hsk 203 handout soalan 6

7
HSK 203 Tutorial: Khamis 12-1 petangSoalan 6: Nilaikan sejauh manakah benar dakwaan bahawa penulisan Tacitus mencerminkan kemarahan dan kekecewaan golongan bangsawan terhadap sistem raja. Pengenalan Pensejarahan Rom merupakan zaman yang masyhur disebabkan telah melahirkan banyak ahli-ahli sejarah yang ulung dan karya-karya sejarah yang bernilai. Antaranya termasuklah Tacitus yang telah menghasilkan 3 buah karya yang memberikan impak yang besar dalam pensejarahan Rom. Namun begitu, karya-karya yang dihasilkan oleh ahli-ahli sejarah Rom telah menimbulkan perdebatan yang hebat di antara sejarawan. Mereka berpegang teguh kepada hujahan dan pendapat masing-masing untuk membuktikan bahawa pendirian mereka adalah betul. Begitu jugalah dalam penulisan Tacitus. Latar belakang Tacitus -Ahli Sejarah Rom (56-118 T.M) -Bergiat dalam bidang politik dan pernah menyandang jawatan tribune, consul, panglima dan gabenor wilayah. -Tiga buah buku yang dikarang oleh Tacitus : 1. Agricola (98 T.M) 2. Histories (109 T.M) 3. Annals (117 T.M) Penulisan Tacitus Corak penulisan dan sudut pandangan Tacitus banyak dipengaruhi oleh pemikiran beliau. Beliau menulis dari sudut pandangan kelas senator. Perbezaan antara sistem Republik dan sistem Principate (sistem maharaja) menimbulkan rasa tidak puas hati Tacitus.

Upload: lee-wai-keat

Post on 17-Feb-2016

32 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

teori dan kaedah sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: HSK 203 Handout Soalan 6

HSK 203 (Tutorial: Khamis 12-1 petang)Soalan 6: Nilaikan sejauh manakah benar dakwaan bahawa penulisan Tacitus mencerminkan kemarahan dan kekecewaan golongan bangsawan terhadap sistem raja.

Pengenalan

Pensejarahan Rom merupakan zaman yang masyhur disebabkan telah melahirkan banyak ahli-ahli sejarah yang ulung dan karya-karya sejarah yang bernilai.

Antaranya termasuklah Tacitus yang telah menghasilkan 3 buah karya yang memberikan impak yang besar dalam pensejarahan Rom.

Namun begitu, karya-karya yang dihasilkan oleh ahli-ahli sejarah Rom telah menimbulkan perdebatan yang hebat di antara sejarawan.

Mereka berpegang teguh kepada hujahan dan pendapat masing-masing untuk membuktikan bahawa pendirian mereka adalah betul.

Begitu jugalah dalam penulisan Tacitus.

Latar belakang Tacitus

-Ahli Sejarah Rom (56-118 T.M)

-Bergiat dalam bidang politik dan pernah menyandang jawatan tribune, consul, panglima dan gabenor wilayah.

-Tiga buah buku yang dikarang oleh Tacitus :

1. Agricola (98 T.M)2. Histories (109 T.M)3. Annals (117 T.M)

Penulisan Tacitus

Corak penulisan dan sudut pandangan Tacitus banyak dipengaruhi oleh pemikiran beliau.

Beliau menulis dari sudut pandangan kelas senator.

Perbezaan antara sistem Republik dan sistem Principate (sistem maharaja) menimbulkan rasa tidak puas hati Tacitus.

Sistem Principate menghalang kerjaya politik Tacitus dan mengongkong kebebasan bersuara.

Ketidakpuasan Hati terhadap Pemusatan Kuasa

Sistem Principate menyekat hak rakyat untuk bergerak bebas dalam lapangan politik dan menggugat kedudukan Senat sebagai Dewan Perundangan.

Page 2: HSK 203 Handout Soalan 6

Tacitus meragui kemampuan seseorang maharaja untuk memikul sendiri tanggungjawab memerintah sebuah empayar yang luas.

Keraguan juga timbul tentang cara pemilihan pengganti raja.

Ketidakpuasan Hati terhadap Penyekatan Kebebasan Bersuara

Dalam karya Annals, Tacitus menyebut tentang tindakan Maharaja Tiberius menangkap seorang sejarawan, Cremutius Cordus kerana tulisannya memarahkan baginda.

Cordus ditangkap atas Treason Law.

Cordus telah membunuh diri manakala buku-bukunya dibakar atas perintah Tiberius.

Gambaran Tacitus tentang peristiwa ini menunjukkan kemarahan dan ketidakpuasan hati beliau. Pengadilan moral juga dijatuhkan.

Ketidakpuasan Hati terhadap Kelemahan dan Kekejaman Maharaja

Contoh: Maharaja Claudius

Tidak mempunyai rasa simpati kerana meraikan kematian isterinya, Messalina dengan mengadakan kenduri.

Sebenarnya kenduri itu diadakan secara kebetulan sahaja.

Tacitus menulis peristiwa ini dalam karya beliau untuk mengutuk Claudius.

Contoh-contoh lain

1. Perang Saudara

Tacitus dalam Histories telah menyatakan bahawa jangka masa 69-96 M merupakan satu tempoh yang penuh dengan bencana, menyaksikan pertelingkahan yang sengit, bergolak oleh kerana pengkhianatan dan dalam masa aman pun bersifat ganas.

Telah berlaku 3 perang saudara dalam tempoh ini.

Tacitus telah mendedahkan dan mengutuk sifat ketua-ketua tentera yang gemar untuk mencetuskan perang saudara.

2. Tacitus juga banyak mengaitkan hal-hal bukan politik dengan maharaja dan tentera.

Beliau menyebut banjir besar yang melanda bandar raya Rom pada tahun 14 M dan 69 M.

Beliau juga mengisahkan kebakaran besar yang berlaku pada zaman pemerintahan maharaja Nero.

Page 3: HSK 203 Handout Soalan 6

Hal ini demikian kerana Tacitus ingin mendedahkan kelalaian dan kelemahan maharaja melalui peristiwa-peristiwa ini.

Karya Tacitus kerap memuatkan kejadian-kejadian seperti pembunuhan, perbicaraan orang-orang yang dituduh sebagai menderhaka kepada negara, pakatan-pakatan yang dilakukan oleh orang istana, ketua tentera dan ahli-ahli Senat yang bertujuan merampas kuasa, serta hubungan seks yang melibatkan orang-orang istana.

Penulisan Tacitus mempamerkan sikap kebencian dan kemarahan terhadap maharaja Rom.

Tema Lain dalam Penulisan Tacitus

Usaha menegakkan virtus Romana juga jelas dilihat dalam penulisan Tacitus.

Contohnya, dalam Life of Agricola, Tacitus menggambarkan bapa mertuanya sebagai seorang yang tidak mengalami kemerosotan moral walaupun telah memegang jawatan tinggi.

Agricola telah berpegang teguh pada virtus Romana.

Kebanyakan orang yang berkuasa akan menampakkan keruntuhan akhlak. Namun, Agricola tidak dipengaruhi oleh kuasa.

Tujuan Tacitus ialah menonjolkan imej Agricola sebagai teladan yang patut dicontohi orang ramai di samping menegakkan dan mempopularkan virtus Romana.

Kritikan terhadap Penulisan Tacitus

KRITIKAN TERHADAP PENULISAN TACITUS

1) RUANG LINGKUP YANG SEMPIT

Ahli sejarah Laistner berpendapat bahawa ruang lingkup kajian Tacitus adalah sempit.

Tuduhan ini dilemparkan kerana Laistner berpendapat tumpuanTacitus hanya kepada maharaja-maharaja, istana, dan komplot-komplotnya serta kelas yang berkuasa sedangkan Empayar Rom yang besar, bangsa-bangsanya dan sumber-sumber kekayaan hampir diabaikan.

Hal ini kerana Tacitus beranggapan kejadian sejarah ialah res gestae iaitu tindakan individu seperti maharaja atau panglima yang menggerakkan perjalanan sejarah Rom.

Tindakan individu-individu ini dipaparkan sebagai berpunca daripada sifat manusia yang ingin mengharumkan namanya, sama ada dengan berperang dengan musuh-musuh luar atau merebut kuasa dalam negara Rom sendiri.

Page 4: HSK 203 Handout Soalan 6

Penilaian juga tidak dilakukan ke atas latar belakang sosial dan budaya dalam mencorakkan tindakan golongan-golongan tertentu di Rom.

2) PENGADILAN MORAL

Ahli-ahli sejarah Rom termasuk Tacitus bersependapat bahawa kajian sejarah bukanlah semata-mata untuk mengesan kebenaran tentang masa lampau tetapi yang lebih penting mendedahkan nilai-nilai moral yang mendukung sesuatu tidakan sejarah.

Hal ini kerana Tacitus dan yang lain percaya bahawa penulisan sejarah boleh dijadikan sebagai bahan pengajaran kepada masyarakat.

Pengadilan moral akan dajatuhkan mengikut ukuran virtus Romana (nilai-nilai mulia).

Antara pengadilan moral yang dijatuhkan oleh tacitus dalam penulisannya ialah pemerintahan kuku besi oleh Maharaja Tiberius dan kematian Cremutius Cordus yang dianggap mulia.

Pengadilan moral ini juga telah menyebabkan sejarahwan seperti Laistner menganggap penulisan Tacitus bersifat berat sebelah.

3) MEMASUKKAN UNSUR LEGENDA

Tacitus dikatakan tidak dapat memisahkan antara fakta dan legenda dalam penulisan sejarah.

Dalam karyanya Histories dan Annals, Tacitus memaparkan peranan tuhan, nasib dan takdir dalam menentukan perjalanan sejarah Rom.

Menurutnya, peranan tuhan dalam sejarah bukanlah untuk kebahagiaan tetapi semata-mata untuk menghukum.

Misalnya dalam perang saudara yang tercetus 65 M yang menyebabkan banyak nyawa terkorban disebabkan oleh kemurkaan tuhan terhadap Rom.

Tacitus juga berpendapat kemurkaan tuhan boleh dilihat melalui ramalan dan petanda-petanda awal.

Pemerintahan yang buruk dan kejam boleh menyebabkan sesebuah kerajaan tersebut mendapat balasan seperti bencana, malapetaka, kehancuran dan sebagainya.

4) PANDANGAN TACITUS TENTANG TUGAS SEJARAH

• Kebaikan dirakam dan memerangi perbuatan jahat dari kutukan masa depan.

• Sejarah berfungsi sebagai pembimbing masyarakat.

• Sejarah dianggap sebagai kegiatan yang bertaraf tinggi dan mulia.

• Di dalam Histories, tacitus memberi tumpuan jangka masa 69-96 T.M yang merupakan satu tempoh yang dipenuhi dengan bencana.

Page 5: HSK 203 Handout Soalan 6

5) PENULISAN BERSIFAT ETNOSENTRIK

• Penulisan orang Rom hanya berkisar mengenai sejarah bangsa Rom sahaja kerana hanya menghadkan kajian kepada res gestae populi romani (tindakan-tindakan orang Rom sahaja).

• Bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme bangsa Rom.

6) PENULISAN YANG TIDAK ASLI

• Menurut J.B. Bury, penulisan ahli-ahli sejarah Rom termasuk Tacitus bukanlah sesuatu yang asli dan tidak mencerminkan sifat kebangsaan negeri itu.

• Hal ini kerana, menurut Bury pensejarahan Rom adalah peniruan pensejarahan Yunani yang mendahuluinya baik dari segi pengkaedahan mahupun prinsip-prinsip.

• Bury berpendapat pensejarahan Rom tidak memperlihatkan kemajuan tetapi kemunduran dalam perkembangan pensejarahan.

• Tanggapan bahawa pensejarahan Rom bukan sesuatu yang asli wujud disebabkan ahli sejarah Rom yang pertama hanya muncul pada abad ke-3 S.M. walaupun negara Rom telah ditubuhkan pada abad ke-8 S.M. lagi.

• Penglibatan kerajaan Rom dalam dalam politik negara Yunani telah membuka peluang kebudayaan yunani yang lebih maju menembusi dunia Rom secara pesat.

Kesimpulan

Jelaslah bahawa kebanyakan penulisan Tacitus menunjukkan kemarahan dan kekecewaan golongan bangsawan terhadap sistem raja.

Namun terdapat juga tulisan lain yang tidak berkisar tentang kemarahan dan kekecewaan terhadap sistem raja.

Akan tetapi, penulisan ini telah memberikan impak yang besar kepada pensejarahan Rom.