himpunan hadith sahih 2

18
8/9/2019 Himpunan Hadith Sahih 2 http://slidepdf.com/reader/full/himpunan-hadith-sahih-2 1/18 Himpunan Hadith-Hadith Sahih 2 1. Dari Anas bin Malik, katanya: “Rasulullah SAW menentukan waktu kepada kami tentang menggunting kumis, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur ari- ari supaya jangan dibiarkan lebih dari empat puluh hari.” (Muslim) 2. Dari Muhammad bin Ibrahim r.a katanya Abu Salamah bercerita kepadanya, bahawa Abu Salamah bersengketa dengan kaumnya perihal tanah. Lalu dia pergi kepada Aisyah r.a mengadukan hal itu kepadanya. Kata Aisyah:”Hai Abu Salamah! Jauhilah  perkara (sengketa mengenai) tanah. Kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda:”Siapa merampas sejengkal tanah, dikalungkan Allah kepadanya kelak di hari kiamat tujuh lapis bumi.” (Muslim) 3. Daripada Abu Hurairah r.a. lagi bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Mengerjakan umrah ke satu umrah yang lain menjadi penutup dosa yang dilakukan di antara kedua umrah itu. Manakala haji yang mabrur pula akan dibalas dengan syurga kepada orang yang mengerjakannya”. (al-Bukhari dan Muslim) 4. Dari Abdullah bin Mas’ud, katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w.“Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarah dari sifat takbur (sombong).”Berkata seorang lelaki:“Sesungguhnya semua orang ingin agar  pakaiannya bagus dan sandalnya bagus.”Berkata Rasulullah s.a.w.“Sebenarnya Allah itu bagus dan cinta kepada kecantikan; takbur ialah menolak kebenaran dan tidak menghargai orang lain.”(Muslim) 5. Dari Abdullah bin Mas’ud r.a katanya:”Tidak seorangpun di antara kamu melainkan telah ada jin yang ditugaskan pemimpinnya untuk selalu menggodanya: ”Para sahabat  bertanya: ”Anda juga ya Rasulullah?” Jawab baginda: ”Ya. Aku juga. Tetapi Allah selalu melindungiku dari godaan mereka sehingga mereka yang menggodaku akhirnya Islam (menyerah). Kerana itu mereka tidak berani menyuruhku melainkan untuk kebaikan.” (Muslim) 6. Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda “Perbaharuilah iman kamu”, Para sahabat r.a bertanya “Ya Rasulullah, bagaimana kami dapat memperbaharui iman kami?” Baginda s.a.w bersabda “Perbanyakkan mengucap (هلإ ا إ). (Hadith riwayat Imam Ahmad, Tabrani, Targhib)

Upload: shamsul-kamal-hj-maamor

Post on 30-May-2018

265 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Himpunan Hadith Sahih 2

8/9/2019 Himpunan Hadith Sahih 2

http://slidepdf.com/reader/full/himpunan-hadith-sahih-2 1/18

Himpunan Hadith-Hadith Sahih 2

1. Dari Anas bin Malik, katanya: “Rasulullah SAW menentukan waktu kepada kami

tentang menggunting kumis, mengerat kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur ari-ari supaya jangan dibiarkan lebih dari empat puluh hari.” (Muslim)

2. Dari Muhammad bin Ibrahim r.a katanya Abu Salamah bercerita kepadanya, bahawaAbu Salamah bersengketa dengan kaumnya perihal tanah. Lalu dia pergi kepadaAisyah r.a mengadukan hal itu kepadanya. Kata Aisyah:”Hai Abu Salamah! Jauhilah

 perkara (sengketa mengenai) tanah. Kerana Rasulullah s.a.w telah bersabda:”Siapamerampas sejengkal tanah, dikalungkan Allah kepadanya kelak di hari kiamat tujuh

lapis bumi.” (Muslim)

3. Daripada Abu Hurairah r.a. lagi bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Mengerjakanumrah ke satu umrah yang lain menjadi penutup dosa yang dilakukan di antara keduaumrah itu. Manakala haji yang mabrur pula akan dibalas dengan syurga kepada orangyang mengerjakannya”. (al-Bukhari dan Muslim)

4. Dari Abdullah bin Mas’ud, katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w.“Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarah dari sifat takbur (sombong).”Berkata seorang lelaki:“Sesungguhnya semua orang ingin agar 

 pakaiannya bagus dan sandalnya bagus.”Berkata Rasulullah s.a.w.“Sebenarnya Allahitu bagus dan cinta kepada kecantikan; takbur ialah menolak kebenaran dan tidak menghargai orang lain.”(Muslim)

5. Dari Abdullah bin Mas’ud r.a katanya:”Tidak seorangpun di antara kamu melainkan

telah ada jin yang ditugaskan pemimpinnya untuk selalu menggodanya: ”Para sahabat bertanya: ”Anda juga ya Rasulullah?” Jawab baginda: ”Ya. Aku juga. Tetapi Allahselalu melindungiku dari godaan mereka sehingga mereka yang menggodakuakhirnya Islam (menyerah). Kerana itu mereka tidak berani menyuruhku melainkanuntuk kebaikan.” (Muslim)

6. Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda “Perbaharuilah imankamu”, Para sahabat r.a bertanya “Ya Rasulullah, bagaimana kami dapat

memperbaharui iman kami?” Baginda s.a.w bersabda “Perbanyakkan mengucap (هلإ ا إ). (Hadith riwayat Imam Ahmad, Tabrani, Targhib)

Page 2: Himpunan Hadith Sahih 2

8/9/2019 Himpunan Hadith Sahih 2

http://slidepdf.com/reader/full/himpunan-hadith-sahih-2 2/18

7. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya binasalah orang-orang yangsebelum kamu disebabkan orang-orang atasan apabila mencuri merekamembiarkannya , dan apabila orang lemah mencuri mereka menjatuhkan hukuman ke

atasnya.” Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

8. Dari abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:”Sesiapa yang beriman kepadaAllah dan hari kiamat, maka apabila ia menyaksikan suatu peristiwa, hendaklah diamenanggapinya dengan baik atau diam. Bijaksanalah membimbing wanita keranawanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagian yang paling bengkok ialah yangsebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya ia patah. Tetapi jikaengkau biarkan, ia akan sentiasa bengkok. Kerana itu bijaksanalah membimbing

wanita dengan baik.” (Muslim)

9. Dari Abdullah, katanya:” Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada kami:” Tidakkah kamugembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullahkami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau:” Tidakkah kamugembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?” kata Abdullah, kami punmohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata:” Sesungguhnya sayamengharap bahawa seperdua) dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah!

Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.” (Muslim)

10. Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya apabilaorang-orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia dia diberi upah dengan amalnya itu

 berupa rezeki di dunia. Sedangkan orang-orang mukmin, pahala kebajikannyadisimpan Allah Taala untuknya di akhirat kelak serta diberinya rezeki di dunia

 berhubung dengan taatnya.”(Muslim)

11. Dari Samurah r.a diceritakannya daripada Nabi s.a.w perihal mimpi. Sabda Nabis.a.w:” Sesiapa yang bermimpi seolah-olah kepalanya dipukul orang dengan batu,ertinya orang itu mempelajari al-Quran tetapi tidak diamalkannya dan solat wajibditinggalkannya.” (Bukhari)

12. Abu Hurairah r.a berkata : “Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW maka

 bertanyalah ia : “Ya Rasulullah, sedekah manakah yang paling besar pahalanya? Nabimenjawab: “Sedekah yang engkau berikan sedangkan engkau dalam keadaan sihat

Page 3: Himpunan Hadith Sahih 2

8/9/2019 Himpunan Hadith Sahih 2

http://slidepdf.com/reader/full/himpunan-hadith-sahih-2 3/18

dan sangat sayang kepada harta, engkau takut kepapaan dan engkau harapkankekayaan. Dan janganlah engkau menangguhkan pemberian sedekah sehingga apabilaroh engkau telah hampir ke kerongkong berkatalah engkau : “Untuk si anu begini,untuk si anu begini. Sesungguhnya si polan itu telah memilikinya.” (al-Bukhari dan

Muslim)

13. Dari Abu Sa’id al-Khudri, dari bapanya r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Apabila seseorang kamu menguap, maka hendaklah ia menutup mulutnya keranasyaitan dapat masuk.” (Muslim)

14. Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Menguap (dengan

mulut terbuka luas) merupakan gangguan dari syaitan. Apabila ada di antara kamuyang menguap maka hendaklah dia menutup mulutnya mengikut kemampuan.(Muslim)

15. Dari Abu Said Al-Khudri r.a dari Nabi saw ia bersabda: “Jika ada di antara kamumenguap, tutuplah mulutmu kalau-kalau syaitan masuk..(Abu Dawud)

16. Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasululullah s.a.w bersabda: “ Roh orang mati yang beriman tergantung (diawang-awangan) dengan sebab hutangnya-sehinggalahhutangnya dibayar oleh warisnya atau orang lain”. (Riwayat Tirmizi)

17. Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : “Tidak berganjak keduakaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehinggaia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan dan tentang ilmunyauntuk apakah ia gunakan, dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada

 perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah iasusutkan kemudaan dan kecergasannya?’’ (Riwayat al-Tirmizi)

18. Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda:”Kelak di hari kiamat AllahTabaraka wa Taala akan menggenggam bumi dan menggulung langit dengan tangankanan-Nya. Kemudian Dia berfirman:”Akulah Raja! (penguasa) Manakah dia raja-raja di bumi?” (Muslim)

Page 4: Himpunan Hadith Sahih 2

8/9/2019 Himpunan Hadith Sahih 2

http://slidepdf.com/reader/full/himpunan-hadith-sahih-2 4/18

19. Jabir bin Abdullah r.a mengkhabarkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya Allah akan mengeluarkan suatu kaum daripada nerakakerana syafaat (pembelaan).” (Muslim)

20. DaripadaAbu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:“Janganlah kamumembenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.”(Riwayat Muslim)

Huraian

1. Seorang ibu mahupun bapa tidak akan menjadi ibu dan bapa tanpa anak-anak dan begitulah sebaliknya. Oleh itu ibu bapa berhak mendapat penghormatan daripadaanak-anak mereka sama sebagaimana anak-anak mereka berhak mendapat kasihsayang daripada ibu bapa.

2. Islam melarang keras anak-anak mencela atau memarahi ibu bapa dengan bahasayang kasar. Anak yang mengasari ibu bapa dianggap sebagai anak derhaka yangdiharamkan syurga ke atasnya oleh Allah S.W.T di akhirat kelak.

3. Oleh itu bagi mendapatkan anak-anak yang baik, ibu bapa hendaklah terlebihdahulu menunjukkan pergaulan yang baik dengan anak-anak. Apabila anak-anak yangsoleh ini dapat dibentuk, tiadalah permusuhan dan perbalahan dalam keluarga.

Masing-masing akan saling sayang menyayangi antara satu dengan lain.

21. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Apabila salah seorang dari kamumengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya(serta dengan ikhlas) maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginyasepuluh kebajikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yangmenyamainya.” (Riwayat Bukhari)

Huraian Pengajaran Hadis:

i) Islam adalah suatu agama yang mulia dan ia memuliakan penganutnya.

ii) Buktinya Islam memberikan ganjaran yang sangat besar bagi setiap kebaikan yangdilakukan di mana kelebihan atau ganjaran ini tidak akan diperolehi dengan

 pengakuan mulut sahaja (mengaku Islam sahaja) tetapi hanya akan dicapai denganmengerjakan amalan-amalan yang baik secara ikhlas dan ihsan kerana Allah S.W.T.

Page 5: Himpunan Hadith Sahih 2

8/9/2019 Himpunan Hadith Sahih 2

http://slidepdf.com/reader/full/himpunan-hadith-sahih-2 5/18

iii) Ihsan bererti mengerjakan sesuatu ibadat dan kebaikan dengan sebaik-baiknya,lengkap dengan segala peraturan serta ikhlas kepada Allah iaitu bersih dari perbuatansyirik dan sifat munafiq serta bersih daripada perasaan riya’, ujub dan sebagainya.Dengan lain perkataan ihsan itu adalah mengerjakan sesuatu ibadat seolah-olah

seseorang itu melihat Allah serta meyakini bahawa Allah sedang memerhatikannya.22. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Jangan sesekali seseorang daripada

kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalaukeadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata :Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlahdaku apabila mati itu lebih baik bagiku.” Riwayat Bukhari dan Muslim

23. Dari Jundub bin Sufyan r.a katanya: “Jari Rasulullah s.a.w berdarah kerana luka

dalam suatu peperangan. Maka bersabda Rasulullah s.a.w :”Bukankah engkau hanyasebatang jari yang berdarah. Dan ini terjadi ketika engkau ikut berjihad fisabilillah.”(Muslim)

24. Dari Abu Hurairah r.a, katanya, Nabi s.a.w bersabda:”Seorang wanita janganlah berpuasa (sunat) ketika suaminya ada, melainkan dengan izin suaminya; dan janganlah dia membolehkan orang lain masuk ke rumahnya melainkan dengan izinsuaminya; dan sesuatu yang disedekahkan isteri dari hasil usaha suaminya tanpa

 perintah suami, pahalanya seperdua bagi suami.” (Muslim)

Huraian

Hadith ini menjadi dalil bahawa haram atas isteri mengerjakan puasa sunat melainkandengan izin suaminya, kecuali kalau suaminya tidak ada bersama kerana pergi keluar negeri maka ia boleh mengerjakan puasa sunat dan tidak memerlukan izin suaminya.Jelasnya hak suami adalah satu perkara yang wajib dan tidak boleh dicuaikan keranamelakukan suatu yang sunat.

25.Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akanmendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorangkamu dan berkata:”Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telahmenjadi...kan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:” Siapakah yang telahmenjadikan Tuhan kamu?” Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah

 perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.” Riwayat Bukhari DanMuslim

Page 6: Himpunan Hadith Sahih 2

8/9/2019 Himpunan Hadith Sahih 2

http://slidepdf.com/reader/full/himpunan-hadith-sahih-2 6/18

Huraian

1.Lintasan hati tidak akan memudaratkan iman yang ada pada seseorang.

2.Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan. Oleh itu sebarang bisikan yangmenafikan segala kesempurnaan Allah wajib disanggah agar seseorang itu bebasdaripada kesesatan yang meracuni akal fikirannya.

3.Kemungkaran dan kemaksiatan adalah jalan yang memandu manusia ke arahkesesatan. Ia merupakan perangkap syaitan dan Iblis yang mahukan manusiatergolong sebagai makhluk yang menderhaka seperti mereka.

26. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tiga Golongan manusia yang Allahtidak akan bercakap dengan mereka di hari kiamat, tidak menganggap mereka sebagaiorang yang bersih, tidak melihat kepada mereka, dan mereka akan dimasukkan kedalam neraka dengan azab yang sangat pedih. Mereka ialah orang tua yang berzina,ra...ja atau pemimpin yang suka berbohong dan orang miskin yang sombong”.(Muslim)

Huraian

1. Allah S.W.T. amat benci kepada tiga golongan manusia, iaitu orang tua yang masihtidak meninggalkan perbuatan zina, pemimpin yang bercakap bohong dan orangmiskin yang sombong.

2. Segala perbuatan yang dilarang oleh agama hendaklah dijauhi dan seandainyaseseorang itu terjerumus ke lembah dosa dan noda maka hendaklah dia segera

 bertaubat agar dosanya diampunkan oleh Allah.

3. Siksaan di akhirat adalah amat pedih. Oleh itu selagi hayat dikandung badan, pergunakanlah masa sepenuhnya untuk membanyakkan amal ibadat agar kehidupan didunia dan akhirat mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T.

27. Dari ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhhani r.a katanya:”Ada tiga macam waktu, di manaRasulullah SAW melarang kita solat atau menguburkan jenazah pada waktu-waktutersebut. Pertama, saat matahari terbit hingga ia agak meninggi. Kedua, saat mataharitepat berada di pertengahan langit (tengah hari tepat) hingga ia telah condong keBarat. Ketiga, saat matahari hampir terbenam sehingga ia telah tenggelam samasekali.” (Muslim)

Page 7: Himpunan Hadith Sahih 2

8/9/2019 Himpunan Hadith Sahih 2

http://slidepdf.com/reader/full/himpunan-hadith-sahih-2 7/18

Huraian

1. Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh dielakkan begitusahaja. Ia merupakan tuntutan fardhu kifayah ke atas umat Islam iaitu dengan adanyasebahagian umat Islam yang melaksanakannya, akan selesailah tanggungjawab

tersebut.

2. Orang yang paling berhak dan lebih afdhal untuk menguruskan jenazah ialah darikalangan keluarga atau waris si mati sendiri yang terdekat. Contohnya anak si matisekiranya si mati adalah bapanya dan sekiranya warisnya itu tidak berkemampuanatau berpengalaman maka bolehlah meminta bantuan imam atau bilal di sesuatukawasan tersebut untuk menguruskannya.

3. Selain daripada mengetahui waktu yang sesuai dan tidak sesuai mengebumikanmayat seperti yang disebutkan, cara-cara mengebumikan mayat juga hendaklah

dilakukan selari dengan apa yang diajar oleh Rasulullah SAW, iaitu mayat hendaklahdibaringkan di atas rusuk sebelah kanan dan menghadap kiblat. Manakala permukaantanah yang menguburi jenazah hendaklah lebih tinggi sedikit dari permukaan bumiagar diketahui kewujudan sesuatu kubur itu. Namun di sini tidak ada kewajiban untuk memberi tanda contohnya (nesan) di atas kubur seseorang kerana lazimnya satulubang kubur boleh diisi semula setelah beberapa tempoh berlalu.

4. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Segerakanlah menguburkanmayat, jika ia baik bererti kamu telah menyampaikan kepada kebaikannya dan jika iatidak baik bererti kamu telah menghindarkan bahaya daripadamu." (Bukhari)

28.Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.” (Abu Daud)

Huraian1. Setiap penyakit ada ubatnya, jika bersesuaian ubat tersebut, maka ia akan sembuhdengan izin Allah S.W.T.2. Meskipun Islam mengharamkan penggunaan bahan-bahan tertentu seperti najis, air 

kencing, alkohol dan sebagainya untuk tujuan perubatan namun terdapat keadaan dimana seseorang itu diberi keharusan (rukhsah) untuk berbuat demikian iaitu bilamana berada dalam peringkat darurat (kecemasan) dan tiada lagi ikhtiar-ikhtiar lain yang boleh dilakukan. Atau dengan lain perkataan diharuskan untuk yang terpaksa.3. Dalam masalah ini pengambilan benda-benda yang haram sebagai ubat hendaklahsekadar perlu sahaja bagi menyembuhkan penyakit yang menimpa. Manakala rawatantersebut mestilah dikendalikan oleh seorang doktor Muslim yang dipercayai tentangagama dan ilmunya.4. Rukhsah ialah hukum keringanan yang disyari'atkan oleh Allah dalam keadaan-keadaan tertentu (iaitu ketika dharurat) manakala pengertian darurat pula ialahkesusahan yang memudaratkan iaitu bencana yang tidak ada sesuatu yang boleh

mencegahnya.

Page 8: Himpunan Hadith Sahih 2

8/9/2019 Himpunan Hadith Sahih 2

http://slidepdf.com/reader/full/himpunan-hadith-sahih-2 8/18

5. Selaku seorang Islam kita diwajibkan berikhtiar untuk mendapatkan rawatan yanghalal dan menjauhi perkara yang haram apalagi yang melibatkan perbuatan syirik kepada Allah.

29. Dari Abu Musa r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:”Selalu-selalulah membaca al-Qurankerana demi Allah ia lebih cepat lepas daripada unta di tambatannya.” (Muslim)

Huraian:

Membaca al-Quran merupakan ibadah yang paling utama sesudah amal-amal fardhuyang telah diwajibkan oleh Allah. Sesiapa yang meninggalkannya keranakeangkuhannya, nescaya Allah akan membinasakannya. Dan sesiapa yang mencari

 petunjuk pada selain-Nya, maka Allah akan menyesatkannya. Oleh itu kita diingatkanagar jangan melupakan al-Quran yang dibaca (diingat atau dihafal) kerana nabi s.a.w

 pernah bersabda: "Seburuk-buruk orang di antara kamu ialah yang mengatakan,"Aku

lupa ayat ini dan itu," tetapi sebenarnya dia melupakannya. Hafallah al-Quran keranasesungguhnya al-Quran itu lebih cepat perginya dari dada kaum lelaki daripada unta(yang terikat)." (Syaikhan dan at-Tirmidzi). Rasulullah s.a.w juga telah bersabda:“Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. Ia akan datang dalam

 bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orangyang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"Maka berkata al-Qur'an :"Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukkudan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."Kemudian berkata orang yang

 pernah membaca Al-Qur'an itu: "Adakah kamu al-Quran?" Lalu al-Quran mengakuidan menuntun orang yang pernah membacanya mengadap Allah S.W.T. Lalu orangitu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangannya, kemudian dia meletakkanmahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya yang muslim pula diberi

 perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehinggakeduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kamitidak sampai ini?" Lalu dijawab: "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telahmempelajari Al-Qur'an."

30. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Persamakan antara anak-anak kamudalam pemberian.” (At-Tabrani)

31. Dari Samurah r.a diceritakannya daripada Nabi s.a.w perihal mimpi. Sabda Nabis.a.w:” Sesiapa yang bermimpi seolah-olah kepalanya dipukul orang dengan batu,ertinya orang itu mempelajari al-Quran tetapi tidak diamalkannya dan solat wajibditinggalkannya.” (Bukhari)

32. Abu Hurairah r.a berkata : “Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW maka bertanyalah ia : “Ya Rasulullah, sedekah manakah yang paling besar pahalanya? Nabimenjawab: “Sedekah yang engkau berikan sedangkan engkau dalam keadaan sihatdan sangat sayang kepada harta, engkau takut kepapaan dan engkau harapkan

kekayaan. Dan janganlah engkau menangguhkan pemberian sedekah sehingga apabilaroh engkau telah hampir ke kerongkong berkatalah engkau : “Untuk si anu begini,

Page 9: Himpunan Hadith Sahih 2

8/9/2019 Himpunan Hadith Sahih 2

http://slidepdf.com/reader/full/himpunan-hadith-sahih-2 9/18

untuk si anu begini. Sesungguhnya si polan itu telah memilikinya.” (al-Bukhari danMuslim)

33. Dari Abdullah, katanya:” Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada kami:” Tidakkah kamu

gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullahkami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau:” Tidakkah kamugembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?” kata Abdullah, kami punmohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata:” Sesungguhnya sayamengharap bahawa seperdua) dari penghuni syurga itu dari kamu. Dan ketahuilah!Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai

 bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.” (Muslim)

34. Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya apabilaorang-orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia dia diberi upah dengan amalnya itu

 berupa rezeki di dunia. Sedangkan orang-orang mukmin, pahala kebajikannyadisimpan Allah Taala untuknya di akhirat kelak serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan taatnya.”(Muslim)

35. Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW lebih suka mandahulukan yang kanandalam segala keadaan (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwudhuk dan mandi.” (Muslim)

Huraian

Kanan adalah bahagian atau pihak yang berlawanan dengan kiri. Kanan menunjukkanmakna yang baik. Oleh itu anggota kanan diutamakan dalam segala perkara yangdilakukan melainkan untuk mencuci kotoran atau najis di mana tangan kiri yang akanmengambil alih. Langah kanan menunjukkan nasib yang baik atau keberuntung dalamsesuatu dan orang kanan menunjukkan orang yang penting atau orang yang tinggikeududukannya dari segi pangkat dan lain-lain. Memandangkan mulianya yang kanandaripada yang kiri maka Islam menyarankan kita agar mendahulukan anggota kanantermasuk ketika makan, minum dan mengambil serta memberi. Bahkan di akhiratkelak orang yang menerima buku amalnya melalui tangan kanan menunjukkan ia

 bakal menjadi penghuni syurga dan begitulah sebaliknya.

36. Dari ‘Aisyah r.a katanya:”Saya tidak cemburu kepada seorang perempuan seperticemburunya saya kepada Khadijah. Sesungguhnya Tuhan telah menyuruh Nabi untuk menyampaikan berita gembira kepada Khadijah akan memperoleh rumah di dalamsyurga.” (Bukhari)

Huraian

Rasulullah s.a.w memperisterikan saidatina Khadijah bukan kerana status sosialnya

yang yang tinggi yang terkenal sebagai seorang yang hartawan lagi dermawan tetapi

Page 10: Himpunan Hadith Sahih 2

8/9/2019 Himpunan Hadith Sahih 2

http://slidepdf.com/reader/full/himpunan-hadith-sahih-2 10/18

adalah kerana sifat saidatina Khadijah itu sendiri yang mempunyai peribadi danakhlak yang mulia. Saidatina Khadijah adalah seorang yang berfikiran tajam, sabar dan berpandangan jauh. Lebih daripada itu, Khadijah adalah seorang isteri yang

 benar-benar memahami keadaan suaminya. Ini terbukti ketika mana pertama kali

 baginda menerima wahyu dilantik menjadi utusan Allah, Khadijahlah yangmenenangkan hati baginda dan kemudian mempertemukan baginda dengansepupunya Waraqah bin Naufal yang mengatakan bahawa baginda adalah seorang

 Nabi. Khadijah sebenarnya adalah seorang isteri yang mampu menyuntik semangatseorang suami dalam menyempurnakan amanah kepada Allah bahkan beliaulah orangyang mula-mula memeluk Islam sebelum nabi berdakwah di kalangan para sahabat

 baginda yang lain. Dalam diri Khadijah ditemui teladan wanita terbaik; wanita yangsubur dengan kasih-sayang yang juga telah melahirkan anak-anak baginda iaitu: al-Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqayya, Umm Kulthum dan Fatimah. Dalam perjuangan

 baginda menegakkan agama Islam, Khadijahlah orang yang paling banyak berkorban,

harta dan tenaga dalam mempertahankan baginda dari disakiti oleh kaum Quraisy.Begitu banyak peranan yang telah dimainkan oleh khadijah bahkan boleh dikatakan

 bahawa beliau telah menjadi tulang belakang dalam kegiatan dakwah Rasulullah. Dan berpadanan dengan jasa dan pengorbanannya itu Allah S.W.T telah mengurniakannyasebuah rumah di dalam tempat yang paling mulia iaitu syurga.

37. Dari Abu Hurairah r.a katanya: ”Ditanyakan orang kepada nabi s.a.w, amal apakahyang sebanding dengan jihad fi sabilillah? Jawab nabi s.a.w: ”Engkau tidak akan

sanggup mengamalkannya!.” Orang itu bertanya kembali sampai dua atau tiga kali,namun nabi s.a.w tetap menjawab seperti itu. Terakhir baginda menjawab:”Perbandingan seorang mujahid fi sabilillah (pejuang yang menegakkan agama Allah)sebanding dengan orang yang puasa, mendirikan solat, patuh menjalankan ayat-ayatAllah, tidak berhenti puasa dan solat sampai si mujahid pulang dari medan

 perjuangan.” (Muslim)

38. Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Rasulullah s.a.w membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaahdiimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda: ”Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu

kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorangmuslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud.Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalamsujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T.” (Muslim)

Huraian

Postur sujud ialah menungging dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki,dan dahi pada lantai. Ketika Allah meminta para malaikat bersujud kepada nabi Adama.s bererti inilah tingkat tertinggi dari sebuah penghormatan. Sujud hanyalah untuk 

Allah S.W.T. Allah meminta malaikat sujud hormat, bukan sujud penyembahan dan

Page 11: Himpunan Hadith Sahih 2

8/9/2019 Himpunan Hadith Sahih 2

http://slidepdf.com/reader/full/himpunan-hadith-sahih-2 11/18

mengajar kita bahawa tingkat paling tinggi dari rasa hormat adalah " Sujudlah padaKu." Tidak ada penyembahan yang lebih baik daripada sujud. Itulah sebabnyamengapa umat Islam berbeza daripada umat agama lain. Mereka meletakkan dahinyaatau kepalanya yang paling mulia ke tanah. Hal ini sekaligus membuang sifat angkuh

seseorang dan menggantinya dengan berserah kepada Tuhan-Nya yang paling Agung.Inilah nilai kehambaan yang sebenar yang mengundang rahmat dan keberkatandaripada Allah.

39. Abu Hurairah r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Seorang lelaki berkata : “Demi Allah saya akan memberi sedekah. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkannya di dalam tangan pencuri. Maka pada

 paginya, orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “ Telahdiberi sedekah kepada pencuri. Si pemberi itu berkata : “Wahai Tuhan ku, hanyauntuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah, saya akan sedekahkan satu sedekahlagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diletakkan di tangan wanita penzina.

Pada pagi hari itu orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata : “...Lihat seterusnya..Telah diberikan sedekah kepada wanita penzina. Orang tersebut berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allahsaya akan memberikan satu sedekah lagi. Maka dia keluar membawa sedekahnya laludiletakkan di tangan orang kaya. Pada pagi hari itu orang ramai memperkatakan haltersebut. Mereka berkata : “Telah diberikan sedekah kepada orang kaya. Orang itu

 berkata : “Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian terhadap si pencuri, si penzina dan terhadap si kaya. Kemudian datanglah seseorang kepadanyadalam tidurnya lalu berkata kepadanya : “Sedekah mu kepada si pencuri, mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada mencuri, manakala kepada wanita

 penzina mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada berzina dan orang kaya

mudah-mudahan ia akan mengambil ibarat lalu menafkahkan sebahagian harta yangtelah Allah berikan kepadanya.” (al-Bukhari dan Muslim)

40. Dari Abdullah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:”Memaki orang Muslim adalah (fasiq)dan membunuhnya, kafir.” (al-Bukhari)

Huraian:

Orang yang memperhatikan keadaan manusia pada zaman ini akan dapat melihat betapa hebatnya kefasikan yang telah melanda kehidupan mereka. Ini disebabkan

keadaan masing-masing sesama umat Islam tidak lagi memberi erti persaudaraansebagaimana yang dituntut oleh agama sebaliknya mereka saling kutuk-mengutuk,memaki hamun dan ada pula yang sampai ke tahap sanggup membunuh. Lantasterjadilah perlanggaran hukum yang akhirnya mencacatkan nama baik Islam hinggaIslam itu dipandang sebagai agama yang ganas dan bersifat keras. Sesungguhnyainilah perosak ummah yang menjadi duri dalam daging bagi seluruh umat Islam.Mereka hanya mengutamakan hawa nafsu dan kepentingan diri tanpa memikirkanakibat yang bakal ditanggung. Oleh itu setiap Muslim hendaklah memastikan apa juatindakan yang dilakukannya itu tidak melanggar batasan syariat dan sekali-kali tidak menjadi fitnah pada agama kerana hal ini bukan sahaja mendatang dosa bahkanmemporakperandakan kesejahteraan bersama.

Page 12: Himpunan Hadith Sahih 2

8/9/2019 Himpunan Hadith Sahih 2

http://slidepdf.com/reader/full/himpunan-hadith-sahih-2 12/18

41. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “ Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama)dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembalidengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambilorang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya

kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkankepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan oranglain.” (al-Bukhari)

Huraian:

Islam adalah satu-satunya agama di dunia yang sangat mendorong umatnya untuk menuntut ilmu. Istilah ulama pula digunakan pada orang yang sangat memahami

 permasalahan agama dan mendalami ilmu agama. Di zaman ini, hampir tiada lagiulama yang mempunyai penguasaan ilmu yang pelbagai melainkan hanya yang

 pernah belajar beberapa bidang ilmu tetapi hanya menguasai satu atau dua cabangilmu sahaja. Berbeza dengan zaman lampau, orang yang disebut sebagai ulama’adalah mereka yang menguasai dengan “ahli” banyak cabang-cabang ilmu. Dengan

 perkataan lain golongan ulama’ semakin lama semakin pupus. Justeru dengan waktuyang semakin singkat di akhir zaman ini ditambah dengan kesibukan dan kelalaiankita sendiri dalam mengurus waktu marilah kita sama-sama mengkaji dan mengambililmu daripada mereka kerana kehidupan ini tidak akan berjalan dengan tertib tanpa

 bimbingan dari para ulama’. Tetapi kenyataannya, ramai orang pada hari ini yangtidak memahami situasi tersebut sehingga mereka merasa mampu mengatur kehidupan dunia tanpa merasa perlu melibatkan golongan ulama. Bahkan ulamadianggap sebagai kelompok mereka yang tidak mengetahui situasi dan kondisi, tidak memahami perkembangan zaman dan hanya berbicara dalam masalah ibadah danakhirat semata. Akibatnya timbul sikap menolak meremehkan golongan ulama danketerlibatan mereka dalam urusan pengaturan dunia. Justeru tidak hairan adagolongan manusia yang menjadikan orang-orang yang jahil dan bodoh sebagai

 pemimpin mereka hingga akhirnya membawa kepada kesesatan dan kemusnahan.

42.Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: “Aku pernah berkata kepadaRasulullah SAW:” Saya mendengar banyak hadis dari tuan, Ya Rasulullah ! Tetapisaya lupa. “ Rasulullah SAW bersabda:” Hamparkan Rida’ mu. “ Aku melakukan(apa yang diperintahkan nabi SAW) dan kemudian nabi SAW menggerakkan keduatangannya seakan-akan mengisi sesuatu lalu bersabda :” Ambil dan selendangkan ini(pada tubuh mu)”. Aku lakukan perintahnya dan setelah itu aku tidak pernah lupalagi.” (al-Bukhari)

Huraian:

Abu Hurairah ialah salah seorang perawi hadis yang terkemuka. Beliau dilahirkan 19tahun sebelum Hijrah. Nama sebenar beliau sebelum memeluk agama Islam tidak diketahui dengan jelas, tetapi pendapat yang masyhur ialah Abd Syams. NamaIslamnya adalah Abd al-Rahman. Beliau berasal daripada kabilah ad-Dusi di Yaman.

Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing.Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah SAW,

Page 13: Himpunan Hadith Sahih 2

8/9/2019 Himpunan Hadith Sahih 2

http://slidepdf.com/reader/full/himpunan-hadith-sahih-2 13/18

 beliau ditanya oleh baginda apakah yang ada dalam lengan bajunya. Apabila diamenunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah olehRasullullah SAW. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah.Beliau adalah sahabat yang sangat dekat dengan Rasulullah SAW dan dikenalisebagai salah seorang ahli suffah, iaitu orang-orang miskin atau sedang menuntut ilmu

dan tinggal di laman masjid. Beliau begitu rapat dengan Nabi SAW sehingga bagindaselalu menyuruhnya mengumpulkan ahli suffah jika ada makanan yang hendak dibahagikan. Hadis beliau yang disepakati oleh Imam al-Bukhari dan Muslim

 berjumlah 325 hadis, oleh Bukhari sendiri sebanyak 93 hadis dan oleh Muslim 189hadis. Hadis yang diriwayatkan oleh beliau juga terdapat dalam kitab-kitab hadislainnya.

43. Sabda Rasulullah s.a.w: "Apabila kamu melintasi taman syurga hendaklah kamu berhenti singgah" Para sahabat bertanya: ”Apakah itu taman syurga?” Jawab baginda:"Majlis Zikir." (Riwayat at-Tirmidzi)

Huraian1. Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Ia merupakan ibadat yang tidak hanyatertumpu pada lidah sahaja tetapi juga dengan hati dan seluruh anggota badan. Malahapa sahaja perbuatan yang dilakukan dengan tujuan untuk mengingati-Nya adalahtermasuk dalam konteks zikirullah.2. Zikir adalah amalan yang boleh menghidupkan hati, memberikan ketenangan rohanidan mengundang rahmat Allah. Sebaliknya orang yang jiwanya sering lalai daripadamengingati Allah, mata hatinya akan buta dan kehidupannya menjadi sempit danmudah tertekan.3. Orang yang selalu berzikir akan mudah terdorong untuk melakukan kebajikan dantercegah daripada kemungkaran. Ini disebabkan ia merasai bahawa Allah sentiasa

 bersamanya dalam setiap amalan yang dikerjakan.

44. Daripada ‘Itban bin Malik r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:“Tiada seorang pun yang mempersaksikan bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang

 berhak disembah melainkan Allah dan sesungguhnya aku adalah utusan Allah lalu iamasuk neraka ataupun neraka membakarnya.” (al-Bukhari dan Muslim)

HuraianMengucap dua kalimah syahadah adalah salah satu daripada Rukun Islam. Ia mestidizahirkan dengan lidah, dibenarkan dengan hati dan dilaksanakan dengan anggota

 badan. Ini adalah satu bentuk pengakuan beriman yang lahir dari hati yang ikhlas beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang membuat suatu pengakuan dan bersyahadah tetapi tidak ... Lihat seterusnya..mempercayai perkara yangdisebutkannya, maka penyaksiannya adalah dusta dan bohong kerana perkara yangdinyatakan itu adalah tidak selari dengan keyakinannya sendiri dan itu adalah diantara sifat orang-orang munafik.

45. Dari Abu Sa’id al-Khudri, dari bapanya r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Apabila seseorang kamu menguap, maka hendaklah ia menutup mulutnyakerana syaitan dapat masuk.” (Muslim)

Page 14: Himpunan Hadith Sahih 2

8/9/2019 Himpunan Hadith Sahih 2

http://slidepdf.com/reader/full/himpunan-hadith-sahih-2 14/18

46. Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Menguap (denganmulut terbuka luas) merupakan gangguan dari syaitan. Apabila ada di antara kamuyang menguap maka hendaklah dia menutup mulutnya mengikut kemampuan.(Muslim)

47. Dari Abu Said Al-Khudri r.a dari Nabi saw ia bersabda: “Jika ada di antara kamumenguap, tutuplah mulutmu kalau-kalau syaitan masuk..(Abu Dawud)

48.Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akanmendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorangkamu dan berkata:”Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telahmenjadi...kan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:” Siapakah yang telahmenjadikan Tuhan kamu?” Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah

 perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.” (Riwayat Bukhari Dan

Muslim)

Huraian1.Lintasan hati tidak akan memudaratkan iman yang ada pada seseorang.2.Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan. Oleh itu sebarang bisikan yangmenafikan segala kesempurnaan Allah wajib disanggah agar seseorang itu bebasdaripada kesesatan yang meracuni akal fikirannya.3.Kemungkaran dan kemaksiatan adalah jalan yang memandu manusia ke arahkesesatan. Ia merupakan perangkap syaitan dan Iblis yang mahukan manusiatergolong sebagai makhluk yang menderhaka seperti mereka.

49. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Jangan sesekali seseorang daripadakamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalaukeadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata :Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlahdaku apa...bila mati itu lebih baik bagiku.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Huraian Pengajaran hadith:

i) Seorang mukmin dilarang keras meminta mati kerana bosan dan tidak tahanmenanggung sesuatu bencana yang menimpanya; sebaliknya dia mestilah mensifatkan

 bala bencana yang menimpanya itu sebagai ujian dan menerimanya dengan redha.ii) Sesungguhnya segala dugaan itu adalah kaffarah (penghapus) dosa dan kesalahanorang yang ditimpa bencana tersebut . Oleh itu Allah menyeru kita agar menghadapinya dengan sabar dan akan ditulis pahala amal baik sebagai ganjarannya.iii) Allah S.W.T adalah bersifat dengan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi hamba-Nya itu ingatdan berserah diri serta bertawakkal kepada-Nya dalam segala keadaan.

Kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yangmembunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya

di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W.

Page 15: Himpunan Hadith Sahih 2

8/9/2019 Himpunan Hadith Sahih 2

http://slidepdf.com/reader/full/himpunan-hadith-sahih-2 15/18

Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W

 دا  ه  خ ل  ى  في  ر  م   ت   ن    ج   ف  و     ه  ف  س        ق ت    ف    ج ب   ى   ر      ف  س   ح    ت  د   ف  ه     س  ه  ف  س        ق ت    ف   س   ح         اد   أ    دا  في     

 د   ف  ه   د  د   ح ة  ف  د د   ح   ه   س           ت     اد   أ    دا  في      اد   م  خ ل   ن    ج  اد   أ    دا  في      اد   م  خ ل   ن    ج   ف  ه   ط ن   ف          Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun kedalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminumracun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akanmenghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya.Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalamgengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekaldi dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Thabit bin Dhohak R.A. (كحضلا ث), sabda Nabi S.A.W.:    ي ق   ا ل  و   ه       ذ   ي ع  د ل ا   ء  ف    ش   ه   س           ت  

Maksudnya: “Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, diaakan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Jundub bin Abdillah R.A. (ا دبع دنج), katanya Nabi S.A.W. bersabda:

د        ز   ح  ي ن  ف   ذ   خ  ف   ز     ف  ر  ه  ج      ج   م     ب               في       ر   ه   س    د   ن   ع ب     ل      ا       ت      د ل ا        ف

    ن  ه ا ل  ي  عMaksudnya: “Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang adakecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggungkesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darahtidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T.: “Tergesa-gesa hambakukepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.” (al-Bukhari danMuslim)

Hukum Orang Bunuh Diri:

Perbuatan membunuh diri adalah termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar,

 perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkanseseorang terkeluar daripada Islam (Murtad) sebagaimana yang difahami oleh sebagaidaripada kita, melainkan bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika diamenghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.Kita tidak menghukumkan orang yang bunuh diri sebagai murtad, kerana NabiS.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yangmembunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orangtersebut sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulamadan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang matimembunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajarankepada orang lain.

Page 16: Himpunan Hadith Sahih 2

8/9/2019 Himpunan Hadith Sahih 2

http://slidepdf.com/reader/full/himpunan-hadith-sahih-2 16/18

Daripada Jabir bin Samurah (ةر رج) R.A. katanya:

   ص   م   ف      ش      ه   س           ت  ج  ر   م       ه   ي  ع ا       ال ن ب  أ ه  ي  ع

Maksudnya: “Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yangmembunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkanuntuknya.” (Muslim)

Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim ketika mensyarahkan hadith inimenyebut:“Hadith ini menjadi dalil bagi ulama yang berpendapat tidak disembahyangkan

 jenazah orang yang membunuh diri disebabkan maksiat yang dia lakukan, inilahmazhab ‘Umar ibn ‘Abdul ‘Aziz dan al-Auza’ie. Manakala al-Hasan, al-Nakha’ie,Qatadah, Malik, Abu Hanifah, al-Syafi’ie dan kebanyakan ulama berpendapat:

Disembahyangkan ke atas jenazah orang yang membunuh diri. (Jumhur) kebanyakanulama ini menjawab tentang hadith ini yang baginda tidak menyembahyangkannyasebagai melarang manusia dari melakukan perbuatan yang sama (membunuh diri),namun jenazah itu disembahyangkan oleh para sahabat…”

Adapun mengenai teks hadith yang menyatakan orang yang membunuh diri itu kekalselama-lamanya di dalam neraka, para ulama menyatakan, ia ditujukan kepada orangyang menghalalkan perbuatan membunuh diri tersebut, atau maksudnya bolehdifahami dengan memanjangkan tempoh azab ke atasnya di dalam neraka.

50. Dari Jundub bin Sufyan r.a katanya: “Jari Rasulullah s.a.w berdarah kerana luka

dalam suatu peperangan. Maka bersabda Rasulullah s.a.w :”Bukankah engkau hanyasebatang jari yang berdarah. Dan ini terjadi ketika engkau ikut berjihad fisabilillah.”(Muslim)

Huraian:

Walaupun Rasulullah s.a.w diberi jaminan oleh Allah bahawa usaha untuk mendaulatkan agama Islam akan mendapat kejayaan pada akhirnya, namun bagindatidak diberi laluan mudah. Sebaliknya Allah memerintahkan baginda supaya berjuangdan berjihad dengan segala yang ada bagi mencapai kemenangan yang telahdijanjikan-Nya itu. Mereka tetap diminta supaya mengorbankan fikiran, tenaga, harta

 benda, malah jiwa raga untuk agama kerana kemenangan tidak akan dapat dicapaidengan kuasa ghaib tanpa perjuangan.

51. Dari Abu Hurairah r.a, katanya, Nabi s.a.w bersabda:”Seorang wanita janganlah berpuasa (sunat) ketika suaminya ada, melainkan dengan izin suaminya; dan janganlah dia membolehkan orang lain masuk ke rumahnya melainkan dengan izinsuaminya; dan sesuatu yang disedekahkan isteri dari hasil usaha suaminya tanpa

 perintah... suami, pahalanya seperdua bagi suami.” (Muslim)

Huraian:

Hadith ini menjadi dalil bahawa haram atas isteri mengerjakan puasa sunat melainkandengan izin suaminya, kecuali kalau suaminya tidak ada bersama kerana pergi keluar 

Page 17: Himpunan Hadith Sahih 2

8/9/2019 Himpunan Hadith Sahih 2

http://slidepdf.com/reader/full/himpunan-hadith-sahih-2 17/18

negeri maka ia boleh mengerjakan puasa sunat dan tidak memerlukan izin suaminya.Jelasnya hak suami adalah satu perkara yang wajib dan tidak boleh dicuaikan keranamelakukan suatu yang sunat.

52. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Apabila salah seorang dari kamu

mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya(serta dengan ikhlas) maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginyasepuluh kebajikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yangmenyamainya.” (Riwayat Bukhari)

Huraian Pengajaran Hadis:

i) Islam adalah suatu agama yang mulia dan ia memuliakan penganutnya.ii) Buktinya Islam memberikan ganjaran yang sangat besar bagi setiap kebaikan yangdilakukan di mana kelebihan atau ganjaran ini tidak akan diperolehi dengan

 pengakuan mulut sahaja (mengaku Islam sahaja) tetapi hanya akan dicapai denganmengerjakan amalan-amalan yang baik secara ikhlas dan ihsan kerana Allah S.W.T.iii) Ihsan bererti mengerjakan sesuatu ibadat dan kebaikan dengan sebaik-baiknya,lengkap dengan segala peraturan serta ikhlas kepada Allah iaitu bersih dari perbuatansyirik dan sifat munafiq serta bersih daripada perasaan riya’, ujub dan sebagainya.Dengan lain perkataan ihsan itu adalah mengerjakan sesuatu ibadat seolah-olahseseorang itu melihat Allah serta meyakini bahawa Allah sedang memerhatikannya.

53. DaripadaAbu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:“Janganlah kamumembenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.”(Riwayat Muslim)

Huraian

1. Seorang ibu mahupun bapa tidak akan menjadi ibu dan bapa tanpa anak-anak dan begitulah sebaliknya. Oleh itu ibu bapa berhak mendapat penghormatan daripadaanak-anak mereka sama sebagaimana anak-anak mereka berhak mendapat kasihsayang daripada ibu bapa.2. Islam melarang keras anak-anak mencela atau memarahi ibu bapa dengan bahasayang kasar. Anak yang mengasari ibu bapa dianggap sebagai anak derhaka yangdiharamkan syurga ke atasnya oleh Allah S.W.T di akhirat kelak.

3. Oleh itu bagi mendapatkan anak-anak yang baik, ibu bapa hendaklah terlebihdahulu menunjukkan pergaulan yang baik dengan anak-anak. Apabila anak-anak yangsoleh ini dapat dibentuk, tiadalah permusuhan dan perbalahan dalam keluarga.Masing-masing akan saling sayang menyayangi antara satu dengan lain.

54. Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: “Ada empat perkara, sesiapa yangmelakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satudaripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik,hingg meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila

 bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar iamengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “. (Riwayat Ahmad)

Huraian Pengajaran Hadith:

Page 18: Himpunan Hadith Sahih 2

8/9/2019 Himpunan Hadith Sahih 2

http://slidepdf.com/reader/full/himpunan-hadith-sahih-2 18/18

i) Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanyadiberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntuttanpa mengabaikannya.Ii) Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-

 Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap ... Lihat

seterusnya..masyarakat dan perkhidmatan.Iii) Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akanmenyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan.Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak danmampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran danketakwaan.iv) Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagidipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadapsesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

Dipetik dari laman web: http://www.facebook.com/profile.php?ref=name&id=1788714309#!/pages/Al-Quran-Sunnah-Rasulullah- SAW/258067437214?v=wall