huraian standard pelajaran tajuk panjang

Upload: ina-rosyaida-yahya

Post on 16-Oct-2015

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

MTE 3111

TRANSCRIPT

HURAIAN STANDARD PELAJARAN TAJUK : PANJANGPANJANGKEMAHIRANCADANGAN AKTIVITI

TAHUN 4OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Mengukur panjang dengan menggunakan unit piawai

(i) Membaca ukuran panjang dengan menggunakan unit milimeter. (ii) Menulis ukuran panjang kepada skala per sepuluh yang hampir untuk: a) sentimeter b) meter. (iii) Mengukur dan merekod panjang sesuatu objek menggunakan unit: a) millimeter b) sentimeter dan milimeter c) meter dan sentimeter.

(iv) Menganggar panjang sesuatu objek dalam: a) millimeter b) meter dan milimeter c) sentimeter dan millimeter.

Memahami hubungan antara unit dalam ukuran panjang.

(i) Menyatakan hubungan antara unit sentimeter dan millimeter.

(ii) Menukarkan unit ukuran panjang daripada: a) milimeter kepada sentimeter dan sebaliknya b) sebarang unit kepada satu unit.

Menambah dan menolak ukuran panjang.

i) Menambah unit ukuran panjang yang melibatkan penukaran unit dalam: a) millimeter b) meter dan sentimeter c) sentimeter dan millimeter.

ii) Menolak unit ukuran panjang yang melibatkan penukaran unit dalam: a) millimeter b) meter dan sentimeter c) sentimeter dan millimeter.

Mendarab dan membahagi ukuran panjang.

(i) Mendarab unit ukuran panjang yang melibatkan penukaran unit dengan: a) nombor satu digit b) 10, 100 dan 1000.

(ii) Membahagi unit ukuran panjang yang melibatkan penukaran unit dengan: a) nombor satu digit b) 10, 100 dan 1000.

(iii) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi asas dalam ukuran panjang.

Replika pembaris

Mencari jarak sebenar dalam cm dan m menggunakan skala.

Mengukur panjang objek maujud dan merekod ukuran dalam unit mm

Replika pembaris dan jalur kertas.

Algoritma

Rumah Silva adalah 572 meter dari rumah Imran. Silva telah berjalan 400.6 meter ke rumah Imran.Berapakah jarak yang tinggal untuk sampai ke rumah Imran?

TAHUN 5OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Mengukur dan membanding jarak

(i) Menerangkan perbandingan jarak dalam 1 kilometer.

(ii) Mengukur menggunakan skala untuk jarak di antara tempat.

Memahami hubungan antara unit dalam ukuran panjang.

(i) Hubungkait antara meter dan kilometer.

(ii) Menukar meter kepada kilometer dan sebaliknya.

Tambah, tolak, darab dan bahagi melibatkan unit ukuran panjang.

(i) Menambah dan menolak unit ukuran panjang yang melibatkan penukaran unit dalam a) kilometer b) kilometer dan meter.

(ii) Mendarab dan membahagi unit ukuran panjang dalam kilometer melibatkan pertukaran unita) satu digit b) 10, 100, 1 000.

(ii) Menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi asas dalam ukuran panjang.

Menggunakan replika jarak 1 kilometer

Mencari jarak sebenar dalam kilometer dengan mengukur menggunakan skala .

Menggunkan replika jarak 1 kilometer dengan jalur kertas.

Algoritma

Dalam sebuah pertandingan 10 km lari berganti ganti, setiap kumpulan mempunyai 4 peserta. Berapakah jarak yang perlu dilalui oleh setiap peserta unutk menamatkan larian tersebut?

TAHUN 6OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Guna dan aplikasikan hitungan pecahan kepada masalah yang melibatkan ukuran panjang.

(i) Mengira ukuran panjang dari situasi yang dinyatakan dalam pecahan.

(ii) Menyelesaikan masalah harian dalam konteks sebenar melibatkan pengiraan ukuran panjang.

3/ 5 daripada 40 .3 cm reben digunakan untuk mengikat hadiah. Berapakah baki panjang reben tersebut?

Sebuah gelanggang yang mempunyai ukuran 5 meter panjang dan 8 meter lebar . berapakah panjang dawai yang diperlukan untuk memagari kawasan gelanggang tersebut dalam meter?