soalan 1 · web view... sejarah penjelajahan dan penerokaan umat islam”.jelaskan kaitan antara...

27
Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam www.mrazman.co.cc TEMA 7 (PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN) 1. Hijrah Nabi Muhammad s.a.w dari Mekah ke Madinah merupakan contoh utama bagi sejarah penjelajahan dan penerokaan umat Islam”.Jelaskan kaitan antara hijrah Nabi Muhammad s.a.w dengan sejarah penjelajahan dan penerokaan dalam Tamadun Islam. Pengenalan a) Maksud hijrah ialah perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah. b) Hijrah merupakan titik permulaanTamadun Islam. c) Hijrah Nabi s.a.w bukan kerana takut tetapi atas perintah Allah s.a.w. d) Hijrah merupakan strategi baru dalam penyebaran Islam> e) Kepentingan kepada perkembangan Islam serta permulaan calendar Islam. Isi 1. Kepentingan politik: Umat Islam bebas menyebarkan dakwah Memudahkan lagi penyebaran Islam dengan kuasa poilitik. berjaya membebaskan masyarakat dari belenggu Rom dan Parsi dan dalam tempoh tidak sampai satu abad umat islam telah berjaya mendirikan sebuah empayar yang besar. 2. Kepentingan ekonomi Menghapuskan ekonomi barat yang menindas golongan yang lemah. Mengelakkan monopoli perdagangan bagisatu-satu pihak sahaja. Ekonomi islam semakin mantap dan kukuh. menggalakkan umatnya berusaha dan bekerja untuk mendapat rezeki yang halal 3. Kepentingan Sosial Masyarakat bebas untuk memeluk Islam tanpa penyiksaan dan gangguan Hijrah juga dapat menghapuskan sistem kasta yang diamalkan dalam masyarakat.pada zaman Jahiliyah dan diganti dengan nilai murni berasaskan akidah ,. Syariah dan akhlak Hidup berpuak-puak diganti dengan hidup social yang bersatu pau dalam bentuk ummah. Pemberian hak dankebebasan tanpa mengira agama , kaum dan keturunan 4. Kepentingan pelayaran dan geografi mendorong meneroka ke kawasan yang lebih jauh merentasi benua dan lautan 1

Upload: haphuc

Post on 30-Mar-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

TEMA 7 (PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN)

1. “ Hijrah Nabi Muhammad s.a.w dari Mekah ke Madinah merupakan contoh utama bagi sejarah penjelajahan dan penerokaan umat Islam”.Jelaskan kaitan antara hijrah Nabi Muhammad s.a.w dengan sejarah penjelajahan dan penerokaan dalam Tamadun Islam.

Pengenalan

a) Maksud hijrah ialah perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah.b) Hijrah merupakan titik permulaanTamadun Islam.c) Hijrah Nabi s.a.w bukan kerana takut tetapi atas perintah Allah s.a.w.d) Hijrah merupakan strategi baru dalam penyebaran Islam>e) Kepentingan kepada perkembangan Islam serta permulaan calendar Islam.

Isi

1. Kepentingan politik:

Umat Islam bebas menyebarkan dakwah Memudahkan lagi penyebaran Islam dengan kuasa poilitik. berjaya membebaskan masyarakat dari belenggu Rom dan Parsi dan dalam tempoh

tidak sampai satu abad umat islam telah berjaya mendirikan sebuah empayar yang besar.

2. Kepentingan ekonomi

Menghapuskan ekonomi barat yang menindas golongan yang lemah. Mengelakkan monopoli perdagangan bagisatu-satu pihak sahaja. Ekonomi islam semakin mantap dan kukuh. menggalakkan umatnya berusaha dan bekerja untuk mendapat rezeki yang halal

3. Kepentingan Sosial Masyarakat bebas untuk memeluk Islam tanpa penyiksaan dan gangguan Hijrah juga dapat menghapuskan sistem kasta yang diamalkan dalam

masyarakat.pada zaman Jahiliyah dan diganti dengan nilai murni berasaskan akidah ,. Syariah dan akhlak

Hidup berpuak-puak diganti dengan hidup social yang bersatu pau dalam bentuk ummah.

Pemberian hak dankebebasan tanpa mengira agama , kaum dan keturunan 4. Kepentingan pelayaran dan geografi

mendorong meneroka ke kawasan yang lebih jauh merentasi benua dan lautan Abad ke 9 bidang geografi dan pelayaran dikuasai oleh orang islam Lahir tokoh-tokoh pelaaran islam seperti Ibn Masudi , Ibn Batuttah dll berjaya menghasilkan bahan-bahan penyelidikan serta teori berkaitan ilmu

geografi dan pelayaran

5. Tahun Hijrah

Melahirkan tahun hijrah dalam takwim islam bermula dari tarikh orang islam dari Mekah ke Madinah pada 1 muharram 1H bersamaam 16 julai 622M. Penentuan tahun hijrah dibuat pada zaman Khalifah Umar al-Khattab pada tahun 17H.

1

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

Tujuan untuk mengingati peritiwa hijrah yang penuh pengajaran dan hikmat dan memudahan urusan pentadbiran berjalan lancar.

Kesimpulan:

Pentingnya hijrah kepada ummat Islam Peristiwa hijrah dapat memberi peluang kepadaq semua golongan untuk

bekerjasama dan berinteraksi.

2. Analisiskan catatan Marco Polo dan Ibn Batutta tentang Masyarakat Islam di Sumatera

pada abad ke 13 dan 14 Masehi.

Pengenalan:

Latar belakang mengenai Marco Polo.

- Berasal dari Itali2

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

- Ke China Melalui Silk Road- Pulang ke Itali melalui jalan laut via selat Melaka dan singgah di Sumatera

beberapa bulan menunggu perubahan angin monsoon.- Pengalamannya dibukukan dalam “The Travel of Marco Polo”

Latar belakang Ibn.Batuta dan Sumatera pada abad ke 13 dan 14

- Tokoh penting abad ke 14-diera kegemilangan Islam- Berasal dari Morocco- Melakukan perjalanan rentas Lautan Hindi,Selat Melaka,Laut China selatan. Untuk

ke China.Mengembara dari Afrika,India,Asia Tenggara dean Asia Timur.- Berkhidmat dengan kerajaan Tughluq di India.- Dalam perjalanan ke China singgah di Sumatera –buat catatan.

Isi

(a) Catatan Marco Polo

- Keadaan Sumatera Utara seperti di Perlak dan Pasai.- Keduanya dikatakan sudah mempunyai kerajaan dan agama.- Di Pasai masih ‘liar’manakala di Perlak sudah ada kerajaan Islam.- Pelabuhan Perlak dipenuhi pedagang Islam.

(b) Catatan Ibn Batutta

- Pada abad berikutnya – Samudera Pasai sudah mempunyai kerajaan yang kukuh dengan aktiviti ekonomi perdagangan dan pertanian.

- Hasil utama – kapur barus,cengkih,kelapa dan lain-lain.- Kerajaan Pasai diperintah oleh Malik al Zahir.- Penduduk Pasai menganut Mazhab al Shafie.- Ulama tulang belakang pemerintah.- Pasai ada aktiviti dakwah. (c) Analisis terhadap kedua-dua catatan dari sudut

1. Keadaan Masyarakat Islam dan kesan kedatangan Islam2. Islam dan amalan Islam-masyarakat beragama Islam di Pasai dan amalan

mereka mengikut mazhab alSyafiee.3. Permasalahan dan kekaburan yang wujud dalam catatan keduanya,Marco

polo tidak menyebut wilayah lain .Wilayah lain di anggap liar/tidak bertamadun sedangkan pedagang dan pendakwah islam telah lama bertapak di sana.

4. Sedikit perbandingan dengan sumber-sumber yang lain

Kesimpulan

Faedah yang diperolehi daripada wujudnya catatan ini. Dengan catatan Marco Polo ia telah mempercepatk an lagi hubungan Eropah dan China. Catatan Ibn Batuta dalam Rehlah dianggap sebagai dokumen sejarah yang mengandungi

aspek politik,social dan ekonomi dunia Islam.

3

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

3. Bandingkan objektif pelayaran dan penerokaan antara tamadun China dan Islam

Pendahuluan

1. Maksud pelayaran dan penerokaan2. Latar belakang tamadun Cina dan Islam dan tokoh

3. Latar belakang tamadun Islam dan tokoh

Isi

Persamaan

1 Agama

Cina Pada tahun 399M, orang Cina melakukan penerokaan ke India utk mendalami

ajaran Buddha. Mubaligh Fa Xian telah merentasi Gurun Taklamakan dalam perjalanannya ke India.

Beliau berusaha mempelajari ajaran Buddha yang tulin dan kemudiannya kembali ke Cina melalui jalan laut.

Mubaligh Xuang Zang telah mengembara ke India melalui Samarkhan dan berjaya mengumpulkan buku suci Buddha utk dibawa ke Cina

Islam Menyebarkan dakwah Islam . Pada zaman Rasululah baginda menghantar para pendakwah spt Muaz bin Jabal ke

Yaman. 4

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

Pada zaman Saidina Umar bin Abdul Aziz ramai pendakwah menjelqjqh seseluruh dunia untuk menyebarkan islam .

Sheikh Ismail menyebarkan islam Ke Acheh.dan . Maulana Ibrahim ke Gerisek, Jawa .

2. Meluaskan wilayah

Cina Maharaja Wu Ti hantar misi ke Yueh Chih bg mengadakan pakatan menentang puak

Hsiung Nu yg mengancam sempadan Utara China dan misi tersebut berjaya. China berjaya menguasai sebahagian Asia Tengah termasuk Lembah Tarim. Pada abad pertama Masihi, General Pan Chao dilantik sebagai wizurai Kashgar dan

meluaskan pengaruh hingga ke sempadan Syria .Islam

Bagi memperkukuhkan politik Islam , banyak penerokaan baru dilakukan oleh pemerintah Islam.

Contoh kerajaan Bani Umayyah Zmn Abd Malik bin Marwan dan Walid bin Abd Malik seluruh Afrika Utara, Semenanjong Seberia dan India utara dikuasai Islam

3. Perdagangan

China telah berjaya menemui laluan sutera ke barat. Malalui jalan ini mereka telah

membawa bendela sutera yang berharga ke Eropah dan membawa balik barang dagangan dari barat seperti bulu binatang dan batu permata.

Kapal-kapal dagang China telah sampai ke Jawa Timur dan Pulau Maluku. Semasa pemerintahan Maharaja Yung Lo , Laksamana Cheng Ho telah mengetuai

ekspedisi pelayaran ke Asia Tenggara untuk memperluaskan perdagangan melalui sistem ufti.

Islam Pada zaman Khalifah Al-Walid , para pedagang Islam telah mengadakan hubungan

perdagangan hingga ke negeri China. Pedagang Islam terkenal sebagai pedagang yang terawal menguasai jalan

perdagangan laut antara barat dan timur. Mereka telah menjalinkan hubungan perdagangan di Asia Tenggara , India dan

China. Mereka berjaya menguasai perdagangan rempah dan sutera dari timur.

4. Ilmu Pengetahuan

Islam bertujuan menambah ilmu pengetahuan. Melalui aktiviti ini orang islam dapat

mempelajari ilmu pengetahuan tamadun lain spt Itali , India dan Andalus. Kedatangan orang Islam ke Mesir menyebabkan banyak karya intelek Yunani

diterjemah ke dalam bahasa arab dan Parsi. Bidang perubatan, astronomi dan matematik Yunani dan India dipelajari dan

mempengaruhi perkembangan intelektual islam.

China Tokoh pelayaran China spt I-Ching , Fahsien mengembara dengan tujuan

meningkatkan ilmu pengetahuan terutama berkait dgn bahasa Sanskrit , budaya dan agama.

Fa-Hsien berjaya menghasilkan buku yg memberi deskripsi lengkap ttg sistem politik ,ekonomi dan sosial masyarakat India.

I-Ching berjaya kumpul 4000 naskah yg ada 500 ribu seloka Tripitaka dr India dan diterjemahkan dlm 230 buah jilid buku

5

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

5. Diplomatik

China Pada abad pertama masihi org China mengembara dgn tujuan misi politik. Utusan China sampai ke Constantinople dan mengadakan hubungan dgn empayar

Rom. Pd abad ke 15 Maharaja Ming menghantar utusan diplomatik ke Negara luar. Utusan laksamana Cheng Ho berjaya menjalinkan hubungan dgn kesultanan

Melayu Melaka . Ini dpt meluaskan pangaruh dan kekuasaan China

Islam Menghantar utusan utk jalinkan hubungan diplomatik dgn negara luar. Zmn nabi menghantar utusan ke Parsi dan Habsyah. Utusan nabi diterima baik. Sultan Acheh sultan Alauddin Riayat Shah hantar utusan ke Istanbul menemui

sultan Ahmad 1 sbagai balasan sultan Turki telah mengirim bintang yg tertinggi kpd sultan Acheh

Perbezaan

6. Agama

China – tiada dorongan agama

memperkuatkan pertahanan, lemahkan musuh dan menyelamatkan sempadan China.

Maharaja Wu Ti hantar ekspedisi ke Farghanah utk mencari sejenis baka kuda yang besar dan kuat utk kegunaan pasukan tentera dan melindungi bahagian timur dan barat China drpd diserang oleh org Hsiung-Nu

Islam – Dorongan agama

firman Allah Surah al-Jumuah ayat 9 Surah al-Haj ayat 46 –bukti pentingnya P & P Mendalami ilmu geografi dan pelayaran spt lahirnya al-Masudi, Ibn Batuttah yang

telah merekod pengalaman pelayarannya tentang iklim , sungai ,angin dan monson dll.

Kesimpulan

Apa sahaja yang berkaitan

6

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

4. Jelaskan pencapaian dan sumbangan Ibn Majid dan al Istakhri dalam bidang penerokaan dan penjalajahan.

PENGENALAN

1. Ibn Majid - Nama sebenarnya ialah Shihab al-Din Ahmad bin Majid al-Najdi.- Tarikh lahir dan tarikh kematianya tidak begitu jelas.- Terkenal sebagai ahli pelayar Arab yang terkemuka pada abad ke 9H- Beliau digelas sebagai “Singa Laut” kerana keberanian dan kepintaran semasa

berlayar.-

2. Al Istakahri.- Nama sebenarnya ialah Abu Ishaq Ibrahim bin Muhammad al Farisi al Karhki.- Beliau hidup pada pertengahan awal abad ke 4H/ 10M- Beliau berasal dari Istakr (Iran)-

ISI

1. Sumbangan dan Pencapaian Ibn Majid.

1.1Kaedah dan Faedah Ilmu Pelayaran- Beliau telah menghasilkan kitab al-Fawa’id fi Usul ‘llm al-Bahr wa al-Qawa’id. Kita ini

menjelaskan tentang kaedah2 dan faedah2 ilmu pelayaran.- Beliau menulis tentang permulaan pelayaran dan jarum magnet.- Dalam tulisan itu juga menjelaskan Laluan lautan Hindi, garis lintang bagi

pelabuhan sebilangan pelabuhan di lautan Hindi dan laut China Barat, sempadan tanah yang dibentuk oleh burung, pinggir darat di pantai barat India, monsoon.

- Bab akhir kitab itu memberi maklumat tentang Laut Merah dan maklumat terperinci tambatan, tempat cetek, tebing dan terumbu.

1.2Ilmu Kelautan.- Beliau telah menulis kitab Hawiyat al-Ikhtisar fi Usul ‘Ilm al-Bihar. Sebuah kitab

tentang ilmu laut.- Kita ini memberi maklumat tentang tanda2 hampirnya dengan darat yang perlu

diketahui oleh ahli pelayaran, ilmu tahun, ilmu bahasa, ilmu bintang, laluan laut di pantai laut Arab, Hijaz, Syam, dan Afrika, garis lintang serta ilmu astronomi.

1.3Penentuan Arah Kiblat.- Beliau telah mengarang kitab Qailah al-Islam fi Jami’ al-Dunya. Kitab ini

menghuraikan tentang penentuan arah kiblat dari mana-mana bahagian darat dan laut.

7

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

1.4Pelayaran.- Beliau telah mengarang kitab al-Urjuzah al-Mu’arrabah yang membicarakan tentang

pelayaran dan Teluk Aden- Kitab Qadidah Makkiyah. Kita tentang laluan di laut Merah dari Jeddah ke Tanjung

Fartak, Calicut, Daibul, Konkan, Gujerat dan Hormuz.- Kitab Urjuzah Bir al-Arab. Kitab tentang pelayaran di sepanjang pantai laut Arab dan

Teluk Parsi.

1.5Bintang, Planet dan Kutubnya.- Kitab Kanz al-Mu’alimah. Kitab yang mengandungi khazanah ahli pelayaran dan

sains laut, bintang, planet, dan kutub yang belum diketahui.- Kitab Urjuzah Mukhmsah. Kitab yang menghuraikan tentang bintang-bintang di

kutub utara.

2. Sumbangan dan Pencapaian al Istakahri

2.1Mengembangkan Ilmu Geografi- Beliau telah menghasilkan sebuah kitab yang terkenal iaitu kitab Masalik wa al-

Mamalik. Hasil kerja lain seperti “Risalat” yang cuba menghuraikan tentang negara Parsi.

- Beliau telah melukis semula atlas Islam yang dicipta oleh al-Balkhi. Peta yang dihasilkan mempunyai keterangan yang lengkap. Ini menunjukkan beliau telah menjumpai kaedah saintifik dalam pengkajiannya. Peta-peta yang dihasilkan oleh beliau ialah peta Mesir, Laut Mediterranean, Parsi, Maghribi, dan Adherbayjan.

- Peta-peta yang dihasilkan beliau telah mendapat beberapa ulasan, sedikit komen dan pujian oleh Ibn Hawqal.

2.2Peta-peta pelayaran.- Beliau merupakan seorang tokoh pelayaran Islam yang terkenal dengan peta-peta

pelayarannya walaupun peta-peta tersebut amat susah untuk dibuat semula kerana mengelirukan

2.3Dorongan Kepada Pelayar Lain.- Sebagai tokoh pelayaran Islam beliau telah banyak membuat lawatan kemerata

tempat.- Tempat-tempat yang dilawati seperti Makkah, Iraq, Khuzistan, Daylam dan

Transoxiana.- Beliau juga pernah melawat Sepanyol, dan Sicily dan pernah berkata yang

bermaksud“Tidak ada laut yang lebih indah daripada laut Mediterranean di mana terdapat kawasan yang diduduki di kedua-dua belah pantai…”

- Penerangan itu telah menarik ahli pelayaran Arab lain belayar ke wilayah lain dimana akhirnya mereka pergi ke Barat dan Selatan Afrika setelah

- sampai ke Sepanyol dan Tanja. - Pelayar Arab tersebut juga telah sampai ke Itali dan Perancis.

3. Kesimpulan

Apa sahaja yang berkaitan.

5. Hijrah Rasulullah SAW Makkah ke Madinah merupakan peristiwa terawal penjajahan dan penerokaan umat Islam.Bincangkan kaitan antara hijrah Nabi Muhammad dengan sejarah penjelajahan dan penerokaan umat Islam selepas kewafatan baginda.

PENGENALAN 8

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

1. Peristiwa hijrah Rasullullah SAW dari Mekah ke Madinah berlaku pada tahun ke 3 selepas kerasulan baginda, bersamaan 12 September tahun 622Masihi. Peristiwa ini berlaku kerana tentangan hebat yang dihadapi oleh baginda tatkala menyebarkan agama Islam termasuk cubaan untuk membunuh baginda.

2. Peristiwa ini sememangnya mempunyai hubungan yang amat rapat dengan peristiwa penjajahan dan penerokaan memandangkan ia kesemuanya memenuhi matlamat dan tujuan penjelajahan dan penerokaan umat Islam iaitu pembebasan, pengislaman, dan pengintelektualan. (Pengertian penjelajahan dan penerokaan boleh diterima).

Isi

Kaitan hijrah dgn. penjelajahan umat Islam slps Nabi. (10 x 2m = 20m) Hijrah Nabi Muhammmad SAW dari kota Makkah ke Madinah boleh

dianggap sebagai titik tolak kepada pembinaan dan pembangunan umat islam . Rasullullah dapat menyelesaikan masalah2 yg dihadapi oleh umat Islam baik dari kalangan Muhajirin/Ansar sama ada dari segi politik/ekonomi.

Menjadi contoh/teladan bagi penjelajah/peneroka Islam yg ingin mengubah nasib hidup yg lebih baik, perancangan yg baik akan mendatangkan kesan yang positif.

Dengan semangat hijrah Nabi Muhammad telah memberi dorongan dan peransang kepada umat Islam berhijrah belayar meneroka kws-kws yang jauh merentasi benua-benua dan lautan samudera, bagi tujuan menyebarkan agama Islam atau mencari rezeki bukan sahaja di Tanah Arab bahkan di luar Semenanjung Tanah Arab.

Pada abad ke 9M bidang geografi/pelayaran tlh dikuasai sepenuhnya olh orang Islam.

Lahir ramai tokoh ahli pelayaran Islam serti al Mas’udi, Ibnu Batuttah, dan lain-lain.

Tokoh-tokoh tersebut telah berjaya menghasilkan bahan-bahan penyelidikan serta teori-teori yang berkaitan dengan ilmu geografi dan ilmu pelayaran.

Takwim hijrah mengikut peredaran bulan, dan daripada takwim ini, ilmu yang berkaitan dengan pelayaran dan penjelajahan telah dikembangkan kepada ilmu-ilmu khusus tentang alam seperti geografi dan astronomi.

Ilmu geografi dan astronomi diperkenalkan dan diperluaskan lagi bidang kajiannya oleh tokoh-tokoh pelayar islam sejak abad ke 9-15M.

Pembentukan empayar-empayar islam , misalnya di alam Melayu, munculnya Empayar Melaka serta Acheh yg bercorakkan Islam.

Wujudnya hub. diplomatik antara sesama Krjn Islam ataupun Kerajaan Islam dgn bukan Islam mempunyai kepentingan dari segi politik/ekonomi/kebudayaan serta keagamaan.

Pengenalan sistem perundangan Islam.

Kesimpulan.

Penghijrahan Nabi Muhammad ke Madinah adalah didorong dan didesak oleh keperluan untuk mencari sesuatu yang lebih bain dan lebih menguntungkan demi kebahagiaan dan kesejahteraan umat Islam. Ia didoronmg kepada penjelajahan dan penerokaan pada zaman-zaman selepasnya untuk tujuan pembebasan, pengislaman dan pengintelektualan.

9

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

6. Bincangkan kepentingan penjelajahan dan penerokaan daripada perspektif islam

Pendahuluan.

Penjelajahan dapat didefinisikan sebagai perihal “menjelajahi, mengelilingi, atau berjalan ke merata tempat untuk menyelidiki”. Manakala “penerokaan” pula ialah perbuatan atau usaha untuk menerokai alam semulajadi dari semua aspek kehidupan.

Isi - Kepentingan Penjelajahan dan penerokaan dari perspektif islam

a)Pembebasan

1.Aspek politik Umat islam akan disegani oleh pihak lawankerana mmpunyai kuasa politik Penerokaan kekawasan2 baru byk dilakukan oleh pemerintah islam bagi mmperkukuhkan

politik islam sepert semasa pemerintahan Abdul Malik Bin Marwan dan Khalifah Alwalid bin Abdul Malik..

2.Aspek Ekonomi10

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

Semasa pemerintahan Alwalid bin Abdul Malik, pedagang Islam berdagang sehingga ke negeri China serta ke lain2 daerah selatan

Pedagang2 Arab juga sampai kedaerah2 lain di India Eropah

3.Aspek kebudayaan Penerokaan dan penjelajahan menyebabkan umat islam berbilang bangsa. Kebudayaan dari pelbagai bangsa menjadikan kebudayaan islam bertambah kaya dan

dilihat adanay pengaruh antara satu sama lain.

4.Aspek Pengislaman Penerokaan dan penjelajahan berperanan penting dalam penyebaran agama islam,dengan

ramai pendakwah islam melakukan penerokaan dan penjelajahan,dapat mmperkenalkan dan menyebarkan islam ke selurih pelusuk dunia.

Antaranya ialah Pendakwah spt Syeikh Ismail(di Pasai) dan Syeikh Abdullah Arif (di utara sumatera)

5.Aspek Pengintelektulan. Turut berkaitan dgn ilmu pengintelektualan krn melalui penerokaan dan penjelajahan ini ,

umat islam dpt mencari ilmu pengetahuan dari tamadun sebelumnya@ melalui penelitian alam.

Antara ilmu2 itu ialah:Ilmu astronomi(kajian alam semesta), Ilmu geografi(bentuk dan struktur muka bumi), dan ilmu perubatan.

Kesimpulan

Penjelajahan dan penerokaan amat penting dari perspektif islam iaitu dlm konteks dakwah, politik, ekonomi, kebudayaan dan pengintelektulan .Hal ini kerana penjelajahan dan penerokaan dapat mmperluaskan lagi pemikiran dan pengetahuan umat islam supaya ia dapat mencakupi semua ruang lingkup kehidupan umat islam itu sendiri.

TEMA 7- ( PENJELAJAHAN & PENEROKAAN )

1. Analisiskan catatan Marco Polo dan Ibn Batutta tentang Masyarakat Islam di Sumatera

pada abad ke 13 dan 14 Masehi.

Pengenalan

Latar belakang mengenai Marco Polo.

- Berasal dari Itali- Ke China Melalui Silk Road- Pulang ke Itali melalui jalan laut via selat Melaka dan singgah di Sumatera

beberapa bulan menunggu perubahan angin monsoon.- Pengalamannya dibukukan dalam “The Travel of Marco Polo”

Latar belakang Ibn.Batuta dan Sumatera pada abad ke 13 dan 14

- Tokoh penting abad ke 14-diera kegemilangan Islam11

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

- Berasal dari Morocco- Melakukan perjalanan rentas Lautan Hindi,Selat Melaka,Laut China selatan. Untuk

ke China.Mengembara dari Afrika,India,Asia Tenggara dean Asia Timur.- Berkhidmat dengan kerajaan Tughluq di India.- Dalam perjalanan ke China singgah di Sumatera –buat catatan.

Isi-isi jawapan

(d) Catatan Marco Polo(e)- Keadaan Sumatera Utara seperti di Perlak dan Pasai.- Keduanya dikatakan sudah mempunyai kerajaan dan agama.- Di Pasai masih ‘liar’manakala di Perlak sudah ada kerajaan Islam.- Pelabuhan Perlak dipenuhi pedagang Islam.

(f) Catatan Ibn Batutta)

- Pada abad berikutnya – Samudera Pasai sudah mempunyai kerajaan yang kukuh dengan aktiviti ekonomi perdagangan dan pertanian.

- Hasil utama – kapur barus,cengkih,kelapa dan lain-lain.- Kerajaan Pasai diperintah oleh Malik al Zahir.- Penduduk Pasai menganut Mazhab al Shafie.- Ulama tulang belakang pemerintah.- Pasai ada aktiviti dakwah.

Analisis terhadap kedua-dua catatan dari sudut 1. Keadaan Masyarakat Islam dan kesan kedatangan Islam2. Islam dan amalan Islam-masyarakat beragama Islam di Pasai dan amalan

mereka mengikut mazhab alSyafiee.3. Permasalahan dan kekaburan yang wujud dalam catatan keduanya,Marco

polo tidak menyebut wilayah lain .Wilayah lain di anggap liar/tidak bertamadun sedangkan pedagang dan pendakwah islam telah lama bertapak di sana.

4. Sedikit perbandingan dengan sumber-sumber yang lain

Kesimpulan

Faedah yang diperolehi daripada wujudnya catatan ini. Dengan catatan Marco Polo ia telah mempercepatk an lagi hubungan Eropah dan China. Catatan Ibn Batuta dalam Rehlah dianggap sebagai dokumen sejarah yang mengandungi

aspek politik,social dan ekonomi dunia Islam.

12

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

2. Bandingkan objektif pelayaran dan penerokaan antara tamadun China dan Islam

Pendahuluan

1. Maksud pelayaran dan penerokaan2. Latar belakang tamadun Cina dan Islam dan tokoh

3. Latar belakang tamadun Islam dan tokoh

Isi jawapan

Persamaan

1 Agama

Cina Pada tahun 399M, orang Cina melakukan penerokaan ke India utk mendalami

ajaran Buddha. Mubaligh Fa Xian telah merentasi Gurun Taklamakan dalam perjalanannya ke India.

Beliau berusaha mempelajari ajaran Buddha yang tulin dan kemudiannya kembali ke Cina melalui jalan laut.

Mubaligh Xuang Zang telah mengembara ke India melalui Samarkhan dan berjaya mengumpulkan buku suci Buddha utk dibawa ke Cina

Islam Menyebarkan dakwah Islam . Pada zaman Rasululah baginda menghantar para pendakwah spt Muaz bin Jabal ke

Yaman. Pada zaman Saidina Umar bin Abdul Aziz ramai pendakwah menjelqjqh seseluruh

dunia untuk menyebarkan islam . Sheikh Ismail menyebarkan islam Ke Acheh.dan . Maulana Ibrahim ke Gerisek, Jawa .

2. Meluaskan wilayah

Cina

13

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

Maharaja Wu Ti hantar misi ke Yueh Chih bg mengadakan pakatan menentang puak Hsiung Nu yg mengancam sempadan Utara China dan misi tersebut berjaya.

China berjaya menguasai sebahagian Asia Tengah termasuk Lembah Tarim. Pada abad pertama Masihi, General Pan Chao dilantik sebagai wizurai Kashgar dan

meluaskan pengaruh hingga ke sempadan Syria .Islam

Bagi memperkukuhkan politik Islam , banyak penerokaan baru dilakukan oleh pemerintah Islam.

Contoh kerajaan Bani Umayyah Zmn Abd Malik bin Marwan dan Walid bin Abd Malik seluruh Afrika Utara, Semenanjong Seberia dan India utara dikuasai Islam

3. Perdagangan

China telah berjaya menemui laluan sutera ke barat. Malalui jalan ini mereka telah

membawa bendela sutera yang berharga ke Eropah dan membawa balik barang dagangan dari barat seperti bulu binatang dan batu permata.

Kapal-kapal dagang China telah sampai ke Jawa Timur dan Pulau Maluku. Semasa pemerintahan Maharaja Yung Lo , Laksamana Cheng Ho telah mengetuai

ekspedisi pelayaran ke Asia Tenggara untuk memperluaskan perdagangan melalui sistem ufti.

Islam Pada zaman Khalifah Al-Walid , para pedagang Islam telah mengadakan hubungan

perdagangan hingga ke negeri China. Pedagang Islam terkenal sebagai pedagang yang terawal menguasai jalan

perdagangan laut antara barat dan timur. Mereka telah menjalinkan hubungan perdagangan di Asia Tenggara , India dan

China. Mereka berjaya menguasai perdagangan rempah dan sutera dari timur.

4. Ilmu Pengetahuan

Islam bertujuan menambah ilmu pengetahuan. Melalui aktiviti ini orang islam dapat

mempelajari ilmu pengetahuan tamadun lain spt Itali , India dan Andalus. Kedatangan orang Islam ke Mesir menyebabkan banyak karya intelek Yunani

diterjemah ke dalam bahasa arab dan Parsi. Bidang perubatan, astronomi dan matematik Yunani dan India dipelajari dan

mempengaruhi perkembangan intelektual islam.

China Tokoh pelayaran China spt I-Ching , Fahsien mengembara dengan tujuan

meningkatkan ilmu pengetahuan terutama berkait dgn bahasa Sanskrit , budaya dan agama.

Fa-Hsien berjaya menghasilkan buku yg memberi deskripsi lengkap ttg sistem politik ,ekonomi dan sosial masyarakat India.

I-Ching berjaya kumpul 4000 naskah yg ada 500 ribu seloka Tripitaka dr India dan diterjemahkan dlm 230 buah jilid buku

5. Diplomatik

China Pada abad pertama masihi org China mengembara dgn tujuan misi politik. Utusan China sampai ke Constantinople dan mengadakan hubungan dgn empayar

Rom. Pd abad ke 15 Maharaja Ming menghantar utusan diplomatik ke Negara luar.

14

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

Utusan laksamana Cheng Ho berjaya menjalinkan hubungan dgn kesultanan Melayu Melaka . Ini dpt meluaskan pangaruh dan kekuasaan China

Islam Menghantar utusan utk jalinkan hubungan diplomatik dgn negara luar. Zmn nabi menghantar utusan ke Parsi dan Habsyah. Utusan nabi diterima baik. Sultan Acheh sultan Alauddin Riayat Shah hantar utusan ke Istanbul menemui

sultan Ahmad 1 sbagai balasan sultan Turki telah mengirim bintang yg tertinggi kpd sultan Acheh

Perbezaan

6. Agama

China – tiada dorongan agama

memperkuatkan pertahanan, lemahkan musuh dan menyelamatkan sempadan China.

Maharaja Wu Ti hantar ekspedisi ke Farghanah utk mencari sejenis baka kuda yang besar dan kuat utk kegunaan pasukan tentera dan melindungi bahagian timur dan barat China drpd diserang oleh org Hsiung-Nu

Islam – Dorongan agama

firman Allah Surah al-Jumuah ayat 9 Surah al-Haj ayat 46 –bukti pentingnya P & P Mendalami ilmu geografi dan pelayaran spt lahirnya al-Masudi, Ibn Batuttah yang

telah merekod pengalaman pelayarannya tentang iklim , sungai ,angin dan monson dll.

Kesimpulan

Apa sahaja yang berkaitan

3. Huraikan faktor-faktor penjelajahan dan penerokaan orang Eropah pada abad ke 15 dan ke 16 dengan aktiviti penjelajahan orang Mesir

15

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

Pengenalan

1. Konsep penjelajahan dan penerokaan2. Latar belakang Eropah dan tokoh penjelajahan3. Latar belakang bangsa Mesir

Isi Jawapan

1. Ekonomi perdagangan

Eropah Memecahkan monopoli perdagangan orang islam di Laut Medditereanean dan

Lautan Hindi Mengaut keuntungan dan kekayaan daripada perdagangan Negara timur. Keperluan Barang dagangan seperti rempah ratus , sutera dll di mana bekalannya

dimonopoli oleh saudagar Itali , Venice dan Genoa. Penemuan jalan laut baru untuk mengurangkan kos import dan mengaut

keuntunganMesir

Memperoleh barang-barang dagangan dari luar negara. Belayar ke Nubia untuk mendapat barangan seperti ebony, kulit harimau , galian,

gading serta hamba Belayar ke Punt untuk dapat barangan dammar , dupa dan minyak wangi Permaisuri Harshepsut menghantar 5 buah kapal untuk tujuan perdagangan

2. Kemajuan Sains dan teknologi dalam pelayaran

Eropah Peta-peta yang saintifik dan tepat daripada peta Ptolemy Buku ” The travel of Marco Polo ” telah diterjemahkan ke bahasa Latin , Sepanyol ,

German dan Inggeris – memberi perangsang menjelajahi lautan Atlantik Teknologi perkapalan yang lebih sesuai dan artileri Kompas dan astrolab menyelesaikan masalah pelayaran jarak jauh

Mesir Berpengetahuan tinggi dalam ilmu pelayaran Maju dalam ilmu geografi , hidrografi dan meterologi Mahir dalam membina kapal-kapal besar dengan menggunakan kayu cedar

3. Semangat ingin tahu

Eropah Zaman Renaisans menggalakkan semangat ingin tahu tentang dunia luar Telah mengubah pandangan dunia (world view ) orang-orang Eropah Pengetahuan baru tentang China melalui Marco Polo telah mencetuskan semangat

baru untuk meluaskan pengaruhnya

Mesir Pelayaran-pelayaran awal didorong oleh minat untuk mendapatkan maklumat

menerusi pemerhatian terhadap alam sekitar Ingin mengetahui keadaan geografi dan sumber ekologi sesebuah kawasan Firaun Necho menggaji pelajar Phonecia untuk mengkaji keluasan kerajaan Mesir

4. Galakan pemerintah

Eropah16

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

Kerajaan Sepanyol dan Portugal seperti Prince Henry The Navigator dan Raja John III mendorong peneroka untuk mencari jalan laut ke Asia Timur dan India.

Dorongan daripada pemerintah seperti penubuhan Akademi Laut Pembiaayaan keewangan daripada pemerintah

Mesir Inisiatif dan galakan pemerintah. Permaisuri Hatshepsut (320SM) menggalakkan pelayaran ke seberang laut untuk

tujuan perdagangan dan menghantar 5 buah kapal ke Punt Firaun menyokong dan menggalakkan Hannu mengetuai ekspedisi dari Coptos ke

Sheba pada tahun 1750 S.M. Firaun Necho telah menggaji pelayar-pelayar Phonecia untuk menjalankan

ekspedisi mengelilingi benua Afrika Firaun Shefru membawa 40 buah kapal dari Byblos ke Phonecia pada tahun 3200

S.M

5. Penaklukan

Eropah Abad ke 15 berjaya menyeberangi Selat Gibraltar dan menakluki pantai barat

Afrika. Pada tahun 1415 M , orang Portugis berjaya menawan Ceuta daripada orang Islam Padda tahaun 1504 Portugis berjaya menguuasai Cochin yang dijadikan sebagai

ibu pejabat pentadbiran portugis di Timur Pada tahun 1508M angkatan Portugis berjaya menewaskan angkatan Mesir di Diu

seterusnya mengusai bahagian Timur.

Mesir

Bertujuan menakluki tanah jajahan. Contoh Pyopi Nahkt telah dihantar ke Nubia untuk menakluki kawasan tersebut dengan menggunakan kekuatan tentera

Penaklukan berlaku apabila wujud semangat nasionalisme yang membawa kepada perluasan wilayah hingga ke Syiria , Palestin dan Asia Kecil

6. Kestabilan politik

Kesimpulan

Apa sahaja yang berkaitan

4. Bincangkan asal-usul dan matlamat penjelajahan serta penerokaan orang Arab dan Mesir.

Pendahuluan-konsep penjelahan dan penerokaan-matlamat penjelajahan dan penerokaan secara umum tokoh-tokoh pelayar Arab dan mesir

Isi

A) Tamadun Arab -terlibat sejak zaman permulaan sejarah Arab-kedudukan geografi menggalakkan bangsa Arab terlibat dalam pelayaran.

17

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

-pelayaran bangsa Arab secara keseluruhannya sejak awal adalah bertujuan untuk menangkap ikan, mengumpul mutiara, mengangkut barangan, menyebarkan agama islam, memenuhi permintaan emasdan perak serta untuk mendapatkan makanan dll.

-pengetahuan dalam bidang astronomi dan geografi membantu pelayaran orang Arab –pengetahuan tentang angin ,ombak, perubahan monsun dan ribut. Matlamat utama penjelajahan dan penerokaan orang Arab: (buat ulasan/berikan contoh ) Mengukuhkan kedudukan politik dan meluaskan kuasa Meluaskan ajaran agama Islam Menuntut ilmu pengetahuan Menyebarkan kebudayaan Islam Memenuhi tujuan ekonomi

B) Tamadun Mesir -orang Mesir bangsa pertama dunia memulakan pelayaran ke seberang laut –orang Mesir berminat untuk mendapat maklumat sebenar melalui pemerhatian terhadap alam sekitar.

-pelayaran didorong oleh pengetahuan mereka dalam bidang geografi, hidrografi, dan meteorology. Penerokaan awal atas inisiatif pemerintah2 Mesir yang agung. Antaranya : firaun snefru –pelayaran ke Phoenicia hannu – selatan sem. Arab dan Laut Merah harkhuf – ke yam selatan Nubia

-pemaisuri Hatshepsut menggalakkan pelayaran ke seberang laut untuk tujuan perdagangan.

-matlamat utama penjelajahan dan penerokaan orang Mesir : (berikan contoh2 sesuai ) mendapatkan maklumat sebenar tentang dunia luar memperolehi barangan berharga dari dunia luar mengawal kegiatan pengedaran dan penjualan barangan bernilai tinggi mencari jalan perdagangan baru menakluk kawasa2 perdagangan

Kesimpulan : Apa-apa yang berkaitan

5. Bincangkan tokoh-tokoh pelayaran Portugis pada zaman penjelajahan (1450-1650M) yang telah melakukan penjelajahan dan penerokaan ke dunia baru.

Pendahuluan

-Jangka masa 1450-1650 merupakan zaman penemuan atau Age Of Discovery di Eropah. Pada masa tersebut aktiviti penjelajahan dan penerokaan giat dilakukan oleh negara-negara Eropah . Negara Eropah yang pertama mempelopori aktiviti tersebut ialah negara Portugal.

-Kedudukan Portugal di Semenanjung Iberia yang strategik menjadikan negara tersebut terdedah kepada tamadun Kristian dan aktiviti perdagangan. Ini menyebabkan pemerintah-pemerintah Portugis memberi galakan kepada rakyatnya agar melakukan peneorkaan ke dunia baru.

-Penjelajahan dan penerokaan boleh di definasikan sebagai mengelilingi atau berjalan ke merata tempat dengan tujuan untuk menyelidik. Manakala penerokaan pula ialah perihal perbuatan usaha dan sebagainya.

-Penjelajahan dan penerokaan yang dilakukan oleh orang barat terutamanya Portugis adalah bertujuan untuk tujuan agama, politik dan ekonomi(gospel, glory ang gold).Matlamat akhir mereka ialah penjajahan ke atas negeri-negeri yang ditaklukinya.

18

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

Isi A. Tokoh-tokoh pelayaran Portugis

1. Putera Henry Pelaut(Henry the Neavygator)memainkan peranan penting dalam menjadikan Portugal sebuah kuasa kelautan yang ulung di Eropah.Beliau telah menubuhkan institusi pelaut di Sagres dan mengundang ahli-ahli pelayaran Arab dan ahli-ahli astronomi untuk melatih pelaut-pelaut Portugis.Walaupun beliau hanya pernah melakukan 2 perjalanan singkat melalui laut tetapi jasanya amat besar kepada bidang pelayaran.Beliau telah menggalakkan pelaut-pelaut Portugis menjelajah ke kawasan-kawasan yang belum di ketahui oleh orang Eropah pada masa itu.Antara usaha Putera Henry ialah menghantar misi pelayaran melampaui kawasan Tanjung Bojador dan mengadakan hubungan perdagangan dengan benua Afrika.Benua tersebut merupakan sebuah kawasan yang akan meruntuhkan Portugis.Selain itu Portugis juga bertekad untuk menyebarkan agama Kristian di samping mencari sekutu Kristian di dunia baru.Hasil daripada usaha-usaha beliau Portugal telah menemui dan membuka Portosantro yang di jadikan pengkalan untuk melakukan penjelajahna ke kawasan-kawasan yang lain yang lebih jauh.Seterusnya pihak Portugis telah menjelajah pulau-pulau Mederia dan Azoresn di lautan Atlantik.Pelayar-pelayar Portugis juga berjaya menemui tanjung Blanc pada tahun 1441 dan Tanjung Verda pada tahun1445.Ini menjadikan Portugis sebagai bangsa Eropah yang pertama berjaya melayar melepasi Tanjung Bojador.Putera Henry meninggal dunia pasa tahun 1460. sehingga tarikh itu bangsa Portugis telah sampai ke Sierra Leone . Manakala pada tahun 1474 Lopo Goncalves berjaya melintasi garisan khaltulistiwa Afrika Barat

2. Seorang lagi tokoh pelayaran Portugis yang terkenal ialah Barthlomew Diaz . Beliau banyak membuat pelayaran di sepanjang pinggir laut Afrika . Setiap pelayarannya di perluaskan ke selatan . Pada tahun 1487 beliau telah belayar lebih jauh dari pusat pusat orang Portugis di Barat Afrika sehingga sampai ke Tanjung Cross iaitu tempat terjauh yang di ketuai oleh orang Portugis di Afrika pada masa itu .Akhirnya beliau berjaya mengelilingi Tanjung Harapan pada tahum 1488. Dengan itu beliau telah berjaya membuka laut ke Timur. Pelayaran beliau ke Tanjung Harapan sejauh 11,000 km merupakan pelayaran yang pertama yang dilakukan oleh seorang bangsa Eropah . Penemuan kawasan selatan Benua Afrika tersebut membolehkan berbangsa Eropah mencari jalan laut untuk pergi ke timur

3. Vasco Da Gama , di lahirkan di Sines , Portugal pada tahun 1460m . Beliau adalah kapten kapal laut Portugis yang pertama membuka jalan laut untuk perdagangan antara benua eropah dan Asia . Kejayaan tersebut adalah berikutan dengan kejayaannya sampai ke lautan Hindi melalui jalan laut mengelilingi benua Afrika . Vasco Da Gama telah berjaya menyempurnakan usaha Portugis mencari jalan laut ke timur . Beliau telah dipilih oleh Raja Manuel 1 untuk mengetuai pelayarantersebut pada bulan Julai 1497.Setelah mengalami pelbagai cabaran beliau sampai ke Tanjung Harapan pada hari Krimas lalu terus berlayar ke utara , di sepanjang pantai timur Afrika . Beliau telah tiba ke pantai Malabar India Barat dan mendarat di Kalikat pada tahun 1498. Dengan kejayaan tersebut , Portugis telah berjaya menemui jalan laut ke timur . Pada tahun 1499 , beliau telah kembali ke Lisbon dengan muatan yang bernilai sepuluh kali ganda jumlah nilai pelayarannya . Kejayaannya telah mengalakkan lebih ramai lagi orang Portugis belayar ke Timur. Sebagai balasannya , beliau telah dianugerahkan dengan pingat dan kekayaan oleh Raja Manuel 1 . Penjelajahan ini telah membuka jalan perdagangan yang penting dan penyebaran agama kristian di Timur .Penjelajahan itu telah membuka peluang pembinaan Empayar Portugis di sana

4. Pedro Cabral ialah ahli pelayaran Portugis yang berjaya menemui jalan laut ke Amerika Selatan . Dalam perjalanannya ke India kapal beliau telah di pukul rebut kencang dan menghanyutkannya menyemberangi Lautan Atlantik ke pantai Amerika Selatan pada tahum 1500m . Beliau telah menamakan tempat tersebut sebagai Vera Cruz yang kemudiannya dikenali sebagai Brazil

19

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

5. Ferdinan Magellan ialah seorang ahli pelayaran Portugal . Magellan adalah orang pertama melakukan pelayaran mengelilingi dunia . Beliau telah meninggalkan perkhidmatan dgn negara Portugal kerana beliau tidak di berikan layanan yang baik . Selepas itu beliau telah berkhidmat dengan Raja Ferdinand dari Sepanyol . Pada tahun 1519 , Raja Ferdinand telah menghantar Mangellan dengan lima buah kapal iaitu kapal2 Trinidad San Antonio , Conception, Victoria dan , Santiago dengan anak kapal seramai 270 orang untuk mencari jalan laut ke India melalui jalan Barat.Beliau telah belayar mengelilingi Selatan Amerika dan menamakan Selat yang dijumpainya sebagai Selat Magellan . Seterusnya beliau terbunuh dalam satu pergaduhan dgn orang2 tempatan

Kesimpulan -Usaha usaha yang di jalankan oleh ahli ahli pelayaran Portugis telah berjay menaikkan Portugis sebagai Bangsa yang kaya dan kuat di Eropah . Kejayaan tersebut telah mendorong negara negara Eropah yang lain seperti Sepanyol . England dan Belanda untuk bersaing dalam bidang penerokaan dan penjelajahan . Penemuan jalan laut yang baru memberi peluang kepda perluasan kuasa dan penyebaran agama Kristian ke dunia baru

6. Bincangkan asal usul dan matlamat penjelajahan serta penerokaan Orang Arab dan Mesir

Pendahuluan

-Konsep penjelajahan dan penerokaan-matlamat penjelajahan dan penerokaan secara umum-tokoh2 pelayar arab dan mesir

Isi Jawapan

A) Tamadun Arab.-terlibat sejak zaman permulaan sej arab-kddkn geo menggalakan bangsa arab t’libat dlm pelayaran.

-pelayaran bangsa arab secara keseluruhannya sjk awal adh b’tjuan utk m’gkap ikan ,kmpul mutiara ,angkut brgan ,sebar agama Islam ,penuhi permintaan emas dn perak serta utk dptkn mknan dll.-pengetahuan dlm bidang astronomi dn geo Bantu pelayaran org arab-pengetahuan ttg angin ombak,p’ubaham monsun dan rebut

-matlamat utama penjelajahan dan penerokaan org arab:(buat ulasan /brkn contoh)a)mengkukuhkan kddkn politik dan luaskan kuasab)luaskn ajaran agama islamc)menuntut ilmu pengetahuand)memenuhi tujuan ekoe)menyebarkn kebudayaan Islam

B) Tamadun Mesir.-org mesir bangsa pertama memulakan pelayaran keseberang laut,mereka berminat utk dptkn maklumat sebenar melalui pemerhatian terhadap alam sekitar

20

Modul Soalan Sejarah 1- STPM Bahagian B- Tamadun Islam www.mrazman.co.cc

-pelayaran didorong oleh pengetahuan mereka dlm bidang geo,hidrografi dan meteoroiogi.penerokaan awal atas inisiatif pemerintah2 mesir yg agung antaranya :a)Firaun Snefru-pelayaran ke Phoenicia (b)Hannu-selatan s’jung arab dn laut merahc)Harkhuf-ke yaman selatan Nubia

-pemaisuri Hatshepsut mengalakkan pelayaran ke seberang laut utk tujuan perdagangan-matlamat utama perjelajahan dan penerokaan org mesir (berikn con2 sesuai)a)dptkn matlumat sebena ttg dunia luar(b)perolehi brgan berharga dr dunia luarc)mencari jln perdagangan baru(d)menakluk kws2 perdagangane)mengawal kegiatan pengedaran dan perjualan brgan bernilai tinggi

Kesimpulan

-kedua2 tamadun ini mempunyai tujuan tersendiri dlm memulakan penjelajahan dan penerokaan ke sberang laut .-tamadun ini berjaya meluaskan pengaruh dan kebudayaan mereka ke dunia lua

21