salah faham tentang muawiyah dan yazid

25
SAIDINA MUAWIYAH: KHALIFAH YANG T ERANIAYA Saidina Muawiyah: Khalifah Yang Teraniaya www.iluvislam.com Karangan: zahro Editor: deynarashid Rata-rata umat Islam di zaman mutakhir ini menganggap Saiyyidina Muawiyah r.a sbg pengasas monarki dalam Islam, seorang yang zalim, pemutar belit, pemberontak, ahli politik yang licik dan lain-lain. Tidak ada keburukan yang tidak dihubungkan kepadanya dan tidak ada pula sebagai penulis wahyu daripada ALLAH, seorang yang dikhususkan oleh Nabi saw dengan doa-doanya yang istimewa, tidak pernah dilucutkan jawatan gabenor yang disandang selama 20 tahun dan kemudian sebagai khalifah pula selama 20 tahun. Soalnya siapakah yang memimpin armada pertama dalam sejarah Islam menentang tentera-tentera Rom? Siapakah pula yang telah menakluk Cyprus, Sicily, Rhodesia, Sudan, Qairawan dan Sind? Siapakah yangmenyatupadukan kembali umat di bawah satu panji- panji dalam melancarkan jihad yang terhenti sekian lama berikutan perpecahan dan peperangan saudara yang berlaku di zaman pemerintahan Saiyidina Ali? Dimanakah Muawiyah yang diakui Rasulullah saw, para sahabat dan tabi‟en sebagai seorang pemimpin Al-Mahdi, adil, amanah, berani, penyantun, berilmu dan contoh mithali dalam pentadbiran dan penyusunan kerajaan…? Malangnya, keistimewaan dan keutamaan Muawiyah telah pun mendap ke bawah oleh sikap prejudis umat terhadapnya lantaran terpedaya dengan fitnah yang ditabur oleh musuh- musuh Islam dalam sejarah mereka semenjak zaman permulaan lagi. Benih-benih fitnah yang ditabur itu kemudian telah berakar umbi dan menunjang dengan kuat sekali di dalam taman sejarah kita, sehingga sukar untuk kita mencabut dan membersihkannya melainkan jika kita memiliki keupayaan besar dan bersedia untuk mengorbankan masa yang lama untuknya. Keutamaan dan kelebihan Muawiyah terbukti di dalam Al-Quran yang menyebutkan kelebihan-kelebihan para sahabat r.anhum dengan banyak sekali dan juga di dalam hadith- hadith, dan atsar para sahabat dan tabi’ en. Antaranya yang dinyatakan di dalam kitab sohihaini; Rasulullah saw bersabda; "tentera pertama dari umatku yang berperang dengan meredah lautan sudah pasti mendapat syurga." (Peristiwa perang pertama menerusi lautan telah berlaku pada tahun 28H, semasa pemerintahan Saiyidina Uthman di bawah pimpinan Saiyidina Muawiyah.)

Upload: muhammadrahim33

Post on 02-Jul-2015

423 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

SAIDINA MUAWIYAH: KHALIFAH YANG TERANIAYA

Saidina Muawiyah: Khalifah Yang Teraniaya

www.iluvislam.com

Karangan: zahro

Editor: deynarashid

Rata-rata umat Islam di zaman mutakhir ini menganggap Saiyyidina Muawiyah r.a sbg

pengasas monarki dalam Islam, seorang yang zalim, pemutar belit, pemberontak, ahli

politik yang licik dan lain-lain. Tidak ada keburukan yang tidak dihubungkan kepadanya dan

tidak ada pula sebagai penulis wahyu daripada ALLAH, seorang yang dikhususkan oleh Nabi

saw dengan doa-doanya yang istimewa, tidak pernah dilucutkan jawatan gabenor yang

disandang selama 20 tahun dan kemudian sebagai khalifah pula selama 20 tahun.

Soalnya siapakah yang memimpin armada pertama dalam sejarah Islam menentang

tentera-tentera Rom? Siapakah pula yang telah menakluk Cyprus, Sicily, Rhodesia, Sudan,

Qairawan dan Sind? Siapakah yangmenyatupadukan kembali umat di bawah satu panji-

panji dalam melancarkan jihad yang terhenti sekian lama berikutan perpecahan dan

peperangan saudara yang berlaku di zaman pemerintahan Saiyidina Ali? Dimanakah

Muawiyah yang diakui Rasulullah saw, para sahabat dan tabi‟en sebagai seorang pemimpin

Al-Mahdi, adil, amanah, berani, penyantun, berilmu dan contoh mithali dalam pentadbiran

dan penyusunan kerajaan…?

Malangnya, keistimewaan dan keutamaan Muawiyah telah pun mendap ke bawah oleh sikap

prejudis umat terhadapnya lantaran terpedaya dengan fitnah yang ditabur oleh musuh-

musuh Islam dalam sejarah mereka semenjak zaman permulaan lagi. Benih-benih fitnah

yang ditabur itu kemudian telah berakar umbi dan menunjang dengan kuat sekali di dalam

taman sejarah kita, sehingga sukar untuk kita mencabut dan membersihkannya melainkan

jika kita memiliki keupayaan besar dan bersedia untuk mengorbankan masa yang lama

untuknya.

Keutamaan dan kelebihan Muawiyah terbukti di dalam Al-Quran yang menyebutkan

kelebihan-kelebihan para sahabat r.anhum dengan banyak sekali dan juga di dalam hadith-

hadith, dan atsar para sahabat dan tabi’ en. Antaranya yang dinyatakan di dalam kitab

sohihaini; Rasulullah saw bersabda; "tentera pertama dari umatku yang berperang

dengan meredah lautan sudah pasti mendapat syurga." (Peristiwa perang pertama

menerusi lautan telah berlaku pada tahun 28H, semasa pemerintahan Saiyidina Uthman di

bawah pimpinan Saiyidina Muawiyah.)

Keutamaan yang lain: Beliau merupakan penulis wahyu, menunjukkan betapa tingginya

kedudukan beliau dari kalangan sahabat-sahabat baginda saw, dan membuktikan

betapa Rasulullah mempercayainya. Beliau telah didoakan oleh Rasulullah supaya menjadi

seorang pemimpin yang terpimpin dan seorang yang diajarkan oleh Allah pengetahuan

tentang Al-Kitab dan ilmu hisab, dijauhi azab dan lain-lain. Sebagaimana didoakan oleh

Rasulullah supaya dimantapkan pemerintahannya. : “ya Allah jadikanlah dia seorang

pemimpin yang terpimpin dan pimpinlah(manusia) dengannya” -(sohih tarmizi

jld.2)

Rasulullah juga berdoa; “ya Allah ajarkanlah dia Kitab dan hisab dan peliharalah dia

daripada azab”. Sebenarnya hanya segelintir sahaja daripada kalangan sahabat

yang didoakan secara khusus oleh Rasulullah berkenaan hal itu.

Pernah beliau dicela di hadapan Saiyidina Umar, maka Saiyidina Umar pun

berkata, "Janganlah kamu mencela anak muda Quraish ini. Dia adalah seorang yang boleh

ketawa ketika marah (terlalu penyantun). Tidak boleh diambil apa yang ada padanya

melainkan dengan persetujuannya dan tidak boleh diambil apa yang ada di atas kepalanya

melainkan dari bawah dua tapak kakinya."

Namun sejarah ini telah diselewengkan melalui pakatan jahat diantara perancang-

perancang yahudi dan majusi. Mereka menyebarkan propaganda yang memburukkan

khalifah umat Islam pada masa itu. Kemudian mereka membunuh Amirul Mukminin

Saiyidina Uthman.

Golongan ini jugalah yang telah menyebarkan fitnah di zaman Saiyidina Ali dengan

berselindung secara berbaiah kepada Ali. Mereka jugalah yang memburuk-burukkan Saidina

Muawiyah dan menuduhnya dengan bermacam-macam tuduhan liar sememangnya telah

lama menjadi syiar pengikut Abdullah Ibnu Saba‟, bahkan ada di antara mereka telah

memakai topeng taqiyyah, berpura-pura sebagai sunni lalu melontarkan bermacam-macam

fitnah.

Masakan seorang sahabat agong Rasulullah saw seperti Muawiyyah itu akan tergugat oleh

tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh musuh Islam itu. Seorang sahabat biasa Nabi saw

pun tidak tergugat dan tercedera kerana riwayat-riwayat golongan ini walaupun ia

dinukilkan oleh beribu-ribu Thobari dan Jazari, berjuta-juta Kalbi dan Waqidi.

Inilah sepatutnya menjadi pegangan kita. Bagaimana kita boleh persoalkan tentang orang-

orang yang telah dita‟dilkan oleh Allah swt sendiri dalam firmannya yang bermaksud : “dan

demikianlah kami telah menjadikan kamu(sahabat) satu ummat(generasi) yang

adil dan terpilih agar kamu menjadi saksi atas manusia dan Rasul pula menjadi

saksi atas kamu.” (al-Baqarah : 143)

Glosari: - atsar: apa yang disandarkan kepada shahabat dan tabi‟in, baik berupa perkataan dan perbuatan mereka.

- taqiyyah: kebohongan untuk menyelamatkan di

faza4peace on June 03 2009 09:32:33

Yazid pun sama, difitnah berlebihan.....kita harus faham mereka adalah antara

generasi yg terbaik seperti dalam hadith "Sebaik-baik manusia adalah generasiku

kemudian generasi yang datang setelah mereka, kemudian generasi lain yang datang

setelah mereka.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

siapa kita untuk merasa lebih alim dari meraka?

thekatyusha on June 03 2009 13:35:45

Amnis.

Dari apa yg aku baca....

Muawiyah - Gabenor di Syam telah dipecat oleh Sayidina Ali sbg Amirul Mu'minin ketika

itu krn Muawiyah didapati memberontak utk menuntut bela atas kematian 2 pupunya

Sayidina Uthman ibn Affan.

Majlis Tahkim tidak dihentikan oleh beliau, tetapinya ia disudahi dgn Muawiyah diangkat

menjadi Amirul Mu'minin slepas Amru al-Ash berjaya membuat helah mengenakan Abu

Musa As-Sya'arie..

Kalau ada yg salah para forumer lain tolong betulkan..

Wira Islam on June 03 2009 16:00:35

Salam perjuangan...

bagus entri ni. Menjernihkan sejarah yg ramai org xtau. Berkenaan dgn anak Saidina

Mu'awiyah, Yazid... Dia juga dibebani kesalahan yg dilakukan oleh tentera bawahannya.

Yazid hanya mengarahkan tenteranya menghalang Saidina Hasan r.a. tetapi tenteranya

bertindak membunuh Saidina Hasan. Kematian Saidina Hasan amat dikesali dan ditangisi

oleh Yazid sekembali tenteranya dgn berita tersebut dan kepala Saidina Hasan.

Anda boleh merujuk kuliah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam beliau menghuraikan

bukunya "Fahaman dan Ideologi Umat Islam." Dlm buku n kuliahnya banyak cerita ttg

mazhab2...n asal-usul perpecahan umat Islam sejak awal lagi. Beliau mmg seorg tokoh yg

faqih dlm bidang sejarah n mazhab2 umat Islam. Beliau juga menghuraikn salah fhm2 n

fakta2 yg direka2 oleh syiah, khawarij dll.

wallahua'lam.

Wira Islam on June 03 2009 16:13:09

Kita ambil pendapat yg 'selamat' di kalangan Ahlu Sunnah Wal Jamaah. kita ikut fakta yg

sahih... mana yg ada khilaf kita berlapang dada n husnu dzon. Ini cerita ttg sahabat2

Rasulullah yg mulia. Dlm isu khalifah, ulama' ASWJ mengatakan bhw S.Ali adalah khalifah

yg sah sebelum tu...dia berhak mempertahankan kerajaan n menyelesaikn mslh umat

Islam. Tetapi S.Muawiyah juga berhak bagi menuntut bela kematian Saidina Usman r.a.

Tindakan drp S.Ali agak lmbt bg Muawiyah...Sdgkan S.Ali bhati2 dlm mjatuhkn hukuman

krn konspirasi, komplot dlm pembunuhan saidina Usman terlalu ramai n rumit. perlu

siasatan yg teliti. Sbb itulah berlakuny Perang Siffin. Ttg Majlis Tahkim juga begitu.

Pengantara (wakil) Saidina Muawiyah n wakil S.Ali shj yg berunding. Bukan Muawiyah yg

licik...

Kata TGHH, lbh kurg mcm ni la, ulama' ASWJ berpendapat:

Saidina Ali lbh lyk n berhak kerana dia adlh khalifah yg sah. Tetapi Muawiyah x slh...

sbgmana yg ana sbutkn di atas. Masing2 ada hujah. Ini adlh khilaf yg blaku antara

sahabat radhiyallahuanhum ajma'in.

sang riang on June 03 2009 17:07:01

Sebenarnya perbalahan antara kedua-dua tokoh Islam ini adalah kerana salah faham.

tak boleh nak tunding pada sesiapa sebab yang di bawah menimbulkan fitnah serta

mengapikan-apikan keadaan. Sepatutnya kita umat Islam hari ini bukan mencari siapa

salah di antara mereka, sebaliknya ambil iktibar yang sepatutnya umat Islam hari ini

jangan ada rasa benci-membenci sepertimana politik di negara kita sendiri menunjukkan

perpecahan di kalangan umat Islam yang masing-masing dengan fahaman dan keyakinan

tersendiri hingga sanggup mengkafirkan sesama Muslim.

wahafiz on June 04 2009 08:17:31

Bagus artikel tu kalau ramai yg boleh belajar daripadanya.

Namun ada soalan-soalan yg masih ragu ragu adakah patut kita menyanjung Muawiyah

sedangkan 'kononnya' perlakuannya terhadap Ali r.a and cucu Rasulullah? ... walaupun

Muawiyah adalah salah seorang penulis wahyu, dan dijanjikan syurga berdasarkan

hadis "tentera drp umatku yg mula berperang meredah lautan sudah pasti

mendapat syurga" - Bukhari & Muslim.

Mungkin kita perlu ingat, apapun cerita yg kita baca atau terima mengenai sahabat nabi,

perlulah kita semak dari mana asalnya cerita tersebut. Disebabkan keadaan masa tu tak

ada bahan cetak yg permanent, maka kebanyakan sumber adalah melalui lisan. Sebab

itulah para ulama telah banyak membuat telahan siapa yg boleh dipercayai riwayatnya

dan siapa yg tidak. Imam Al-Tabari dari kajian sirahnya (Sirah al-Tabari) tidak kurang

menyenaraikan pelbagai sumber dan berita mengenai muawiyah, ada yang sedap

didengar dan ada yang tidak. Namun, al-Tabari tidaklah mengatakan semuanya itu benar,

kerana dibentangkan senarai periwayatnya, dan bergantung kepada mereka yang

membacanya selepas itu utk mengakji kebenarannya.

Dalam pada itu juga, kalaupun kita tahu kebanyakan cerita mengenai sahabat nabi,

adalah mustahil utk kita bayangkan apa yg benar benar terjadi, memandangkan tidak

mungkin kita akan dapat cerita sahih secara detail. Paling dekat pun, kita boleh buat

anggapan yg positif terhadap semua pihak, bertepatan dgn sabda Rasulullah:

"Jangan kamu mencerca para sahabatku. Sesungguhnya jika ada di kalangan

kamu membelanjakan emas sebesar bukit uhud sekalipun, ia tidak mencapai nilai

secupak atau setengah yg dibelanjakan mereka" - Bukhari & Muslim.

Semoleknya, pendirian kita tentang Muawiyyah bolehlah dirumuskan berdasarkan

pendapat Abdullah ibn Mubarak apabila ditanya ttg muawiyah, antara muawiyah dan Umar

abdul aziz, siapakah yg lebih utama?

Beliau naik marah lalu menjawab: Demi Allah, debu yang masuk ke dalam lubang hidung

muawiyah kerana berjihad bersama-sama Rasulullah itu sahaja pun lebih baik drp umar

abdul aziz. (al-Bidayah wa al-Nihayah jilid 8 m/s 139). Wallaua'lam.

Utk kajian akademik, buku buku pembacaan:

1. Pertelingkahan Para Sahabat Nabi saw - Antara ketulenan fakta dengan pembohongan

sejarah. Mohd Asri Zainul Abidin. Pustaka Yamien Sdn Bhd 2003

2. Sayyidina Mu'awiyah Khalifah Rashid yang teraniaya. Maulana Muhammad Asri Yusoff.

Pustaka Bisyarah 2007.

wahafiz on June 04 2009 08:38:26

Yazid bin muawiyah, dikatakan di situlah tamatnya pemerintahan khalifah islamiyah dan

bermulalah pemrintahan dinasti. Yazid pula dikatakan seorang yg suka berpoya poya dan

suka bermain dgn beruk.

Kebaikan Yazid diakui oleh Ibnu Abbas, yangberkata ketka mendengar kematian

muawiyyah:

Ya Allah, perluaskanlah rahmatmu utk muawiyyah. Demi Allah, bukanlah dia sama seperti

org sebelumnya dan tidaklah pula datang sesudahnya orang sepertinya. Sesunggunya

anaknya Yazid adalah salah seorang yang soleh dari ahli keluarganya. Oleh itu, hendaklah

kamu berada di tempat masing masing dan serahkan kesetiaan dan bai'ah kamu

kepadanya. (al-Balaadzuri, Ansabu al-Ashraf)

Memang benar muawiyyah telah melantik Yazid sebagai khalifah yang ke-seterusnya,

namun tindakannya ini dibuat setelah dipersetujui oleh Ahlu al-Halli wa al-Aqdi tahun 56H.

Majoriti sahabat yang masih hidup ketika itu berbaiah kepada Yazid. Jika mereka tidak

menyetujuinya, maka sudah tentu mereka tidak akan berbaiah.

Muawiyyah pernah berkhutbah seraya berkata: Ya Allah, jika aku melantik Yazid

memandangkan kelebihannya, maka sampaikanlah dia ke tempat yang saya harapkan itu

dan tolonglah dia. Jikalau saya melantiknya didorong oleh semata mata kasih ayah kepada

anaknya, maka ambillah nyawanya sebelum dia sampai ke makam itu. (al-bidayah wa al-

nihayah)

Berhubungan dgn kononnya Yazid memerintahkan supaya cucu Rasulullah dibunuh, maka

ia tidak tepat.

Mister_Ri on June 04 2009 09:27:01

Ooo...camtu ke.

Aku pun baru sedar silap pandang kita terhadap Muawiyah lepas terbaca kata-kata Said

Qutb nie :

"Ternyata menurut Dr. Muhammad Qutub, nyaris hampir semua buku sejarah ditulis oleh

para orientalis, bukan oleh para ulama yang lurus dan berpihak kepada Islam. Sehingga

beliau mengusulkan untuk dilakukan penulisan ulang terhadap sejarah Islam dari mula.

Sebab buku-buku dan literatur yang tersedia di berbagai perpustakaan, nyaris tidak ada

yang bisa dipegang karena begitu banyak sumbernya ditulis oleh orang-orang yang tidak

beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Sehingga wajah para shahabat nabi yang mulia itu

berubah menjadi hitam dalam lembar sejarah tulisan mereka." ( Astaghfirullah )

Bermakna kebanyakkan cerita mengenai zaman pemerintahan Muawiyah & Yazid nie tak

benarla...

zahro on July 31 2010 16:46:03

alhamdulillah smoga artikel ini bemanfaat utk anda...

sebelum baca buku sjarah selidik dlu, siapa pengarangnya...jgn kita tertipu dengan da'yah

orientalis mahupun syiah..

buat pengetahuan anda, sejarah pasal bani umayyah ni banyak ditulis pada zaman abasi

yang kita sedia maklum merupakan musuh kepada daulah umawi. maka tidak dinafikan

bnyk fakta yg telah diselewengkan, fakta yg memburuk2kan khalifah pada zamn umawi

dilakukan

walahualam.

PENTING UTK INGAT!

KITA DILARANG MENCEMUH SAHABAT NABI!!!!

KONSPIRASI SYI‟AH DALAM PERISTIWA KARBALA

Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus

Apabila membicarakan tentang Hari Ashura yang jatuh pada tanggal 10 Muharam setiap

tahun maka kita tidak dapat menghindarkan diri dari memperkatakan tentang peritiwa

Karbala yang begitu menyayat hati. Peristiwa tersebut merupakan kisah di mana Saidina

Hussain r.h yang merupakan cucunda Rasulullah s.a.w dan juga anak kepada Saidina Ali r.h

telah dibunuh dengan kejam di sebuah tempat yang bernama Karbala di Iraq. Rentetan dari

peristiwa ini terdapat upacara-upacara khas yang dianjurkan pada Hari Asyura dengan cara

yang amat bertentangan dengan syarak. Malah kelompok Syiah juga telah mempergunakan

peristiwa Karbala ini demi untuk meraih simpati umat Islam kepada kelompok mereka

seolah-olah mereka ingin menggambarkan bahawa merekalah satu-satunya kelompok yang

membela Ahlul Bait [keluarga Rasulullah]. Melalui makalah ini penulis akan membentangkan

kisah sebenar disebalik pembunuhan Saidina Hussain di Karbala.

PERISTIWA KARBALA

Apabila Mu‟wiyyah r.a meninggal dunia maka anaknya Yazid bin Mu‟awiyyah r.h telah

diangkat menjadi penggantinya. Perlantikan Yazid ini telah dipersetujui [bai‟ah] oleh

majoriti para sahabat Nabi yang masih hidup termasuk para Ahlul Bait serta masyarakat

Islam. Namun begitu penduduk Kufah yang rata-ratanya berfahaman Syiah telah menolak

kepimpinan Yazid dan ingin melantik Saidina Hussain sebagai khalifah yang baru. Lalu

penduduk Kufah termasuk tokoh-tokoh Syiah menulis surat kepada Saidina Hussain

menjemput beliau ke Kufah untuk tujuan tersebut. Mereka bukan sekadar berjanji akan taat

setia kepada kepimpinan Saidina Hussain malah mereka sanggup untuk menghunus senjata

demi membela beliau serta menjatuhkan kerajaan Bani Umaiyah pimpinan Khalifah Yazid.

Mendengarkan sokongan yang padu dari penduduk Kufah maka beliau mengutuskan Muslim

bin „Aqil untuk meninjau keadaan sebenar di Kufah. Saidina Hussain memaklumkan khabar

berita ini serta niat beliau untuk ke Kufah kepada para sahabat serta ahli keluarga beliau

bagi mendengar pandangan mereka. Namun demikian para sahabat terkemuka serta ahli

keluarganya seperti „Abdullah Ibnu Abbas, Muhammad bin al-Hanafiyah, „Abdul Rahman bin

Hisyam al-Makhzumi, „Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib, Abdullah bin Muti‟ al-Afdawi, „Amru

bin Sa‟id, „Abdullah bin „Umar, Abu Sa‟id al-Khudri dan lain-lain telah menentang niat

Saidina Hussain tersebut. Mari kita lihat beberapa ungkapan kata-kata mereka terhadap

Saidina Hussain.

„Abdullah bin Abbas r.a berkata: “Wahai sepupuku bagaimana anda boleh bersabar

sedangkan saya tidak boleh bersabar. Saya bimbang anda akan binasa jika anda

meneruskan hasrat anda itu. Penduduk Iraq adalah orang-orang yang suka memungkiri

janji. Janganlah anda terpedaya dengan pujukan mereka.” – Dinukil dari buku Kesalahan-

Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula karya Prof. Dr.

Ibrahim Ali Sya‟wat, diterjemahkan oleh Dr Basri Ibrahim, terbitan Jahabersa, cetakan 2005

Kuala Lumpur, ms. 208.

„Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib pernah menulis kepada Saidina Hussain sepucuk surat.

Antara kandungan surat tersebut ialah:

“Saya sangat mengharapkan agar anda benar-benar merenung isi kandungan surat ini.

Saya sebenarnya amat kasihan dengan anda kerana bimbang kalau-kalau anda akan binasa

dan keluarga anda pula akan terhapus. Jika sekiranya anda binasa hari ini, akan padamlah

cahaya bumi. Anda adalah salah seorang tokoh yang menjadi ikutan masyarakat dan

harapan orang-orang mukmin. Janganlah anda tergesa-gesa bertolak ke Iraq. – Di nukil

dari buku Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan

Semula karya Prof. Dr. Ibrahim Ali Sya‟wat, ms. 209.

„Abdullah bin Jaafar bukan sekadar menghantar surat bertujuan untuk menghalang Saidina

Hussain dari meneruskan rancangannya untuk ke Kufah, malah beliau juga telah meminta

„Amru bin Sa‟id, Gabenor Khalifah Yazid di Makkah untuk memujuk Saidina Hussain agar

membatalkan hasratnya tersebut. Namun begitu Saidina Hussain tetap berkeras untuk

berangkat ke Kufah. Mungkin timbul persoalan di benak hati para pembaca tentang kenapa

para sahabat serta ahli keluarganya membantah niat beliau untuk ke Kufah. Maka di sini

penulis senaraikan beberapa sebab berkaitan dengan bantahan tersebut:

1) Mereka dapat menghidu helah golongan Syiah di Kufah yang sememangnya terkenal

dengan pengkhianatan mereka terhadap Umat Islam. Mereka inilah kelompok yang telah

menyokong „Abdullah Ibnu Saba‟, terlibat dalam pembunuhan „Uthman bin „Affan r.a,

mengkhianati Saidina „Ali serta abang Saidina Hussain yakni Saidina Hassan r.a. Mereka

berpandangan sokongan kuat yang menurut khabarnya datang dari penduduk Kufah

hanyalah palsu dan tindakan mereka ini merupakan dalih mereka untuk menimbulkan

susana kacau-bilau di dalam masyarakat Islam.

2) Yazid bin Mu‟awiyyah adalah seorang khalifah yang telah dibai‟ah oleh majoriti umat

Islam, dikalangan para sahabat-sahabat utama dan juga ahli keluarga Rasulullah s.a.w..

Maka dari sisi syarak perlantikan beliau sebagai khalifah adalah sah. Terdapat larangan dari

Rasulullah s.a.w. untuk memberontak terhadap pemerintah yang telah dilantik umat Islam

secara sah.

Daripada „Abdullah bin „Amr bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sesiapa telah mengangkat [telah bersetuju melantik] seorang pemimpin kemudian

memberikan kepadanya uluran tangannya dan buah hatinya [sebagai tanda persetujuan],

maka hendaklah dia [orang yang mengangkatnya] mentaatinya sedaya mungkin. Maka jika

datang orang lain yang menentangnya, hendaklah mereka membunuh yang

terakhir[penentang].

Aku [„Abdul Rahman bin „Abdi Rabbil Kaabah] bertanya [kepada „Abdullah bin „Amr]:

Apakah kamu mendengar ini dari Rasulullah s.a.w.?

Dia [„Abdullah bin „Amr] menjawab: Aku mendengar [hadis ini] dengan kedua telingaku dan

difahami oleh hatiku. – Hadis Riwayat Imam Abu Dawud, no: 3707.

Ada pula yang beranggap bahawa Khalifah Yazid tidak memiliki ciri-ciri kepimpinan yang

baik serta beberapa tuduhan tentang sifat-sifat buruk juga telah dilemparkan terhadapnya.

Jika tuduhan ini benar sekalipun Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan umatnya untuk

tetap taat kepada pemerintah yang pada zahirnya masih Islam walaupun dia seorang yang

zalim. Sabda Rasulullah s.a.w:

Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang kamu cintai mereka dan mereka mencintai kamu.

Kamu mendoakan mereka, mereka pula mendoakan kamu. Pemimpin yang jahat ialah

pemimpin yang kamu membenci mereka, mereka juga membenci kamu dan kamu melaknat

mereka, mereka juga melaknat kamu.

Baginda ditanya: “Tidak bolehkah kami perangi mereka dengan pedang?”

Jawab Baginda: “Tidak, selagi mana mereka mendirikan solat. Ingatlah, sesiapa yang

dikuasai penguasa, lalu dia dapati penguasa itu melakukan maksiat kepada ALLAH, dia

hendaklah membenci maksiat tersebut namun jangan mencabut tangan dari ketaatan.” -

Hadis riwayat Imam Muslim no. 1855.

Oleh itu mereka membantah niat Saidina Hussain untuk menyertai malah mengepalai

pemberontakan penduduk Kufah tersebut

3) Mereka juga khuatir tindakan Saidina Hussain ini akan menimbulkan pertumpahan darah

sesama umat Islam dan akan melemahkan persatuan umat.

4) Mereka bimbang akan keselamatan Saidina Hussain dan ahli keluarganya yang

berkemungkinan akan dkhianati oleh penduduk Kufah atau diserang oleh tentera Khalifah

Yazid.

Ternyata pujuk rayu mereka gagal untuk menghentikan hasrat beliau untuk ke Kufah.

Kenapa agaknya Saidina Hussain tetap berkeras untuk ke Kufah? Jawapan Saidina Hussain

adalah seperti berikut:

Saya telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dan saya telah melakukan sesuatu

yang telah ditentukan kepada saya tanpa mengira ia mendatangkan keburukan kepada diri

saya atau memberikan keuntungan kepada saya.

Lalu „Abdullah bin Yahya berkata: Apakah mimpi anda itu?

Jawab al-Hussain: Saya tidak dapat menceritakannya kepada seseorangpun, malah saya

tidak boleh memberitahu kepada seseorangpun sehingga saya bertemu dengan Tuhan saya

– Rujuk Tarikh al-Umam wa al-Muluk, jilid 4, ms. 388. Penulis nukil dari buku Kesalahan-

Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula, ms. 270.

Sebenarnya sikap Saidina Hussain ini memiliki persamaan dengan „Uthman bin Affan. Ketika

rumah „Uthman dikepung oleh para pemberontak, para sahabat serta umat Islam telah

menawarkan bantuan untuk menghancurkan kepungan tersebut. Namun „Uthman menolak

pelawaan tersebut demi untuk mengelak pertumpahan darah sesama umat Islam. Namun

demikian motivasi sebenar „Uthman adalah hadis Rasulullah s.a.w yang mengkhabarkan

bahawa beliau akan mati syahid.

Dari Qatadah, bahawa Anas r.a menceritakan kepada mereka, dia berkata: Nabi s.a.w.

mendaki gunung Uhud bersama Abu Bakar, „Umar, serta „Uthman. Tiba-tiba Uhud

bergoncang. Baginda bersabda: Tenanglah wahai Uhud – aku kira baginda memukulnya

dengan kakinya – tak ada di atas mu kecuali seorang Nabi, Shiddiq dan dua syahid. – Hadis

riwayat Imam al-Bukhari, no: 3697.

Ternyata al-Shiddiq itu gelaran bagi Abu Bakar r.a manakala „Umar telah syahid ketika

menjadi khalifah, maka „Uthman berpendapat bahawa seorang lagi yang bakal syahid

menurut sabda Rasulullah s.a.w. tersebut adalah beliau sendiri. Itulah sebabnya ketika

pemberontak menyerbu rumah „Uthman, beliau tetap menghalang para sahabat yang ada di

situ untuk membantunya lalu berkata:

Saya bersabar menghadapi janji yang telah dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada saya.

Saya akan berhadapan dengan kematian saya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh

Allah S.W.T.. – rujuk Tarikh al-Umam wa al-Muluk karya Imam al-Tabari, ms. 391-392.

Penulis nukil dari buku Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu

Diperbetulkan Semula, ms. 265.

Malah al-Tabari juga melaporkan bahawa „Uthman tidak menghalang pemberontak untuk

membunuhnya kerana:

Uthman telah bermimpi pada malam kejadian, Nabi s.a.w. datang menemuinya dan berkata

kepadanya: Saya harap anda dapat berbuka bersama dengan kami pada malam ini. –

Tarikh al-Umam wa al-Muluk, jilid 4. ms. 383. Penulis nukil dari buku Kesalahan-Kesalahan

Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan Semula, ms. 265.

Tentang syahidnya „Uthman dan Saidina Hussain maka Prof. Dr Ali Sya‟wat berkata:

Tidakkah pembaca bersama dengan penulis yang pendirian yang diambil oleh al-Hussain

adalah sama dengan pendirian yang diambil oleh „Uthman bin „Affan? Keduanya melihat

kematian sebagai sesuatu yang sudah pasti berada dihadapannya. Keduanya juga telah

dinasihati oleh keseluruhan orang-orang yang ikhlas yang berada disamping mereka. -

Rujuk buku Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu Diperbetulkan

Semula, ms. 271.

Apabila mendengar pergerakan rombongan Saidina Hussain ke Kufah maka Yazid

memerintahkan gabenor beliau di Basrah iaitu Ubaidullah bin Ziyad serta tenteranya untuk

berangkat ke Kufah bagi memantau pergerakan Saidina Hussain serta kebangkitan orang-

orang Kufah. Tindakan Yazid bukanlah sesuatu yang sukar untuk difahami bagi mereka

yang arif dalam bidang politik. Mana-mana pemimpin pasti akan berwaspada sekiranya

terdapat ura-ura bahawa pemberontakan bakal terjadi dan ianya bukan sahaja boleh

menggugat tampuk pemerintahannya malah akan menggugat kestabilan politik umat Islam

pada masa itu. Harus kita semua fahami bahawa arahan dari Yazid hanyalah untuk

memantau atau memerhatikan sahaja pergerakan Saidina Husain dan penduduk Kufah

tersebut dan tindakan hanya perlu diambil sekiranya mereka terlebih dahulu memulakan

serangan. Berikut merupakan pesanan Yazid kepada Ubaidullah bin Ziyad:

Saya mendapat tahu bahawa Hussain telah menuju ke Iraq. Oleh itu berkawallah di

kawasan-kawasan perbatasan negeri. Sesiapa yang diragui, tahanlah dia dan sesiapa yang

tertuduh tangkaplah dia. Tetapi jangan engkau perangi kecuali orang yang memerangi mu

dan tulislah selalu kepada ku tentang apa yang berlaku. – Al-Bidayah Wa al-Nihayah, jilid 8,

ms. 165. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala yang ditulis oleh

Mawlana Muhammad Asri Yusoff.

Di dalam riwayat yang lain Yazid telah berkata:

Adapun Hussain bin „Ali maka penduduk Iraq sekali-kali tidak akan melepaskannya

sehinggalah mereka mengeluarkannya untuk memberontak. Maka sekiranya dia keluar

memberontak terhadapmu dan engkau dapat menangkapnya maka maafkanlah dia kerana

beliau mempunyai pertalian rahim yang sangat hampir dengan kita dan juga mempunyai

hak yang sangat besar. – Tarikh al-Umam wa al-Muluk, jilid 4, ms. 238. Dinukil dari artikel

Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala.

Oleh itu siapa sebenarnya yang membunuh Saidina Hussain? Maka terdapat dua riwayat

tentang peristiwa di Karbala ini.

VERSI PERTAMA: Ubaidillah bin Ziyad telah bertindak berlebihan dari arahan sebenar Yazid

lalu menyerang Saidina Hussain dan rombongannya di Karbala. Tindakan Ubaidillah bin

Ziyad hanyalah bertujuan untuk menunjukkan kehebatannya serta mengampu khalifah. Apa

yang menghairankan adalah tindakan penduduk Kufah yang kononnya sanggup untuk

berkorban jiwa dan raga untuk mengangkat Saidina Hussain sebagai Khalifah serta

menjatuhkan Yazid telah melarikan diri apabila melihat kemaraan tentera Ubaidillah bin

Ziyad. Maka terpaksalah Saidina Hussain dan rombongannya yang hanya berjumlah sekitar

70 orang berhadapan dengan tentera Ubaidillah yang jauh lebih besar jumlahnya dari

mereka. Mana pergi penduduk Kufah yang dikatakan terdapat sejumlah 12,000 orang yang

telah bersiap sedia untuk menerima Saidina Hussain? Sekiranya 12,000 penduduk Kufah

yang jumlah tersebut sebenarnya adalah jauh lebih besar dari tentera Ubaidillah

mempertahankan Saidina Hussain kemungkinan besar tentera Ubaidillah akan dapat

ditewaskan. Namun demikian ini hanya membuktikan bahawa penduduk Kufah memang

pada asalnya tidak memiliki niat untuk menaikkan Saidina Hussain sebagai Khalifah.

Perkara ini sebenarnya adalah sebahagian dari agenda kelompok Syiah untuk menimbulkan

fitnah di kalangan umat Islam iaitu dengan melaga-lagakan Saidina Hussain dengan Yazid.

VERSI KEDUA: Ubaidillah bin Hussain sebenarnya mematuhi arahan Yazid dan tidak

melancarkan serangan tersebut. Wakil Saidina Hussain di Kufah iaitu Muslim bin „Aqil telah

menghidu konspirasi yang sedang dirancang oleh penduduk Syi‟ah di sana. Sebelum Muslim

dibunuh oleh penduduk Kufah beliau sempat mengutuskan „Umar bin Saad bin Abi Waqqas

kepada Saidina Hussain yang semakin hampir tiba ke bandar Kufah tentang kecurangan

golongan Syi‟ah. Maka Saidina Hussain membatalkan hasratnya untuk ke Kufah dan

mengubah laluan rombongannya menuju ke Syam untuk menemui Yazid. Ini jelas

menunjukkan bahawa Saidina Hussain telah meninggalkan niat asalnya untuk memberontak

terhadap Yazid dan telah pun menunjukkan kesediannya untuk membai‟ah Yazid. Golongan

Syi‟ah di Kufah mula panik dengan perubahan arah tersebut kerana sekiranya Saidina

Hussain berbai‟ah kepada Yazid maka musnahlah segala perancangan kotor mereka untuk

memporak-perandakan kesatuan umat Islam. Sekiranya Hussain berada di pihak Yazid

maka sudah pasti mereka akan dihancurkan oleh tentera Islam. Menurut ulamak Syi‟ah

sendiri iaitu Mulla Baaqir Majlisi tentera Syi‟ah lengkap bersenjata dari Kufah mengejar

rombongan Saidina Hussain dan mereka bertembung di Karbala. Menurut Mulla Baqir

Majlisi:

Sejarah memaparkan bahawa dialah (iaitu Syits bin Rab‟ie seorang Syi‟ah dari Kufah) yang

mengetuai 4000 bala tentera untuk menentang Saidina Hussain dan dialah orang yang

mula-mula turun dari kudanya untuk memenggal kepala Saidina Hussain – Mulla Baaqir

Majlis, Jilaau al-„Uyun, ms. 37. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di

Karbala.

Apa pun jua berkaitan dengan kedua-dua riwayat di atas, ternyata Yazid bebas dari tuduhan

membunuh Saidina Hussain. Maka syahidlah Saidina Hussain di Karbala. Setelah peristiwa

itu Yazid telah memberi perlindungan kepada ahli keluarga Saidina Hussain yang terselamat

dari serangan tersebut sehinggalah mereka kembali ke Madinah. Justeru itu dapat kita

fahami bahawa kisah Karbala versi Syiah yang menyatakan Yazid adalah pembunuh sebenar

Saidina Hussain malah kononnya Yazid telah menyuruh kepala Saidina Hussain dipenggal

untuk diserahkan kepadanya adalah tidak benar sama sekali. Apa yang harus kita fahami

bahawa riwayat-riwayat yang menyatakan Yazid sebagai pembunuh Saidina Hussain 90%

daripadanya adalah daripada Abu Mikhnaf, al-Saaib al-Kalbi dan anaknya Hisyam yang

merupakan penganut fahaman Syi‟ah Rafidhah yang ekstrim dan telah dituduh sebagi

pendusta oleh ulamak-ulamak Rijal (ilmu mengkaji biografi para perawi).

Begitu jelas bahawa pihak yang sebenarnya bertanggungjawab di atas kematian Saidina

Hussain adalah golongan Syiah di Kufah. Malah „Abdullah ibnu „Umar r.a seorang sahabat

Nabi yang besar kedudukannya bahkan Rasulullah s.a.w. pernah bersabda tentang beliau:

Sesungguhnya „Abdullah [Ibnu „Umar] adalah seorang lelaki yang soleh [rujuk hadis riwayat

Imam al-Bukhari, no: 3740] telah mempertanggungjawabkan penduduk Kufah atas

kematian Saidina Hussain. Dari Abdul Rahman bin Abi Na‟m dia berkata:

Aku melihat (Abdullah) Ibn „Umar ditanya oleh seorang lelaki berkenaan hukum darah lalat.

Ibn „Umar bertanya: Kamu berasal dari mana? Lelaki itu menjawab: Aku daripada orang-

orang Iraq.

Lalu Ibn „Umar berkata: Lihatlah orang ini, dia bertanya kepada aku berkenaan darah lalat

padahal mereka (orang-orang Iraq) membunuh cucu Nabi s.a.w.. Aku mendengar Nabi

s.a.w. bersabda: Mereka berdua (Hasan dan Husain) adalah penyejuk hatiku di dunia. –

Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 5994.

Malah Saidina Hussain sendiri telah menyalahkan penduduk Kufah di atas peperangan berat

sebelah yang terpaksa beliau hadapi di Karbala. Telah diriwayatkan bahawa ucapan beliau

yang terakhir sebelum terbunuh di Karbala adalah:

Ya Allah, berilah putusan di antara kami dan di antara orang-orang yang mengajak kami

untuk menolong kami, namun ternyata mereka membunuh kami. – Rujuk buku

Pengkhianatan Pengkhiantan Syiah Dan Pengaruhnya Terhadap Kekalahan Umat Islam

karya Dr. Imad Ali Abdus Sami‟, Pustaka Al-Kautsar, Jakarta 2006, ms. 35-36.

Bahkan ulamak Syi‟ah Mulla Baaqir Majlisi juga telah meriwayatkan kata-kata terakhir

Saidina Hussain sebelum syahid di Karbala:

Wahai orang-orang Kufah! Semoga kamu dilaknat sebagaimana dilaknat niat-niat jahat

kamu. Wahai orang-orang yang curang, zalim dan pengkhianat! Kamu telah menjemput

kami untuk membela kami di waktu kesempitan tetapi bila kami datang untuk membela

kamu dengan menaruh kepercayaan kepada kamu maka sekarang kamu hunuskan pedang

dendammu kepada kami dan kamu membantu musuh-musuh di dalam menentang kami. –

Mulla Baaqir Majlis, Jilaau al-„Uyun, ms. 391. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina

Hussain di Karbala.

Seterusnya Mulla BaaqirMajlisi juga merakamkan doa Saidina Hussain terhadap golongan

Syi‟ah:

Binasalah kamu! Tuhan akan membalas bagi pihakku di dunia dan di akhirat… Kamu akan

menghukum diri kamu sendiri dengan memukul pedang-pedang di atas tubuh mu dan muka

mu dan kamu akan menumpahkan darah kamu sendiri. Kamu tidak akan mendapat

keuntungan di dunia dan kamu tidak akan sampai kepada hajatmu. Apabila mati nanti

sudah tersedia azab Tuhan untuk mu di akhirat. Kamu akan menerima azab yang akan

diterima oleh orang-orang kafir yang paling dahsyat kekufurannya. - – Mulla Baaqir Majlis,

Jilaau al-„Uyun, ms. 409. Dinukil dari artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala.

Dipetik dari ILI

Sumber asal

Pendirian Muawiyah Di Sebalik Perlantikan Yazid

dan Pembunuhan Hasan

Oleh

Hafiz Firdaus Abdullah

Apabila disebut nama Muawiyah bin Abi Sufyan radhiallahu 'anh, ia lazimnya

dikaitkan dengan tiga peristiwa sejarah yang buruk. Pertama adalah Perang Siffin, kedua

adalah tindakan Muawiyah melantik anaknya sendiri – Yazid bin Muawiyah – menjadi

khalifah yang menggantinya dan ketiga adalah penglibatan Muawiyah dalam pembunuhan

Hasan bin Ali radhiallahu 'anh. Dalam artikel sebelumnya, kita telah meneliti pendirian

Muawiyah di sebalik Perang Siffin. Maka dalam artikel ini insya-Allah, kita akan meneliti

pendirian Muawiyah di sebalik perlantikan Yazid dan pembunuhan Hasan.

Perlantikan Hasan bin Ali sebagai khalifah.

Apabila Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh dibunuh, orang ramai melantik anaknya

Hasan sebagai khalifah yang baru. Ali tidak mewasiatkan sesiapa jua untuk menjadi

penggantinya sebagaimana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga tidak mewasiatkan

sesiapa menjadi pengganti baginda. Al-Imam al-Baihaqi rahimahullah (458H) meriwayatkan

bahawa orang meminta kepada Ali:

“Lantiklah pengganti ke atas kami!” Ali menjawab:

“Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak melantik seorang pengganti (maka aku

tidak akan menyelisihi sunnah sedemikian). Akan tetapi jika Allah mengkehendaki

kebaikan kepada manusia, Allah akan mengumpul mereka sesudah aku di atas kebaikan

mereka (sendiri) sebagaimana Allah telah mengumpul mereka (para sahabat) sesudah

Nabi mereka shallallahu 'alaihi wasallam di atas kebaikan mereka (sendiri).” [al-Sunan

al-Kubra(diteliti oleh Muhammad „Abd al-Qadir „Atha‟; Dar al-Kutub al-Ilmiah,

Beirut, 1999), riwayat no: 16573]

Maksudnya, apabila masyarakat itu baik, maka kebaikan mereka secara tersendiri

akan melahirkan seorang pemimpin yang baik ke atas mereka. Sebaliknya apabila

masyarakat itu buruk, maka keburukan mereka secara tersendiri akan melahirkan

pemimpin yang buruk ke atas mereka. Demikian peraturan Allah (sunnatullah) kepada

manusia di mukabumi ini.

Tindakan Ali yang tidak melantik seorang pengganti dan menyandarkan tindakannya

itu ke atas sunnah Rasulullah membatalkan dakwaanSyi‘ah kononnya baginda telah

melantik Ali sebagai khalifah pengganti ke atas umat Islam. Adapun ayat-ayat al-Qur‟an dan

hadis-hadis Rasulullah yang dijadikan dalil kekhalifahan Ali oleh Syi‘ah, semuanya adalah

melalui takwilan yang batil. Alhamdulillah saya telah menyusun tiga buku khas dalam bab

ini berjudul Jawapan Ahl al-Sunnah Kepada Syi‘ah al-Rafidhah Dalam Persoalan

Khalifah terbitan Jahabersa, Johor Bahru.

Hasan menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah.

Sekalipun orang ramai melantik Hasan sebagai khalifah yang menggantikan

ayahnya, Hasan lebih mengingini kemaslahatan dan persatuan umat Islam daripada

jawatan tersebut. Pada saat itu umat Islam masih berselisih kerana para pembunuh Usman

ibn Affan radhiallahu 'anh masih belum ditangkap. Hasan ingin menutup perselisihan ini.

Pada pengamatan beliau, hal ini hanya mampu dicapai jika jawatan khalifah diserahkan

kepada Muawiyah. Maka tanpa berbelah bahagi Hasan menyerahkan jawatan khalifah

kepada Muawiyah dan kemudian membai‘ah Muawiyah sebagai khalifah umat Islam yang

baru. Tindakan Hasan ini memiliki beberapa kepentingan:

Pertama: Ia menunjukkan kemuliaan tak tertanding yang dimiliki oleh Hasan bin Ali.

Beliau lebih mencintai apa yang baik untuk umat Islam melebihi segala-galanya.

Kedua: Ia membenarkan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang pada

masa hidupnya telah bersabda di atas mimbar sambil mendukung Hasan yang ketika itu

masih kecil: “Sesungguhnya cucuku ini adalah Sayyid, semoga Allah mendamaikan

dengannya dua kumpulan umat Islam yang sedang berselisih.” [Shahih al-Bukhari –

hadis no: 3629] al-Qadhi Ibn al-„Arabi mengulas dua kepentingan di atas:

“…Hasan lebih berhak daripada Muawiyah dan orang-orang yang lain (untuk jawatan

khalifah). Beliau memiliki sifat-sifat seperti ayahnya, iaitu mengajak kumpulan yang

berselisih kepada kebenaran dan ketaatan. Maka (bagi Hasan) perdamaian diberi

kepentingan (priority) dan semua masalah lain diketepikan. Ini semua adalah untuk

menghindari pertumpahan darah di kalangan umat Islam dan membenarkan sabda

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bahawa Hasan adalah seorang juru damai.” [al-

‘Awashim min al-Qawashim, ms. 206-207].

Ketiga: Ia membuktikan bahawa Muawiyah bukanlah musuh atau pemberontak. Ini

kerana jika Muawiyah adalah musuh atau pemberontak, yang menjadi wajib adalah perang

dan bukannya perdamaian. Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah menerangkan:

“Ini menunjukkan bahawa mendamaikan antara dua kumpulan adalah baik dan

terpuji, dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya. Apa yang dilakukan oleh Hasan adalah

daripada keutamaan beliau yang amat agung dan kedudukannya yang dipuji oleh

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Seandainya perang adalah wajib atau disunatkan,

nescaya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tidak akan memuji sesiapa jua yang

meninggalkan kewajipan atau kesunatan tersebut.” [Minhaj al-Sunnah, jld. 4, ms.

531-532]

Keempat: Ia membuktikan bahawa Syi‘ah bukanlah pendukung Hasan secara

khusus dan Ahl al-Bait secara umum. Ini kerana jika mereka adalah pendukung yang

sebenar, pasti mereka rela ke atas tindakan Hasan yang menyerahkan jawatan khalifah

kepada Muawiyah. Namun riwayat-riwayat sejarah menunjukkan mereka amat marah dan

benci kepada Hasan atas tindakannya itu. Malah dalam sebahagian kitab mereka, Husain

lebih diberi keutamaan berbanding Hasan.

Muawiyah seorang pemerintah yang cemerlang.

Dalam artikel sebelumnya, kita dapat mengenal bahawa Muawiyah bukanlah calang-

calang orang, tetapi seorang sahabat Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam yang memiliki

banyak keutamaan. Pernah seorang lelaki bertanya kepada al-Mu„afi bin

Imran rahimahullah:

“Wahai Abu Mas„ud (gelaran al-Mu„afi)! Bagaimana kedudukan Umar bin Abdul Aziz

berbanding Muawiyah bin Abi Sufyan?” al-Mu„afi menjadi amat marah mendengar soalan

tersebut, lantas menjawab: “Para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak

dapat dibandingkan dengan sesiapa jua. Muawiyah adalah seorang sahabat (Rasulullah),

ipar baginda, jurutulis baginda dan kepercayaan baginda dalam menulis wahyu

Allah.”[Diriwayatkan oleh al-Imam al-Khatib al-Baghdadi (463H) di dalam Tarikh

Madinah al-Salam (diteliti oleh Basyar „Awwad Ma‟ruf; Dar al-Gharb al-Islami,

2001), jld. 1, ms. 577]

Muawiyah juga memiliki satu keutamaan yang khusus, iaitu beliau memiliki ciri-ciri

kepimpinan (leadership qualities) yang amat baik. Di atas ciri-ciri inilah beliau dapat

memerintah negara Islam pada zamannya dengan penuh kecemerlangan, keadilan,

kemakmuran dan kekuatan. Ciri-ciri ini dipersaksikan oleh para sahabat yang lain. Di

antaranya ialah Abdullah ibn Abbas radhiallahu 'anh dimana beliau pernah berkata: “Belum

pernah aku melihat orang yang lebih istimewa dalam pemerintahannya selain

Muawiyah.” [Diriwayatkan oleh al-Imam „Abd al-Razzaq (211H) di dalam al-Musannaf(diteliti

oleh Habib al-Rahman al-„Azhami; al-Maktab al-Islami, Beirut, 1983), riwayat no: 20985]

Abdullah ibn Umar radhiallahu 'anh turut berkata:

“Tidak pernah aku melihat seorang jua selepas Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam yang lebih bijak kepimpinannya selain Muawiyah.” Orang bertanya: “Tidak juga

Abu Bakar al-Siddiq?” Ibn Umar menjawab: “Tidak juga Abu Bakar al-Siddiq akan tetapi

Abu Bakar adalah lebih baik daripada beliau (dalam sudut-sudut yang lain). Orang

bertanya lagi: “Tidak juga Umar?” Ibn Umar menjawab: “Tidak juga Umar akan tetapi

Umar adalah lebih baik daripada beliau (dalam sudut-sudut yang lain).” [Diriwayatkan

oleh al-Imam Ibn Asakir (571H) di dalam Tarikh Dimashq al-Kubra (diteliti oleh

„Ali „Asyur; Dar Ihya‟ al-Turath al-„Arabi, Beirut, 2001), jld. 62, ms. 120]

Qabishah bin Jabir rahimahullah berkata: “Belum pernah aku melihat orang yang lebih

agung kesantunannya, lebih besar kemuliaannya dan lebih lembah lembut pemerintahannya melainkan

Muawiyah.” [Tarikh Dimashq al-Kubra, jld. 62, ms. 123]. Bahkan

Mujahid rahimahullah pernah berkata:“Seandainya kalian melihat Muawiyah, nescaya kalian akan

mengatakan: Inilah Mahdi!” [Tarikh Dimashq al-Kubra, jld. 62, ms. 119]

Terdapat banyak keterangan daripada para sahabat dan para tokoh daripada zaman

selepas para sahabat berkenaan kecemerlangan pemerintahan Muawiyah, sehingga berkata

Syaikh Muhib al-Din al-Khatib rahimahullah:

“Di antara perkara yang perlu dikaji berkenaan sejarah Arab dan Islam adalah

untuk mengetahui bahawa Muawiyah mempelopori kepimpinan, kepanglimaan dan

pembentukan hukum.” [catitan notakaki kepada al-‘Awashim min al-Qawashim, ms.

211]

Mengenali kecemerlangan pemerintahan Muawiyah adalah penting kerana ia

membentuk dasar kepada pengajian kita tentang sejarah pemerintahan beliau. Sebelum ini,

kebanyakan umat Islam hanya mengenali Muawiyah sebagai seorang yang jahat lagi

tercela, hasil daripada pengaruh Syi‘ah. Semua ini menyebabkan mereka membaca sejarah

pemerintahan beliau dengan mindset yang negatif. Kini, kita akan mengkaji semula sejarah

pemerintahan beliau dengan mindset yang positif.

Pendirian Muawiyah di sebalik perlantikan Yazid.

Sejarah versi Syi‘ah mencela Muawiyah kerana telah menyerahkan jawatan khalifah

kepada anaknya Yazid. Penyerahan ini, menurutSyi‘ah, membuktikan bahawa Muawiyah

bukanlah pemerintah yang adil. Bahkan ia membuktikan Muawiyah tamak kepada jawatan

tersebut dan enggan melepaskannya kecuali kepada keturunannya sendiri.

Adapun di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, tindakan Muawiyah tidak lain adalah

kerana kemaslahatan yang ingin beliau berikan kepada seluruh umat Islam. Al-Allamah Ibn

Khaldun rahimahullah (808H) menerangkan kemaslahatan ini:

“Seorang imam tidak sewajarnya dicurigai meskipun dia telah melantik ayah atau

puteranya sendiri sebagai penggantinya. Dia telah dipertanggungjawabkan untuk

menguruskan kebajikan kaum muslimin selagi dia masih hidup. Lebih daripada itu dia

bertanggungjawab untuk membasmi, semasa hidupnya (kemungkinan mewabaknya

perkara-perkara yang tidak diingini) setelah kematiannya …. Malah, dia tidak harus sama

sekalinya dicurigai dalam apa jua hal pun. Lebih-lebih lagi sekiranya ada alasan (untuk

melantik seorang pengganti itu), seperti keinginannya untuk meningkatkan kepentingan

umum, atau kekhuatiran akan terjadinya suatu malapetaka (sekiranya tidak dilantik

seorang pengganti), oleh itu meragui seorang imam itu adalah bukan persoalannya.

Hal yang sedemikian sebagai satu contoh adalah sebagaimana yang berlaku apabila

Muawiyah melantik puteranya, Yazid. Tindakan itu diambil dengan persetujuan rakyat

dan, dengan kerana itu, dengan sendirinya menjadi satu bahan hujah kepada persoalan

yang dibincangkan. Akan tetapi, Muawiyah sendiri bersikap lebih menyokong puteranya

Yazid berbanding dengan bakal penggantinya yang lain. Sebabnya ialah, dia lebih

menitikberatkan kepentingan umum yang menghendaki adanya perpaduan dan harmoni di

kalangan masyarakat itu, kerana orang yang menerajui kuasa eksekutif, iaitu Bani

Umayyah, pada waktu itu bersetuju melantik Yazid.

Tidak ada motif yang lainnya daripada Muawiyah. Hemahnya yang tinggi dan hakikat

bahawa dia merupakan salah seorang daripada sahabat-sahabat Nabi mencegah

keterangan yang lain-lainnya. Fakta bahawa dia sering datang kepada para sahabat

terkemuka, untuk dimintai nasihat, dan kenyataan bahawa mereka tidak memberikan

pendapat (yang bertentangan) merupakan bukti tidak adanya kecurigaan atas dirinya.

Mereka (para sahabat) tidak termasuk orang gegabah yang mengambil keputusan dalam

masalah kebenaran, dan demikian pula Muawiyah tidak mudah seenaknya menerima

kebenaran. Mereka mempunyai peranan masing-masing dalam masalah ini, dan keadilan

mereka menahan diri mereka untuk bertindak sewenang-

wenangnya.” [Muqaddimah (edisi terjemahan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kuala Lumpur, 1995), ms. 229-230]

Demikian penjelasan Ibn Khaldun. Sebelum beralih kepada penelitian seterusnya,

ingin saya menarik perhatian para pembaca sekalian kepada satu fakta menarik. Kita

perhatikan Syi‘ah mencela Muawiyah kerana menjadikan jawatan khalifah sesuatu yang

diwarisi oleh keturunannya. Bukankah pada waktu yang sama Syi‘ah juga menjadikan

jawatan khalifah sesuatu yang diwarisi oleh keturunan, iaitu keturunanAhl al-

Bait Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam? Yang dapat kita katakan adalah,

celaan Syi‘ah ke atas tindakan Muawiyah berbalik menjadi celaan ke atas diri mereka

sendiri.

Pendirian Muawiyah di sebalik pembunuhan Hasan.

Apabila ditanya kepada orang ramai, siapakah yang membunuh Hasan? Pasti mereka

menjawab “Muawiyah”. Malah mereka mampu memperincikannya, konon Muawiyah telah

merasuah isteri Hasan untuk meracuni suaminya. Sebagai ganjaran, isteri tersebut akan

diberi sejumlah bayaran wang dan dikahwinkan dengan Yazid bin Muawiyah. Demikianlah

kemasyhuran sejarah versi Syi‘ah sehingga orang ramai menganggapnya sebagai satu

peristiwa yang benar-benar berlaku.

Yang benar adalah, tidak ada apa-apa bukti untuk menuduh mahupun mengaitkan

Muawiyah dengan peristiwa pembunuhan Hasan. Syaikh al-Islam Ibn

Taimiyyah rahimahullah menegaskan:

“Dan adapun pendapat: “Sesungguhnya Muawiyah meracuni Hasan”, maka ia adalah

daripada perkara yang disebut-sebut oleh sebahagian orang, padahal tidaklah tuduhan

yang sedemikian sabit daripada penjelasan syari„at atau pengakuan orang yang muktabar

dan tidak juga dinukil secara tegas berkenaannya. Dan ia adalah daripada sesuatu yang

tidak mungkin berdasarkan ilmu, maka berkata dengannya adalah perkataan yang berdiri

tanpa ilmu.” [Minhaj al-Sunnah, jld. 5, ms. 469]

Paling kurang terdapat tiga sebab kenapa dikatakan “ia adalah daripada sesuatu yang

tidak mungkin berdasarkan ilmu”.

Pertama: Muawiyah sendiri pada asalnya tidak pernah memandang Hasan sebagai

persaingan dalam jawatan khalifah. Beliau mengenali Hasan sebagai seorang insan yang

memiliki pelbagai ciri-ciri mulia. Antara ciri mulia tersebut adalah Hasan sanggup

menyerahkan jawatan khalifah kepadanya (Muawiyah) demi kemaslahatan umat Islam dan

beliau tidak memiliki hasrat untuk merebutnya kembali. Muawiyah mengetahui bahawa

Hasan berpegang teguh kepada sabda datuknya shallallahu 'alaihi

wasallam: “Sesungguhnya cucuku ini adalah Sayyid, semoga Allah mendamaikan

dengannya dua kumpulan umat Islam yang sedang berselisih.” [Shahih al-Bukhari –

hadis no: 3629]

Kedua: Jika Hasan adalah persaingan kepada Muawiyah, maka “membasmi”

persaingan politik bukanlah merupakan tindak-tanduk seorang pemerintah yang cemerlang.

Ia hanya akan menimbulkan rusuhan daripada masyarakat dan ini akhirnya akan memberi

natijah yang buruk kepada pemerintah itu sendiri. Oleh itu seandainya Hasan menjadi

persaingan kepada Muawiyah, pasti beliau akan bermusyawarah dengannya dalam mencari

jalan keluar yang terbaik kepada agama, umat dan negara.

Ketiga: Cerita kononnya “Muawiyah merasuah isteri Hasan untuk meracuni

suaminya” bukan sahaja merupakan fitnah ke atas Muawiyah tetapi juga ke atas Hasan. Ini

kerana cerita tersebut menunjukkan seolah-olah Hasan telah memilih seorang isteri

yang fasiq dan tidak prihatin ke atas tindak-tanduk isterinya yang sanggup menerima

rasuah untuk meracuni dirinya. Hal ini sungguh tidak mungkin berlaku ke atas Hasan yang

memiliki keimanan yang jitu, ketaqwaan yang teguh, keilmuan yang tinggi, wawasan yang

luas dan kemuliaan yang tidak tertanding. Justeru Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah bukan

sahaja menolak cerita “Muawiyah merasuah isteri Hasan untuk meracuni suaminya” dalam

rangka membersihkan nama Muawiyah tetapi juga dalam rangka membersihkan nama

Hasan. Pada waktu yang sama dapat juga kita perhatikan bahawa dalam

rangkaSyi‘ah membuat fitnah ke atas Muawiyah, mereka juga membuat fitnah yang

tersembunyi yang lebih berbisa ke atas Hasan.

Dengan itu tinggal satu persoalan, siapakah yang meracuni Hasan? Apabila tidak ada

bukti yang kukuh dalam persoalan ini, Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah menahan diri daripada

menuduh sesiapa. Seorang penjenayah mungkin terlepas di dunia tetapi dia tidak akan

terlepas di Akhirat. Andai kata dibolehkan membuat tuduhan, maka pihak yang paling layak

menjadi suspect ialah orang-orang Syiah itu sendiri. Ini kerana tidak ada sesiapa jua yang

lebih benci dan marah ke atas Hasan disebabkan tindakannya menyerahkan jawatan

khalifah kepada Muawiyah melainkan orang-orang Syi‘ah itu sendiri.

Pendirian Muawiyah Di Sebalik Perang Siffin

Oleh

Hafiz Firdaus Abdullah

Dalam artikel Zainab bin Ali Saksi Peristiwa Karbala (Majalah i Jun 2005), disebut

bahawa:

“Zainab juga telah menyaksikan pertempuran demi pertempuran yang terpaksa

ditempoh oleh ayahnya dalam menentang kaum pemberontak yang dipimpin oleh Muawiyah

bin Abu Sufyan, seperti pertempuran di Siffin…”

Di atas adalah juga sejarah versi Syi„ah yang amat masyhur. Perlu diteliti semula,

benarkah Muawiyah bin Abi Sufyan radhiallahu 'anhmemimpin kaum pemberontak ke

atas Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anh? Sebelum menjawab persoalan ini,

ingin saya jelaskan terlebih dahulu keutamaan Muawiyah. Ini kerana sejak dari bangku

sekolah, kebanyakan di kalangan kita mengenali beliau sebagai seorang sahabat yang

zalim, pendusta dan pelbagai lagi sifat yang negatif. Pengenalan bentuk negatif ini begitu

meluas sehingga jarang-jarang kita menemui ibubapa yang menamakan anaknya

“Muawiyah” berbanding dengan nama para sahabat yang lain.

Keutamaan Muawiyah bin Abi Sufyan.

Muawiyah bin Abi Sufyan adalah salah seorang sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi

wasallam yang mulia. Beliau dilahirkan 15 tahun sebelum peristiwa hijrah. Mengikut

pendapat yang lebih tepat, beliau memeluk Islam selepas Perjanjian Hudaibiyah, iaitu

antara tahun 6 hingga 8 hijrah. [Maulana M. Asri Yusoff – Sayyidina Mu’awiyah: Khalifah

Rashid Yang Teraniaya (Pustaka Bisyaarah, Kubang Kerian, 2004), ms. 9-10]. Dalam

sebuah hadis yang dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani rahimahullah, Rasulullah shallallahu

'alaihi wasallam pernah mendoakan Muawiyah:“Ya Allah! Jadikanlah beliau orang yang

memimpin kepada hidayah dan berikanlah kepada beliau hidayah.” [Silsilah al-

Ahadits al-Shahihah (Maktabah al-Ma„arif, Riyadh, 1995), hadis no: 1969]

Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan di dalam kitab Shahihnya – hadis no: 2924

bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:“Pasukan pertama daripada

kalangan umatku yang berperang di laut, telah dipastikan bagi mereka (tempat di

syurga).” Fakta sejarah mencatitkan bahawa armada laut yang pertama bagi umat Islam

dipimpin oleh Muawiyah pada zaman pemerintahan Amirul MukmininUsman ibn

Affan radhiallahu 'anh.

Di dalam Shahih Muslim – hadis no: 2501, Abu Sufyan pernah meminta kepada

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam agar Muawiyah menjadi jurutulis baginda. Rasulullah

memperkenankan permintaan ini. Sejak itu Muawiyah menjadi jurutulis al-Qur‟an dan surat-

surat Rasulullah, sekali gus menjadi orang yang dipercayai di sisi baginda.

Muawiyah juga merupakan seorang sahabat yang dihormati oleh para sahabat yang

lain. Beliau diangkat menjadi gabenor di Syam semasa zaman pemerintahan Amirul

Mukminin Umar dan Usman. Pada zaman pemerintahan beliau sendiri, pernah seorang

mengadu kepada Ibn Abbas radhiallahu 'anh bahawa Muawiyah melaksanakan solat witir

dengan hanya satu rakaat. Ibn Abbas menjawab: “(Biarkan), sesungguhnya dia

seorang yang faqih (faham agama).” [Shahih al-Bukhari – hadis no: 3765]

Demikianlah beberapa keutamaan Muawiyah yang sempat dinyatakan dalam tulisan

ini. Dapat dikenali bahawa beliau bukanlah sebarangan orang tetapi merupakan salah

seorang sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang mulia.

Pendirian Muawiyah tentang kekhalifahan Ali.

Apabila Amirul Mukminin Usman ibn Affan radhiallahu 'anh dibunuh, Ali bin Abi Thalib

diangkat menjadi khalifah. Beliau dibai„ah oleh sebahagian umat Islam. Wujud sebahagian

lain yang tidak membai„ah beliau, di antaranya ialah Muawiyah. Hal ini berlaku bukan

kerana Muawiyah menafikan jawatan khalifah daripada Ali, akan tetapi Muawiyah

mengkehendaki Ali terlebih dahulu menjatuhkan hukuman hudud ke atas para pembunuh

Usman. Al-Imam Ibn Hazm rahimahullah menerangkan hakikat ini:

“Dan tidaklah Muawiyah mengingkari sedikit jua akan keutamaan Ali dan hak beliau

untuk menjadi khalifah. Akan tetapi pada ijtihad beliau, perlu didahulukan penangkapan

ke atas para pembakar api fitnah daripada kalangan para pembunuh Usman radhiallahu

'anh daripada urusan bai„ah. Dan beliau juga berpendapat dirinya paling berhak untuk

menuntut darah Usman.” [al-Fishal, jld. 3, ms. 85]

Di sisi Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib, beliau bukan sengaja membiarkan para

pembunuh Usman berkeliaran secara bebas. Malah beliau mengetahui bahawa mereka itu

menyamar diri dan berselindung di kalangan umat Islam serta berpura-pura membai„ah

beliau. Akan tetapi dalam suasana umat Islam yang masih berpecah belah, adalah sukar

untuk beliau mengambil apa-apa tindakan. Sebaliknya jika umat Islam bersatu, mudah

baginya untuk mengambil tindakan ke atas para pembunuh Usman.

Berlakunya Perang Siffin.

Setelah Perang Jamal berakhir, Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib menghantar

utusan kepada Muawiyah meminta beliau berbai„ah kepada dirinya. Muawiyah menolak,

sebaliknya mengulangi tuntutannya agar Amirul Mukminin Ali mengambil tindakan ke atas

para pembunuh Usman. Jika tidak, Muawiyah sendiri yang akan mengambil tindakan.

Mendengar jawapan yang sedemikian, Amirul Mukminin Ali menyiapkan pasukannya dan

mula bergerak ke arah Syam. Senario ini menyebabkan Muawiyah juga mempersiapkan

pasukannya dan mula bergerak ke arah Kufah. Akhirnya kedua-dua pasukan ini bertemu di

satu tempat yang bernama Siffin dan bermulalah peperangan yang dikenali dengan Perang

Siffin.

Para pengkaji berbeza pendapat, kenapakah Amirul Mukminin Ali mempersiapkan

pasukannya ke arah Syam? Persoalan ini masih memerlukan penelitian yang mendalam

dengan mengambil kira faktor-faktor luaran dan dalaman yang wujud pada ketika

itu. Amirul Mukminin Ali tidak akan mengambil apa-apa tindakan melainkan ia adalah untuk

kemaslahatan umat Islam seluruhnya. Hal ini mengingatkan sabda Rasulullahshallallahu

'alaihi wasallam yang meramalkan berlakunya Perang Siffin:

“Tidak akan datang Hari Kiamat sehingga dua kumpulan yang besar saling

berperang. Berlaku antara kedua-duanya pembunuhan yang dahsyat padahal

seruan kedua-dua kumpulan tersebut adalah satu (yakni kebaikan Islam dan

umatnya).”[Shahih Muslim – hadis no: 157]

Muawiyah memberontak kepada Ali?

Kini penelitian kita sampai kepada persoalan: Benarkah Muawiyah memimpin

pemberontakan ke atas Amirul Mukminin Ali? Jawapannya tidak. Ini kerana jika dikatakan

seseorang itu memberontak kepada pemimpinnya, nescaya pemberontak itulah yang

bergerak ke arah pemimpin. Akan tetapi dalam kes Muawiyah, beliau tidak bergerak ke

arah Amirul Mukminin Ali. Sekalipun Muawiyah enggan membai„ah Ali, beliau hanya berdiam

diri di Syam tanpa memulakan apa-apa tindakan ketenteraan. Syaikh Muhib al-Din al-

Khatib rahimahullah (1389H) menjelaskan:

“……lalu Ali berangkat meninggalkan Kufah dan menuju di permulaan jalan yang menuju

ke arah Syam dari Iraq. Ali mengisyaratkan supaya orang ramai tetap tinggal di Kufah

dan mengirimkan yang selainnya ke Syam. Sampai berita kepada Muawiyah bahawa Ali

telah mempersiapkan pasukannya dan Ali sendiri keluar untuk memerangi beliau. Maka

para pembesar Syam mengisyaratkan kepada Muawiyah agar dia sendiri turut keluar

(untuk berhadapan dengan pasukan Ali). Maka orang-orang Syam berangkat menuju ke

Sungai Furat melalui Siffin dan Ali maju bersama pasukannya menuju Siffin juga.

……Seandainya Ali tidak mempersiapkan pasukan yang bergerak dari Kufah nescaya

Muawiyah tidak akan bergerak (dari Syam).” [catitan notakaki kepada al-‘Awashim

min al-Qawashim, ms. 166 & 168 ]

Dalam persoalan ini terdapat sebuah hadis yang lazim dijadikan alasan melabel

Muawiyah sebagai pemberontak. Hadis tersebut diriwayatkan oleh al-Imam Muslim di dalam

kitab Shahihnya – hadis no: 2916 di mana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda

kepada „Ammar bin Yasir radhiallahu 'anh: “Engkau akan dibunuh oleh kelompok

pemberontak.” Di dalam Perang Siffin, „Ammar berada di dalam pasukan Amirul

Mukminin Ali dan beliau terbunuh dalam peperangan tersebut. Lalu Muawiyah dilabel

sebagai pemberontak kerana pasukan beliaulah yang memerangi Ali sehingga menyebabkan

„Ammar terbunuh.

Sebenarnya tidak tepat menggunakan hadis di atas untuk melabel Muawiyah sebagai

pemberontak. Sebabnya:

1. Sejak awal para sahabat mengetahui bahawa „Ammar bin Yasir berada di dalam

pasukan Amirul Mukminin Ali. Dengan itu, sesiapa yang memerangi pasukan Ali,

nescaya mereka adalah para pemberontak. Akan tetapi fakta sejarah mencatitkan

bahawa ramai sahabat yang mengecualikan diri daripada Perang Siffin. Jika mereka

memandang pasukan Muawiyah sebagai pemberontak, nescaya mereka tidak akan

mengecualikan diri, malah tanpa lengah akan menyertai pasukan Ali. Sikap mereka

yang mengecualikan diri menunjukkan mereka tidak memandang pasukan Muawiyah

sebagai pihak yang memberontak. Perlu ditambah bahawa hadis yang meramalkan

pembunuhan „Ammar bin Yasir oleh kelompok pembangkang adalah

hadis mutawatir yang diriwayatkan oleh lebih daripada 20 orang sahabat.

[Rujuk Qathf al-Azhar al-Mutanatsirah fi al-Akhbar al-Mutawatirah oleh al-Imam al-

Suyuthi (911H) (al-Maktab al-Islami, Beirut, 1985), hadis no: 104]

2. Amirul Mukminin Ali juga mengetahui bahawa „Ammar bin Yasir berada dalam

pasukannya. Akan tetapi Ali mengakhiri Perang Siffin melalui perdamaian yang

disebut sebagai peristiwa Tahkim. Seandainya Ali memandang Muawiyah sebagai

pemberontak, nescaya beliau tidak akan melakukan apa-apa usaha perdamaian

dengannya.

3. Apabila terbunuhnya Amirul Mukminin Ali, jawatan khalifah diserahkan kepada

anaknya, Hasan bin Ali radhiallahu 'anh. Tidak berapa lama selepas itu, Hasan

menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah. Padahal Hasan juga mengetahui

bahawa „Ammar bin Yasir telah terbunuh dalam Perang Siffin. Jika Hasan

memandang Muawiyah sebagai pemberontak, nescaya beliau tidak akan

menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah. Namun Hasan tetap

menyerahkannya, menunjukkan beliau tidak memandang Muawiyah sebagai

pemberontak.

Semua ini membawa kepada persoalan seterusnya, siapakah yang sebenarnya

dimaksudkan sebagai “kelompok pemberontak”? Kelompok pemberontak tersebut bukanlah

pasukan Muawiyah mahupun pasukan Amirul Mukminin Ali, akan tetapi adalah orang-orang

yang pada asalnya menyebabkan berlakunya peperangan antara Muawiyah dan Ali. Mereka

adalah kelompok pemberontak yang asalnya memberontak kepada Amirul Mukminin Usman

ibn Affan sehingga akhirnya membunuh beliau. Diingatkan bahawa sekalipun pada zahirnya

peperangan kelihatan berlaku di antara para sahabat, faktor yang menggerakkannya ialah

para pemberontak yang asalnya terlibat dalam pembunuhan Usman.

Syaikh Mubih al-Din al-Khatib rahimahullah menjelaskan hakikat ini:

“Sesungguhnya orang yang membunuh orang Islam dengan tangan kaum Muslimin

setelah terjadinya pembunuhan Usman, maka dosanya berada di atas para pembunuh Usman

kerana mereka adalah pembuka pintu fitnah dan mereka yang menyalakan apinya dan mereka

yang menipu sebahagian hati kaum muslimin dengan sebahagian yang lain. Maka sebagaimana

mereka membunuh Usman maka mereka juga membunuh setiap orang yang mati selepas

Usman, di antaranya seperti „Ammar dan orang yang lebih utama daripada „Ammar iaitu

Thalhah dan al-Zubair, sehinggalah berakhirnya fitnah dengan terbunuhnya Ali.

……Segala sesuatu yang terjadi kerana fitnah maka yang menanggungnya adalah orang

yang menyalakan apinya kerana merekalah penyebab yang pertama. Mereka itulah “kelompok

pembangkang” yang membunuh, yang menyebabkan setiap pembunuhan dalam Perang Jamal

dan Perang Siffin dan perpecahan yang berlaku selepas kedua-dua perang tersebut.” [catitan

notakaki kepada al-‘Awashim min al-Qawashim, ms. 173]

Kebenaran tetap bersama pemimpin.

Sekalipun dikatakan bahawa Muawiyah bukan pemberontak, tidaklah bererti

Muawiyah berada di pihak yang benar. Di dalam Islam, apabila wujud perbezaan pendapat

antara pemimpin dan selain pemimpin, maka kebenaran terletak bersama pemimpin.

Hendaklah mereka yang menyelisihi pemimpin tetap bersama pemimpin dan berbincang

dengan beliau terhadap apa yang diperselisihkan. Di dalam peristiwa yang membawa

kepada Perang Siffin, pemimpin saat itu ialah Amirul Mukminin Ali. Maka sikap yang lebih

tepat bagi Muawiyah ialah tidak meletakkan syarat untuk membai„ah Ali, sebaliknya terus

membai„ah beliau dan kemudian berbincang dengan beliau tentang cara terbaik untuk

mengambil tindakan ke atas para pembunuh Amirul Mukminin Usman.

Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah menegaskan:

“Dan Muawiyah bukanlah daripada kalangan mereka yang memilih untuk memulakan

perang, bahkan beliau daripada kalangan yang paling mengkehendaki agar tidak berlaku

perang …… yang benar adalah tidak berlakunya peperangan. Meninggalkan peperangan

adalah lebih baik bagi kedua-dua pihak. Tidaklah dalam peperangan tersebut (Perang

Siffin, wujud satu) pihak yang benar. Akan tetapi Ali lebih mendekati kebenaran

berbanding Muawiyah. Peperangan adalah peperangan kerana fitnah, tidak ada yang

wajib dan tidak ada yang sunat dan meninggalkan perang adalah lebih baik bagi kedua-

dua pihak. Hanya sahaja Ali adalah lebih benar. Dan ini merupakan pendapat (al-Imam)

Ahmad dan kebanyakan ahli hadis dan kebanyakan para imam fiqh dan ini juga merupakan

pendapat para tokoh sahabat dan tabi‟in yang selalu mendapat kebaikan.” [Minhaj al-

Sunnah, jld. 4, ms. 447-448]