helaian penerangan produk kebakaran - · pdf filehelaian penerangan produk sila baca helaian...

4
HELAIAN PENERANGAN PRODUK Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kebakaran. Sila pastikan juga anda membaca terma dan syarat am. Kebakaran Tarikh: 9 July 2015 1. Skim apakah ini? Skim Kebakaran asas ini menyediakan perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan ke atas harta benda yang dilindungi akibat kebakaran, kilat dan letupan domestik. Harta yang dilindungi termasuk: Bangunan Stok (bahan mentah, barangan telah siap dan belum siap dan lain-lain) Kandungan (loji & mesin, perabot, kelengkapan dan lekapan, peralatan dan perkakasan pejabat dan lain- lain) 2. Apakah konsep Syariah yang diguna pakai? Skim ini menggunakan Konsep Wakalah dan Tabarru’. Wakalah merupakan kontrak di mana peserta melantik pengendali takaful untuk menjalankan transaksi bagi pihaknya untuk melabur dan menguruskan sumbangan dalam Dana Takaful Am (selepas ini dirujuk sebagai "DTA") dengan berlandaskan Syariah. Sebagai pulangan, peserta membenarkan pengendali takaful untuk menolak sejumlah amaun sebagai yuran Wakalah bagi perkhidmatan yang diberikan. Baki Sumbangan selepas ditolak yuran Wakalah akan dikreditkan kepada DTA sebagai Tabarru' (juga dikenali sebagai kos insurans dalam insurans konvensional). Tabarru' bermaksud menderma untuk tujuan bukan komersial dan digunakan untuk membantu peserta lain apabila ditimpa musibah untuk tujuan perpaduan, persaudaraan dan kerjasama di kalangan peserta. Sebarang lebihan daripada DTA akan ditentukan dan diagihkan mengikut budi bicara mutlak pengendali takaful di mana jumlah tahunan pengagihan lebihan antara peserta dengan pengendali takaful adalah mengikut nisbah 50% kepada peserta dan 50% kepada pengendali takaful, dengan syarat bahawa peserta / Orang Yang Dilindungi tidak membuat sebarang tuntutan dan / atau menerima apa-apa manfaat sepanjang tahun sijil semasa. Jika DTA mengalami defisit, dan jika tiada cara lain, pinjaman tanpa faedah daripada pengendali takaful berdasarkan Qardh akan dibuat. Qardh akan dibayar balik apabila DTA kembali mempunyai lebihan dan sebelum sebarang lebihan diagihkan. 3. Apakah perlindungan / manfaat yang disediakan? Skim ini melindungi daripada kerugian atau kerosakan akibat: i) Kebakaran ii) Kilat

Upload: lamkhanh

Post on 07-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda

membuat keputusan untuk menyertai Skim

Kebakaran.

Sila pastikan juga anda membaca terma dan syarat

am.

Kebakaran Tarikh: 9 July 2015

1. Skim apakah ini? Skim Kebakaran asas ini menyediakan perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan ke atas harta benda yang dilindungi akibat kebakaran, kilat dan letupan domestik. Harta yang dilindungi termasuk:

Bangunan Stok (bahan mentah, barangan telah siap dan belum siap dan lain-lain) Kandungan (loji & mesin, perabot, kelengkapan dan lekapan, peralatan dan perkakasan pejabat dan lain-

lain)

2. Apakah konsep Syariah yang diguna pakai?

Skim ini menggunakan Konsep Wakalah dan Tabarru’. Wakalah merupakan kontrak di mana peserta melantik pengendali takaful untuk menjalankan transaksi bagi pihaknya untuk melabur dan menguruskan sumbangan dalam Dana Takaful Am (selepas ini dirujuk sebagai "DTA") dengan berlandaskan Syariah. Sebagai pulangan, peserta membenarkan pengendali takaful untuk menolak sejumlah amaun sebagai yuran Wakalah bagi perkhidmatan yang diberikan. Baki Sumbangan selepas ditolak yuran Wakalah akan dikreditkan kepada DTA sebagai Tabarru' (juga dikenali sebagai kos insurans dalam insurans konvensional). Tabarru' bermaksud menderma untuk tujuan bukan komersial dan digunakan untuk membantu peserta lain apabila ditimpa musibah untuk tujuan perpaduan, persaudaraan dan kerjasama di kalangan peserta. Sebarang lebihan daripada DTA akan ditentukan dan diagihkan mengikut budi bicara mutlak pengendali takaful di mana jumlah tahunan pengagihan lebihan antara peserta dengan pengendali takaful adalah mengikut nisbah 50% kepada peserta dan 50% kepada pengendali takaful, dengan syarat bahawa peserta / Orang Yang Dilindungi tidak membuat sebarang tuntutan dan / atau menerima apa-apa manfaat sepanjang tahun sijil semasa. Jika DTA mengalami defisit, dan jika tiada cara lain, pinjaman tanpa faedah daripada pengendali takaful berdasarkan Qardh akan dibuat. Qardh akan dibayar balik apabila DTA kembali mempunyai lebihan dan sebelum sebarang lebihan diagihkan.

3. Apakah perlindungan / manfaat yang disediakan?

Skim ini melindungi daripada kerugian atau kerosakan akibat:

i) Kebakaran ii) Kilat

iii) Letupan Domestik

Di samping itu, anda boleh meluaskan perlindungan kebakaran asas untuk meliputi kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh peril-peril berikut dengan sumbangan tambahan seperti yang ditetapkan dalam Tarif Kebakaran Disemak Semula (RFT):

Kerosakan pesawat Gempa bumi dan letusan gunung berapi Taufan, ribut kencang Banjir Letupan Kerosakan akibat hentaman Perkakas tangki atau paip pecah atau melimpah Kebakaran belukar/lalang Penenggelaman dan tanah runtuh Pembakaran spontan Rusuhan, mogok dan kerosakan disebabkan hasad dengki Kerosakan akibat pokok tumbang atau dahan jatuh atau objek-objek darinya Penyimpanan dingin beku / Inkubator klausa B

Tempoh perlindungan adalah untuk setahun. Anda perlu memperbaharui sijil anda setiap tahun.

4. Berapakah jumlah sumbangan yang perlu saya bayar?

Jumlah sumbangan tahunan yang anda perlu bayar mungkin akan berubah mengikut syarat-syarat pengunderaitan kami dan bencana yang anda pilih: Tertakluk kepada sumbangan minimum sebanyak RM60.00 bagi kediaman dan RM75.00 bagi bukan kediaman.

5. Apakah caj dan yuran yang saya perlu bayar?

Jenis Amaun

Yuran Wakalah 50% daripada sumbangan di mana: - Komisen – 15% - Perbelanjaan Lain – 35%

Duti Setem RM10.00

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 6% daripada sumbangan yang dibayar

6. Apakah sebahagian daripada terma dan syarat penting yang patut saya ketahui?

Sebahagian daripada terma dan syarat penting yang patut anda ketahui adalah: Tanggungjawab Pendedahan

Kontrak Takaful Pengguna Menurut Perenggan 5 daripada Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, jika anda memohon takaful ini sepenuhnya untuk tujuan yang tidak berkaitan perdagangan, perniagaan atau profesion anda, anda mempunyai kewajipan untuk mengambil langkah yang munasabah untuk tidak membuat pernyataan yang salah dalam menjawab soalan-soalan di dalam Borang Cadangan (atau semasa memohon takaful ini). Anda dikehendaki menjawab soalan-soalan dalam Borang Cadangan ini dengan lengkap dan tepat. Kegagalan untuk

mengambil langkah yang munasabah dalam menjawab soalan-soalan berkenaan, mungkin mengakibatkan pembatalan kontrak takaful anda, penolakan tuntutan atau pengurangan gantirugi, perubahan terma atau penamatan kontrak takaful anda. Kewajipan pendedahan diatas hendaklah diteruskan sehingga kontrak takaful anda dimeterai, diubah atau diperbaharui dengan kami. Sebagai tambahan kepada soalan-soalan di dalam Borang Cadangan (atau semasa memohon takaful ini), anda dikehendaki untuk mendedahkan apa-apa perkara lain yang anda tahu akan mempengaruhi keputusan kami dalam menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang dikenakan. Anda juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu kami dengan serta-merta jika pada bila-bila masa selepas kontrak takaful anda dimeterai, diubah atau diperbaharui dengan kami (atau semasa permohonan takaful ini), apa-apa maklumat yang dinyatakan dalam Borang Cadangan tidak tepat atau sudah berubah. Kontrak Takaful Komersial Menurut Perenggan 4(1) Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, jika anda memohon takaful ini untuk tujuan yang berkaitan dengan perdagangan, perniagaan atau profesion anda, anda berkewajipan untuk mendedahkan apa-apa perkara yang anda tahu akan mempengaruhi keputusan kami dalam menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang dikenakan dan apa-apa perkara yang munasabah yang boleh dijangka, jika tidak ia boleh menyebabkan pembatalan kontrak takaful, penolakan tuntutan atau pengurangan ganti rugi, perubahan terma atau penamatan kontrak takaful anda. Kewajipan pendedahan diatas hendaklah diteruskan sehingga kontrak takaful anda dimeterai, diubah atau diperbaharui dengan kami. Anda juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu kami dengan serta-merta jika pada bila-bila masa selepas kontrak takaful anda ditandatangani, diubah atau diperbaharui dengan kami (atau semasa permohonan takaful ini), apa-apa maklumat yang dinyatakan dalam Borang Cadangan tidak tepat atau sudah berubah.

Perubahan Risiko – anda mesti memaklumkan Syarikat atau ejen anda secara bertulis terhadap sebarang perubahan penting yang berlaku sepanjang tempoh sijil supaya pindaan yang wajar akan disahkan ke dalam sijil anda.

Tanggungjawab Peserta – anda mesti mengambil semua langkah berjaga-jaga untuk keselamatan harta yang dilindungi.

Anda mesti memastikan supaya harta anda dilindungi dalam amaun yang sewajarnya, sama ada ke atas: a) Asas nilai pasaran - kami akan membayar kos penuh bagi membaiki kerosakan harta tersebut tolak amaun haus, lusuh dan susut nilai. b) Asas nilai gantian – kami akan memulihkan, membaiki atau mengganti harta yang kerugian atau rosak tersebut tanpa sebarang penolakan dibuat bagi amaun haus, lusuh atau susut nilai dengan syarat jumlah yang dilindungi itu mencukupi untuk meliputi jumlah kos penggantian.

Jumlah Perlindungan Tidak Mencukupi – anda mesti memastikan supaya jumlah yang dilindungi adalah mencukupi, jika tidak, syarat-syarat purata akan diguna pakai bagi jumlah perlindungan yang tidak mencukupi pada masa kerugian berlaku. Anda dianggap akan membayar sendiri perbezaan yang timbul dan akan menanggung bahagian yang boleh ditaksir daripada kerugian tersebut dengan sewajarnya.

Ekses – adalah jumlah kerugian yang perlu anda tanggung sekiranya berlaku tuntutan.

7. Apakah pengecualian utama bagi Skim ini?

Skim ini tidak melindungi kerugian tertentu seperti: i) Peril seperti yang dinyatakan dalam perkara 3. (di atas) melainkan jika perlindungannya diperluaskan dan

sumbangan tambahan dibayar. ii) Kerugian akibat kecurian semasa dan selepas kejadian kebakaran. iii) Peperangan dan kekacauan awam. iv) Pencemaran radioaktif. v) Pembakaran harta dengan sengaja oleh Peserta sendiri. vi) Bangunan runtuh. vii) Bangunan yang dilindungi dan/atau yang mengandungi harta yang dilindungi tidak dihuni dan kekal

sedemikian sepanjang tempoh selama lebih 30 hari berturut-turut. viii) Tarikh Di Kenal pasti.

ix) Sebarang acara/aktiviti lain yang dilarang/bertentangan dengan Syariah.

Nota: Senarai di atas adalah tidak lengkap. Sila rujuk kepada Sijil untuk senarai pengecualian yang lengkap bagi Skim ini.

8. Bolehkan saya membatalkan sijil saya?

Ya, anda boleh membatalkan sijil anda pada bila-bila masa dengan memberi notis bertulis kepada kami. Selepas pembatalan, anda layak untuk mendapat pemulangan sebahagian daripada sumbangan dengan syarat anda tidak membuat apa-apa tuntutan.

9. Apa yang perlu saya buat sekiranya terdapat perubahan dalam butiran peribadi saya?

Adalah penting bagi anda memaklumkan kepada kami sebarang perubahan mengenai maklumat anda bagi memastikan semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya.

10. Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?

Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan berkenaan Skim Kebakaran, sila hubungi kami atau mana-mana cawangan kami atau ejen kami. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Customer Service Unit (CSU) Syarikat Takaful Malaysia Berhad (131646-K) Menara Takaful Malaysia, No. 4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur. Peti Surat 11483, 50746 Kuala Lumpur. Tel: 1-300 88 252 385 Faks: 603 - 2274 0237 E-mel : [email protected] Laman web: takaful-malaysia.com.my

11. Jenis-jenis perlindungan lain yang sama dan boleh didapati

Sila rujuk kepada cawangan atau ejen kami untuk mendapat maklumat mengenai perlindungan lain yang serupa

yang boleh didapati.

NOTA PENTING: ANDA PERLU MEMBACA DAN MEMAHAMI SKIM INI DAN BERBINCANG DENGAN EJEN/WAKIL BANK/KAKITANGAN ATAU HUBUNGI KAMI TERUS UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Syarikat Takaful Malaysia Berhad adalah dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan

dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

Maklumat yang dinyatakan di dalam helaian penerangan produk ini adalah sah pada 9/7/2015.