hubungan modul (kppi) dengan peningkatan ilmu … · islam dan pembangunan sosial ... mempunyai...

29
HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU RUMAH TANGGA DALAM KALANGAN BAKAL PENGANTIN: KAJIAN DI PEJABAT AGAMA DAERAH KUALA TERENGGANU, TERENGGANU NASIRAH BINTI MANSOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lycong

Post on 22-May-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU … · Islam dan Pembangunan Sosial ... mempunyai hubungan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam ... analisis menunjukkan bahawa

HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU RUMAH

TANGGA DALAM KALANGAN BAKAL PENGANTIN: KAJIAN DI

PEJABAT AGAMA DAERAH KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

NASIRAH BINTI MANSOR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU … · Islam dan Pembangunan Sosial ... mempunyai hubungan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam ... analisis menunjukkan bahawa
Page 3: HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU … · Islam dan Pembangunan Sosial ... mempunyai hubungan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam ... analisis menunjukkan bahawa
Page 4: HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU … · Islam dan Pembangunan Sosial ... mempunyai hubungan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam ... analisis menunjukkan bahawa
Page 5: HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU … · Islam dan Pembangunan Sosial ... mempunyai hubungan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam ... analisis menunjukkan bahawa
Page 6: HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU … · Islam dan Pembangunan Sosial ... mempunyai hubungan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam ... analisis menunjukkan bahawa

iii

Buat suami tercinta

Khairil Anuar b. Mohamed

terima kasih atas kepercayaan dan keikhlasan

hidupku selalu kan damaikan hatimu

Teristimewa buat ayah dan ibu

Mansor b. Abdullah dan Zahrah bt. Awang

terima kasih atas segala pengorbanan dan nasihat

along, angah, eloh

moga kemesraan bersemi selamanya

Allahyarham Abdul Qahhar b. Mansor

moga rohmu dicucuri RahmatNya

Penyelia, Ustaz Abdullah Sulong

Pensyarah-pensyarah di UTM

bimbingan dan tunjuk ajar kalian amat ku hargai

Sahabat-sahabat yang disayangi

Terima kasih kerana sudi menemani

Moga ukhuwah mekar selamanya

Page 7: HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU … · Islam dan Pembangunan Sosial ... mempunyai hubungan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam ... analisis menunjukkan bahawa

iv

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas

Rasul junjungan Muhammad SAW. Setinggi - tinggi kesyukuran dipanjatkan

kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan Projek

Sarjana Muda ini hingga ke noktah yang terakhir.

Setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Ustaz

Abdullah bin Sulong selaku penyelia projek yang telah banyak membimbing,

mendorong dan memberi tunjuk ajar serta nasihat sepanjang tempoh menyiapkan

Projek Sarjana Muda ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian

Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) dan Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia dan ahli keluarga yang banyak memberi dorongan dan

sokongan. Tidak lupa buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu

menyumbangkan idea dan bahan sampingan.

Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala usaha yang dilakukan akan

mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Mudah-mudahan hasil kajian ini

memberi manfaat kepada semua pembaca.

Page 8: HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU … · Islam dan Pembangunan Sosial ... mempunyai hubungan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam ... analisis menunjukkan bahawa

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat pengetahuan peserta selepas menghadiri

Kursus Pra Perkahwinan Islam dan mengenal pasti faktor-faktor modul yang

mempunyai hubungan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam kalangan bakal

pengantin. Faktor-faktor modul tersebut ialah Asas Pembinaan Insan, Prosedur

Undang-Undang Keluarga Islam dan Asas Pengurusan Keluarga. Satu set soal

selidik yang mengandungi 47 item telah diedarkan kepada 128 responden yang

mengikuti kursus anjuran Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu. Ianya akan

dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min

menggunakan Statistical Package for Social Science 14.0 for Windows. Hasil kajian

rintis menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha 0.961. Secara keseluruhannya, hasil

analisis menunjukkan bahawa pengetahuan ilmu rumah tangga responden setelah

menghadiri Kursus Pra Perkahwinan Islam adalah tinggi iaitu pada tahap min 4.39.

Di samping itu, faktor Modul Asas Pembinaan Insan, Modul Prosedur Undang-

Undang Keluarga Islam dan Modul Asas Pengurusan Keluarga juga berada pada

tahap nilai min yang tinggi iaitu masing-masing 4.44, 4.34 dan 4.37. Analisis secara

inferensi dilakukan menggunakan pekali korelasi Pearson (r) untuk melihat

hubungan yang wujud antara kedua-dua angkubah. Dapatan kajian menunjukkan

terdapat hubungan yang signifikan antara faktor peningkatan ilmu rumah tangga

dengan Modul Prosedur Undang-Undang Keluarga Islam iaitu r = 0.572, Modul

Asas Pembinaan Insan r = 0.565 dan Modul Asas Pengurusan Keluarga r = 0.564.

Page 9: HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU … · Islam dan Pembangunan Sosial ... mempunyai hubungan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam ... analisis menunjukkan bahawa

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to see the participants’ knowledge after

attending the Islamic Pre Marriage Course and also to identify the module factors

that are related with the increase of family management knowledge. The module

factors are The Basic Human Development, The Islamic Family Law Procedures and

The Basic Family Management. A set of questionnaire with 47 questions were

distributed to 128 participants at the Kuala Terengganu Islamic District. A

descriptive analysis has been done obtain the frequency value, percentage, and mean

by using Statistical Package For Social Science (SPSS) version 14.0 for Windows.

The pilot research conducted shows that the Cronbach’s Alpha value is 0.961.

Overall, the result of the analysis shows that the increases of family management

knowledge among the participants with the highest mean level of 4.39. In addition,

The Basic Human Development Module, The Islamic Family Law Procedures

Module and The Basic Family Management Module have highest mean the value of

4.44, 4.34 and 4.37. The data obtained has been analyzed by using Pearson

correlation (r) which is the inference statistic, to see the relationship between the two

variables. The findings of this research shows that there are significant relations

between the increase of family management knowledge factors The Islamic Family

Law Procedures Module is r = 0.572 followed by The Basic Human Development

Module with the value r = 0.565 and The Basics Family Management Module with

the value r = 0.564.

Page 10: HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU … · Islam dan Pembangunan Sosial ... mempunyai hubungan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam ... analisis menunjukkan bahawa

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI AYAT AL-QURAN xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Hipotesis Kajian 8

1.7 Kepentingan Kajian 9

Page 11: HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU … · Islam dan Pembangunan Sosial ... mempunyai hubungan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam ... analisis menunjukkan bahawa

viii

1.8 Batasan Kajian 10

1.9 Definisi Istilah 10

1.9.1 Hubungan 10

1.9.2 Modul 11

1.9.3 Kursus 11

1.9.4 Pra Perkahwinan 11

1.9.5 Ilmu Rumah tangga 12

1.10 Penutup 13

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Rumah Tangga Dari Kaca Mata Islam 15

2.3 Kursus Pra Perkahwinan Islam (KPPI) 18

2.4 Latar Belakang KPPI 20

2.5 Objektif KPPI 21

2.6 Kepentingan KPPI 22

2.7 Faktor-faktor Modul Yang Mempunyai Hubungan

Dengan Peningkatan Ilmu Rumah Tangga

23

2.7.1 Modul Asas Pembinaan Insan

2.7.1.1 Akidah Islamiah

2.7.1.2 Ibadah

2.7.1.3 Akhlak Islamiah

2.7.1.4 Munakahat

24

24

25

27

27

2.7.2 Modul Prosedur Undang-undang Keluarga

Islam

2.7.2.1 Prosedur Perkahwinan Mengikut

Undang-undang Keluarga Islam

28

28

2.7.3 Modul Asas Pengurusan Keluarga

2.7.3.1 Hubungan Dalam Keluarga

2.7.3.2 Pengurusan Sumber Keluarga

2.7.3.3 Komunikasi Suami Isteri

2.7.3.4 Pengurusan Konflik

29

29

30

30

31

2.8 Kajian Lepas 32

Page 12: HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU … · Islam dan Pembangunan Sosial ... mempunyai hubungan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam ... analisis menunjukkan bahawa

ix

2.9 Penutup 34

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 35

3.2 Rekabentuk Kajian 35

3.3 Tempat Kajian 36

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 37

3.5 Instrumen Kajian

3.5.1 Pengumpulan Data Primer

3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder

38

38

41

3.6 Kaedah Pengumpulan Data 41

3.7 Kajian Rintis 42

3.8 Analisis Data 43

3.9 Penutup 45

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 46

4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden 47

4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut

Jantina

4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut Umur

4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut

Pekerjaan

4.2.4 Latarbelakang Responden Mengikut Tahap

Pendidikan Terakhir

4.2.5 Latar Belakang Kategori Responden Yang

Mempunyai Pasangan

47

48

48

49

50

4.3 Bahagian B: Analisis Deskriptif 50

4.3.1 Analisis Data Mengenai Pengetahuan

Peserta Kursus Setelah Menghadiri KPPI Di

PADKT

4.3.2 Analisis Data Mengenai Persepsi Peserta

KPPI Terhadap Faktor-Faktor Modul Yang

50

Page 13: HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU … · Islam dan Pembangunan Sosial ... mempunyai hubungan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam ... analisis menunjukkan bahawa

x

Penting Kepada Peningkatan Ilmu Rumah

Tangga Dalam Kalangan Bakal Pengantin

Di PADKT

4.3.2.1 Taburan Kekerapan Mengikut Peratus

Dan Min Bagi Faktor Modul Asas

Pembinaan Insan

4.3.2.2 Taburan Kekerapan Mengikut Peratus

Dan Min Bagi Faktor Modul

Prosedur Undang-Undang Keluarga

Islam

4.3.2.3 Taburan Kekerapan Mengikut Peratus

Dan Min Bagi Faktor Modul Asas

Pengurusan Keluarga

57

57

64

71

4.4 Bahagian C (Analisis Inferensi) 79

4.4.1 Analisis Korelasi 79

4.5 Anlisis Keseluruhan 81

4.6 Penutup 82

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 83

5.2 Perbincangan

5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden

5.2.2 Pengetahuan Peserta Kursus Setelah

Menghadiri KPPI Di PADKT

5.2.3 Persepsi Peserta KPPI Terhadap Faktor-

Faktor Modul Yang Penting Kepada

Peningkatan Ilmu Rumah Tangga Dalam

Kalangan Bakal Pengantin Di PADKT

5.2.3.1 Modul Asas Pembinaan Insan

5.2.3.2 Modul Prosedur Undang-Undang

Keluarga Islam

5.2.3.3 Modul Asas Pengurusan Keluarga

5.2.4 Analisis Inferensi

83

84

85

87

87

89

90

92

Page 14: HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU … · Islam dan Pembangunan Sosial ... mempunyai hubungan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam ... analisis menunjukkan bahawa

xi

5.3 Rumusan

5.3.1 Melihat Pengetahuan Peserta Kursus Setelah

Menghadiri KPPI Di PADKT

5.3.2 Mengenal Pasti Faktor-Faktor

Modul Seperti Modul Asas Pembinaan

Insan, Modul Prosedur Undang-Undang

Keluarga Islam Dan Modul Asas

Pengurusan Keluarga Yang Penting Kepada

Peningkatan Ilmu Rumah Tangga Dalam

Kalangan Bakal Pengantin Di PADKT

5.3.3 Hubungan Faktor Modul KPPI Dengan

Peningkatan Ilmu Rumah Tangga Dalam

Kalangan Bakal Pengantin

93

93

94

94

5.4 Cadangan

5.4.1 Menitikberatkan Modul Prosedur Undang-

undang Keluarga Islam

5.4.2 Memberi Perhatian Terhadap Modul Asas

Pembinaan Insan

5.4.3 Mengemaskini Semula Faktor Modul Asas

Pengurusan Keluarga

95

95

96

96

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 97

5.6 Penutup 98

RUJUKAN 99

LAMPIRAN 105

Page 15: HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU … · Islam dan Pembangunan Sosial ... mempunyai hubungan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam ... analisis menunjukkan bahawa

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

Jadual 3.1 Jumlah peserta KPPI di PADKT 37

Jadual 3.2 Pengkelasan Skala Likert 39

Jadual 3.3 Maklumat setiap bahagian, jenis konstruk dan

jumlah item dalam soal selidik

40

Jadual 3.4 Nilai skor min 43

Jadual 3.5 Interpretasi Nilai Korelasi 44

Jadual 4.1 Taburan jantina responden 47

Jadual 4.2 Taburan umur responden 48

Jadual 4.3 Taburan pekerjaan responden 48

Jadual 4.4 Taburan tahap pendidikan terakhir responden 49

Jadual 4.5 Taburan kategori responden sama ada mempunyai

pasangan atau tidak

50

Jadual 4.6 Taburan skor min bagi item satu 50

Jadual 4.7 Taburan skor min bagi item dua 51

Jadual 4.8 Taburan skor min bagi item tiga 51

Jadual 4.9 Taburan skor min bagi item empat 52

Jadual 4.10 Taburan skor min bagi item lima 52

Jadual 4.11 Taburan skor min bagi item enam 53

Jadual 4.12 Taburan skor min bagi item tujuh 53

Jadual 4.13 Taburan skor min bagi item lapan 54

Jadual 4.14 Taburan skor min bagi item sembilan 55

Page 16: HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU … · Islam dan Pembangunan Sosial ... mempunyai hubungan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam ... analisis menunjukkan bahawa

xiii

Jadual 4.15 Taburan skor min bagi item sepuluh 55

Jadual 4.16 Taburan min keseluruhan bagi pengetahuan

peserta setelah menghadiri KPPI

56

Jadual 4.17 Taburan skor min bagi item 11 57

Jadual 4.18 Taburan skor min bagi item 12 57

Jadual 4.19 Taburan skor min bagi item 13 58

Jadual 4.20 Taburan skor min bagi item 14 58

Jadual 4.21 Taburan skor min bagi item 15 59

Jadual 4.22 Taburan skor min bagi item 16 59

Jadual 4.23 Taburan skor min bagi item 17 60

Jadual 4.24 Taburan skor min bagi item 18 60

Jadual 4.25 Taburan skor min bagi item 19 61

Jadual 4.26 Taburan skor min bagi item 20 62

Jadual 4.27 Taburan skor min bagi item 21 62

Jadual 4.28 Taburan skor min bagi item 22 63

Jadual 4.29 Taburan min keseluruhan bagi faktor Modul Asas

Pembinaan Insan

63

Jadual 4.30 Taburan skor min bagi item 23 64

Jadual 4.31 Taburan skor min bagi item 24 65

Jadual 4.32 Taburan skor min bagi item 25 65

Jadual 4.33 Taburan skor min bagi item 26 66

Jadual 4.34 Taburan skor min bagi item 27 67

Jadual 4.35 Taburan skor min bagi item 28 67

Jadual 4.36 Taburan skor min bagi item 29 68

Jadual 4.37 Taburan skor min bagi item 30 69

Jadual 4.38 Taburan skor min bagi item 31 69

Jadual 4.39 Taburan skor min bagi item 32 70

Jadual 4.40 Taburan min keseluruhan bagi faktor Modul

Prosedur Undang-Undang Keluarga Islam

71

Jadual 4.41 Taburan skor min bagi item 33 71

Jadual 4.42 Taburan skor min bagi item 34 72

Jadual 4.43 Taburan skor min bagi item 35 73

Jadual 4.44 Taburan skor min bagi item 36 73

Page 17: HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU … · Islam dan Pembangunan Sosial ... mempunyai hubungan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam ... analisis menunjukkan bahawa

xiv

Jadual 4.45 Taburan skor min bagi item 37 74

Jadual 4.46 Taburan skor min bagi item 38 74

Jadual 4.47 Taburan skor min bagi item 39 75

Jadual 4.48 Taburan skor min bagi item 40 76

Jadual 4.49 Taburan skor min bagi item 41 76

Jadual 4.50 Taburan skor min bagi item 42 77

Jadual 4.51 Taburan min keseluruhan bagi faktor Modul Asas

Pengurusan Keluarga

78

Jadual 4.52 Hubungan antara peningkatan ilmu rumah tangga

dengan faktor Modul Asas Pembinaan Insan

79

Jadual 4.53 Hubungan antara peningkatan ilmu rumah tangga

dengan faktor Modul Prosedur Undang-Undang

Keluarga Islam

80

Jadual 4.54 Hubungan antara peningkatan ilmu rumah tangga

dengan faktor Modul Asas Pengurusan Keluarga

80

Jadual 4.55 Nilai min bagi keseluruhan konstruk item 81

Jadual 4.56 Keputusan Korelasi 82

Jadual 5.1 Keputusan Korelasi 92

Page 18: HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU … · Islam dan Pembangunan Sosial ... mempunyai hubungan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam ... analisis menunjukkan bahawa

xv

SENARAI AYAT AL-QURAN

AL-QURAN HALAMAN

Surah al-Rum, 30: 21 1

Surah Yaasin, 36: 36 15

Surah al-Ahzab, 33: 21 16

Surah al-Dzariyaat, 51: 56 25

Page 19: HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU … · Islam dan Pembangunan Sosial ... mempunyai hubungan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam ... analisis menunjukkan bahawa

xvi

SENARAI SINGKATAN

Bil. Bilangan

dsb Dan sebagainya

Ha Hipotesis alternatif

Ho Hipotesis nol

JAIS Jabatan Agama Islam Selangor

JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

JAWI Jabatan Agama Wilayah Persekutuan

JHEAT Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu

KPP Kursus Pra Perkahwinan

KPPI Kursus Pra Perkahwinan Islam

KS Kurang Setuju

MBKPPI Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam

N Jumlah Responden

No. Nombor

PADKT Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu

r Pekali Korelasi

S Setuju

SAW Sallallahu ’Alaihi Wasallam

SPSS Statistical Package for Social Science

SS Sangat Setuju

STS Sangat Tidak Setuju

SWT Subhanahu Wa Ta’ala

TS Tidak Setuju

x Pemboleh Ubah Bebas

y Pemboleh Ubah Bersandar

Page 20: HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU … · Islam dan Pembangunan Sosial ... mempunyai hubungan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam ... analisis menunjukkan bahawa

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 106

B Tentatif KPPI di PADKT, Terengganu 112

Page 21: HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU … · Islam dan Pembangunan Sosial ... mempunyai hubungan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam ... analisis menunjukkan bahawa

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kehidupan lebih indah apabila wujudnya suasana berkasih sayang dan

harmoni seperti di alam perkahwinan. Terdapat sebahagian manusia menjadikan

tujuan nikah itu sebagai untuk mendapatkan keseronokan semata-mata. Bagi orang

Islam, tujuan ini adalah menyimpang dari tujuan sebenar. Perkahwinan adalah suatu

ikatan suci dan mulia bagi manusia untuk menjamin kelangsungan generasi akan

datang. Matlamat ini dijelaskan oleh Allah SWT:

⎯ ÏΒuρ ÿ⎯ Ïμ ÏG≈ tƒ# u™ ÷βr& t, n=y{ / ä3 s9 ô⎯ ÏiΒ öΝ ä3 Å¡àΡr& %[`≡ uρø—r& (# þθãΖä3 ó¡ tFÏj9 $yγ øŠs9 Î) Ÿ≅ yèy_uρ Νà6 uΖ÷ t/

Zο ¨Š uθ̈Β ºπ yϑôm u‘ uρ 4 ¨βÎ) ’ Îû y7 Ï9≡ sŒ ;M≈ tƒ Uψ 5Θöθs) Ïj9 tβρã©3 x tGtƒ ∩⊄⊇∪

Maksudnya : “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatnya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu

Page 22: HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU … · Islam dan Pembangunan Sosial ... mempunyai hubungan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam ... analisis menunjukkan bahawa

2

mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir ” .

(Surah al-Rum, 30: 21)

Setiap rumah tangga yang didirikan adalah bertujuan untuk mencipta suatu

mahligai yang bahagia dan aman damai dan rasa kasih sayang antara suami isteri.

Dalam firman Allah SWT di atas menunjukkan bahawa sesungguhnya isteri-isteri

merupakan pasangan yang boleh menghiburkan suami dan begitu juga sebaliknya.

Ayat di atas juga menyebut dengan jelas tabii semulajadi manusia yang suka

berpasangan dan mengingini ketenteraman jiwa wujud di antara pasangan lelaki dan

perempuan. Oleh itu, membujang tidak digalakkan dalam ajaran agama Islam. Ini

kerana, perkahwinan digolongkan sebagai sunnah Rasulullah SAW dan baginda

menggalakkan golongan belia berkahwin jika mempunyai persiapan-persiapan yang

mencukupi (Mohd. Nor Manuty, 2003: 2).

Menurut Nik Azis Nik Pa (2002: 1), perkahwinan ialah satu bentuk komitmen

dan dedikasi antara seorang lelaki dengan seorang perempuan untuk hidup bersama

dalam sebuah rumah tangga. Penyatuan antara kedua-duanya yang saling kasih

mengasihi dalam perkahwinan wajib melalui akad beserta syarat dan rukun

perkahwinan yang sah. Jalinan perkahwinan bukan sahaja meghasilkan satu ikatan

yang sah, tetapi ianya juga akan melahirkan zuriat yang bakal mewarisi kehidupan

manusia hari ini dan akan datang.

Keluarga tidak akan wujud tanpa adanya perkahwinan di antara lelaki dan

perempuan. Untuk membina keluarga, pasangan suami isteri tidak hanya melalui

akad sahaja, bahkan yang lebih penting adalah persediaan untuk menempuh alam

rumah tangga itu sendiri. Lebih-lebih lagi keluarga yang perlu dibina adalah

keluarga bahagia umpama “baiti jannati” yang bermaksud Rumahku Syurgaku.

Bertepatan dengan itu, Islam memandang serius hal-hal yang berkaitan dengan

perkahwinan dan pembentukan institusi keluarga agar tercapai hasrat untuk

mewujudkan sebuah keluarga aman lagi damai bahkan Islam telah menggariskan

Page 23: HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU … · Islam dan Pembangunan Sosial ... mempunyai hubungan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam ... analisis menunjukkan bahawa

3

bimbingan dan panduan yang mantap untuk menuju ke arah itu (Syarifah Syukriah

Tuan Habib, 2003: 13).

Setiap manusia dikurniakan akal untuk berfikir. Mereka juga perlu sabar

dalam menghadapi masalah yang timbul dalam keluarga di samping mencari

penyelesaian dengan bijaksana. Perkara asas yang yang perlu dipelajari atau

dikuasai oleh ibu bapa termasuklah pengetahuan agama tentang keibubapaan,

kebolehan mendidik anak, kemahiran berkomunikasi, kebolehan memberikan kasih

sayang, kebolehan menguruskan rumah tangga, dan kecekapan mengatasi

ketegangan dalam keluarga (Nik Azis Nik Pa, 1996: 5). Oleh itu, jelas di sini

bahawa pendidikan sebelum perkahwinan adalah amat penting bagi pasangan yang

ingin mendirikan rumah tangga.

1.2 Latar Belakang Masalah

Islam memandang bahawa permasalahan dalam pembentukan keluarga

bahagia perlu diberi perhatian sebelum sesebuah ikatan perkahwinan terjalin lagi. Ini

kerana terdapat pelbagai aspek dalam perkahwinan yang mesti diketahui oleh setiap

pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga. Antaranya adalah perkara-perkara

yang berhubung dengan tanggungjawab suami isteri, nafkah, hak-hak suami isteri,

perkongsian biologis dan seksual, kepimpinan dan sebagainya. Jika setiap aspek ini

dapat difahami dengan baik, maka akan tercapailah sebuah rumah tangga yang

bahagia dan stabil.

Jika dilihat pada hari ini, masyarakat lebih memandang mudah tentang hal-

hal yang berkaitan perkahwinan. Ini kerana, masyarakat hari ini lebih terpengaruh

dengan budaya Barat yang menganggap perkahwinan boleh dilangsungkan apabila

pasangan pengantin mempunyai persefahaman. Bagi mencari persefahaman, mereka

Page 24: HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU … · Islam dan Pembangunan Sosial ... mempunyai hubungan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam ... analisis menunjukkan bahawa

4

melakukan pelbagai perkara yang ditegah oleh agama mereka, malah ada yang telah

mempunyai beberapa orang anak dan setelah sekian lama, mereka mengambil

keputusan untuk melangsungkan perkahwinan.

Fenomena tersebut amat dilarang di dalam Islam. Perkahwinan adalah proses

awal ke arah pembentukan sebuah keluaga. Keluarga pula adalah asas kehidupan

yang penting dalam sejarah kehidupan anak-anak Adam. Tanpa ikatan kekeluargaan

yang kukuh, masyarakat akan menjadi tidak harmoni. Menurut Syarifah Syukriah

Tuan Habib (2003: 15), membangunkan keluarga diumpamakan membentuk dan

membangun syurga dunia yang merupakan impian setiap insan. Namun

pembentukan dan pembangunan syurga dunia ini adalah tidak semudah yang

disangka kerana asas-asas keimanan dan ketaqwaan yang kukuh perlu ditanam dalam

sesebuah keluarga.

Proses membina keluarga yang bahagia adalah satu proses yang berterusan.

Sesebuah keluarga tidak hanya dikatakan bahagia apabila institusi keluarganya

sempurna. Bahkan ianya adalah sempurna apabila institusi keluarganya bahagia.

Menurut Yahaya Mahamood dalam Noorzila Jamaluddin (2003: 28), dalam keadaan

normal kehidupan kita termasuk alam perkahwinan pasti ada naik turunnya. Tetapi

tidak dinafikan banyak kes yang berlaku sekarang memberi kesan kepada hubungan

dalam rumah tangga. Antaranya kes keganasan rumah tangga, penderaan dan

pengabaian tanggungjawab.

Pembentukan sesebuah rumah tangga yang aman dan bahagia terhasil dari

kombinasi suami isteri yang faham dengan jelas akan peranan dan tanggungjawab

masing-masing. Suami diwajibkan berusaha mencari nafkah untuk menampung

kehidupan keluarga, melindungi serta mempertahankan keluarganya. Namun

demikian, kebelakangan ini seringkali dilaporkan bahawa ramai suami yang alpa dan

lupa akan tanggungjawab mereka. Mereka gagal untuk memimpin dan memelihara

diri sendiri, apatah lagi untuk berfungsi sebagai peneraju utama dalam keluarga.

Page 25: HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU … · Islam dan Pembangunan Sosial ... mempunyai hubungan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam ... analisis menunjukkan bahawa

5

Pada 19 Feb 2007, Utusan Malaysia memaparkan berita yang berlaku di

Pulau Pinang. Seorang ibu dilaporkan menjerut dua orang anaknya sehingga

meninggal dunia. Ini adalah disebabkan suaminya memberitahu bahawa dia

berhasrat untuk berkahwin lagi. Undang-undang dalam kehidupan Islam telah

melarang setiap manusia berbunuhan antara satu sama lain. Di sini menunjukkan

bahawa betapa pentingnya iman dan taqwa dalam diri seseorang terhadap Allah

SWT. Apabila ianya ditanam di dalam hati, hidup kita dijamin dengan kebahagiaan.

Kegagalan memahami dengan jelas hak dan tanggungjawab dalam

perkahwinan, gagal berkomunikasi dengan baik dalam menyelesaikan masalah

rumah tangga menjadikan sesebuah rumah tangga itu bermasalah. Ianya tidak akan

terhenti setakat itu sahaja, bahkan akan mengakibatkan kepada berlakunya perceraian

antara suami dan isteri. Menurut Khairul Arifin Mohd Munir (2004: 33), pencarian

ilmu tidak terbatas kepada membaca dalam skop kursus tertentu, bidang akademik

tertentu atau di atas faktor orientasi peperiksaan. Ia perlu diperluaskan kepada

pelbagai disiplin keilmuan. Tambahnya lagi, ilmu bukan sekadar mendapat

maklumat tetapi kemampuan kita untuk membudayakan dan memanfaatkan ilmu

tersebut.

Oleh itu, pendidikan kekeluargaan dan keibubapaan adalah penting dalam

suasana kini agar institusi kekeluargaan yang akan dibina oleh setiap pasangan tidak

menghadapi masalah. Ianya juga perlu bagi menghapuskan pemikiran golongan kini

yang lebih menjuruskan ke arah Barat. Seterusnya, akan dapat melahirkan generasi

yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga cemerlang dari segi

sahsiah dan dalam masa yang sama mampu memberi sumbangan bermakna kepada

masyarakat (Khairul Arifin Mohd Munir, 2004: 34).

Page 26: HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU … · Islam dan Pembangunan Sosial ... mempunyai hubungan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam ... analisis menunjukkan bahawa

6

1.3 Pernyataan Masalah

Jika dilihat kepada masalah yang berlaku kini, terdetik rasa bimbang tentang

masa depan umat manusia. Ini termasuklah masalah keruntuhan rumah tangga yang

sering terjadi. Statistik penceraian di kalangan pasangan Islam menjadi bukti dan

turut mengundang kebimbangan kepada semua. Pada tahun 2005 sahaja seramai

16,500 pasangan Islam yang bercerai berbanding dengan penceraian dikalangan

pasangan bukan Islam yang mencatat sejumlah 3,000 pasangan yang bercerai (Berita

Harian, 15 Disember 2006).

Masalah keruntuhan rumah tangga juga sering dikaitkan secara langsung

dengan keberkesanan Kursus Pra Perkahwinan Islam (KPPI) yang diwajibkan oleh

kerajaan kepada pasangan bakal pengantin yang ingin mendirikan rumah tangga. Isu

ini perlu dipandang serius agar masyarakat tidak lagi manyalahkan KPPI jika

berlakunya lagi kes-kes seumpama yang disebutkan di atas.

Sehingga ke hari ini, sememangnya amat banyak KPPI dianjurkan oleh

semua pihak sama ada badan kerajaan ataupun institusi swasta. Namun, masih juga

berlaku kes seperti perceraian, penderaan dan sebagainya di dalam keluarga. Di sini

masalahnya ialah, adakah KPPI mampu member kesan yang positif dalam

membekalkan rumah tangga kepada bakal pengantin? Oleh itu, kajian dijalankan

untuk melihat kepentingan modul KPPI berkenaan dalam membantu

mempertingkatkan ilmu rumah tangga dalam kalangan bakal pengantin.

Page 27: HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU … · Islam dan Pembangunan Sosial ... mempunyai hubungan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam ... analisis menunjukkan bahawa

7

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut:

1.4.1 Untuk mengetahui pengetahuan peserta KPPI setelah menghadiri kursus

anjuran Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu (PADKT), Terengganu,

mengenai ilmu rumah tangga.

1.4.2 Untuk mengenal pasti persepsi peserta KPPI terhadap faktor-faktor Modul

Asas Pembinaan Insan, Modul Prosedur Undang-Undang Keluarga Islam dan

Modul Asas Pengurusan Keluarga yang penting kepada peningkatan ilmu

rumah tangga dalam kalangan bakal pengantin di PADKT, Terengganu.

1.4.3 Untuk menganalisa hubungan antara faktor Modul Asas Pembinaan Insan,

faktor Modul Prosedur Undang-Undang Keluarga Islam dan faktor Modul

Asas Pengurusan Keluarga dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam

kalangan bakal pengantin di PADKT, Terengganu.

1.5 Persoalan Kajian

Bagi mencapai objektif kajian, penyelidik telah menggariskan beberapa

persoalan kajian bagi menjawab objektif kajian yang telah digariskan. Antara

persoalan kajian tersebut ialah:

Page 28: HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU … · Islam dan Pembangunan Sosial ... mempunyai hubungan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam ... analisis menunjukkan bahawa

8

1.5.1 Apakah pengetahuan peserta KPPI setelah menghadiri kursus anjuran Pejabat

Agama Daerah Kuala Terengganu (PADKT), Terengganu, mengenai ilmu

rumah tangga?

1.5.2 Bagaimanakah persepsi peserta KPPI terhadap faktor-faktor Modul Asas

Pembinaan Insan, Modul Prosedur Undang-Undang Keluarga Islam dan

Modul Asas Pengurusan Keluarga yang penting kepada peningkatan ilmu

rumah tangga dalam kalangan bakal pengantin di PADKT, Terengganu?

1.5.3 Sejauh manakah hubungan antara faktor Modul Asas Pembinaan Insan, faktor

Modul Prosedur Undang-Undang Keluarga Islam dan faktor Modul Asas

Pengurusan Keluarga dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam kalangan

bakal pengantin di PADKT, Terengganu?

1.6 Hipotesis Kajian

Bagi menjawab persoalan adakah terdapat hubungan di antara faktor Modul

Asas Pembinaan Insan, Modul Prosedur Undang-Undang Keluarga Islam dan Modul

Asas Pengurusan Keluarga dalam meningkatkan ilmu rumah tangga, beberapa

hipotesis telah dibentuk seperti berikut:

Ha 1: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor Modul Asas

Pembinaan Insan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam

kalangan bakal pengantin di PADKT, Terengganu.

Ha 2: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor Modul Prosedur

Undang-Undang Keluarga Islam dengan peningkatan ilmu rumah

tangga dalam kalangan bakal pengantin di PADKT, Terengganu.

Page 29: HUBUNGAN MODUL (KPPI) DENGAN PENINGKATAN ILMU … · Islam dan Pembangunan Sosial ... mempunyai hubungan dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam ... analisis menunjukkan bahawa

9

Ha 3: Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor Modul Asas

Pengurusan Keluarga dengan peningkatan ilmu rumah tangga dalam

kalangan bakal pengantin di PADKT, Terengganu.

1.7 Kepentingan Kajian

Pengkaji berharap agar kajian yang dilakukan ini dapat memberi pendedahan

dan dimanfaatkan oleh seluruh umat Islam. Kajian yang dijalankan ini mempunyai

beberapa kepentingan yang ingin disampaikan iaitu:

1.7.1 Kajian ini membolehkan pihak berwajib seperti JAKIM dan jabatan agama

negeri-negeri untuk bertindak dengan bijaksana dalam menilai kembali

MBKPPI.

1.7.2 Kajian ini diharap dapat menyedarkan bakal pengantin khususnya dan

masyarakat Islam umumnya supaya lebih prihatin terhadap pelaksanaan

KPPI.

1.7.3 Hasil kajian diharap memberi maklumat kepada institusi swasta yang

menganjurkan KPPI untuk bakal pengantin untuk sama-sama membantu

memperkukuhkan institusi kekeluargaan.