibayar

dan dengan serta-merta perlu dibayar atas dasar liabiliti bersama dan berasingan sama

ada apabila dituntut atau apabila berlakunya Peristiwa Keingkaran yang melibatkan

mana-mana Peminjam.

26. KENAIKAN KOS

Peminjam hendaklah membayar kepada Bank apabila dituntut selepas empat belas (14) hari

kalendar notis terdahulu diberikan, sebarang jumlah yang boleh ditetapkan oleh Bank

mengikut budi bicara mutlaknya dan menanggung rugi Bank terhadap sebarang kos atau

kenaikan kos jika Bank menetapkan bahawa pengenalan atau perubahan sebarang undang-

undang, perintah, peraturan atau arahan rasmi (sama ada mempunyai kuasa undang-undang

atau tidak) daripada mana-mana pihak berkuasa relevan yang, bersama-sama dengan obligasi

Bank di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau apa-apa

Dokumen Cagaran yang dimasuki:-

(a) menyebabkan Bank menanggung sebarang kos; atau

(b) menambah kos kepada Bank untuk membiayai atau meneruskan obligasinya di bawah

Surat Tawaran atau Terma-Terma dan Syarat-Syarat Utama ini atau sebarang

Dokumen Cagaran.

27. MAKLUMAN

Peminjam hendaklah memberikan notis bertulis kepada Bank jika berlaku sebarang Peristiwa

Keingkaran di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang

Dokumen Cagaran dalam tempoh tiga (3) hari kalendar apabila kejadiannya diketahui oleh

Peminjam.

Page 26: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf

28. KESAN MENGIKAT

(a) Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang Dokumen

Cagaran hendaklah mengikat waris, wakil diri, pengganti hakmilik dan penerima

serah hak Peminjam yang dibenarkan dan pengganti hakmilik dan penerima serah hak

Bank.

(b) Peminjam tidak berhak menyerah hak atau memindahkan hak atau obligasinya di

bawah ini tanpa kebenaran bertulis terdahulu daripada Bank.

(c) Bank berhak pada bila-bila masa untuk menyerah hak atau memindahkan keseluruhan

atau mana-mana bahagian hak dan obligasinya di bawah ini. Jika Bank melaksanakan

penyerahan hak sedemikian, Bank hendaklah memaklumkan Peminjam secara

bertulis.

(d) Semua kos dan perbelanjaan yang mungkin ditanggung oleh Bank dan pemegang

serah hak dan penerima pindahan yang sampingan pada penyerahan hak atau

pemindahan tersebut hendaklah perlu dibayar oleh Peminjam.

29. TANGGUNG RUGI

Tanpa memudaratkan terma-terma dan peruntukan yang disebut di atas dan di samping dan

tanpa menjejaskan kuasa, hak dan remedi lain yang dipunyai oleh Bank, Peminjam hendaklah

menanggung rugi Bank dan memastikan Bank tidak dipertanggungjawabkan terhadap dan

atas sebarang kerugian, kerosakan dan perbelanjaan pun jua, sama ada di sisi undang-undang

atau sebaliknya, (termasuk tetapi tidak terhad kepada semua kos undang-undang yang

ditanggung oleh Bank atas dasar peguamcara-anakguam) yang mungkin ditanggung atau

dialami oleh Bank akibat sebarang keingkaran untuk membuat pembayaran di bawah

Kemudahan tersebut dan faedah ke atasnya atau mana-mana bahagian daripadanya atau

sebarang jumlah lain yang perlu dibayar di bawahnya atau di bawah Dokumen Cagaran, atau

disebabkan ketidakpatuhan terhadap semua atau mana-mana terma penetapan perjanjian dan

peruntukan oleh Peminjam atau oleh Pihak Cagaran yang terkandung di dalam ini atau di

bawah Dokumen Cagaran, dan kerugian, kerosakan dan perbelanjaan tersebut hendaklah

termasuk tetapi tidak terhad kepada jumlah yang diperakui oleh Bank (perakuan tersebut yang

disertai dengan asas dan pengiraan jumlah tersebut adalah konklusif dan mengikat Peminjam

kecuali jika berlaku kesilapan nyata). Kewajipan untuk menanggung rugi Bank bagi semua

kerugian dan kerosakan dan perbelanjaan pun jua, di bawah Fasal ini tidak dikenakan

sekiranya kerugian dan kerosakan dan perbelanjaan tersebut timbul daripada atau disebabkan

secara langsung oleh kecuaian melampau atau keingkaran yang sengaja oleh Bank.

30. MASA

Masa di mana jua disebut adalah menjadi asas tetapi sebarang kegagalan untuk melaksanakan

atau kelewatan untuk melaksanakan sebarang hak, kuasa atau remedi yang terakru kepada

Bank tidak akan menjejaskan, memudaratkan, memprejudis atau beroperasi sebagai

penepiannya atau keakuran terhadap keingkaran tersebut, dan sebarang pelaksanaan tunggal

atau separa sebarang hak, kuasa atau remedi atau sebarang tindakan Bank berhubung dengan

sebarang keingkaran tidak akan menghalang atau menjejaskan atau memudaratkan atau

memprejudis sebarang pelaksanaan lain atau lanjut terhadapnya atau pelaksanaan sebarang

hak, kuasa atau remedi berhubung dengan sebarang keingkaran selepas itu. Sebarang

kesabaran atau kelonggaran yang diberikan oleh Bank tidak harus ditafsirkan sebagai

penepian hak Bank di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan

Dokumen Cagaran.

Page 27: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf

31. AKUJANJI

Peminjam dan/atau Pihak Cagaran dengan tak boleh batal dan tanpa bersyarat memberi kuasa

kepada Bank untuk mengeluarkan akujanji pada sebarang masa dan mengikut sebarang cara

dan untuk sebarang jumlah dan berdasarkan sebarang kontingensi dan syarat yang difikirkan

wajar oleh Bank mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya memihak kepada mana-mana

orang dan juga untuk membuat pembayaran di bawah Kemudahan secara terus kepada orang

tersebut selaras dengan akujanji tersebut. Bank pada semua masa berhak membuat sebarang

pembayaran dan/atau melaksanakan sebarang obligasi yang dikenakan di bawah akujanji

tersebut tanpa perlu menjalankan penyiasatan atau membuat pertanyaan. Peminjam dan/atau

Pihak Cagaran tidak berhak sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti untuk melarang atau

menuntut agar Bank menahan sebarang pembayaran atau menahan daripada melaksanakan

sebarang obligasi yang dikehendaki selaras dengan akujanji tersebut, tidak kiralah sama ada

Peminjam dan/atau Pihak Cagaran mungkin mempunyai apa-apa tuntutan, tuntutan balas atau

hak tolakan terhadap penerima akujanji tersebut. Meskipun peruntukan di dalam ini, Bank

mempunyai budi bicara tunggal dan mutlak untuk mengubah, meminda, membatalkan,

menarik balik, menggantikan, menggantung dan/atau untuk meminta pelepasan akujanji

tersebut tanpa menjejaskan atau memudaratkan obligasi Peminjam dan/atau Pihak Cagaran

kepada Bank.

32. PERWAKILAN

Bank boleh, menurut budi bicara mutlaknya, pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa

melalui surat kuasa wakil atau melalui sebarang kaedah lain yang tersedia, mewakilkan

kepada mana-mana orang atau badan orang yang berubah-ubah, semua atau sebarang kuasa

dan budi bicara yang diletak hak kepada Bank di bawah Surat Tawaran dan Terma-Terma dan

Syarat-Syarat Utama ini berkenaan dengan Cagaran dan/atau Kolateral atau mana-mana

bahagian daripadanya dan sebarang perwakilan tersebut (termasuk sub-perwakilan) boleh

berdasarkan sebarang terma dan syarat yang dianggap wajar oleh Bank dan Bank tidak akan

bertanggungjawab dalam apa jua keadaan atas sebarang kerugian atau kerosakan yang

ditanggung oleh Peminjam berbangkit daripada sebarang tindakan, keingkaran, peninggalan,

salah laku atau kecuaian daripada perwakilan atau sub-perwakilan tersebut.

33. SURAT KUASA WAKIL

Peminjam sebagai jaminan dengan ini melantik Bank dan setiap wakil atau sub-wakilnya (jika

ada) yang ditetapkan oleh Bank sebagai Wakil Peminjam dalam nama Peminjam atau

sebaliknya bagi pihaknya dengan kuasa penggantian yang penuh untuk melaksanakan dan

melakukan semua instrument, dokumen, jaminan, tindakan dan perkara yang mungkin

dikehendaki atau dianggap wajar oleh Bank berhubung dengan pelaksanaan hak dan

remedinya atau yang seharusnya dibuat oleh Peminjam di bawah peruntukan Surat Tawaran

dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini untuk menyempurnakan dan menyiapkan

sebarang pemindahan atau dokumen yang diperlukan oleh Bank untuk menyempurnakan

hakmiliknya atau untuk meletak hak Cagaran dan/atau sebarang Kolateral kepada atau dalam

nama Bank atau penamanya dan/atau untuk mendapatkan kembali dan/atau menerima

daripada mana-mana pihak yang terlibat, semua jumlah yang kena dibayar kepada Peminjam

terhadap Cagaran dan/atau sebarang Kolateral dan/atau untuk menguatkuasakan sebarang hak

berkenaan dengannya dan untuk memberi resit sah dan/atau untuk memulakan sebarang

prosiding dengan kos dan perbelanjaan ditanggung oleh Peminjam, sama ada melalui

tindakan, distres atau sebaliknya sebagaimana dianggap sesuai dan wajar oleh Bank mengikut

budi bicara mutlaknya dan/atau untuk menguatkuasakan sebarang hak yang disebut sebelum

Page 28: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf

ini dan atau untuk menjual, memindahkan atau sebaliknya berurusan dengan semua atau

sebarang Kolateral sama ada melalui lelongan awam atau penjualan persendirian atau

sebaliknya dengan atau tanpa iklan dan untuk sebarang balasan atau nilai atau berdasarkan

sebarang terma yang dianggap wajar oleh Wakil menurut budi bicara mutlaknya dan bagi

tujuan ini untuk memasuki dan menandatangani sebarang kontrak, pemindahan, suratikatan

dan dokumen lain dan melakukan semua tindakan lain yang mungkin perlu bagi penjualan

tersebut dan Peminjam dengan ini meratifikasi dan mengesahkan semua tindakan dan

perbuatan Wakil atau Wakil-wakil yang dilaksanakan secara sah olehnya/oleh mereka di

bawah Surat Kuasa Wakil ini. Surat Kuasa Wakil yang dengan ini diberikan yang diberikan

untuk balasan bernilai, adalah tak boleh batal sehingga Jumlah Belum Dijelaskan dibayar

dengan sepenuhnya kepada Bank.

34. PIHAK CAGARAN DAN PEMINJAM ADALAH PIHAK BERLAINAN

(a) Jika Pihak Cagaran dan Peminjam adalah pihak yang berlainan, Pihak Cagaran

dengan tak bersyarat dan tanpa boleh batal secara bersama dan berasingan menjamin

pembayaran kepada Bank terhadap liabiliti Peminjam kepada Bank di bawah

Kemudahan sama ada dalam Ringgit Malaysia atau mana-mana mata wang lain, yang

adalah kena dibayar atau terakru kepada Bank sama ada liabiliti tersebut adalah atau

mungkin adalah bersama atau berasingan atau utama atau sampingan atau kontingen.

Jika sebarang pembayaran adalah tertakluk kepada apa-apa cukai atau jika Pihak

Cagaran dikehendaki membuat potongan atau penahanan, Pihak Cagaran hendaklah

membayar cukai tersebut, hendaklah memastikan pembayaran, potongan atau

penahanan tersebut tidak melebihi liabiliti undang-undang minimum untuknya dan

hendaklah dengan serentak membayar kepada Bank sebarang jumlah tambahan yang

diperlukan untuk membolehkan Bank menerima, setelah semua pembayaran,

potongan dan penahanan tersebut, jumlah bersih yang bersamaan dengan jumlah

penuh yang perlu dibayar di bawah Surat Tawaran ini dan Terma-Terma dan Syarat-

Syarat Utama ini.

(b) Jika terdapat dua (2) atau lebih daripada dua orang yang dirangkum atau termasuk di

dalam ungkapan "Pihak Cagaran" semua persetujuan, waad, obligasi, penetapan dan

akujanji yang dinyatakan sebagai dibuat oleh dan bagi Pihak Cagaran hendaklah

dianggap sebagai dibuat oleh atau mengikat orang-orang tersebut secara bersama dan

berasingan.

(c) Pihak Cagaran bersetuju secara bersama dan berasingan dengan Peminjam untuk

membayar atau membayar balik kpeada Bank duti setem (termasuk ‘upstamping’)

dan kos, caj dan perbelanjaan Bank untuk menguatkuasakan semua hak Bank di

dalam ini termasuk, tanpa had, kos dan perbelanjaan undang-undang atas dasar

tanggung rugi penuh.

35. HAK UNTUK MENYUMBERLUARKAN PUNGUTAN HUTANG

Jika sebarang wang yang perlu dibayar di bawah Kemudahan perlu didapatkan kembali

daripada Peminjam, Bank berhak, selepas memberikan tujuh (7) hari kalendar notis terdahulu

kepada Peminjam, hak untuk menyumberluarkan pungutan hutang kepada agensi luar yang

dipilih oleh Bank menurut budi bicara tunggalnya dan Peminjam bertanggungjawab bagi fi

pungutan hutang, fi penilaian, fi jurulelong, fi profesional lain dan caj dan kos lain yang

ditanggung untuk mendapatkannya kembali dan/atau untuk menguatkuasakannya. Bank akan

memaklumkan Peminjam tentang kesan terhadap hak-hak dan obligasi Peminjam selepas

pelantikan tersebut atau jika hutang itu telah dijual kepada pihak ketiga. Di bawah keadaan

yang khusus di mana Peminjam tidak boleh dihubungi, Bank adalah dianggap telah

Page 29: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf

memenuhi kewajipan itu jika notis tersebut telah dihantar ke alamat terakhir Peminjam yang

diketahui sekurang-kurangnya tujuh (7) hari kalendar terlebih dahulu. Bank akan

menyediakan kepada Peminjam nama dan butiran kenalan yang telah dilantik sebagai ejen

pihak ketiga atau pihak ketiga yang mana Bank telah salurkan untuk pungutan semula

semuanya dan sebarang jumlah yang terhutang oleh Peminjam kepada Bank.

36. KEBOLEHASINGAN

Sebarang terma, syarat, penetapan, peruntukan waad atau akujanji dalam Surat Tawaran atau

Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini yang menyalahi undang-undang, dilarang, atau

tidak boleh dikuat kuasa tidak membawa kesan setakat kepenyalahan undang-undang,

keterbatalan, larangan atau ketidakbolehkuatkuasaan sahaja tanpa membatalkan peruntukan

lain.

37. FASAL PRIVASI

(a) Peminjam mengesahkan bahawa Peminjam telah membaca, memahami dan bersetuju

untuk terikat dengan Notis Privasi Kumpulan CIMB (yang boleh didapati di

www.cimbbank.com.my atau www.cimbislamic.com) dan fasal-fasal di dalam ini,

yang berkaitan dengan pemprosesan maklumat peribadi Peminjam. Bagi

mengelakkan keraguan, Peminjam bersetuju bahawa Notis Privasi tersebut hendaklah

disifatkan sebagai digabungkan ke dalamTerma-terma dan Syarat-syarat Utama ini

secara rujukan.

(b) Sekiranya Peminjam memberikan maklumat peribadi dan kewangan yang berkaitan

dengan pihak ketiga, termasuk maklumat yang berkaitan dengan waris dekat dan

tanggungan Peminjam bagi tujuan membuka atau mengendalikan akaun/kemudahan

Peminjam dengan Bank atau sebaliknya melanggan produk dan perkhidmatan Bank,

Peminjam (a) mengesahkan bahawa Peminjam telah mendapatkan persetujuan

mereka atau sebaliknya berhak untuk memberikan maklumat ini kepada Bank dan

untuk Bank menggunakannya mengikut Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini;

(b) bersetuju untuk memastikan bahawa maklumat peribadi dan kewangan pihak

ketiga tersebut adalah tepat; (c) bersetuju untuk memberi laporan kemas kini kepada

Bank secara bertulis sekiranya ada apa-apa perubahan yang material kepada

maklumat peribadi dan kewangan tersebut; dan (d) bersetuju akan hak Bank untuk

menamatkan Perjanjian dan Kemudahan ini, sekiranya persetujuan ditarik balik oleh

mana-mana pihak ketiga tersebut.

(c) Jika Peminjam mengarahkan Bank untuk melaksanakan sebarang bentuk transaksi

rentas sempadan (termasuk untuk membuat atau menerima pembayaran), butiran

yang berkenaan dengan transaksi rentas sempadan tersebut (termasuk maklumat yang

berkaitan dengan pihak yang terlibat di dalam transaksi tersebut) boleh diterima dari

atau dihantar ke luar negara, di mana ia mungkin boleh diakses (sama ada secara

langsung atau tidak langsung) oleh pengawal selia dan pihak berkuasa luar negara

berkaitan dengan kewajipan mereka yang sah (contohnya, pencegahan jenayah).

Dalam mengarahkan Bank dan/atau ejen-ejen Bank untuk memasuki apa-apa

transaksi rentas sempadan bagi pihak Peminjam, Peminjam bersetuju akan

pendedahan tersebut di atas bagi pihak Peminjam dan orang lain yang terlibat dalam

transaksi rentas sempadan tersebut.

(d) Bank mungkin pada sebarang masa dan dari semasa ke semasa sekarang dan/atau di

masa hadapan melakukan pemeriksaan rujukan yang perlu termasuk tetapi tidak

terhad kepada laporan kredit/rujukan pemeriksaan dengan agensi pelaporan / agensi

Page 30: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf

rujukan termasuk tetapi tidak terhad kepada CCRIS, Perkhidmatan Maklumat

Kewangan (FIS) dan/atau sebarang agensi-agensi lain dan/atau dari sebarang institusi

kewangan bagi membolehkan Bank untuk menentukan status Peminjam sebagaimana

yang dikehendaki untuk membantu membuat keputusan, contohnya apabila Bank

perlu (a) menyemak butiran mengenai permohonan untuk kredit dan berkaitan dengan

kredit atau kemudahan lain; (b) menguruskan akaun atau kemudahan kredit dan

berkaitan dengan kredit, termasuk menjalankan semakan terhadap portfolio

Peminjam; mendapatkan semula hutang dan/atau sebarang tujuan berkait dengan atau

berhubung dengan Kemudahan ini. Peminjam akan dihubungkan oleh agensi

pelaporan/rujukan kredit kepada mana-mana nama lain yang digunakan atau pernah

digunakan oleh Peminjam, dan mana-mana pemohon bersama dan berasingan. Bank

juga boleh berkongsi maklumat tentang Peminjam dan bagaimana Peminjam

menguruskan akaun/kemudahan Peminjam dengan agensi-agensi laporan/rujukan

kredit yang berkenaan.

(e) Meskipun selepas Peminjam memberi sebarang maklumat kepada Bank, Peminjam

masih mempunyai pilihan untuk menarik balik kebenaran yang diberikan sebelum ini.

Dalam keadaan itu, Bank mempunyai hak untuk tidak memberi atau memberhentikan

penyediaan mana-mana produk, perkhidmatan, akaun dan/atau kemudahan yang

berhubung dengan maklumat tersebut.

(f) Bank merizab hak untuk meminda fasal ini dari semasa ke semasa mengikut budi

bicara mutlak Bank dan akan memberi dua puluh satu (21) hari kalendar notis

terdahulu secara bertulis kepada Peminjam dan meletakkan pindaan tersebut di dalam

laman web Bank dan/atau meletak notis di ruang perbankan atau di lokasi yang

mudah dilihat di cawangan-cawangan Bank.

(g) Untuk tujuan Fasal ini, Kumpulan CIMB terdiri daripada CIMB Group Holdings

Berhad dan semua syarikat yang berkaitan dengannya sebagaimana yang ditakrifkan

di dalam Seksyen 6, Akta Syarikat 1965 dan syarikat-syarikat dikawal bersama yang

menyediakan perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan terkawal lain, yang tidak

termasuk syarikat, cawangan, pejabat dan bentuk kehadiran lain yang beroperasi di

luar Malaysia, dan penggunaan perkataan "Bank" hendaklah dibaca sebagai merujuk

kepada Kumpulan CIMB.

(h) Peminjam selanjutnya bersetuju bahawa Bank tidak akan pada mana-mana peristiwa

untuk bertanggungjawab keatas mana-mana tuntutan, kerugian, kerosakan (kewangan

atau sebaliknya), kecederaan, rasa malu atau liabiliti walau secara mana pun ia

terjadi, sama ada di dalam perjanjian, tort, kecuaian, liabiliti keras atau sebarang asas

(termasuk secara langsung atau bukan secara langsung, istimewa, bersampingan,

berbangkit atau ganti rugi punitiva atau kerugian atas keuntungan atau simpanan),

daripada sebarang ketidaktepatan atau kerugian, penghapusan atau pengubahsuaian

maklumat atau sebarang alasan-alasan lain apa jua yang berkaitan kepada mana-mana

informasi yang dikemukakan oleh Bank kepada laporan kredit/agensi rujukan

tersebut dan/atau pihak lain yang tersebut, sebagaimana kes itu mungkin akan, atau

berhubung dengan mana-mana akses atau guna, atau ketidakupayaan untuk akses atau

guna oleh laporan kredit/agensi rujukan tersebut dan/atau pihak lain yang tersebut

atau sekutu pada informasi yang terkandung di dalamnya, sama ada disebabkan oleh

sebarang teknikal, perkakasan, atau kegagalan perisian yang sebagainya, gangguan,

kesilapan, peninggalan, penundaan, virus atau bagaimana jua pun selainnya,

melainkan punca yang sama adalah disebabkan oleh kecuaian melampau secara

langsung oleh Bank atau kesilapan yang sengaja.

Page 31: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf

(i) Fasal ini adalah tanpa prejudis kepada sebarang fasal lain di dalam Perjanjian ini yang

membuat peruntukan bagi pendedahan maklumat.

38. KEKURANGAN HASIL JUALAN

Jika jumlah yang direalisasi terhadap penjualan Kolateral atau mana-mana bahagian

daripadanya atau sebaliknya selaras dengan peruntukan Fasal 10 tidak mencukupi untuk

menjelaskan jumlah yang terhutang kepada Bank berhubung dengan Jumlah Belum

Dijelaskan dan/atau selaras dengan Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama

ini dan sama ada pada penjualan tersebut Bank adalah pembeli Kolateral atau tidak, Peminjam

hendaklah selepas tujuh (7) hari kalendar notis terdahulu, membayar kepada Bank perbezaan

antara jumlah yang kena dibayar dan jumlah yang direalisasi dan sehingga pembayaran dibuat

akan turut membayar kepada Bank sebarang jumlah yang akan memberi pampasan kepada

Bank atas sebarang kerugian atau perbelanjaan yang mungkin dialami atau ditanggung oleh

Bank termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang faedah yang perlu dibayar oleh Bank

untuk menanggung atau mengekalkan jumlah perbezaan yang disebut sebelum ini antara

jumlah yang kena dibayar dan jumlah yang direalisasi, dengan syarat tiada apa-apa yang

terkandung di dalam ini akan ditafsirkan sebagai mengenakan sebarang kewajipan (sama ada

di sisi undang-undang atau ekuiti) ke atas Bank untuk melaksanakan semua remedinya untuk

menjual Kolateral sebelum melaksanakan sebarang tindakan berasingan atau sebelum

menguatkuasakan sebarang remedi lain atau melaksanakan sebarang hak lain terhadap

Peminjam dan Peminjam dengan ini secara tak boleh batal dan tak bersyarat bersetuju dan

membenarkan Bank memulakan prosiding berasingan, menguatkuasakan remedi lain dan

melaksanakan sebarang hak lain di pihak Bank terhadap Peminjam dengan serentak atau

tanpa melaksanakan semua haknya untuk menjual atau meneruskan tindakan terhadap

Kolateral.

39. TANGGUNG RUGI MATA WANG

Jika atas sebarang sebab, sebarang pembayaran di bawah atau berhubung dengan Surat

Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat ini dan/atau sebarang Dokumen Cagaran dibuat atau

diterima atau didapatkan kembali oleh Bank dalam mata wang ("mata wang lain") selain

daripada Ringgit Malaysia maka, setakat mana pembayaran (apabila ditukar pada kadar

pertukaran pada tarikh pembayaran atau seberapa cepat yang mungkin selepas itu) adalah

kurang daripada jumlah yang terhutang di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-

syarat ini dan/atau Dokumen Cagaran, Peminjam hendaklah sebagai kewajipan yang

berasingan dan bebas, menanggung rugi Bank dengan sepenuhnya terhadap jumlah

kekurangan; dan bagi tujuan Klausa ini, ungkapan "kadar pertukaran" bermaksud kadar di

mana Bank boleh pada tarikh relevan selaras dengan amalan biasanya membeli Ringgit

Malaysia dengan mata wang lain. Bank tidak perlu memberikan bukti tentang sebarang

kerugian sebenar di pihak Bank.

Page 32: Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf

40. PENTAFSIRAN

Kecuali konteks menghendaki sebaliknya, perkataan yang ditulis dengan huruf besar yang

digunakan di dalam ini yang tidak ditafsirkan akan membawa maksud yang sama seperti yang

ditakrifkan di dalam Surat Tawaran. Jika terdapat sebarang perkara yang tidak konsisten,

konflik, kesamaran atau percanggahan antara teks Bahasa Inggeris atau sebarang versi lain

bagi terma-terma dan syarat-syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain.

Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, sekiranya anda meminta versi terma-terma dan

syarat-syarat di dalam ini dalam Bahasa Malaysia, Bank hendaklah menyediakannya kepada

Peminjam dan jika perjanjian dimasuki atas dasar ini, maka versi terma-terma dan syarat-

syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengatasi yang lain.

************************************

(Bahagian seterusnya dalam muka surat ini sengaja dibiarkan kosong)