hijrah dalam islam

20
Hasil Kajian 1.0 Pendahuluan Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak maju. Kebanyakkan orang Arab mengamalkan penyembahan berhala dan ada sesetengahnya merupakan pengikut agama Kristian dan Yahudi yang berleluasa pada ketika itu. Mekah ialah tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu kerana di situ tempat terletaknya kaabah bagi umat Islam. Berkisar tentang kehidupan Nabi, Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Makkah dalam Tahun Gajah iaitu pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 20 April (570 atau 571 Masihi). Baginda merupakan seorang anak yatim apabila ayahnya Abdullah bin Abdul Muttalib meninggal semasa beliau masih dalam kandungan dan ibunya pula Aminah binti Wahab meninggal dunia semasa beliau baru berusia 7 tahun. Kemudian beliau dijaga oleh datuknya iaitu Abdul Muthalib. Setelah datuknya meninggal baginda dijaga pula oleh bapa saudaranya iaitu Abu Talib. Baginda kemudiannya berkahwin dengan Siti Khadijah semasa beliau berusia 25 tahun dan menjalani kehidupan yang baik. Baginda pernah menjadi penggembala kambing ketika berusia muda lagi yang telah banyak memberi pengalaman kepada Nabi terutamnya dalam bidang perniagaan. Selain itu, baginda merupakan seorang yang sangat amanah semasa terutamanya apabila diberi tanggungjawab. Nabi bersama-sama Khadijah dalam menjalankan perniagaan wanita yang terhormat itu sehinggakan Nabi pernah diangkat menjadi hakim di Mekah melalui nilai-nilai baik yang ditunjukkan oleh Nabi sepanjang hidupnya. 1

Upload: oliver-oscar-chong

Post on 14-Dec-2015

25 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

sejarah islam

TRANSCRIPT

Page 1: hijrah dalam islam

Hasil Kajian

1.0 Pendahuluan

Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak

maju. Kebanyakkan orang Arab mengamalkan penyembahan berhala dan ada

sesetengahnya merupakan pengikut agama Kristian dan Yahudi yang berleluasa pada

ketika itu. Mekah ialah tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu kerana di situ tempat

terletaknya kaabah bagi umat Islam.

Berkisar tentang kehidupan Nabi, Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Makkah

dalam Tahun Gajah iaitu pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 20 April (570 atau

571 Masihi). Baginda merupakan seorang anak yatim apabila ayahnya Abdullah bin

Abdul Muttalib meninggal semasa beliau masih dalam kandungan dan ibunya pula

Aminah binti Wahab meninggal dunia semasa beliau baru berusia 7 tahun. Kemudian

beliau dijaga oleh datuknya iaitu Abdul Muthalib. Setelah datuknya meninggal baginda

dijaga pula oleh bapa saudaranya iaitu Abu Talib. Baginda kemudiannya berkahwin

dengan Siti Khadijah semasa beliau berusia 25 tahun dan menjalani kehidupan yang

baik. Baginda pernah menjadi penggembala kambing ketika berusia muda lagi yang

telah banyak memberi pengalaman kepada Nabi terutamnya dalam bidang perniagaan.

Selain itu, baginda merupakan seorang yang sangat amanah semasa terutamanya

apabila diberi tanggungjawab. Nabi bersama-sama Khadijah dalam menjalankan

perniagaan wanita yang terhormat itu sehinggakan Nabi pernah diangkat menjadi

hakim di Mekah melalui nilai-nilai baik yang ditunjukkan oleh Nabi sepanjang hidupnya.

Namun, Nabi tidak menggemari suasana Mekah yang penuhi dengan masyarakat yang

mempunyai masalah sosial yang tinggi. Sebagai contohnya, memperdagangkan

berhala, masyarakat Jahilliah turut menanam bayi-bayi perempuan berlaku berleluasa

di Mekah yang menjadi satu cara hidup dalam kehidupan masyarakat dahulu kerana

mereka mengangap bahawa bayi perempuan merupakan satu perkara yang boleh

menjatuhkan maruah keluarga mereka. Oleh yang demikian, Nabi banyak

menghabiskan masa mencari ketenangan di gua Hira'. Sehinggalah ketika Nabi

Muhammad s.a.w. berusia lebih kurang 40 tahun, Nabi telah didatangi oleh Malaikat

Jibril a.s. Selepas beberapa ketika baginda mengajar ajaran Islam secara tertutup

kepada rakan-rakan terdekatnya dan seterusnya secara terbuka kepada seluruh

penduduk Mekah.

1

Page 2: hijrah dalam islam

Nabi Muhammad telah menyebarkan Islam di Mekah selama 13 tahun, tetapi

penduduknya bukan hanya tidak mahu menerimanya malahan mereka dengan

sekeras-kerasnya menentang sehinggalah baginda pernah diugut untuk dibunuh.

Walau bagaimanapun pembunuhan tersebut gagal kerana pada malam mereka

mengepung rumah baginda itu, baginda dengan pertolongan Allah dapat melepaskan

diri dari kepungan dan terus berhijrah ke Madinah.

Oleh yang demikian, pada tahun 622 masihi, baginda dan pengikutnya berhijrah

ke Madinah atas ajakan daripada penduduk di Madinah melalui perjanjian yang telah

dijanjikan. Peristiwa ini dipanggil Hijrah. Semenjak daripada peristiwa itu bermulalah

Kalendar Islam Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad s.a.w.

memenangi banyak pertempuran walaupun ada di antaranya tentera Islam tewas.

Lama kelamaan pengaruh orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya menawan an

membuka Kota Mekah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.,

seluruh Semenanjung Arab berada di bawah penguasaan orang Islam. Oleh yang

demikian tugasan kali ini akan menyentuh berkaitan dengan peristiwa hijrah dalam

Islam dalam pelbagai aspek yang penting yang menjadi satu peristiwa penting kepada

seluruh umat Islam.

2.0 Konsep Hijrah Dari Sudut Istilah dan Bahasa

Secara umumnya, hijrah dari segi bahasa bererti perpindahan dari satu tempat ke satu

tempat yang lain. Manakala dari segi sejarah peristiwanya pula, hijrah bermaksud

perpindahan Nabi dan umat Islam dari kota Mekah ke Kota Madinah yang berlaku pada

622 Masihi dahulu yang mana peristiwa ini telah menjadi satu titik peralihan dalam

kehidupan Nabi dan juga perkembangan agama Islam itu sendiri di tanah Arab. Hijrah

telah membawa banyak perubahan dan suasana baru kepada perkembangan agama

Islam.

Dari segi istilah, perkataan hijrah berasal daripada perkataan bahasa Arab ha-ja-ra

yang bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain ataupun berpindah

dari satu keadaan kepada keadaan yang lebih baik. Melihat kepada tahun dalam

agama Islam adalah bermula daripada tahun Hijrah hasil daripada kesan perisitwa yang

cukup berhikmah kepada seluruh umat Islam. Hadis Abdullah bin Habsyi pernah

menyebut bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa : “Orang yang berhijrah

ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.” Hal ini dibuktikan

2

Page 3: hijrah dalam islam

apabila kedatangan Nabi Muhammad ke Madinah adalah merupakan suatu rahmat

yang paling besar kepada seluruh penduduk-penduduk Madinah.

Oleh itu, adalah penting untuk seluruh umat Islam mengingati makna dan kepentingan

hijrah itu sendiri kerana hijrah adalah salah satu peristiwa yang penting dalam sejarah

Islam apabila penhijrahan Nabi Ke Madinah bukan sahaja memberikan mereka seorang

ketua dan pemimpin yang berkebolehan tinggi, akan tetapi ia telah membantu dalam

menyelesaikan pergolakan dalam Madinah itu sendiri. Pernyataan ini disokong Muhd

Bukhari Lubis, 1981 yang mengatakan bahawa hijrah merupakan suatu perjuangan

untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan dan kejahatan. Hijrah

secara amnya dilambangkan dengan semangat ingin berubah dan perubahan ini boleh

berlaku dalam pelbagai keadaan seperti perubahan dari segi sikap, cara berfikir dan

tingkah laku.

Maka itu, tidak hairanlah jika Khalifah Umar memilih hijrah untuk menjadikannya

sebagai permulaan kalendar atau tahun Islam apabila agama Islam dikatakan

mendapat cahaya baru melalui peristiwa ini. Secara fizikal, hijrah adalah perjalanan dari

satu bandar ke bandar lain demi mengubah sesuatu yang buruk kepada sebuah

kehidupan yang lebih baik. Bagaimanapun, apa yang lebih penting ialah ia

menandakan permulaan satu era, satu tamadun, satu budaya dan satu sejarah baru

bagi umat manusia. Islam berkembang bukan sahaja kerana hijrah secara fizikal, akan

tetapi juga kerana umat Islam memandang serius terhadap semua aspek dan dimensi

peruabahan yang banyak membantu perkembangan agama Islam di seluruh dunia. Hal

ini terbukti apabila Rasulullah s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah, baginda tidak

sahaja berpindah tempat tinggal atau bermastautin di sebuah kota baru, malah baginda

juga mengubah segala aspek kehidupan di kota yang didatanginya itu iaitu Madinah.

Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita mempelajari dan merenung perubahan

yang terjadi di Madinah sejak berlakunya penghijrahan Rasulullah s.a.w itu kerana

terdapat banyak pengajaran yang boleh kita pelajari dan menjadikannya panduan

dalam hidup kita 

Dalam konteks yang lebih luas pula, hijrah difahami sebagai perpindahan dari suatu

keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran

bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar. Pernyataan ini

3

Page 4: hijrah dalam islam

juga oleh tokoh Ibn al-Qayyim Rahimahullah yang mengatakan bahawa hijrah kepada

Allah ialah dengan meminta, mencintai, menghambakan diri, bertawakal, takut dan

mengharap hanya kepada-Nya untuk kehidupan yang lebih baik mengikut ajaran Islam. 

Namun demikian, hijrah dalam konteks barat pula mengatakan bahawa hijrah

Rasulullah s.a.w itu hanyalah semata-mata untuk memperolehi kesenangan dan

mengelakkan penderitaan. Antara dakwaan mereka ialah hijrah itu berlaku disebabkan

Rasulullah s.a.w tidak lagi diterima dalam kalangan masyarakat Arab Mekah. Maka

sebab itulah Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah bertujuan untuk mencari tempat

yang baru iaitu untuk kehidupan yang lebih senang. Bukan itu sahaja, orang Barat turut

menganggap bahawa hijrah tersebut merupakan pelarian iaitu pelarian Nabi bagi

melepaskan tanggungjawabnya untuk hidup lebih selesa di Kota Madinah. Akan tetapi,

pernyataan ini disangkal apabila penghijrahan Nabi adalah berdasarkan kepada

jemputan orang Islam Madinah melalui perjanjian Aqabah pertama dan perjanjian

aqabah yang kedua iaitu pemimpin-pemimpin Khazraj dan Aus sentiasa bersedia

dalam memberi bantuan dan sokongan penuh kepada Nabi apabila Nabi berpindah ke

Madinah.

Bagaimanapun dalam konteks hari ini, hijrah yang disambut setiap tahun pula lebih

kepada memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah dan sahabat dari kota Makkah

al-Mukarramah ke kota Madinah al-Munawwarah. Peristiwa hijrah tersebut menyingkap

satu perjuangan yang begitu penting dan bermakna kepada setiap umat Islam.

Keadaan ini bermakna Nabi berhijrah bukan untuk lari atau meninggalkan medan

perjuangan, sebaliknya meneruskan perjuangan yang lebih panjang lagi dalam misi

mengembangkan agama Islam. Malah, hijrah juga memberikan harapan dan

membayangkan keberhasilan perjuangan pada masa hadapan. Justeru, hijrah adalah

tonggak perjuangan yang sangat bermakna. Dalam erti kata lain, hijrah itu berlaku atas

dorongan iman yang kuat dan suci. Tanpa iman, pasti mereka akan berasa berat untuk

meninggalkan keluarga, sanak saudara, kampung halaman dan kota kelahiran. Namun,

demi mempertahankan cita-cita luhur yang lahir daripada iman kepada Allah dan Rasul-

Nya, ia menguatkan semangat mereka untuk berhijrah. Mereka juga menyedari bahawa

tanpa pengorbanan dan perjuangan kental, hasrat atau cita-cita murni itu pasti terkubur.

Justeru, mereka bersiap sedia untuk berjihad dengan ikhlas kerana Allah. Mereka

berhijrah demi memenuhi panggilan iman mempertahan dan mencapai cita-cita murni

itu. Mereka menghadapi apa sahaja rintangan, tekanan dan pelbagai kesulitan dalam

4

Page 5: hijrah dalam islam

perjalanan jihad itu dengan penuh sabar, tabah dan keteguhan hati. Pendek kata, hijrah

Nabi dan sahabatnya bukan bererti menjadi orang yang kalah atau tersingkir. Hijrah

yang penuh tentangan dan halangan itu memberi mereka peluang untuk meraih

kemenangan.

3.0 Kesan Peristiwa Penghijrahan Nabi Muhammad dari Makkah ke Madinah

dalam Tamadun Islam

Seperti mana yang kita ketahui, hijrah telah banyak membawa perubahan penting

dalam tamadun Islam yang mana ia telah memberi kesan yang banyak membantu

masyarakat Islam untuk membangun dari pelbagai aspek. Antara kesan yang dapat kita

lihat adalah:

Politik

Penghijrahan Nabi Muhamad telah memberi satu kesan yang cukup bermakna apabila

ia telah membina satu tradisi baru dalam peradaban manusia yang sebelumnya tidak

ada dalam kebudayaan bangsa Arab. Hal ini dibuktikan apabila kelahiran kerajaan

Islam Madinah di Jazirah Arab telah membawa revolusi rohaniah dan pemikiran yang

menyaksikan pembinaan tatacara baru dunia yang diasaskan kepada kekuatan moral

dan agama dalam membentuk etika hubungan baru dalam kalangan masyarakat.

Kesan hijrah Nabi Muhamad telah menyebabkan berlakunya perubahan politik Islam

yang amat drastik sekali apabila ia telah mengubah satu dasar politk Islam daripada

negatif ke satu pentadbiran politik Islam yang meluas yang mana terbuktinya dalam

Piagam Madinah yang menjadi satu panduan kepada seluruh rakyat Madinah pada

ketika itu.1 Hal ini dibuktikan apabila Nabi berada di Mekah pada dahulunya, Nabi

hanya bersabr ketika menerima berbagai tekanan dan kezaliman, akan tetapi sesudah

hijrah Nabi bangun menentang kezalimanan dengan kekerasan. Sekatan dan

gangguan terhadap kabilah perdagangan Qurais yang datang dari Syria akhirnya telah

menyebabkan peperangan seperti peperangan Badar, uhud, Ahzab dab lain-lain telah

membawa kejayaan Islam menawan kota Mekah pada tahun 8H. Namun itu, apa yang

penting adalah dengan penghijrahan Nabi ke Madinah maka sebuah negara Islam telah

terbentuk di Madinah yang lengkap mempunyai rakyat, daerah yang diperintah,

perlembagaan dan pemerintah iaitu negara Islam inilah yang terus diwarisi oleh umat

Islam kemudiannya yang akhirnya telah menjadi sebuah empayar Islam yang tersebar

5

Page 6: hijrah dalam islam

luas serta berjaya menewaskan kuasa bersar dunia pada ketika itu iaitu Parsi dan Rom

Timur.

Piagam Madinah yang dibentuk oleh Nabi yang merupakan sebuah piagam yang adil

kepada setiap golongan lapisan masyarakat menjadi perlembagaan pertama di dunia

dan ia memberi kesan kepada politik seluruh dunia iaitu menjadi panduan kepada

sesebuah negara apabila dengan adanya piagam Madinah maka sebuah negara Islam

yang berdaulat dapat dilaksanakan dengan adanya undang-undang Islam sepenuhnya.

Keadaan ini dibuktikan apabila undang-undang tersebut mengutarakan konsep sistem

keadilan. Malahan, ia turut menjadi contoh kepada seluruh negara pada ketika itu iaitu

undang-undang Islam merupakan sebuah undang-undang yang adil. Keadaan ini

bermakna bahawa hijrah telah menyebabkan peranan Islam dalam bidang politik

menjadi amat penting kerana ternyata hijrah menjadi satu titik tolak perubahan ataupun

satu era baru dalam mempengaruhi arena politik dunia pada ketika itu. Bukan itu

sahaja, dari sudut Madinah itu sendiri, berbagai keturunan penduduk Madinah juga

dapat disatukan dalam sebuha negara buat kali pertamanya yang melibatkan kaum

Khazraj, Aus, Yahudi, Ansar dan lain-lain lagi dibawah kepimpinan Nabi Muhamad.

Kerangka politik Islam ditakrifkan sebagai Siyasah Ilahiyyah qa Inabah Nabawiyyah

yang menginsafi segala kekuasaan adalah Allah SWT. Ia menzahirkan pandangan

hidup yang penting yang mempertahankan kesetiaan kepada Allah dan para Rasul

pada keadilan dan pemerintahan yang seimbang.

Ketenteraan

Bukan itu sahaja, hijrah juga telah menyebabkan terbentuknya satu pasukan

ketenteraan Islam yang kuat bagi menghadapi musuh dan menjaga keselamatan

negara Madinah. Dari semasa ke semasa, tentera Islam ini sering kali diperkuatkan dan

diperbesarkan hingga akhirnya mereka berjaya menentang mushrikin Mekah di medan

perang Badar pada tahun 2H, perang Uhud ada tahun 3H, perang Ahzab pada tahun

5H dan akhir sekali tentera Islam ini telah berjaya menawan Kota Mekah dari

kekuasaan musyrikin Mekah pada tahun 8H. Tentera Islam itulah juga yang digerakkan

oleh Nabi untuk menentang ancaman Rom di Ghassa yang mana kemudiannya

diteruskan usaha tersebut oleh Khalifah Abu Bakar sesudah wafatnya Nabi. Kesannya,

ia telah membuktikan bahawa tentera Islam turut merupakan salah satu ketenteraan

6

Page 7: hijrah dalam islam

yang kuat pada masa itu yang telah banyak membuktikan kekuasaan Islam melalui

perang-perang seperti Al-Azhab dan perang khandak.2

Hijrah turut memberi kesan kepada perjuangan ketenteraan Islam mengikut konteks

agama Islam itu sendiri apabila umat Islam hanya berperang apabila negara dan

maruah diri diancam yang dibuktikan dalam ayat al-Quran melalui Surah al-Baqarah

ayat 190. Melalui ayat tersebut maka jelas menunjukkan Allah SWT membenarkan

berperang sekiranya diserang oleh pihak musuh. Walau bagaimanapun, tentera Islam

memegang satu etika perang yang sebelum ini tidak pernah wujud apabila mereka

hanya dibenarkan untuk berperang dengan tujuan mempertahankan diri sahaja apabila

diserang oleh musuh. Selain itu juga, peperangan mengikut Islam juga tidak boleh

memerangi musuh yang tidak memiliki kekuatan dan daya usaha seperti kanak-kanak,

kaum wanita, orang cacat atau paderi atatu pendeta. Bukan itu sahaja, tentera Islam

juga dilarang untuk melakukan sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh

seperti tidak boleh mencencang mayat atau musuh yang terbunuh. Di samping

dikehendaki memberi layanan yang baik kepada terhadap tawanan perang dan

bukannya menyeksa. Oleh yang demikian, hijrah Nabi telah memberi suatu konsep

baru yang berkaitan dengan peperangan yang menjadi dicontohi oleh tamadun Islam

selepas ini kerana agama Islam merupakan satu agama yang damai dan cinta akan

keamanan. Pendek kata, Islam tidak menggalakkan peperangan dan melarang

sebarang pencerobohan ke atas wilayah atau negara lain tanpa mempunyai sebab

yang munasabah.

Perkembangan Agama

Hijrah juga telah menyebabkan pengaruh Islam mudah tersebar bukan sahaja di Tanah

Arab, tetapi juga ke negeri-negeri luar Tanah Arab. Setelah Nabi berhijrah ke Madinah,

penduduk-penduduk Madinah turut mengikut Nabi untuk memeluk Islam yang

dibuktikan daripada pengislaman orang-orang Yahudi seperti Abdullah b. Salul dan

para pengikutnya.3 Penduduk-penduduk Mekah yang menentang kuat Islam juga

kelihatan lebih memahami perjuangan Nabi yang sebenarnya. Selain itu juga, Madinah

turut menjadi pusat penyebaran agama islam secara langsung menyebabkan agama

Islam dapat dengan pesat dan meluas ke seluruh nusantara pada ketika itu. Orang-

orang Islam juga boleh beribadat dengan lebih terbuka dan selesa berbanding berada

di Mekkah dahulu. Keadaan ini secara tidak langsung dapat memperkuatkan keimanan

setiap umat Islam di negara ini.

7

Page 8: hijrah dalam islam

Maka sebab itulah mereka dengan mudahnya menarik ramai masyarakat untuk

memeluk Islam secara sukarela ketika kota Mekah ditawan oleh tentera Islam pada

tahun 8H. Setelah hijrah juga, Nabi berkesempatan mendakwahkan Islam ke negara-

negara luar iaitu sesudahnya termenterainya perjanjian Hudaibiyah pada tahun 6H.

Nabi telah melantik beberapa orang sahabat untuk menyampaikan surat-surat seruan

Islam kepada ketua-ketua beberapa negara iaitu Ke Rom, Parsi, Bahrain, Yamamah,

Ghassan dan Mesir. Keadaan ini bermakna bahawa Nabi bukan sahaja berkesempatan

memperkenalkan Islam ke luar negeri akan tetapi Nabi turut daptat menjalinkan

hubungan diplomatik dengan negara tersebut. Oleh yang demikian, bermula daripada

hijrah ke Madinah, Islam mula tersebar dengan mudah dan luas ke seluruh Tanah Arab

berbanding semasa Nabi berada di Mekah dahulu. Oleh yang demikian dapatlah kita

simpulkan bahawa hijrah telah menjadi satu faktor penting kejayaan dakwah Islamyang

menjadi titik perubahan dalam hidup Nabi setelah hijrah.

Sosial

Hijrah turut menjadi faktor penting terhadap perubahan dan pembentukan sosial Islam

di Madinah. Sebgaimana yang telah dijelaskan, hijrah berjaya menyatukan seluruh

penduduk Madinah di bawah sebuah panji negara Islam. Keadaan ini bermakna

bahawa satu perubahan politik dan sosial yang besar telah berlaku dalam kalangan

penduduk Madinah itu dan umat Islam sendiri khasnya. Satu masyarakat Islam yang

mencerminkan keunggulan ajaran sosial Islam telah terbentuk. Nilai-nilai sosial dan

akhlak Islam telah dapat dipraktikkan oleh penduduk Islam Madinah. Kaum Khazraj dan

Aus dapat hidup aman dan damai. Mereka bersatu padu dalam semangat ukhwah

Islam dan persaudaraan Islam dengan orang-orang muhajirin. Terbentuklah

masyarakat Islam Madinah yang mengutamakan dan mengamalkan ciri-ciri keadilan,

persamaan taraf, tolong menolong, hormat menghormati dan sebagainya. Suasana

keharmonian di Madinah dapat diwujudkan bukan hanya dalam kalangan masyarakat

Islam tetapi juga dalam kalangan semua penduduknya termasuklah kaum Yahudi. Di

bawah Perlembagaan Madinah itu, orang-orang Yahudi diberi hak-hak sosial yang

paling baik dan adil.

Malahan itu, ia turut dapat menanamkan nilai-nilai murni yang berpandukan kepada

ahlak dan aqidah sebagai seorang umat Islam iaitu memegang konsep sebuah ummah

yang kuat melalui amalan hidup bermasyarakat secara harmoni tanpa adanya

8

Page 9: hijrah dalam islam

penindasan kepada mana-mana bangsa. Segala perubahan sosial yang berlaku adalah

menjadi asas kemajuan dan perkembangan sosial Islam di zaman kemudiannya.

Ekonomi

Hijrah juga menjadi faktor penting terhadap perubahan-perubahan dan kemajuan

ekonomi umat Islam di Madinah itu khasnya dan semua penduduk Madinah amnya.

Dengan terbentuknya sebuah negara Islam Madinah yang diketuai oleh Nabi telah pun

berjaya menyelesaikan masalah-masalah politik, agama, sosial dan tidak tertinggal juga

kepada masalah ekonomi Madinah itu sendiri. Sistem ekonomi Islam diperkenalkan

yang melibatkan aspek jual beli, pengharaman riba dan rasuah dapat dibendung

dengan adanya undang-undang melalui piagam Madinah.4 Secara tidak langsung,

peniaga-peniaga kecil diberi peluang untuk menjalankan perniagaan tanpa ditindas

oleh pedagang-pedagang yang besar.

Walaupun pada mulanya orang-orang Muhajirin menghadapi kesulitan ekonomi akibat

dari hijrah, namun sesudah terbentuknya negara Islam tersebut masalah ekonomi

mereka dapat diatasi juga akhirnya. Bukan sahaja bantuan-bantuan dari orang-orang

Ansar yang dapat menolong memperbaiki keadaan ekonomi Muhajirin tetapi juga

kerana adanya langkah-langkah yang telah dihalankan oleh kerahaan Islam Madinah

itu sendiri. Nabi yang mempunyai pengalaman dalam bidang perdagangan itu sentiasa

menggalakkan umat Islam untuk berusaha dan benriada di samping bercucuk taman.

Keadilan ekonomi dapat diaturkan sebagaimana yang diajarkan oleh Islam. Akhirnya

ekonomi Madinah yang pada asalnya dimonopoli oleh Yahudi dapat diperbetulkan dan

umat Madinah dapat merasai kebebasan dan kemajuan di bawah naungan negara

Islam. Kedudukan ekonomi Islam menjadi lebih kukuh bukan sahaja di Madinah akan

tetapi turut di serantau Tanah Arab apabila Madinah mempunyai kawasan pertanian

yang sesuai serta kedudukan Maidnah yang strategik untuk perdagangan keran terletak

di tengah-tengah laluan antara Makkah dan Syam. Akhinrya, hijrah telah menyebabkan

kedudukan ekonomi Islam semakin kukuh dan seimbang di Tanah Arab yang

menjadikan masyarakat hidup lebih senang dan makmur serta membawa kestabilan

dan kemajuan kepada Tanah Arab itu sendiri.5

9

Page 10: hijrah dalam islam

4.0 Kepentingan Hijrah dalam Proses Pembangunan Masyarakat

Seperti yang telah diterangkan pada awalnya hijrah membawa maksud perpindahan

yang mana perpindahan tersebut merupakan suatu rahmat yang besar bukan sahaja

kepada penduduk Madinah, malahan turut kepada seluruh perkembangan tamadun

Islam selepas itu. Oleh yang demikian, hijrah membawa kepada kepentingan yang

sangat besar dalam proses pembangunan masyarakatdan diri terutamanya kepada

masyarakat pada hari ini. Kepentingan hijrah dalam proses pembangunan masyarakat

dalam dilihat dalam beberapa sudut. Antaranya ialah

Pegangan Agama Islam

Era globalisasi pada hari ini banyak memperlihatkan masyarakat negara kita

terutamanya golongan muda yang merupakan bakal pemimpin negara lebih

mengagungkan manusia seperti artis-artis, mengagungkan harta, kedudukan lebih

daripada mengagungkan Allah SWT sebagai pegangan ataupun idol utama mereka.

Hal ini dibuktikan apabila sikap umat Islam yang lebih kepada pengaruh barat dengan

mencontohi kehidupan yang lebih bebas yang tidak berpegang kepada akidah Islam.

Keadaan inilah yang menjadi asas kepada berlakunya kerosakan akhlak masyarakat

kini yang terjerumus dalam pelbagai cara hidup yang negatif dan tidak bermoral. Oleh

itu, setiap umat Islam haruslah merenung kembali hijrah yang dilakukan oleh Nabi

dahulu yang mana hijrah Nabi telah membantu ajaran agama Islam yang berlandaskan

kepada nilai-nilai murni dapat berkembang dengan baik iaitu menjauhi diri dengan

aktiviti yang boleh merosakkan hubungan dengan Allah SWT. Jelas kepentingan hijrah

dalam pembangunan masyarakat adalah penting agar dapat mendidik setiap umat

Islam supaya patuh , menyerah dan menyembah kepada Allah serta taat kepada ajaran

Islam yang didasarkan kepada panduan Al-Quran dan As-Sunnah. Berasaskan

kekuatan aqidah yang ada dalam diri setiap umatnya maka terbinalah sebuah

masyarakat Islam yang kukuh dalam mentaati perintah dan larangan Allah. Oleh itu,

kita dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai pegangan agama yang kuat dalam

menjalankan kehidupan harian dengan cara Islam itu sendiri untuk mewujudkan sebuah

masyarakat yang harmoni dan aman.

10

Page 11: hijrah dalam islam

Perubahan Tingkah Laku Manusia

Pada zaman kini, masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat masa kini

merupakan salah satu isu yang amat meruncingkan kepada negara kita. Cabaran

akhlak yang paling ketara masa kini ialah krisis identiti diri dalam semua peringkat

umur. Di mana kita sering dilaporkan tentang keruntukan akhlak remaja, sumbang

mahram oleh golongan dewasa dalam keluarga, kekeruhan hubungan antara jiran

tetangga, masyarakat atau  hubungan diplomatik antara negara . Jelas kekurangan

peratus nilai murni akhlak semakin susut selari dengan perkembangan global dunia

tanpa sempadan dan teknologi tinggi yang boleh disalurkan dari rumah ke rumah

dengan hanya memetik butang dan peristiwa negatif terpampang jelas di depan mata

jika tidak ditangani secara sihat. Oleh itu, perkara ini haruslah dibendung.

Pelbagai pihak dalam masyarakat negara atau dunia harus berganding bahu dan

bersatu untuk membendung kemusnahan akhlak manusia yang semakin merencam

kedamaian sejagat sebagaimana firman Allah  dalam surah Ali Imran, ayat 104 yang

kira-kira bermaksud :”Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang

menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari

kemungkaran.

Kekeluargaan

Individu dan masyarakat haruslah mempunyai ketekadan dan komitmen untuk

melakukan perubahan dalam pola pembangunan keluarga. Keluarga disebutkan secara

khusus kerana keluarga merupakan institusi terpenting untuk melakukan perubahan-

perubahan dalam kehidupan sosial kemasyarakatan. Gagalnya institusi keluarga

merupakan kegagalan dalam institusi kemasyarakatan yang lebih luas. Kalau selama

ini, sebahagian umat Islam terlalu “materialistic minded” dalam membangun kehidupan

keluarganya, mungkin sudah masanya dilakukan perubahan yang lebih seimbang

antara material dan spritual. Jika umat Islam terlalu termotivasi untuk mendidik anak ke

peringkat tertinggi dalam bidang akademik, kini masanya keseimbangan pendidikan

tertinggi itu diselaraskan dengan pendidikan rohani.  Pengisian hijrah ke arah

kehidupan keluarga Islamik yang sebelumnya dinodai oleh kekaburan dunia akan

merubah konsepsi masyarakat bukan Islam kepada cara hidup Islam yang sebenar

berlandaskan aqidah, ibadah, akhlak dan perundangan. 

11

Page 12: hijrah dalam islam

Akal Budi

Akal budi adalah berperanan untuk memurnikan sistem pemikiran dan persepsi

seorang muslim kepada penggunaan akal secara maksimum melalui kemampuan

intelektual dalam membezakan perkara baik dan buruk, halal atau haram dan

sebagainya.  Penyalahgunaan akal kepada sesuatu yang tidak boleh dimanfaatkan

akan menghadirkan implikasi yang besar kepada pandangan umum terhadap sesuatu

perkara yang akhirnya diikuti tanpa dirujuk secara waras. Contohnya melihat cara

hidup barat dalam pergaulan dan berpakaian serta cenderung untuk mengikutinya

tanpa memikirkan kesan disebalik cara tersebut yang boleh meruntuhkan akhlak dan

tanpa disedari terjebak dalam sebuah penjajahan baru yang dipanggil “intellectual

colonization” – penjajahan intelektual yang banyak menagung-agungkan orang luar. 

  

 Begitulah antara kepentingan hijrah daripada banyak cabaran lain yang tidak dapat

diungkapkan di sini yang perlu diberi perhatian agar iktibar hijrah baginda Rasul saw

yang lalu dapat digunakan untuk memimpin generasi manusia kini dan akan datang

supaya tidak lari lebih jauh dari ajaran Islam sebenar seimbang dengan kemodenan

cara hidup yang sedia ada iaitu kehidupan yang tidak melanggar perintah Allah. 

Sikap Toleransi

Bukan itu sahaja, kepentingan hijrah juga memberi pengajaran kepada kita betapa

pentingnya sikap toleransi kaum dan tolong-menolong boleh melahirkan masyarakat

cemerlang dalam kehidupan kita. Dalam konteks hijrah ke Madinah, orang Madinah

telah memberikan bantuan yang besar kepada orang Islam Makkah yang berhijrah.

Mereka sanggup memberikan tempat tinggal, menyediakan makanan dan keperluan

asas yang lain, serta menerima orang Islam Makkah sebagai saudara dan sebahagian

daripada masyarakat Madinah. Oleh itu, sikap sanggup berkorban, bekerjasama, dan

tolong-menolong untuk membangunkan negara harus tersemat dalam jiwa kita dan

keadaan ini banyak mempengaruhi masyarakat Islam pada hari ini yang mana nilai-nilai

tersebut haruslah ada apa diri setiap umat Islam untuk hidup dalam keadaan yang lebih

harmoni walaupun terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa hasil daripada peristiwa

hijrah hijrah daripada Nabi dahulu.

12

Page 13: hijrah dalam islam

Malahan, peristiwa hijrah ini telah memperlihatkan bahawa wanita juga dapat

memainkan peranan penting dalam kehidupan selain sebagai suri rumah untuk

menggerakkan kemajuan sesebuah negara. Contohnya, puteri Abu Bakar Al-Siddiq,

Asma’. Beliau telah berjaya membantu perjuangan Nabi Muhammad S.A.W apabila

beliau dengan beraninya telah menghantar makanan dan menyampaikan berita tentang

gerakan orang Quraisy kepada Nabi Muhammad S.A.W di Gua Thur walaupun

menyedari tindakannya berbahaya serta laluan ke Gua Thur berliku dan berbatu besar.

Keadaan ini juga telah membuktikan kepada seluruh masyarakat bahawa wanita juga

mempunyai hak dalam membuat keputusan dan sebagainya sehinggalah dalam

menjadi seorang pemimpin,

Selain itu, Nabi tidak pernah berputus asa apabila menempuh kegagalan. Sifat positif

ini patut dicontohi dalam setiap lapisan masyarakat kini agar menjadi seorang umat

Islam yang sentiasa ingin memajukan diri.

Dalam pada itu, kita boleh ambil pelajaran melalui peristiwa hijrah bahawa pentingnya

seseorang pejuang dalam mengikhlaskan niat dalam membantu usaha didalam

dakwah.  Penghijrahan yang dilakukan oleh para Sahabat bersama Muhammad SAW

adalah ikhlas untuk menegakkan ajaran suci Islam – kebebasan, kebenaran, keadilan

tanpa memikir ganjaran kebendaan, kedudukan, nama dan gelaran. Apa yang paling

diharapkan hanyalah keredhaan dan rahmat Allah SWT jua. 

13

Page 14: hijrah dalam islam

5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, hijrah telah banyak memberi kepentingan dan panduan kepada proses

pembangunan masyarakat pada zaman dahulu sehinggalah pada hari ini. Ia juga telah

banyak memberi pengajaran penting kepada seluruh umat Islam sehinggalah ke hari

ini. Hal ini demikian kerana jika kita benar-benar mengimani wahyu Allah sudah tentu

kita mempunyai sikap optimis terhadap perubahan kehidupan daripada yang buruk

kepada yang baik dan juga sentiasa menjadi iktibar kepada setiap umat Islam akan

datang supaya lebih terpimpin ke jalan yang benar dan jalan yang diredhai Allah.

Akhirnya pula, perjuangan Nabi Muhamad yang berasaskan kepada hijrah pada

awalnya merupakan salah satu sejarah peristiwa yang penting kepada setiap umat

Islam dalam melahirkan suatu peradaban manusia yang berpegang kepada ajaran

agama Islam serta menyebabkan agama Islam tersebar ke seluruh dunia sehinggalah

hari ini.

14