awangan integriti, i u peja at septem er … cawangan...3 majlis perpisahan pegawai cawangan...

9
1 CAWANGAN INTEGRITI, IBU PEJABAT SEPTEMBER 2016 MESYUARAT JAWATNKUASA INTEGRITI DAN TADBIR URUS PERINGKAT JABATAN BIL 2/2016 Putrajaya, 5 September 2016: Satu mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) peringkat Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah diadakan pada 5 September 2016 yang lepas. Mesyuarat yang dianjurkan oleh Unit Tadbir Urus Cawangan Integriti yang juga merupakan Urusetia JITU Jabatan telah diadakan di Dewan Persidangan Sri Rampai, Ibu Pejabat Putrajaya. Mesyuarat pada kali ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Dato’ Subromaniam A/L Tholasy. Mesyuarat juga turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman dan GST), Dato’ Zulkifli Bin Yahya, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan) yang baru, Tuan Hasnol Zam Zam Bin Ahmad, Pengarah -Pengarah Bahagian, wakil AKRAB dan juga pegawai agama Jabatan.

Upload: lamtuyen

Post on 30-May-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: AWANGAN INTEGRITI, I U PEJA AT SEPTEM ER … Cawangan...3 Majlis perpisahan pegawai cawangan integriti Putrajaya, 14 September 2016 : Pada pertengahan September yang lalu, satu majlis

1

CAWANGAN INTEGRITI, IBU PEJABAT SEPTEMBER 2016

MESYUARAT JAWATNKUASA INTEGRITI DAN TADBIR URUS PERINGKAT JABATAN BIL 2/2016

Putrajaya, 5 September 2016:

Satu mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU)

peringkat Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah diadakan pada 5

September 2016 yang lepas. Mesyuarat yang dianjurkan oleh Unit

Tadbir Urus Cawangan Integriti yang juga merupakan Urusetia

JITU Jabatan telah diadakan di Dewan Persidangan Sri Rampai,

Ibu Pejabat Putrajaya.

Mesyuarat pada kali ini telah dipengerusikan oleh Timbalan

Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Dato’

Subromaniam A/L Tholasy. Mesyuarat juga turut dihadiri oleh

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman dan GST), Dato’

Zulkifli Bin Yahya,

Timbalan Ketua Pengarah

Kastam (Pengurusan) yang

baru, Tuan Hasnol Zam

Zam Bin Ahmad, Pengarah

-Pengarah Bahagian, wakil

AKRAB dan juga pegawai

agama Jabatan.

Page 2: AWANGAN INTEGRITI, I U PEJA AT SEPTEM ER … Cawangan...3 Majlis perpisahan pegawai cawangan integriti Putrajaya, 14 September 2016 : Pada pertengahan September yang lalu, satu majlis

2

Mesyuarat pada kali

ini membincangkan isu-isu

yang tidak dapat

diselesaikan yang berlaku

di peringkat bahagian dan

juga negeri di seluruh

Malaysia dan keputusan

yang dibuat samada semasa

mesyuarat sedang

berlangsung ataupun

diputuskan untuk

diserahkan kepada

peringkat lebih tinggi iaitu

Kementerian Kewangan

untuk penyelesaian lebih

lanjut. Disamping itu juga,

Mesyuarat JITU

dijadualkan untuk

dilaksanakan sebanyak 3

kali setahun.

Timbalan –Timbalan Ketua Pengarah Kastam dan Pengarah -

Pengarah Kastam Bahagian berbincang mengenai isu yang

diusulkan di dalam Mesyuarat JITU Bil 2/2016

Page 3: AWANGAN INTEGRITI, I U PEJA AT SEPTEM ER … Cawangan...3 Majlis perpisahan pegawai cawangan integriti Putrajaya, 14 September 2016 : Pada pertengahan September yang lalu, satu majlis

3

Majlis perpisahan pegawai

cawangan integriti

Putrajaya, 14 September 2016 :

Pada pertengahan September yang lalu, satu

majlis perpisahan ringkas telah diadakan di

pejabat Cawangan Integriti , Ibu Pejabat. Majlis

yang diadakan adalah bersempena dengan

kenaikan pangkat ke gred WK52 dan perpindahan

bagi 3 orang pegawai kanan Cawangan Integriti.

Antara pegawai yang telah mendapat

kenaikan pangkat ke gred WK52 adalah Penolong

Kanan Pengarah Kastam II (PKPK II), Tuan Mohd

Halim Bin Mohd Yusof dan juga Tuan Abdul Jalil

Bin Rejab. Tuan Halim akan berpindah ke Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) manakala

Tuan Jalil pula masih kekal di Cawangan Integriti

dengan jawatan yang baru. Seorang lagi pegawai

kanan yang akan berpindah adalah Penolong

Kanan Pengarah Kastam I (PKPK I), Tuan Shahili

Bin Ahmed yang akan berpindah ke negeri Perak

Darul Ridzuan pada hujung bulan Oktober ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan

perpisahan daripada ketiga-tiga pegawai dan

diteruskan dengan penyampaian hadiah

cenderahati yang telah disempurnakan oleh

Timbalan Pengarah Cawangan Integriti, Tn. Razim

Bin Mohd Noor.

Kepada Tn. Shahili, Tn. Halim dan Tn. Jalil,

selamat bertugas di tempat baru dan selamat

maju jaya kami ucapkan.

Tn. Mohd Halim Bin Mohd Yusof (kiri) menerima

cenderahati perpisahan daripada Timbalan

pengarah Caw. Integriti, Tn Razim Bin Mohd Noor.

Tn. Shahili Bin Ahmed menerima hadiah (gambar

atas) menerima hadiah perpisahan dan gambar

ketiga-tiga pegawai yang diraikan (gambar bawah).

Page 4: AWANGAN INTEGRITI, I U PEJA AT SEPTEM ER … Cawangan...3 Majlis perpisahan pegawai cawangan integriti Putrajaya, 14 September 2016 : Pada pertengahan September yang lalu, satu majlis

4

SIMPOSIUM HISBAH NEGARA 2016

Simposium Hisbah Negara telah berlangsung pada 18 Ogos 2016 bertempat di Dewan Semarak Jati, Ibu Pejabat Putrajaya. Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Cawangan Integriti dan BAKISKA Putrajaya. Simposium pada kali ini menampilkan 3 panel jemputan terdiri daripada Prof. Madya Dr. Sharifah Haayati Binti Syed Ismail, Uztaz Wan Jaapar Bin Wan Ahmad dan juga Ustaz Najmuddin Bin Abdul Karim

Page 5: AWANGAN INTEGRITI, I U PEJA AT SEPTEM ER … Cawangan...3 Majlis perpisahan pegawai cawangan integriti Putrajaya, 14 September 2016 : Pada pertengahan September yang lalu, satu majlis

5

Suva, 30 Julai 2016 :

Pada bulan Julai yang lepas, Timbalan

Pengarah Cawangan Integriti, Tuan

Razim Bin Mohd Noor telah

mengiringi Ketua Pengarah Kastam

Malaysia, Dato’ Seri Khazali Bin Hj.

Ahmad ke kunjungan rasmi ke Fiji.

Kunjungan tersebut merupakan

jemputan daripada Fiji Revenue and

Customs Authority dan World

Customs Organization (WCO) kepada

Dato’ Seri Khazali dalam merasmikan

“Sub-Regional Workshop on Integrity

for The Pacific”.

Turut hadir pada ketika itu ialah

Secretary General of World Customs

Organization (WCO), Mr. Kunio

Mikuriya dan juga CEO Fiji Revenue

and Customs Authority, Mr. Visvanath

Das.

Sepanjang kunjungan selama 4

hari dari 27 sehingga 30 Julai 2016,

terdapat beberapa program yang dijalankan dan salah satunya ialah

program pembukaan pejabat baru WCO Asia/Pacific Regional juga telah

di lancarkan di Suva, Fiji.

Page 6: AWANGAN INTEGRITI, I U PEJA AT SEPTEM ER … Cawangan...3 Majlis perpisahan pegawai cawangan integriti Putrajaya, 14 September 2016 : Pada pertengahan September yang lalu, satu majlis

6

AUDIT DALAMAN EKSA CAWANGAN INTEGRITI

Putrajaya, 19 Ogos 2016:

Satu audit dalaman EKSA telah dijalankan oleh Urusetia EKSA Jabatan di Cawangan

Integriti. Audit yang telah dijalankan untuk kali ke-3 ini adalah untuk memastikan susun

atur barang di pejabat mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh EKSA Jabatan

sebelum audit penuh yang akan dilaksanakan oleh pihak MAMPU. Audit telah dilakukan

di beberapa kawasan di sekitar pejabat seperti sudut kitar semula, bilik pegawai dan

ruang kerja pejabat.

Page 7: AWANGAN INTEGRITI, I U PEJA AT SEPTEM ER … Cawangan...3 Majlis perpisahan pegawai cawangan integriti Putrajaya, 14 September 2016 : Pada pertengahan September yang lalu, satu majlis

7

SEKITAR SAMBUTAN

HARI RAYA AIDILFITRI

2016/1437H CAWANGAN

INTEGRITI

Page 8: AWANGAN INTEGRITI, I U PEJA AT SEPTEM ER … Cawangan...3 Majlis perpisahan pegawai cawangan integriti Putrajaya, 14 September 2016 : Pada pertengahan September yang lalu, satu majlis

8

Melaksanakan atau bekerjasama

dengan unit-unit pematuhan khusus

seperti Bahagian Audit Dalaman,

Penguatkuasaan, Jika ada, dalam hal-

hal yang berkaitan dengan

pelanggaran tatakelakuan dan

ketidakpatuhan prosedur kerja

Melaksanakan kajian hasil dapatan

pematuhan berkaitan keberkesanan

pelaksanaan dan ketidakpatuhan

terhadap dasar, undang-undang dan

peraturan bagi tindakan susulan.

Bagi memastikan pematuhan

terhadap dasar, undang-undang, kod

etika dan peraturan yang berkaitan

telah ditetapkan berdasarkan

Akujanji Piagam Pelanggan; (cth:

Pemeriksaan Wang Saku, urine test,

Kertas Siasatan, ABT dsb.)

Mengadakan pemeriksaan berjadual

dan mengejut serta naziran terhadap

pelaksanaan tugas dan

tanggungjawab yang telah ditetapkan

di Bahagian/Cawangan/unit yang

telah dikenalpasti

Dari kiri, Ketua Unit

Pemeriksaan & Pematuhan

Cawangan Integriti, Pn.

Shamsiah Binti Abdul Samad,

Penolong Kanan Pengarah

Kastam II. Dibantu oleh 2

orang Penolong Pengarah

Kastam iaitu Tn. Kawi Anak

Nyomui dan Pn. Azlizan Binti

Mohd Mustama

Page 9: AWANGAN INTEGRITI, I U PEJA AT SEPTEM ER … Cawangan...3 Majlis perpisahan pegawai cawangan integriti Putrajaya, 14 September 2016 : Pada pertengahan September yang lalu, satu majlis

9

STATISTIK ADUAN

AWAM 2016

SEHINGGA SEPTEMBER 2016

SALURAN BILANGAN

SISTEM E-ADUAN 1205

EMEL 231

HADIR 0

SURAT/MEMO 44

TELEFON 1

SAMPUL KECIL 2

BORANG MAKLUMBALAS/ADUAN 0

JUMLAH 1493

KATEGORI BILANGAN

ADUAN AWAM 1225

PERTANYAAN 24

MAKLUMAT 244

JUMLAH 1493

BAHAGIAN BILANGAN

UNIT ADUAN HQ 186

UNIT ADUAN NEGERI 322

GST 941

PENGUATKUASAAN 44

JUMLAH 1493

BILANGAN MENGIKUT SALURAN YANG

DITERIMA

BILANGAN MENGIKUT KATEGORI

BILANGAN MENGIKUT BAHAGIAN

STATISTIK

TATATERTIB

SEHINGGA SEPTEMBER 2016

KESALAHAN / HUKUMAN BIL.

Jenis Kesalahan: Tidak hadir bertugas 31

Rasuah / Salahguna kuasa 20

Penyalahgunaan Dadah 4

Kegiatan politik 0

Tidak Mengikut Prosedur Kastam 8

Tatakelakuan 14

Jumlah kes 77

Keputusan Lembaga Tatatertib:

Bersalah 49

Bebas 28

Tahan Kerja / Gantung Kerja 0

Tangguh / Pinda Pertuduhan

(DNAA) 0

Hukuman:

Amaran 12

Denda 6

Lucut Hak Emolumen 2

Tangguh Pergerakan Gaji 8

Turun Gaji 8

Turun Pangkat 1

Buang Kerja 19

Kes Kehilangan :

Surcaj 1