huraian carta

7
PENGENALAN Carta merupakan kaedah yang digunakan untuk menyampaikan maklumat dalam bentuk yang menarik, jelas dan tepat. Carta merupakan sejenis bahan visual yang tidak dapat diprojeksikan. Ia terdiri daripada tulisan, gambar, lukisan, poster, graf dan sebagainya. Menurut Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino pada tahun 1999, carta adalah perwakilan visual untuk perhubungan abstrak dari segi kronologi, kuantiti atau hierarki. Peranan utama carta adalah untuk menghuraikan aliran sesuatu proses atau perhubungan bahagian keseluruhan bagi sesuatu perkara secara grafik. Carta yang baik berupaya menunjukkan organisasi serta komponen-komponen sesuatu entiti dengan jelas. Ia juga boleh digunakan untuk memaparkan organisasi atau pengelasan. Penghasilan carta adalah berdasarkan kreativiti individu masing-masing. Jenis-jenis carta terdiri daripada carta aliran, carta pengelasan, carta pai, carta pohon, peta konsep dan sebagainya. Antara aspek – aspek yang perlu diambil kira semasa penghasilan carta adalah saiz gambar atau lukisan yang digunakan haruslah cukup besar agar jelas dilihat. Warna yang digunakan haruslah jelas dan pelbagai agar dapat menarik perhatian pemerhati. Susun atur isi-isi penting haruslah kemas dan teratur agar ia tidak menimbulkan kekeliruan bagi pemerhati. Jarak susunan gambar juga haruslah bersesuaian dan tidak terlalu rapat agar pemerhati tidak mengalami kesukaran untuk meneliti

Upload: lau-yong-king

Post on 10-Feb-2016

247 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

h

TRANSCRIPT

Page 1: Huraian Carta

PENGENALAN

Carta merupakan kaedah yang digunakan untuk menyampaikan maklumat

dalam bentuk yang menarik, jelas dan tepat. Carta merupakan sejenis bahan visual

yang tidak dapat diprojeksikan. Ia terdiri daripada tulisan, gambar, lukisan, poster,

graf dan sebagainya. Menurut Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino pada tahun

1999, carta adalah perwakilan visual untuk perhubungan abstrak dari segi kronologi,

kuantiti atau hierarki.

Peranan utama carta adalah untuk menghuraikan aliran sesuatu proses atau

perhubungan bahagian keseluruhan bagi sesuatu perkara secara grafik. Carta yang

baik berupaya menunjukkan organisasi serta komponen-komponen sesuatu entiti

dengan jelas. Ia juga boleh digunakan untuk memaparkan organisasi atau

pengelasan.

Penghasilan carta adalah berdasarkan kreativiti individu masing-masing.

Jenis-jenis carta terdiri daripada carta aliran, carta pengelasan, carta pai, carta

pohon, peta konsep dan sebagainya.

Antara aspek – aspek yang perlu diambil kira semasa penghasilan carta

adalah saiz gambar atau lukisan yang digunakan haruslah cukup besar agar jelas

dilihat. Warna yang digunakan haruslah jelas dan pelbagai agar dapat menarik

perhatian pemerhati.

Susun atur isi-isi penting haruslah kemas dan teratur agar ia tidak

menimbulkan kekeliruan bagi pemerhati. Jarak susunan gambar juga haruslah

bersesuaian dan tidak terlalu rapat agar pemerhati tidak mengalami kesukaran untuk

meneliti carta tersebut. Akhir sekali adalah jenis dan saiz perkataan yang digunakan

haruslah cukup besar dan mudah dibaca.

Page 2: Huraian Carta

KUMPULAN SASARAN : MURID TAHUN 5

NAMA ALAT :

CARTA ALIRAN CIRI DAN TINGKAH LAKU KHAS HAIWAN UNTUK MELINDUNGI DIRI DAN KEMANDIRIAN SPESIES

Carta yang digunakan kami dalam pengajaran dan pembelajaran untuk topik

pengajaran sains adalah Carta Aliran. Topik pengajaran dan pembelajaran adalah

Sains Tahun 5 bagi Bab 3 Proses Hidup Haiwan.

Carta aliran merupakan rajah yang mewakili suatu algoritma atau proses di

mana ia ditunjukkan dalam pelbagai jenis petak dan susunannya dihubungkan

dengan anak panah. Maklumat-maklumat dituliskan dalam petak secara ringkas,

jelas dan tepat agar ia mudah difahami dan diingati.

Gambaran secara rajah amat efektif dalam menyusun maklumat yang banyak

secara tersusun agar pemerhati dapat lihat kesinambungan maklumatnya. Ia penting

dalam membantu murid menguasai topik tersebut.

OBJEKTIF PENGGUNAAN:

Objektif utama penggunaan carta aliran dalam pengajaran dan pembelajaran

topik ini adalah untuk memastikan penguasaan murid terhadap topik pengajaran

pada tahap yang maksimum. Topik ini merangkumi banyak maklumat yang perlu

diingat oleh murid. Ia amat penting kerana jika murid tidak memahami atau

mengingatinya, murid senang menghadapi miskonsepsi.

Hal ini disebabkan setiap jenis haiwan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri

untuk memastikan kelangsungan spesiesnya. Masalah yang biasa dihadapi oleh

murid apabila adalah mengingati maklumat tersebut untuk jangka masa yang

panjang.

Dengan adanya susunan maklumat yang teratur dengan kata kunci (key

words), murid akan lebih senang menghafal dan maklumat tersebut akan lebih kekal

lama dalam ingatan murid.

Selain itu, ia juga dapat membantu meningkatkan kreativiti dan imaginasi

murid dalam mengaturkan maklumat-maklumat bagi topik yang lain yang

Page 3: Huraian Carta

bersesuaian dengan diri mereka sendiri. Kemahiran murid menganalisis dan

mengintepretasikan maklumat untuk membina pengetahuan baru.

Akhir sekali, penggunaan carta aliran juga berperanan untuk

memaksimumkan prestasi murid pada Tahap Operasi Konkrit bagi menyediakan

mereka dalam Tahap Operasi Formal.

TEORI PELAKSANAAN :

Carta aliran ini dapat mempermudahkan seseorang individu untuk menghafal

sesuatu dengan cepat dan mengingatkan maklumat tersebut untuk jangka masa

yang lebih panjang. Hal ini adalah kerana carta aliran merupakan kaedah atau

medium yang digunakan untuk mempermudahkan penghasilkan Peta Fikiran (Mind

Mapping) dalam struktur kognitif kita.

Peta Fikiran adalah sesuatu kaedah untuk mengorganisasikan dan menyusun

atur idea, konsep, fakta dan sebagainya dalam bentuk diagram radial-hierarkis.

Maklumat-maklumat disambungkan dengan topik utama melalui kata kunci, simbol,

gambar atau warna.

Menurut Roger W Sperry pada tahun 1981, beliau mengatakan otak kanan

lebih kepada perkembangan hal-hal yang berkaitan dengan artistik, kreativiti,

perasaan, emosi, gaya bahasa, musik, imaginasi, fantasi dan sebagainya. Daya

ingatan otak kanan adalah bersifat jangka panjang. Otak kiri pula lebih kepada

perkembangan hal-hal formal seperti penyimpanan data dan fakta, pengiraan,

analisis, pemahaman logikal dan pemikiran kritikal. Daya ingatan otak kiri adalah

bersifat jangka pendek.

Dalam carta aliran terdapat elemen-elemen yang memenuhi kriteria-kriteria

bagi fungsi otak kanan dan kiri. Carta aliran ini dapat merangsangkan kedua-dua

belah otak bagi memastikan fungsinya pada tahap yang optimum untuk

pembelajaran. Kedua-dua belah otak haruslah diaktifkan penggunaan dengan kerap

bagi memastikan prestasi yang optimum.

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan carta aliran juga

berdasarkan Teori Pembelajaran Jean Piaget di mana tahap kognitif murid Tahun 5

(11 tahun) adalah berada pada tahap Operasi Konkrit. Bahan pembelajaran murid

haruslah lebih bersifat konkrit atau maujud agar murid senang menguasai

pembelajarannya. Maklumat dan gambar yang terdapat dalam carta aliran secara

Page 4: Huraian Carta

langsung telah meninggalkan kesan ingatan yang konkrit dalam struktur kognitif

murid.

Akhir sekali adalah kepelbagaian medium pembelajaran. Murid akan bosan

jika hanya berdepan dengan buku teks sahaja. Sekali kala mengubahkan medium

pembelajaran akan meningkatkan rasa minat murid untuk belajar di samping

memberi peluang kepada murid untuk merasai keseronokan belajar.

PROSEDUR PENGHASILAN :

1. Sediakan dua keping kad mounting board.

2. Tebuk lubang di tepi kedua-dua kad mounting board untuk tujuan

penyambungan.

3. Tajuk, topik dan kata-kata kunci dicetak di kertas dan digunting mengikut saiz

dan bentuk yang telah ditentukan.

4. Tajuk utama iaitu Ciri-ciri Khas dan Tingkah Laku Haiwan Melindungi Diri dan Kemandirian Spesies dilekatkan di tengah sebagai permulaan

percambahan isi.

5. Seterusnya ia disertai dengan topik pengajaran iaitu Melindungi Diri Daripada Pemangsa, Melindungi Diri Daripada Cuaca Yang Melampau dan Kemandirian Spesies. Topik-topik ini merupakan cabang daripada

tajuk. Tajuk dan topik disambung dengan menggunakan anak panah.6. Dari setiap topik, ia diteruskan dengan kata-kata kunci seperti duri,

cangkerang keras, tanduk dan sebagainya. Setiap kata kunci akan

diteruskan dengan contoh-contoh yang bersesuaian dengannya disertai dengan gambar. Tujuan letaknya gambar adalah untuk memberi rangsangan

kepada ingatan murid terhadap ciri-ciri yang ingin ditekankan. Misalnya kura-

kura dan ketam mempunyai cangkerang yang keras.

7. Semua kertas-kertas yang digunting dilekatkan di atas kad mounting board

dengan teliti dan kemas dan mengikut kreativiti sendiri agar ia tidak

mengelirukan pandangan pemerhati dan dapat menarik perhatian pemerhati.

KOS BINAAN :

Bil. Bahan Unit Harga (RM)

1. Kad mounting board 2 6.00

2. Ring 1 3.80

3. Double side tape 1 1.50

Page 5: Huraian Carta

Jumlah RM 11.30

CARA PENGGUNAAN ALAT :

1. Carta aliran ini digunakan pada Fasa Refleksi iaitu semasa guru merumuskan

topik pengajaran bagi Bab 3 Proses Hidup Haiwan.

2. Sebelum guru menunjukkan carta aliran, murid diberikan masa untuk

menghasilkan peta minda mereka mengikut kreativiti masing-masing.

3. Carta aliran ini adalah sebagai salah satu panduan kepada murid untuk

menghasilkan peta minda mengenai topik pengajaran agar murid tidak perlu

menghafal perkataan yang banyak dalam buku teks.

4. Setelah murid menghasilkan peta minda mereka masing-masing, guru akan

menunjukkan carta aliran tersebut untuk membimbing murid

menambahbaikkan peta minda mereka.

5. Setelah proses pengajaran dan pembelajaran mengenai Bab tersebut

selesai, carta aliran tersebut akan digantungkan di belakang kelas sebagai

sumber ulang kaji bagi murid-murid.