hubungan antarabangsa i (lurve)

14
1 TAJUK: HUBUNGAN MALAYSIA-INDONESIA BANYAK DIPENGARUHI OLEH SENTIMEN SERUMPUN DAN PERSAMAAN BUDAYA. BINCANGKAN. 1.0 PENDAHULUAN Malaysia dan Indonesia merupakan dua buah negara berjiran yang mempunyai pertalian sejarah, rumpun bangsa, bahasa dan kebudayaan yang rapat. Hubungan kedua buah negara ini boleh dianggap seperti hubungan “abang- adik” yang dicirikan bukan sahaja dengan keakraban, tetapi juga oleh pertengkaran seperti kebiasaan dalam hubungan keluarga. Banyak perkara yang boleh dikaitkan apabila berbincang mengenai hubungan Malaysia dan Indonesia. Perkara yang paling istimewa yang hampir tidak ada dalam hubungan Malaysia dengan negara-negara lain ialah soal sentimen serumpun dan persamaan budaya. Ia juga menjadi pengikat kepada hubungan dan juga pengimbang dalam setiap masalah yang timbul dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia. Justeru soal keserumpunan dan persamaan budaya menjadi retorik utama yang menghiasi sejarah hubungan kedua-dua negara ini. 1 Ciri-Ciri Keserumpunan Faktor geo-politik merupakan faktor yang paling penting yang telah mencorakkan perkembangan sejarah peradaban yang selari antara Indonesia dan Malaysia kerana kedudukannya yang berhampiran. Seterusnya, dari segi kebudayaan Malaysia dan 1 Rohani Ab Ghani & Zulhilmi Paidi (2010). Malaysia – Indonesia: Pengalaman Hubungan Dua Negara Serumpun. Sintok: Universiti Utara Malaysia. Hlm 223.

Upload: khairulbariahismail

Post on 20-Jan-2016

28 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Hubungan antarabangsa

TRANSCRIPT

Page 1: Hubungan Antarabangsa i (Lurve)

1

TAJUK:

HUBUNGAN MALAYSIA-INDONESIA BANYAK DIPENGARUHI OLEH SENTIMEN

SERUMPUN DAN PERSAMAAN BUDAYA. BINCANGKAN.

1.0 PENDAHULUAN

Malaysia dan Indonesia merupakan dua buah negara berjiran yang mempunyai pertalian sejarah,

rumpun bangsa, bahasa dan kebudayaan yang rapat. Hubungan kedua buah negara ini boleh

dianggap seperti hubungan “abang- adik” yang dicirikan bukan sahaja dengan keakraban, tetapi

juga oleh pertengkaran seperti kebiasaan dalam hubungan keluarga. Banyak perkara yang boleh

dikaitkan apabila berbincang mengenai hubungan Malaysia dan Indonesia. Perkara yang paling

istimewa yang hampir tidak ada dalam hubungan Malaysia dengan negara-negara lain ialah soal

sentimen serumpun dan persamaan budaya. Ia juga menjadi pengikat kepada hubungan dan juga

pengimbang dalam setiap masalah yang timbul dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan

Indonesia. Justeru soal keserumpunan dan persamaan budaya menjadi retorik utama yang

menghiasi sejarah hubungan kedua-dua negara ini.1

Ciri-Ciri Keserumpunan

Faktor geo-politik merupakan faktor yang paling penting yang telah mencorakkan

perkembangan sejarah peradaban yang selari antara Indonesia dan Malaysia kerana

kedudukannya yang berhampiran. Seterusnya, dari segi kebudayaan Malaysia dan Indonesia,

menunjukkan dengan jelas mengenai hubungan kebudayaan yang dipengaruhi oleh pengaruh luar

khususnya China dan India (Ismail, 1984). Buktinya, penemuan-penemuan inskripsi di bahagian

Jawa Barat dan di bahagian pantai timur Borneo menunjukkan ciri-ciri yang terdapat dalam

manuskrip dari India selatan.

Perkaitan Malaysia dan Indonesia dari segi bahasa, bahasa Melayu merupakan asas

kepada kewujudan bahasa Indonesia. Perkara ini dinyatakan oleh Septy Ruzui (1968), it may not

be known that Indonesian is different from Malay spoken in the Malay Peninsular, but at the

same time, it should be admitted that based on Malay the Indonesians have developed their

national languages, the “Bahasa Indonesia”. Selain itu, Sejarah perkembangan Bahasa Melayu

sebagai lingua franca sekali gus menggambarkan jambatan perhubungan identiti bagi Malaysia

dan Indonesia. Secara umumnya dapat dirumuskan bahawa perkembangan ketamadunan, rupa

1 Rohani Ab Ghani & Zulhilmi Paidi (2010). Malaysia – Indonesia: Pengalaman Hubungan Dua Negara Serumpun. Sintok: Universiti Utara Malaysia. Hlm 223.

Page 2: Hubungan Antarabangsa i (Lurve)

2

bangsa dan identiti sosial di Malaysia merupakan satu perkongsian bersama-sama dengan

Indonesia.2

Persoalannya, apakah sebenarnya keutamaan Malaysia terhadap Indonesia dari segi

pengurusan politik dan dasar luar negara. Apakah sentimen serumpun dan persamaan budaya

akan kekal sejak dari dahulu hingga kini dalam hubungan kedua-dua buah negara. Oleh yang

demikian kertas kerja ini cuba mengupas perkara tersebut dan cuba melihat apakah elemen

utama yang mempengaruhi dasar luar negara terhadap Indonesia.

2.0 HUBUNGAN MALAYSIA- INDONESIA

Walaupun hubungan Malaysia dan Indonesia dipengaruhi oleh sentimen serumpun dan

persamaan budaya namun oleh kerana faktor-faktor tertentu hubungan di antara kedua buah

negara ini sentiasa pasang dan surut iaitu ada kalanya baik dan ada kalanya tidak baik. Antara

faktor-faktor yang mempengaruhi hubungan di antara Malaysia dan Indonesia ialah seperti

berikut:

2.1 ‘clash of personality’ dan Tiada Persefahaman

Hubungan awal Malaysia dan Indonesia adalah tidak baik dan tidak stabil kerana Tunku dan

Sukarno mempunyai perspektif yang berbeza berkenaan ideologi politik. Hal ini telah

mengakibatkan berlakunya ketidak persefahaman di antara mereka.

Perasaan tidak persefahaman ini telah menimbulkan perasaan tidak percaya-mempercayai

bermula sejak akhir tahun 1950-an lagi apabila berlaku pemberontakan Pemerintah Revolusioner

Republik Indonesia (PRRI). Dalam isu ini Sukarno telah menuduh kerajaan Malaya di bawah

Tunku menyokong perjuangan pemberontak yang ingin membebaskan wilayah mereka daripada

Jakarta pusat. Malah, Indonesia menuduh Tunku cuba menggunakan seorang pemimpin PRRI

iaitu Sumitro Djojohadikusumo supaya memusuhi Indonesia. Ditambah dengan tuduhan

pelabuhan Tanah Melayu digunakan oleh anggota PRRI untuk penyeludupan.3

Kekusutan hubungan Malaysia dan Indonesia pada awal 1960-an dijejaskan lagi dengan

isu Irian Barat. Pada awalnya Tunku mengambil sikap berkecuali dengan alasan Malaysia adalah

sebuah negara yang baru. Namun, atas dasar persahabatan bagi mengurangkan kekusutan ini

Tunku telah bertindak sebagai ‘orang tengah’ dalam perbalahan antara Indonesia dan Belanda. 2 Ibid. Hlm 225-226.3 Rohani Ab Ghani (2003). Konflik Serantau : Konfrontasi Indonesia Malaysia 1963-1966. Pahang: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd. Hlm 149.

Page 3: Hubungan Antarabangsa i (Lurve)

3

Hasilnya, isu tersebut akan diselesaikan melalui PBB tetapi Indonesia yang tidak setuju dengan

kenyataan itu lalu membuat tuduhan bahawa Tunku menjalankan usaha tersebut tanpa

pengetahuan Indonesia. Isu Iran Barat ini telah berjaya diselesaikan oleh Amerika Syarikat.

Namun, penyelesaian mengakhiri isu ini banyak mengeruhkan hubungan dua hala Malaysia dan

Indonesia yang penuh dengan prasangka.

Selain itu, ketegangan hubungan Malaysia dan Indonesia berlaku apabila Tunku telah

bercadang untuk menubuhkan Malaysia yang menggabungkan Tanah Melayu, Sabah, dan

Sarawak. Perkara ini menimbulkan rasa tidak puas hati kerana Indonesia tidak dilibatkan dalam

konsultasi mengenai penubuhan Malaysia. Perbezaan pendapat ini diperkuatkan lagi dengan idea

Sukarno yang menjelaskan penubuhan Malaysia merupakan satelit kepada kuasa-kuasa

neokolonialisme di rantau ini. Selain itu, kewujudan Malaysia secara tidak langsung menjadi

penghalang kepada cita-cita Sukarno dalam usaha mewujudkan ‘Indonesia Raya’. Indonesia

pada awalnya ingin mengemukakan cadangan untuk menyatukan Indonesia dan wilayah

sekitarnya yang meliputi Tanah Melayu, Borneo dan Filipina bagi membentuk satu kesatuan.

Oleh itu, keretakan dalam hubungan antara kedua negara ini semakin jelas akibat tiada

persefahaman. Pemimpin Sukarno dengan agendanya yang tersendiri, Tunku pula berpendirian

tetap iaitu untuk menubuhkan Malaysia.4

Bagi mengelakkan berlakuya pertentangan secara terang, Tunku menunjukkan sikap

terbuka dengan mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin Indonesia tetapi gagal.

Usaha yang dilakukan oleh Tunku ini adalah satu cara agar menjaga hubungan kedua buah

negara. Namun sikap Sukarno yang melontarkan pandangan yang prejudis terhadap Malaysia

menambahkan kekeruhan hubungan bilateral tersebut. Sukarno melihat negara ini terlalu lemah

dan tidak mampu hidup tanpa kebergantungan kepada Barat. Perkara ini berlaku berpunca dari

keadaan politik serantau yang mana Malaysia mengamalkan dasar luar pro barat manakala,

Indonesia di bawah pimpinan Sukarno bersikap anti Barat.

Kemuncak kepada konflik antara Malaysia dan Indonesia ialah apabila meletusnya

konfrontasi pada tahun 1963 sehingga 1966. Sepanjang berlakunya konfrontasi, Malaysia telah

menerima bantuan ketenteraan daripada Komanwel untuk mengawasi kawasan perairan Sabah

dan Sarawak daripada pencerobohan Indonesia. Perkara tersebut menimbulkan lagi rasa curiga

4 Ruhanas Harun (2006). Kerjasama dan Konflik Dalam Hubungan Malaysia-Indonesia. Malaysia’s Foreign Relations. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm 52-54.

Page 4: Hubungan Antarabangsa i (Lurve)

4

Indonesia kerana beranggapan Malaysia adalah sebagai satu alat propaganda Barat untuk

menceroboh kawasan Asia Tenggara. Hubungan diplomatik Malaysia dan Indonesia semasa

konfrontasi ini terputus akibat tiada persefahaman dan konfrontasi yang berlaku memberi impak

yang buruk terhadap pembangunan negara dan masyarakat bagi kedua-dua buah negara.5

Walaupun hubungan Malaysia dan Indonesia dipengaruhi oleh sentimen serumpun dan

persamaan budaya namun ke tidak persefahaman dan ‘clash of personality’ di antara kedua-dua

pemimpin negara ini telah menyebabkan berlakunya keretakan dalam hubungan bilateral mereka.

2.2 Political Goodwill

Pada zaman pemerintahan Tun Abdul Razak hubungan bilateral antara Malaysia dan Indonesia

semakin baik. Suharto dan Tun Abd Razak mempunyai persamaan dari segi kepimpinan. Kedua-

dua pemimpin ini telah berjuang untuk menamatkan konfrontasi kerana telah merugikan kedua

belah pihak dari semua aspek pembangunan terbantut dan pembaziran berlaku. Atas ‘political

goodwill’ antara kedua pemimpin maka hubungan Malaysia dan Indonesia bertambah baik.

Hubungan Malaysia dan Indonesia bertambah erat lagi kerana pemimpin kedua-dua

negara mementingkan kebajikan rakyatnya. Antara langkah awal yang dilakukan oleh pemimpin

adalah menandatangani Perjanjian Pemulihan Hubungan Indonesia dan Malaysia. Bermatlamat

untuk meredakan ketegangan, menyambung semula hubungan diplomatik dan bersetuju

menamatkan segala persengketaan. Dari sudut ekonomi, perjanjian perdagangan dan perusahaan

telah ditandatangani. Hubungan Malaysia dan Indonesia dilihat erat kerana melalui perjanjian ini

membawa kerjasama ekonomi dan teknikal lebih menyerlah. Umpamanya, penghantaran pelajar

Malaysia untuk belajar daripada PETAMINA Indonesia kerjasama dengan PETRONAS

Malaysia.6

Selepas penubuhan Malaysia, ancaman Komunis masih berleluasa. Keadaan ini akan

mengancam keselamatan kedua buah negara. Pemerintahan Suharto berbeza dengan Sukarno

kerana beliau bersikap anti Komunis. Perhubungan Malaysia dan Indonesia bertambah erat

apabila mereka berusaha bersama menangani ancaman komunis. Perjanjian Persetujuan

5 Nik Anuar Nik Mahmud (2009). Konfrontasi Malaysia Indonesia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hlm 244.6 Ruhanas Harun (2006). Kerjasama dan Konflik Dalam Hubungan Malaysia-Indonesia. Malaysia’s Foreign Relations. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm 63.

Page 5: Hubungan Antarabangsa i (Lurve)

5

Keselamatan 1972 antara Kuala Lumpur dan Jakarta (GBC) dibuat bagi mengatasi masalah

komunis di Borneo, Kalimantan dan Selat Melaka. 7

Perhubungan bilateral ini diperkukuhkan dari segi sosial. Pada tahun 1967, Perjanjian

Kerjasama Pelajaran telah ditandatangani dengan inti pati Indonesia dan Malaysia bersetuju

untuk melakukan pertukaran guru. Di pihak Malaysia, masalah kekurangan guru dapat diatasi

terutama bagi subjek sains, matematik dan teknikal yang diisi oleh guru-guru dari Indonesia.

Penghantaran pensyarah seramai 17 orang semasa penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM) memberi implikasi dalam perhubungan Malaysia. Secara tidak langsung dapat

mengeratkan hubungan dengan meningkatkan ilmu pengetahuan dan persefahaman. Rentetan itu,

keperluan bahasa yang menjadi alat perhubungan dan perpaduan dilihat sebagai elemen yang

perlu diselaraskan. Kedua negara mengambil inisiatif menggunakan ‘Sistem Ejaan Baharu’ yang

dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia di Malaysia dan Ejaan yang

Disempurnakan di Indonesia. Kedua-dua Sistem tersebut telah dilancarkan serentak secara rasmi

pada 16 Ogos 1972 oleh Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur dan Presiden Suharto di Jakarta.

Kesungguhan dalam menjalinkan perhubungan utuh ditambah dengan kewujudan Majlis Bahasa

Indonesia-Malaysia (MBIM) pada 23 Jun 1972.8 Kerjasama kebahasaan di peringkat serantau ini

bertujuan untuk menyemarakkan semangat bekerjasama dan persaudaraan, meningkatkan

peranan bahasa kebangsaan sebagai alat perhubungan yang lebih luas. Hubungan bilateral kedua

buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia yang dipengaruhi oleh sentimen serumpun dan

persamaan budaya sangat erat ketika ini kerana ‘political goodwill’ yang diamalkan oleh Tun

Abd Razak dan Suharto.

2.3 Kepimpinan Mahathir Mohamad

Di bawah pimpinan Dr. Mahathir Mohamad, Malaysia dikenali sebagai sebuah negara

yang membangun, lantang bersuara, berprinsip dan berani menyuarakan ketidakadilan kuasa

besar. Kemunculan Dr. Mahathir Mohamad di kemuncak pimpinan politik Malaysia telah

membawa pelbagai perubahan dalaman negara yang seterusnya, memberi dampak yang

signifikan terhadap hubungan Malaysia dan Indonesia sehinggakan wartawan Indonesia

7 Ibid. Hlm 64-65.8 Rohani Ab Ghani & Zulhilmi Paidi (2010). Malaysia – Indonesia: Pengalaman Hubungan Dua Negara Serumpun. Sintok: Universiti Utara Malaysia. Hlm 240-241.

Page 6: Hubungan Antarabangsa i (Lurve)

6

menamakan Dr. Mahathir sebagai “ Sukarno Kecil ”. Hal ini kerana, Dr. Mahathir telah berjaya

mengorientasikan hubungan kedua-dua negara ke arah hubungan yang lebih saksama akibat

daripada perkembangan politik, ekonomi dan sosial di Malaysia yang stabil sehingga

membolehkan negara tersebut disegani di pentas antarabangsa. Keadaan politik dan ekonomi

yang stabil dalam tempoh dua dekad membolehkan Malaysia Berjaya menyaingi Indonesia.

Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya perubahan persepsi Indonesia terhadap Malaysia.9

Hal ini kerana, negara Indonesia merupakan sebuah negara yang lebih baik sama ada dari

segi ekonomi atau politik berbanding Malaysia. Namun, semuanya telah berubah semenjak Dr.

Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia, Indonesia telah berubah mengalami

kemunduran dalam semua aspek sehingga menyebabkan ramai daripada rakyat mereka berhijrah

ke Malaysia untuk mendapat pekerjaan.10 Keadaan ini menyebabkan pihak Indonesia berasa

tercabar kerana negara tersebut yang dahulunya merupakan “ Abang ” terpaksa tunduk kepada

negara Malaysia yang merupakan “ Adik ”. Keadaan ini telah mempengaruhi hubungan pasang

surut antara Malaysia dan Indonesia. Walaupun hubungan Malaysia dan Indonesia dipengaruhi

oleh sentimen serumpun dan persamaan budaya namun di bawah kepimpinan Dr. Mahathir

Mohamad yang lantang dan aktif hubungan ini sedikit sebanyak telah terjejas kerana perasaan

“big brotherism” iaitu Indonesia yang menganggap dirinya abang kepada Malaysia perlulah

sentiasa menang dan berada di atas.

2.4 Provokasi Media

Masyarakat Indonesia begitu cepat melenting apabila timbul isu berkaitan

Malaysia dengan Indonesia. Tanpa membuat usul periksa mahupun

mendengar sendiri kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin mereka,

pelbagai tindakan agresif telah pun diambil seperti membuat rusuhan,

membakar bendera, mencaci dan menghina Malaysia dengan pelbagai

gelaran buruk. Malah terdapat dalam kalangan mereka sanggup

mengunggut untuk mencederakan rakyat Malaysia yang berada di negara

mereka. Hal ini kerana, media-media di Indonesia banyak yang tidak

bertanggungjawab dan beretika dalam menyampaikan maklumat dan berita

kepada rakyatnya.

9 Ruhanas Harun (2006). Kerjasama dan Konflik Dalam Hubungan Malaysia-Indonesia. Malaysia’s Foreign Relations. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm 65.10 Ibid. Hlm 66.

Page 7: Hubungan Antarabangsa i (Lurve)

7

Insiden pada 13 Ogos 2010 yang berlaku di perairan Bintan jelas

menunjukkan bagaimana peranan media swasta di Indonesia dalam

mensensasikan isu penangkapan tiga orang pegawai penguat kuasa

Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia sehingga menyebabkan

berlakunya rusuhan di kedutaan Malaysia di Jakarta. Dalam demonstrasi itu,

penunjuk perasaan bukan sahaja menghina Malaysia dengan kata-kata kesat

malah melemparkan najis kepada bangunan kedutaan Malaysia.11

Selain itu, isu tarian pendet juga telah meretakan lagi hubungan

kedua-dua negara. Malaysia dituduh mencuri budaya Indonesia untuk

promosi pelancongan yang ditayangkan melalui rancangan televisyen

Discovery Channel. Keadaan menjadi genting apabila media Indonesia

sengaja mensensasikan berita tersebut bagi mengapi-apikan kemarahan

rakyat Indonesia sehingga wujud gerakan ‘buluh runcing’ dan ‘sapu

Malaysia’. Hakikatnya, kejadian yang berlaku hanyalah kesilapan teknikal

yang dilakukan oleh Discovery Networks Asia-Pasifik yang telah pun

mengeluarkan kenyataan maaf kepada Menteri Kebudayaan dan Pariwisata,

Jero Wacik atas perkara yang disifatkan sebagai ‘kekeliruan kreatif’.12

Perkara yang sama juga berlaku pada Oktober 2011 apabila Malaysia

dituduh mencuri 1400 hektar Camar Bulan dan 800 meter garis pantai di

Tanjung Datu, Kalimantan Barat. Tuduhan yang tidak berasas ini telah

digembar-gemburkan oleh media Indonesia sehingga berlakunya

demonstrasi di hadapan kedutaan Malaysia di Jakarta. Tuduhan ini bukan

sahaja dinafikan oleh kepimpinan Malaysia malah turut dinafikan oleh empat

menteri Indonesia termasuklah Menteri Luar Indonesia iaitu Marty

Natalegawa yang menyatakan dakwaan yang dibuat oleh anggota Dewan

Perwakilan Rakyat Indonesia, T.B Hasanuddin tidak berasas.13 Provokasi

media yang tidak berasas ini telah merenggangkan dan mengakibatkan

11 BERNAMA. Rakyat Indonesia di Malaysia kesal tindakan cemar kedutaan. Berita Harian, Ogos 26, 2010.12 Rohani Ab Ghani & Zulhilmi Paidi (2010). Malaysia – Indonesia: Pengalaman Hubungan Dua Negara Serumpun. Sintok: Universiti Utara Malaysia. Hlm 242.13 BERNAMA. Kedutaan Besar Malaysia Di Jakarta Terus Jadi Sasaran Demonstrasi. Berita Harian, Oktober 13, 2011.

Page 8: Hubungan Antarabangsa i (Lurve)

8

perbalahan di antara Malaysia dan Indonesia walaupun hubungan kedua buah

negara ini dipengaruhi oleh sentimen serumpun dan persamaan budaya.

3.0 KESIMPULAN

Konsep bangsa serumpun umumnya memberikan masalah dalam hubungan Malaysia dan

Indonesia. Pengertian yang berbeza dalam kalangan masyarakat kedua buah negara

menimbulkan kekeliruan. Sebagai dua negara berdaulat dan berjiran rapat yang dianggap banyak

persamaan budaya, perhubungan yang berlangsung lebih dikenali sebagai ‘persaudaraan’. Tetapi

dalam konteks ini, bagi Indonesia ‘bangsa serumpun’ menidakkan Malaysia untuk berhak

mewarisi unsur persamaan tersebut. Indonesia dilihat lebih cenderung menuduh Malaysia

sebagai gemar untuk menuntut dan mencuri kepunyaan orang lain. Tambah memburukkan

keadaan apabila terdapat segelintir rakyat Indonesia yang membuat demonstrasi sehingga

sanggup membakar dan menginjak-injak bendera Malaysia.

Di Malaysia, konsep bangsa serumpun diadaptasi oleh rakyatnya sebagai saudara. Tetapi

timbul persoalan kerana konsep ini tidak diterima oleh rakyat Indonesia yang sering membuat

tuduhan dan prasangka terhadap rakyat Malaysia. Jakarta dilihat seolah-olah tidak mampu

menghalang segelintir rakyatnya yang tidak memahami kepentingan perhubungan Malaysia dan

Indonesia.14 Dari aspek budaya, sebenarnya Malaysia juga mempunyai persamaan dengan negara

Singapura dan Brunei. Tetapi jarang sekali isu budaya antara kedua negara ini menjadi sebab

berlakunya masalah dalam perhubungan dengan Malaysia. Perkara ini semestinya disebabkan

oleh ‘konsep serumpun’ hanya diberi antara Malaysia dan Indonesia. Adalah menjadi sesuatu

yang mustahil apabila hak keturunan masyarakat Indonesia seperti Jawa, Minang, Bugis dan

lain-lain ditegah dari mengamalkan kebudayaan mereka yang telah bergelar rakyat Malaysia.

Oleh itu, sentimen dan romantisisme ‘serumpun’ tidak boleh lagi memperkasakan

hubungan bilateral. Hubungan dua negara yang bebas dan berdaulat perlu wujud tanpa

menyelitkan konsep serumpun kerana jelas dapat mengeruhkan hubungan. Segala masalah, yang

dihadapi perlu diselesaikan berdasarkan norma hubungan antarabangsa dan mengikut peraturan

tanpa mengira keluarga atau kawan. Situasi berkenaan kekerabatan perlu diketepikan, sudah

tidak timbul ‘tua’ diutamakan dan yang ‘muda’ perlu kalah kepada yang lebih tua.15 14 Ruhanas Harun. Mitos Bangsa Serumpun Dalam Hubungan Malaysia-Indonesia. Berita Harian, September 22, 2010.15 Ahmad Mokthar Selat. Hubungan Malaysia-Indonesia : Langkah-langkah Memperkasakannya. Kertas ini dibentangkan di Medan pada 15 September 2011 dalam rangka program “Memperkasa Hubungan Malaysia-

Page 9: Hubungan Antarabangsa i (Lurve)

9

4.0 BILIOGRAFI

Ahmad Mokthar Selat. Hubungan Malaysia-Indonesia : Langkah-langkah Memperkasakannya. Kertas ini dibentangkan di Medan pada 15 September 2011 dalam rangka program “Memperkasa Hubungan Malaysia-Indonesia” anjuran MUBARAK (Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia).

BERNAMA. Rakyat Indonesia Di Malaysia Kesal Tindakan Cemar Kedutaan. Berita Harian, Ogos 26, 2010.

BERNAMA. Kedutaan Besar Malaysia Di Jakarta Terus Jadi Sasaran Demonstrasi. Berita Harian, Oktober 13, 2011.

Nik Anuar Nik Mahmud (2009). Konfrontasi Malaysia Indonesia. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rohani Ab Ghani (2003). Konflik Serantau : Konfrontasi Indonesia Malaysia 1963-1966. Pahang: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.

Rohani Ab Ghani & Zulhilmi Paidi (2010). Malaysia – Indonesia: Pengalaman Hubungan Dua Negara Serumpun. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Ruhanas Harun (2006). Kerjasama dan Konflik Dalam Hubungan Malaysia-Indonesia. Malaysia’s Foreign Relations. Special Siries & Sosial Sciencs.

Ruhanas Harun. Mitos Bangsa Serumpun Dalam Hubungan Malaysia-Indonesia. Berita Harian, September 22, 2010.

Indonesia” anjuran MUBARAK (Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia).