pelan tindakan local agenda 21,ampang jaya la 21
TRANSCRIPT
PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA
21,AMPANG JAYA
LA 21 Ampang Jaya Bahagian Pembangunan Mampan,Jabatan Perancang Bandar,MPAJ
APA ITU LA21?
Secara asasnya local agenda 21 (LA21) ialah suatu program untuk
masyarakat, sektor swasta dan pihakberkuasa tempatan (majlis
daerah, majlis perbandaran, majlis bandaraya dan dewan bandaraya)
bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan
persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan.
Melalui local agenda 21, masyarakat tempatan boleh melibatkan diri
untuk mengenalpasti dan mengkaji isu-isu pembangunan
mampan, membentuk pelan tindakan untuk menangani isu-isu tersebut
dan melaksanakan pelan tindakan itu.
Pendekatan asas program ini ialah pendekatan "bottom-up", atau dari
akar umbi ke atas. Ini bermakna, penduduk-penduduk tempatan sendiri
akan terlibat dalam menentukan pelan tindakan bagi kawasan masing-
masing.
KE ARAH PEMBANGUNAN MAMPAN
Pada bulan Jun 1992, para pemimpin dan wakil dunia dari 178 buah
negara telah berkumpul di Rio de Jeneiro, Brazil untuk menghadiri
Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Alam Sekitar (UNICED)
yang lebih dikenali sebagai Sidang Kemuncak Bumi (Earth Summit) dan
telah mencapai satu persetujuan untuk :-
a) Pengisytiharan Rio tentang Alam Sekitar dan Pembangunan.
b) Agenda 21.
c) Konvensyen tentang Kepelbagaian Biologi.
d) Konvensyen Rangka Kerja tentang perubahan cuaca.
e) Prinsip Perhutanan.
Sejak UNICED diadakan, lebih 2000 PBT dari 160 buah negara telah
melaksanakan LA21, terutamanya dalam negara Australia, Bolivia,
Denmark, Jepun, Republik Korea Selatan termasuk juga negara-negara
Asean seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.
Lain-lain program ialah :-
a) Agenda 21 Selangor,
b) Inisiatif Mampan Pulau Pinang,
c) Projek Bandaraya Sihat di Kuching dan Johor Bahru,
d) Pembangunan Bandar Mampan di Kuching dan Kota Kinabalu.
e) Inisiatif Bandaraya Selamat oleh MCPF dan PDRM.
f) Inisiatif Tadbir Urus Bandar (Projek UNDP) untuk Khidmat Projek
(UNOPS)
g) Seminar tentang Masyarakat Tempatan dan Alam Sekitar oleh
Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia (EPSM)
SEKTOR SWASTA PIHAK BERKUASA TEMPATAN
MASYARAKAT
BERDAYA MAJU
TANGGUNG JAWAB
SAKSAMA
Sejarah Ampang berkait dengan sejarah pembangunan Kuala Lumpur kerana melibatkan perlombongan bijih timah dan
dipercayai seawal pertengahan kurun 18.
Sekitar 1860 an ,kawasan Ampang meliputi kawasan seluas 4,375 km persegi mulai dari Jalan Circular (Jln Tun
Razak),kawasan Sg.Puteh dibahagian timur,kawasan Sg.kerayong di bahagian Utara Bukit Belachan (Tmn. Rimba
Ampang).
Majlis Perbandaran Ampang Jaya ditubuhkan pada 1hb Julai 1992 yang bertujuan mempertingkatkan pemberian
perkhidmatan yang berkualiti tinggi,cekap dan berkesan kepada masyarakat. Ia juga bertujuan untuk memastikan
perancangan yang lebih teratur,supaya pembangunan lebih menyeluruh dan bersepadu dapat dihasilkan.
Majlis perbandaran Ampang Jaya terletak didalam dua pusat pentadbiran tanah dan daerah iaitu Hulu Langat dan
Gombak. Ia meliputi keseluruhan Mukim Ampang di Daerah Hulu Langat dan keseluruhan Mukim Hulu Kelang dan
sebahagian Mukim Setapak di Daerah Gombak. Keluasan kawasan MPAJ adalah 14,350 hektar.
Ampang Jaya mempunyai dua kawasan pihihanraya parlimen iaitu Ampang dan Pandan manakala kawasan pilihanraya
DUN adalah seperti berikut;
i. DUN Lembah Jaya
ii. DUN Bukit Antarabangsa
iii. DUN Teratai
iv. DUB Cempaka
v. DUN Hulu Kelang
SEJARAH AMPANG JAYA
Luas 14,350 hektar
Mukim Mukim Ampang Daerah Hulu
Langat,Mukim Hulu Kelang dan
sebahagian Mukim Setapak,Daerah
Gombak.
Penduduk 534,692 orang
Bilangan taman perumahan 166 -Taman Perumahan
22- Kampung
Pecahan gunatanah dna
pembangunan
Hutan -55.04%
Institusi & Kemudahan msykt. -2.26%
Tanah lapang & Rekreasi -3.7%
Kediaman-13.96%
Perniagaan -1.44%
Perindustrian-1.11%
Pertanian-0.02%
Tanah kosong-7.33%
Infrastruktur & Utiliti-1.87%
Badan air-1.85%
Pengangkutan-11.36%
Sumber RT MPAJ
WAWASAN PEMBANGUNAN MAMPAN AMPANG JAYA
“Menjadikan Perbandaran Ampang Jaya sejahtera, makmur dan
harmoni kearah pembangunan mampan berasaskan kelestarian
alam sekitar”
Pada tahun 2005, MPAJ telah mewujudkan Unit Local Agenda 21 sebagai
Urusetia dan Pelaksana Program di bawah Jabatan Belia dan Masyarakat
MPAJ (JBM) .Bengkel LA 21 kali pertama telah diadakan pada 8 – 9 April
2006 di Hotel Marriott IOI resort,Putrajaya.
Selaras dengan itu, pihak JBM telah merangka penubuhan Jawatankuasa
Kerja LA21 dan mendapat kelulusan dalam Mesyuarat Penuh Majlis pada
tahun yang sama.
Pihak Jabatan Perancang Bandar MPAJ (JPB) semasa itu memainkan
peranan sebagai Pelapor dan Pemantau kepada setiap program yang
dilaksanakan.
Susulan daripada Seminar JKP yang diadakan di Hotel De Palma pada
penghujung 2012 dan taklimat pemantapan pemahaman Local Agenda di
Auditorium MPAJ ,program LA 21 terus di perkukuhkan pelaksanaan dari
semasa ke semasa.
Gambar sekitar Bengkel LA21 Ampang Jaya, Di Kelab Darul Ehsan pada 18 Januari 2015
Bengkel Local Agenda 21 Ampang Jaya telah diadakan pada 18hb. Januari
2015 bertempat di Kelab Darul Ehsan,Ampang Jaya.
Program dianjurkan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Jabatan Belia
Masyarakat dengan dirasmikan oleh Tn.YDP MPAJ,Tn.Abdul Hamid Bin
Hussain dan majlis ditutup oleh Tn.Memangku Setiausaha MPAJ,Tn.Johari Bin
Atli.
Majlis dihadiri seramai 173 orang peserta terdiri daripada wakil penduduk dan
wakil agensi terlibat. Peserta diberi kefahaman mengenai pelaksanaan LA 21
dan pengalaman Urusetia LA 21 Kuala Lumpur melaksanakan program ini.
Melalui bengkel ini,isu dan masalah berkaitan alam sekitar,ekonomi dan sosial
telah dapat dikenalpasti seterusnya menjadi asas pembentukan Pelan
Tindakan LA 21 Ampang Jaya.
Susulan daripada Bengkel LA 21 yang telah diadakan pada 18hb Januari
2015, MPAJ telah membuat penambahbaikan agar lebih fokus dan menyeluruh
dalam pelaksanaan program LA 21 ini dengan membuat penstrukturan semula
LA 21 Ampang Jaya.
Hanya Pelan Tindakan yang aktif dengan program yang konsisten akan
diteruskan dan ditambah dari semasa kesemasa bagi mencapai matlamat
pembangunan mampan yang telah disasarkan secara keseluruhan.
Jawatankuasa Kerja ditubuhkan berdasarkan Pelan Tindakan dan program
sediada yang telah disusun. Ini untuk mengurangkan program berbentuk
“Jabatan”.
Penilaian semula Pelan Tindakan perlu dibuat setiap 3 tahun untuk melihat
keberkesanan Pelan Tindakan tersebut bagi memastikan wawasan
pembangunan mampan Ampang Jaya berjaya dicapai.
JAWATANKUASA INDUK LA 21 AMPANG JAYA
DiPengerusikan oleh: TN.YDP MPAJ
Bersidang 3 bulan sekali
Membentangkan pelaporan program yang telah dijalankan
J/K KERJA PELAN TINDAKAN 1
(AMPANG JAYA PRIHATIN ALAM
SEKITAR)
Pengerusi : Ahli Majlis
Setiausaha : Pengarah Jab Kejuruteraan.
Dianggotai Jab. Teknikal berkaitan,wakil penduduk, Persatuan/NGO, Pemaju, Badan Profesional
J/K KERJA PELAN TINDAKAN 2
(RAKYAT HARMONI AMPANG JAYA SEJAHTERA)
Pengerusi: Ahli Majlis
Setiausaha : Pengarah Jab. Belia dan Masyarakat.
Dianggotai Jab. Teknikal berkaitan, wakil penduduk, Persatuan/NGO, Institusi Pendidikan dan lain-lain.
J/K KERJA PELAN TINDAKAN 3
(AMPANG JAYA BEBAS SAMPAH)
Pengerusi : Ahli Majlis
Setiausaha : Pengarah Jab. Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan
Dianggotai Jab. Teknikal berkaitan, wakil penduduk, Persatuan/NGO dan lain-lain
J/K KERJA PELAN TINDAKAN 4
(EKONOMI DINAMIK AMPANG JAYA
BERDAYA SAING)
Pengerusi: Ahli Majlis
Setiausaha: Pengarah Jab. Pelesenan
Dianggotai Jab. Teknikal berkaitan, wakil penduduk, Persatuan/NGO,DewanPerniagaan/Pengilang dan lain-lain.
J/K PELAN TINDAKAN 5
(AMPANG JAYA BANDAR SELAMAT & BEBAS HALANGAN)
Setiausaha: Pengarah,Jab. Perancang Bandar
Dianggotai Jab. Teknikal berkaitan dan Ahli Majlis
URUSETIA MESYUARAT
Jabatan Perancang Bandar
Lima (5) Jawatankuasa Kerja ditubuhkan mengikut Pelan
Tindakan.
DiPengerusikan oleh Ahli Majlis yang dipilih, Setiausaha Mesyuarat
adalah mengikut Pelan Tindakan yang dibentuk dan Ahli Mesyuarat
terdiri daripada Pengarah Jabatan,agensi luar , wakil penduduk atau
persatuan, NGO dan pihak swasta serta mereka yang berkaitan.
Penglibatan awam dalam perancangan dan pembuat
keputusan .
Penyertaan awam dalam setiap program yang dilaksanakan
mengikut perancangan.
Kerjasama dan menjalin hubungan yang baik antara pelbagai
pihak yang terlibat seperti NGO,pemimpin masyarakat,eakil
penduduk, pendidik,pihak berkuasa keselamatan ,pihak swasta
dan lain-lain.
BIL PELAN TINDAKAN PROGRAM
1. AMPANG JAYA PRIHATIN ALAM SEKITAR
i. Sambutan Hari Alam Sekitar.
ii. Kempen Bumi Hijau.
iii. Ampang Jaya “Trees For Life”.
iv. Kempen Hari Tanpa Beg Plastik & Tidak Lupus.
v. Kenali dan Cintai Pokok.
2. RAKYAT HARMONI AMPANG JAYA SEJAHTERA.
i. Komuniti Sukan (Menyediakan Infra dan Program Sukan-
Sukan Berbasikal).
ii. Kebun Komuniti & Kebun Kejiranan.
iii. Rumah Kasih (Pusat Jagaan Harian Anak-anak Istimewa).
iv. KOMBES / Zon Bersih Mini.
v. PROGRAM GOTONG ROYONG
3. AMPANG JAYA BEBAS SAMPAH
i. Baja Kompos.
ii. Program Kitar Semula.
iii. Program kitar Semula Minyak Masak Kepada Biofuel
4. EKONOMI DINAMIK AMPANG JAYA BERDAYA
SAING.
i. Peluang Pekerjaan.
ii. Seminar Keusahawanan.
iii. Penggalakan Pelancongan.
5. AMPANG JAYA BANDAR SELAMAT & BEBAS
HALANGAN.
i. Memperkasa penguatkuasaan &Pencegahan jenayah.Projek
lorong belakang Ampang Point
ii. Program Bandar Selamat : “Blackspot” dan “Hotspot”
iii. Penyediaan Kemudahan OKU.
iv. Kempen keselamatan
BULAN JAN FEB MAC APR MEI JUN J ULAI OGOS SEPT OKT NOV DIS
PERKARA
WAWASAN
MASYARAKAT
PERKONGSIAN/USAHA
SAMA PROGRAM
ANALISIS ISU
MASYARAKAT
PELAN TINDAKAN
PELAKSANAAN
PEMANTAUAN
PENILAIAN AKTIVITI
LAPORAN TAHUNAN
Pengerusi : Tuan Haji Abd. Hamid bin Hussain
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya
Setiausaha : Pengarah Jabatan Perancang Bandar MPAJ
(Unit Pembangunan Mampan, Jabatan Perancang Bandar MPAJ
Keahlian :
Wakil Sektor Kerajaan :
1. Pengarah Jabatan Belia dan Masyarakat
2. Pengarah Jabatan Perlesenan MPAJ
3. Pengarah Jabatan Kejuruteraan MPAJ
4. Pengarah Jabatan Bangunan dan Senibina MPAJ
5. Ketua Bahagian,Bahagian Pesuruhjaya Bangunan MPAJ
6. Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
7. Pengarah Jabatan Perbendaharaan
8. Pengarah Jabatan Korporat
9. Pengarah Jabatan Penguatkuasaan
10. Pengarah Jabatan Penilaian Pengurusan Harta
11. Pengarah Jabatan Undang-Undang
12. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Daerah Gombak
13. Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat
14. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
15. Pegawai Pelajaran Daerah Jabatan Pendidikan Daerah Gombak
16. Pegawai Pelajaran Daerah Jabatan Pendidikan Daerah Hulu Langat
17. Ketua Pegawai AADK Ampang
18. Pegawai Tadbir Agama/Pendaftar KananPejabat Agama Islam
Cawangan Gombak Timur
19. Pegawai Tadbir Agama/Pendaftar Kanan
Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat
20. Pengarah
Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor
21. Pengarah Jabatan Alam Sekitar
22. Pengarah Pejabat MARA Negeri Selangor
23. Ketua Balai Ampang IPD Ampang Jaya
24. Ketua Polis Balai Polis Pandan Indah
25. Ketua Polis Balai Polis Taman Melawati
26. Ketua Polis Balai Polis Taman Keramat
27. Pengarah Pejabat Imigresen Negeri Selangor
28. Pegawai JAPNIN Daerah Hulu Langat
29. PegawaiJAPNIN Daerah Gombak
30. Pegawai JKM Gombak/Hulu langat
31. Wakil Penduduk :
32. Wakil Pihak Swasta
Jawatankuasa Induk LA21 Ampang Jaya dipengerusikan oleh YDP Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
Setiausaha LA21 adalah Pengarah Perancangan Bandar MPAJ
Bersidang secara berkala setiap empat kali dalam setahun.
Fungsi utama Jawatankuasa Induk LA21 Ampang Jaya adalah seperti berikut :
i. Memperakukan Wawasan Masyarakat Ampang Jaya yang dihasilkan daripada Bengkel LA21
Ampang Jaya,
ii. Membentuk, memandu dan mengawasi kemajuan setiap Jawatankuasa Kerja,
iii. Meluluskan Pelan Tindakan dan Kalendar Aktiviti Tahunan bagi setiap Jawatankuasa Kerja LA21
Ampang Jaya dan memantau pelaksanaannya,
iv. Membincangkan isu-isu strategik perbandaran bagi tindakan lanjut Jawatankuasa-
Jawatankuasa Kerja LA21 Ampang Jaya,
v. Memperakukan Laporan Tahunan LA21 Ampang Jaya yang akan dipanjangkan kepada
Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT).
Pengerusinya adalah Ahli Majlis yang dilantik.
Setiausaha adalah Pengarah Jabatan yang berkaitan dengan pelan Tindakan yang disediakan.
Bersidang secara berkala mengikut kesesuaian dan keperluan.
Keanggotaan tidak dihadkan pada bilangan tertentu dan boleh ditambah mengikut keperluan dari masa ke
semasa.
Fungsi utama Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerja LA21 Ampang Jaya adalah seperti berikut :
i. Menyediakan Deraf Pelan Tindakan yang merupakan perancangan program berdasarkan isu-isu
strategik perbandaran mengikut sektor masing-masing,
ii. Mengenal pasti rakan kongsi bagi setiap program di dalam Pelan Tindakan,
iii. Menyelaras, melaksana dan mengawasi pelaksanaan kemajuan projek Local Agenda 21 di
bawah Pelan Tindakan setiap Jawatankuasa Kerja LA21 Ampang Jaya,
iv. Mengemukakan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Kalendar Tahunan Aktiviti untuk
perakuan Jawatankuasa Induk.
Terdiri dari seorang Ketua Unit yang dikenali sebagai Pegawai LA21 Ampang Jaya, dan dibantu oleh beberapa
kakitangan sokongan.
Fungsi utama Unit LA21 adalah seperti berikut :
i. Bersama menjalankan aktiviti meningkat kesedaran melalui dialog, penyelidikan dan kempen di
peringkat tempatan,
ii. Memantau perlaksanaan setiap projek LA21 Ampang Jaya,
iii. Bertindak sebagai pusat setempat atau one-stop-centre kepada program yang melibatkan LA21
Ampang Jaya,
iv. Menjadi urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja,
v. Melaporkan kemajuan perlaksanaan LA21 dari masa ke semasa kepada Mesyuarat Penuh
Majlis dan KPKT dari masa ke semasa,
vi. Menerbitkan bahan hebahan, buletin, dan garis panduan LA21 Ampang Jaya,
vii. Menerbitkan Laporan Tahunan LA21 Ampang Jaya,
viii. Memberikan sokongan kesetiausahaan dan logistik kepada Jawatankuasa Induk dan
Jawatankuasa Kerja.
LA 21 adalah satu kaedah penyertaan awam disamping saluran penambahbaikan menyelesaikan masalah bersama.
Menjadikan nilai pembangunan mampan sebagai agenda melaksanakan pembangunan Sosial,ekonomi dan fizikal.
LA 21 memerlukan komitmen ,usahasama dan penyertaan dan konsensus bagi Memastikan Wawasan Pelan Tindakan Ampang Jaya tercapai.
Melaksanakan Dasar “ Merakyatkan Pembangunan” dengan mengalu-alukan “penyertaan Awam”
Memastikan pembangunan yang dirancang dan dilaksana memenuhi aspirasi rakyat dan kerajaan.