helaian data keselamatan -titanium... · pdf fileulasan komposisi komponen yang...

7
HELAIAN DATA KESELAMATAN KIMIA Bahagian 1: Pengenalpastian bahan kimia dan pembekal Pengecaman produk Tronox® Titanium Dioxide, All Grades Kaedah pengecaman yang lain Nombor SDS B-5017 Kod Produk 77891, Pigment White #6 Sinonim CR-470, CR-800E, CR-813, CR-822, CR-826, CR-828, CR-834, 8120, CR-880, 8300, 8400, 8410, 8670, 8800, 8870, 8140, 41J. Pengesyoran penggunaan bahan kimia dan batas-batas penggunaan Kegunaan yang disarankan Pigmen putih untuk aplikasi dalam bahan salutan, dakwat, gentian, plastik, kertas. Sekatan yang disarankan Tiada yang diketahui. Butiran pembekal utama Pengilang Nama syarikat Tronox LLC Alamat 3301 NW 150th Street Oklahoma City, OK 73134 USA E-mel [email protected] Telefon +1-405-775-5000 (24 Jam) Nombor telefon kecemasan +1-877-358-7421 +1-760-476-3960 (Kod akses: 333318) Seksyen 2: Pengenalan bahaya Tidak diklasifikasi. Bahaya fizikal Tidak diklasifikasi. Berbahaya untuk kesihatan. Tidak diklasifikasi. Bahaya persekitaran Unsur-unsur label Tiada. Simbol bahaya Kata isyarat Tiada. Pernyataan bahaya Produk tersebut tidak memenuhi kriteria pengelasan. Pernyataan waspada Pencegahan Selia amalan kebersihan industri yang baik. Tindakan Curah kulit sebersihnya dengan air. Penyimpanan Simpan di dalam bekas bertutup rapat. Pembuangan Melupus sisa dan baki menurut keperluan pihak berkuasa tempatan. Bahaya lain yang tidak menimbulkan klasifikasi Tiada yang diketahui. Seksyen 3: Komposisi dan maklumat ramuan bahan kimia berbahaya tersebut Campuran 13463-67-7 80 - 97 Titanium dioksida Nombor CAS Nama umum dan sinonim Kandungan mengikut peratus (%) Nama kimia 7631-86-9 0 - 15 Silikon dioksida 21645-51-2 0 - 10 Aluminium hidroksida 1314-23-4 0 - 2 Zirkonium dioksida Ulasan komposisi Komponen yang disenaraikan membentuk pigmen bertindak balas kimia yang tak terpisah. Silikon dioksida hadir dalam produk akhir sebagai silika amorfus. Tronox® Titanium Dioxide, All Grades SDS Malaysia 2835 Versi #: 01 Tarikh Semakan: - Tarikh dikeluarkan: 12-Mac-2015 1 / 7

Upload: vunhi

Post on 13-Mar-2018

225 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: HELAIAN DATA KESELAMATAN -Titanium... · PDF fileUlasan komposisi Komponen yang disenaraikan membentuk pigmen bertindak balas kimia yang tak terpisah. ... Gejala/kesan paling penting,

HELAIAN DATA KESELAMATAN KIMIA

Bahagian 1: Pengenalpastian bahan kimia dan pembekalPengecaman produk Tronox® Titanium Dioxide, All Grades

Kaedah pengecaman yang lainNombor SDS B-5017

Kod Produk 77891, Pigment White #6

Sinonim CR-470, CR-800E, CR-813, CR-822, CR-826, CR-828, CR-834, 8120, CR-880, 8300, 8400, 8410,8670, 8800, 8870, 8140, 41J.

Pengesyoran penggunaan bahan kimia dan batas-batas penggunaanKegunaan yangdisarankan

Pigmen putih untuk aplikasi dalam bahan salutan, dakwat, gentian, plastik, kertas.

Sekatan yang disarankan Tiada yang diketahui.

Butiran pembekal utama

Pengilang

Nama syarikat Tronox LLCAlamat 3301 NW 150th Street

Oklahoma City, OK 73134USA

E-mel [email protected] +1-405-775-5000 (24 Jam)Nombor telefonkecemasan

+1-877-358-7421

+1-760-476-3960 (Kod akses: 333318)

Seksyen 2: Pengenalan bahaya

Tidak diklasifikasi.Bahaya fizikal

Tidak diklasifikasi.Berbahaya untuk kesihatan.

Tidak diklasifikasi.Bahaya persekitaran

Unsur-unsur label

Tiada.Simbol bahaya

Kata isyarat Tiada.

Pernyataan bahaya Produk tersebut tidak memenuhi kriteria pengelasan.

Pernyataan waspada

Pencegahan Selia amalan kebersihan industri yang baik.

Tindakan Curah kulit sebersihnya dengan air.

Penyimpanan Simpan di dalam bekas bertutup rapat.

Pembuangan Melupus sisa dan baki menurut keperluan pihak berkuasa tempatan.

Bahaya lain yang tidakmenimbulkan klasifikasi

Tiada yang diketahui.

Seksyen 3: Komposisi dan maklumat ramuan bahan kimia berbahaya tersebut

Campuran

13463-67-7 80 - 97Titanium dioksida

Nombor CASNama umum dan sinonim Kandunganmengikutperatus (%)

Nama kimia

7631-86-9 0 - 15Silikon dioksida

21645-51-2 0 - 10Aluminium hidroksida

1314-23-4 0 - 2Zirkonium dioksida

Ulasan komposisi Komponen yang disenaraikan membentuk pigmen bertindak balas kimia yang tak terpisah. Silikondioksida hadir dalam produk akhir sebagai silika amorfus.

Tronox® Titanium Dioxide, All Grades SDS Malaysia

2835 Versi #: 01 Tarikh Semakan: - Tarikh dikeluarkan: 12-Mac-2015 1 / 7

Page 2: HELAIAN DATA KESELAMATAN -Titanium... · PDF fileUlasan komposisi Komponen yang disenaraikan membentuk pigmen bertindak balas kimia yang tak terpisah. ... Gejala/kesan paling penting,

Seksyen 4: Langkah-langkah pertolongan cemasDihidu Pindahkan ke udara bersih. Dapatkan rawatan perubatan jika ketidakselesaan berpanjangan.

Terkena kulit Curah kulit sebersihnya dengan air. Dapatkan rawatan perubatan jika perengsaan terbentuk atauberpanjangan.

Terkena mata Jangan gosok mata. Serta merta bilas mata dengan air. Tanggalkan kanta lekap jika ada, danteruskan mencurah mata dengan air mengalir selama sekurang-kurangnya 15 minit. Buka kelopakmata supaya seluruh permukaan mata dan kelopak mata dibilas air. Dapatkan rawatan perubatandengan serta merta.

Ditelan Bilas mulut sebersihnya. Jangan cetuskan muntah tanpa nasihat daripada pusat kawalan racun.Jangan sekali-kali beri apa-apa melalui mulut kepada orang yang tidak sedarkan diri. Jika berlakujumlah pengingesan yang banyak, hubungi pusat kawalan racun dengan segera.

Gejala/kesan paling penting,akut dan tertangguh

Habuk mungkin merengsa salur pernafasan, kulit dan mata. Batuk. Penyedutan debu yang kerapdalam satu jangka masa yang panjang meningkatkan risiko berlakunya penyakit paru-paru.

Petunjuk bahawa pemerhatianperubatan serta-merta danrawatan khusus diperlukan

Rawat mengikut simptom.

Maklumat umum Pastikan kakitangan perubatan menyedari tentang bahan(-bahan) yang terlibat, dan mengambillangkah-langkah keselamatan untuk melindungi diri mereka.

Seksyen 5: Langkah-langkah memadam kebakaranMedia pemadam yang sesuai Guna media pemadam api yang sesuai dengan persekitaran bahan.

Unsuitable extinguishingmedia

Tiada sekatan yang diketahui.

Bahaya khusus yang terbitdaripada bahan kimia ini

Tiada yang diketahui.

Peralatan perlindungan khususdan awasan untuk pemadamkebakaran

Pemilihan perlindungan pernafasan untuk melawan api kebakaran: ikut langkah berjaga-jagaumum melawan kebakaran seperti tertera di tempat kerja. Peralatan

Peralatan/arahan memadamkebakaran

Pindahkan bekas daripada kawasan kebakaran sekiranya dapat dilakukan tanpa risiko. Cegahlimpahan daripada kawalan kebakaran atau pencairan daripada memasuki anak sungai,pembetung, atau bekalan air minum.

Kod HAZCHEM Tiada.

Bahaya kebakaran umum Produk ini tidak mudah menyala.

Seksyen 6: Langkah-langkah pembebasan tidak sengajaLangkah waspada diri,peralatan pelindung danprosedur kecemasan

Elakkan penyedutan debu dan bersentuhan dengan kulit dan mata. Pakai peralatan dan pakaianperlindungan yang sesuai semasa pembersihan. Pihak berkuasa tempatan harus diberitahu jikatumpahan besar tidak boleh dibendung.

Langkah-langkah waspadaalam sekitar

Tahan dari berlaku lagi kebocoran atau tumpahan jika selamat berbuat demikian. Janganmencemar air.

Kaedah dan bahan bagimembendung danmembersihkannya

Elakkan pembentukan debu. Kumpul serbuk menggunakan pembersih debu vakum khas denganpenuras zarah atau sapu dengan cermat ke dalam bekas tertutup. Cegah daripada memasukisaluran air, pembetung, lantai bawah tanah atau ruang terkurung. Untuk pelupusan sisa, lihatseksyen 13.

Seksyen 7: Pengendalian dan penyimpananLangkah waspada bagipengendalian selamat

Elakkan penyedutan debu dan bersentuhan dengan kulit dan mata. Gunakan denganpengudaraan yang memadai sahaja. Gunakan Peralatan Perlindungan Diri yang disarankan diseksyen 8 SDS. Basuh bersih-bersih setelah mengendalikannya. Selia amalan kebersihan industriyang baik.

Keadaan penyimpanan yangselamat, termasuk apa-apabahan atau keadaan tak serasi

Titanium dioksida merupakan sebatian kimia yang stabil yang tidak mengurai semasapenyimpanan tetapi boleh memungut lembapan daripada alam sekitar jika tidak disimpan dengansebaiknya, hingga menjejas prestasi produk. Simpan di dalaman di tempat yang kering, jauhdaripada hujan dan lantai basah. Gunakan atas dasar masuk-dahulu keluar-dahulu setelahkiriman diterima.

Seksyen 8: Kawalan pendedahan dan perlindungan peribadiHad pendedahan pekerjaan

Malaysia. OEL. (Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan KimiaBerbahaya kepada Kesihatan))

NilaiJenisKomponen

TWA 10 mg/m3Titanium dioksida (CAS13463-67-7)

Tronox® Titanium Dioxide, All Grades SDS Malaysia

2835 Versi #: 01 Tarikh Semakan: - Tarikh dikeluarkan: 12-Mac-2015 2 / 7

Page 3: HELAIAN DATA KESELAMATAN -Titanium... · PDF fileUlasan komposisi Komponen yang disenaraikan membentuk pigmen bertindak balas kimia yang tak terpisah. ... Gejala/kesan paling penting,

Malaysia. OEL. (Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan KimiaBerbahaya kepada Kesihatan))

NilaiJenisKomponen

TWA 5 mg/m3Zirkonium dioksida (CAS1314-23-4)

Nilai Had Ambang ACGIH Amerika Syarikat

NilaiJenis BentukKomponen

TWA 1 mg/m3 Pecahan boleh dihirup.Aluminium hidroksida (CAS21645-51-2)

TWA 10 mg/m3Titanium dioksida (CAS13463-67-7)

STEL 10 mg/m3Zirkonium dioksida (CAS1314-23-4)

TWA 5 mg/m3

Nilai had biologi Tiada had pendedahan biologi dicatatkan bagi ramuannya.

Garis panduan pendedahan Tiada piawai pendedahan diperuntukkan.

Kawalan kejuruteraan yangwajar

Udarakan sebagaimana perlu bagi mengawal habuk bawaan udara. Sediakan pengalihan udarasecukupnya. Patuhi Had Pendedahan Pekerjaan dan minimakan risiko sedutan debu.

Langkah perlindungan individu, seperti peralatan pelindungan peribadiPerlindungan mata/muka Pakai gogal keselamatan tahan debu di mana terdapat bahaya sentuhan mata.

Perlindungan KulitPerlindungan tangan Pakailah sarung tangan yang sesuai. Sarung tangan bersesuaian boleh dicadangkan oleh

pembekal sarung tangan.

Lain-lain Risiko sentuhan: Pakai sarung tangan perlindungan. Pakai pakaian bersesuaian untukmengelakkan sentuhan kulit yang berulangan atau berpanjangan.

Perlindungan pernafasan Jika alih udara tidak memadai atau ada risiko penyedutan habuk, gunakan peralatan pernafasanyang sesuai dengan turas zarah. Dapatkan nasihat daripada penyelia tempatan.

Bahaya terma Pakai pakaian pelindung terma yang wajar, apabila perlu.

Kebersihan umum yang perludiambil kira

Jangan menyedut habuk. Sentiasa amalkan langkah kebersihan diri yang baik, seperti membasuhtubuh setelah menangani bahan dan sebelum makan, minum, dan/atau merokok. Basuh pakaiankerja dan peralatan pelindung secara rutin bagi menghapus zat pencemar.

Seksyen 9: Sifat-sifat fizikal dan kimiaRupa Serbuk putih.

Keadaan jirim Pepejal.

Bentuk Serbuk.

Warna Putih.

Bau Tanpa bau.

Ambang bau Tidak berkenaan

pH Tidak berkenaan

Takat lebur/takat beku 1830 - 1850 °C (3326 - 3362 °F)

Takat didih permulaan danjulat didih

2500 - 3000 °C (4532 - 5432 °F)

Takat Kilat Tidak tersedia.

Kadar Penyejatan Tidak tersedia.

Kemudahbakaran (pepejal,gas)

Tidak berkenaan.

Had boleh letup atau kemudahbakaran atas dan bawah

Had kemudahbakaran -bawah (%)

Tidak tersedia.

Had kemudahbakaran -atas (%)

Tidak tersedia.

Had boleh letup - bawah(%)

Tidak tersedia.

Had letupan – atas(%)

Tidak tersedia.

Tronox® Titanium Dioxide, All Grades SDS Malaysia

2835 Versi #: 01 Tarikh Semakan: - Tarikh dikeluarkan: 12-Mac-2015 3 / 7

Page 4: HELAIAN DATA KESELAMATAN -Titanium... · PDF fileUlasan komposisi Komponen yang disenaraikan membentuk pigmen bertindak balas kimia yang tak terpisah. ... Gejala/kesan paling penting,

Tekanan Wap Tidak tersedia.

Ketumpatan wap Tidak tersedia.

Ketumpatan relatif 4.1 Hampiran (pada 20°C)

Keterlarutan

Keterlarutan (air) Tidak larut dalam air

Pekali sekatan (n-oktanol/air) Tidak berkenaan

Suhu swanyala Tidak tersedia.

Suhu penguraian Tidak tersedia.

Kelikatan Tidak berkenaan

Maklumat lain

Ketumpatan pukal 600 kg/m³ Hampiran (pada 20°C)

Sifat mudah letup Tak mudah meletup.

Sifat-sifat mengoksida Tidak mengoksida.

Seksyen 10: Kestabilan dan kereaktifanKereaktifan Produk ini stabil dan tidak reaktif dalam keadaan penggunaan, penyimpanan dan pengangkutan

normal.

Kestabilan kimia Bahan ini stabil dalam keadaan normal.

Kemungkinan tindak balasberbahaya

Pempolimeran berbahaya tidak berlaku.

Keadaan untuk dielak Elakkan pembentukan debu.

Bahan-bahan Incompatible Tiada yang diketahui.

Hasil penguraian berbahaya Tiada bahaya hasil penguraian yang diketahui.

Seksyen 11: Maklumat toksikologiMaklumat tentang laluan pendedahan yang berkemungkinan

Dihidu Debu mungkin merengsa sistem pernafasan.

Terkena kulit Habuk boleh merengsa kulit.

Terkena mata Habuk mungkin merengsa mata.

Ditelan Pengingesan mungkin menyebabkan kerengsaan dan dedar.

Gejala berkaitan sifat fizikal,kimia dan toksikologi

Habuk atau serbuk mungkin merengsa salur pernafasan, kulit dan mata. Batuk. Penyedutan debuyang kerap dalam satu jangka masa yang panjang meningkatkan risiko berlakunya penyakitparu-paru.

Maklumat tentang kesan toksikologi

Ketoksikan akut Mungkin menyebabkan ketidakselesaan jika tertelan.

Keputusan UjianKomponen Spesies

Aluminium hidroksida (CAS 21645-51-2)

LD50 Tikus

OralAkut

> 5000 mg/kg

Penghakisan / kerengsaan kulit Habuk boleh merengsa kulit. Akan merengsa kulit apabila bersentuhan dengan kulit yang lembabatau basah.

Kerengsaan mata / kerosakanmata yang serius

Habuk mungkin merengsa mata. Debu dalam mata: Individu yang terdedah mungkin mengalamimata berair, mata merah, dan ketidakselesaan.

Pemekaan pernafasan atau kulit

Pemekaan pernafasan Tiada yang diketahui.

Pemekaan kulit Bukan pemeka kulit.

Kemutagenan sel germa Tiada data tersedia untuk menunjukkan produk atau apa-apa komponen yang hadir lebih daripada0.1% adalah mutagenik atau genotoksik.

Tronox® Titanium Dioxide, All Grades SDS Malaysia

2835 Versi #: 01 Tarikh Semakan: - Tarikh dikeluarkan: 12-Mac-2015 4 / 7

Page 5: HELAIAN DATA KESELAMATAN -Titanium... · PDF fileUlasan komposisi Komponen yang disenaraikan membentuk pigmen bertindak balas kimia yang tak terpisah. ... Gejala/kesan paling penting,

Kekarsinogenan Disyaki menyebabkan kanser. IARC telah mengkelaskan TiO2 sebagai 2B Berkemungkinankarsinogen kepada manusia. Namun, satu-satunya bukti kekarsinogenan adalah pada tikus yangdidedahkan kepada kepekatan sangat tinggi. Dua kajian epidemiologi yang besar di kalanganpekerja titanium dioksida di AS dan di Eropah tidak dapat menunjukkan risiko kanser paru-paruyang tinggi.

Boffetta et. al. Mortality among workers employed in the titanium dioxide production industry inEurope. (Kematian di kalangan pekerja industri titanium dioksida di Eropah) Cancer CausesControl (Kawalan Punca Kanser). 2004 Sep;15(7):697-706.Fryzek et. al. A cohort mortality study among titanium dioxide manufacturing workers in theUnited States (Kajian kematian kumpulan umur di kalangan pekerja pengilangan titanium dioksidadi Amerika Syarikat). J Occup Environ Med (Jurnal Perubatan Persekitaran Kerja). 2003Apr;45(4):400-9.Monograf IARC tentang Evaluation of Carcinogenic Risks to Humans (Penilaian RisikoKarsinogen kepada Manusia). IARC Monographs, Jilid 93 (Ringkasan)

Monograf IARC. Overall Evaluation of Carcinogenicity (Penilaian Menyeluruh tentang Kekarsinogenan)

Titanium dioksida (CAS 13463-67-7) 2B Berkemungkinan karsinogen kepada manusia.

Ketoksikan pembiakan Tiada yang diketahui.

Ketoksikan organ sasarankhusus - dedahan tunggal

Tiada yang diketahui.

Ketoksikan organ sasarankhusus - dedahan berulang

Tiada yang diketahui.

Bahaya aspirasi Tidak diklasifikasi.

Kesan-kesan kronik Penyedutan habuk secara kerap dalam jangka masa yang panjang mungkin meningkatkan risikomengalami penyakit paru-paru kronik dan kerengsaan kulit.

Maklumat lanjut Tidak ada kesan akut khas atau kesan kesihatan kronik lain dicatatkan.

Seksyen 12: Maklumat ekologiKetoksikan ekologi Produk tidak dijangka berbahaya kepada alam sekitar.

Keberterusan / kedegradasian Kebolehdegradasi produk tidak dinyatakan.

Potensi biotumpukan Bioakumulasi adalah tidak mungkin bererti kerana produk mempunyai keterlarutan air yangrendah

Kebolehgerakan di dalamtanah

Produk adalah tidak larut dalam air dan akan mendak dalam sistem air.

Kesan buruk yang lain Tidak dibuktikan.

Seksyen 13: Maklumat pelupusanArahan pembuangan Saranan pelupusan berdasarkan bahan sebagaimana dibekalkan. Pelupusan mestilah sejajar

dengan undang-undang dan peraturan yang berkenaan pada sesuatu masa, serta ciri-ciri bahanpada waktu pelupusan. Bahan ini dan bekasnya hendaklah dilupuskan di tempat pemungutan sisaberbahaya atau sisa khas. Jangan biarkan bahan ini disalirkan ke dalam pembetung/bekalan air.

Peraturan pembuangantempatan

Lupuskan menurut peraturan tempatan.

Buangan daripada sisa /produk tidak digunakan

Lupuskan menurut peraturan tempatan.

Bahan bungkusan tercemar Oleh kerana bekas yang dikosongkan mungkin masih mengandungi saki baki produk, ikuti amaranlabel walau pun setelah bekas dikosongkan.

Seksyen 14: Maklumat pengangkutan

ADR

Tidak dikawal selia sebagai barang bahaya.

RID

Tidak dikawal selia sebagai barang bahaya.

IATA

Tidak dikawal selia sebagai barang bahaya.

IMDG

Tidak dikawal selia sebagai barang bahaya.

Tidak berkenaanPengangkutan secara pukalmenurut Lampiran II MARPOL73/78 dan Kod IBC

Kod HAZCHEM Tiada.

Tronox® Titanium Dioxide, All Grades SDS Malaysia

2835 Versi #: 01 Tarikh Semakan: - Tarikh dikeluarkan: 12-Mac-2015 5 / 7

Page 6: HELAIAN DATA KESELAMATAN -Titanium... · PDF fileUlasan komposisi Komponen yang disenaraikan membentuk pigmen bertindak balas kimia yang tak terpisah. ... Gejala/kesan paling penting,

Seksyen 15: Maklumat kawal seliaPeratusan khususkeselamatan, kesihatan danpersekitaran untuk produkyang dimaksudkan

Risalah data keselamatan kimia ini telah disediakan mengikut undang-undang dan garis panduanMalaysia OSH-CPL untuk rangka risalah data keselamatan yang dikeluarkan oleh kementeriankesihatan Malaysia.

Bahan Aktif Produk Racun Perosak (Akta Racun Perosak 1974, Jadual Pertama, seperti pindaan sehingga 1 Oktober,2004)

Tidak dikawal selia.Akta CWC (Konvensyen Senjata Kimia) 2005, Jadual 1-3, seperti yang dipinda melalui Preaturan CWC 2007, 5 Oktober,2007)

Tidak dikawal selia.Bahan Menyusutkan Ozon (DDS) (Arahan Kualiti Persekitaran (Larangan ke atas Penggunaan CFC dan Lain-lain Gassebagai Agen Perejang dan Peniup) 1993, 31 Dis, 1993)

Tidak dikawal selia.Pengunaan Bahan yang Dilarang (Arahan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Larangan Penggunaan Bahan) 1999)

Tidak dikawal selia.

Peraturan antarabangsa Bahan ini dianggap tidak berbahaya menurut garis panduan kawal selia.

Konvensyen Stockholm

Tidak berkenaanKonvensyen Rotterdam

Tidak berkenaanProtokol Montreal

Tidak berkenaanProtokol Kyoto

Tidak berkenaanKonvensyen Basel

Tidak berkenaan

Seksyen 16: Maklumat lainTarikh dikeluarkan 12-Mac-2015

Tanggal Revision -Versi # 01Maklumat lanjut Pernyataan Nanozarah- Ukuran zarah primer purata produk ini lebih besar daripada julat ukuran

nanozarah yang diberikan oleh ISO/TC 229 dan tidak patut dipertimbangkan sebagai nanozarahatau nanobahan yang dikilangkan. Seperti juga bahan zarahan lain, terdapat taburan ukuranzarah di sekitar ukuran purata tersebut, dan sebahagian kecil daripadanya mungkin termasukdalam definisi nanozarah. Dalam produk ini, ukuran zarah primer adalah dalam julat 200-300 nm.Namun, ukuran zarah primer tidak mewakili ukuran zarah dalam produk ini sebagaimanadibekalkan, kerana zarah tersebut biasanya mengagregat atau mengaglomerat menjadi zarahlebih besar.

Sinonim:CR-470, CR-800E, CR-813, CR-822, CR-826, CR-828, CR-834, 8120, CR-880, 8300, 8400, 8410,8670, 8800, 8870, 8140, 41J.

Senarai singkatan

GHS: Globally Harmonized System of Classification and Labeling of Chemicals (Sistem Klasifikasidan Pelabelan Bahan Kimia Diseragamkan Sedunia).LD50: Dos Maut, 50%.LC50: Kepekatan Maut, 50%.NIOSH: National Institute for Occupational Safety & Health (Institut Keselamatan dan KesihatanKerja Nasional).

Rujukan HSDB® - Hazardous Substances Data Bank (Bank Data Zat Berbahaya)Monograf IARC. Overall Evaluation of Carcinogenicity (Penilaian Keseluruhan tentangKekarsinogenan)

Tronox® Titanium Dioxide, All Grades SDS Malaysia

2835 Versi #: 01 Tarikh Semakan: - Tarikh dikeluarkan: 12-Mac-2015 6 / 7

Page 7: HELAIAN DATA KESELAMATAN -Titanium... · PDF fileUlasan komposisi Komponen yang disenaraikan membentuk pigmen bertindak balas kimia yang tak terpisah. ... Gejala/kesan paling penting,

Kenyataan Sangkalan Maklumat dalam risalah ini telah ditulis berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang adasetakat ini.

Pernyataan Nanozarah- Ukuran zarah primer purata produk ini lebih besar daripada julat ukurannanozarah yang diberikan oleh ISO/TC 229 dan tidak patut dipertimbangkan sebagai nanozarahatau nanobahan yang dikilangkan. Seperti juga bahan zarahan lain, terdapat taburan ukuranzarah di sekitar ukuran purata tersebut, dan sebahagian kecil daripadanya mungkin termasukdalam definisi nanozarah. Dalam produk ini, ukuran zarah primer adalah dalam julat 200-300 nm.Namun, ukuran zarah primer tidak mewakili ukuran zarah dalam produk ini sebagaimanadibekalkan, kerana zarah tersebut biasanya mengagregat atau mengaglomerat menjadi zarahlebih besar.

MSDS ini mengandungisemakan dalam seksyenberikut:

MSDS ini mengandungi semakan dalam seksyen berikut: 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14,15, 16

Tronox® Titanium Dioxide, All Grades SDS Malaysia

2835 Versi #: 01 Tarikh Semakan: - Tarikh dikeluarkan: 12-Mac-2015 7 / 7