hidup memerlukan pengorbananan

4
"Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan." "Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan." "Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. - Peribahasa Arab Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi. - Confucius Yang Berusaha Dr Shaharudin Shaari, Ketua Jabatan Bahasa IPG Ipoh, barisan penceramah, para urus setia, wakil PKG Slim, dan rakan-rakan guru yang dikasihi, Alhamdulillahirabbil alamin, selayaknya segala pujian kepada Allah Subhanahu Wataala dan salam sejahtera atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Dengan izin Allah dapat kita bersama-sama dalam majlis penutupan kursus apresiasi KOMSAS dalam BAHASA Melayu 2012 ini. Hadirin yang dirahmati, Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya sudah tiga hari kita berada di dalam bahtera kursus apresiasi ini. Kalau lautan sama direnangi, Kalau lurah sama dituruni, Kalau sampan sama berdayung, Kalau lesung sama menumbuk. Kalau huma sama ditugal, Kalau masak sama dituai, Kalau berangan sama dikutip, Kalau padi sama dituai. Itulah signifikannya pertemuan kita selama tiga pada hari yang bersejarah ini. Justeru, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi dan memanfaatkan setiap ilmu yang dikutip sepanjang perguruan ini.

Upload: zarkhuan

Post on 12-Jan-2016

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Hidup memerlukan pengorbananan

TRANSCRIPT

Page 1: Hidup memerlukan pengorbananan

"Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

"Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan."

"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan

cari alasan.

- Peribahasa Arab

 Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.

- Confucius

Yang Berusaha Dr Shaharudin Shaari, Ketua Jabatan Bahasa IPG Ipoh,barisan penceramah, para urus setia, wakil PKG Slim, dan rakan-rakan guru yang dikasihi,

Alhamdulillahirabbil alamin, selayaknya segala pujian kepada Allah Subhanahu Wataala dan salam sejahtera atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Dengan izin Allah dapat kita bersama-sama  dalam majlis penutupan kursus apresiasi KOMSAS dalam BAHASA Melayu 2012 ini.

Hadirin yang dirahmati,

Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya sudah tiga hari kita berada di dalam bahtera kursus apresiasi ini.        Kalau lautan sama direnangi,          Kalau lurah sama dituruni,                 Kalau sampan sama berdayung,          Kalau lesung sama menumbuk.

          Kalau huma sama ditugal,          Kalau masak sama dituai,          Kalau berangan sama dikutip,          Kalau padi sama dituai.

Itulah signifikannya pertemuan kita selama tiga pada hari yang bersejarah ini. Justeru, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran  ke hadrat Illahi dan memanfaatkan setiap ilmu yang dikutip sepanjang perguruan ini.

Bak kata orang …

Kalau memanjat, sudah sampai ke puncak,

Page 2: Hidup memerlukan pengorbananan

Kalau menurun, sudah sampai ke lembah.

Kalau terjun, sudah sampai ke tanah,Kalau berenang, sudah sampai ke pantai.

Kalau belayar sudah sampai ke pulau,Kalau berjalan sudah sampai ke batas.

Kalau mudik, sudah sampai ke hulu,Kalau hanyut sudah sampai ke kuala.

Terima kasih kepada penganjur, IPG Ipoh, JPN Perak, PPd Batang Padang, dan PKG Slim.

(Mohon Maaf atas Kekurangan kami para peserta)

Kami minta ampun,Kami minta maaf ...

Kalau wajah ada yang tersalah pandang,Kalau nama ada yang tersalah sebut,Kalau gelar ada yang tersalah ucap,Kalau duduk ada yang di salah tempat.

Saya menyeru kepada teman-teman, kita manfaatkan ilmu di sini….

Hanyut dipintas,Hilang dicari,

Terapung dikait, Terbenam diselami.

Dari rebung jadikan buluhDari putik jadikan buah

Dari kepompong jadikan rama-ramaDari benih jadikan pokok

Dari ulat, jadikan songketDari karang jadikan pulau.

Akhir kata,“TERANGKAI KALUNGAN BUDI TERSIMPAI KENANGAN SUCI”

Page 3: Hidup memerlukan pengorbananan

TERIMA KASIH DAN JUMPA LAGI.

Catatan:Saya paparkan teks ini atas permintaan anak-anak murid dan rakan-rakan sekursus. Ada beberapa bait yang sesuai untuk dijadikan penutup sama ada ucapan, syarahan dan sebagainya.

Alkisah

kita tau yang orang melayu ni memang tinggi budi bahasanya...tapi tau tak sebenornya kita ni dididik untuk menjadik sarkastik dan tak menggamborkan niat hati kita secara terbuka macam omptuih?meh hari ni kita cuba bongkor apa yang orang kita kata dan apa maksud disebaliknya....

1. bila kita pergi ke rumah orang, dan dah duduk lama, lepas tu bila kita nak balik, tuan

rumah kata "eh?kejap nowh datang?tinggal la lama sikit..."....nak tau apa disebaliknya?"reti

balik rupanya...ingat nak tinggal tetap bermastautin kat sini...bla...bla..."..

2. bila kita datang kat rumah orang secara tetiba, pastu tuan rumah tu kata "laa...kenapa

datang tak bagitau...aku tak sedia apa-apa pun ni ha..."...agak-agak apa yang bermain dalam

hati tuan rumah tu??ini dia..."dan-dan lak time ni ko muncul...potong stim betul aku nak

bermanja-manja dengan anak bini"....

3. bila kita datang rumah sesorang tu, lepas tu dia hidangkan kita air dengan biskut kering

jek...pastu dia kata "mahap la ek...layanan bujang jek...kalo ko bagitau awal-awal nak datang

tadi, ada la benda sikit nak dimasak..."..nak tau apa yang diorang ada cakap dalam hati?"apa

ko ingat kalo ko datang bagitau aku nak bagi ko makan sedap-sedap?buat lari bajet aku

jek...dahla rega barang dah naik"...

4. kalo kita dijamu dengan makanan oleh tuan rumah, pastu kita makan ala kadar jek, tuan

rumah mesti cakap "laaa....sikitnya makan...tambah la lagi...banyak lagi lauk ni..."..tapi

sebenornya dia maksudkan ni..."janganla tambah...janganla tambah.."..

5. kalo kita datang menyinggah jek tak masuk rumah...contohla macam setakat datang

hantor barang jek ke....tuan rumah mesti kata "eh??singgah-singgah le dulu...minum-minum

barang secawan kopi dua..."...tapi sebenornya diorang maksudkan "apa lagi...blah le...blah

le..."...

Page 4: Hidup memerlukan pengorbananan

6. bila kita datang rumah orang, pastu kena pulak anak tak reti duk diam...sibuk berlari ke

sana sini....tuan rumah mesti kata "bagus ek anak ko...pemelor...panjang akal besok budak

ni..."..tapi sebenornya diorang maksudkan ni "kawal-kawal le anak ko tu...rimas dah aku

tengok..kalo anak aku, dah aku seret dah dia atas jalan..tak reti kawal diri..."...

7. yang ni pulak jadik kalo tetiba anak kita duk tumpahkan air ke, makan menjijis ke,

termuntah, terkencing kat karpet diorang...tuan rumah mesti kata "takpe..takpe...budak-

budak...biasala tu...lap-lap ni setel la..."....tapi sebenornya diorang maksudkan ni..."weeiii...tu

karpet import dari Iran tu...hutang pun tak abis bayor lagi....nak aje aku mintak bayor la..."...

8. dan ayat yang biasa kita dengor kalo bertandang rumah orang, ialah "mehla

masuk...buatla macam rumah sendiri ek..."...tapi sebenornya diorang maksudkan ni..."jangan

nak berlagak lebih-lebih macam tuan rumah lak...bila-bila masa jek aku humban ko keluor

kang...."... 

so pada korang betul tak apa yang aku listkan pasal suara hati kebanyakan orang-orang melayu kita ni...korang bersetuju tak kalo aku cakap yang orang kita ni memang diajor untuk jadik berjiwa sensitif dan peka dengan keadaan orang lain walaupun mulut diorang kata tak kisah??