helaian keterangan produk produk : agro mabrur-i … · daripada dana risiko akan diperuntukkan...

110

Upload: others

Post on 08-Aug-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HELAIAN KETERANGAN PRODUK PRODUK : AGRO MABRUR-i … · daripada Dana Risiko akan diperuntukkan sepenuhnya (100%) kepada Pemegang Sijil Induk Takaful. e) Adalah penting bagi anda

1

AGRO MABRUR-i_PDS v1.3 (BM)

HELAIAN KETERANGAN PRODUK (Sila baca Helaian Keterangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan memilih “Agro Mabrur-i”. Pastikan juga anda telah membaca terma-terma dan syarat-syarat).

PRODUK : AGRO MABRUR-i

DITAJA JAMIN OLEH: TAKAFUL IKHLAS FAMILY BERHAD

Dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia

Tarikh: 01/02/2020

1) Produk apakah ini? Pelan ini adalah pelan perlindungan berkelompok diperbaharui setiap tahun diperkenalkan secara ekslusif untuk pelanggan-pelanggan Agrobank. Ianya menyediakan manfaat kewangan terhadap kematian/ keilatan kekal dan menyeluruh akibat semulajadi dan kemalangan setiap masa di mana sahaja di seluruh dunia.

2) Apakah konsep-konsep Syariah yang diguna pakai?

Tabarru’ Bermaksud derma bagi tujuan perpaduan dan kerjasama di kalangan Peserta-Peserta Takaful dan akan digunakan untuk membantu Peserta-Peserta Takaful yang ditimpa musibah. Di dalam konteks pihak Syarikat, Tabarru’ akan diperuntukkan ke dalam Dana Risiko.

Wakalah Merujuk kepada kontrak di mana satu pihak, sebagai prinsipal (muwakkil) membenarkan pihak lain sebagai ejen (wakil) untuk melaksanakan tugas tertentu dalam hal-hal yang boleh diwakilkan, dengan atau tanpa mengenakan bayaran. Di dalam konteks pihak Syarikat, kami dilantik sebagai ejen (wakil) untuk melaksanakan Perniagaan Takaful dan yuran Wakalah (Ujrah) akan dibayar kepada pihak Syarikat.

Nota: “Syarikat” merujuk kepada Takaful Ikhlas Family Berhad.

3) 3) Apakah perlindungan-perlindungan/manfaat-manfaat yang ditawarkan?

a) Terdapat 3 pilihan pelan untuk Agro Mabrur-i (Penyertaan Terbuka) seperti berikut:

Manfaat-Manfaat Pelan 1 Pelan 2 Pelan 3

Kematian/ Keilatan Kekal dan Menyeluruh akibat Semulajadi RM13,000 RM26,000 RM40,000

Kematian/ Keilatan Kekal dan Menyeluruh akibat Kemalangan RM26,000 RM52,000 RM80,000

Wakaf

Badal Haji Perbelanjaan Serta-Merta Kematian

RM500 RM3,500 RM1,000

RM500 RM3,500 RM1,000

RM500 RM3,500 RM1,000

Nota : Bagi umur 60 tahun ke atas, layak untuk memohon Pelan 1 sahaja (di bawah permohonan pembaharuan).

b) Berikut disenaraikan keterangan manfaat yang ditawarkan:

Manfaat-Manfaat Keterangan

Kematian/ Keilatan Kekal dan Menyeluruh akibat Semulajadi

Semasa kematian / Keilatan Kekal dan Menyeluruh Orang Yang Dilindungi akibat semulajadi, amaun perlindungan akan dibayar kepada Pemegang Sijil Takaful Induk.

Kematian/ Keilatan Kekal dan Menyeluruh akibat Kemalangan

Semasa kematian / Keilatan Kekal dan Menyeluruh Orang Yang Dilindungi akibat kemalangan, amaun perlindungan akan dibayar kepada Pemegang Sijil Takaful Induk.

Wakaf Semasa kematian Orang Yang Dilindungi, pihak Syarikat akan membayar manfaat Wakaf kepada penama. Bagi yang bukan Islam, manfaat ini akan dibayar sebagai tambahan kepada manfaat Perbelanjaan Serta-Merta Kematian.

Badal Haji Semasa kematian Orang Yang Dilindungi, pihak Syarikat akan membayar manfaat Badal Haji kepada penama. Bagi yang bukan Islam, manfaat ini akan dibayar sebagai tambahan kepada manfaat Perbelanjaan Serta-Merta Kematian.

Perbelanjaan Serta-Merta Kematian

Sekiranya Orang Yang Dilindungi meninggal dunia, pihak Syarikat akan membayar manfaat seperti yang dinyatakan dalam Sijil Takaful Induk, sekiranya bukti yang memuaskan diterima.

Sila baca Sijil Takaful untuk maklumat lebih lanjut mengenai Manfaat-manfaat Takaful.

Page 2: HELAIAN KETERANGAN PRODUK PRODUK : AGRO MABRUR-i … · daripada Dana Risiko akan diperuntukkan sepenuhnya (100%) kepada Pemegang Sijil Induk Takaful. e) Adalah penting bagi anda

2

AGRO MABRUR-i_PDS v1.3 (BM)

4) Berapakah jumlah Sumbangan Takaful yang perlu dibayar?

Jumlah Sumbangan Takaful yang anda perlu bayar adalah berbeza bergantung kepada jenis pelan seperti yang tertera di bawah:

Agro Mabrur-i Pelan 1 Pelan 2 Pelan 3

Jumlah Sumbangan Takaful Tahunan RM75.00 RM135.00 RM195.00

Nota: Cukai Perkhidmatan tidak terpakai untuk pelan ini.

5) Apakah yuran-yuran dan caj-caj yang perlu dibayar? Caj-caj yang dikenakan adalah seperti berikut:

Yuran Wakalah

Komisen

Perbelanjaan Pengurusan

50% daripada Sumbangan Takaful

10% daripada Sumbangan Takaful

40% daripada Sumbangan Takaful

Duti setem RM10.00

6) Apakah terma-terma dan syarat-syarat utama yang perlu diketahui?

a) Pendedahan maklumat – anda dikehendaki mendedahkan semua maklumat dan fakta seperti umur, pekerjaan dan keadaan kesihatan dengan betul. Pihak Syarikat mempunyai hak untuk menolak pembayaran tuntutan jika anda didapati gagal untuk mendedahkan maklumat yang releven yang akan mempengaruhi keputusan untuk menerima atau menolak risiko, dan tentang peruntukan-peruntukan yang akan ditetapkan pada anda.

b) Tempoh Bertenang (Hak Untuk Pembatalan) – Di dalam tempoh 15 hari daripada tarikh Sijil Takaful diterima, Pemegang Sijil Induk Takaful boleh memulangkan semula Sijil Takaful ini kepada pihak Syarikat dan pihak Syarikat akan membatalkannya dengan serta-merta setelah penerimaannya dan pemulangan Sumbangan Takaful pula akan dibuat setelah ditolak jumlah perbelanjaan pemeriksaan perubatan (pengunderaitan perubatan akan dikenakan untuk umur 60 tahun dan ke atas sahaja) yang didahulukan oleh pihak Syarikat. Selepas Sijil Takaful dipulangkan kepada pihak Syarikat dan pembatalan dibuat oleh pihak Syarikat, ia akan dianggap tidak berkuatkuasa semenjak dari tarikh pengeluarannya.

c) Keuntungan pelaburan daripada PRIA, jika ada, akan dipulangkan kepada Pemegang Sijil Induk Takaful (melalui PRIA) setelah ditolak Yuran Prestasi Pelaburan sebanyak 30% daripada keuntungan pelaburan tersebut. Walau bagaimanapun, pihak Syarikat boleh menolak Yuran Prestasi Pelaburan kurang daripada 30%.

d) Pihak Syarikat akan mengenakan Caj Pengurusan Lebihan (SAC) sebanyak 50% daripada sebarang lebihan boleh-agih kasar semasa berakhirnya Tahun Kewangan Syarikat. Lebihan boleh-agih bersih (selepas ditolak SAC) daripada Dana Risiko akan diperuntukkan sepenuhnya (100%) kepada Pemegang Sijil Induk Takaful.

e) Adalah penting bagi anda untuk menerima dan menyimpan resit-resit sebagai bukti pembayaran Sumbangan Takaful yang telah dibuat.

f) Sekiranya anda tidak menerima Sijil Takaful selepas 14 hari dari tarikh penyertaan, sila hubungi kami.

g) Notis tuntutan haruslah dibuat secara bertulis kepada Syarikat dalam masa 30 hari selepas berlakunya kejadian yang mengakibatkan tuntutan. Setelah notis tuntutan dikemukakan, pihak Syarikat akan memberikan borang-borang berkaitan kepada pihak yang melakukan tuntutan bagi menfailkan bukti tuntutan serta memaklumkan pihak yang menuntut akan keperluan-keperluan lain yang mungkin diperlukan. Walaubagaimanapun, ini tidak akan menghalang pihak Syarikat dari meminta dokumen yang selanjutnya mengenai tuntutan tersebut sekiranya didapati perlu. Kesemua maklumat dan bahan bukti ini hendaklah dikemukakan kepada Syarikat dalam tempoh 90 hari daripada tarikh berlakunya peristiwa-peristiwa yang dilindungi.

Nota: Senarai ini tidak muktamad. Sila rujuk kepada Sijil Takaful bagi mendapatkan senarai penuh terma-terma dan syarat-syarat yang terdapat di bawah Sijil Takaful.

7) Apakah pengecualian-pengecualian utama yang terdapat di dalam Sijil Takaful ini? a) Pengecualian-pengecualian ke atas Kematian

Jika Orang Yang Dilindungi, sama ada waras atau tidak, cuba untuk membunuh diri di dalam tempoh satu tahun bermula pada Tarikh Efektif, meninggal dunia disebabkan virus Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS) atau penyakit yang disebarkan secara seksual, atau meninggal dunia akibat dari Keadaan Sedia Wujud sepertimana yang ditakrif dalam Sijil Takaful, tiada manfaat Takaful akan dibayar.

Page 3: HELAIAN KETERANGAN PRODUK PRODUK : AGRO MABRUR-i … · daripada Dana Risiko akan diperuntukkan sepenuhnya (100%) kepada Pemegang Sijil Induk Takaful. e) Adalah penting bagi anda

3

AGRO MABRUR-i_PDS v1.3 (BM)

b) Pengecualian-pengecualian ke atas Keilatan Kekal dan Menyeluruh

Sijil Takaful ini tidak akan memberi perlindungan ke atas sebarang keilatan disebabkan secara langsung atau tidak langsung, keseluruhan atau sebahagian, dari mana-mana satu kejadian yang berikut: (i) Mencederakan diri sendiri atau sebarang percubaan ke atasnya sama ada di dalam keadaan siuman atau tidak; (ii) Perkhidmatan ketenteraan atau tentera laut pada waktu perang yang diisytiharkan atau tidak, atau di bawah

arahan bagi operasi ala peperangan atau pemulihan perintah awam; (iii) Memasuki, mengendali atau menyelenggarakan, menaiki atau menuruni dari atau dengan sebarang peralatan

atau pengangkutan udara melainkan Orang Yang Dilindungi berada di dalam kapal terbang yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan komersial dengan jadual penerbangan yang teratur mengikut destinasi yang telah ditetapkan; atau Orang Yang Dilindungi menjadi penumpang kapal terbang berlesen atau helikopter yang menyediakan perkhidmatan ke kawasan yang tiada perkhidmatan penerbangan biasa;

(iv) Jika Orang Yang Dilindungi didapati dijangkiti oleh virus Human Immunodeficiency (HIV) atau Sindrom Kurang

Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS) atau penyakit yang disebarkan secara seksual; (v) Semasa Orang Yang Dilindungi berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah selain dari yang telah

dibenarkan oleh Doktor yang berdaftar; (vi) Jika Orang Yang Dilindungi mengambil bahagian dalam mana-mana rusuhan atau melakukan kesalahan

jenayah; (vii) Jika Orang Yang Dilindungi didapati terlibat di dalam aktiviti-aktiviti pengganas, termasuk tetapi tidak terhad

kepada, pengunaan kuasa atau keganasan dan/atau ancaman/ugutan kepada orang atau sekumpulan orang, sama ada tindakan perseorangan atau mewakili organisasi atau kerajaan untuk tujuan politik, agama, ideologi atau atas tujuan yang sama untuk menarik perhatian dan mempengaruhi kerajaan, dan/atau meletakkan orang awam atau mana-mana kawasan awam dalam ketakutan;

(viii) Semua Keadaan Sedia Wujud, seperti yang dinyatakan pada Klausa 11 Jadual Kedua, dan/atau sebarang

keadaan yang timbul/wujud daripadanya kecuali ianya telah diberitahu serta diterima secara bertulis oleh pihak Syarikat sebelum perlindungan Orang Yang Dilindungi berkuatkuasa.

c) Pengecualian Bagi Kematian dan Keilatan Akibat Kemalangan

Sijil Takaful Tambahan ini tidak akan melindungi kematian, kehilangan atau kecacatan yang berpunca secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya, dari salah satu daripada kejadian-kejadian berikut: (i) Orang Yang Dilindungi melakukan, cuba melakukan atau memprovokasikan serangan, feloni atau atau

sebarang perlanggaran undang-undang oleh Orang Yang Dilindungi;

(ii) Rusuhan dan kacau-bilau awam, mogok atau aktiviti pengganas;

(iii) Membunuh diri atau sebarang percubaan ke arahnya atau mencederakan diri secara siuman atau tidak;

(iv) Peperangan, sama ada diisytiharkan atau tidak, revolusi, atau sebarang jenis operasi berbentuk peperangan;

(v) Perkhidmatan ketenteraan atau laut semasa peperangan sama ada diisytiharkan atau tidak atau semasa diberikan arahan atau sebarang jenis operasi berbentuk peperangan atau ketika mengembalikan ketenteraman awam;

(vi) Membuat tangkapan sebagai seorang pegawai undang-undang;

(vii) Perlanggaran atau percubaan untuk melanggar undang-undang atau mengelakkan dari penahanan;

(viii) Perlumbaan selain daripada menggunakan kaki;

(ix) Kemalangan yang berlaku semasa atau disebabkan oleh Orang Yang Dilindungi berada di bawah pengaruh alkohol melebihi tahap yang dibenarkan oleh undang-undang atau dadah selain daripada yang perskripsi yang diberikan oleh pengamal perubatan yang berdaftar;

(x) Sebarang keuzuran atau penyakit disebabkan oleh ptomaines atau jangkitan bakteria (kecuali jangkitan pyogenik disebabkan oleh atau akibat daripada luka atau kecederaan akibat kemalangan);

Page 4: HELAIAN KETERANGAN PRODUK PRODUK : AGRO MABRUR-i … · daripada Dana Risiko akan diperuntukkan sepenuhnya (100%) kepada Pemegang Sijil Induk Takaful. e) Adalah penting bagi anda

4

AGRO MABRUR-i_PDS v1.3 (BM)

(xi) Menghidu racun, gas atau bahan berwap (secara disengajakan atau tidak);

(xii) Memasuki, mengendali atau berkhidmat, secara menaiki atau menuruni peralatan udara atau kenderaan udara termasuk melakukan terjunan udara, payung terjun, lompatan bungee, luncur udara dan belon udara kecuali semasa Orang Yang Dilindungi berada di dalam penerbangan yang dikendalikan secara komersial sebagai penumpang berjadual melalui perjalanan berjadual;

(xiii) Sebarang perlakuan keganasan. Bagi tujuan ini perlakuan keganasan bermaksud sebarang perlakuan, termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan kekerasan atau keganasan dan/atau ancaman yang berkaitan dengannya, sama ada perseorangan atau berkumpulan melalui tindakan bersendirian atau bagi pihak yang berkaitan dengan sebarang organisasi, atau kerajaan, dilakukan atas sebab-sebab dengan politik, keagamaan, ideologi atau yang berkaitan dengannya termasuklah dengan niat untuk mempengaruhi sebarang kerajaan atau organisasi dan/atau menakutkan orang awam atau sebahagian daripadanya.

Nota: Senarai ini tidak muktamad. Sila rujuk Sijil Takaful untuk senarai penuh bagi pengecualian-pengecualian di

bawah Sijil Takaful ini.

8) Berapa lama tuntutan akan dibayar?

a) Perbelanjaan Serta-Merta Kematian - 24 jam selepas dokumen lengkap diterima* b) Kematian - 5 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima c) Lain-lain - 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima

* Tertakluk kepada terma dan syarat seperti di bawah:

(i) Mod pembayaran terhad kepada pemindahan IBG sahaja (ii) Tertakluk kepada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dan waktu pejabat sahaja (iii) Tertakluk kepada penyerahan dokumen lengkap seperti berikut:

1. Borang tuntutan berkaitan yang lengkap; 2. Salinan Kad Pengenalan Orang Yang Dilindungi & Benefisiari yang telah disahkan; 3. Salinan Permit Pengkebumian ATAU Sijil Kematian yang telah disahkan; 4. Salinan Sijil Pernikahan / Kelahiran (sebagai bukti hubungan) yang telah disahkan; 5. Salinan penyata Akaun atau buku bank Benefisiari (bukti akaun pemindahan IBG) 6. Laporan Polis (bagi kematian akibat kemalangan sahaja) 7. Salinan lesen memandu Orang Yang Dilindungi yang telah disahkan (bagi kematian akibat kemalangan

sahaja) 8. Bedah siasat (jika perlu)

(iv) Dokumen haruslah dihantar sebelum jam 3.00 petang untuk membolehkan tuntutan diselesaikan dalam tempoh 24 jam. Sebarang dokumen yang diterima selepas jam 3.00 petang akan diproses pada hari berikutnya

(v) 24 jam akan dikira sehingga pemindahan pembayaran melalui IBG dan tidak berdasarkan penerimaan pembayaran dalam akaun benefisiari

(vi) Penyerahan tuntutan di cawangan Agrobank terdekat.

9) Bolehkah saya membatalkan Sijil Takaful ini? Anda boleh membatalkan Sijil Takaful ini dengan menyerahkan notis bertulis kepada kami. Selepas pembatalan, Pemegang Sijil Takaful Induk berhak untuk mendapat baki di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA). Tiada bayaran balik Sumbangan Takaful dibenarkan sekiranya anda telah membuat tuntutan di bawah Sijil Takaful.

10) Apakah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat perubahan kepada maklumat untuk dihubungi? Adalah penting bagi anda untuk memaklumkan kepada Agrobank tentang sebarang perubahan mengenai maklumat anda bagi memastikan semua surat-menyurat dapat disampaikan kepada anda tepat pada masanya.

Page 5: HELAIAN KETERANGAN PRODUK PRODUK : AGRO MABRUR-i … · daripada Dana Risiko akan diperuntukkan sepenuhnya (100%) kepada Pemegang Sijil Induk Takaful. e) Adalah penting bagi anda

5

AGRO MABRUR-i_PDS v1.3 (BM)

11) Bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut? Sekiranya anda memerlukan informasi tambahan mengenai Takaful keluarga, sila rujuk kepada buku panduan info insurans mengenai “Takaful Keluarga”. Anda boleh dapatkan satu salinan daripada pengantara Takaful anda atau layari laman sesawang www.insuranceinfo.com.my Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan mengenai Agro Mabrur-i sila hubungi kami di:

Takaful Ikhlas Family Berhad (No. Pendaftaran 200201025412)

Jabatan Pengurusan Perhubungan Pelanggan IKHLAS Point Tower 11A | Avenue 5 Bangsar South | No. 8 Jalan Kerinchi | 59200 Kuala Lumpur Tel: +603-2723 9696 | Faks: +603-2723 9998 Laman sesawang : www.takaful-ikhlas.com.my Emel: [email protected]

12) Jenis perlindungan lain yang disediakan.

Sila hubungi cawangan Agrobank yang terdekat untuk maklumat lanjut

NOTA PENTING:

PENYERTAAN DI DALAM PELAN TAKAFUL KELUARGA ADALAH MERUPAKAN KOMITMEN KEWANGAN JANGKA

PANJANG. ANDA HARUS MEMILIH JENIS PELAN YANG BENAR-BENAR BERSESUAIAN DENGAN KEHENDAK ANDA.

ANDA PERLU MEMBACA DAN MEMAHAMI SIJIL TAKAFUL DAN BERBINCANG DENGAN WAKIL ANDA ATAU

MENGHUBUNGI PENGENDALI TAKAFUL SECARA TERUS UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA.

MENURUT PERENGGAN 5 DARIPADA JADUAL 9 AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM 2013, JIKA ANDA MEMOHON PRODUK TAKAFUL INI SEPENUHNYA UNTUK TUJUAN YANG TIDAK BERKAITAN PERDAGANGAN, PERNIAGAAN ATAU PROFESION ANDA, ANDA MEMPUNYAI KEWAJIPAN UNTUK MENGAMBIL LANGKAH PENJAGAAN MUNASABAH UNTUK TIDAK MEMBUAT SALAH NYATAAN SEMASA MENJAWAB SOALAN-SOALAN DALAM BORANG CADANGAN (ATAU APABILA ANDA MEMOHON UNTUK PRODUK INI). ANDA DIKEHENDAKI MENJAWAB SOALAN-SOALAN DENGAN LENGKAP DAN TEPAT. KEGAGALAN UNTUK MENGAMBIL PENJAGAAN MUNASABAH DALAM MENJAWAB SOALAN-SOALAN MUNGKIN MENGAKIBATKAN PEMBATALAN SIJIL TAKAFUL ANDA, PENOLAKAN ATAU PENGURANGAN TUNTUTAN, PERUBAHAN TERMA ATAU PENAMATAN SIJIL TAKAFUL ANDA. KEWAJIPAN PENDEDAHAN DI ATAS ADALAH BERTERUSAN SEHINGGA SIJIL TAKAFUL ANDA DIBUAT, DIUBAH ATAU DIPERBAHARUI DENGAN KAMI. SEBAGAI TAMBAHAN KEPADA SOALAN-SOALAN DI DALAM BORANG CADANGAN (ATAU APABILA ANDA MEMOHON UNTUK PRODUK INI), ANDA DIKEHENDAKI UNTUK MENDEDAHKAN APA-APA PERKARA LAIN YANG ANDA TAHU SEBAGAI BERKAITAN KEPADA KEPUTUSAN KAMI UNTUK MENERIMA ATAU TIDAK RISIKO INI DAN MENENTUKAN KADAR TERMA YANG HENDAK DIPAKAI. ANDA JUGA MEMPUNYAI KEWAJIPAN UNTUK SEGERA MEMBERITAHU KAMI SEKIRANYA SETELAH SIJIL TAKAFUL ANDA DIBUAT, DIUBAH, ATAU DIPERBAHARUI DENGAN KAMI, APA-APA MAKLUMAT YANG DINYATAKAN DI DALAM BORANG CADANGAN (ATAU APABILA ANDA MEMOHON UNTUK TAKAFUL INI) TIDAK TEPAT ATAU TELAH BERUBAH.

Maklumat yang terdapat dalam Helaian Keterangan Produk ini sah pada: 01/02/2020