elektronik - pnm · 2016. 3. 30. · raya daripada 222 kawasan parlimen dan 505 kawasan dewan...

73
ELEKTRONIK

Upload: others

Post on 27-Jan-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • ELEKTRONIK

  • http://www.utusan.com.my/utusan/

    ARKIB : 17/05/2013

    Jangan jadikan rakyat sebagai mangsa PENGANALISIS POLITIK Kuantan

    Saudara Pengarang,

    PILIHAN Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sudah tamat dan saya mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) kerana kekal memerintah negara yang diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Pada masa yang sama, saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada parti komponen BN di Pahang kerana kerjasama yang mantap berjaya menghasilkan kejayaan yang diimpikan sekali gus membuatkan pembangkang berputih mata.

    Calon-calon BN yang telah menang di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu bekerja lebih kuat untuk membalas jasa rakyat yang telah mengundi mereka 5 Mei lalu.

    Pemilihan anda sebagai wakil rakyat adalah disebabkan keyakinan pengundi terhadap manifesto BN yang mampu melonjak pembangunan negara dan menjaga kebajikan rakyat.

    Tinjauan yang saya buat melalui media massa mendapati calon-calon BN yang menang telah berazam untuk melaksanakan aku janji yang dikemukakan sebelum PRU13.

    Saya berkeyakinan tinggi ia bukan janji manis sahaja sebaliknya akan menjadi kenyataan sepanjang lima tahun mereka menjadi wakil rakyat sehingga PRU akan datang.

    Di sini juga saya ingin menasihati pembangkang agar tidak terus menabur fitnah kepada BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disebabkan kegagalan mereka merampas kerajaan pada kali ini.

    Mereka harus melihat kelemahan yang dibuat selama ini kerana rakyat mahukan kerajaan yang ikhlas dan bukannya kerajaan yang terdesak dengan membentang satu manifesto tidak masuk akal.

    Pada pandangan saya, sekiranya pembangkang menang PRU-13 pun mereka belum tentu dapat menunaikan janji kerana masih banyak janji yang belum tertunai di negeri-negeri di bawah pentadbiran mereka.

    Kegagalan tiga parti dalam pakatan pembangkang untuk bergabung pada PRU-13 sudah jelas menunjukkan mereka tidak mampu bersatu untuk membentuk kerajaan kerana masing-masing ingin menang sehingga sanggup lawan sesama sendiri.

    Terimalah keputusan dengan penuh reda kerana semua yang berlaku adalah suratan yang telah tertulis. Tidak perlu lagilah hendak menegakkan benang yang basah.

    Jangan jadikan rakyat yang tidak berdosa sebagai mangsa kerakusan politik terutama generasi muda yang sepatutnya dibimbing dan bukannya dihanyutkan bagi memuaskan nafsu politik pemimpin.

  • http://www.utusan.com.my/utusan/

    ARKIB : 11/05/2013

    Keputusan PRU-13 dijangka diwartakan bulan ini - SPR PUTRAJAYA 11 Mei - Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dijangka diwartakan dalam bulan ini, dan pihak yang tidak berpuas hati mempunyai tempoh 21 hari selepas itu untuk memfailkan petisyen atau bantahan.

    Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pada masa ini urus setia SPR sedang menerima Borang 16 iaitu Borang Pengisytiharan Keputusan Pilihan Raya daripada 222 kawasan Parlimen dan 505 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan di seluruh negara.

    "Kita akan semak balik setiap digit yang ditulis dan kita akan wartakan. Apa pun, keputusan yang telah diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya pada malam itu adalah muktamad dan sesiapa yang tidak berpuas hati gunalah saluran undang-undang dan mahkamah," katanya kepada pemberita di ibu pejabat SPR di sini hari ini.

    Wan Ahmad berkata, Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan menyebut dengan jelas bahawa mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan pilihan raya boleh memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi.

    Beliau berkata, SPR kecewa dan mengecam pihak tidak bertanggungjawab yang tidak mahu menerima keputusan pilihan raya dan menghasut rakyat terutama generasi muda dengan fitnah dan pembohongan mengenai SPR dan perjalanan pilihan raya.

    SPR, katanya, akan meneliti perkara itu dan merujuk kepada penasihat serta pakar undang-undang berhubung bentuk tindakan yang boleh diambil terhadap mereka yang terlibat menyebar fitnah dan memperlekehkan SPR.

    "Apabila waktu untuk memfailkan petisyen pilihan raya, kumpulkan semua bukti, bariskan segala peguam terbaik, berhujahlah di mahkamah untuk membantah atau mempertikai keputusan pilihan raya, bukannya menghasut rakyat terutama generasi muda ke jalan raya dengan menceritakan pelbagai perkara yang tak betul dan memfitnah badan yang mengurus pilihan raya.

    "Betapa tidak bertanggungjawabnya mereka, apa akan jadi pada proses demokrasi di negara kita kalau pemimpin-pemimpin politik yang sebegini rupa mengajar rakyat yang perlu dibimbing supaya mematuhi undang-undang, supaya tidak menerima keputusan pilihan raya, keputusan yang dibuat oleh lebih 85 peratus rakyat yang keluar mengundi," katanya.

    Wan Ahmad turut mempersoalkan Majlis Peguam dan bekas presidennya yang juga Pengerusi Bersih, S. Ambiga kerana tidak turut mengutuk tindakan yang menyalahi undang-undang itu.

    Beliau pada masa sama turut menyeru rakyat di negara ini agar tidak terpengaruh dengan dakyah dan fitnah terbabit, sebaliknya menumpukan usaha terhadap perpaduan kaum.

  • http://www.utusan.com.my/utusan/

    "Kita nak tegaskan, sesiapa rakyat yang sayang, pentingkan keamanan dan kedaulatan undang-undang, jangan terpengaruh dengan perbuatan permimpin yang tak bertanggungjawab, pemimpin yang hendak mengejar cita-cita peribadi yang tak kesampaian, telah merosakkan fikiran anak muda," katanya. - BERNAMA

    ARKIB : 10/05/2013

    Daftar pemilih PRU-13 antara terbersih pernah disedia SPR KUALA LUMPUR 10 Mei (Bernama) - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan pelbagai penambahbaikan bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang berakhir Ahad lepas, termasuk menyediakan Daftar Pemilih "terbersih" pernah dilakukan badan bebas itu.

    Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, Daftar Pemilih yang digunakan dalam PRU-13 diwartakan melalui proses pembersihan terperinci dan semakan dalam talian dengan rekod warganegara dan alamat terkini pemilih mengikut pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

    "Oleh kerana sistem pendaftaran pemilih menggunakan nombor kad pengenalan 12 angka yang unik sebagai "identifier" (pengenal pasti) pendaftaran, maka mustahil terdapat pendaftaran berganda dalam Daftar Pemilih PRU-13," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Menjelas lanjut, Abdul Aziz berkata melalui sistem pendaftaran itu, tiada ruang bagi warga asing sama ada dari Bangladesh, Indonesia, China atau India dapat mendaftar sebagai pengundi tambahan.

    Justeru, dakwaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa SPR tidak melaksanakan apa-apa penambahbaikan pada PRU13 merupakan pembohongan besar dan fitnah semata-mata, bertujuan mengelirukan rakyat, katanya.

    Selain itu, beliau berkata, Daftar Pemilih yang digunakan dalam PRU-13 adalah sah telah diwarta dan dimuktamadkan, sekali gus adalah mustahil untuk memasukkan nama-nama pengundi tambahan.

    "Oleh demikian, dakwaan kononnya terdapat 40,000 warga Bangladesh yang dibawa masuk untuk mengundi dalam PRU13 adalah tidak berasas dan fitnah semata-mata, kerana Daftar Pemilih yang diwartakan adalah muktamad," tegas Abdul Aziz.

    Katanya, SPR turut melaksanakan proses pengundian awal pada 30 April lepas, melibatkan 235,826 pengundi daripada kalangan polis dan tentera serta pasangan masing-masing bagi menggantikan proses pengundian pos.

    "Selaras dengan tuntutan utama parti politik pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan, SPR turut memperkenalkan penggunaan dakwat kekal pada PRU13 sebagai elemen tambahan kepada prosedur pengundian bagi mengelak cubaan mengundi dua kali mana-mana pihak," katanya.

  • http://www.utusan.com.my/utusan/

    Dari segi tempoh berkempen pula, SPR melakukan penambahbaikan dengan memperuntukkan tempoh 15 hari berkempen bermula 20 April hingga Ahad lepas, berbanding 13 hari pada PRU 2008, katanya. - BERNAMA

    ARKIB : 10/05/2013

    Pemimpin, duta asing puji proses pilihan raya di Malaysia KUALA LUMPUR 9 Mei - Kalangan pemimpin dan duta asing mengucapkan tahniah atas kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan memuji proses pilihan raya umum yang menurut mereka diadakan secara demokratik.

    Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad yang mengucapkan tahniah kepada Najib berkata, kemenangan itu dicapai di bawah kepimpinan cemerlang beliau.

    Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Najib atas pelantikan semula sebagai Perdana Menteri Malaysia dan menurut Presiden Iran itu, senario itu dapat diterjemahkan sebagai sokongan padu terhadap dasar-dasar BN.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kedutaan Iran di sini, Ahmadinejad berkata, beliau yakin hubungan dua hala di bawah kepimpinan Najib akan terus kukuh dan bertambah kukuh dari hari ke hari seperti mana di masa lalu.

    "Saya berdoa kepada Allah semoga merahmati Yang Amat Berhormat dan kerajaan serta rakyat Malaysia dengan kesihatan yang baik, kejayaan dan kemakmuran," katanya.

    Pada PRU-13 Ahad lepas menyaksikan BN mengekalkan kuasa selepas berjaya memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu.

    Sementara itu, Duta Azerbaijan, Prof. Dr. Qaley Allahverdiyev berkata, PRU-13 telah diadakan secara penuh demokratik dan aman.

    "Proses pilihan raya berjalan dengan baik. Dengan mengambil kira bahawa terdapat protes pada tahun lepas dan awal tahun ini, pilihan raya umum baru-baru ini dan kempen berjalan dengan amat baik" katanya kepada Bernama.

    Mengucapkan tahniah kepada Najib, beliau berharap BN akan menunaikan semua janjinya dan bahawa "rakyat boleh merasai atau memahami perubahan yang mereka (BN) akan lakukan demi kebaikan negara."

    Duta Ukraine, Ihor V. Humennyi, yang turut mengucapkan tahniah kepada Najib dan BN berkata, beliau kagum dengan proses PRU13, termasuk kempen pilihan raya yang disusun dengan teratur dan dianjurkan secara aman.

  • http://www.utusan.com.my/utusan/

    Penglibatan aktif rakyat Malaysia dalam pilihan raya umum itu membuktikan perkembangan demokrasi di negara ini semakin subur dan rakyat semakin sedar mengenai politik, katanya.

    Bagaimanapun, katanya keputusan PRU-13 menunjukkan wujud polarisasi dalam kalangan masyarakat etnik di Malaysia dan berharap keadaan itu dapat ditangani. - BERNAMA

    ARKIB : 09/05/2013

    Sokongan India meningkat 60%

    S. Subramaniam

    PUTRAJAYA 8 Mei - Sokongan masyarakat India terhadap Barisan Nasional (BN) meningkat kira-kira 60 peratus pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini, kata Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr. S. Subramaniam hari ini.

    Beliau berkata, perkara itu menyumbang kepada kemampuan BN untuk membentuk kerajaan di peringkat persekutuan dan di banyak negeri.

  • http://www.utusan.com.my/utusan/

    "Sokongan masyarakat India terhadap BN kini lebih tinggi berbanding pada pilihan raya umum sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini.

    Beliau berkata, keadaan berubah selepas kerajaan BN membantu masyarakat itu melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

    MIC dilanda kekecewaan pada Pilihan Raya Umum 2008 apabila ramai anggota masyarakat India meninggalkannya kerana faktor Hindraf, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuang kesejahteraan masyarakat itu.

    Dr. Subramaniam berkata, beliau yakin kehilangan sokongan masyarakat Cina terhadap BN pada PRU-13 bukan berasaskan semangat perkauman, tetapi mungkin kerana masyarakat itu menolak wakil mereka dalam BN.

    "Mungkin, persepsi masyarakat Cina ialah pemimpin mereka dalam BN tidak mewakili aspirasi mereka," katanya.

    Oleh itu, kata Dr. Subramaniam, BN perlu terus melangkah dan cuba menyelesaikan masalah itu dengan memberi perhatian terhadap keperluan masyarakat Cina. -BERNAMA

    ARKIB : 07/05/2013

    PRU13 lebih aman, lancar - Ambiga KUALA LUMPUR 6 Mei - Badan Pemantau Pilihan Raya Rakyat (Pemantau) telah memperakui bahawa terdapat penambahbaikan dalam proses pengendalian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semalam.

    Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk S. Ambiga berkata, penambahbaikan itu khususnya dalam mengurangkan pondok panas dan kempen semasa tempoh mengundi.

    "Justeru, penambahbaikan itu menjadikan PRU-13 lebih tenang dan lancar," katanya pada sidang media bersama wakil daripada Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) dan Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) di sini hari ini.

    Ambiga berkata, pemantauan awal juga menunjukkan terdapat isu-isu besar termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundi hantu, kertas undi dan penahanan tidak sah anggota Pemantau. - BERNAMA

    ARKIB : 04/05/2013

    PRU-13: Masyarakat India diseru tolak semua calon pembangkang

  • http://www.utusan.com.my/utusan/

    Oleh KASTHURI JEEVENDRAN

    KUALA LUMPUR 4 Mei - Masyarakat India di negara ini digesa menolak semua calon pakatan pembangkang yang rata-ratanya langsung tidak berminat membela nasib golongan itu malah hanya 'dipergunakan' demi meraih simpati undi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

    Pengerusi DAP Bagan Luar, G. Asongan berkata, beliau kecewa dengan nasib masyarakat India yang sering ditipu dan diperalatkan pembangkang khususnya DAP demi kepentingan politik semata-mata.

    "Dalam pakatan pembangkang pula, agenda masyarakat India langsung tidak dimasukkan dalam manifesto mereka. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa walaupun tidak tertulis dalam manifesto, beliau akan sedaya upaya berjuang untuk kami jika diberikan mandat untuk menawan Putraya. Ini semua hanya pembohongan.

    "Anwar menjanjikan jawatan timbalan Perdana Menteri untuk orang Melayu dan Cina, bagaimana pula dengan wakil orang India?

    "Daripada 30 ahli jawatankuasa tertinggi Majlis Pakatan Pembangkang, hanya seorang sahaja diberi jawatan itu manakala kerajaan Barisan Nasional (BN) pula mampu berkongsi kuasa dengan 14 komponen parti yang lain malah kita mempunyai lebih banyak pemimpin mewakili masyarakat India.

    "Mengapa dalam pakatan pembangkang ianya mustahil? Masyarakat India harus sekeras-kerasnya menolak calon-calon pembangkang, jangan biar terus diperalatkan," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

    Asogan yang juga Setiausaha Publisiti Jawatankuasa Perhubungan Parlimen DAP Bagan bertindak menjadi calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Dalam (DUN) menentang calon DAP sendiri pada PRU 13 esok mendakwa, walaupun beliau dinasihati kepimpinan tertinggi DAP Pulau Pinang supaya menarik diri namun beliau kecewa dengan perjuangan DAP yang hanya berminat membela nasib kaum Cina sahaja.

    "Saya telah 'diperbodohkan' oleh DAP selama 18 tahun, saya tidak akan menarik diri malah bersedia dipecat pada bila-bila masa. Pemimpin India dalam DAP hanya boneka, kami tidak mempunyai sebarang kuasa dalam parti tersebut. Ironinya, Pengasas DAP adalah orang India, C.V Devanair namun Lim Kit Siang yang merupakan Setiausaha Politik beliau akhirnya memegang tampuk kuasa DAP.

    "DAP meletakan ramai calon India ketika mereka menjadi pembangkang, apabila mempunyai kerajaan sendiri, mereka besar kepala dan angkuh dengan mengurangkan jumlah kerusi pada pilihan raya kali ini. Cukup-cukuplah kami dipergunakan. Saya harap masyakat India akan segera celik dari 'tidur' mereka. Siapa yang benar-benar membela nasib kaum India ketika ini?," soalnya. - UTUSAN ONLINE

    ARKIB : 19/04/2013

  • http://www.utusan.com.my/utusan/

    PRU-13: Campur tangan asing jejas proses demokrasi negara - TPM

    MUHYIDDIN Yassin melihat kaki kanan Harun Atan yang kudung akibat sakit saraf ketika menziarahinya di Kampung Tengah Sungai Terap, Muar, Johor hari ini. - UTUSAN

    MUAR 19 April - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebarang campur tangan asing dalam pilihan raya umum di negara ini akan menjejaskan proses demokrasi negara.

    Beliau menegaskan sistem pilihan raya umum di negara ini dijalankan dengan telus dan kerajaan tidak mahu pihak asing campur tangan dalam urusan itu.

    Katanya Malaysia, menerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telahpun menjemput pemerhati asing di kalangan negara-negara Asean dan juga melantik pemerhati dalam negara untuk meninjau proses pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini.

    "Jadi saya harap tidak ada pihak luar untuk mencampuri," kata Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) kepada pemberita selepas melawat Pusat Daerah Mengundi di Kampung Tengah, Sungai Terap, Muar, di sini hari ini.

    Beliau mengulas kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam bahawa terdapat unsur-unsur luar yang cuba mencampuri urusan PRU13.

    "Saya setakat ini tidak ada maklumat sebegitu, (sebagai) Menteri Pertahanan dia (Ahmad Zahid) ada sumber-sumber. Apa pun bagi kita dalam keadaan sebegini kita tidak mahu orang asing mencampuri urusan pilihan raya kita sebab kita mengamalkan sistem pilihan raya yang telus," katanya.

    Timbalan Perdana Menetri berkata ini berkaitan dengan soal maklumat risikan".

  • http://www.utusan.com.my/utusan/

    "Ada setengah pihak yang berperasaan ataupun seolah-olah dapat jangkaan kemungkinan ada pihak luar yang cuba hendak mencampuri urusan pilihan raya kita...mungkin pihak yang bertanggungjawab, yang menjaga soal keselamatan, soal risikan, rahsia negara dan sebagainya itu lebih tahu," katanya.

    Mengenai kenyataan kerajaan Singapura yang menafikan mempunyai kaitan dengan kenderaan negara itu yang menampal pelekat menyokong pembangkang, Muyhiddin berkata: Kita menerima kenyataan itu dengan baik, kerana kita tahu hubungan kita dengan Singapura adalah memang sentiasa baik".

    Beliau berharap tidak ada elemen-elemen lain yang akan cuba mencampuri urusan dalaman negara.

    "Beri peluang kepada rakyat membuat keputusan, jangan kacau atau pun menimbulkan sesuatu yang boleh menjejaskan proses demokrasi dalam negara," tegas beliau. - BERNAMA

    ARKIB : 04/05/2013

    PRU: Operasi tren ETS 24 jam KUALA LUMPUR 3 Mei - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melanjutkan operasi Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) selama 24 jam bermula hari ini sehingga Isnin ini sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Ahad ini.

    Pengurus Kanan KTM Intercity Mohd. Noordin Kimi berkata, operasi tren ETS itu akan melibatkan perkhidmatan tren ETS Silver bagi sektor Kuala Lumpur (KL) Sentral-Ipoh dan Ipoh-KL Sentral.

    "Oleh itu sebanyak empat perkhidmatan tren tambahan akan beroperasi selepas jadual waktu terakhir sedia ada," katanya dalam satu kenyataan,di sini.

    Jadual perkhidmatan tren tambahan bagi KL Sentral-Ipoh mempunyai dua waktu iaitu pukul 12.05 malam dan 4.05 pagi manakala Ipoh-KL Sentral turut melibatkan dua waktu iaitu 11 malam dan 3 pagi, katanya.

    Orang ramai boleh mendapatkan tiket tren tambahan ini melalui kaunter tiket dan tempahan menerusi Pusat Panggilan KTMB mulai hari ini di talian 1-300-88-5862 dari pukul 9 pagi hingga 9 malam atau untuk maklumat lanjut boleh melayari laman web www.ktmb.com.my. - BERNAMA

    ARKIB : 11/04/2013

    PRU-13: Polis Perak tubuh 62 pasukan khas pantau bookie IPOH 11 April - Polis Perak menubuhkan 62 pasukan risikan khas bagi memantau dan mengesan sindiket kongsi gelap dan penaja pertaruhan haram semasa musim pilihan raya umum ke-13 nanti.

  • http://www.utusan.com.my/utusan/

    Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, kira-kira 250 anggota pasukan khas itu ditempatkan di semua daerah bagi memantau aktiviti berkenaan.

    "Pasukan khas tersebut telah ditubuhkan sejak sebulan yang lalu untuk membuat risikan dan memantau sindiket dan individu yang mengambil kesempatan dengan menjalankan aktiviti haram pada PRU13 ini.

    "Kita perang habis-habisan terhadap sindiket ini dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati terlibat dalam kegiatan haram itu, termasuk menahan serta mengheret mereka ke mahkamah," katanya kepada Bernama hari ini.

    Beliau berkata, bagaimanapun, setakat ini, polis belum menerima sebarang maklumat berhubung kewujudan sindiket perjudian membabitkan pertaruhan keputusan pilihan raya di Perak. - BERNAMA

    ARKIB : 11/04/2013

    PRU kali ini paling mahal - SPR PUTRAJAYA 10 April - Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang bakal berlangsung pada 5 Mei ini akan menjadi pilihan raya termahal dengan kos RM400 juta diperuntukkan untuk memastikan segala persiapan berjalan lancar.

    Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, kos PRU-13 lebih mahal disebabkan oleh pertambahan jumlah pengundi selain peningkatan elaun untuk pegawai dan petugas yang terlibat dalam menjayakan pilihan raya itu.

    ''Jumlah pengundi untuk PRU-13 ialah sebanyak 13.3 juta orang berbanding 10.7 juta orang dalam pilihan raya sebelumnya.

    ''Ini bermakna jumlah pengundi telah bertambah sebanyak 2.6 juta orang, bukan semua pengundi baharu itu ialah orang muda tetapi juga terdapat warga lebih tua yang baharu mendaftar sebagai pengundi," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR di sini hari ini.

    Abdul Aziz berkata, selain pertambahan pengundi, peningkatan kos pilihan raya juga disumbangkan oleh pengenalan jenis undi yang baharu dalam PRU-13.

    ''Jadi kos untuk PRU-13 adalah mahal tetapi kos untuk PRU-14 mungkin lebih tinggi lagi," katanya.

    Abdul Aziz berkata, keputusan pertama PRU-13 mungkin diperolehi SPR seawal pukul 7.30 malam berdasarkan pengalaman lalu.

    ''Kita berusaha menambah baik sistem yang ada dengan memperkenalkan portal di mana keputusan akan diumumkan secepat mungkin melalui laman web," katanya.

    Beliau berkata, pilihan raya akan diadakan seperti biasa di Lahad Datu dan Semporna di Sabah yang menyaksikan insiden pencerobohan pengganas Kiram, baru-baru ini.

  • http://www.utusan.com.my/utusan/

    Dalam pada itu, para pengundi boleh membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui pusat mengundi dan saluran mengundi mereka melalui laman web www.spr.gov.

    Semakan boleh dibuat menerusi Portal Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) www.pru13. gov. my atau menerusi SMS dengan menaip SPR SEMAK nombor kad pengenalan dan hantar kepada 15888 mulai 15 April.

    Bagi semakan melalui SMS, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut menyediakan kemudahan tambahan iaitu 29292 bagi pengguna Celcom, 33080 dan 22789 (Maxis) dan 33080 (Digi).

    Semakan boleh dibuat dengan menaip spr nombor kad pengenalan dan hantar kepada nombor-nombor tersebut.

    ARKIB : 05/04/2013

    Kuasa memilih di tangan rakyat Oleh NURUL ANUAR KARI [email protected]

    AKHIRNYA pertarungan 'hidup dan mati' Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bermula apabila Parlimen dibubarkan genap empat tahun selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih teraju pimpinan negara.

    Detik ini sebenarnya sudah lama dinanti-nantikan, bukan sahaja dalam kalangan penyokong tegar mahupun yang taksub parti politik tertentu, malahan dalam kalangan rakyat jelata sendiri.

    Zaman pasca PRU pada 2008 menyaksikan lima tahun hidup rakyat dibebani 'kempen politik' setiap hari dengan semua isu dan perkara harian dijadikan modal politik khususnya dalam kalangan mereka yang mahu merebut kuasa.

    Rakyat yang majoritinya pengundi atas pagar terus bersabar selama ini dengan pelbagai kerenah parti dan orang politik, dalam diam menilai dan memerhati setiap perbuatan dan percakapan mereka.

    Walaupun ada orang politik yang menganggap kumpulan pengundi atas pagar ini mudah dipengaruhi, rata-rata rakyat masih menggunakan akal yang waras dalam menilai semua aspek untuk memilih wakil rakyat mereka, bukan hanya mendengar omong dan janji kosong.

    Kini, rakyat sekali lagi mendukung tanggungjawab memilih kepimpinan negara dengan melantik suara rasmi mereka di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bagi memastikan kelangsungan bumi bertuah Malaysia sehingga ke anak cucu mereka kelak.

    Bagi pemerhati politik, Mohamad Faisol Keling, rakyat perlu menggunakan ruang memilih wakil rakyat mereka sebaik mungkin agar kemakmuran dan keamanan negara dapat dikekalkan.

    "Janganlah terpengaruh dengan dakyah dan janji manis golongan tertentu yang belum tentu dapat ditunaikan.

  • http://www.utusan.com.my/utusan/

    "Amat malang jika mengambil risiko keruntuhan dengan tindakan kita sendiri. Lihat sahaja contoh di Asia Barat sebagai teladan untuk menilai hala tuju kita ke hadapan," katanya.

    Tegasnya, risiko pilihan rakyat itu juga menyebabkan kemakmuran boleh runtuh dalam sekelip mata sahaja seperti masalah rakyat di Asia Barat yang masih belum selesai sehingga kini.

    Beliau juga mengingatkan masyarakat Islam memilih berlandaskan Islam agar melindungi kesucian Islam dan mengelak agama diperkotak katik sesiapa sekalipun.

    Mengambil contoh pembangunan institusi Islam yang berterusan sejak negara merdeka, beliau meminta rakyat melihat bagaimana Islam tidak pernah terabai di bawah kepimpinan negara selama ini.

    "Selain agama, kerajaan juga menjaga pembangunan masyarakat tanpa mengira bangsa dan kerana itulah kemakmuran dapat dinikmati semua rakyat selama ini.

    "Orang bukan Islam juga tidak ditindas dasar-dasar yang dilaksanakan kerana kerajaan mahukan semua merasai kemakmuran di negara ini," katanya.

    Beliau mengambil contoh perkongsian kuasa, melindungi hak dan mengambil kira pandangan semua kaum di samping menjaga kebebasan beragama orang bukan Islam serta pembangunan setara dalam aspek pendidikan dan sosial.

    Mohamad Faisol berharap rakyat melihat secara positif kebaikan yang dilakukan kerajaan kepada segenap anggota masyarakat selama ini kerana sukar untuk membina sebuah negara seperti Malaysia tetapi amatlah mudah untuk meruntuhkannya.

    "Kerjasama sejak 1957 perlu menjadi kayu ukur keikhlasan kerajaan membangunkan negara yang berbilang kaum ini.

    "Malaysia majmuk berbilang bangsa tetapi rakyatnya hidup makmur dan tiada masalah pembersihan etnik, pengabaian dan sebagainya berbanding negara lain," jelasnya.

    Oleh itu tegasnya, perlu ada rasa syukur dilahirkan dan hidup di negara yang aman makmur seperti Malaysia kerana jika tidak bersyukur, semuanya akan nampak tidak baik dan banyak kekurangan.

    Beliau turut menasihatkan mereka yang berterusan tidak berpuas hati dan gemar menyalahkan orang agar melihat sama ada rakyat di negara-negara lain seperti Myanmar, Indonesia dan sebagainya menikmati kemakmuran bersama seperti di bumi Malaysia.

    Pemerhati politik, Profesor Datuk Dr. Zainal Kling turut menasihatkan pengundi atas pagar agar tidak memilih mengikut emosi akibat fitnah dan tohmahan tanpa fakta pihak tertentu bagi menjaga kemakmuran dan kemananan negara kelak.

    "Penyokong parti dah tetap, yang tegar dan taksub lagilah tidak boleh ubah. Namun, pengundi atas pagar perlu faham rasional pembangunan dan kebajikan yang disampaikan kerajaan.

    "Jika tersalah pilih kerana menerima janji mentah, kita juga yang akhirnya akan terlibat dalam suasana kacau bilau," katanya.

  • http://www.utusan.com.my/utusan/

    Mengambil contoh Selangor dan Pulau Pinang, beliau menjelaskan keinginan pembangkang membuat perubahan radikal menyebabkan masalah timbul hampir setiap hari. Tambahnya, perbuatan memainkan emosi rakyat itu demi kepentingan politik sahaja dan bukan untuk kemakmuran rakyat jelata.

    "Maka, jadilah pemerintahan kuku besi, sampaikan kebebasan media pun tiada. Halang tugas petugas media sedangkan dahulu kata mahu media bebas. Pengundi perlu lihat semua aspek ini, jangan lihat tohmahan dan fitnah sahaja.

    "Orang menuduh tanpa fakta tetapi kerajaan sudah dedahkan fakta sebenar. Kita mahu lihat rakyat berakal dan rasional dalam meneruskan pembangunan pesat negara ini demi generasi akan datang," ujarnya.

    Beliau juga menganggap pilihan Najib membubarkan Parlimen selepas empat tahun menjalankan tugas Perdana Menteri kena pada masanya kerana telah menunjukkan keupayaan, kemampuan dan kekuatannya mentadbir negara.

    "Sepanjang empat tahun, bermacam program pembangunan dan transformasi telah dilaksanakan, diterima baik bukan sahaja di dalam malahan di luar negara.

    "Berbilion pelaburan masuk sementara berbilion dana disalur ke Sabah dan Sarawak bagi memastikan semua rakyat di sana terlibat dengan pembangunan nasional," jelasnya.

    Tambahnya, Najib telah laksanakan demokrasi ikut serta (participative democracy), mengajak belia, wanita dan semua etnik turut serta melalui pertemuan dan program interaksi yang dilaksanakan selama ini.

    Zainal turut yakin MCA dan MIC turut menerima kesan positif projek-projek yang dijalankan itu yang rata-rata telah menampakkan hasilnya dengan jangkaan banyak hasil lebih baik dalam tahun-tahun berikutnya.

    "Pencapaian empat tahun di bawah pemerintahan Najib lebih baik daripada apa yang dijanjikan pembangkang, lebih daripada hanya sebut di mulut tetapi tidak berbuat apa-apa.

    "Jika mahu dicanang janji 'negara berkebajikan', Najib juga sudah banyak membantu rakyat dalam segala segi di bawah jenama 1Malaysia," tegasnya.

    Tambah beliau, secara peribadi juga Najib utuh dan bersih, tiada' beli membeli' orang, tidak terlibat dengan kecelaan sehingga masuk mahkamah walaupun sering difitnah pihak lawan.

    "Semua faktor ini memberi keyakinan kepada rakyat untuk terus memberi mandat kepada Najib mentadbir negara kelak," katanya.

    ARKIB : 02/04/2013

  • http://www.utusan.com.my/utusan/

    Pemerhati undi pos luar negara KUALA LUMPUR 1 April - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju membenarkan seorang wakil daripada parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilantik sebagai pemerhati untuk ditempatkan di pusat penyerahan dan penerimaan balik sampul undi pos di pejabat perwakilan Malaysia di luar negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

    Setiausahanya, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, pemerhati yang dilantik hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan iaitu warganegara Malaysia, berumur 21 tahun ke atas dan dilantik parti dan NGO yang sah.

    Katanya, lantikan itu pula tidak melebihi lima orang bagi sesebuah parti politik atau NGO dengan hanya seorang pemerhati dibenarkan masuk bagi memerhati proses penyerahan dan penerimaan balik sampul undi pos dalam satu-satu masa.

    "Pegawai bertugas berhak mengusir pemerhati yang didapati melanggar peraturan manakala sebarang kos dalam menempatkan pemerhati ditanggung sepenuhnya parti politik dan NGO" katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Katanya, pihak berkaitan boleh melayari laman web SPR di www.spr.gov.my atau portal khas Pilihan Raya Umum Ke-13 di www.pru13.gov.my untuk maklumat lanjut berhubung permohonan tersebut.

    ARKIB : 22/02/2013

    PRU 13 laksana memilih pelabuhan A AZIZ DERAMAN ialah bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dan Prof. Adjung UUM

    PENULIS bukan orang politik atau pemimpin politik, tetapi sebagai pemerhati fenomena budaya politik.

    Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, 2008 banyak memberi petunjuk bagi direnungi rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu dan umat Islam. Melayu berpecah, berbalah dan bercekah sampai tidak

  • http://www.utusan.com.my/utusan/

    mungkin lagi menjadi 'carik-carik bulu ayam' bahkan lebih kepada 'menang jadi arang, kalah jadi abu'.

    Politik dendam kian membarah dan orang Melayu kelihatan terlalu taksub tokoh, lena dalam pidato atau syarahan berapi dan berpegang kepada fatwa politik yang tidak benar.

    Sungguhpun Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ada mengeluarkan fatwa bahawa Amanat Haji Hadi itu tidak benar, para penyokong parti politik tertentu masih tidak mahu menerimanya. Semua orang tahu amanat itu telah memecahbelahkan umat kepada dua imam solat, sembelihan UMNO haram dimakan, atau orang UMNO itu kafir dan beberapa perkara lain lagi. Segalanya jadi berpecah dua. Musuh umat Melayu dan musuh Islam gembira dalam diam.

    Senario politik PRU 12 (2008) hendaklah dijadikan panduan arah tuju bahtera negara Malaysia pada masa hadapan. Di mana patut berlabuh memilih pelabuhan dan ke mana perlu bahtera itu belayar.

    Kaji kenapa sokongan padu rakyat kepada Barisan Nasional (BN) pada tahun 2004 ditarik balik pada PRU 2008 tadi. Salah satu sebab besar ialah kelemahan kepimpinan kerajaan pada masa itu. Tidak banyak perubahan dasar dilakukan sebagaimana rakyat harapkan. Rakyat marah kepada BN kerana tidak menyelesaikan masalah dalaman parti, isu-isu rasuah dan kesombongan politik. Maka berlakulah peralihan pengaruh simpati terhadap PKR. DAP pula berjaya membakar semangat cauvinisme dan perkauman, manakala Pas pula berjaya menanam 'fatwa-fatwa' yang tidak benar seperti isu kafir dan amanat tadi.

    Kini suasana sudah berubah. Kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sudah membuktikan kejayaan mengisi perubahan dalam banyak perkara. Gagasan 1Malaysia dan program transformasi serta tuntutan-tuntutan politik dan sosial rakyat dipenuhi, bahkan di luar jangka. Transformasi politik dan ekonomi sedang terjadi.

    Untuk itu maka bagi penulis, orang Melayu dan umat Islam jangan sekali-kali meminggirkan upaya intelektualisme dan rasionalisme apabila membuat pertimbangan. Perbetulkan diri dan jangan lagi leka dengan sumpah seranah, hasutan, fitnah, acuman dan asyik percaya kepada pidato retorik hebat dan bukannya kepada pertimbangan akal budi dan agama.

    PRU13 sudah menghampiri kita. Generasi tua dan muda Malaysia harus berfikiran luas dan mendalam. Kaji dan fikirkan sendiri pelabuhan mana patut kita pilih untuk melabuhkan bahtera negara ini. Apakah di pelabuhan yang penuh semak samun dan belantara kecelaruan sifat kepimpinan, tidak sepakat, asyik bercakaran, kepincangan pentadbiran di negeri-negeri yang PR perintah atau terus mempercayai janji-janji kosong? Isu kecil dan remeh pun gagal diselesaikan.

    Rakyat jangan sekali-kali mengikut emosi atau pengaruh dendam orang yang mahu berkuasa. Apakah kita tidak mahu berlabuh di sebuah pelabuhan yang selama ini, lebih dari setengah abad terbukti, dibangunkan lengkap dengan segala kemudahan infrastruktur, kukuh terbina, diselenggarakan dengan baik dan diperbaiki jika ada sedikit sebanyak kerosakan!

    Soalnya jangan mudah menukar pelabuhan kerana persoalan negara dan kenegaraan bukan soal cuba-cuba dengan niat kalau lima tahun ini tidak baik maka akan kita tukarkan kembali. Persoalan membentuk kerajaan tidak semudah kita bermain guli semasa kanak-kanak dahulu.

    Selepas tahun 2008, rakyat Malaysia terlalu banyak mengalami ujian. Orang Melayu, Cina, India dan suku bangsa di Sabah-Sarawak sudah tahu menilai. Melayu dan bumiputera berpecah sehingga fenomena bertukar menjadikan mereka kumpulan minoriti. Apakah Melayu masih sanggup melihat perubahan kuasa kepada kerabat anggota yang tidak sealiran perjuangan? DAP menolak konsep

  • http://www.utusan.com.my/utusan/

    negara Islam, mempermainkan kalimah Allah, merobek Pulau Pinang dan aneka tindakan yang tidak menggembirakan. Apakah Pas sebuah parti pimpinan Melayu dan umat Islam, masih mahu merelakan pimpinan kerajaan bertukar tangan?

    Apa akan jadi sekiranya kerosakan besar terjadi atau keruntuhan berlaku akibat perbalahan kepimpinan yang semakin ketara, masing-masing mahu jadi kepala. Laksana seekor ular berkepala tiga, masing-masing menunggu mahu mencantuk mati satu yang lain. Formula palsu dengan laungan reformasi itu harus benar-benar difahami berbanding dengan transformasi. Bayangkan kalau PR menubuhkan Kerajaan!

    Selama beberapa tahun lalu terpampang pedoman bahawa PR yang menggabungkan diri secara 'longgar' atau 'tidur sebantal mimpi lain-lain' itu ternyata tidak dapat membuktikan keupayaan mereka mengurus dan mentadbir kerajaan dengan sempurna.

    Negeri-negeri di bawah pemerintahan PR yakni Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor atau dalam suatu tempoh yang singkat di Perak masih tidak menentu urus tadbirnya. Hal demikian terjadi kerana mereka tiada pengalaman. Sedangkan puluhan tahun pengalaman Pas di Kelantan pun, tidak banyak yang dapat dilakukan. PRU ke-13 tahun 2013 ini mengajak seluruh rakyat membuat pertimbangan semula. Sesungguhnya arah masa depan negara terletak di bahu bangsa induknya, yakni Melayu (dalam erti kata luas termasuk bumiputera).

    Pada PRU 13 tahun 2013 ini rakyat Malaysia, orang Melayu dan umat Islam tidak seharusnya membuat pilihan untuk 'mencuba'. Pas mungkin boleh bertanding sendiri tanpa menyertai Pakatan Rakyat kerana begitu banyak perkara-perkara yang merugikan.

    Budaya politik Melayu sesudah PRU ke-12 yang lalu sangat merugikan. Pas misalnya 'tidak kena sakan' apabila berada di gelanggang PR. Pas tidak memimpin PR sebaliknya menjadi 'kuda tunggangan', menerima dan bersetuju apa sahaja. Pas sudah tertipu dan terkincung. Orang Melayu dan umat Islam tidak patut mudah tertipu!.

    Rakyat perlu berlabuh di pelabuhan asal tetapi tidak akan berlengah lama untuk meneruskan pelayaran di samudera saujana luas persada dunia yang terbuka sekarang dipenuhi aneka macam ujian itu. PR tidak akan mungkin berjaya melakukan sama seperti keajaiban kemajuan dan kejayaan BN selama puluhan tahun negara sejak kemerdekaan 1957 yang lalu. Fikir-fikirkanlah pelabuhan yang mana satu!

    SPR lancar laman web khas untuk PRU-13

  • http://www.utusan.com.my/utusan/

    ABDUL Aziz Yusof menunjukkan laman web khas Pilihan Raya Umum ke-13 pada majlis pelancarannya di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya, di Putrajaya hari ini. - UTUSAN

    PUTRAJAYA 30 Jan. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memperkenalkan laman web khas www.pru13.gov.my yang akan memuatkan segala informasi serta proses berhubung perjalanan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

    Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata selain menjadi panduan kepada pengundi yang pertama kali mengundi, laman web itu turut memuatkan peraturan yang baru diperkenalkan pada PRU kali ini.

    "Antara yang akan dimuatkan dalam laman web berkenaan ialah maklumat terkini proses penamaan calon, tempoh berkempen, proses mengundi, urusan mengundi sehingga pengumuman keputusan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran portal itu di sini hari ini.

    Beliau berkata laman web berkenaan akan menjadi sumber rujukan utama bukan sahaja kepada orang ramai tetapi juga media terutamanya semasa pilihan raya berlangsung.

    Katanya ia dapat membantu orang ramai dan media mendapatkan maklumat seperti jumlah atau peratus terkini pengundi yang keluar mengundi tanpa perlu menghubungi SPR.

    "Setiap maklumat yang dimasukkan adalah terkini dan pegawai SPR akan memastikan ia sentiasa dikemaskini. Kita juga akan pastikan tahap keselamatan untuk mengelak laman web digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab," kata Abdul Aziz.

    Beliau berkata antara lain, laman web itu diwujudkan bagi memastikan orang ramai mendapat maklumat tepat dan sahih kerana sudah menjadi kebiasaan setiap kali pilihan raya diadakan pelbagai khabar angin akan timbul.

    SPR, katanya, mengalu-alukan sebarang maklum balas.

    Dalam perkembangan lain, beliau menegaskan sekali lagi SPR sentiasa berusaha memastikan senarai nama pengundi dibersihkan, namun berkata mana mungkin ia dapat dibersihkan seratus peratus.

    "Sebagai contoh jika hari ini SPR memberi jaminan senarai pemilih bersih mungkin esok ada ada berlaku kematian dan ada yang dilucutkan kewarganegaraan," katanya.

    http://www.pru13.gov.my/�

  • http://www.utusan.com.my/utusan/

    Mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah, beliau berkata empat pegawai SPR sedang dalam senarai menunggu untuk menjadi saksi. - BERNAMA

  • http://emedia.com.my/

    Headline: 2,000 anggota FRU siap sedia hadapi PRU13

    Publication: HM

    Date of publication: Mar 16, 2013

    Section heading: Main Section

    Page number: 060

    Georgetown: Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dengan lebih 2,000 anggotanya di seluruh

    Malaysia sudah siap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang akan menjelang

    tidak lama lagi.

    Komander FRU Senior Asisten Komisioner Datuk Abdul Hamid Mohd Ali berkata, persiapan berkenaan

    adalah termasuk tugas bagi menjaga ketenteraman awam sekali gus memudahkan pengurusan orang

    awam ketika PRU nanti.

    Menurutnya, walaupun FRU tidak terbabit secara langsung dalam PRU, semua anggotanya sudah

    menjalani latihan bagi mempersiapkan diri dengan sebarang kemungkinan yang berlaku.

    Sebagai satu cawangan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), menjadi tanggungjawab kami

    memastikan setiap keselamatan rakyat yang keluar mengundi dapat menunaikan kewajipan masing-

    masing dengan selamat dan selesa.

    Anggota kami sudah menjalani latihan menghadapi situasi pilihan raya sebenar iaitu bermula dari hari

    penamaan calon, proses berkempen sehingga keputusan mengundi, katanya.

    Abdul Hamid ditemui ketika majlis Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah Unit Tiga FRU Pulau

    Pinang bagi menyaksikan persaraan Pegawai Pemerintah Unit Tiga negeri, Superintendan Mohammad

    Mokhtar Abd Majid di Padang Tembak, Air Itam, semalam.

    Sementara itu, Abdul Hamid berkata, bagi penempatan anggota, pihaknya hanya menunggu arahan

    daripada Ketua Polis Negeri bagi menentukan bilangannya.

    Ia bergantung kepada Ketua Polis setiap negeri bagi menentukan bilangan anggota kami yang

    diperlukan, katanya.

  • http://emedia.com.my/

    Headline: Orang ramai rimas

    Publication: BH

    Date of publication: May 15, 2013

    Section heading: Sentral

    Page number: 003

    Seremban: Selepas lebih seminggu Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) berakhir, bahan kempen

    pilihan raya masih bersepahsepah di sekitar bandar ini.

    Bendera dan poster yang masih tergantung di tiang elektrik dan papan tanda memaparkan wajah

    calon yang bertanding boleh kelihatan di manamana.

    Keadaan itu merimaskan orang ramai yang mahu persekitaran bandar ini kembali pulih seperti biasa,

    selain kewujudan bahan kempen yang tidak terurus menyebabkan sakit mata memandang.

    Tinjauan BH mendapati orang ramai mahu bahan kempen terbabit segera diambil semula parti politik

    yang bertanding dalam PRU13.

    Haslinda Salim, 28, berkata orang ramai mahu kembali hidup seperti biasa dan tidak gemar melihat

    bahan pilihan raya masih tidak dikutip.

    Saya harap tindakan segera diambil pihak terbabit untuk memastikan keadaan persekitaran bandar ini

    kembali bersih, katanya.

    M Manoharan, 56, pula berkata sesetengah bahan kempen di taman perumahan seperti poster dan

    bendera menghalang pandangan dan membahayakan pengguna jalan raya.

    Parti politik atau pihak berkuasa perlu segera membersihkan bahan kempen kerana PRU13 sudah

    selesai dan tidak perlu kita tengok lagi hingga PRU akan datang, katanya.

    Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri, Afizam Abdullah Sani, berkata mengikut Seksyen

    24B Akta Pilihan Raya 1954, parti yang bertanding dalam PRU perlu menanggalkan dan

    membersihkan bahan kempen dalam tempoh 14 hari.

    Katanya, tarikh akhir berbuat demikian pada 19 Mei ini dan jika gagal, wang deposit RM5,000 untuk

    kerusi Parlimen dan RM3,000 untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak akan dikembalikan.

  • http://emedia.com.my/

    Headline: In GE13, Twitter still not a game-changer

    Publication: NST

    Date of publication: May 15, 2013

    Section heading: Main Section

    Page number: 017

    Byline / Author: By Santha Oorjitham

    TWITTER was a vital tool to communicate in the run-up to the 13th General Election - but many voters

    still turned to the mainstream media for information during the campaign and on May 5.

    That's Dr Faizal Kasmani's theory so far as he and a team of two co-researchers and five independent

    coders plough through more than 38,000 tweets between April 20 and May 6. Stressing that these are

    preliminary findings, he gives a preview with a random sample of 3,800 tweets sent between noon on

    May 3 and 6pm on May 6.

    The most powerful feature was retweeting, which showed what was most prominent and most shared,

    says the lecturer of communications at Universiti Sains Islam Malaysia.

    With the majority of the tweets in Malay, Berita Harian was the most retweeted newspaper with 4.2

    per cent and Harian Metro came second with 0.8 per cent.

    By contrast, according to his previous research, Twitter discussion on speaker Sharifah Zohra Jabeen

    Syed Shah Miskin and Universiti Utara Malaysia law student K.S. Bawani mostly shared links from

    alternative media and was mostly in English.

    Twitter did not set any agenda, noted Faizal.

    People were retweeting from Berita Harian, not the other way around. Twitter needs mainstream

    media. On May 5, there were so many different reports about the election results on Twitter that

    people decided to wait for the mainstream media and the Election Commission.

    The overall Barisan Nasional presence was overwhelming in the sample, the USIM academic reports.

    More than half (54 per cent) of the sample were retweets and among these, 59 per cent were pro-BN,

    28 per cent were pro-opposition and the remainder others or neutral.

    The most retweeted was @barisannasional with 6.3 per cent and the most prominent politicians were

    Prime Minister Datuk Seri Najib Razak (1,561,066 followers) and Datuk Seri Anwar Ibrahim

    (336,496): about 2.5 per cent of their tweets were retweeted.

  • http://emedia.com.my/

    Former home minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein was the most active after the PM and

    Anwar. Others included Umno Youth chief Khairy Jamaluddin, DAP veteran Lim Kit Siang, former

    deputy higher education minister Datuk Saifuddin Abdullah and Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar.

    But their tweets were not retweeted as much, says Faizal.

    #PRU13 was the biggest conversation, while the most-tweeted and retweeted was People have

    decided: Saya undi Najib Razak linked to several YouTube clips titled Undilah BN (Vote BN).

    BN Youth Volunteers national command centre director Zaidel Baharuddin says that during the

    campaign his team would tweet a link to highlight a certain arti-cle or news or policy. But on May 5,

    he adds, We were surprised on Twitter there was this fever of searching for Bangladeshi workers.

    Back in April last year, Najib had said that candidates with a social media following were more likely to

    be chosen to contest in the polls. Twitter is the easiest for politicians to use and for people to access in

    comparison with Facebook, reckons Umno Youth's new media unit chairman Tun Faisal Ismail Aziz.

    For example, Hishammuddin tweets about what he had for breakfast, his favourite team Man U, that

    he was really touched when he watched Tanda Putera, etc.

    Most of the DAP candidates were on Twitter, says Liew Chin Tong, who was on the party's national

    election preparation committee. It is part of the IT infrastructure that we are relying on. For many of

    us, Twitter and Facebook come hand in hand.

    Twitter was not Liew's main campaign tool in the Kluang parliamentary constituency, which he won.

    He estimated that most of his voters were on Facebook: Twitter is more urban-centric and Klang

    Valley, rather than Facebook which is everywhere.

    The number of followers and retweets was not necessarily reflected in success on Election Day.

    Politicians can communicate, mobilise and inform on Twitter but that can't translate into votes, says

    USIM's Faisal.

    Khairy and Saifuddin are among the most active on Twitter, points out Tun Faisal.

    Khairy did well in the Rembau parliamentary seat but Saifuddin lost in the Temerloh parliamentary

    seat. At the end of the day, it's about you and your voters at the grassroots.

    Even so, Twitter remains a key part of a politician's toolkit. But for it to be effective, argues Faizal,

  • http://emedia.com.my/

    Politicians should genuinely communicate with people on Twitter and not get someone to do it on their

    behalf. You can tell the difference.

    Although Twitter may not bring in the votes, he suggests, It would balance the power relationship

    between us and the authorities. People want to speak out and want an answer.

    In Malaysia, that type of conversation is possible only on Twitter, he claims. And people who can

    capitalise on that will win on Twitter.

    Headline: Tingkatkan kuasa

    Publication: BH

    Date of publication: May 13, 2013

    Section heading: Famili

    Page number: 003

    Byline / Author: Oleh Hidayah Mohammad

    KEMENANGAN calon wanita dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu, dianggap masih rendah

    iaitu kira-kira 10 peratus berbanding jumlah pencalonan mereka.

    Pembabitan wanita dalam politik, antara sasaran Malaysia untuk mencapai 30 peratus sebagai

    pembuat dasar sekali gus mewakili suara wanita.

    Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Ramlah Adam, berkata pembabitan wanita dalam dunia politik

    masih jauh ke belakang walaupun Malaysia sudah mencapai 56 tahun kemerdekaan.

    Calon wanita daripada pelbagai parti sama ada parti komponen Barisan Nasional (BN) dan

    pembangkang untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) masih kurang menyerlah.

    Justeru, senario itu tidak harus diambil ringan untuk memastikan wanita terus berada pada landasan

    terbaik dalam politik, katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

    Dalam PRU13, seramai 168 calon wanita bertanding merebut kerusi Parlimen dan DUN. Jumlah itu

    menunjukkan peningkatan hampir 40 peratus berbanding 120 calon untuk kedua-dua kerusi pada

    PRU12.

    Faktor kemenangan

  • http://emedia.com.my/

    Ramlah berkata, rata-ratanya, calon wanita yang berjaya untuk kerusi Parlimen dan DUN adalah

    pemimpin yang berpengalaman kerana sudah terbabit lama dalam arena politik.

    Mereka adalah pekerja setia, lebih-lebih lagi apabila mempunyai tanggungjawab lain sebagai ketua

    dalam sesebuah organisasi atau syarikat serta badan berkanun kerajaan, katanya.

    Beliau berkata, antara faktor kemenangan mereka juga bergantung kepada kawasan tertentu sekali

    gus sesebuah parti politik itu tidak bimbang meletakkan calon wanita sungguhpun, mereka muka

    baru.

    Kemenangan mereka bagaimanapun juga bergantung kepada sesuatu kawasan, nama dan keutuhan

    parti yang bertanding, katanya.

    Transformasi selepas PRU

    Sering kali apabila diberi mandat oleh masyarakat, calon wanita yang memenangi kerusi kawasan

    masing-masing akan terus bekerja lebih kuat mengikut kesesuaian parti.

    Ramlah berkata, calon wanita mudah dibentuk. Kebiasaannya, berdasarkan pengalaman yang

    ditonjolkan oleh beberapa wakil rakyat wanita yang pernah menjadi kenamaan dan tumpuan ramai

    sebelum ini seperti bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman; bekas Ketua Puteri, Datuk

    Noraini Ahmad dan beberapa lagi calon wanita yang menang. Mereka melaksanakan tugas lebih

    serius, fokus dan bersungguh-sungguh bermula di peringkat akar umbi lagi.

    Contohnya, Noraini, anak tempatan Parit Sulong, Johor dan pengalamannya meyakinkan masyarakat

    lantas dipilih sebagai calon mewakili kawasan mereka. Kredibiliti calon wanita yang menang selalunya

    begitu dikenali, malah bersih daripada segala tuduhan menyebabkan jumlah pengundinya tinggi dapat

    menewaskan calon wakil rakyat lelaki yang bertanding di kawasan sama, katanya.

    Secara psikologinya wanita dilihat mudah bergaul dengan masyarakat, mudah turun padang

    melakukan kerja dan memberi sokongan padu.

    Lazimnya, mereka bersungguh-sungguh memberi yang terbaik supaya masyarakat tidak kekok.

    Wanita lebih bersikap terbuka berbanding lelaki, lebih mudah menyelesaikan masalah dan layak

    menjadi pemimpin, katanya.

    Kredibiliti calon

    Ditanya mengenai adakah calon wanita yang memenangi PRU13 mampu kekal, Ramlah berkata,

  • http://emedia.com.my/

    calon tidak mungkin kekal dan akan berundur bagi memberi mandat kepada muka baru.

    Mungkin sama ada mereka sudah terlalu lama atau mahu berehat dan memberi peluang kepada muka

    baru. Ada yang bertahan lama dan sudah membuktikan kebolehan dalam memimpin, tetapi

    bergantung kepada pilihan rakyat, ada yang hilang kerusi apabi la kurang mendapat undi majoriti.

    Ia berlaku kepada pemimpin kanan seperti menteri besar walaupun mempunyai rekod cemerlang,

    tetapi kalah. Ia berlaku apabila ada pengundi yang `lepas geram' kerana mementingkan kawasan

    politik dan bukannya kredibiliti calon berkenaan, katanya.

    Justeru, pemimpin wanita perlu bekerja keras dan menunjukkan komitmen terhebat untuk

    memastikan dalam pilihan raya akan datang mereka kekal dalam barisannya.

    INFO

    Pemenang PRU-13

    * Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Noriah Kasnon

    mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Besar di Selangor dengan majoriti 399 undi.

    * Timbalan Menteri Kesihatan, yang juga Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

    berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Papar Sabah, yang dimenanginya pada PRU-12 (2008) dengan

    memperoleh 21,196 undi. Datuk Halimah Mohd Sadique (BN) juga mempertahankan kubu Parlimen

    Tenggara, Johor dengan memperoleh 25,698 undi menewaskan calon PAS Muhamad Said Jonit yang

    mendapat 8,502 undi.

    * Calon BN, Datuk Maznah Mazlan, menang kerusi Dewan Undangan Negeri Muadzam Shah, Pahang

    dengan memperoleh undi 10,639.

    * Calon PKR, Nurul Izzah Anwar mengekalkan kerusi Parlimen Lembah Pantai dengan majoriti 1,847

    undi.

  • http://emedia.com.my/

    Headline: Kemuncak Pilihan Raya

    Publication: BM

    Date of publication: May 12, 2013

    Section heading: Kembara

    Page number: 024

    KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum (PRU13) sudah diketahui. Tidak kira siapa menang atau siapa kalah,

    ini bukan masanya berdebat menuding jari kepada sesiapa saja.

    Tibalah masanya semua wakil rakyat yang diberi mandat dan kepercayaan oleh rakyat memulakan

    tugas meninjau hal ehwal dan masalah yang perlu diperbaiki selain keperluan lain penduduk di

    kawasan masing-masing.

    Imbas kembali kemuncak debaran menanti keputusan PRU13, Ahad lalu, jurugambar Kumpulan New

    Straits Times Berhad (NSTP) merakam pelbagai momen sepanjang hari bersejarah negara.

    Adib Rawi Yahya menyerlahkan komposisi warna terang iaitu kuning sebagai tarikan pegawai

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memeriksa sebahagian peti undi di Parlimen Shah Alam.

    Dakwat kekal pengundi awal berbeza warna berbanding pengundi biasa. Mengekalkan memori ketika

    melaksanakan undian awal dalam kalangan terpilih, Edmund Samunting menggunakan teknik closed-

    up secara wide-angle (sudut luas) bagi menunjukkan imej calitan pada jari pengundi awal.

    Penggunaan slow speed (kelajuan rendah) menggunakan tele atau lensa dari jauh berjaya

    merakamkan kegigihan petugas SPR membantu orang ramai berpayung di Sekolah Kebangsaan

    Pandan Perdana. Senario gambar dengan hujan mencurah lebat dirakam Mim Fadlizal Rozaiman.

    Sementara itu, Halim Mat Ali menggunakan teknik `backlight' ketika sebahagian 2,076 tentera dan 34

    pegawai beratur untuk mengundi awal di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tanjung

    Gelang, baru-baru ini. Gambaran bayangan menaikkan nilai kualiti gambar dihasilkan jurugambar.

    Adib Rawi sekali lagi menggunakan teknik pencahayaan semula jadi bagi menghasilkan sekeping

    gambar di pintu dewan utama Mess Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

    Biasan lampu kalimantang dan pencahayaan semula jadi mencipta kelainan pada gambar berkenaan.

    Asyraf Hamzah menggunakan tele menghantar mesej berbeza menerusi gambar momen sepandu

  • http://emedia.com.my/

    pada hari pembuangan undi awal di Mess Pegawai ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK), Selangor.

    Headline: Pengundi cenderung sistem dua parti

    Publication: BH

    Date of publication: May 9, 2013

    Section heading: Sentral

    Page number: 003

    Keputusan Pilihan Raya Umum Ke13 (PRU13) memperlihatkan pola pengundian dan kecenderungan

    masyarakat Johor kini lebih cenderung kepada sistem dua parti iaitu kerajaan dan pembangkang.

    Penganalisis Politik dan Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof Madya Dr Ismail

    Sualman, berkata berdasarkan pemerhatiannya, pengundi Johor tidak lagi menilai daripada segi

    pemilihan dan personaliti calon, tetapi lebih kepada parti.

    Melayu turut undi DAP

    Katanya, kemenangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang di Parlimen Gelang Patah adalah tamparan hebat

    dalam politik Johor, namun ia diatasi dengan Barisan Nasional (BN) mengekalkan majoriti dua pertiga

    apabila menguasai 38 daripada 56 kerusi DUN dipertandingkan.

    Jika diperhatikan, majoriti agak besar diperoleh Kit Siang membuktikan masyarakat Melayu sendiri

    menyokong dan memberi undi pada DAP.

    Beberapa nama besar yang tumbang juga menunjukkan Johor sedikit tergugat dengan pakatan

    pembangkang, namun rakyat sememangnya ada pilihan sekarang untuk mereka tentukan, katanya

    kepada BH di sini, semalam.

    Perlu bangkit

    Ismail berkata, pemimpin BN peringkat negeri juga perlu memandang serius perkara terbabit dengan

    melakukan sesuatu bagi menaikkan semula semangat pengundi untuk kembali menjadikan BN

    sebagai parti yang menjadi pilihan.

  • http://emedia.com.my/

    BN harus merangka strategi pemasaran politik yang lebih hebat mulai sekarang dan tidak lagi

    menunggu hingga saat akhir untuk melakukannya.

    Tindakan itu perlu jika mereka mahu mengelakkan pengundi beralih arah kepada doktrin dan persepsi

    yang dibawa pembangkang ke Johor, katanya.

    Headline: Fail petisyen jika tak puas hati keputusan PRU

    Publication: BH

    Date of publication: May 9, 2013

    Section heading: Main Section

    Page number: 020

    Putrajaya: Pihak yang tidak puas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) boleh

    memfailkan petisyen pilihan raya sebaik keputusannya diwartakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    Peguam Cara Negara II, Datuk Tun Majid Tun Hamzah, berkata petisyen itu perlu diselesaikan dalam

    tempoh enam bulan pada peringkat Mahkamah Tinggi dan sekiranya masih tidak berpuas hati, boleh

    memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

    Warta keputusan PRU-13

    Difahamkan, suruhanjaya itu dijangka mewartakan keputusan PRU-13 dalam tempoh dua minggu lagi.

    Buat masa sekarang, Pejabat Peguam Negara belum menerima sebarang petisyen pilihan raya kerana

    keputusan PRU13 belum diwartakan, katanya pada sidang media harian di lobi Pejabat Peguam

    Negara di sini, semalam.

    Dalam pada itu, Tun Majid berkata, dua orang akan didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan

    di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan, hari ini kerana dengan sengaja menyebabkan

    kecederaan ke atas seorang individu berkaitan PRU-13.

  • http://emedia.com.my/

    Headline: YB baru mula turun padang

    Publication: BH

    Date of publication: May 9, 2013

    Section heading: Main Section

    Page number: 012

    Byline / Author: Oleh Adha Ghazali, Nurhasyima Hasim dan Nordiana Shafiee

    Kuala Lumpur: Selepas sahaja 24 jam mengangkat sumpah atau diisytiharkan menang pada PRU-13

    Ahad lalu, Menteri Besar, Ketua Menteri, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terus

    turun padang untuk bertemu rakyat.

    Dalam semangat kemenangan dan berkhidmat untuk rakyat, mereka menghadiri majlis kesyukuran

    untuk berterima kasih kepada sokongan pengundi atau melawat musibah yang menimpa rakyat di

    kawasan masing-masing.

    Di Jitra, Kedah, kesedihan seorang wanita sedikit terubat apabila kediamannya di Taman Tunku

    Sarina, yang terbabit dalam kebakaran mendapat perhatian Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd

    Johari Baharum.

    Selain Mohd Johari, turut serta meninjau kediaman mangsa, Siti Aishah Shaik Yusoff, 42, ialah ADUN

    Jitra, Aminuddin Omar.

    Mohd Johari berkata, lawatan itu adalah yang pertama selepas beliau dipilih semula sebagai wakil

    rakyat sejurus memenangi PRU13.

    Selepas menerima berita kejadian itu, saya dan Aminuddin bergegas melawat mangsa. Saya

    difahamkan punca kebakaran bermula dari bilik tidur mangsa akibat pemasangan lilin pewangi yang

    diletakkan bersebelahan katilnya, katanya.

    Berikutan kejadian ini, Siti Aishah dilapor menanggung kerugian hampir RM70,000.

    Tinjauan mesra

    Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan pula membuat tinjauan mesra untuk bersalaman dengan

    pengundi di kawasan berkenaan terutama golongan muda untuk menyatakan terima kasih.

    Di Melaka, Ketua Menteri, Datuk Idris Haron, melepaskan konvoi sembilan wakil Persatuan Vespa

    Samudra Melaka yang menunggang skuter ke Makkah dalam usaha menyokong penyebaran dakwah

  • http://emedia.com.my/

    Islam bermula 15 Mei ini.

    Idris menganggap inisiatif persatuan terbabit sebagai kreatif kerana menggunakan skuter vespa untuk

    berkonvoi menggunakan jalan darat ke Makkah.

    Biasanya kita mendengar pihak menggunakan kenderaan empat roda untuk menjelajah sesuatu

    negara, namun usaha persatuan ini menggunakan kenderaan yang hampir ditelan zaman wajar dipuji.

    Peserta program itu berusia antara 20 tahun hingga 67 tahun termasuk dua wanita itu akan

    memulakan ekspedisi 12,000 kilometer berkenaan dari Chennai, India.

    Katanya, perjalanan ke Makkah melalui jalan darat itu akan merentasi enam negara termasuk India,

    Pakistan, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi sebelum tiba di Mekah dalam tempoh 50 hari.

    Tunai janji pilihan raya

    Di Jasin, Melaka, ADUN Serkam, Zaidi Attan, yang menang pada pilihan raya umum Ahad lalu, tidak

    mahu membuang masa apabila turut turun padang bertemu rakyat di kawasannya, semalam.

    Beliau bersama beberapa pemimpin setempat meninjau masalah sistem perparitan di Taman Datuk Ab

    Aziz Kampung Pulai selepas ia dibangkitkan ketika kempen pilihan raya lalu.

    Ini acara turun padang pertama saya sebaik menang PRU-13 Ahad lalu. Semua isu dan masalah ini

    dimaklumkan kepada saya ketika kempen tempoh hari dan saya sendiri sudah berjanji untuk

    membantu mereka, katanya .

    Di Jerlun, Kedah, lebih 500 warga Parlimen itu menjadi komuniti pertama dikunjungi Datuk Mukhriz

    Mahathir, selepas beliau mengangkat sumpah Menteri Besar, kelmarin.

    Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam, hadir ke perjumpaan itu dengan

    ditemani isteri, Datin Norzeita Zakaria, sempena majlis penyerahan bantuan kaca mata anjuran

    1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Wisma UMNO Jerlun.

    Hargai sokongan pengundi

    Selain Mukhriz, turut serta turun padang untuk berjumpa warga Jerlun sempena majlis itu ialah ADUN

    Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Sarif.

    Mukhriz mengakui memilih untuk menghadiri majlis terbabit sejurus mengangkat sumpah sebagai

  • http://emedia.com.my/

    Menteri Besar kerana mengenangkan sokongan warga Jerlun terhadap beliau sebelum ini, iaitu ketika

    bergelar Ahli Parlimen di situ.

    Headline: 31 calon Bebas, BERJASA hilang wang pertaruhan

    Publication: BH

    Date of publication: May 8, 2013

    Section heading: Sentral

    Page number: 008

    Byline / Author: Oleh Sarah Sulaiman

    Ipoh: Semua 31 calon Bebas dan BERJASA yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13)

    di Perak hilang wang pertaruhan masing-masing dengan jumlah keseluruhan RM190,000.

    Mereka kehilangan wang pertaruhan itu selepas mendapat undi kurang daripada satu per lapan atau

    kurang 12.5 peratus daripada keseluruhan undi membabitkan tujuh Parlimen dan 24 Dewan Undangan

    Negeri (DUN).

    Antara calon Parlimen yang kehilangan wang pertaruhan sebanyak RM10,000 setiap seorang termasuk

    calon kontroversi, bekas Naib Ketua Wanita UMNO di Kuala Kangsar, Datuk Kamilia Ibrahim yang

    hanya memperoleh 447 undi; M Ravendran (Larut-278), Abdul Latif Masud (Bagan Serai-329), S

    Nagalingam (Sungai Siput-197), Kalwant Singh (Ipoh Barat-225), Ridzuan Bani (Tapah-337) dan K

    Moralingam (Teluk Intan-279).

    Hilang RM5,000

    Bagi calon DUN yang kehilangan wang pertaruhan sebanyak RM5,000 setiap seorang termasuk

    Shamsul Amir Ramly di Along Pongsu dengan 105 undian, Halidi Wahab (Gunung Semanggol-71),

    Sulaiman Zakariya (Hulu Kinta-250), S Kalimuthu (Jalong-1,303), Yew Tian Hoe (Aulong-225), Mohd

    Yusof Abdul Hamid (Pokok Assam-192), Zulkefli Ibrahim (Changkat Jering-84) dan R Kalimuthu

    (Bercham-93).

    Di Buntong, A Iruthiyam dan Mohd Basri Shafie turut hilang wang deposit selepas kedua-dua mereka

    masing-masing memperoleh 261 dan 127 undi, Jahiddin Isa (Bukit Chandan-55), Ahmad Nizam

    Ibrahim (Pengkalan Baharu-98), M Kathiravan (Ayer Kuning-297), Mior Azman Mior Haris (Sungai

  • http://emedia.com.my/

    Rapat-333), Syed Mohamed Syed Ali (Tualang Sekah-400).

    Mat Sidi Hashim (Hutan Melintang-413), K Suppan (Changkat Jong-269), Datuk R Moses (Slim-200),

    Kamal Badri Tak M Zainudin (Behrang-358), S Ramnaidu (Behrang-341) dan Bernard Parenpa John

    Parenpa (Pangkor-51).

    Kedua-dua calon BERJASA iaitu calon DUN Kuala Sepetang, Zainal Abidin Abdul Rahman dan calon

    DUN Hutan Melintang, Azhari Abdullah juga kehilangan wang deposit selepas gagal dengan masing-

    masing hanya mendapat 430 dan 353 undi.

    Sementara itu, Kalimuthu yang bertanding di DUN Jalong memperoleh undian paling tinggi dalam

    kalangan calon Bebas iaitu sebanyak 1,303 manakala Bernard Parenpa paling sedikit iaitu 51 undi.

    Headline: PRU-13 tentu haluan pasaran

    Publication: BH

    Date of publication: May 6, 2013

    Section heading: Main Section

    Page number: 041

    Byline / Author: Oleh Kaladher Govindan

    LANGKAH pelabur untuk mengurangkan pegangan saham menjelang hari mengundi, menyaksikan

    penanda aras pasaran, FTSE Bursa Malaysia Composite Index (FBM KLCI) ditutup lebih rendah.

    FBM KLCI kehilangan 16.52 mata, atau 0.97 peratus minggu lalu untuk ditutup pada 1,697.77,

    dengan Axiata susut 19 sen, CIMB (16 sen), Genting Bhd (33 sen) dan Sime Darby (8 sen)

    menyumbang kepada kira-kira 60 peratus kejatuhan indeks.

    Purata dagangan harian meningkat sederhana kepada 809.1 juta saham bernilai RM1.99 bilion,

    berbanding 759.9 juta saham bernilai RM1.64 bilion minggu sebelumnya, berikutan momentum jualan

    ke atas saham mewah meningkat ketara.

    Meningkat jika BN menang

    Hala tuju pasaran minggu ini secara umumnya bergantung kepada keputusan Pilihanraya Umum Ke13

    (PRU13), yang sedang berlangsung ketika artikel ini ditulis.

  • http://emedia.com.my/

    Kemenangan padu Barisan Nasional (BN) akan memacu indeks penanda aras ke paras tertinggi baru

    dengan syarikat berkaitan kerajaan menerajui kenaikan.

    Sebagai tambahan, jika BN berjaya menawan Selangor ia akan meningkatkan saham syarikat bekalan

    air.

    Dalam kes itu, sasaran indeks adalah 1,780 berdasarkan 14.5x CY14 PER berkemungkinan dicapai

    minggu ini.

    Pantau permainan bertahan, kerana ia berkemungkinan berlaku apabila berlaku tekanan jualan.

    Secara umum, kebanyakan pemain minyak dan gas, pembinaan serta hartanah akan meraih manfaat.

    Berikutan kebanyakan bank masih di bawah nilai, mereka akan menerajui rali.

    Sungguhpun bersifat bertahan, saham pengeluar sarung tangan getah dilihat masih utuh berikutan

    pertumbuhan mantapnya.

    Jika BN hanya mampu mengekalkan majoriti mudah yang selesa, kita akan menyaksikan FBM KLCI

    menguji paras tertinggi minggu ini tetapi kenaikan turut bergantung kepada apa tindakan berikutnya

    dalam pemilihan kepemimpinan UMNO nanti.

    Kemenangan lemah akan mewujudkan banyak ketidaktentuan kerana Parlimen yang tergantung

    menambahkan kebimbangan berlaku lompat parti dan mencetuskan pergolakan.

    Ini akan menjurus kepada kelewatan pelaksanaan projek pertumbuhan sedia ada dan reformasi

    ekonomi.

    Jumaat lalu pembetulan mendadak mencetuskan isyarat jual, sekali gus mencadangkan kemungkinan

    besar berlaku pembetulan lanjut minggu ini.

    Sebagai kesimpulan, bergantung kepada keputusan PRU13, pelabur harus bersedia naik turun

    pasaran ekstrim minggu ini, dengan kemungkinan berlaku penggantungan pasaran saham sekiranya

    pembangkang menang.

    Peluang beli saham

    Bagaimanapun, anda disyorkan supaya melihat pembetulan ini sebagai peluang baik untuk membeli

    kerana saham akan pulih juga kemudian.

  • http://emedia.com.my/

    Jika BN menang majoriti mudah, indeks akan melantun ke rekod tertinggi baru-baru ini, tetapi aktiviti

    pengambilan untung adalah dijangkakan.

    Pelabur harus melihat sokongan penjejakan pada 1,658, mewakili 23.6 peratus Penjejakan Semula

    Fibonacci (FR) rendah 1,526 pada Mei 2012 kepada 1,699 rekod tertinggi Januari 2013, disusuli

    sokongan pergerakan purata 200 hari pada 1,650.

    (END)

    Headline: Hormati keputusan PRU13: Adnan

    Publication: BH

    Date of publication: May 7, 2013

    Section heading: Main Section

    Page number: 036

    Kuantan: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob percaya keputusan

    Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah suara sebenar rakyat dan meminta semua parti

    bertanding menghormati keputusan berkenaan.

    Beliau berkata, berdasarkan keputusan kali ini, pihaknya mendapati sokongan masyarakat Cina

    menurun dan kebanyakan kerusi ditandingi MCA tewas berikutan pengundi Cina memberi undi kepada

    DAP, manakala Melayu pula memberi undi kepada PAS.

    Semua ini (prestasi BN) akan kita teliti ...begitu juga dengan proses penubuhan kerajaan negeri yang

    akan kita putuskan kemudian, katanya di sini, semalam.

    Adnan berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai bagi tempoh tujuh

    penggal berturut-turut dengan majoriti 2,475 undi, menewaskan calon PAS, Abdul Hamid Bahatim.

    Kecewa prestasi parti

    Timbalan Presiden MCA merangkap Pengerusi MCA Pahang, Datuk Seri Liow Tiong Lai pula kecewa

    dengan prestasi parti berkenaan, namun berharap dapat memperbaikinya pada PRU akan datang.

    Beliau yang menang tipis di kerusi Parlimen Bentong dengan majoriti 379 undi selepas menewaskan

  • http://emedia.com.my/

    calon DAP, Wong Tack, berjanji akan terus memberi perkhidmatan terbaik di kawasan itu.

    Walaupun majoriti kecil tetapi ia bukti pengundi masih menaruh kepercayaan kepada MCA dan BN.

    Jadi saya akan menjalankan amanah ini dengan baik untuk semua.

    Semua agenda pembangunan dirancang sebelum ini akan diteruskan dan dipastikan berjalan lancar.

    DAP menggunakan pelbagai taktik dan memainkan isu sensitif sepanjang tempoh berkempen yang

    akhirnya memberi kesan terhadap sokongan rakyat kepada BN.

    MCA akan menjalankan bedah siasat dalam masa terdekat bagi mengenalpasti kelemahan kita,

    katanya.

    Sementara itu, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Inderapura, Datuk Shafik Fauzan

    Sharif yang menjadi satunya-satunya calon BN terselamat daripada penolakan pengundi bukan Melayu

    kepada BN di bandar ini, bersyukur kerana mampu mempertahankan kerusi berkenaan.

    Simpati pengundi

    Shafik Fauzan berkata, kemenangan itu dilihatnya sebagai simpati pengundi terhadapnya.

    Saya dan pengundi saling mengenali, malah sebelum ini, selalu mengingatkan pengundi bahawa saya

    bukan hero seperti 'Superman' atau 'Spiderman' yang mampu menolong setiap masa kerana saya

    juga manusia biasa yang ada salah silap, katanya.

  • http://emedia.com.my/

    Headline: Bukan populariti

    Publication: HM

    Date of publication: May 7, 2013

    Section heading: Main Section

    Page number: 032

    Byline / Author: Oleh Elrafaei Sapi

    Kuala Lumpur: Artis yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya umum (PRU) seharusnya mempunyai

    kredibiliti tinggi sebagai calon tanpa bergantung pada aspek populariti semata-mata.

    Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Profesor Madya

    A Razak Mohaideen berkata, pengaruh artis cukup besar dalam kalangan masyarakat tetapi kredibiliti

    sebagai calon perlu diberi fokus agar tidak dipertikai.

    Sepatutnya artis yang ingin bertanding perlu mempunyai kemampuan diri sebagai pemimpin. Mereka

    tidak hanya menjadi pengikut pada sesebuah parti politik saja, katanya ketika dihubungi, semalam.

    Menurutnya, sudah tiba masanya setiap parti politik di negara ini memikirkan kuota untuk artis

    bertanding pada PRU akan datang.

    Calon artis ini bukan sekadar tangkap muat. Kita sebenarnya mempunyai ramai artis yang

    berpendidikan tinggi dan berkebolehan menjadi calon, katanya.

    Razak berkata, golongan artis memainkan peranan penting dalam menunjukkan sokongan pada parti

    politik. Namun, aspek populariti artis turut membantu.

    Ketika ini, golongan muda yang keluar mengundi lebih cenderung melihat keadaan semasa

    berkempen. Malah, kehadiran artis membantu kempen turut menaikkan sokongan dan undi, katanya.

    Razak mengulas tiga artis iaitu penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin, Dayangku Intan dan Herman Tino

    yang bertanding pada PRU ke-13 tetapi semuanya tewas.

    Penyanyi program realiti Mentor, Kat pula berkata, penyertaan artis dalam PRU13 kali ini memberi

    percubaan terbaik. Malah, Aishah yang mendapat 22,495 undi menunjukkan adanya sokongan.

    Kat atau nama sebenar, Siti Khatijah Hassan, 26, balik mengundi di Kulim, Kedah menyatakan artis

    yang mempunyai peminat memberikan kelebihan untuk meraih undi. Dia juga gembira dengan

    pencapaian tiga artis ini dan menasihati mereka tidak putus asa.

  • http://emedia.com.my/

    Headline: Perlis kekal kubu BN

    Publication: HM

    Date of publication: May 6, 2013

    Section heading: Main Section

    Page number: 008

    Kangar: Perlis kekal menjadi kubu Barisan Nasional (BN), selepas berjaya membentuk kerajaan negeri

    dengan memperoleh majoriti lebih dua pertiga selepas menang 13 daripada 15 kerusi Dewan

    Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), semalam.

    Bagaimanapun, BN hilang kerusi DUN Indera Kayangan dan gagal menawan kerusi DUN Sanglang

    yang kekal milik pakatan pembangkang, tetapi dapat merampas kembali kerusi DUN Simpang Empat.

    Manakala, kerusi tumpuan di Parlimen Arau juga menyaksikan BN menang mudah apabila calonnya

    Datuk Seri Shahidan Kassim mengalahkan calon PAS, Datuk Haron Din dengan majoriti 1,371 undi.

    Calon BN di DUN Sanglang, Dr Fathul Bari Mat Jahya, tewas tipis dengan majoriti 121 undi selepas

    memperoleh 3,511 undi menentang calon PAS, Mohd Shukri Ramli yang memperoleh 3,632 undi.

    PAS berjaya pertahankan Sanglang dan PKR berjaya merampas kerusi DUN Indera Kayangan daripada

    BN.

    Calon PKR di DUN Indera Kayangan, Chan Ming Khai, memperoleh 4263 undi dan calon BN, Phor Choo

    Chor, 3171 undi dengan kemenangan majoriti 1,092.

    Shahidan menyifatkan kemenangan itu sebagai bukti kepercayaan rakyat terhadap kemampuan BN

    mentadbir Perlis dan tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang.

    Kita akan meneruskan program pembangunan seperti dijanjikan. Kita bersyukur kerana rakyat negeri

    ini terus memberi mandat besar kepada BN untuk memimpin Perlis. Bagi pihak BN, saya merakamkan

    setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengundi di Perlis yang memilih BN pada

    pilihan raya kali ini, katanya.

  • http://emedia.com.my/

    Headline: BN dapat mandat di Perak

    Publication: HM

    Date of publication: May 6, 2013

    Section heading: Main Section

    Page number: 008

    Ipoh: Tepat jam 1 pagi tadi, Barisan Nasional (BN) Perak membuktikan mereka paling 'layak' untuk

    memerintah negeri ini selepas diberi mandat oleh rakyat apabila memenangi 30 daripada 59 kerusi

    Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kali

    ini.

    Keputusan itu sekali gus menafikan tanggapan dibuat pemimpin pembangkang Pengerusi Barisan

    Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, tidak layak bergelar Menteri Besar kerana

    didakwa merampas kuasa pada PRU-12 lalu.

    Kerusi ke-30 diraih DUN Chenderiang yang dimenangi satu-satunya calon MCA dalam PRU-13 di

    negeri ini iaitu Datuk Dr Mah Hang Soon.

    Pada jam 1 pagi itu, BN Perak sudah mencapai kejayaan 30 kerusi DUN daripada 59 kerusi DUN Perak

    yang dipertandingkan.

    Bagi pakatan pembangkang pula DAP menang di 18 kerusi, PAS 4 dan PKR 3.

    Keseluruhannya, pencapaian BN lebih baik berbanding PRU 2008 di mana BN hanya menang di 28

    kerusi DUN berbanding pakatan pembangkang 31 kerusi pada ketika itu.

    Zambry berjaya mengekalkan kerusi DUN Pangkor dengan majoriti 5,124 undi dalam pertembungan

    tiga penjuru apabila memperoleh 12,291 undi, berbanding Mohd Saifullah Mohd Zulkifli (PKR) (7,167

    undi) dan J Bernard Parenpa (Bebas) (51 undi).

    Tiga Menteri Kabinet yang mengekalkan kerusi mereka adalah Menteri Pertahanan yang juga Naib

    Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datoh); Menteri Kewangan Kedua yang

    juga Timbalan Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Tambun) dan Menteri di

    Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Padang Rengas).

  • http://emedia.com.my/

    Headline: Our first `social media election'

    Publication: NSUNT

    Date of publication: May 5, 2013

    Section heading: Main Section

    Page number: 016

    Byline / Author: By Tan Choe Choe

    KUALA LUMPUR: IT is clear from any account that both the coalitions, Barisan Nasional (BN) and

    Pakatan, have gone all out in trying to engage and interact with the people online.

    In February, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak himself described this general election as

    Malaysia's first social media election as politicians from both sides of the divide had gone online to

    communicate with the people.

    Of course, it will not be the biggest factor in the election, but it is certainly increasing the tempo of

    political debate and bringing more voices into it, he said at the launch of the Malaysia Social Media

    Week 2013 summit then.

    Indeed, like it or not, and whether one is politically apathetic or otherwise, political messages and

    propaganda have made their way to more and more Malaysians' daily conversations, status posts or

    comments online, thanks to the immeasurably wide reach of the various social media that have been

    used by both the BN and PR election machinery.

    Social media now is significantly much more important than it was in 2008. It has moved beyond

    gleaning additional information from blogs and into Facebook, YouTube and Twitter now as a lot of

    voters are from the younger generation who are very comfortable using this type of media, said Dr

    Adrian Budiman, senior lecturer at the School of Multimedia Technology and Communications at

    Universiti Utara Malaysia.

    Social media strategist David Lian put it succinctly when he said there had been a clear paradigm shift

    in the way the electorate was being wooed.

    As much importance as both coalitions' machinery has dedicated to this platform, is it 'the one which

    will determine who will win? Will gaining an edge online translate to votes?

    It is very hard to say but unlike the static media, you would see that mistakes are much more

    magnified with the use of social media.

  • http://emedia.com.my/

    A small issue like can get magnified a 100-fold when it comes to social media.

    Similarly, a very small incident which would have remained relatively unknown previously could easily

    explode online and affect judgments, said Adrian.

    So it is not a media to be used without care.

    I think people are saying that BN right now is winning on the traditional media platform, while PR is

    winning on the social media platform. I disagree with that because I think BN is also doing a fair job

    online, said Adrian.

    Citing the previous presidential election in the US when Barack Obama had an account in almost every

    social media site to engage with the voters, he said Najib was also clearly engaging people actively

    through Twitter and Facebook.

    You can see that he's engaging voters and potential voters and he has much more likes and followers

    than the opposition (leaders). But some people will say what's important in social media is not how

    many people are liking or following you, but how many of your posts are actually being shared and

    passed along to other people.

    Still, having a lot more being shared doesn't mean he is dominating the social media realm, said

    Adrian.

    In other words, common indicators like how many likes, views, comments or even shares cannot be

    completely relied on to gauge whether someone or something is popular and well-liked because some

    people or things can be popular for totally negative reasons.

    There are too many variables to be considered, added Adrian.

    While it's hard to conclusively determine who exactly has the winning edge online, Dr Julian Hopkins,

    communications lecturer at Monash University here, pointed out that one important impact from the

    use of social media this general election was that more people were now exposed to more types of

    information than before.

    Even if it's someone who's not really interested in politics themselves, they will see on their timeline

    on Facebook or Twitter, or one of their friends will say something, so they'll still be exposed to some

    information in some ways than before.

    And unlike in the previous election, people are no longer as trusting as they used to be about what

  • http://emedia.com.my/

    they see online.

    Yes, there is more paranoia now. It comes back to how people are being more educated and more

    skilled and savvy from their experience online.

    Social media has been here long enough that people know that knowing the source is a very important

    way to determine whether one piece of news is true or not, said Adrian.

    During the 2012 US presidential election, news reports revealed that over 100,000 photographs were

    taken with the photo-sharing mobile application, Instagram.

    One day before polling day, over 25,500 photos have been tagged with #PRU13 on Instagram, while

    over 12,000 photos were tagged under a related hashtag, #GE13, in the country.

    Despite the fascination of Malaysians with social media - from Facebook to now Instagram -

    interestingly, despite his vocation, Lian felt that for all the mass reach that social media gave, nothing

    was more effective than speaking to an audience face-to-face.

    I've attended talks by candidates, nothing helps inform my vote better than hearing a candidate speak

    about what he or she stands for and knowing they care enough about the subject through the passion

    in their voice.

    In his estimation, both BN and PR have used similar tactics online, but what he would like to see

    instead were more open letters discussing issues and less rumour-mongering and smearing.

  • http://emedia.com.my/

    Headline: Melayu paling ramai atas pagar

    Publication: HM

    Date of publication: May 4, 2013

    Section heading: Supplement

    Page number: 007

    Byline / Author: Oleh Dr Rosmadi Fauzi

    Musim Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sudah pasti satu tempoh sibuk bukan saja buat calon dan

    ahli parti yang bertanding, malah dialami penganalisis dan pengkaji, terutama dalam bidang politik.

    Mencerap data di lapangan juga menjadi satu rutin utama kepada pengkaji dan penganalisis dalam

    memastikan data yang diproses kelak akan memberikan keputusan jitu.

    Ketika turun ke lapangan baru-baru ini di pantai timur, saya turut mengambil kesempatan bertanya,

    apakah itu geografi?

    Rata-rata mereka menjawab berkenaan cuaca, pokok dan alam sekitar. Saya hanya tersenyum

    mendengar jawapan itu.

    Ya, memang benar semua jawapan itu betul, tetapi makna geografi lebih luas daripada itu.

    Geografi sebenarnya memberi pandangan asas mengenai kehidupan dan cara manusia

    mengorganisasikan ruang. Dalam ruang pula terkandung kepelbagaian seperti alam semula jadi,

    budaya, sejarah, politik, ekonomi serta penduduk.

    Rancangan dokumentari National Geographic di kaca TV serta majalahnya, membuktikan geografi satu

    bidang ilmu yang sangat penting.

    Jika tidak, mustahil rancangan ini masih kekal bertahan dan mendapat sambutan. Malah, ilmu

    geografi dalam saluran TV ini memberi inspirasi kepada penonton melalui persoalan, apa yang kita

    tahu, bagaimana kita melihat dunia dan apa mendorong kita ke hadapan.

    Berbalik kepada perbincangan asal PRU-13, ilmu geografi yang berperanan di sini adalah konsep

    ruang atau kawasan.

    Setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen, di dalamnya mempunyai kepelbagaian

    dari aspek pemikiran rakyat dan membuat keputusan politik.

  • http://emedia.com.my/

    Walaupun soalan yang ditanya sama, tetapi di lokasi berbeza, kita dapati terdapat kepelbagaian

    berpendapat dalam memberikan jawapan.

    Parlimen Shah Alam dan Parlimen Kota Bharu, kedua-duanya bertaraf ibu negeri, tetapi mempunyai

    cita rasa pengundi berbeza. Inilah konsep ruang dalam geografi.

    Seharusnya faktor geografi diambil kira pengkaji politik dan menjadi ia satu parameter dalam

    membuat ramalan undi. Ini kerana jika kita lihat sebenarnya ramai pengkaji mempunyai masalah

    kejituan apabila membuat ramalan.

    Mereka lazimnya menggunakan model sama bagi setiap kawasan berbeza untuk membuat ramalan,

    sedangkan sosio politik rakyat berbeza mengikut lokasi geografi.

    Situasi ini samalah seperti menganggap setiap kawasan mempunyai faktor ruang dan kepelbagaian

    yang sama taraf.

    Selain itu, kerusi ditandingi dalam PRU-13 berasaskan geografi. Apa maknanya? Kita dapat lihat

    lazimnya, pilihan raya dan perwakilan nasional, DUN dan Parlimen berdasarkan unit geografi iaitu

    perwakilan berdasarkan kependudukan dan taburan kependudukan mengikut sempadan.

    Kemenangan atau keputusan undi juga berasaskan kepada jumlah kerusi diwakili sempadan dan

    ruang. Sempadan pentadbiran politik dan sempadan pilihan raya biasanya menggunakan gabungan

    mukim serta daerah tempatan sebagai asas kepada representatif yang terpilih mewakili parti politik

    pada peringkat DUN dan peringkat Parlimen. Ini geografi! Yakni konsep ruang dan sempadan.

    Mungkin sebelum ini rata-rata penganalisis apabila mengkaji politik lebih melihat mengenai jumlah

    calon yang bertanding dan tidak mengambil kira elemen geografi, tetapi di sini saya ingin membawa