huraikan sistem ekonomi feudalisme di jerman dan perancis pada abad ke 16

4
HURAIKAN SISTEM EKONOMI FEUDALISME DI JERMAN DAN PERANCIS PADA ABAD KE-16 HINGGA ABAD KE-18 Pada abad ke-16,Perancis juga mengamalkan sistem ekonomi feudalisme yang hampir sama dengan Jerman.Jerman dan Perancis mula mengorak langkah dalam bidang ekonomi.Sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan oleh Jerman dan Perancis dapat dilihat dalam 3 bidang iaitu pertanian,perindustrian dan perbankan.Antara kegiatan ekonomi feudalisme di Perancis ialah kegiatan pertanian.Pada abad ke-16 Perancis juga masih bergantung pada bidang pertanian yang diusahakan oleh masyarakat yang tinggal di desa.Petani juga akan tinggal bersama di tanah milik tuan tanah. Antara aktiviti petani kepada tuan tanah ialah mengusahakan tanah,membekalkan kayu api,membina jalan dan membayar cukai kepada tuan tanah.Kegiatan pertanian di Perancis juga menggunakan kaedah tanah lapang iaitu tanah-tanah yang dibahagi kepada 3 bahagian. atau pusingan penanaman.Pusingan pertama akan ditanam dengan tanaman bijirin seperti oat dan barli pada musim bunga,kemudian ditanam gandum pada musim luruh dan pusingan terakhir tersebut dibiarkan kosong.Ketika ini binatang ternakan juga seperti kuda dan lembu akan dilepaskan untuk meragut rumput yang tumbuh.Selain itu,petani bukan sahaja bertani tetapi melakukan pekerjaan menternak lembu daging dan lembu susu kemudian dijual di pasar-pasar. Seterusnya,bidang perindustrian.Pada abad ke-16 industri tekststil usahakan secara besar-besaran untuk pasaran dalam negeri dan dieksport.Kain dan teknik pengeluaran sutera dari China dibawa masuk oleh pedagang Arab ke Eropah dan ini membolehkan Perancis mengeluarkan sendiri kain seperti di

Upload: suraini-suip

Post on 13-Dec-2015

1.089 views

Category:

Documents


26 download

DESCRIPTION

huraian mengenai sistem ekonomi

TRANSCRIPT

Page 1: Huraikan Sistem Ekonomi Feudalisme Di Jerman Dan Perancis Pada Abad Ke 16

HURAIKAN SISTEM EKONOMI FEUDALISME DI JERMAN DAN PERANCIS PADA ABAD KE-16 HINGGA ABAD KE-18

Pada abad ke-16,Perancis juga mengamalkan sistem ekonomi feudalisme yang hampir sama dengan Jerman.Jerman dan Perancis mula mengorak langkah dalam bidang ekonomi.Sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan oleh Jerman dan Perancis dapat dilihat dalam 3 bidang iaitu pertanian,perindustrian dan perbankan.Antara kegiatan ekonomi feudalisme di Perancis ialah kegiatan pertanian.Pada abad ke-16 Perancis juga masih bergantung pada bidang pertanian yang diusahakan oleh masyarakat yang tinggal di desa.Petani juga akan tinggal bersama di tanah milik tuan tanah.

Antara aktiviti petani kepada tuan tanah ialah mengusahakan tanah,membekalkan kayu api,membina jalan dan membayar cukai kepada tuan tanah.Kegiatan pertanian di Perancis juga menggunakan kaedah tanah lapang iaitu tanah-tanah yang dibahagi kepada 3 bahagian. atau pusingan penanaman.Pusingan pertama akan ditanam dengan tanaman bijirin seperti oat dan barli pada musim bunga,kemudian ditanam gandum pada musim luruh dan pusingan terakhir tersebut dibiarkan kosong.Ketika ini binatang ternakan juga seperti kuda dan lembu akan dilepaskan untuk meragut rumput yang tumbuh.Selain itu,petani bukan sahaja bertani tetapi melakukan pekerjaan menternak lembu daging dan lembu susu kemudian dijual di pasar-pasar.

Seterusnya,bidang perindustrian.Pada abad ke-16 industri tekststil usahakan secara besar-besaran untuk pasaran dalam negeri dan dieksport.Kain dan teknik pengeluaran sutera dari China dibawa masuk oleh pedagang Arab ke Eropah dan ini membolehkan Perancis mengeluarkan sendiri kain seperti di Tuscany.Industri kain juga telah berkembang di desadan mereka berjaya mengeluarkan pakaian berasaskan kain bulu dan linen.Manakala masyarakat bandar pula menggunakan mesin untuk mewarnakan dan memutihkan kain sebelum dipasarkan.Perkembangan perdagang dan galakan daripada kerajaan telah mengukuhkan

Page 2: Huraikan Sistem Ekonomi Feudalisme Di Jerman Dan Perancis Pada Abad Ke 16

kedudukan golongan saudagar@borjois sehingga menyaingi kedudukan golongan aristokrat dalam bidang politik.

Selain itu ialah institusi kewangan.Perkembangan perdagangan juga adalah dorongan oleh perkembangan institusi kewangan di Perancis.Menjelang tahun 1500,pedagang tidak perlu membawa wang dengan banyak untuk urusan perdagangan.Penubuhan institusi kewangan banyak memudahkan urusan perdagangan dan kutipan cukai di Perancis.Sistem perbankan di Perancis berkembang pesat pada abad ke-18 dengan penubuhan institusi kewangan dan perbankan seperti Paris Bourse(1724),caisse escompte(1776) dan Loterie Royale(1873).

Manakala sekitar abad ke-16 di Jerman, bidang pertanian pula merupakan sumber utama ekonomi masyarakat Jerman.Sebagai contoh,petani masih bergantung kepada tuan tanah dan terikat dengan sistem perhambaan.Selain itu,kegiatan pertanian masih dijalankan menggunakan kaedah primitif iaitu masih menggubakan sistem tiga bidang.Peralatan yang digunakan seperti tenggala masih diperbuat daripada kayu.Tenaga binatang digunakan untuk membantu dalam aktiviti pertanian.Golongan petani merupakan golongan miskin yang tertindas.Mereka terbeban dengan cukai tanah dan tidak ada kebebasan melakukan kerja lain.Ini menyebabkan golongan petani memberontak dan bangkit menentang golongan bangsawan,dan mereka menuntut hak hak dan kebebasan mereka,contohnya,kehidupan yang bebas seperti memasuki hutan dan pergi berburu,pemansuhan amalan perhambaan,menuntut untuk mendapatkan semula tanah awam.Walau bagaimanapun,perkara tersebut mendapat perhatian daripada pemerintah Jerman.Pemerintahan Jerman mula melakuakan perubahan dan pembaharuan dalam bidang pertanian,antara pembaharuan dilakukan ialah pembinaan terusan Frederick,mengecualikan cukai selama 10 tahun,penghapusan serf,pembahagian tanah pertanian untuk menggalakkan pertanian.

Selain itu ialah perindustrian.Pada abad ke-16,industri tekstil diusahakan secara besar-besaran di Jerman.Perusahaan sutera juga berkembang pesat.Masyarakat desa turut terlibat dalam perusahaan menghasilakan pakaian berasaskan kain bulu dan kain linen.Muncul kilang-kilang tekstil pada abad ke-18 di Bohemia.Perdagangan tertumpu di bandar seperti Luberk,Hamburg dan Bremen.Venice muncul menjadi pelabuhan utama dan penting.Bandar-bandar baru turut muncul

Page 3: Huraikan Sistem Ekonomi Feudalisme Di Jerman Dan Perancis Pada Abad Ke 16

berikutan kepesatan perusahaan bijirin,pertukangan dan pemasaran lembu.Perkembangan industri semakin rancak ekoran wujudnya kerjasama antara kerajaan dengan pihak swasta.Sebagai contoh,pembinaan kilang senjata di Spandau,Berlin.Kepesatan ekonomi di Jerman membawa kepada pengukuhan kedudukan saudagar(borjois).Golongan saudagar ini kemudiannya menubuhkan pelbagai organisasi perniagaan baru sehingga menenggelamkan organisasi perniagaan tradisional seperti kesatuan saudagar.

Akhir sekali ialah dalam bidang perbankan,institusi kewangan seperti bank juga mula ditubuhkan.Bank-bank di Jerman banyak memberi bantuan kewangan atau modal kepada pedagang Jerman.Peruntukan modal ini membantu merancakkan urusan perdagangan termasuklah dengan Sepanyol dan Portugal.Barangan buatan kilang Jerman dipasarkan di Lisbon dan Sevile.Pada abad ke-18,bandar Frankfurt menjadi tumpuan penduduk ekoran kepesatan ekonomi perbankan dan perdagangan.

Kesimpulannya,perkembangan ekonomi feudalisme di Jerman dan Perancis begitu pesat dengan melakukan banyak perubahan dalam sektor pertanian,perindustrian dan perbankan.Hasil keluaran pertanian yang banyak membawa kepada berkembangnya industri dan perdagangan yang didominasikan oleh golongan saudagar.Ekonomi feudalisme di Jerman dan Perancis banyak didorong oleh peranan yang dimainkan oleh golongan

petani.