hubungan etnik di malaysia

36
HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA PENGENALAN Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke- 19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.

Upload: d-run-d-run

Post on 30-May-2017

219 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hubungan Etnik Di Malaysia

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA PENGENALAN

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada

pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam

yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling

berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat

majmuk mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri di Malaysia. Malaysia

pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke

Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya,

bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku

disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap

perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia

tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan

Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan

kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah

pembentukan masayarakat majmuk.

J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep

masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut

Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang

mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun

pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan

mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat

berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual

beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras.

Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak dibincangkan oleh

tokoh-tokoh sosiologi yang terkemudian. M.G. Smith merupakan salah seorang yang

Page 2: Hubungan Etnik Di Malaysia

telah memberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini. M.G. Smith

juga menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai

budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat

majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan yang

tersendiri. Smith juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan

paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama. Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L.

Van Den Berghe juga memberikan sumbangan terhadap perbincangan mengenai

konsep masyarakat majmuk. Beliau membezakan kemajmukkan sosial iaitu

masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya budaya daripada

kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok etnik.

Ketiga-tiga tokoh ini menekankan konflik dan perpecahan sebagai unsur

ketara dalam masyarakat majmuk. Pendirian ini amat bertentangan dengan

pendekatan fungsional yang mendakwa bahawa masyarakat majmuk wujud atas dasar

konsensus dan nilai bersama. Oleh yang demikian, tidak hairanlah beberapa kritikan

mengenai idea atau teori masyarakat majmuk juga datang daripada ahli fungsional.

Walau bagaimanapun, teori ini mempunyai kelebihannya iaitu salah satu percubaan

untuk membentuk satu teori secara umum mengenai hubungan ras. Teori ini cuba

memasukkan pentingnya unsur ras dan etnik ke dalam satu rangka dasar berbentuk

konseptual dan merupakan satu syarat asas untuk memahami sifat hubungan ras.

ANALISIS SEJARAH PENDUDUK MALAYSIA

Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu

didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.

Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga

kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak

Page 3: Hubungan Etnik Di Malaysia

masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa

yang sama (James P. Ongkili, 1985:4).

Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia

disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang

ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang

bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini.

Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan

juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum

penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan

perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya

daripada China dan India.

Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina daripada negara

China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan

penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu.

Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang

dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah

Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular. Menurut W.L. Blythe (1953:3),

bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari

semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan

dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.

Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses

pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin

bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan

sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan

masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat

Page 4: Hubungan Etnik Di Malaysia

baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa

kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan

keunikannya pada pandangan masyarakat luar.

Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan

mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga

mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar.

Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong

penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu

ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada

waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya

benguasai negeri-negeri Melayu.

Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak

juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon.

Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China

dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan

(Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang

berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku

kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Menurut S.N.

Arseculeratne (1991:8), pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum

Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang

dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20.

Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni

adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari

rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka (S.N.

Arseculeratne,1991:10).

Page 5: Hubungan Etnik Di Malaysia

Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat

majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada

mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan

seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti

peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik

berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja

buruh daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio-

ekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak pembentukan

masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana yang cuba dielak

oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok (Weiner, 1990:143).

Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki

Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-

besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan

kolonial British di Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula

1786 hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa

perang dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak

mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk.

Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi kepada

masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan

India sebagai komponen utamanya.

Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina

dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya

yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi

bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk

tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti

Page 6: Hubungan Etnik Di Malaysia

kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk

Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan

lain-lain.

Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila

kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di

Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di

Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara

yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang

berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan

masyarakat luar.

KESERASIAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Hubungan etnik di Malaysia dapat dilihat dalam tiga fasa utama iaitu sebelum

merdeka, selepas merdeka dan selepas hampir 50 tahun merdeka.

1.1 Sebelum Merdeka

Pada zaman penjajahan British, pelbagai dasar telah diperkenalkan menyebabkan

jurang perbezaan antara etnik di negara ini menjadi amat ketara dalam semua bidang

seperti politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan tempat tinggal. Pihak British telah

memperkenalkan dasar-dasar pembangunan ekonomi dan pada masa yang sama

menggalakkan kemasukan buruh asing dari negara Cina dan India. Tindakan pihak

British secara tidak langsung telah mengubah komposisi kaum di negara ini. Pada

zaman penjajahan British, hubungan etnik terpisah dari segi budaya, ekonomi, politik,

sosial dan tempat tinggal sehingga perang dunia kedua. Dasar Pecah dan Perintah

(Divide and Rule) pihak British telah melahirkan masyarakat majmuk yang

mempunyai ciri-ciri berbeza dari segi penempatan dan pekerjaan seperti berikut: -

· Etnik Melayu tertumpu di kawasan kampung-kampung dan bekerja sebagai petani,

pesawah, nelayan, pertukangan dan sebagainya.

· Etnik Cina tertumpu di kawasan bandar dan bekerja di kawasan lombong,

Page 7: Hubungan Etnik Di Malaysia

melibatkan diri dalam perniagaan runcit dan sebagainya.

· Etnik India tertumpu di kawasan estet dan lading-ladang. Bekerja sebagai penoreh,

buruh binaan dan sebagainya.

Pada zaman pemerintahan Jepun pula, penindasan terhadap etnik Cina berlaku.

Permusuhan ini adalah kesan daripada perang Jepun-China pada tahun 1937. Pihak

Jepun menjaga hubungan baik dengan masyarakat Melayu dan orang-orang Melayu

diberi peluang untuk bekerja dalam pentadbiran. Pihak Jepun juga menjaga hubungan

baik dengan orang-orang India. Sistem pemerintahan Jepun yang berat sebelah telah

mengundang permusuhan di kalangan etnik Cina dan Melayu. Etnik Cina aktif

berpolitik dan menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menentang Jepun.

PKM berfungsi menjaga dan membela nasib orang Cina yang tertindas.

Parti politik Cina telah menyiksa orang-orang Melayu sebagai tanda membalas

dendam setelah pihak Jepun berundur dari Tanah Melayu. Jurang di antara etnik pada

zaman penjajahan adalah amat besar dan menimbulkan ketidakpuasan di kalangan

pelbagai etnik di negara ini. Etnik Cina dan India berusaha ke arah mendapatkan taraf

sama rata seperti etnik dominan Melayu. Secara tidak langsung, tindakan etnik Cina

dan India telah mengundang rasa tidak puas hati di kalangan etnik Melayu sehingga

tertubuhnya Malayan Union pada 1 April 1946 dan Isu Persekutuan Tanah Melayu

pada 1 Februari 1948.

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan kemerdekaan ketiga-tiga etnik ini telah

bersatu dan bekerjasama membentuk Parti Perikatan yang dianggotai oleh parti

UMNO, MCA dan MIC. Pembentukan ketiga-tiga jenis parti ini telah banyak

menyumbang kepada perpaduan dan integrasi nasional di kalangan etnik di negara ini.

Berikut adalah beberapa ciri-ciri parti politik UMNO, MCA dan MIC: -

· Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan pada tahun

1946. UMNO diasaskan oleh Dato Onn Jaafar. UMNO ditubuhkan bertujuan untuk

menentang Malayan Union dan berjuang menuntut kemerdekaan.

· Persatuan Cina Tanah Melayu (MCA) telah ditubuhkan pada tahun 1949. MCA

diasaskan oleh Tan Cheng Lock. MCA ditubuhkan bertujuan untuk melindungi

kepentingan Cina dan bekerjasama dengan etnik lain untuk mencapai kemerdekaan.

Page 8: Hubungan Etnik Di Malaysia

· Kongres India Tanah Melayu (MIC) telah ditubuhkan pada Tahun 1949. MIC

diasaskan oleh John Thivy. MIC ditubuhkan untuk menjaga kepentingan kaum India

dan memperjuangkan kemerdekaan bersama etnik lain.

Tidak dinafikan secara tidak langsung kedatangan Inggeris telah membawa kepada

usaha-usaha perpaduan melalui tindakan pembentukan Jawatankuasa Perhubungan

Kaum. Hubungan etnik juga amat baik semasa menentang komunis.

1.2 Selepas Merdeka

Selepas merdeka, wujud kerjasama erat di kalangan etnik di Malaysia. Kerjasama erat

juga wujud sebelum dan selepas penubuhan Malaysia. Ancaman-ancaman luar seperti

konfrontasi Indonesia telah mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Hubungan

yang baik antara etnik mengundang kepada usaha nasional untuk merapatkan

hubungan etnik sedia ada dari masa ke semasa. Beberapa dasar digubal oleh kerajaan

telah banyak memberikan implikasi positif kepada perpaduan etnik di negara ini

sehingga kini. Penglibatan semua kaum dalam perancangan negara secara tidak

langsung membentuk keharmonian sehingga kini. Dari segi politik, orang Melayu

diwakili oleh Parti Umno, orang Cina diwakili oleh MCA dan orang india diwakili

oleh MIC. Perpaduan etnik telah membentuk Parti Perikatan dan akhirnya parti

perikatan ini telah berjaya dalam pilihanraya untuk membentuk kerajaan sendiri.

Beberapa dasar digubal oleh kerajaan untuk merapatkan hubungan etnik seperti

berikut: -

· Dasar Pelajaran Kebangsaan

Pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan dilaksanakan sebagai usaha untuk

menyatupadukan murid-murid dari semua kumpulan etnik ke dalam satu sistem

pelajaran yang sama dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Umumnya, dalam pendidikan usaha memupuk perpaduan dan persefahaman

disalurkan melalui kurikulum dan ko-kurikulum sekolah. Matlamat penting dasar ini

adalah memupuk perpaduan dan integrasi nasional melalui elemen-elemen seperti

berikut: -

ü Pertama, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di sekolah-sekolah

Page 9: Hubungan Etnik Di Malaysia

dan institusi-institusi pengajian tinggi.

ü Kedua, menyediakan sukatan pelajaran yang sama kandungannya.

· Dasar Ekonomi Baru (DEB)

DEB termaktub dalam rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama. DEB merupakan

satu program jangka panjang yang mengambil masa selama 20 tahun. DEB dimulakan

pada tahun 1970. Beberapa Matlamat utama DEB membantu dalam pembentukan

integrasi nasional dalam pelaksanaannya adalah seperti berikut: -

ü Penyusunan semula masyarakat majmuk untuk mengurangkan dan menghapuskan

pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

ü Membasmi kemiskinan. Ketidakseimbagan ekonomi etnik berpunca daripada dasar

pecah dan perintah Inggeris. Pengelasan etnik mengikut pekerjaan dan pelajaran telah

menyebabkan interaksi etnik Melayu, Cina serta India kurang berlaku.

ü Mengurangkan ketidakseimbangan dalam gunatenaga supaya penyertaan etnik

adalah seimbang.

· Dasar Pembangunan Nasional

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan kesinambungan kepada DEB yang

berakhir pada tahun 1990. Program DPN meliputi perkara-perkara seperti berikut: -

ü Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

ü Memastikan keseimbangan kaum dalam pelbagai aspek.

ü Meningkatkan penggunaan sains dan teknologi.

ü Menerapkan nilai sosial, kerohanian dan amalan cintakan alam sekitar.

ü Meningkatkan peluang dan kemudahan pendidikan.

Page 10: Hubungan Etnik Di Malaysia

1.3 Selepas Hampir 50 Tahun Merdeka

Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan sehingga kini, negara

mengecapi kemerdekaan mencecah ke usia 52 tahun. Suatu tempoh yang cukup

mematangkan dalam pembentukan sesebuah negara. Kemakmuran negara pada hari

ini adalah disebabkan oleh wujudnya persefahaman dan sikap toleransi di kalangan

etnik berbilang bangsa, budaya dan agama. Pembentukan dasar menyeluruh dan

kesinambungan program pembangunan negara telah banyak membantu dalam

membentuk hubungan erat di kalangan etnik di negara ini. Pelaksanaan dan

penguatkuasaan undang-undang, pelaksanaan misi Wawasan 2020 dan rancangan-

rangcangan pembangunan banyak membantu dalam membentuk dan mengekalkan

hubungan etnik yang baik di kalangan masyarakat majmuk berbilang kaum, bangsa

dan agama.

Umpamanya, dalam Wawasan 2020 digariskan pelbagai cabaran yang perlu dihadapi

melibatkan hubungan etnik untuk menjadikan negara maju menjelang tahun 2020.

Wawasan 2020 diwujudkan bertujuan untuk membentuk sebuah negara Malaysia

yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Dalam wawasan ini, sembilan cabaran

berkaitan dengan hubungan etnik dikenalpasti untuk dihadapi seperti berikut: -

ü Membentuk negara bersatu padu dan satu bangsa Malaysia yang mempunyai

kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

ü Mewujudkan masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan

terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan gagah menghadapi pelbagai

masalah.

ü Membentuk dan memperkembang masyarakat demokratik matang yang

mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia unggul berasaskan muafakat dan

musyawarah, dan dapat dicontohi oleh negara-negara membangun.

ü Mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika sepenuhnya dengan warganegara

Malaysia mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian utuh serta didorong oleh

piawaian etika paling tinggi.

ü Mewujudkan masyarakat matang bersifat liberal dan bertoleransi dengan setaip

Page 11: Hubungan Etnik Di Malaysia

rakyat bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing

serta pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara.

ü Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat berdaya cipta serta

berpandangan jauh iaitu masyarakat yang bukan saja menjadi pengguna teknologi

tetapi menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

ü Membentuk masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah masyarakat

yang lebih mementingkan masyarakat berbanding diri sendiri.

ü Membentuk masyarakat yang adil ekonominya iaitu masyarakat yang melaksanakan

pengagihan kekayaan secara adil dan saksama.

ü Membentuk masyarakat makmur dengan ekonomi yang mampu menghadapi

persaingan, bersifat dinamik dan ada daya ketahanan.

2.0 HUBUNGAN ETNIK: PENCAPAIAN SELEPAS HAMPIR 50 TAHUN MERDEKA

Pencapaian negara selepas hampir 50 tahun merdeka sehingga kini jelas

memperlihatkan perubahan cemerlang termasuklah dalam memupuk hubungan etnik

di negara ini. Hubungan etnik yang baik dan harmoni menjadikan Malaysia cemerlang

serta unik di mata dunia. Hubungan etnik dan pencapaian selepas hampir 50 tahun

dapat dilihat dalam pelbagai perkara antaranya dalam aspek politik, ekonomi, budaya

dan agama.

2.1 Politik

Perlembagaan Malaysia banyak menyumbang kepada perpaduan etnik di negara ini.

Melalui perlembagaan Malaysia, ketuanan Melayu selaku penduduk dominan di

negara ini terpelihara dan pada masa yang sama kepentingan etnik lain tidak

diabaikan sebaliknya wujud toleran untuk mereka hidup aman dan makmur di negara

ini. Perlembagaan sentiasa dipinda dari masa ke semasa mengikut kepentingan sejagat

dan menyeluruh. Menurut Md. Bohari Ahmad (1997), Tun Mohamed Suffian telah

mengariskan ciri-ciri asas perlembagaan Malaysia seperti berikut[4]: -

Page 12: Hubungan Etnik Di Malaysia

ü Perlembagaan mengasaskan Malaysia sebagai sebuah persekutuan.

ü Sebagai negara raja berperlembagaan.

ü Sebagai negara demokrasi berpalimen.

ü Perlembagaan memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan tetapi pada

masa yang sama tidak mengasaskan Malaysia sebagai negara teokrasi dan dengan

jelas menjamin kebebasan beragama.

ü Perlembagaan memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang-

undang.

ü Perlembagaan memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan

bermakna seluruh jentera pentadbiran bukan saja eksekutif yang diketuai oleh Perdana

Menteri dan dibantu oleh cabinet serta seluruh birokrasi. Ketiga-tiga cabang adalah

Parlimen, Eksekutif dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga mempunyai status sama dan

tiada satu yang lebih tinggi di antara satu sama lain serta setiap satu mempunyai

fungsi dan tanggungjawab berbeza.

ü Perlembagaan memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan

bebas daripada kawalam Parlimen dan Eksekutif malah mempunyai bidang kuasa

eksekutif untuk menentukan pertikaian dan hak-hak serta liability lain dalam

Perlembagaan.

Selepas 50 tahun merdeka kita dapati kesinambungan perkongsian pemerintahan terus

berlangsung sehingga kini. Parti Perikatan UMNO, MCA dan MIC terus berlangsung

sehingga kini walaupun wujud persaingan dengan parti pembangkang yang lain.

UMNO didominasi oleh orang-orang Melayu, MCA didominasi oleh orang-orang

Cina dan MIC didominasi oleh orang-orang India. Setiap etnik diwakili dalam

pentadbiran negara. Secara tidak langsung hal ini menunjukkan bahawa tiada sekatan

untuk etnik-etnik lain selain etnik Melayu menceburkan diri dalam bidang politik.

Walaupun dalam bidang pentadbiran keutamaan diberikan kepada etnik Melayu

namun etnik-etnik lain turut diberi peluang untuk mewakili etnik mereka melibatkan

diri secara langsung dalam pentadbiran negara.

Page 13: Hubungan Etnik Di Malaysia

2.2 Ekonomi

Dalam rancangan pembangunan nasional, aspek etnik turut menjadi keutamaan.

Pelbagai dasar dan program pembangunan dirangka dan dilaksanakan demi untuk

mencapai kemajuan menyeluruh meliputi semua lapisan etnik di negara ini. Dalam

Rancangan Malaysia ke-9, terdapat rancangan lima tahun yang menjadi pemacu

kepada misi nasional ke arah mencapai wawasan 2020. Di bawah pemerintahan Tun

Abdullah Haji Ahmad Badawi, Rancangan Malaysia ke-9 merupakan kesinambungan

perancangan kerajaan membentuk negara yang maju dari segi ekonomi, seimbang dari

segi pembangunan sosial, memiliki masyarakat bersatu padu, berbudaya, berpekerti

mulia, berkemahiran, berfikiran maju dan berpandangan jauh. Terdapat lima teras

yang menjadi misi nasional yang menyumbang kepada perpaduan etnik di Malaysia

seperti berikut: -

ü Teras Pertama: Meningkatkan Nilai Tambah Dalam Ekonomi Negara

o Meningkatkan nilai tambah dalam sector pembuatan, perkhidmatan dan pertanian.

o Menjana sumber kekayaan baru melalui ICT dan bioteknologi.

o Meningkatkan pewujudan pekerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.

o Menjadikan sektor swasta peneraju pembangunan ekonomi.

o Memperluas pasaran bagi produk dan perkhidmatan Malaysia.

ü Teras Kedua: Meningkatkan Keupayaan Pengetahuan dan Inovasi Negara serta

Memupuk Minda Kelas Pertama

Page 14: Hubungan Etnik Di Malaysia

o Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan.

o Memperkukuhkan keupayaan R&D, Sains dan Inovasi.

o Memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.

o Memperkasakan belia dan wanita.

ü Teras Ketiga: Menangani Masalah Ketidaseimbangan Sosioekonomi Secara

Membina dan Produktif

o Basmi kemiskinan.

o Memacu pembangunan wilayah.

o Mengurangkan jurang kekayaan.

o Penstrukturan semula pola pekerjaan.

o Membangunkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera generasi

baru.

o Mencapai pembangunan lebih seimbang dan bermakna.

ü Teras Keempat: Meningkatkan Tahap dan Kemampuan Kualiti Hidup

o Memenuhi keperluan perumahan dan menambah baik perkhidmatan perbandaran.

o Menambah baik perkkhidmatan kesihatan.

o Menambah baik kemudahan prasarana pengangkutan.

o Menjamin bekalan tenaga mampan.

o Mempertingkat sistem pembekalan air dan menangani banjir.

o Memastikan pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sumber mampan.

o Membangunkan sukan.

o Menjamin pertahanan negara dan ketenteraman awam.

Page 15: Hubungan Etnik Di Malaysia

ü Teras Kelima: Mengukuhkan Keupayaan Institusi dan Keupayaan Pelaksanaan

Negara

o Menggalakkan tadbir urus yang baik.

o Mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

o Pembangunan melalui kerjasama antarabangsa.

2.3 Budaya

Dari aspek budaya, wujud kebudayaan nasional yang menjadi asas perkongsian semua

etnik tanpa mengira kaum, keturunan dan wilayah. Kebudayaan nasional menjadi asas

kepada pembentukan bangsa, jati diri nasional dan perpaduan etnik. Kebudayaan

nasional dibentuk berpandukan tiga prinsip dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan

seperti berikut: -

ü Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kepada kebudayaan

rakyat asal negara ini.

ü Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsure

kebudayaan kebangsaan.

ü Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

Antara amalan masyarakat Malaysia adalah rumah terbuka. Rumah terbuka diadakan

oleh semua etnik apabila tiba musim perayaan. Semua etnik saling kunjung-

Page 16: Hubungan Etnik Di Malaysia

mengunjungi antara satu sama lain walaupun berbeza budaya dan agama. Amalan ini

memperlihatkan usaha pelbagai etnik untuk mencari keserasian dan kesamaan agar

perayaan dapat dirayakan bersama. Contohnya Perayaan Tahun Baru Cina, Perayaan

Hari Deepavali, Pesta Gawai dan Pesta Keamataan memperlihatkan usaha etnik-etnik

bukan melayu serta bukan beragama Islam menyediakan hidangan dan makanan halal

agar dapat diraikan oleh masyarakat daripada etnik Melayu. Sikap toleransi dan

pertimbangan antara kaum jelas memperlihatkan keharmonian hubungan etnik terjalin

kukuh, saling memahami dan menghormati budaya antara satu etnik dengan etnik

yang lain. Hal ini jelas menunjukkan tentang integrasi sosial antara etnik walaupun

berbeza budaya, agama dan bangsa.

2.4 Agama

Perpaduan hubungan etnik dapat dilihat dari aspek keagamaan. Amalan dan sikap

toleransi beragama sehingga kini telah memupuk hubungan harmoni di kalangan etnik

yang berbilang agama di negara ini. Di Malaysia, umumnya etnik Melayu beragama

Islam, etnik Cina beragama Buddha dan etnik India beragama Hindu. Wujud juga

beberapa etnik menganut agama Kristian. Agama Islam memberi penekanan kepada

aspek keamanan, hubungan baik sesama umat manusia dan kebebasan dalam

beragama. Surah Al-Baqarah ayat 256 menyatakan bahawa “Tidak ada paksaan dalam

menganut agama, sesungguhnya telah jelas petunjuk itu daripada kesesatan”. Dalam

Perlembagaan Malaysia juga dinyatakan bahawa agama Islam adalah agama rasmi

persekutuan tetapi pada masa yang sama tidak mengasaskan Malaysia sebagai negara

teokrasi dan dengan jelas menjamin kebebasan beragama di kalangan etnik berbilang

agama di negara ini.

Page 17: Hubungan Etnik Di Malaysia

HUBUNGAN ETNIK DAN CABARAN

Pelbagai usaha dirancang dan dilancarkan demi untuk meneruskan usaha memupuk

keharmonian kaum di negara ini. Pelbagai cabaran dihadapi dalam mengekalkan dan

memupuk perpaduan etnik. Umumnya, cabaran dibahagikan kepada dua elemen

utama iaitu cabaran internal dan external seperti berikut: -

ü Sikap sesetengah pihak yang mementingkan diri sendiri dan memperjuangkan hak

etnik masing-masing serta cuba menidakkan etnik Melayu sebagai bangsa dominan di

negara ini memberi cabaran hebat kepada hubungan etnik di negara ini. Tindakan

pihak ketiga mencetuskan rasa tidak puas hati semua pihak yang pastinya

mengundang kepada perpecahan.

ü Dasar “pecah dan perintah” oleh British memberi implikasi kepada hubungan etnik

sehingga kini. Etnik Melayu, Cina dan India terasing dari segi penempatan dan jenis

pekerjaan. Hal ini telah menyebabkan interaksi di kalangan etnik amat kurang

khususnya yang tinggal dalam wilayah berbeza. Implikasinya terhadap hubungan

etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi berbeza merupakan perkembangan

yang kurang sihat dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia.

ü Sistem pendidikan yang tersendiri memperlihatkan tentang dominasi mengikut

kepentingan etnik masing-masing. Pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan

menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu. Pelajar Cina menuntut di sekolah

Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan. Pelajar

India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa

Page 18: Hubungan Etnik Di Malaysia

pengantar. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda

dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk

integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar.

Hal ini menyebabkan interaksi antara etnik amat terhad dan interaksi hanya tertumpu

dalam kumpulan etnik yang sama. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya

memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia. Hasilnya, masing-masing

cuba mempertahankan bahasa ibunda. Termasuklah mengamalkan sistem pendidikan

yang berbeza. Justeru itu, cabaran wujud dalam usaha membentuk suatu kesatuan

sistem pendidikan bersepadu yang sesuai untuk semua etnik. Sistem pendidikan yang

berbeza secara tidak langsung memberikan impak yang kurang baik kepada

penstrukturan negara. Cabaran dalam aspek pendidikan harus dipandang serius oleh

semua pihak kerana jika ini berlarutan akan wujud perasaan kekitaan di kalangan

etnik masing-masing.

ü Cabaran dari aspek budaya juga harus diambil kira. Ini kerana bentuk penajajahan

baru oleh kuasa-kuasa asing adalah melalui ledakan budaya. Masyarakat berbilang

etnik terdedah kepada cara pergaulan bebas antara lelaki dan wanita. Aspek

kepercayaan dan agama semakin dipinggirkan memandangkan terlalu memikirkan

keseronokkan dunia.

ü Cabaran dari aspek ekonomi. Kepentingan etnik dari sudut ekonomi adalah melalui

penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan. Etnik Melayu menguasai sektor

pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah.

Etnik Cina menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan

Page 19: Hubungan Etnik Di Malaysia

menggunakan teknologi moden. Etnik India terlibat dengan perladangan di estet getah

dan kelapa sawit. Wujud jurang pendapatan ketara di kalangan etnik. Masing-masing

cuba bersaing mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar.

Penguasaan ekonomi yang berbeza dan jurang pendapatan yang tidak seimbang

mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Hal ini menimbulkan rasa

tidak puas hati semua golongan etnik. Justeru itu, cabaran ini perlu diambil kira dalam

menjaga perpaduan di kalangan etnik. Perpaduan di kalangan etnik tidak boleh

dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan

kumpulan sosial dan etnik melalui penyertaan mereka dalam pembangunan negara

dan dalam perkongsian manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi.

ü Cabaran dari aspek politik. Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang

senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil

tanpa mendapat kata sepakat. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan,

pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan

berpolitik tidak akan mampu menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.

Semua etnik saling berusaha untuk mengekalkan identiti masing-masing sehingga

boleh membawa kepada hilangnya semangat memupuk semangat taat setia kepada

negara.

ü Cabaran dari aspek nilai-nilai etnik. Setiap etnik di Malaysia mempunyai perbezaan

dari segi agama, bahasa, dan kebudayaan. Kaum Melayu, Cina dan India mempunyai

agama, bahasa dan kebudayaan berbeza. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap

etnik fanatik dengan bahasa dan kebudayaan masing-masing. Kesannya, setiap etnik

lebih mengutamakan anggota sendiri daripada etnik yang berbeza dalam memilih

Page 20: Hubungan Etnik Di Malaysia

sahabat dan mendapatkan perkerjaan. Kesukaran untuk hidup dalam satu kelompok

yang sama akan menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini kerana masyarakat

pelbagai etnik mempunyai masalah dalam berkomunikasi dengan etnik-etnik lain

memandangkan mereka terbiasa hidup dengan masyarakat dalam etnik yang sama.

ü Cabaran dari segi globalisasi. Semua etnik perlu berani menyahut cabaran

globalisasi agar tidak ketinggalan dalam arus kemajuan dalam bidang teknologi dan

perkembangan komunikasi. Aspek cabaran globalisasi perlu diambil kira dalam

memupuk semangat perpaduan etnik di Malaysia. Setiap perancangan dan

pelaksanaan program perpaduan perlu mengambil kira cabaran globalisasi agar jurang

di antara etnik dapat

Persoalannya bagaimana untuk menguruskan hubungan etnik di Malaysia?Profesor Robert Park, ahli sosiologis hubungan etnik dalam bukunya The Nature of

Race Relations (1950) menegaskan, hubungan etnik secara lumrahnya akan wujud

bila dua atau lebih kumpulan yang berbeza budaya, agama dan adat berada dalam

ruang yang sama.Situasi hubungan etnik hanya wujud bila kumpulan tersebut

menyedari adanya perbezaan. Jika mereka tidak menyedari atau mengambil sikap

mengabaikan perbezaan itu, maka hubungan etnik tidak akan menjadi satu isu yang

perlu diuruskan.Dua kerangka utama yang sering digunakan untuk memahami

hubungan etnik ialah model asimilasi dan juga model pluralisme. Asimilasi merujuk

kepada usaha untuk meningkat kebersamaan dan keserasian antara etnik di sesebuah

negara.Maka itu Perlembagaan Persekutuan dibentuk untuk mewujudkan

kebersamaan tersebut. Penarafan Bahasa Melayu dan agama Islam sebagai entiti

rasmi negara adalah strategi untuk membina kebersamaan tersebut. Malah cadangan

pembentukan sekolah satu aliran juga sebenarnya satu lagi usaha untuk membina

keserasian antara kaum.Kerangka asimilasi boleh dijayakan menerusi empat peringkat

Page 21: Hubungan Etnik Di Malaysia

utama iaitu asimilasi budaya, struktur, psikologi dan biologikal. Model pluralisme

pula merujuk kepada usaha menjayakan hubungan dengan meraikan kepelbagaian

etnik melalui budaya, sukan, muzik, fesyen dan makanan.Ia akan membina toleransi

identiti dan seterusnya meningkatkan usaha hubungan etnik.Bagi menjayakan

hubungan etnik ini, yang utama ialah seluruh rakyat menghayati dan memahami

Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan hubungan etnik sebagai asas bersama.

Kegagalan memahaminya akan menyebabkan kita kembali berpolemik.Kajian oleh

Nur Atiqah T. Abdullah (2006) di Pusat Pengajian Umum UKM mengenai

Perlembagaan Persekutuan menunjukkan, tahap pengetahuan responden daripada

semua etnik masih rendah.Maka tidaklah hairanlah apabila sebahagian besar rakyat

dengan begitu mudah berjaya dieksploitasi oleh ahli politik yang berkepentingan

peribadi. Pengetahuan yang rendah akan mendedahkan rakyat kepada risiko

perbalahan antara kaum dan menjejaskan kestabilan negara.Perlembagaan

Persekutuan merupakan sumber tertinggi perundangan negara. Semua undang-undang

yang digubal perlu memenuhi semangat dan aturan yang termaktub di dalamnya.Satu

bangsa Malaysia hanya boleh wujud secara realistik bila keluhuran perlembagaan

diterima, dihormati dan dihayati oleh seluruh lapisan masyarakat pelbagai etnik di

negara ini.

RUMUSAN

Malaysia mengecapi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 setelah lebih dari 100 tahun

berada di bawah kekuasaan dan penjajahan kuasa-kuasa asing dan sehingga kini

negara telah mengecapi kemerdekaan hampir mencecah 52 tahun. Penjajahan dan

pemerintahan kuasa-kuasa asing seperti British dan Jepun meninggalkan implikasi

kepada negara secara tidak langsung. Termasuklah mempengaruhi populasi rakyat

Malaysia sehingga kini. Kewujudan masyarakat majmuk di negara ini dipercayai

Page 22: Hubungan Etnik Di Malaysia

semakin ketara di zaman pemerintahan British yang menggalakkan migrasi orang-

orang Cina dan India ke negara ini untuk bekerja sebagai buruh kasar. Dasar Pecah

dan Perintah yang diamalkan oleh pihak British telah memberi kesan yang amat besar

kepada penyatuan kaum di negara ini. Populasi etnik di Malaysia sehingga kini

meliputi tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Pelbagai usaha diambil

untuk meneruskan agenda nasional dan secara tidak langsung memupuk ke arah

hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu. Diantaranya adalah pelaksanaan

Wawasan 2020, pelaksanaan pelan pembangunan lima tahun, Dasar Pelajaran

Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan sebagainya. Usaha untuk memupuk

perhubungan etnik di negara ini tidak akan mencapai matlamatnya tanpa adanya

kerjasama daripada semua pihak.

Dalam era globalisasi terdapat banyak cabaran yang mampu menggugat perpaduan di

kalangan etnik di negara ini. Isu-isu internal dan external menyumbang kepada

kegoyahan hubungan etnik jika tidak ditangani dengan bijak. Kestabilan ekonomi dan

politik merupakan asas kepada perpaduan hubungan etnik. Perpaduan yang dikecapi

pada hari ini perlu dihargai agar terus dirasai oleh generasi akan datang. Kegagalan

mengekalkan perpaduan memudahkan dominasi negara-negara lain untuk menakluki

negara kita. Semua etnik tanpa mengira batas agama, budaya dan adat perlu belajar

daripada sejarah agar sejarah penjajahan yang telah berlangsung lebih dari seratus

tahun tidak akan berulang. Cabaran era globalisasi hadir tanpa mampu dielak oleh

sesebuah negara. Justeru itu, sesebuah negara perlu bijak dalam membuat

perancangan agar dapat mengharungi cabaran yang datang. Keupayaan sesebuah

negara mengharungi cabaran-cabaran dengan baik mampu menjadikan negara

berkenaan sebaris dengan negara-negara maju yang lain.

Page 23: Hubungan Etnik Di Malaysia

BIBLIOGRAFI

1.Abdul Latiff Abu Bakar. (1996). Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia. Institut Kajian Sejarah Malaysia Cawangan Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka (diterbitkan bersama Universiti Malaya, Kuala Lumpur)2.Abdul Rahim Abu Bakar. (2001). Kelangsungan Hidup Bahasa Melayu Sebagai Tonggak Negara Barat Dalam Gelombang Globalisasi. Dewan Bahasa. Oktober 2001, Jilid 1 Bil.103.Ann Wan Seng. (1994). Perayaan Orang Cina. Kuala Lumpur. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.Arena Wati. (1978). Pribumi Sabah (Kadazan/Dusun). Yayasan Sabah. Kota Kinabalu.4.Asmad. (1990). Seni Kehidupan & Kemasyarakatan. Melaka. Associated Educational Distributors (m) Sdn. Bhd.5.Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan. (1997). Kenegaraan Malaysia. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia6.Azman Anuar. (2009). Lebih 50 Tahun Pupuk Perpaduan.