hubungan mesra antara muawiyah dengan ahlul bait

9
8/14/2019 Hubungan Mesra Antara Muawiyah Dengan Ahlul Bait http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-mesra-antara-muawiyah-dengan-ahlul-bait 1/9 Hubungan Mesra Antara Muawiyah Dengan Ahlul Bait Dipetik dari web: www.darulkautsar.net  Di antara tuduhan yang dilontarkan kepada Sayyidina Muawiyah r.a ialah kononnya beliau telah melayani Bani Hasyim terutamanya di kalangan Ahlul Bait dengan buruk dan telah bertindak kejam terhadap mereka, selain daripada tidak pernah terjalinnya perhubungan yang baik di antara mereka dengan Muawiyah dan seterusnya khulafa’ daripada kalangan Bani Umaiyyah.  Alasan yang selalu dikemukakan ialah berpunca daripada gambar sejarah yang sememangnya bercampur baur di antara kebenaran dan kebatilan. Sebenarnya kita tidak hairan dengan riwayat sejarah yang memuatkan cerita-cerita seumpama itu apabila kita memeriksa perawi-perawi (pewarta-pewarta) yang merupakan sumber cerita-cerita itu.  Begitupun jika kita meneliti dengan cermat dan saksama terhadap fakta-fakta yang terdapat di dalam kitab-kitab sejarah samada ditinjau dari sudut riwayat mahupun dirayah dengan cepat akan teserlah di hadapan kita kepalsuan tuduhan-tuduhan itu. Kenyataan yang dapat disimpulkan daripada fakta-fakta sejarah itu amat bertentangan sekali dengan tuduhan yang terdapat di dalamnya. Ini ialah kerana tak mungkin boleh terjalinnya hubungan persemendaan sebagai menantu, besan, biras dan lain-lain di antara dua keluarga yang bermusuhan begitu sekali seperti yang tersebut di dalam kitab-kitab sejarah. Tidak mungkin  juga orang-orang yang bermaruah seperti individu-individu daripada kalangan Ahlul Bait terutama Hasan dan Husain r.a boleh menerima hadiah-hadiah saguhati, cenderamata atau habuan daripada orang yang zalim dan kejam yang sentiasa merendahkan kehormatan mereka.  Begitu juga tidak masuk akal jika orang-orang yang terhormat dan mulia seperti Sayyyidina Hasan dan Husain r.a boleh berulang alik ke istana Muawiyah yang dikatakan sebagai penipu dan jahat itu kemudian pulang dengan membawa hadiah-hadiah yang nilainya beratus-ratus ribu dirham, kecuali jika diterima bahawa Sayyidina Hasan dan Husin dan juga Ahlul Bait yang lain sebagai orang-orang yang gila dunia atau mata duitan.  

Upload: darulkautsar

Post on 30-May-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hubungan Mesra Antara Muawiyah Dengan Ahlul Bait

8/14/2019 Hubungan Mesra Antara Muawiyah Dengan Ahlul Bait

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-mesra-antara-muawiyah-dengan-ahlul-bait 1/9

Hubungan Mesra Antara Muawiyah Dengan Ahlul Bait

Dipetik dari web: www.darulkautsar.net

 

Di antara tuduhan yang dilontarkan kepada Sayyidina Muawiyah r.a ialah kononnya beliau

telah melayani Bani Hasyim terutamanya di kalangan Ahlul Bait dengan buruk dan telah

bertindak kejam terhadap mereka, selain daripada tidak pernah terjalinnya perhubungan

yang baik di antara mereka dengan Muawiyah dan seterusnya khulafa’ daripada kalangan

Bani Umaiyyah.

 

Alasan yang selalu dikemukakan ialah berpunca daripada gambar sejarah yangsememangnya bercampur baur di antara kebenaran dan kebatilan. Sebenarnya kita tidak

hairan dengan riwayat sejarah yang memuatkan cerita-cerita seumpama itu apabila kita

memeriksa perawi-perawi (pewarta-pewarta) yang merupakan sumber cerita-cerita itu.

 

Begitupun jika kita meneliti dengan cermat dan saksama terhadap fakta-fakta yang terdapat

di dalam kitab-kitab sejarah samada ditinjau dari sudut riwayat mahupun dirayah dengan

cepat akan teserlah di hadapan kita kepalsuan tuduhan-tuduhan itu. Kenyataan yang dapat

disimpulkan daripada fakta-fakta sejarah itu amat bertentangan sekali dengan tuduhan

yang terdapat di dalamnya. Ini ialah kerana tak mungkin boleh terjalinnya hubungan

persemendaan sebagai menantu, besan, biras dan lain-lain di antara dua keluarga yang

bermusuhan begitu sekali seperti yang tersebut di dalam kitab-kitab sejarah. Tidak mungkin

 juga orang-orang yang bermaruah seperti individu-individu daripada kalangan Ahlul Bait

terutama Hasan dan Husain r.a boleh menerima hadiah-hadiah saguhati, cenderamata atau

habuan daripada orang yang zalim dan kejam yang sentiasa merendahkan kehormatan

mereka.

 

Begitu juga tidak masuk akal jika orang-orang yang terhormat dan mulia seperti Sayyyidina

Hasan dan Husain r.a boleh berulang alik ke istana Muawiyah yang dikatakan sebagai

penipu dan jahat itu kemudian pulang dengan membawa hadiah-hadiah yang nilainya

beratus-ratus ribu dirham, kecuali jika diterima bahawa Sayyidina Hasan dan Husin dan juga

Ahlul Bait yang lain sebagai orang-orang yang gila dunia atau mata duitan.

 

Page 2: Hubungan Mesra Antara Muawiyah Dengan Ahlul Bait

8/14/2019 Hubungan Mesra Antara Muawiyah Dengan Ahlul Bait

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-mesra-antara-muawiyah-dengan-ahlul-bait 2/9

Bagaimana mungkin kejam dan zalimnya orang yang Sayyidina Hasan dan Husain turut

serta di dalam jihad yang dilancarkannya di samping menyandang pula jawatan-jawatan

istimewa dalam kerajaan pimpinannya.

 

Di sini akan dikemukakan beberapa contoh dari fakta sejarah untuk menghapuskan segalatuduhan-tuduhan palsu itu:

 

1) Hubungan baik di antara Sayyidina Muawiyah dan Ahlul Bait terutama

Sayyidina Hasan dan Husain r.a.

 

Ibnu Katsir menulis, “Pada zaman pemerintahannya, Sayyidina Muawiyah melayan

Sayyidina Hasan dan Husin dengan penuh mesra dan menghadiahkan kepada mereka

hadiah-hadiah yang berharga. Pernah pada suatu hari beliau menghadiahkan wang

sebanyak dua ratus ribu dirham kepada mereka berdua” (Al Bidayah wa An-Nihayah, jilid 8

m.s. 50).

 

Ibnu Abil Hadid menulis, “Muawiyah memberikan habuan terutama kepada Hasan dan

Husain sebanyak seratus ribu dirham. Anaknya Yazid pula memberikan habuan tahunan

kepada merka berdua sebanyak dua ratus ribu dirham. Sebanyak itu juga diberinya kepada

Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Ja’afar (ipar Sayyidina Husain iaitu suami kepada

Zainab, adiknya)” (Syarah Nahjul Balaghah).

 

Selain daripada habuan tahunan sebanyak seratus ribu dirham itu, Sayyidina Husain

dikirimkan bermacam-macam cenderamata dan hadiah-hadiah berharga oleh Muawiyah dan

Sayyidina Husain menerimanya dengan gembira sekali.

 

Sayyidina Husain berkunjung ke kediaman Muawiyah seorang diri dan kadang-kadang

bersama abangnya Hasan pada tiap-tiap tahun dan Sayyidina Muawiyah melayani mereka

dengan baik dan penuh penghormatan. Beliau memberikan kepada mereka bermacam-

macam hadiah. Selepas kewafatan Hasan, Sayyidina Husain tetap berkunjung ke kediaman

Muawiyah pada tiap-tiap tahun. Beliau dilayani dengan baik dan penuh penghormatan oleh

Muawiyah. (Al Bidayah wa An-Nihayah, jilid 8, m.s. 150-151)

 

Pernah pada sutu ketika Sayyidina Hasan telah dihadiahkan oleh Muawiyah wang sebanyak

empat juta dan pada ketika yang lain pula Sayyidina Hasan dan Husain telah dihadiahkan

dua juta dirham. (Al Bidayah wa An-Nihayah, jilid 8, m.s. 137).

 

Page 3: Hubungan Mesra Antara Muawiyah Dengan Ahlul Bait

8/14/2019 Hubungan Mesra Antara Muawiyah Dengan Ahlul Bait

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-mesra-antara-muawiyah-dengan-ahlul-bait 3/9

Pernah Sayyidina ‘Aqil (abang Sayyidina Ali r.a) memerlukan empat puluh ribu dirham maka

beliau pergi menemui Muawiyah dan menyatakan keperluan itu kepadanya. Muawiyah

bermurah hati kepadanya dan terus memberikan wang sebanyak lima puluh ribu dirham.

(Usdul Ghabah, jilid 3, m.s. 223).

 Sayyidatina Aisyah r.a pernah dikirimkan oleh Muaiwiyah wang sebanyak seratus ribu

dirham dan sebaik sahaja Aisyah menerimanya dia terus membahagi-bahagikannya kepada

orang-orang lain (yang memerlukannya) pada hari itu juga.

 

Pada suatu ketika pernah Sayyidatina Aisyah berhutang sebanyak 18 ribu dinar (Muawiyah

mendapat tahu tentang itu ) maka beliau pun menjelaskan kesemua hutang Aisyah itu.

 

Pernah juga Muawiyah mengirimkan seutas kalung yang berharga seratus ribu dirham

kepada Aisyah. Kiriman itu diterima oleh Aisyah dengan gembira sekali.

 

Pernah Sayyidina Hussain dan Abdullah Bin Ja’far At Thayyar menghantar utusannya

kepada Muawiyah untuk meminta bantuan kewangan daripada beliau, maka wang sebanyak

sejuta dirham dikirimkan kepada mereka. Pada ketika yang lain pula Muawiyah mengirimkan

wang kepada Sayyidina Hassan, Abdullah Bin Ja’far At Thayyar, Abdullah Bin Umar dan

Abdullah Bin Zubair sebanyak seratus ribu dirham.

 

Setelah mendapat tahu tentang kewafatan Sayyidina Hassan, Muawiyah pergi menemui

Abdullah bin Abbas untuk mengucapkan takziah kepadanya. Muawiyah berkata kepada

Abdullah Bin Abbas, “Semoga Allah tidak menyedihkan dan menyusahkann hatimu atas

kematian Hassan ini”. Ibnu Abbas lantas menyahut, “Semoga Allah tidak menyedihkan dan

menyusahkan hatimu selama Allah memanjangkan umurmu”. (Al Bidayah Wa An

Nihayah,jilid 8 m.s. 136 – 138.)

 

2) Menyandang jawatan istimewa di dalam kerajaan Muawiyah.

 

Di antara individu dari Bani Hasyim ada yang menyandang jawatan istimewa (seperti qadhi

dan lain-lain) didalam pemerintahan Muawiyah.

 

Di Madinah, Marwan Bin Al Hakam adalah gabenor yang dilantik oleh Muawiyah. Ketika itu

perlu adanya seorang qadhi (hakim) di Madinah. Oleh itu, Marwan telah melantik Abdullah

Bin Al Harith Bin Naufal Bin Al Harith Bin Abdul Muttalib sebagai qadhi di Madinah. Lantaran

itu sesetengah golongan mengatakan itulah qadhi yang mula-mula dilantik di Madinah.

Page 4: Hubungan Mesra Antara Muawiyah Dengan Ahlul Bait

8/14/2019 Hubungan Mesra Antara Muawiyah Dengan Ahlul Bait

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-mesra-antara-muawiyah-dengan-ahlul-bait 4/9

 

Ibnu Sa’ad menulis di dalam Thobaqatnya: daripada Abi Al Ghaits, katanya: “Aku mendengar

Abu Hurairah berkata”, “Setelah Marwan Al Hakam dilantik sebagai gabenor bagi pihak

Muawiyah di Madinah iaitu pada tahun 42 Hijrah, beliau telah melantik Abdullah bin Al Harith

sebagai qadhi di Madinah. Abu Hurairah berkata, “Itulah qadhi yang mula-mula aku lihatdalam Islam (di Madinah)”. Thobaqat Ibnu Sa’ad jilid 5 m.s. 13). Kenyatan yang sama di

dalam Tarikh At Thobari, jilid 6 m.s. 12 di bawah tajuk peristiwa yang berlaku pada tahun 42

Hijrah.

 

3) Qustam Bin Abbas r.a dan Sayyidina Hassan r.a ikut serta di dalam jihad yang

dilancarkan oleh Muwiyah di zaman pemerintahannya.

 

Qustam Bin Abbas terbilang di antara sahabat kecil Rasullullah SAW. Beliau adalah saudara

sesusu dengan Sayyidina Husin Bin Ali. Beliau telah pergi ke Khurasan di zaman

pemerintahan Muawiyah untuk tujuan jihad. Kemudian beliau pergi pula ke Samarkand.

Panglima perang yang beliau ikuti di dalam peperangan itu ialah Said Bin Uthman Bin Affan.

Akhirnya beliau telah mendapat syuhada (syahid) dalam peperangan di Samarkand.

 

Demikian tersebut didalam Thobaqot Ibnu Sa’ad, jilid 7, m.s. 101, Nasabu quraisyin, m.s. 27,

 Tahtazikri Auladi Abbas, Siaru ‘Alami An Nubala’, jilid 3 m.s. 292, Syarah Nahjul Balaghah

Ibnu Abil Hadid, jilid 5, m.s. 72.

 

Ahli-ahli sejarah menyebutkan dengan jelas bahawa Sayyidina Hussin juga turut serta di

dalam jihad yang dilancarkan di zaman pemerintahan Muawiyah. Beliau menyertai jihad itu

dengan suka cita dan relahati, bukan dengan paksaan malah telah memberikan pertolongan

yang sepenuhnya dalam jihad itu.

 

Ibn Katsir menulis, “Setelah Sayyidina Hassan wafat, Sayyidina Husain pada tiap-tiap tahun

tetap mengunjungi Muawiyah. Beliau dikurniakan dengan hadiah-hadiah dan dimuliakan

oleh Muawiyah. Beliau pernah menyertai angkatan tentera yang menyerang Constantinople

di bawah pimpinan anak Muawiyah iaitu Yazid pada tahun 51 H”. (Al Bidayah Wa An

Nihayah, jilid 8, m.s. 151). Perkara yang sama termaktub di dalam Tahzibu Tarikhi Ibni

Asakir, jilid 4, m.s. 311, Tazkirah Husain bin Ali.

 

4) Hubungan persemendaan di antara Bani Umaiyyah dan Bani Hasyim

 

Page 5: Hubungan Mesra Antara Muawiyah Dengan Ahlul Bait

8/14/2019 Hubungan Mesra Antara Muawiyah Dengan Ahlul Bait

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-mesra-antara-muawiyah-dengan-ahlul-bait 5/9

Hubungan persemendaan di antara Bani Hasyim dan Bani Ummaiyah terjalin semenjak

sebelum Islam lagi dan berterusan hingga ke zaman-zaman pemerintahan Bani Umayyah.

Daripada kenyataan-kenyataan sejarah dapat dilihat betapa mesra dan eratnya hubungan di

antara mereka.

 Permusuhan dan perseteruan di antara mereka tidak lebih daripada cerita-cerita rekaan

yang dicipta oleh golongan musuh-musuh Islam dengan tujuan membuktikan kepada dunia

bahawa semangat perkauman jahiliyah masih lagi menguasai mereka dan begitu tebal

sehingga kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW sendiri masih gagal mencabut

sampai ke akar umbinya.

 

Sebaliknya daripada fakta-fakta sejarah yang masih lagi boleh dirujuk dan dianggap

muktabar samada daripada kalangan Ahli Sunnah mahupun musuh mereka Syiah, dapat kita

temui kenyataan-kenyataan yang menyangkal dan mendustakan cerita-cerita rekaan itu.

 

 Tidak mungkin terjadi hubungan persemendaan di antara dua golongan yang bermusuhan

dengan begitu banyak sekali dalam keadaan perseteruan di antara mereka sampai

menumpahkan darah dan memaki hamun di antara satu sama lain di dalam khutbah-

khutbah Jumaat .

 

Rasulullah SAW sendiri sebagai orang yang paling terkemuka daripada Bani Hasyim telah

mengahwinkan tiga orang daripada empat orang anak perempuannya dengan Abul ‘Ash bin

Ar-Rabii dan Uthman bin Affan, iaitu dua orang yang ternama dari kalangan Bani Umayyah.

(lihat Ansabul Asraaf-Balezuri,jilid 5, ms 1,Thobaqotul Ibn Sa’ad, jilid 8, ms 166, Usdul Al-

Ghabah, jilid 5, ms 191, Al-Mustadrak, jilid 3, ms 96, Mumtahar Al Amal, jilid 1 m.s. 9).

 

Aban, anak Sayyidina Uthman kemudiannya berkahwin dengan Ummi Kulthum bt Abdullah

bin Ja’far, cucu saudara Sayyidina Ali sendiri. (Al-Ma’arif Ad-Dinawari, m.s. 86).

 

Sakinah, anak perempuan Sayyidina Husain dan cucu kepada Sayyidina Ali adalah isteri

kepada cucu Uthman iaitu Zaid bin Amar bin Uthman. Bahkan beliau telah mewarisi Zaid

selepas kematiannya. (Nasabu Quraisyin Mus’ab Az- Zubairi, jilid 4, ms 120, Al-Ma’arif-Ibn

Qutaibah, m.s. 94, Jamharatu Ansabil Arab,jilid 1, m.s. 86, Thobaqat Ibn Sa’ad, jilid 6, m.s.

349).

 

Cucu Sayyidina Ali iaitu Fatimah anak perempuan Sayyidina Husain merupakan isteri kepada

cucu Sayyidina Uthman yang lain bernama Abdullah dan mereka mendapat cahaya mata

Page 6: Hubungan Mesra Antara Muawiyah Dengan Ahlul Bait

8/14/2019 Hubungan Mesra Antara Muawiyah Dengan Ahlul Bait

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-mesra-antara-muawiyah-dengan-ahlul-bait 6/9

bernama Muhammad hasil dari perkahwinan itu. Perkahwinan di antara mereka berdua

berlangsung setelah Fatimah menjadi janda kepada Hassan bin Hassan bin Ali. (Lihat

 Thobaqat Ibn Sa’ad, jilid 8, ms 348, Al-Ma’arif, ms 93, Nasabu Quraisyin, jilid 4, ms 114,

Maqaatilu At-Tholibiyyin Al-Isfahani, m.s. 203, Nasikuh At Tawarikh, jilid 6, m.s. 534).

 Kemudian cucu Sayyidina Hassan iaitu anak Sayyidina Hassan Al-Mutsanna berkahwin pula

dengan cucu Marwan bin Aban bin Uthman. Bahkan ahli-ahli sejarah menyebutkan bahawa

anak Hassan Al-Mutsanna yang dikenali dengan Ummul Qasim ini telah mendapat cahaya

mata hasil perkahwinannya dengan Marwan tersebut, iaitu Muhammad. (Nasabu Quraisyin,

 jilid 2, m.s. 53, Jamharatu Ansabil Arab, jilid 1, m.s. 85, Al-Muhabbar Al-Baghdadi, m.s. 438).

 

Cucu saudara Sayyidina Ali iaitu Ramlah bt Muhammad bin Ja’far At-Thoyyar bin Abi Thalib

mula-mula menjadi isteri kepada Sulaiman bin Hisyam bin Abdul Malik bin Marwan.

Kemudian menjadi pula isteri kepada Abul Qasim bin Wahid bin Uthbah bin Abi Sufian

(Kitabu Al-Muhabbar, ms 449).

 

Ramlah anak perempuan Sayyidina Ali sendiri telah berkahwin dengan anak Marwan bin Al-

Hakam yang bernama Muawiyah. Sebelum itu Ramlah adalah isteri kepada Abi Al-Hayyaj

(Nasabu Quraisyin, ms 45, Jamharatu Ansabil Arab, m.s. 87).

 

Sementara Zainab anak perempuan Hasan Al-Mutsanna pula menjadi isteri kepada Walid bin

Abdul Malik bin Marwan Al-Umawi. (Nasabu Quraisyin, ms 52, Jamharatu Ansabil Arab, m.s.

228.

 

Selain daripada cicit kepada Sayyidina Ali, Hafisah bt Zaid bin Al-Hasan bin Ali adalah isteri

kepada cucu Marwan iaitu Al-Walid bin Abdul Malik bin Marwan dan wafat sebagai isterinya.

Ibunya ialah Lubabah bt Abdullah bin Abbas. (Thobaqat Ibn Sa’ad, jilid 5, ms 234, ‘ Umdatu

At-Thalib fi ansabi’ah Abi Thalib, m.s. 70).

 

Hasil perkahwinan Sayyidina Husain dengan Laila bt Abi Muruah bin ‘Urwah bin Mas’ud At-

 Tsaqafi telah melahirkan Ali yang dikenali dengan Al-Ahbar yang kemudiannya terbunuh

syahid bersama beliau di Karbala. Ibu kepada Laila ini ialah Maimunah bt Abu Sufian bin

Harb bin Umayyah. Ini bererti Sayyidina Muawiyah adalah bapa saudara kepada Laila, iaitu

isteri kepada Sayyidina Husain itu. (Nasabu Quraisyin, ms 57, Tarikh Khalifah bin Khayyat,

 jilid 1, m.s. 255).

 

Page 7: Hubungan Mesra Antara Muawiyah Dengan Ahlul Bait

8/14/2019 Hubungan Mesra Antara Muawiyah Dengan Ahlul Bait

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-mesra-antara-muawiyah-dengan-ahlul-bait 7/9

Apa yang disebut ini adalah sebahagian daripada hubungan persemendaan di antara Bani

Umaiyyah dan Bani Hasyim. Itu pun sudah mencukupi untuk menolak kekeliruan yang telah

ditimbulkan. Cerita-cerita yang direka oleh musuh-musuh Islam ini mengatakan bahawa di

antara dua keluarga ini telah tertanam permusuhan dan dendam kesumat yang amat

mendalam sehingga akhirnya mencetuskan peperangan di antara Ali dan Muawiyah, Husain, Yazid dan seterusnya. Tetapi apabila kita melihat kepada hubungan persemendaan di antara

mereka seperti yang tersebut tadi, jelaslah bahawa cerita-cerita yang memburukkan

perhubungan mereka itu tidak berasas sama sekali.

 

5) Ahlil Bait berimamkan pemimipin-pemimpin dari kalangan Bani Umayyah di

dalam sembahyang mereka

Semasa Marwan bin Al-Hakam menjadi gabenor bagi pihak Muawiyah, beliau

mengimamkan sembahyang lima waktu di masjid. Di antara ahli jamaah yang berimamkan

beliau ialah Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husain.

 

Fakta ini dapat dilihat dengan jelas di dalam riwayat seperti di bawah ini bahkan daripada

riwayat ini dapat difahami bahawa Sayyidina Hasan dan Husain tidak mengulangi

sembahyang yang telah ditunaikan secara berjamaah di masjid dengan berimamkan

Marwan bin Al-Hakam. Muhammad Al-Baqir juga telah bersumpah bahawa mereka berdua

tidak mengulangi sembahyang yang ditunaikan secara berjamaah itu sebagai menyangkal

dakwaan setengah-setengah kalangan Syiah yang mengatakan mereka berjamaah dengan

Marwan secara taqiyyah, kemudian mengulangi sembahyang yang telah dikerjakan itu di

rumah pula.

 

Perhatikan riwayat ini :

 

Diriwayatkan daripada Ja’far As-Syadiq daripada ayahnya, katanya, “Hasan bin Ali dan

Husain selalu bersembahyang di belakang Marwan.”. Ja’far berkata, “Kerana itu ayahnya

ditanya: “Tidakkah mereka bersembahyang semula setelah pulang ke rumah?”. Beliau

menjawab, “Tidak! Demi Allah mereka tidak melebihkan sembahyang daripada sembahyang

yang telah dilakukan dengan berimamkan para pemimpin itu”. (Al-Musannaf Ibn Abi

Syaibah, jilid 2, m.s. 378, Al-Bidayah Wa An-Nihayah, jilid 8, m.s .258).

 

Imam Bukhari di dalam Tarikh Soghirnya mengemukakan riwayat tentang selalunya

Sayyidina Hasan dan Husain bersembahyang di belakang Marwan dengan berimamkannya.

(At-Tarikh As-Soghir, m.s. 57).

Page 8: Hubungan Mesra Antara Muawiyah Dengan Ahlul Bait

8/14/2019 Hubungan Mesra Antara Muawiyah Dengan Ahlul Bait

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-mesra-antara-muawiyah-dengan-ahlul-bait 8/9

 

Ibn Sa’ad pula mengemukakan pengakuan Imam Muhammad Al-Baqir tentang beliau dan

ayahnya, Ali Zainal Abidin sentiasa bersembahyang dengan berimamkan pemimpin-

pemimpin daripada kalangan Bani Umaiyyah. Beliau berkata, “Sesungguhnya kami

bersembahyang dengan berimamkan mereka tanpa taqiyyah dan aku bersaksi bahawa Alibin Husain (ayahnya) selalu bersembahyang berimamkan mereka tanpa taqiyyah’.

(Thabaqat Ibn Sa’ad, jilid 5, m.s. 158).

 

Kitab-kitab Syi’ah pula menjadi saksi di dalam perkara ini. Di antaranya ialah kitab Biharu Al-

Anwar apabila ia mengemukakan riwayat-riwayat yang seerti dengan yang dikemukakan

oleh kitab-kitab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Antara lain riwayat itu bermaksud : Daripada Musa

bin Jaafar daripada ayahnya, katanya : “Hasan dan Husain selalu bersembahyang di

belakang dengan berimamkan Marwan bin Al Hakam. Maka mereka (Syiah) bertanya beliau,

“Adakah datuk dan nenek tuan bersembahyang semula apabila pulang ke rumah?” Beliau

menjawab, “Tidak! Demi Allah mereka tidak menambah lagi sembahyang yang telah

dikerjakan”. (Biharu Al Anwar, Al Majlisi, jilid 10, m.s .139-141).

 

Selain daripada sembahyang fardhu yang lima itu, pemimpin-pemimpin daripada kalangan

Bani Umaiyyah juga mengimamkan sembahyang jenazah daripada kalangan Ahlul Bait yang

telah meninggal dunia. Perkara ini tersebut dengan jelas di dalam kitab-kitab sejarah,

antaranya ialah Al-Bidayah Wa An Nihayah, Al Isti’aab, Al Isabah dan Thabaqat Ibn Sa’ad.

 

Sejarah membuktikan bahawa Aban bin Uthman ketika menjadi gabenor di Madinah bagi

pihak Abdul Malik bin Marwan pernah diminta menyembahyangkan jenazah Muhammad bin

Ali yang terkenal dengan Muhammad bin Al Hanafiah oleh anaknya sendiri iaitu Abu Hasyim

Ali. (Thabaqat Ibn Sa’ad, jilid 5, m.s. 86). Selain itu beliau juga pernah menyembahyangkan

 jenazah anak saudara Sayyidina Ali, iaitu Abdullah bin Jaafar At Thoyar. (Al Isobah, jilid 2,

m.s. 281, Al Isti’aab, jilid 2, m.s. 287 dan Usdu Al Ghobah, jilid 3, m.s. 135)

 

Penerimaan baik pemimpin-pemimpin daripada kalangan Bani Umaiyyah oleh pihak Bani

Hasyim bukanlah suatu yang baru ketika itu kerana sebelum itu pun ayahanda kepada Aban

iaitu Sayyidina Uthman bin Affan telah mengimamkan sembahyang jenazah bapa saudara

Rasulullah SAW dan juga bapa saudara kepada Sayyidina Ali iaitu Abbas bin Abdul Mutalib.

(Al Bidayah Wa An Nihayah, jilid 2, ms 162, Al Isti’aab, jilid 3, ms 100).

 

Itulah sedikit daripada gambaran hubungan baik di antara Bani Umaiyyah dan Bani Hasyim.

Mereka sebenarnya merupakan dahan-dahan dan ranting-ranting daripada pohon yang

Page 9: Hubungan Mesra Antara Muawiyah Dengan Ahlul Bait

8/14/2019 Hubungan Mesra Antara Muawiyah Dengan Ahlul Bait

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-mesra-antara-muawiyah-dengan-ahlul-bait 9/9

sama. Mereka telah bekerjasama dan berganding bahu dalam menegakkan dan

menyebarkan Islam. Jikalau ada pun permusuhan di antara mereka , itu adalah permusuhan

di zaman jahiliyyah tetapi setelah kedatangan Islam, api permusuhan yang bernyala-nyala di

zaman jahiliyyah itu terpadam oleh limpahan cahaya Islam yang mencurah-curah yang

turun dari Tuhan semesta alam.