his bah

Upload: mohd-puaad

Post on 07-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 His Bah

    1/6

    PENDAHULUAN

    Institusi hisbah merupakan satu bentuk institusi yang terkenal dan pernah diamalkan semasa

    zaman permulaan Islam satu ketika dahulu. Meskipun istilah hisbah ini mungkin jarang didengar

    dan digunapakai secara meluas, namun tanpa disedari pengamalannya telah pun dilaksanakan di

    Malaysia tanpa kita sedari. Cuma kaedah perlaksanaannya sahaja yang mungkin berbeza sedikit

    berbanding ketika ianya mula diamalkan dahulu. Penulisan ini akan memberi penjelasan ringkas

    berkaitan konsep hisbah serta perlaksanaannya di Malaysia kini.

    TAKRIFAN HISBAH

    Dalam meneliti takrifan hisbah , penulis akan mengungkai pentakrifannya berdasarkan kepada

    bahasa dan juga istilah. Dari segi bahasa, Ibn Manzur dalam kitab Lisan al-Arab memberi

    pengertian hisbah merupakan kata terbitan ( masdar ) daripada ihtisabika al-ala Allah yang

    membawa maksud mengharapkan ganjaran pahala daripada Allah. Di dalam kitab Muhadarah

    Fi Nizam Al-Qada Fi Al-Islam menjelaskan hisbah bermakna ihtisab iaitu meneliti, mentadbir,

    melihat, mencegah atau menahan seperti mencegah seseorang daripada melakukan kemungkaran

    atau mendapat balasan seperti seseorang melakukan kebaikan untuk mendapat balasan daripada

    Allah. Takrifan ini turut digunapakai oleh Ibn Manzur dalam Lisan al-Arab namun ianya turut

    dikaitkan dengan makna sangkaan ( zan ).

    Dari segi istilah pula, al-Mawardi dalam kitab beliau yang terkenal al-Ahkam al-Sultaniyyah

    menjelaskan hisbah ialah melaksanakan tugas keagamaan iaitu menyeru melakukan maaruf

    (kebaikan) yang jelas jika ternyata meninggalkan dan mencegah melakukan kemungkaran yang

    jelas jika ternyata dilakukan. Al-Ghazali dalam Ihya Ulum ad-Din berpandangan hisbah sebagai

    satu gambaran yang lengkap dan menyeluruh tentang perintah melakukan maaruf dan mencegah

    mungkar. Pandangan ini semua merupakan pandangan daripada ulama dan ilmuwan silam.

    Bagi pandangan ulama serta ilmuwan moden pula, mereka lebih melihat hisbah sebagai

    satu bentuk institusi di mana perlaksanaannya adalah di bawah satu badan atau institusi tertentu.

    Muhamad bin Abdul Qadir al-Mubarak sebagai contoh menyatakan hisbah ialah satu badan

    pengawasan yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengawasi kegiatan individu di dalam perkara

    yang berkaitan dengan akhlak, agama dan ekonomi (kehidupan sosial secara umumnya) dengan

  • 8/6/2019 His Bah

    2/6

    tujuan mengekalkan keadilan dan kemuliaan sebagaimana yang dianjurkan oleh syariat Islam

    dan bersesuaian pula dengan suasana persekitaran dan masa. Pandangan ini lebih khusus

    berbanding pandangan ulama silam yang lebih umum di mana mereka tidak meletakkan

    perlaksanaan hisbah di bawah satu badan atau institusi.

    DALIL DAN HUKUM HISBAH

    Terdapat banyak dalil syarak sama ada daripada Al-Quran, al-Sunnah, Ijma, Qias dan

    sebagainya yang menerangkan berkaitan konsep hisbah . Antara dalil yang masyhur ialah seperti

    berikut:

    1. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Imran ayat 104 yang bermaksud Dan hendaklah

    ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan(mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, sertamelarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya

    2. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Imran ayat 110 yang bermaksud Kamu (Wahaiumat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada

    Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) ituberiman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka.(Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang

    Yang fasik3. Sabda Rasullulah S.A.W yang bermaksud Sesiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran,hendaklah dia mengubahnya (mencegah dan menghentikannya) dengantangannya.Jika dia tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya.Jika dia masih tidak mampu (maka ubahlah) dengan hatinya (dengan membencinya), yang sedemikian adalah

    selemah-lemah iman[MUSLIM]

    Terdapat banyak lagi dalil lain yang terdapat daripada Al-Quran, Hadith dan juga Ijma

    yang menyokong pensyariatan hisbah. Kesemua dalil tersebut secara jelas menunjukkan hisbah

    merupakan satu kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam. Persoalannya kini adakah

    kewajipan melaksanakan hisbah itu merupakan satu suruhan wajib aini (fardhu ain) atau sekadar wajib kifaie (fardhu kifayah)? Jika diperhatikan berdasarkan penafsiran ayat al-Quran di dalam

    Surah Al-Imran ayat 104 secara jelas bahawa seruan kepada kebaikan, menyuruh melakukan

    maruf dan mencegah mungkar ini hanya melibatkan sebahagian umat Islam sahaja. Dengan itu,

  • 8/6/2019 His Bah

    3/6

    ia merupakan wajib kifaie di mana apabila dilakukan oleh seseorang atau sebahagian sahaja

    daripada anggota masyarakat maka gugurlah kewajipan dan dosa anggota masyarakat tersebut.

    Walaubagaimanapun, hukum asal wajib kifaie ini boleh bertukar kepada wajib aini

    berdasarkan keadaan berikut:

    1. Apabila kemungkaran hanya diketahui oleh orang tertentu maka dia ketika itu wajibmelakukan hisbah. Ini kerana wajib kifaie tidak akan tertegak kecuali melaluinya

    2. Apabila kemungkaran itu tidak dapat dicegah kecuali oleh orang yang tertentu. Misalnyaseperti sekiranya kemungkaran itu berlaku dikalangan tokoh dan pemimpin dan rakyat

    biasa tidak boleh mencegahnya, maka ketika itu orang yang mampu melakukan hisbahkepadanya wajib melaksanakannya.

    3. Hisbah menjadi wajib aini bagi orang yan dilantik dan diberi kekuasaan oleh Allah untuk menguruskan kaum muslimin. Ini juga meliputi mereka yang telah diberi tanggungjawab

    oleh pemimpin negara untuk melaksanakan hisbah di kalangan masyarakat.

    Jelaslah di sini bahawa walaupun hukum asal hisbah itu adalah wajib kifaie namun ianya

    adalah bersifat fleksibel dan boleh berubah kepada hukum lain. Kita perlu sentiasa bijak dalam

    menilai setiap hukum itu supaya sentiasa fleksibel dan sesuai dengan keadaan, kemampuan

    pelaku hisbah dan bentuk kesalahan yang dilakukan.

    SEJARAH PERKEMBANGAN HISBAH

    Amalan hisbah telah lahir dan berkembang semenjak zaman awal kemunculan Islam itu lagi iaitu pada zaman Rasullulah S.A.W atau lebih tepat ketika tertubuhnya kerajaan Islam di Madinah.

    Pada waktu tersebut, gelaran untuk mereka yang menjalankan hisbah ialah petugas pasar ( al-

    amil ala al-suq ) atau penyelias pasar ( sahib al-suq ) yang bertanggungjawab menyelia dan

    mengawasi perjalanan perniagaan dan menentukan timbangan dan sukatan dalam urusniaga.

    Sebagai contoh, Baginda telah melantik Said bin Said bin al-As sebagai penyelia pasar di kota

    Mekah, sementara di kota Madinah pula beliau telah melantik Saidina Umar al-Khatab sebagai

    penyelianya.

    Selepas kewafatan Rasullullah S.A.W tugas menjalankan hisbah ini diteruskan lagi oleh

    Khalifah Rasyidin. Terdapat riwayat menyatakan bahawa saidina Umar al-Khatab pernah

    memukul pemilik binatang yang membawa muatan yang berlebihan sehingga menyiksa binatang

    tersebut. Malah beliau juga mengawasi kegiatan perniagaan di pasar dan memukul penjual yang

  • 8/6/2019 His Bah

    4/6

    menjual di kaki lima jalan sehingga mengganggu lalulintas dan beliau juga pernah mencurahkan

    susu yang bercampur dengan air. Saidina Uthman pula memberi perhatian dengan mengawasi

    kemudahan awam dan pasar-pasar. Manakala saidina Ali Abi Thalib pula meninjau keadaan

    pasar dan menasihati penjual supaya sentiasa bertaqwa kepada Allah, memperelokkan urusan

    jual beli dan mencukupkan timbangan dan sukatan. Selain itu beliau juga membakar rumah-

    rumah yang menjual arak.

    Ketika zaman kerajaan Umayyah, institusi hisbah semakin berkembang selaras dengan tuntutan

    masyarakat ketika itu dan berkembangnya jajahan takluk Islam. Tugas menjalankan hisbah

    ketika itu masih lagi dipegang oleh pemerintah. Namun terdapat juga pembantu-pembantu yang

    dilantik bagi membantu penyeliaan pasar-pasar dan menawasi moral masyarakat. Malah pada

    zaman akhir pemerintahan Umayyah, panggilan muhtasib telah digunakan bagi menggantikan panggilan petugas di pasar ( al-amil al-suq ) atau penyelia pasar ( sahib al-suq ).

    Semasa pemerintahan kerajaan Abbasiyyah pula, institusi hisbah telah diasingkan daripada

    institusi lain dan ini memberi ruang kepada muhtasib untuk mentadbir insitusi ini secara penuh

    sambil dibantu oleh pembantu yang dikenali sebagai arif dan amin.

    Zaman Fatimiyyah pula menyaksikan instistusi hisbah begitu ketara sekali peranannya sebagai

    penguatkuasa peraturan dan undang-undang. Muhtasib bukan sahaja bertanggungjawabmemeriksa di pasar dan menentukan sukatan yang betul, malah juga bertugas memastikan

    pemandu kenderaan pengangkutan seperti kereta kuda dan keldai tidak membawa muatan

    berlebihan. Muhtasib juga bertugas mengawasi akhlak masyarakat supaya sentiasa terjaga dan

    memastikan setiap orang berpakaian sopan. Bidang kuasa muhtasib semakin berkembang dan

    meluas sehingga pasukan polis dibentuk untuk melaksanakan arahan dan hukumannya.

    INSTITUSI HISBAH KONTEKS SEMASA DI MALAYSIA

    Dapat diperhatikan hasil perbincangan sebelum ini, didapati pelaksanaan hisbah itu pada zaman

    permulaan Islam hanyalah tertumpu kepada tanggungjawab pemerintah untuk memantau dan

    melakukan rondaan di pasar-pasar dan lebih melibatkan soal timbangan serta sukatan atau secara

    mudah hisbah hanya tertumpu kepada pengawalan daripada aspek jual beli sahaja. Kemudian

    konsep hisbah telah mula berubah dengan ketara sejak kerajaan Abasiyyah dengan peranannya

  • 8/6/2019 His Bah

    5/6

    telah dibentuk dibawah satu institusi yang khusus. Malah bidang kuasanya telah lebih

    berkembang dengan tanggungjawab yang lebih besar iaitu untuk menegakkan undang-undang

    dan memelihara moral rakyat.

    Oleh sebab keadaan masa dan suasana telah berubah, negara Islam umumnya tidak lagi

    menggunakan istilah muhtasib atau hisbah bagi institusi yang ditugaskan untuk memastikan

    rakyat mematuhi peraturan dan undang-undang, tetapi mereka mula menggunakan istilah seperti

    shurtah atau polis. Di Malaysia, meskipun istilah hisbah tidak digunapakai, namun dari segi

    perlaksanaannya sudahpun menepati konsep sebenar hisbah itu sendiri. Pihak yang

    bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang dan memelihara keamanan di Malaysia

    ialah Polis di-Raja Malaysia. Ianya melibatkan segala yang terkandung di bawah peruntukan

    yang digubal oleh Parlimen seperti yang terdapat di dalam Kanun Keseksaan. Peranan pihak polis adalah melibatkan di peringkat persekutuan. Di peringkat negeri pula ia dijalankan oleh

    Jabatan Agama Islam di setiap negeri. Setiap Jabatan Agama pula menubuhkan bahagian

    penguatkuasaan yang berbidangkuasa melaksanakan tugas berdasarkan Enakmen atau Akta

    Kesalahan Jenayah Syariah di setiap negeri. Dalam melaksanakan tugas ini ia menjadi

    tanggungjawab Pegawai Penguatkuasa Agama Negeri (PPA) yang dilantik oleh pihak

    pemerintah negeri.

    Di samping itu, jika ketika zaman permulaan Islam lebih menumpukan hisbah dalam bentuk kawalan semasa proses jual beli, di Malaysia turut terdapat perundangan dan kawalan

    sedemikian di bawah Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna. Ini merupakan

    sebahagian sahaja contoh kawalan yang dilaksanakan oleh pemerintah bagi menjaga dan

    memelihara kemaslahatan rakyat. Walauapapun bentuk pengawalan yang cuba dilaksanakan

    pihak pemerintah, selagi ianya bertujuan untuk mencegah kemungkaran dan menegakkan maruf,

    maka ianya boleh dianggap sebagai hisbah . Jelas, di Malaysia institusi hisbah sudahpun

    terlaksana meskipun ianya tidak menggunakan istilah hisbah secara khusus. Malah konsep

    hisbah telah berjaya dipraktikkan oleh kerajaan di Malaysia dengan penubuhan institusi-institusi

    yang khusus dalam menjaga dan memelihara kepentingan rakyat. Malah setiap institusi tersebut

    dibahagikan bidangkuasanya supaya lebih mudah dan praktikal dalam menjalankan

    tanggungjawab masing-masing.

  • 8/6/2019 His Bah

    6/6

    Jika diteliti hasil penjelasan penulis sebelum ini, dapat dilihat bahawa daripada segi takrifan

    hisbah itu sendiri kita dapati terdapat perbezaan yang ketara. Ini dapat dilihat daripada dua

    pandangan yang berbeza iaitu antara ilmuwan silam dan juga ilmuwan moden. Ilmuwan silam

    lebih umum mentakrifannya berkaitan hisbah dengan melihat sesiapa sahaja perlu melaksanakan

    tugas hisbah . Manakala bagi ilmuwan moden pula lebih melihat hisbah dalam konteks yang

    lebih khusus dengan menginstitusikan hisbah itu di bawah bidang kuasa sesebuah badan atau

    institusi yang ditubuhkan khusus oleh badan pemerintah sebagai penggerak hisbah .

    Pada pandangan penulis kedua-dua pendekatan ini perlu diterima pakai meskipun kita

    kini berada di zaman yang moden. Tidak semestinya zaman moden hanya boleh menerima pakai

    takrifan pandangan ilmuwan moden sahaja. Malah jika pandangan ilmuwan silam juga

    mempunyai maslahah yang tertentu untuk dilaksanakan, maka ia wajar diterima juga. Jika kitahanya menerima pakai takrifan ilmuwan moden yang mengatakan hisbah hanya melibatkan

    tanggungjawab institusi tertentu yang ditugaskan melaksanakannya, maka ianya tidak menepati

    konsep sebenar hisbah pada asalnya iaitu ianya juga perlu melibatkan tanggungjawab individu

    muslim itu sendiri. Maka dalam hal ini, pendekatan ilmuwan silam yang melihat hisbah dengan

    lebih umum boleh diterima pakai. Setiap perbezaan dalam takrifan ini adalah penting untuk

    membentuk kaedah serta acuan kita sendiri dalam melaksanakan konsep hisbah itu sendiri agar

    bertepatan dengan konsep AMR BI AL-MARUF WA AL-NAHYI ANI AL-MUNKAR .