hilang’, tetapi “sejumlah wang telah hilang”. dengan ... media...nota murabaha, dan akhirnya...

Download hilang’, tetapi “sejumlah wang telah hilang”. dengan ... MEDIA...nota murabaha, dan akhirnya menerima sebanyak USD2.318 bilion unit-unit dana (fund units), ... Dalam kes ini,

If you can't read please download the document

Upload: dinhnga

Post on 10-Feb-2018

224 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • Page 1 of 4

    Kenyataan Media oleh 1Malaysia Development Berhad Dikeluarkan pada 30 Jun 2015

    Untuk siaran segera

    Fakta sebagai jawapan kepada tulisan blog bertajuk Just Justo

    1. Tun Dr. Mahathir Mohamad berterusan mendakwa bahawa sejumlah besar wang telah

    hilang, tetapi tidak memberikan justifikasi atau fakta untuk menyokong dakwaan ini. Beliau

    pada mulanya mendakwa RM42 bilion telah hilang. Kemudian, apabila 1MDB memberikan

    sebuah ringkasan tentang bagaimana RM42 bilion itu dibelanjakan, beliau mula mengatakan

    sebahagian daripada RM42 bilion telah hilang. Kini, Tun Mahathir telah terpaksa

    mengatakan bahawa sejumlah besar wang telah hilang. Seperti yang telah kami nyatakan

    sebelum ini, pertukaran angka-angka dan dakwaan-dakwaan secara berterusan ini adalah

    mengelirukan.

    2. Tun Mahathir mengulangi semula soalan-soalan yang sama berkenaan perjanjian 1MDB

    dengan PetroSaudi, sebuah hubungan perniagaan yang berakhir pada 2012, walaupun pada

    hakikatnya kami telah menjelaskan perkara ini secara terperinci beberapa kali. Berhubung

    dengan pinjaman USD1.9 bilion yang dirujuk oleh Tun Mahathir, berikut adalah fakta-fakta

    mengenainya:

    Lanjutan daripada perjanjian usahasama sebelum ini pada tahun 2009, 1MDB melabur

    USD1.83 bilion wang tunai dalam nota murabaha yang diterbitkan oleh JV Co, sebuah

    syarikat yang pada ketika itu adalah 100% dimiliki oleh PetroSaudi, berikutan

    penamatan usahasama pada bulan Mac 2010.

    Pada bulan Jun 2012, keseluruhan jumlah ini telah dibayar balik dengan cara penukaran

    kepada saham-saham Petrosaudi Oil Services Limited untuk nilai sebanyak USD2.22

    bilion.

    Selepas itu, pada September 2012, 1MDB telah menjual saham-sahamnya dalam

    PetroSaudi Oil Services Limited untuk USD2.318 bilion dan menerima unit-unit dana

    (fund units) dalam sebuah dana yang berdaftar di Cayman. Unit-unit dana (fund units)

    ini adalah dimiliki oleh 1MDB melalui anak syarikat yang dimiliki 100% olehnya, Brazen

    Sky, dan dipegang melalui BSI Bank Singapore sebagai penjaga.

  • Page 2 of 4

    Pada dasarnya, 1MDB melabur sebanyak USD1.83 bilion dengan PetroSaudi sebagai

    nota murabaha, dan akhirnya menerima sebanyak USD2.318 bilion unit-unit dana (fund

    units), mewakili keuntungan sebanyak USD488 juta.

    Maklumat yang disebut di atas boleh didapati di dalam nota penyata-penyata kewangan

    1MDB. Seterusnya, bertentangan dengan dakwaan Tun Mahathir, 1MDB dengan jelas telah

    memberikan maklumat terperinci mengenai perkara ini seperti di atas beberapa kali,

    termasuk yang paling baru pada 16 Jun 2015 dalam jawapan yang diberikan terhadap

    dakwaan yang dibangkitkan oleh beliau sebelum itu.

    Ia juga penting untuk ditekankan bahawa:

    a) nota murabaha tersebut dijamin oleh PetroSaudi (dengan itu mempunyai profil risiko

    yang lebih rendah berbanding ekuiti); dan

    b) 1MDB mempunyai pilihan untuk menukar nota murabaha kepada ekuiti. Oleh itu, 1MDB

    mengambil langkah berhati-hati dengan mengurangkan profil risikonya daripada ekuiti

    kepada hutang, dan dengan itu mendapat manfaat daripada kadar tetap pulangan lebih

    tinggi daripada kos modal mereka dan pada masa yang sama mempunyai hak untuk

    mengambil bahagian dalam kenaikan ekuiti masa depan melalui pilihan penukaran tersebut.

    3. Tun Mahathir juga turut mengulangi dakwaan beliau bahawa 1MDB terlebih bayar untuk

    IPP mereka. Seperti yang kami jelaskan sebelum ini, seperti mana-mana perniagaan, 1MDB

    hanya memperoleh aset-aset apabila kami yakin bahawa ianya mempunyai nilai jangka

    panjang yang menarik. Dalam kes ini, 1MDB membeli stesen janakuasa daripada pemilik

    asal sektor swasta, iaitu generasi pertama pelabur-pelabur IPP, yang telah diberikan

    kontrak-kontrak lumayan jangka panjang dengan harga tetap ketika Tun Mahathir menjadi

    Perdana Menteri.

    Nilai yang dibayar bagi aset yang diperolehi adalah berdasarkan nasihat bebas daripada

    penasihat-penasihat kewangan, undang-undang, perakaunan, cukai dan teknikal. Tambahan

    pula, 1MDB mengambil pandangan jangka panjang dan mengambil kira impak sosial dan

    ekonomi terhadap negara dalam mencapai penilaian yang terakhir.

    Khususnya, adalah penting untuk ditekankan bahawa kami memperoleh aset tenaga

    pertama kami pada tahun 2012, dan telah membina syarikat ini menjadi pengeluar tenaga

    bebas kedua terbesar di Malaysia dengan kedudukan yang kukuh di pasaran antarabangsa

    dalam tempoh tiga tahun. Secara keseluruhan, 1MDB telah berjaya menyatukan tiga

    syarikat bebas dengan 13 stesen janakuasa dan kapasiti penjanaan bersih berjumlah

    5594MW.

  • Page 3 of 4

    Oleh itu, kami percaya bahawa nilai yang telah kami bayar yang mungkin melibatkan

    pembayaran premium dalam keadaan tertentu, seperti yang biasa dilakukan apabila

    memperoleh perniagaan lain adalah sejajar dengan potensi masa depan dan manfaat

    keseluruhan kepada negara.

    4. Setelah memberikan jawapan balas semalam terhadap kenyataan mengelirukan oleh YB

    Tony Pua, seorang ahli politik pihak pembangkang, berhubung dengan transaksi IPIC, kami

    kini mengambil maklum bahawa Tun Mahathir telah menimbulkan banyak persoalan yang

    sama.

    Rundingan-rundingan komersial sedang berjalan secara berterusan di antara 1MDB dan IPIC

    untuk mencapai perjanjian muktamad pasca pelaksanaan kertas terma ikatan (binding term

    sheet). Ini termasuk perbincangan mengenai aset-aset yang bakal dipindahkan oleh 1MDB

    kepada IPIC sebagai sebahagian daripada perjanjian ini, dan kami berhasrat sepenuhnya

    untuk berkongsi maklumat lanjut sebaik sahaja kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

    Berkenaan dengan bagaimana 1MDB bercadang untuk mengurangkan dengan signifikan

    hutang RM42 bilion tersebut, pelaksanaan kertas terma ikatan (binding term sheet) dengan

    IPIC adalah merupakan satu komponen utama pelan rasionalisasi 1MDB seperti yang

    diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada 29 Mei 2015. Perjanjian muktamad dengan

    IPIC akan akhirnya menyaksikan pengurangan lebih kurang RM16 bilion hutang 1MDB.

    Lanjutan daripada kajian strategik yang diumumkan pada 18 Februari, dan seperti dalam

    pelan rasionalisasi yang diumumkan pada 29 Mei:

    1MDB mengumumkan satu proses RFP untuk pembangunan Bandar Malaysia pada 12

    Jun 2015, bagi mencari rakan usahasama untuk projek seluas 486 ekar di Sungai Besi.

    1MDB mengumumkan pada 30 Jun 2015 hasratnya untuk melantik penasihat hartanah

    bebas untuk membantu mengkaji ekspresi minat yang diterima terhadap tanah-tanah

    syarikat di Air Itam dan Pulau Indah.

    1MDB secara aktif mencari pelbagai pilihan berkenaan penjanaan wang (monetisation)

    Edra Energy dan, seperti yang yang dilaporkan dalam media, telah mendapat sambutan

    yang menggalakkan daripada pelabur berpotensi di Malaysia dan di luar negara.

    Apabila digabungkan, langkah-langkah ini akan membolehkan kami untuk mengurangkan

    hutang 1MDB secara signifikan, dan memastikan nilai maksimum akan dijana untuk

    pemegang saham 100% kami, iaitu Kerajaan Malaysia.

  • Page 4 of 4

    Mengenai 1MDB

    1MDB merupakan sebuah syarikat pembangunan strategik milik penuh Kerajaan Malaysia. 1MDB

    memacu inisiatif pasaran untuk membantu mentransformasikan Malaysia kepada negara berekonomi maju

    yang kompetitif, inklusif dan mampan. 1MDB menjalinkan kerjasama global melalui usaha sama dengan

    memberi tumpuan kepada projek-projek berimpak tinggi. Untuk maklumat lanjut mengenai 1MDB, sila

    layari www.1mdb.com.my.

    http://www.1mdb.com.my/