huraian rancangan pengajaran harian informal

5
Huraian / Penerangan Berkaitan RPH Kepelbagaian Pelajar ( Pelajar Cemerlang) Adalah penting untuk menunjukkan perkaitan antara teori dengan penyediaan pelan pengajaran. Bagi setiap langkah dalam RPH, wajarlah ada rasional dan justifikasi kenapa sesuatu itu dilakukan. Teori-teori yang dipelajari dalam kursus lain khasnya psikologi, sosiologi, kurikulum , pemikiran kritis dan sebagainya WAJAR diintegrasikan bersama dalam penerangan. Contoh profil pelajar diambil kira semasa merancang aktiviti. Soalan taksiran pula dijadikan sebagai cara untuk melihat sama ada objektif pada hari itu berjaya atau tidak dan disemak sendiri oleh pelajar untuk maklumbalas segera. Profil Kelas Untuk rancangan pengajaran harian ini, ia melibatkan pelajar-pelajar yang pelbagai tingkatan untuk Persatuan Bahasa Melayu. Persatuan ini mempunyai 15 orang pelajar. Persatuan Bahasa Melayu ini adalah lebih baik sekiranya tidak mempunyai lebih daripada 15 orang pelajar kerana matapelajaran ini banyak melibatkan aktiviti yang hanya boleh dikendalikan oleh pelajar dalam bilangan yang kecil supaya senang diawasi oleh guru dan juga dinilai oleh guru prestasi mereka. Tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari itu ialah mengenai pidato. Sesi P&P ini dijalankan selama 120 minit dimana ia bermula pada jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Antara sebab mengapa waktu P&P ini dijalankan pada waktu petang keran sekolah ini mempunyai satu sesi persekolahan sahaja jadi waktu untuk kelas kokurikulum akan diadakan pada petangnya dan pada hari Rabu. Dalam tajuk ini sebenarnya pelajar telah didedahkan dan juga telah mempunyai sedikit pengalaman dalam berpidato, menyampaikan syarahan dan ucapan semasa di dalam kelas Bahasa Melayu Secara keseluruhannya guru ingin menumpukan pelajar dengan teknik-teknik penyampaian pidato yang baik.

Upload: zuzan-michael-japang

Post on 23-Jan-2018

3.636 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Huraian Rancangan Pengajaran Harian Informal

Huraian / Penerangan Berkaitan RPH Kepelbagaian Pelajar ( Pelajar Cemerlang)

Adalah penting untuk menunjukkan perkaitan antara teori dengan penyediaan pelan

pengajaran. Bagi setiap langkah dalam RPH, wajarlah ada rasional dan justifikasi kenapa

sesuatu itu dilakukan. Teori-teori yang dipelajari dalam kursus lain khasnya psikologi,

sosiologi, kurikulum , pemikiran kritis dan sebagainya WAJAR diintegrasikan bersama

dalam penerangan. Contoh profil pelajar diambil kira semasa merancang aktiviti. Soalan

taksiran pula dijadikan sebagai cara untuk melihat sama ada objektif pada hari itu berjaya

atau tidak dan disemak sendiri oleh pelajar untuk maklumbalas segera.

Profil Kelas

Untuk rancangan pengajaran harian ini, ia melibatkan pelajar-pelajar yang pelbagai

tingkatan untuk Persatuan Bahasa Melayu. Persatuan ini mempunyai 15 orang pelajar.

Persatuan Bahasa Melayu ini adalah lebih baik sekiranya tidak mempunyai lebih daripada

15 orang pelajar kerana matapelajaran ini banyak melibatkan aktiviti yang hanya boleh

dikendalikan oleh pelajar dalam bilangan yang kecil supaya senang diawasi oleh guru dan

juga dinilai oleh guru prestasi mereka.

Tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari itu ialah mengenai pidato. Sesi P&P

ini dijalankan selama 120 minit dimana ia bermula pada jam 2.30 petang hingga 4.30

petang. Antara sebab mengapa waktu P&P ini dijalankan pada waktu petang keran

sekolah ini mempunyai satu sesi persekolahan sahaja jadi waktu untuk kelas kokurikulum

akan diadakan pada petangnya dan pada hari Rabu. Dalam tajuk ini sebenarnya pelajar

telah didedahkan dan juga telah mempunyai sedikit pengalaman dalam berpidato,

menyampaikan syarahan dan ucapan semasa di dalam kelas Bahasa Melayu

Secara keseluruhannya guru ingin menumpukan pelajar dengan teknik-teknik

penyampaian pidato yang baik.

Page 2: Huraian Rancangan Pengajaran Harian Informal

Hasil Pembelajaran

Hasil pembelajaran yang saya ingin pelajar peroleh adalalah dua hasil iaitu yang pertama

ialah:

Sebelum tamat pengajaran dan pembelajaran, dalam masa 5 minit (C), pelajar Persatuan Bahasa Melayu (A) dapat menyampaikan ( B-aras) pidato dengan teknik dan cara yang betul (D)

Menyampaikan diletakkan pada aras ketiga Taksonomi Bloom iaitu aras aplikasi. Guru

mentargetkan kesemua pelajar dalam Persatuan Bhasa Melayu ini dapat menyampaikan

pidato mereka dengan baik setelah teknik-teknik dan cara-cara pidato yang betul

dterangkan kepada mereka.

Turutan Aktiviti

Untuk RPH ini, saya menggunakan model Hunter’s Lesson Cycle Design kerana model

ini banyak membantu pelajar untuk mengukuhkan tahap kemahiran mereka dalam pidato

tersebut dengan adanya permodelan, guru menyemak kefahaman murid, guru memantau

dan mengubahsuai sekiranya ada perkara yang perlu dibetulkan, mengadakan praktis

terbimbing dan juga praktis bertempoh yang boleh mengkonkritkan pelajar untuk topik

berkenaaan.

Set Induksi:

Untuk set induksi, proses ini cuma dijalankan secara ringkas iaitu selama 5 minit sahaja

dimana saya menayangkan video tentang pidato kepada pelajar. Video tersebut durasinya

adalah lebih kurang 11 minit tetapi guru hanya menayangkan video itu dalam masa 5

minit iaitu dengan menayangkan bagaimana pemidato itu memulakan pidato,

menyampaikan isi dan menutup pidatonya. Dengan tayangan itu, sedikit sebanyak pelajar

dapat gambaran mengenai tajuk yang akan guru ajar pada hari itu. Dalam set induksi,

kemahiran berfikir secara secara kritis dan kreatif, pelajar dapat menjana minda mereka

untuk meneka apakah tajuk yang akan diajar oleh guru.

Page 3: Huraian Rancangan Pengajaran Harian Informal

Maklumkan objektif pembelajaran:

Guru memaklumkan objektif pembelajaran kepada pelajar supaya mereka mendapat

gambaran apakah yang perlu mereka dapat pada akhir pengajaran nanti dan apa

kepentingan menguasai isi pelajaran tersebut.

Input pengajaran:

Untuk menyampaikan input tentang topik yang ingin diajar, guru menggunakan alat

bantu mengajar daripada lembaran nota yang guru sediakan (Rujuk Lampiran BBM- 2)

untuk memberi penerangan kepada pelajar tentang definisi, cara, teknik dan kebaikkan

menyampaikan pidato. Guru menggunakan lembaran nota yang disediakan oleh guru

keran ia lebih mudah untuk difahami oleh pelajar kerana ia merupakan nota peta konsep

ringkas.

Permodelan:

Guru telah menggunakan kaedah Koperatif di mana ia melibatkan hasil kerjasama pelajar dalam kumpulan dan membentuk kemahiran komunikasi yang baik antara pelajar berkenaan. Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:

a. saling bergantung antara satu sama lain secara positif,

b. saling berinteraksi secara bersemuka,

c. akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,

d. kemahiran koperatif, dan

e. pemprosesan kumpulan

Di dalam kumpulan kecil itu pula guru meminta pelajar untuk membincangkan satu tajuk

untuk mereka sampaikan. Di dalam satu kumpulan mempunyai 3 orang ahli dimana

setiap ahli nanti akan menyampaikan satu isi sahaja tapi daripada tajuk yang sama dalam

kumpulan itu. Ini bermakna terdapat 5 tajuk pidato yang berlainan daripada setiap

kumpulan.

Page 4: Huraian Rancangan Pengajaran Harian Informal

Semak Kefahaman Murid:

Guru bertindak sebagai pembimbing atau penggerak kepada penyelesaian yang dilakukan

oleh para pelajar dimana guru menerangkan keperluan untuk melakukan tugasan secara

berkumpulan dengan memberi peluang kepada setiap rakan dalam kumpulan untuk

menyumbang idea. Di sini kemahiran sosial iaitu pelajar menjadi penyokong yang baik

kerana memberi dan menghormati idea rakan-rakan yang lain serta memberi cadangan

yang bernas untuk menyokong idea rakan-rakan.

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif iaitu menjana idea juga dipraktikkan

di mana setiap pelajar digalakkan untuk menyumbangkan idea mereka atau menghasilkan

idea yang asli dan bernilai..

Pantau dan ubah suai:

Pada sesi ini guru telah memantau serta membimbing pelajar agar tidak tersasar daripada

objektif pembelajaran dan pembincangan serta memberi panduan kepada pelajar untuk

menyelesaikan masalah dalam aktiviti mereka.

Praktis terbimbing:

Pelajar telah diberikan masa selama 40 minit dimana mereka dikehendaki menyampaikan

pidato secara ringkas dalam masa 3 hingga 4 minit. Mereka hanya menumpukan pada

pendahuluan, mengembangkan satu isi tajuk dan penutup sahaja.

Kemudian, apabila mereka selesai menyampaikan pidato, guru akan memberi

komen dan pandangan guru terhadap prestasi penyampaian mereka sama ada mengikut

kriteria yang sepatutnya atau tidak.

Praktis bertempoh:

Untuk praktis bertempoh guru telah meminta pelajar untuk merumuskan apa yang telah

mereka pelajari dan perolehi daripada pengajaran dan aktiviti yang dijalankan.

Kemudian, guru mengedarkan soalan taksiran dan memberi pelajar 10 minit untuk

menjawab diikuti dengan semakan jawapan yang ditulis di papan putih. Soalan yang

dikemukan adalah soalan kognitif yang ingin menguji tahap kefahaman dan pengetahuan

pelajar mengenai topik yang diajar.

Page 5: Huraian Rancangan Pengajaran Harian Informal

Penutup:

Untuk penutup, guru merumuskan isi pembelajaran pada hari ini dan menyarankan

pelajar mengamalkan segala teknik yang harus dimiliki oleh seorang pemidato.