hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

61
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN LIMA DI SEKOLAH KEBANGSAAN KEM, PENGKALAN CHEPA, KELANTAN. NORMA BINTI HAJI HASSAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2004

Upload: huda-hamdan

Post on 24-May-2015

1.731 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR

TAHUN LIMA DI SEKOLAH KEBANGSAAN KEM, PENGKALAN CHEPA,

KELANTAN.

NORMA BINTI HAJI HASSAN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2004

Page 2: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN LIMA DI SEKOLAH

KEBANGSAAN KEM, PENGKALAN CHEPA, KELANTAN.

NORMA BINTI HAJI HASSAN

LAPORAN PENULISAN ILMIAH DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (MATEMATIK)

FALKUTI SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2004

Page 3: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

ii

PENGAKUAN�

Saya mengaku karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

nukilan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

05.01.2004 …………………………………. (NORMA BINTI HAJI HASSAN) 2001108735

Page 4: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

iii

PENGESAHAN

Kajian ilmiah ini telah disahkan untuk memenuhi syarat memperolehi Ijazah Sarjana Muda di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak, Darul Ridzuan.

……………………………

(En. Azhar bin Ahmad) Penyelia

…………………………. (Dr. Marzita Puteh)

Ketua Jabatan Matematik Univertiti Pendidikan Sultan Idris

Page 5: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

iv

PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang telah mengurniakan rahmatNya sehingga dapat saya menyempurnakan latihan ilmiah ini dengan jayanya.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelaras penulisan ilmiah ini iaitu Dr. Lim Chong Hin dan En. Azhar bin Ahmad selaku penyelia di atas segala bimbingan, teguran dan nasihat yang diberikan sepanjang saya menyempurnakan tugasan ini.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah meluluskan permohonan kajian ini. Terima kasih juga kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, yang telah memberikan kebenaran bagi kajian ini dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Kem, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Tidak dilupakan, ribuan terima kasih ditujukan kepada Guru Besar, guru-

guru, dan pelajar-pelajar yang telah memberikan kerjasama yang sewajarnya sewaktu kajian ini dijalankan.

Ribuan terima kasih jua buat rakan-rakan di UPSI dan juga kepada orang

perseorangan yang turut membantu secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penulisan ini.Sekali lagi saya memanjatkan doa kesyukuran ke hadrat Ilahi, agar segala usaha yang disumbangkan diberkati oleh Allah s.w.t di dunia dan akhirat. Sekian,terima kasih.

Norma Binti Haji Hassan, PKPG Matematik 2001/2004, UPSI, Tanjong Malim, Perak. Januari 2004.

Page 6: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

v

ABSTRAK Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat hubungan di antara penggunaan

Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar terhadap subjek Matematik. Di samping

itu, ianya juga untuk memastikan apakah ciri-ciri serta jenis-jenis Bahan Bantu

Mengajar yang berupaya menarik minat pelajar. Kajian ini telah dilaksanakan di

Sek.Keb. Kem, Peng. Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Sampel kajian terdiri daripada

36 orang pelajar Tahun 5. Instrumen kajian yang telah digunakan untuk mengukur

minat pelajar terhadap matematik ialah dalam bentuk soal selidik. Kaedah deskriptif,

di mana ujian statistik telah diguna bagi mendapatkan min dan sisihan piawai.

Dapatan kajian, menunjukkan wujudnya hubungan yang positif di antara penggunaan

Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar. Oleh itu, Bahan Bantu Mengajar

merupakan salah satu cara untuk memotivasikan minat pelajar terhadap matematik.

Dalam pemilihan bahan pula, faktor ciri dan jenis Bahan Bantu Mengajar juga perlu

diambil kira dan diberi perhatian oleh pihak guru.

Page 7: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

vi

ABSTRACT The purpose of this research done is to study the connection between the usage of

teaching instrument and the interest of the students towards mathematic subject. At

the same time is to make sure the right criterice and type of of teaching instrument

that will attract the interest of the students. This research has been done at Sek. Keb.

Kem, Peng. Chepa, Kota Bharu , Kelantan. The sample of this research included 36 of

Year 5 students. The instrument of this research that was used in the form

questionaire. Descriptive method was used to get min, standard deviation, and

percentage. The result of the research shows that positive relationship exists between

the using of teaching instrument and the interest of the student. Therefore teaching

instrument is one of the way to motivate and will interest the student towards

mathematic. The right teaching instrument must take into consideration by the

concerned teaching.

Page 8: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

vii

KANDUNGAN

Muka Surat

PENGAKUAN ii

PENGESAHAN iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Pernyataan Masalah 4

1.3 Soalan Kajian 7

1.4 Kesignifikan Kajian 7

1.5 Batasan Kajian 8

BAB 2 TINJAUAN LITERATUR

2.1 Minat Pelajar Terhadap Matematik 9 2.2 Hubungan minat Dengan Bahan Bantu Mengajar 12

Page 9: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

viii

2.3 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar 13 2.4 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar 15 BAB 3 METODOLOGI 3.1 Reka bentuk Kajian 16 3.2 Instrumen Kajian 17 3.3 Sampel Kajian 19 3.6 Prosedur Kajian 19 3.7 Analisa Data 20 BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Penganalisaan Data 22

4.1.1 Hubungan di antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar Berdasarkan skor min dan minat 23

4.1.2 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar yang sesuai 25

4.1.3 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang menjadi pilihan pelajar 27

BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 Perbincangan 31

5.1.1 Hubungan di antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar 32 5.1.2 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar yang sesuai 33 5.1.3 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang menjadi pilihan pelajar 34

5.2 Kesimpulan 35

Page 10: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

ix

5.5 Cadangan Kajian 36

RUJUKAN 38

LAMPIRAN A 41 LAMPIRAN B 44 LAMPIRAN C 49

Page 11: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

x

SENARAI JADUAL Jadual Muka Surat 3.1 Skala Pemeringkatan Likert 18 3.2 Analisis skor bagi min 20 3.3 Penentuan Korelasi Berdasarkan Pekali Korelasi (r) 21 4.1 Min hubungan minat pelajar dengan penggunaan Bahan Mengajar 23 4.2 Korelasi antara minat pelajar dengan penggunaan 25

Bahan Bantu Mengajar

4.3 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar yang sesuai. 25 4.4 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar berdasarkan keutamaan pilihan pelajar 27

Page 12: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

xi

SENARAI RAJAH

Rajah Muka Surat 4.1 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar 26 4.2 Bahan Bercetak 27 4.3 Bahan Bukan Bercetak 28 4.4 Bahan 3 Dimensi 28 4.5 Bahan Tayang 29 4.6 Bahan Audio 29 4.7 Bahan Video / TV / Komputer 30

Page 13: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

BAB 1

PENDAHULUAN

Bab ini akan mengutarakan secara umum mengenai suasana pendidikan hari ini di

Malaysia. Fokus utama perbincangan ialah tentang minat pelajar dan perkaitannya

dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh guru-guru matematik. Di dalam bab

ini juga akan dipaparkan pernyataan masalah, soalan kajian, kesignifikan kajian serta

batasannya.

1.1 Pengenalan

Cabaran ke 6 wawasan 2020 yang berbunyi mewujudkan masyarakat saintifik dan

progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan dasar pandang ke

hadapan yang bukan sahaja menjadi penggunaan teknologi, tetapi juga penyambung

kepada tamadun saintifik dan teknologi masa hadapan. Ini besesuaian dengan harapan

untuk membina negara yang maju dan rakyat yang berketrampilan dalam pelbagai

bidang. Oleh itu penguasaan matematik menjadi tunjang ke arah matlamat tersebut. Ia

juga penting dalam melahirkan generasi yang mampu menguasai bidang sains dan

teknologi yang akan membawa negara menuju ke era globalisasi. Kemahiran dalam

mata pelajaran ini membolehkan seseorang menceburi pelbagai bidang seperti

ekonomi, kejuruteraan, perniagaan, sains komputer dan teknologi.

Page 14: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

2

Memang tidak dinafikan lagi bahawa pengetahuan matematik amat berguna

dalam kehidupan seharian. Tidak kira siapa pun diri kita, baik suri rumah, nelayan,

arkitek lebih-lebih lagi sebagai pelajar.Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab para

pendidik dan pelajar sendiri untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran

matematik di sekolah berjaya. Namun begitu pada masa kini, kita dapati masih ramai

murid yang tidak seronok atau berminat untuk mempelajari mata pelajaran matematik

walaupun pelbagai bahan bantu mengajar telah digunakan dengan sepenuhnya oleh

guru. Mereka akan cuba mengelakkan diri dari menghadiri kelas-kelas matematik.

Adalah menjadi matlamat dan kehendak Kurikulum Baru Sekolah Rendah

(KBSR) untuk membentuk dan melahirkan murid yang aktif, kreatif, inisiatif, inovatif

dan berilmu pengetahuan. Oleh itu selain penerapan nilai-nilai murni dalam setiap

mata pelajaran, aktiviti-aktiviti yang boleh menambahkan kemahiran pelajar adalah

satu perkara yang tidak boleh dinafikan kepentingannya. Penggunaan Bahan Bantu

Mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran adalah satu alternatif dalam usaha

menjayakan agenda tersebut.

Guru seharusnya kreatif dalam pengajaran mereka supaya dapat menarik

minat pelajar terhadap proses pembelajaran. Peranan guru adalah penting untuk

mewujudkan kreativiti di dalam bilik darjah. Leonard M.S et al (1996, m.s. 47) telah

menyatakan bahawa;

“ kreativiti di dalam bilik darjah boleh dan seharusnya memimpin murid-murid supaya lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pengalaman dan pengajaran. Di antara hasil-hasil yang boleh dari persekitaran kreatif dalam bilik darjah ialah:

� Pertambahan minat murid-murid dalam mata pelajaran yang diajar. � Murid-murid boleh mempelajari cara bekerjasama antara satu sama

lain. � Murid-murid akan mengembangkan keyakinan diri dalam

pembelajaran dan anda sebagai seorang guru akan menyukai kerja anda.”

Berdasarkan apa yang dinyatakan itu, maka sudah tentulah amat penting

sekali bagi guru-guru matematik untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang

kreatif serta sesi pengajaran yang menarik. Ini akan menarik minat murid untuk terus

belajar dengan penuh keyakinan.

Page 15: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

3

Fungsi utama Bahan Bantu Mengajar adalah bagi memudahkan para pelajar

memahami isi pengajaran. Bahan Bantu Mengajar yang berkesan haruslah dapat

membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang mempunyai daya

kreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar

ianya berkesan. Walaupun pada masa-masa tertentu pelajar-pelajar memahami

pengajaran guru, namun keperluan kepada Bahan Bantu Mengajar adalah penting

tidak kira sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik. .

Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaan

dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan Bantu

Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik

penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145).

Antara jenis-jenis BBM itu boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

1. Peralatan elektronik seperti komputer, televisyen, radio dan sebarang alat

audio video.

2. Peralatan bukan elektronik seperti peta, carta, surat khabar, bahan

manipulatif, tangram, papan paku, bongkah kayu dan sebagainya.

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dapat mengatasi masalah seperti disiplin

pelajar, kekurangan masa, kawalan kelas, dan kurang minat pelajar terhadap

pengajaran guru. Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja dapat meningkatkan rasa ingin

tahu di kalangan pelajar, bahkan dapat menambahkan variasi kepada teknik

pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah, pelbagai Bahan Bantu Mengajar

digunakan sebagai satu cara untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang

menarik dan berkesan (Yusup Hashim, 1997, m.s 16). Mok Soon Sang (1996, m.s 58),

pula mengatakan bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam proses

pengajaran adalah amat penting. Ini kerana ia dapat membantu guru menyampaikan

pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Bahan Bantu Mengajar yang

disediakan mestilah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Manakala isi kandungan haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak

diajar. Pada amnya,cara menggunakan Bahan Bantu Mengajar hendaklah diuruskan

Page 16: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

4

dengan betul dan cekap supaya pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsep

atau fakta matematik dalam ingatan mereka (Musa Daia, 1992, m.s 72).

Selain sebagai bahan tambahan kepada penyampaian pengajaran secara lisan

oleh guru,penggunaan Bahan Bantu Mengajar sebenarnya turut memberi peluang

kepada pelajar memperolehi pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria, iaitu

deria penglihatan, deria sentuh, dan deria pendengaran (Mok Soon Sang, 1996,

m.s.162).

Senarai Bahan Bantu Mengajar yang dapat digunakan oleh guru matematik

tidak terbatas. Ia hanya terhad oleh inisiatif dan kreativiti guru. Bahan Bantu Mengajar

matematik atau bahan manipulatif yang biasa digunakan dalam pembelajaran

matematik termasuklah:

a. Bahan-bahan pembilang seperti manik-manik berwarna, blok-blok

kayu

pelbagai bentuk, penyedut minuman, butang, kayu aiskrim dan

sebagainya.

b. Bahan berbentuk kertas seperti kad, carta, kertas graf dan sebarang

kertas.

c. Alat-alat pengukuran seperti cawan mainan, tin dan botol.

d. Alat permainan dan teka teki matematik.

e. Alat elektronik seperti computer, kalkulator dan internet

f. Model-model pertalian geometri seperti papan paku atau geoboard,

tangram, model geometri kayu ataupun plastik.

1.2 Pernyataan Masalah

Matematik penting dan berguna untuk kehidupan seharian dan kerjaya pada masa

depan pelajar.Hampir semua pelajar menganggap Matematik adalah suatu sujek yang

sukar dan abstrak. Para guru juga merasakan pengajaran Matematik sebagi suatu

cabaran besar. Mengapakah keadaan begini berlaku?

Page 17: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

5

Adakah isi kandungan matematik memang sukar dan abstrak sehingga

dianggap hanya sesuai untuk segolongan pelajar yang berkebolehan tinggi sahaja?

Atau adakah cara penyampaian dan pengajaran guru yang menyebabkan matematik

sukar dan kurang diminati oleh kebanyakan pelajar?

Pembelajaran matematik tidak sepatutnya menjadi suatu pengalaman yang

berbentuk 3B, iaitu membosankan, membingungkan dan memberatkan pelajar kita.

Pengajaran matematik juga bukanlah suatu tugas yang sukar dan berat kepada guru.

Pendidikan matematik pada peringkat sekolah rendah dan menengah bercorak

pendidikan asas. Walaupun terdapat beberapa konsep matematik yang abstrak, namun

begitu kebanyakkan konsep dan kemahiran yang diajar adalah asas dan diperlukan

dalam kehidupan harian kita. Oleh itu, pembelajaran matematik sepatutnya dijadikan

sebagai satu pengalaman yang seronok dan mencabar kepada semua pelajar.

Di antara sebab mengapa tanggapan negatif terhadap matematik ini terjadi,

mungkin disebabkan faktor pelajar kurang minat. Para guru sentiasa berusaha mencari

rangsangan yang dapat menimbulkan perasaan atau kepuasan yang menyenangkan

dalam diri pelajar. Bagi tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan

pembelajaran, serta latihan yang berperingkat-peringkat, bermakna dan sesuai dengan

kebolehan, pengalaman dan minat pelajar perlu diambil kira. Ini supaya minat pelajar

dapat dikekalkan selama yang diperlukan baginya untuk menguasai idea atau isi

pelajaran tertentu.

Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat

berkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan

Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknik

penggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145).

Seseorang guru haruslah sedar bahawa pelajar-pelajar mempelajari sesuatu

dengan cara berlainan dan kadar kecekapan yang berbeza-beza (Habibah Alias dan

Rahil Mahyuddin, 1990, m.s. 292). Oleh itu guru haruslah peka ketika memilih jenis

Bahan Bantu Mengajar dengan memastikan ia memenuhi ciri-ciri yang sepatutnya.

Page 18: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

6

Manakala Bahan Bantu Mengajar yang baik dan sesuai sepatutnya memenuhi ciri-ciri

berikut:

a. Berkait dengan isi kandngan pelajaran yang diajar dan hasil yang

diharapkan.

b. Menggunakan seberapa banyak deria yang mungkin.

c. Tahan lama,,pengukuhan itu haruslah seimbang dengan kos yang

diperlukan dalam penggunaannya.

d. Dibuat dengan perincian yang tepat.

e. Berkualiti tinggi supaya bahagiannya tidak mudah pecah ataupun

hilang.

f. Rupa bentuk dan warna yang menarik

g. Mudah dijaga dan kos jagaannya munasabah

h. Sesuai dengan kemudahan yang ada di sekolah.

i. Mudah diubah alih dan dipasang semula.

j. Fleksible dan pelbagai guna.

k. Operasinya mudah

l. Cukup besar supaya semua pelajar dapat melihatnya apabila digunakan

semasa demonstrasi dalam kelas.

Ini bagi memastikan minat pelajar dapat terus dikekalkan. Penggunaan Bahan Bantu

Mengajar yang sesuai akan mendorong minat pelajar untuk melalui proses

pembelajaran yang menyeronokan. Seterusnya dapat membantu pelajar mencapai

objektif pembelajaran seperti yang telah dirancangkan. Minat boleh dianggap sebagai

daya pengerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang,

sesuatu benda atau kegiatan atau ianya boleh merupakan pengalaman yang

berpengaruh dan telah dirangsang oleh kegiatan itu sendiri (Crow dan Crow, 1983,

m.s. 90). Dalam konteks pengajaran Matematik, keberkesanannya akan diperolehi

dengan melibatkan keseluruhan pancaindera, iaitu deria lihat, dengar, sentuh, hidu dan

rasa. Penglibatan deria-deria tersebut hanya dapat berlaku secara serentak jika

pelbagai Bahan Bantu Mengajar digunakan dalam pengajaran (Fatimah Ali,, 1980,

m.s. 165).

Page 19: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

7

Kepentingan bantuan Bahan Bantu Mengajar dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran sering diperkatakan . Selain itu, ia juga dikatakan mampu

mempelbagaikan teknik belajar yang lebih berkesan dan boleh membantu aktiviti-

aktiviti pembelajaran agar tidak membebankan guru dan murid. (Abdul Rahman,

1997, m.s. 254).

Bahan Bantu Mengajar merupakan alat yang dapat membantu guru

meningkatkan proses pengajaran dan menyediakan sumber untuk pembelajaran. Jadi

peranan Bahan Bantu Mengajar ialah untuk memenuhi kedua-dua proses ini bagi

meningkatkan proses komunikasi, menyediakan pelbagai kaedah atau teknik mengajar

bagi meningkatkan motivasi pelajar dan melahirkan masyarakat yang bermaklumat

serta berfikiran kritis dan kreatif (Yusup Hashim, 1998, m.s, 287).

.

1.3 Soalan Kajian

Dalam menyelesaikan masalah kajian ini, penyelidik akan cuba mengenalpasti

perkara-perkara seperti yang disenaraikan di bawah ini.

1. Apakah hubungan antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan

minat pelajar tahun 5 terhadap matematik.

2. Apakah ciri-ciri dan jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar dapat

mempengaruhi minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik

1.4 Kesignifikan Kajian

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) menekankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan

pelajaran. Dalam konteks pelajaran matematik KBSR khasnya, penggunaan Bahan

Bantu Mengajar memainkan peranan penting dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Guru merancang aktiviti yang menggunakan Bahan Bantu Mengajar

untuk menyampaikan konsep matematik dengan lebih berkesan. Hasil daripada kajian

ini diharapkan dapat memberikan kesedaran kepada guru-guru matematik khususnya

dan pihak-pihak lain agar memberikan perhatian dan mengambil tindakan sewajarnya

terhadap kepentingan Bahan Bahan Mengajar dalam pengajaran matematik.

Page 20: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

8

Menurut Omar Hamalik (1982,m.s.79 ) menjelaskan bahawa kemajuan

teknologi moden sekaligus mengajak kita mengubah sikap dan menyedari akan

pentingnya Bahan Bantu Mengajar sebagai memenuhi tuntutan kurikulum dan

peningkatan kemampuan pelajar. Hasil dapatan daripada kajian ini diharapkan

dapat:

a. membantu pengkaji memperbaiki kelemahan diri sendiri berhubung

dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar untuk dimanfaatkan kepada

pelajar yang dibimbing.

b. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan guru-guru matematik tentang

pentingnya penggunaan Bahan Bahan Mengajar dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Selain itu membentuk guru supaya lebih kritis dan

kreatif dalam pembinaan dan pemulihan Bahan Bahan Mengajar yang

sesuai dengan minat pelajar yang dibimbing.

c. Memberi gambaran yang jelas tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar

kepada pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan

Negara dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru itu satu

perancangan yang lebih teliti dapat dirangka seperti menganjurkan kursus

yang bersistematik kepada para guru untuk menyalurkan pengetahuann

tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar di kalangan guru-guru

matematik khasnya.

1.5 Batasan Kajian

Kajian ini hanyalah difokaskan kepada mata pelajaran Matematik Tahun Lima sahaja.

Respondennya terdiri dari pelajar-pelajar Tahun Lima, 2003 yang sedang belajar di

Sekolah Kebangsaan Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Sekolah ini

adalah merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak kira-kira 10 km dari bandar

Kota Bharu. Pelajarnya adalah terdiri dari anak-anak penduduk tempatan dan anak-

anak tentera Batalion 8 Bridget. Pemilihan yang dibuat adalah secara rawak.

Responden yang dijadikan sampel dalam kajian ini adalah memperolehi kemudahan

asas yang sama. Memandangkan sekolah yang dipilih adalah terhad kepada sebuah

sekolah sahaja maka segala kenyataan dan dapatan yang diperolehi hasil dari

penyelidikan ini adalah hanya boleh digunapakai dalam kajian ini sahaja.

Page 21: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

9

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

Dalam bab ini,akan dibincangkan tentang kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji

sebelum ini. Banyak kajian dan penulisan mengenai hubungan di antara penggunaan

Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar. Minat yang mendalam dalam mata

pelajaran matematik memainkan peranan yang penting terhadap pencapaian dalam

bidang matematik Juga kajian-kajian mengenai ciri-ciri dan jenis-jenis Bahan Bantu

Mengajar yang digunakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.

2.1 Minat Pelajar Terhadap Matematik

Minat boleh menentukan kecemerlangan atau kemunduran seseorang pelajar di dalam

matematik (“Minat tentukan", 2002, m.s. 1). Akibat tidak berminat terhadap

matematik, sudah tentulah murid tersebut tidak akan memberikan tumpuan yang

sepenuhnya terhadap pengajaran guru di dalam kelas. Mereka juga tidak akan

menyiapkan kerja atau latihan yang diberi oleh guru untuk disiapkan sama ada di

dalam kelas mahu pun di rumah dan sebagainya.

Dalam kajian yang dilakukan oleh pensyarah matematik Baharudin Omar,

Kamarulzaman Kamaruddin dan Nordin Mamat dari Universiti Pendidikan Sultan

Page 22: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

10

Idris (tahun tidak dinyatakan, dalam Norazila Ariff & Norazlina Yusop, 2003,

m.s. 12) , menunjukkan kurangnya minat pelajar terhadap mata pelajaran matematik

adalah berpunca daripada anggapan mereka yang mengatakan bahawa matematik itu

susah. Persepsi negatif ini menyebabkan mereka tidak memberi peluang kepada diri

untuk menerima mata pelajaran itu sebagai suatu yang mudah untuk difahami.

Adnan Khamis (1986, m.s. 22) juga menyokong kenyataan ini. Kajiannya

menunjukkan bahawa pelajar tidak suka belajar matematik kerana matematik

merupakan satu mata pelajaran yang sukar dan membosankan. Bagi mengatasi

masalah ini, pelajar mempelajari matematik secara hafalan. Akibatnya, ramai pelajar

hilang minat untuk belajar matematik. Kesannya pencapaian terhadap matematik

kurang memuaskan.

Sementara itu, Crow dan Crow (1986, dalam Ismail Abd. Hamid, 1999, m.s.

18) pula menyatakan minat sebagai punca kepada sesuatu kegiatan dan hasil dari

penyertaan dalam kegiatan itu. Oleh itu minat yang sedia ada pada seseorang disertai

dengan motivasi, akan meningkatkan daya usahanya untuk mempertingkatkan lagi

minat dalam sesuatu perkara.

Pendapat ini disokong oleh Russel (1968, dalam Norazila Ariff & Norazlina

Yusop, 2003, m.s. 11) yang mengatakan bahawa minat berkembang daripada aktiviti

yang memuaskan dan mereka berkecenderungan untuk merangsang daripada aktiviti-

aktiviti seterusnya. Pembelajaran boleh diperolehi daripada pengalaman dan ini adalah

dipengaruhi secara terus oleh minat seseorang di dalam proses ini. Minat yang

bersungguh-sungguh dipercayai boleh memampasi kekurangan beberapa poin di

dalam kecerdasan. Perkara ini boleh dipertingkatkan dengan penyertaan dan dorongan

ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan di dalam proses pembelajaran.

Kajian yang dijalankan oleh Dungan dan Thurlow (1989, dalam Ismail Abd.

Hamid, 1999, m.s. 21) mendapati bahawa ada beberapa faktor yang menyebabkan

pelajar meminati mata pelajaran matematik iaitu apabila mereka memahami mata

pelajaran itu, apabila mereka mendapat markah yang tinggi atau pengalaman berjaya

menyelesaikan masalah dalam matematik, apabila mereka meminati guru yang

Page 23: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

11

mengajar matematik dan apabila terdapat topik atau aktiviti yang baru, pelbagai,

menarik dan menyeronokkan.

Sementara itu, dalam satu kajian yang dijalankan oleh Adnan Khamis (1986,

m.s. 43) pula berpendapat bahawa minat seseorang memainkan peranan yang penting

dalam mempelajari matematik. Menurut beliau, matematik merupakan satu mata

pelajaran yang kompleks dan berturutan dari mudah kepada sukar. Pelajar perlu

memberi tumpuan sepenuhnya dan berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya

konsep yang diajar dapat difahami dan digunakan dalam menyelesaikan masalah yang

berkaitan. Biasanya pelajar yang memperolehi markah yang baik adalah mereka yang

memberikan tumpuan sepenuhnya dalam kelas dan berminat dalam mata pelajaran ini.

Kegagalan pelajar membuktikan bahawa penguasaan mereka lemah dan

kurang meminati subjek tersebut. Menurut George (1990, dalam Ismail Abd. Hamid,

1999, m.s. 23) minat yang tinggi dalam matematik memainkan peranan penting

terhadap pencapaian pelajar dalam matematik. Dapatan kajiannya menunjukkan 72%

pelajar menunjukkan minat yang sangat sedikit dalam matematik dan dengan itu

kebolehan mereka dalam matematik sangat mengecewakan. Apabila pelajar hilang

minat terhadap matematik, mereka mungkin secara automatik hilang kekuatan untuk

menyelesaikan masalah yang diberi. Kekurangan minat akan mengarah kepada

kegagalan.

Tang Ching Tong (1992) menjalankan satu kajian yang bertujuan untuk

melihat sejauh mana hubungan minat terhadap pencapaian dalam matematik. Beliau

menggunakan 80 orang pelajar tingkatan 4. Hasil yang diperolehi pelajar jurusan sains

lebih berminat terhadap matematik berbanding pelajar jurusan sastera. Dapatan kajian

menunjukkan bahawa pelajar yang minat terhadap matematik akan memperolehi

pencapaian yang tinggi. Beliau juga menyatakan, minat adalah salah satu faktor yang

mempengaruhi pencapaian kerana terdapat hubungan positif antara minat terhadap

matematik moden dengan pencapaian dalam matematik.

Page 24: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

12

2.2 Hubungan Minat Dengan Bahan Bantu Mengajar

Secara amnya, pelajar merasakan bahawa pengajaran guru lebih menarik jika guru itu

menggunakan Bahan Bantu Mengajar. Melalui penggunaan Bahan Bantu Mengajar,

seseorang guru itu lebih bersedia dan lebih kreatif untuk menyampaikan pelajarannya

dengan baik (Kamal et.al, 1987, m.s. 227). Dale (1963, m.s. 218 ), telah menyatakan

tujuh nilai penting tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar :

1. merangsang minat yang tinggi di kalangan pelajar dan minat satu faktor

yang penting dalam pembelajaran mereka.

2. Menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan

corak pemikiran dan oleh itu mengurangkan berbagai-bagai gerak balas

lisan daripada pelajarnya.

3. Membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran pelajar-

pelajar dan oleh itu menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.

4. Menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperolehi dengan

mudahnya melalui cara lain dan menolong menjadikan pembelajaran

pelajar-pelajar lebih mendalam dan pelbagai.

5. Menolong dalam kefahaman, oleh itu mempercepatkan perkembangan

perbendaharaan kata.

6. Menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan demikian

merangsangkan kegiatan seorang pelajar.

7. mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan demikian

menambahkan bacaan sukarela.

Para pendidik perlu berubah daripada cara pengajaran tradisional yang masih

diamalkan oleh sesetengah guru dalam aspek pengajaran pembelajaran perlu dikaji

semula dan diubahsuai jika perlu. Semua jenis pembelajaran dan pengalaman yang

diperolehi adalah melalui deria.

Menurut Kamaruddin (1986, m.s.214), Bahan Bantu Mengajar merupakan segala

kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan

pengajaran di bilik darjah. Alatan mengajar ini tidak terhad kepada buku-buku

teks,papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang

digunakan dalam pengajaran dan sebagainya.

Page 25: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

13

Hasil dari kajian Mohd Sharif Abdul Manaf (1994, dalam Omar Drahman,

1997 m.s. 18 ), mendapati penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran

dapat menimbulkan kesan positif seperti;

1. Proses pengajaran menjadi lebih baik dengan penggunaan media

pengajaran.

2. Pembelajaran berkesan dalam masa yang singkat.

3. Membantu mencapai objektif pengajaran.

4. Pelajar lebih berminat dengan pengajaran dan pengajar.

Ini diikuti dengan kajian Naim Ahmad (1989, m.s. 64), merumuskan hasil

kajiannya tentang keberkesanan media pengajaran kepada pengajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

a. Media pengajaran dapat membantu meningkatkan keupayaan ingatan

semasa menyampaikan pelajaran.

b. Dapat membantu pengajar mengubah teknik dan kaedah pengajaran.

c. Dapat menjelaskan konsep pelajaran dengan berkesan.

d. Mempelbagaikan media pengajaran boleh menimbulkan minat yang

berterusan kepada pelajar.

e. Menjimatkan masa pengajar.

f. Media pengajaran mendorong daya kreativiti pengajar dengan pelajar.

Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh Rulon dan Arnspinger (1983,

dalam Mohamad Lebai Ishak, 1998, m.s. 20), mendapati bahawa penggunaan Bahan

Bantu Mengajar boleh merangsangkan pemikiran dan pemahaman serta lebih banyak

isi pelajaran yang boleh diterima oleh seorang pelajar.

2.3 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar

Proses untuk menyediakan atau memilih Bahan Bantu Mengajar yang bersesuaian

tidak sepatutnya diabaikan. Ini bagi memastikan segala Bahan Bantu Mengajar yang

digunakan oleh guru mahupun pelajar mesti membawa manfaat kepada kedua-dua

pihak. Beberapa kajian telah turut dijalankan dalam memastikan ciri-ciri yang sesuai.

Di sini diturunkan beberapoa kajian yang berkaitan dengan ciri-ciri bahan yang akan

digunakan sewaktu pengajaran pembelajaran.

Page 26: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

14

Sebagai panduan am, Abdul Rahim ( 1989, dalam Zaiton Zainal, 1991,

m.s. 12), telah menyenaraikan beberpa ciri penting dalam membuat pemilihan media

pengajaran. Menurut beliau kesesuaian dari segi tajuk, bahasa, kandungan dan

pengalaman pelajar itu sendiri adalah penting. Begitu juga fakta yang dikemukakan

haruslah kemas kini, tepat, tidak berat sebelah dan logik. Teknik seperti bunyi yang

jelas, saiz penglihatan dan warna harus juga diambil kira. Beliau turut menekankan

ciri fizikal seperti selamat digunakan, mudah digunakan dan disimpan,tahan lasak,

ringkas dan sentiasa kemas kini. Bahan-bahan ini adalah lebih baik jika boleh

dikaitkan dengan mata pelajaran lain. Kesemua aspek ini amat berguna kepada guru-

guru kerana beliau banyak menekankan cara pemilihan yang tepat.

Kepentingan ciri Bahan Bantu Mengajar ini juga dijelaskan oleh Razali (1990,

dalam Zaiton Zainal, 1991, m.s.15) mengariskan beberapa kriteria pemilihan bahan

seperti berikut:

1. tepat dengan tajuk

2. tahan lama dan ekonomi

3. saiz yang mudah dilihat serta menarik perhatian pelajar

4. mudah disimpan

5. kepelbagaian penggunaan.

Kajian berkaitan penggunaan warna di dalam penyediaan Bahan Bantu

Mengajar juga telah dijalankan oleh Barry ( 1976, dalam Suzita Mohd Resad, 2002,

m.s. 21). Kajian Barry ialah tentang keberkesanan arahan dan gambar berwarna yang

realistik dan bukan realistik. Di mana dalam kajian ini, beliau telah menguji dua teori

yang berlainan tentang kepentingan warna dalam pembelajaran dengan alat pandang.

Hasil kajian beliau mendapati warna memberi suatu demensi untuk pemahaman yang

lebih, iaitu pelajar dapat sesuatu gambaran yang lebih tepat akan sesuatu bahan atau

perkara dan menyenangkan lagi penyimpanan maklumat. Manakala Fungsi warna pula

adalah sebagai kod yang menyenangkan ingatan dan mengingat kembali sesuatu imej.

Seterusnya, Noraziah (1981, dalam Zaiton Zainal, 1991, m.s. 13 ) memberi

beberapa ciri pemilihan bahan yang boleh diambil kira oleh seseorang guru iaitu

bahan tersebut tidak semestinya mahal, boleh dibuat oleh guru sahaja atau bersama

Page 27: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

15

pelajar dengan bimbingan guru. Bahan itu perlulah sederhana dan mudah didapati,

boleh digunakan lebih dari satu mata pelajaran. Ia juga mudah di bawa, ringan dan

mudah diganti, mudah disimpan dan tidak merbahaya.

2.4 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar

Kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komputer dapat

meningkatkan motivasi dan minat pelajar untuk belajar. Menurut kajian yang telah

dijalankan oleh Jonassen (1996, dalam Lim Chap Sam dan Fatimah Salleh, 2003,

m.s. 75), para pelajarnya yang mendapat bahan pengajaran melalui komputer

mempunyai motivasi yang tinggi untuk belajar. Terdapat banyak perisian pendidikan

matematik yang mempunyai unsur-unsur multimedia interaktif. Unsur-unsur tersebut

seperti teks, bunyi dan gambar bertujuan membolehkan pengguna berinteraksi

dengan komputer serta menerima maklum balas daripadanya.

Page 28: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

16

BAB 3

METODOLOGI

Bab ini akan membincangkan tentang prosedur dan proses kajian yang dipilih untuk

dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat dan data tentang masalah minat pelajar

yang perlu dipupuk melalui penggunaan Bahan Bantu Mengajar di Sekolah

Kebangsaan Kem. Ianya memberikan tumpuan kepada reka bentuk kajian, sample

kajian, instrumen kajian, , prosedur kajian dan analisis data.

3.1 Reka bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah bertujuan untuk mencari maklumat dan mengawal varians.

Oleh yang demikian, satu reka bentuk kajian yang kemas diperlukan untuk

mendapatkan maklumat-maklumat bagi menjawab persoalan kajian. Reka bentuk

tinjauan (survey) telah dipilih dengan menggunakan kaedah soal selidik di dalam

proses kajian ini. Kaedah tinjauan didapati sesuai dalam pengurusan kajian seperti ini

kerana ia mengkaji tentang minat responden terhadap tajuk persoalan yang

dikemukakan. Selain itu ia hanya melibatkan kerja-kerja pengumpulan data dan

maklumat daripada responden-responden yang terlibat sahaja. Kajian ini menumpukan

perhatian untuk mengkaji perkaitan di antara Bahan Bantu Mengajar dengan minat.

Page 29: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

17

Kaedah soal selidik adalah satu bentuk kajian yang popular di kalangan para

penyelidik. Ini adalah kerana soalan soal selidik boleh merangkumi bidang yang luas

dan boleh dirangka dengan jelas sehingga boleh dijawab oleh responden tanpa

memerlukan kehadiran penyelidik. Melalui penggunaan soal selidik, identiti

responden dapat dirahsiakan. Ini membolehkan responden menjawab soalan-soalan

berkaitan tanpa kekangan atau keraguan. Namun begitu, langkah pengawasan yang

longgar akan menghasilkan tahap perolehan yang rendah.

Penyelidik berpendapat adalah sukar untuk mendapatkan data melalui kaedah

lain kerana faktor kekangan masa dan persekitaran yang akan dihadapi. Oleh itu

penggunaan soal selidik telah dijadikan sebagai alat kajian kerana ianya dianggap

paling sesuai dalam mendapatkan maklumat bagi usaha menjawab persoalan yang

telah ditimbulkan pada awal kajian ini.

3.2 Instrumen Kajian

Instrumen kajian ialah soal selidik. Soal selidik ini untuk mendapatkan maklumat-

maklumat mengenai kajian. Soal selidik ini mengandungi 2 bahagian. Bahagian A

mengandungi 16 item berkaitan dengan hubungan di antara penggunaan Bahan Bantu

Mengajar dengan minat pelajar. Item-item ini bertujuan untuk mendapatkan data

mengenai pandangan pelajar tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam

menarik minat mereka.

Manakala Bahagian B, 6 item berkisar mengenai jenis-jenis Bahan Bantu

Mengajar yang dapat menarik minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran

Matematik.. 4 item lagi berkenaan dengan ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar. Antara

ciri-cirinya ialah kesesuaian Bahan Bantu Mengajar dengan isi kandungan yang diajar

oleh guru, manakala kejelasan pula untuk mendapatkan maklumat mengenai adakah

Bahan Bantu Mengajar itu dapat dilihat dengan jelas oleh pelajar. Seterusnya ciri

menarik memberi erti dari segi rupa bentuk dan warna yang digunakan pada Bahan

Bantu Mengajar berkenaan. Ciri kekemasan pula, sama ada bahan itu kemas dan utuh

dari segi binaannya, iaitu tidak mudak rosak jika digunakan oleh pelajar nanti. 6 item

Page 30: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

18

lagi mengenai jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang paling menarik perhatian

pelajar bila digunakan.

Dalam kajian ini, jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar diklasifikasikan kepada 6

kumpulan seperti berikut:

1. bahan bercetak: buku rujukan, majalah, surat khabar dan

sebagainya.

2. bahan bukan bercetak: gambar, poster, lukisan, gambarajah,

peta dan sebagainya.

3. bahan 3 Dimensi: model, spesimen, bongkah dan sebagainya.

4. bahan tayangan: Projektor lutsinar(OHP), Projektor slaid, filem

bergerak dan sebagainya.

5. sistem audio: radio, perakam pita audio, piring hitam dan

sebagainya.

6. system video/TV/komputer: perakam pita video, rencana,

dokumentari, program TV Pendidikan, perisian dan sebagainya.

Penggunaan Skala Likert membolehkan pengumpulan data tentang darjah

persetujuan reponden terhadap setiap item yang digunakan. Responden dikehendaki

memilih dan membulatkan pada nombor peringkatan likert yang mengandungi 4

nilai skor. Skala dan skor adalah seperti dalam jadual 3.1 di bawah.

Jadual 3.1 Skala Pemeringkatan Likert Aras Persetujuan Skor

Sangat Tidak Setuju (STS) 1

Tidak Setuju (TS) 2

Setuju ( S ) 3

Sangat Setuju (SS) 4

Page 31: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

19

3.3 Sampel kajian

Kajian ini untuk meninjau sama ada wujud hubungan di antara penggunaan Bahan

Bantu Mengajar dengan minat dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik

oleh pelajar-pelajar tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Kem. Sampel dalam kajian ini

melibatkan 40 orang responden daripada 120 orang pelajar tahun 5 di sekolah

berkenaan. Sampel ini telah di ambil secara rawak.

3.4 Prosedur Kajian

Bagi menjayakan aktiviti pengumpulan data, beberapa langkah tertentu diambil oleh

penyelidik. Di antaranya termasuklah memohon kebenaran dari pihak-pihak yang

berkenaan, seperti Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan

Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan pihak sekolah yang telah dipilih.

Langkah pertama yag dilakukan oleh penyelidik ialah mendapatkan surat

pengesahan daripada pejabat Fakulti Sains dan Teknologi untuk menjalankan kajian

tinjauan seperti mana yang telah dirangkakan. Setelah pengesahan diperolehi, barulah

langkah-langkah selanjutnya dilaksanakan.

Langkah seterusnya ialah penyelidik akan mendapatkan kebenaran daripada

Kememterian Pendidikan Malaysia (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Pendidikan), pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan akhir sekali dari pihak

sekolah iaitu Guru Besar sekolah di mana kajian ini akan dijalankan. Di antara

perkara-perkara yang akan dimaklumkan kepada pihak pentadbiran sekolah ialah

menerangkan tentang tujuan kajian ini diadakan, penglibatan responden kajian serta

tarikh dan masa soal selidik akan diedarkan.

Selepas pemilihan dibuat, pihak penyelidik akan memberikan penerangan

kepada responden yang berkenaan tentang kajian dan cara bagaimana borang soal

selidik perlu dilengkapkan. Penyelidik akan memberikan penjelasan bagi setiap item

soal selidik, supaya responden lebih memahami apa yang dikehendaki oleh item

berkenaan. Set soal selidik ini akan dikumpulkan semula setelah responden selesai

menjawabnya tanpa menghadkan masa.

Page 32: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

20

3.5 Analisis Data

Soal selidik yang telah dijawab akan dipunggut oleh pengkaji secara terus daripada

responden. Sebelum data dianalisis, soal selidik disemak terlebih dahulu untuk

memastikan semua soal selidik dijawab oleh responden mengikut arahan yang

diberikan. Kesemua data yang dikumpulkan akan dianalisis secara deskriptif dan

inferens dengan menggunakan pakej perisian SPSS.

Analisis deskriptif digunakan untuk memerihalkan hubungan di antara

Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar terhadap pembelajaran Matematik.

Penganalisaan data dibuat dengan mencari % , min dan sisihan piawai. Jadual analisis

skor ditunjukkan seperti di jadual 3.2.

Jadual 3.2 Analisis skor bagi min.

Skor Min Petanda

1.00 – 2.00 Sangat Negatif

2.01 − 3.00 Negatif

3.01 – 4.00 Positif

4.01 – 5.00 Sangat Positif

Min yang didapati akan menunjukkan keputusan pernyataan sama ada ke arah

positif atau ke arah negatif. Jika min menunjukkan ke arah positif, maka pernyataan

tersebut diterima dan sebaliknya. Seterusnya dapatan akan dibincangkan hasil dari

analisis data. Hasil daripada perbincangan dan dapatan maka boleh dikemukakan

untuk memperbaiki keadaan sedia ada ke arah yang lebih baik.

Analisis inferensi, Ujian Korelasi Pearson digunakan bagi menentukan

hubungan di antara minat pelajar dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar oeleh

guru. Penyelidik menggunakan aras signifikan 0.01 sebagai panduan bagi

menunjukkan hubungan positif atau negatif.

Page 33: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

21

Kekuatan hubungan di antara dua pembolehubah pula ditentukan melalui nilai

pekali korelasi ( r ) yang dihasilkan. Pekali korelasi ( r ) hasil darab momen Pearson

boleh mengambil sebarang nilai di antara -1 hingga +1. Nilai pekali 1 samada positif

atau negatif menunjukkan hubungan sempurna. ( Mohd Majid Konting, 2000, m.s.

469 ) Pekali korelasi positif menunjukkan hubungan yang mengikut arah yang sama.

Manakala nilai pekali negatif yang signifikan menunjukkan hubungan yang

berlawanan. Nilai pekali negatif yang tidak signifikan menunjukkan tidak ada

hubungan. Semakin besar nilai pekali korelasi bagi faktor-faktor yang dikaji, semakin

kuat hubungan di antara faktor-faktor itu.

Jadual 3.3 menunjukkan penentuan pekali korelasi berdasarkan sumber yang

dipetik daripada Best dan Khan ( 1989, dalam Muriatun Mohd Said, 1998, m.s.21 ).

Jadual 3.3 Penentuan Korelasi Berdasarkan Pekali Korelasi (r)

Nilai ( r ) Kekuatan hubungan

0.00 hingga 0.20 Korelasi boleh diabaikan

0.21 hingga 0.30 Korelasi positif lemah

0.31 hingga 0.60 Korelasi positif sederhana

0.61 hingga 0.80 Korelasi positif kuat

0.81 hingga 1.00 Korelasi positif sangat kuat

-0.00 hingga -0.20 Korelasi negatif boleh diabaikan

-0.21 hingga -0.30 Korelasi negatif lemah

-0.31 hingga –0.60 Korelasi negatif sederhana

-0.61 hingga -0.80 Korelasi negatif kuat

-0.81 hingga -1.00 Korelasi negatif sangat kuat

Page 34: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

22

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

Dalam bab ini dibentangkan dapatan yang diperolehi dari kajian yang telah dijalankan.

Perkara-perkara yang dibincangkan termasuklah huraian mengenai penganalisaan

data-data yang telah dipunggut dari jawapan responden. Ianya merupakan keputusan

statistik hasil dari penganalisaan data-data kajian berkenaan.

4.1 Penganalisaan Data

Pada keseluruhannya penganalisaan dapatan kajian ini dibahagikan kepada dua

bahagian:

a. Hubungan di antara minat dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar.

b. Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar yang sesuai.

c. Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang dapat menarik minat pelajar.

Terdapat seramai 40 orang responden yang dikehendaki memberi jawapan kepada

ietm-item yang telah dikemukakan. Item 1 hingga 16 untuk mendapatkan data tentang

minat pelajar terhadap penggunaan Bahan Bantu Mengajar. Data tentang ciri Bahan

Bantu Mengajar yang sesuai dan jenis Bahan yang menjadi pilihan pelajar terdiri dari

Page 35: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

23

item 17 hingga 26. Item-item ini telah dianalisis secara berasingan dan hasilnya

seperti yang ditunjukkan dalam jadual.

Penyelidik telah memilih dua cara bagi menganalisa hubungan minat dengan

penggunaan Bahan Bantu Mengajar. Pertamnya melalui Skor min dan sisihan piawai.

Manakala cara ke dua ialah dengan melihat hubungan Korelasi antara kedua

pembolehubah tersebut.

4.1.1 Hubungan di antara minat pelajar dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar

4.1.1.1 Berdasarkan Skor Min dan Sisihan piawai

Penyelidik menyenaraikan tahap persetujuan responden terhadap hubungan di antara

minat pelajar dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam satu susunan jadual

mengikut pengiraan min per item berdasarkan Jadual 4.1. Item-item yang dipaparkan

dalam borang soal selidik ada yang bersifat positif dan negatif. Namun begitu

penganalisaan dibuat secara positif, di mana item negatif ditukar terlebih dahulu

semasa penganalisaan.

Jadual 4.1 Min hubungan minat pelajar dengan

penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Pernyataan item Min Sisihan Piawai

Minat belajar matematik jika guru guna BBM 3.53 0.51

Tidak suka belajar Matematik tanpa BBM 3.65 0.48

Bosan belajar Matematik tanpa BBM 3.60 0.63

Seronok belajar Matematik dengan adanya BBM 3.50 0.60

BBM menjadi motivasi untuk belajar Matematik 3.50 0.64

Tidak dapat menumpukan perhatian walaupun ada

guru gunakan BBM 3.55 0.50

Seronok belajar Matematik jika guru menggunakan

BBM 3.53 0.51

Page 36: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

24

Penggunaan BBM dapat mengekalkan minat 3.35 0.62

Minat bertambah jika guru guna BBM 3.45 0.60

Minat buat latihan yang disedia oleh guru dalam

lembaran kerja 3.53 0.55

Penggunaan BBM tidak langsung menarik minat 3.80 0.46

Pembelajaran tidak menarik dengan BBM 3.18 0.87

Penggunaan BBM mendorong minat supaya lebih

rajin belajar 3.68 0.53

Pembelajaran jadi lebih menarik adanya BBM 3.50 0.60

Minat membuat latihan dalam buku rujukan 3.40 0.71

Berjaya menyelesaikan masalah matematik jika

belajar guna BBM 2.95 0.83

Berdasarkan Jadual 4.1 yang menunjukkan min perkaitan hubungan minat pelajar

dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam proses pengajaran pembelajaran

Matemaik. Secara keseluruhannya, didapati skor min yang diperolehi bagi setiap

item di bahagian A adalah tinggi. Dengan merujuk pada Jadual 3.2, skor yang

diperolehi sekitar 3.01 hingga 4.00. Ini bermakna pembolehubah Bahan Bantu

Mengajar dan minat mempunyai hubungan positif. Dapatan kajian ini menunjukkan

bahawa pelajar setuju bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar merupakan satu

cara untuk menarik minat mereka. Kecuali Item 16, skor minnya agak rendah iaitu

2.95 sahaja. Julatnya berada di antara 2.01 hingga 3.00 iaitu hubungan negatif. Ini

bermakna penggunaan Bahan Bantu Mengajar kurang membantu pelajar dalam

menyelesaikan masalah matematik terutama yang bersifat agak kompleks. Namun

begitu pelajar tidak menolak bahawa Bahan Bantu Mengajar memainkan peranan

sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu pelajar menyelesaikan

masalah matematik.

Page 37: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

25

4.1.1.2 Berdasarkan pekali Korelasi Pearson

Jadual 4.2 Korelasi antara minat pelajar dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Pembolehubah Bahan Bantu mengajar

Minat Nilai Korelasi Pearson,

r = 0.670

Nilai Signifikan

= 0.000

Korelasi signifikan pada aras keertian 0.01

Jadual 4.2 menunjukkan keputusan Ujian Korelasi Pearson untuk menentukan

hubungan antara minat pelajar dalam pembelajaran matematik dengan penggunaan

Bahan Bantu Mengajar. Hasil ujian menunjukkan bahawa hubungan positif kuat

antara minat dan bahan Bantu Mengajar. Oleh kerana nilai 0.670 merupakan satu

hubungan yang positif, ini menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan di

antara kedua pemboleh ubah tersebut dengan nilai signifikannya ialah 0.000 iaitiu

lebih kecil dari aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.01.

4.1.2 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar Yang Sesuai

Dalam menyediakan atau memilih Bahan Bantu Mengajar yang mahu digunakan, para

guru perlulah memastikan terlebih dahulu ianya memenuhi ciri-ciri yang berkaitan

seperti yang ditunjukkan di bawah.

Jadual 4.3 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar Yang Sesuai

Ciri-ciri Bahan Bantu Min Sisihan Setuju Tidak

Mengajar Piawai Setuju

Kesesuaian 3.35 0.74 90% 10%

Kejelasan 3.33 0.73 95% 5%

Menarik minat 3.80 0.41 100% -

Kekemasan 3.48 0.55 97.5% 2.5%

Page 38: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

26

Berdasarkan Jadual 4.3, bagi item ciri kesesuaian min 3.35 ,responden menyatakan

bahawa Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru mereka sesuai dengan topik

yang diajarkan. Item kejelasan pula,minnya3.33 menyetujui Bahan Bantu Mengajar

tersebut jelas dan untuk item menarik minat min 3.80, dimana responden mengakui

yang Bahan Bantu Mengajar yang digunakan menarik minat mereka. Manakala bagi

item kekemasan pula min 3.48, menunjukkan responden turut bersetuju Bahan Bantu

Mengajar yang digunakan kemas dari segi binaan dan mudah digunakan.

90

10

95

5

10097,5

2,50

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Peratus

Kesesuaian Kejelasan Menarik Minat Kekemasan

Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar

SetujuTidak Setuju

Rajah 4.1

Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar Yang Sesuai

Page 39: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

27

4.1.3 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang menjadi pilihan pelajar

Jadual 4.4 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar berdasarkan keutamaan pilihan pelajar

Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar Min Sisishan Piawai

Bahan bercetak 3.33 0.89

Bahan bukan bercetak 3.20 0.91

Bahan 3 Dimensi 2.98 0.95

Bahan tayang 3.45 0.68

Bahan audio 2.93 1.08

Bahan video/TV/ computer 3.73 0.51

Berdasarkan jadual 4.4 di muka surat sebelah, didapati responden memilih bahan

video/ TV/ komputer sebagai Bahan Bantu Mengajar yang paling mereka minati itu

min 3.75. Bahan Bantu Mengajar yang menjadi pilihan kedua responden pula bahan

tayangan min 3.45. Seterusnya bahan bercetak dan bahan bukan bercetak pula min

masing-masing ialah 3.33 dan 3.20. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahan 3

Dimensi dan bahan audio kurang diminati dan min yang ditunjukkan hanya 2.98 dan

2.93 sahaja. Graf 4.1 di bawah menunjukkan perbezaan peratus yang diperolehi oleh

setiap jenis Bahan Bantu Mengajar tersebut.

82.5

17.5

SetujuTidak Setuju

Rajah 4. 2 Bahan Bercetak

Page 40: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

28

77.5

22.5

SetujuTidak Setuju

Rajah 4. 3 Bahan Bukan Bercetak

75%

25%

SetujuTidak Setuju

Rajah 4.4 Bahan 3 Dimensi

Page 41: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

29

Setuju90%

Tidak Setuju10%

Rajah 4.5 Bahan Tayang

70%

30%

SetujuTidak Setuju

Rajah 4.6 Bahan Audio

Page 42: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

30

Setuju97%

Tidak Setuju3%

Rajah 4.7 Bahan Video/TV/Komputer

Page 43: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

31

BAB 5

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Di dalam bab ini akan dijelaskan tentang aspek perbincangan dan kesimpulan dari

dapatan analisis data. Rumusan dan kesimpulan ini berdasarkan Bab 1, Bab 2, Bab 3

dan Bab 4. Ekoran dari perbincangan dan kesimpulan ini, beberapa cadangan akan

dikemukakan bagi usaha untuk menarik dan meningkatkan minat para pelajar terhadap

mata pelajaran matematik khususnya.

5.1 Perbincangan

Sebagaimana yang telah dijelaskan di awal kajian ini, minat yang mendalam terhadap

subjek matematik akan mendorong pelajar untuk mengetahui lebih mendalam tentang

sesuatu yang berkaitan dengannya. Dengan kata lain, pelajar yang meminati

matematik tidak akan menganggap ianya suatu yang susah dan membosankan.

Sebaliknya mereka merasakan bahawa mempelajari matematik merupakan satu

aktiviti pembelajaran yang menyeronokan. Tetapi fenomena sebaliknya terjadi pada

pelajar yang tidak minat matematik.

Jadi tujuan kajian ini dilakukan untuk menentukan adakah Bahan Bantu

Mengajar merupakan salah satu cara dalam menarik minat pelajar-pelajar ini supaya

meminati atau sekurang-kurangnya wujud kemahuan dalam diri mereka untuk belajar

Page 44: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

32

matematik. Kaedah yang dipilih dalam kajian ini ialah kaedah tinjauan (survey).

Seramai 36 orang responden terdiri dari pelajar-pelajar tahun lima, Sek. Keb. Kem,

Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan telah dipilih untuk diedarkan soal selidik.

5.1.1 Hubungan antara Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar

Berdasarkankan kepada jadual 4.1, dapatan kajian menunjukkan bahawa keseluruhan

min yang diperolehi bagi setiap item di bahagia A ini adalah tinggi. Didapati

sebahagian besar pelajar memberi respon positif terhadap penggunaan Bahan Bantu

Mengajar dalam pelajaran matematik. Mereka meyokong serta memberi sambutan

yang baik terhadap penggunaan Bahan Bantu Mengajar kerana bagi mereka tanpa

Bahan Bantu Mengajar proses pengajaran dan pembelajaran adalah membosankan. Ini

ditambah lagi dengan anggapan sedia ada pada diri mereka yang matematik

merupakan satu subjek yang sukar.

Manakala berdasarkan pekali Korelasi Pearson yang telah diperolehi, maka

bolehlah disimpulkan bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar dapat menarik

minat pelajar tahun 5 di Sek. Keb. Kem, Peng. Chepa terhadap matematik.

Keputusan ini selari dengan kajian yang telah dijalankan oleh Mohd Sharif

Abdul Manaf (1994, dalam Omar Drahman,1997, m.s 18). Beliau mendapati

penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menimbulkan kesan

positif seperti pelajar lebih berminat dengan pengajaran dan pengajar.

Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan pelajar berpendapat bahawa

penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam pembelajaran matematik telah mendorong

dan memotivasikan diri mereka supaya lebih rajin belajar. Di mana penggunaan

Bahan Bantu Mengajar ini telah menimbulkan rasa seronok pada diri pelajar. Justeru

itu mereka lebih rajin untuk membuat latihan-latihan yang diberikan oleh guru

matematik. Ini termasuklah latihan dalam lembaran kerja ataupun yang terdapat dalam

buku kerja dan rujukan lainnya.

Page 45: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

33

Keputusan kajian ini juga menjelaskan bahawa peranan yang dimainkan oleh

Bahan Bantu Mengajar tidak kurang pentingnya dalam menarik minat para pelajar, Ini

seperti yang dilaporkan dalam kajian yang dijalankan oleh Dale (1963, m.s 67),

mendapati terdapat tujuh nilai penting tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar.

Salah satunya menyatakan bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar boleh

merangsang minat yang tinggi di kalangan para pelajar dan minat merupakan satu

faktor yang penting dalam pembelajaran mereka. Dapatan ini juga turut disokong

oleh dapatan kajian oleh Rulon dan Arnspinger (1998, dalam Mohamad Lebai Ishak,

1998, m.s. 20). Mereka juga turut bersetuju bahawa penggunaan Bahan Bantu

Mengajar boleh merangsang pemikiran dan pemahaman serta lebih banyak isi

pelajaran yang boleh diterima oleh pihak pelajar itu sendiri.

5.1.2 Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar Yang Sesuai

Pada keseluruhannya pelajar menyatakan Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh

guru mereka adalah sesuai, jelas, menarik perhatian dan kemas. Namun begitu mereka

tidak menafikan kadang kala ada di antara Bahan Bantu Mengajar tersebut tidak

memenuhi keempat-empat ciri yang digariskan secara serentak. Ini dapat dilihat pada

bilangan pelajar yang memberi respon kepada item yang terdapat pada borang soal

selidik. Di mana masih ada pelajar yang memberi jawapan negatif tetapi bilangannya

tidaklah ramai. Berdasarkan Jadual 4.3 dan rajah 4.1, untuk ciri kesesuaian dan 90%

sahaja bersetuju dan 10% lagi tidak menyetujuinya. Bagi mereka, mungkin guru boleh

menggunakan Bahan Bantu Mengajar lain yang lebih relevan dengan tajuk yang diajar

berbanding dengan bahan yang telah guru gunakan.

Manakala dari segi kejelasan pula seramai 5% menafikan bahawa Bahan

Bantu Mengajar yang digunakan itu jelas. Ini mungkin disebabkan faktor jarak antara

pelajar dengan Bahan Bantu Mengajar berkenaan, contohnya peta atau carta.

Mungkin bagi pelajar yang duduk di bahagian depan kelas dapat melihat dengan jelas

tetapi bagi pelajar yang duduk di bahagian belakang sudah tentu fokus padangan mata

mereka sudah berkurangan.

Page 46: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

34

Bagi ciri kekemasan pula hanya 2.5% sahaja tidak bersetuju dengan ciri

berkenaan. Ini mungkin disebabkan bahan yang digunakan untuk menghasilkan

Bahan Bantu Mengajar berkenaan bukanlah terdiri bahan yang benar-benar berkualiti

atau mungkin pelajar yang menggunakan bahan berkenaan kurang teliti semasa

penggunaannya.

Perkara di atas mendapat sokongan dari para pengkaji sebelum ini.

Sebagaimana kajian yang telah dijalankan oleh Abd Rahim (1989, dalam Zaiton

Zainal, 1991, m.s. 12 ) yang menyatakan adalah penting bagi memastikan Bahan

Bantu mengajar yang digunakan benar-benar berfungsi dan memberi manfaat kepada

pelajar dan guru. Fakta yang dikemukakan haruslah kemas dan teknik yang digunakan

pula perlu jelas sesuai dengan saiz penglihatan pelajar. Begitu juga dari segi daya

penarik yang perlu ada pada bahan itu selaras dengan kajian Razali (1990 dalam

Zaiton Zainal, 1991, m.s. 15) dan Kajian oleh Barry (1976, dalam Suzita Mohd Resad,

2002, m.s. 22)

5.1.3 Jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar Mengikut Pilihan Pelajar

Hasil kajian menunjukkan wujud variasi peralatan Bahan Bantu Mengajar yang

diminati dan dipilih oleh pelajar. Berdasarkan Rajah 4.2, di mana 97% pelajar lebih

cenderung memilih bahan video, TV atau komputer sebagai pilihan utama mereka. Ini

selari dengan perkembangan sains dan teknologi yang semakin berpengaruh dalam

kehidupan kita hari ini. Kaedah pengajaran dengan menggunakan komputer dapat

meningkatkan motivasi dan minat pelajar. Dapatan ini disokong oleh kajian yang

dibuat oleh Jonassen (1998, dalam Lim Chap Sam dan Fatimah Salleh, 2003, m.s. 75),

beliau mendapati bahan pengajaran melalui komputer memberikan motivasi yang

tinggi kepada pelajar untuk belajar.

Terdapat banyak perisian pendidikan matematik yang mempunyai unsur-unsur

multimedia interaktif. Unsur-unsur tersebut seperti teks, bunyi dan gambar bertujuan

membolehkan pengguna berinteraksi dengan komputer serta menerima maklumbalas

daripadanya. Ciri interaktif yang ada dalam perisian komputer berpotensi

meningkatkan motivasi belajar. Antara ciri-ciri perisian yang baik seperti mesra

Page 47: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

35

pengguna, bersifat interaktif iaitu mampu memberi maklum balas kepada pengguna,

kreatif, mempunyai unsur-unsur peneguhan supaya objektif pembelajaran benar-

benar tercapai,tahan lasak, tiada ralat dan menghiburkan.

Begitu juga penggunaan video, di mana pita rakaman atau vcd mengenai

pendidikan banyak disediakan di pusat sumber negeri. Pihak sekolah boleh

mendapatkan salinannya dari sana ataupun dibeli dari pasaran. Bahagian TV

Pendidikan pula menyediakan banyak rancangan pendidikan yang disiarkan melalui

ASTRO. Kemudahan ini telah disediakan di sekolah oleh pihak yang berkenaan.

Namun begitu bahan Bahan Bantu Mengajar yang lainnya juga turut menjadi pilihan

pelajar. Berdasarkan Rajah 4.4, 90% pelajar bersetuju dengan penggunaan Bahan

Tayangan. Manakala Jenis Bahan Bantu Mengajar yang kurang mendapat sambutan

dari pelajar ialah Bahan Audio iaitu 70%, sahaja pelajar memilih bahan jenis ini.

Walau apapun bahan Bahan Bantu Mengajar yang digunakan jika guru tahu

mengendalikannya dengan baik akan menarik minat pelajar untuk terus mengikuti

pengajarannya. Hasil penemuan ini turut di sokong oleh dua orang pengkaji berikut

iaitu Naim Ahmad(1989, m.s. 64) dan Nurudin Jamin (1983, dalam Hasimah Yassim,

2000 m.s.12). Naim Ahmad telah merumuskan hasil kajiannya tentang keberkesanan

media pengajar iaitu mempelbagaikan media pengajaran boleh menimbulkan minat

yang berterusan dalam diri pelajar. Manakala dalam kajian Nurudin pula, beliau

mendapati bahawa model buatan berjaya menarik minat para pelajar disebabkan

keadaannya 3 dimensi. Minat ini patut dieksploitasikan untuk menggerakkan perasaan

ingin tahu dan imaginasi pelajar.

5.1 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan yang

melibatkan penggunaan Bahan Bantu Mengajar. Secara keseluruhannya pelajar

berpendapat Bantu Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru berupaya menarik

minat mereka. Dengan kata lain memang wujud hubungan positif di antara

penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar. Bahan Bantu Mengajar

yang digunakan oleh guru telah dapat mengelak kebosanan pelajar dalam kelas

Page 48: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

36

matematik dan menukarkannya kepada suasana yang memupuk minat yang positif

terhadap matematik.

Bahan Bantu Mengajar yang baik mestilah memenuhi ciri-cirinya. Kesesuaian

bahan dengan isi pelajaran yang diajar penting bagi memastikan isi pelajaran yang

disampaikan dapat diterima dengan jelas oleh pelajar. Seterusnya kekemasan,

kejelasan dan menarik perhatian pelajar mesti dipenuhi. Jika tidak Bahan Bantu

Mengajar yang digunakan tidak mampu mencapai matlamat penggunaan Bantu Bantu

Mengajar tersebut.

Jelaslah kepada kita dari kajian ini, jenis Bahan Bantu Mengajar yang paling

diminati oleh pelajar berbentuk bahan elektronik selaras denagn keperluan masa kini.

Walau bagaimanapun tidak kira apa jua Bahan Bantu Mengajar yang digunakan dalam

pengajaran pembelajaran,yang perlu dipastikan ianya mesti dapat menyediakan

suasana pembelajaran yang memberangsangkan minat pelajar.

5.3 Cadangan

Berdasarkan kepada kesimpulan yang telah didapati, pengkaji cuba memberi beberapa

cadangan dan strategi yang dirasakan sesuai dalam pengajaran matematik

berbantukan Bahan Bantu Mengajar agar dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

5.3.1 Cadangan Untuk Guru.

a. Guru-guru perlulah meningkatkan kemahiran diri dalam menghasilkan dan

mengendalikan Bahan Bantu Mengajar supaya dapat memenuhi ciri-ciri

yang sepatutnya. Guru perlu bersedia menghadiri kursus yang berkaitan

dengan Bahan Bantu Mengajar.

b. Pengendalian pengajaran Matematik dengan bantuan Bahan Bantu Mengajar

hendaklah dijalankan dengan cara yang menarik supaya pelajar mendapat

kesan positif.

Page 49: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

37

5.3.2 Cadangan Untuk Pihak Sekolah

a. Sentiasa peka dengan kewujudan Bahan Bantu Mengajar berbentuk perisian

yang terdapat di pasaran dan menyediakan peruntukan sewajarnya bagi

mendapatkannya.

b. Menyediakan kemudahan prasarana seperti bilik tayangan dan peralatan terkini

terutama media alat pandangan dengar.

c. Merancang dan mengadakan aktiviti penghasilan Bahan Bantu Mengajar yang

terancang dan berkesan dengan bantuan guru yang berkenaan.

5.3.3 Saranan Untuk Kajian Pada Masa Depan.

a. Kajian adalah mengenai persepsi pelajar tahap dua terhadap tahap pengunaan

Bahan Bantu Mengajar oleh guru matematik sewaktu pengajaran mereka.

b. Mengkaji secara khusus jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar dengan menilai

tahap keberkesanannya dan pengaruhnya kepada pelajar.

c. Masa dan waktu soal selidik haruslah dipanjangkan dan disesuaikan supaya

responden kajian dapat menjawab dengan lebih berhati-hati dan ini akan

memberikan keputusan yang lebih tepat.

Page 50: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

38

RUJUKAN Abd. Rahman Hj. Husin. 1979. Media teknologi dan pendidikan. Jurnal Guru, Feb (1)

m.s. 22 – 26.

Adnan Khamis ( 1986 ), Pertalian Sikap Pelajar Dan Perkaitannya Dengan Pencapaian Akademik. Jurnal Pendidikan, 10 & 11, 17-30.

Aini Hassan (1993). Pendidikan Untuk Kreativiti: Sejauh manakah kita memahaminya? Jurnal Guru. Mei (5) m.s. 11 –15.

Azman Awang (1988). Imej Guru Matematik : Suatu Kajian Kes Di Sek. Men. Teknik Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Tesis Sarjana Muda UTM

Crow dan Crow (1983). Psikologi Pndidikan Untuk Penguruan (Terjemahan Habibah Elias). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dale, E. (1969). Audio – Visual Method in Teaching. New York : Holt Rinehart and Winston.

Dayang Tiawa Awang Hamid (1996). Satu Tinjauan Untuk Melihat Keberkesanan Penggunaan Video / Kamera Dalam Mempelajari Sifir 1 hingga 9 Bagi Pelajar Di Sekolah Rendah Daerah Johor Bahru. Tesis Sarjana. UTM.

Fatimah Ali. (1980). Media Murah untuk pengajaran: Pemilihan dan penggunaan. Kertas Kerja dalam seminar Konvokesyen Pendidikan ke 5 di Johor Bahru. Anjuran Persatuan Suluh Budiman dan Kerjaya.

Mohd Nawi Ab Rahman (1998). Kaedah Statistik. Universiti Putra Malaysia.

Habibah Alias dan Rahil Hj. Mahyuddin, (1990). Psikologi Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Che Su. (1981). Teknologi di bidang pendidikan. Majalah Widya, November,

Kuala Lumpur: Adabi.

Hassan Abu Bakar. 1990). Tinjauan alat dan bahan dalam pengajaran Bahasa Malaysia. hlm. 23 – 38. Kuala Lumpur: Printing Sdn. Bhd.

Page 51: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

39

Hassan Husin dan Zalilah Ibrahim (1992).Difusi dan Budaya ABM dalam pendidikan Sains dan Matematik: Satu Tinjauan Awal. Kertas Kerja dibentangkan pada Seminar Pendidikan Sains dan Matematik, di UTM, 2 – 4 Mei, 1992.

Ismail Abd. Hamid (1999). Minat Matematik Bagi Murid-murid di Sebuah-Sekolah di Daerah Kulai, Johor. Tesis Ijazah Sarjana Muda yang tidak diterbitkan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia.

Joseph Low Eng Guan. (1994). Kemahiran Berfikir Dalam Matematik. (44, 1994). Berita Matematiki Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. M.s. 22 – 34.

Kamal Basha Madarsha, et. Al. (1987). Pola Penggunaan Alat Bantu Mengajar oleh Guru Pelatih UTM Semasa Latihan Mengajar. Kertas Kerja dibentangkan pada Bengkel Latihan Mengajar Antara Universiti Kali Keempat, 7 – 8 Dis, 1987.

Kamaruddin Hj Husin. (1986). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Longman Sdn. Bhd.

Leonard M.S, Yong Karen, L.Biratman (1996). Guru Yang Kreatif : Isu-Isu Teoririka Dan Aplikasi Praktik. Kuala Lumpur : Arenabuku Sdn. Bhd.

Lim Chap Sam, Fatimah Salleh, Munirah Ghazali (2003). Alat Bantu Mengajar Matematik. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Mahat Ibrahim. (1997). Penggunaan ABM dalam Pengajaran Matematik di kalangan guru-guru Sek. Ren. Daerah Batu Pahat. Satu kajian. Tesis Sarjana Muda, UTM. Minat Tentukan Kecemerlangan Matematik (2001-2002). Diperolehi Ogos19,2003 daripada http://myschoolnet.ppk.kpm.my/arkib/a_berita/2002/11_01_02.htm.

Mok Soon Sang. (1996). Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (1992). Psikologi, Strategi pengajaran dan Penilaian Matematik, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mohd. Najib Ghafar. (1997). Asas Penyelidikan Sains Sosial, Johor:.UTM.

Mohd. Dahlan Mohd Ramli. (1992). Keberkesanan Penggunaan Alat dan Bahan Bantu Mengajar Peserta-peserta KPK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Satu Tinjauan. Mei (4) Jurnal Guru m.s. 270 –280.

Mohd. Nashuha Zainudin dan rakan-rakan. (1992). Kemahiran Berfikir dan belajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Page 52: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

40

Musa Daia. Sejarah Perkembangan Pendidikan dan Persekolahan di Malaysia: Pustaka aman Press, 1966.

Naim Hj. Ahmad. (1994). Video pendidikan: Tinjauan pendidikan Jarak Jauh Ciri

dan Penilaian, Jurnal Wawasan. Mac: m.s.57 – 65.

Norazila Ariff & Norazlina Yusop (2003). Hubungan Peranan Ibu Bapa dan Kaedah Pengajaran Guru Dalam Mempengaruhi Minat Pelajar Dalam Pembelajaran Matematik. Laporan Penyelidikan yang tidak diterbitkan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanajong Malim, Perak, Malaysia.

Oemar Hamalik.(1982). Media Pendidikan Bandung: Penerbit Alumni.

Omar bin Drahman. (1997). Persepsi Pelajar Diploma perguruan Malaysia Terhadap penggunaan Media Oleh Pensyarah Di Maktab Perguruan Batu Pahat. Tesis Sarjana. UTM.

Rashidi Azizan & Abd. Razak Habib. (1996). Pengajaran Dalam Bilik Darjah: Kaedah dan strategi. Kajang: Masa Enterprise.

Rohani Kasmani. (1999). Tinjauan mengenai persepsi pelajar terhadap penggunaan ABM dalam pengajaran Matematik di Sek. Men Dato’ Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nenas, Johor. UTM.

Tang Ching Tong (1992). Satu kajian mengenai perbezaan sikap dengan pencapaian dalam matapelajaran matematik moden antara pelajar jurusan sains dan sastera. Latihan ilmiah. UM.

Yusup Hashim. (1997). Media Pengajaran Untuk Pendidikan Dan Latihan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Yusup Hashim (1998). Teknologi Pengajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Page 53: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

41

LAMPIRAN A

Borang soal selidik (untuk dijawab oleh pelajar)

Arahan: Jawab semua soalan di setiap bahagian. Sila bulatkan satu daripada 4 aras

persetujuan anda yang terdapat di setiap hujung pernyataan tersebut.

Rujukan pernyataan:

Aras persetujuan Skor

Sangat Tidak Setuju (STS) 1

Tidak Setuju (TS) 2

Setuju (S) 3

Sangat Setuju (SS) 4

Bahagian A

Hubungan minat pelajar dengan Bahan Bantu Mengajar STS TS S SS Contoh: Saya gembira belajar Matematik. 1 2 3 4

1. Saya sangat minat belajar Matematik bila guru menggunakan Bahan Bantu Mengajar semasa mengajar. 1 2 3 4 2. Saya tidak suka belajar Matematik tanpa Bahan Bantu Mengajar.. 1 2 3 4 3. Saya rasa bosan belajar Matematik sekiranya guru tidak menggunakan Bahan Bantu Mengajar semasa mengajar. 1 2 3 4 4. Saya merasa seronok belajar Matematik dengan adanya Bahan Bantu Mengajar. 1 2 3 4

Page 54: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

42

5. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh guru menjadi motivasi kepada saya untuk mengikuti pelajaran Matematik. 1 2 3 4

6. Saya tidak dapat menumpukan perhatian walaupun guru menggunakan Bahan Bantu Mengajar semasa mengajar. 1 2 3 4 7. Saya berasa seronok belajar Matematik jika guru menggunakan Bahan Bantu Mengajar 1 2 3 4 8. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan semasa pengajaran dapat mengekalkan minat saya pada subjek Matematik. 1 2 3 4

9. Minat saya pada Matematik bertambah bila guru

menggunakan Bahan Bantu Mengajar dalam pengajarannya. 1 2 3 4

10. Saya berminat membuat latihan Matematik yang disediakan oleh guru pada lembaran kerja. 1 2 3 4 11. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh guru tidak langsung menarik minat saya pada Matematik. 1 2 3 4 12. Pembelajaran Matematik tidak menarik dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar. 1 2 3 4 13. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar oleh guru telah mendorong minat saya untuk lebih rajin belajar Matematik. 1 2 3 4 14 Pembelajaran Matematik menjadi lebih menarik dengan adanya Bahan Bantu Mengajar. 1 2 3 4 15. Saya minat membuat latihan Matematik yang terdapat dalam buku rujukan selain yang diberi oleh guru. 1 2 3 4 16. Saya berjaya menyelesaikan masalah Matematik apabila guru gunakan Bahan Bantu Mengajar ketika mengajar. 1 2 3 4

Page 55: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

43

Bahagian B Ciri-ciri Bahan Bantu Mengajar yang sesuai. 17. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru sesuai dengan isi pelajaran yang disampaikan. 1 2 3 4 18. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru dapat dilihat dengan jelas. 1 2 3 4 19. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru menarik perhatian saya. 1 2 3 4 20. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan oleh guru kemas dan mudah digunakan. 1 2 3 4 Saya sangat seronok jika Bahan Bantu Mengajar berikut digunakan oleh guru semasa mengajar.

Jenis BBM STS TS S SS 21. Bahan bercetak 1 2 3 4

22. Bahan bukan bercetak 1 2 3 4

23. Bahan 3D 1 2 3 4

24. Bahan Tayangan 1 2 3 4

25. Bahan audio 1 2 3 4

26. Bahan video dan komputer 1 2 3 4

*SELAMAT MENJAWAB*

*TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA*

Page 56: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

44

Lampiran B Frequency Table

A1

19 47.5 47.5 47.521 52.5 52.5 100.040 100.0 100.0

34Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

CumulativePercent

A2

14 35.0 35.0 35.026 65.0 65.0 100.040 100.0 100.0

34Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

CumulativePercent

A3

1 2.5 2.5 2.513 32.5 32.5 35.026 65.0 65.0 100.040 100.0 100.0

134Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

CumulativePercent

A4

2 5.0 5.0 5.016 40.0 40.0 45.022 55.0 55.0 100.040 100.0 100.0

234Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

CumulativePercent

A5

1 2.5 2.5 2.517 42.5 42.5 45.022 55.0 55.0 100.040 100.0 100.0

134Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

CumulativePercent

A6

18 45.0 45.0 45.022 55.0 55.0 100.040 100.0 100.0

34Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

CumulativePercent

Page 57: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

45

A7

19 47.5 47.5 47.521 52.5 52.5 100.040 100.0 100.0

34Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

CumulativePercent

A8

3 7.5 7.5 7.520 50.0 50.0 57.517 42.5 42.5 100.040 100.0 100.0

234Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

CumulativePercent

A9

2 5.0 5.0 5.018 45.0 45.0 50.020 50.0 50.0 100.040 100.0 100.0

234Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

CumulativePercent

A10

1 2.5 2.5 2.517 42.5 42.5 45.022 55.0 55.0 100.040 100.0 100.0

234Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

CumulativePercent

A11

1 2.5 2.5 2.56 15.0 15.0 17.5

33 82.5 82.5 100.040 100.0 100.0

234Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

CumulativePercent

A12

3 7.5 7.5 7.53 7.5 7.5 15.0

18 45.0 45.0 60.016 40.0 40.0 100.040 100.0 100.0

1234Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

CumulativePercent

Page 58: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

46

A13

1 2.5 2.5 2.511 27.5 27.5 30.028 70.0 70.0 100.040 100.0 100.0

234Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

CumulativePercent

A14

2 5.0 5.0 5.016 40.0 40.0 45.022 55.0 55.0 100.040 100.0 100.0

234Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

CumulativePercent

A15

1 2.5 2.5 2.52 5.0 5.0 7.5

17 42.5 42.5 50.020 50.0 50.0 100.040 100.0 100.0

1234Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

CumulativePercent

A16

1 2.5 2.5 2.512 30.0 30.0 32.516 40.0 40.0 72.511 27.5 27.5 100.040 100.0 100.0

1234Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

CumulativePercent

A17

1 2.5 2.5 2.53 7.5 7.5 10.0

17 42.5 42.5 52.519 47.5 47.5 100.040 100.0 100.0

1234Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

CumulativePercent

Page 59: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

47

A18

2 5.0 5.0 5.021 52.5 52.5 57.517 42.5 42.5 100.040 100.0 100.0

134Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

CumulativePercent

A19

8 20.0 20.0 20.032 80.0 80.0 100.040 100.0 100.0

34Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

CumulativePercent

A20

1 2.5 2.5 2.519 47.5 47.5 50.020 50.0 50.0 100.040 100.0 100.0

234Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

CumulativePercent

B21

2 5.0 5.0 5.05 12.5 12.5 17.5

11 27.5 27.5 45.022 55.0 55.0 100.040 100.0 100.0

1234Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

CumulativePercent

B22

2 5.0 5.0 5.07 17.5 17.5 22.5

12 30.0 30.0 52.519 47.5 47.5 100.040 100.0 100.0

1234Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

CumulativePercent

Page 60: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

48

B23

4 10.0 10.0 10.06 15.0 15.0 25.0

17 42.5 42.5 67.513 32.5 32.5 100.040 100.0 100.0

1234Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

CumulativePercent

B24

4 10.0 10.0 10.015 37.5 37.5 47.521 52.5 52.5 100.040 100.0 100.0

234Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

CumulativePercent

B25

6 15.0 15.0 15.06 15.0 15.0 30.0

13 32.5 32.5 62.515 37.5 37.5 100.040 100.0 100.0

1234Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

CumulativePercent

B26

1 2.5 2.5 2.59 22.5 22.5 25.0

30 75.0 75.0 100.040 100.0 100.0

234Total

ValidFrequency Percent Valid Percent

CumulativePercent

Page 61: Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate

49

Lampiran C Correlations Descriptive Statistics

Mean Std. Deviation NBBM 3.50 .38 40

Minat terhadap Matematik 82.3000 14.2976 40 Correlations

BBM Minat terhadap MatematikBBM Pearson Correlation 1.000 .670

Sig. (2-tailed) . .000N 40 40

Minat terhadap Matematik

Pearson Correlation .670 1.000

Sig. (2-tailed) .000 .N 40 40

** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).