hee kiew loo - fp.utm.my social science v13.0 for windows) and presented in form of percentage and...

31
KEBOLEHAN PELAJAR-PELAJAR MENGUASAI BAHASA INGGERIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH PONTIAN, JOHOR HEE KIEW LOO Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Upload: duongdiep

Post on 15-Mar-2018

221 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: HEE KIEW LOO - fp.utm.my Social Science v13.0 For Windows) and presented in form of percentage and ... 3.5 Intrumen Kajian 34

KEBOLEHAN PELAJAR-PELAJAR MENGUASAI BAHASA INGGERIS

DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DALAM BAHASA

INGGERIS DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

DAERAH PONTIAN, JOHOR

HEE KIEW LOO

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Page 2: HEE KIEW LOO - fp.utm.my Social Science v13.0 For Windows) and presented in form of percentage and ... 3.5 Intrumen Kajian 34
Page 3: HEE KIEW LOO - fp.utm.my Social Science v13.0 For Windows) and presented in form of percentage and ... 3.5 Intrumen Kajian 34

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik).”

Page 4: HEE KIEW LOO - fp.utm.my Social Science v13.0 For Windows) and presented in form of percentage and ... 3.5 Intrumen Kajian 34

KEBOLEHAN PELAJAR-PELAJAR MENGUASAI BAHASA INGGERIS

DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DALAM BAHASA

INGGERIS DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

DAERAH PONTIAN, JOHOR

HEE KIEW LOO

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

Page 5: HEE KIEW LOO - fp.utm.my Social Science v13.0 For Windows) and presented in form of percentage and ... 3.5 Intrumen Kajian 34

ii

“Saya akui bahawa penulisan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan, di mana-mana satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Page 6: HEE KIEW LOO - fp.utm.my Social Science v13.0 For Windows) and presented in form of percentage and ... 3.5 Intrumen Kajian 34

iii

DEDIKASI

TERISTIMEWA BUAT,

Ibu dan Ayah yang Disayangi dan Dikasihi,

Adik-adik Tersayang,

Segala Doamu, Pengorbanan, Dorongan, Kesabaran Serta Kasih Sayang

Dari Kalian Amatlah Ku Sanjungi dan Ku Hargai…

KHAS BUAT,

Pembimbing yang dikasihi,

Segala bimbingan, Tunjuk Ajar dan Jasamu Tidak akan Ku Lupai …..

Teman-teman Seperjuangan

Terima Kasih

Di atas Sokongan dan Semangat Dari Kalian Sepanjang Pengajian Ku

Page 7: HEE KIEW LOO - fp.utm.my Social Science v13.0 For Windows) and presented in form of percentage and ... 3.5 Intrumen Kajian 34

iv

PENGHARGAAN

Di ruangan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada

pensyarah pembimbing saya iaitu PM. Dr. Hj. Mat Jizat Bin Abdol yang telah banyak

membantu, memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Segala teguran, nasihat dan tunjuk ajar

dan kata-kata semangat akan tetap saya ingati dan amatlah dihargai.

Ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih juga ditunjukkan kepada semua

pelajar-pelajar yang telah menjadi responden bagi penyelidikan ini, pensyarah,

kakitangan yang terlibat, serta kawan-kawan seperjuangan yang banyak membantu dan

memberi kerjasama di sepanjang tempoh menyiapkan penyelidikan ini.

Semoga kalian sentiasa sihat sejahtera diberkati oleh Tuhan,

Page 8: HEE KIEW LOO - fp.utm.my Social Science v13.0 For Windows) and presented in form of percentage and ... 3.5 Intrumen Kajian 34

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui kebolehan pelajar-pelajar menguasai

bahasa Inggeris dalam Sains di daerah Pontian,Johor. Penyelidik ingin mengetahui

masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam menguasai bahasa Inggeris dalam Sains dan

pandangan pelajar terhadap pengajaran guru Sains. Bilangan responden yang terlibat

dalam kajian seramai 260 orang responden yang dipilih secara rawak dari sample kajian.

Instrumen kajian menggunakan soal selidik dan dinalisis dengan menggunakan SPSS

versi 13,0 (Statistical Package For Social Science version 13.0 For Windows). Hasilnya

dipersembahkan dalam bentuk peratus dan frekuensi. Hasil kajian mendapati bahawa

158 orang atau 60.8% responden tidak boleh menguasai bahasa Inggeris dalam Sains.

Kajian juga berjaya menyingkap masalah-masalah yang dihadapi oleh responden di atas

ketidakbolehan menguasai bahasa Inggeris dalam Sains. Hasil kajian juga mendapati

responden berpandangan bahawa penggunaan dwibahasa (Bahasa Malaysia dan Bahasa

Inggeris) dalam pengajaran dan pembelajaran Sains adalah lebih berkesan.

Page 9: HEE KIEW LOO - fp.utm.my Social Science v13.0 For Windows) and presented in form of percentage and ... 3.5 Intrumen Kajian 34

vi

ABSTRACT

The objective of this study is to determine the ability of students in Pontian,

Johor to use English in Science. It is also identifying problems that can contribute

towards this problem and students view of teacher teaching in Science. The instrument

used was a set of questionnaire given to 260 respondents which was randomly selected

from the sample. The data was analyzed using SPSS version13.0 (Statistical Package

for Social Science v13.0 For Windows) and presented in form of percentage and

frequency. The finding of this research showed that 158 respondents or 60.8% of them

unable use English in Science. The finding uncovered the problems faced by

respondents of their unable use English in Science. The finding also showed in view of

majority of respondents using Bahasa Malaysia and English in teaching and learning

Science is more effective.

Page 10: HEE KIEW LOO - fp.utm.my Social Science v13.0 For Windows) and presented in form of percentage and ... 3.5 Intrumen Kajian 34

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB I PENGENALAN DAN PERMASALAHAN KAJIAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 6

1.3 Pernyataan Masalah 12

1.4 Objektif Kajian 13

1.5 Persoalan Kajian 13

Page 11: HEE KIEW LOO - fp.utm.my Social Science v13.0 For Windows) and presented in form of percentage and ... 3.5 Intrumen Kajian 34

viii

1.6 Kepentingan Kajian 14

1.7 Skop Dan Batasan Kajian 15

1.8 Definisi Operasional 15

1.8.1 Kebolehan 15

1.8.2 Sains 16

1.8.3 Bahasa Inggeris 16

1.8.4 Sekolah Menengah 16

1.8.5 Menguasai 17

1.9 Penutup 17

BAB II PENELITIAN BAHAN ILMIAH YANG BERKAITAN

2.1 Pengenalan 18

2.2 Pengajaran Guru 18

2.2.1 Penguasaan Bahasa Inggeris

Guru 21

2.2.2 Penggunaan Bahasa 22

2.3 Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa kedua 23

2.4 Masalah Bahasa 25

2.5 Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa

Perantaraan Dalam Mata Pelajaran Sains

dan Matematik 27

2.6 Masalah Yang Dihadapi Oleh Pelajar

Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

Sains dan Matematik dalam Bahasa

Inggeris 29

2.6 Penutup 30

Page 12: HEE KIEW LOO - fp.utm.my Social Science v13.0 For Windows) and presented in form of percentage and ... 3.5 Intrumen Kajian 34

ix

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 31

3.2 Reka Bentuk Kajian 32

3.3 Tempat Kajian 32

3.4 Populasi Dan Pensampelan 33

3.5 Intrumen Kajian 34

3.6 Analisa Data 36

3.7 Kajian Rintis 39

3.8 Penutup 41

BAB IV DAPATAN DAN PENGANALISAAN DATA KAJIAN

4.1 Pengenalan 42

4.2 Analisis Data 43

4.2.1 Analisis Bahagian A 44

4.2.2 Dapatan Persoalan 1 52

4.2.3 Dapatan Persoalan 2 60

4.2.4 Dapatan Persoalan 3 63

4.3 Penutup 67

Page 13: HEE KIEW LOO - fp.utm.my Social Science v13.0 For Windows) and presented in form of percentage and ... 3.5 Intrumen Kajian 34

x

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 68

5.2 Perbincangan 69

5.2.1 Perbincangan Dapatan

Persoalan 1 69

5.2.2 Perbincangan Dapatan

Persoalan 2 70

5.2.3 Perbincangan Dapatan

Persoalan 3 71

5.3 Rumusan 73

5.4 Cadangan-cadangan 74

5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 76

5.6 Penutup 77

RUJUKAN 79

LAMPIRAN 84

Page 14: HEE KIEW LOO - fp.utm.my Social Science v13.0 For Windows) and presented in form of percentage and ... 3.5 Intrumen Kajian 34

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Perbezaan Pencapaian Tahap Kefahaman

Pelajar-pelajar Bandar dan Luar Bandar

Dalam mata pelajaran Sains, Matematik

dalam Bahasa Inggeris 10

3.4.1 Populasi dan Sampel Kajian Menengah

Kebangsaan Daerah Pontian, Johor 33

3.5.1 Skala Likert dan Skala Pemeringkatan 34

3.5.2 Senarai Bilangan Soalan dalam Soal Selidik

Bahagian B 35

3.6.1 Kaedah Pembahagian Skor Bagi Item Soal

Selidik 36

3.6.2 Pengelasan Skala Dua Matra 37

3.6.3 Pengelasan Pemeringkatan Likert 37

3.6.4 Tafsiran Nilai Peratus Kajian 38

3.7.1 Pengiraan Statistik Nilai Kebolehpercayaan

Item-item Soal Selidik 40

4.1 Taburan Bangsa Mengikut Sekolah dan

Jantina 44

4.2 Taburan Bangsa Mengikut Sekolah Rendah

Dahulu 45

Page 15: HEE KIEW LOO - fp.utm.my Social Science v13.0 For Windows) and presented in form of percentage and ... 3.5 Intrumen Kajian 34

xii

4.3 Taburan Keputusan Bahasa Inggeris

Responden Di Peringkat UPSR Mengikut

Bangsa 46

4.4 Taburan Kelayakan Akademik Tertinggi Bapa

Responden Mengikut Bangsa 47

4.5 Taburan Kelayakan Akademik Tertinggi Ibu

Responden Mengikut Bangsa 48

4.6 Taburan Bahasa Pertuturan Utama Responden

Di Rumah Mengikut Bangsa 50

4.7 Taburan Responden Pembelajaran Bahasa

Inggeris Melalui Pembacaan Buku Cerita atau

Majalah Mengikut Bangsa 51

4.8 Taburan Kebolehan Responden Menguasai

Bahasa Inggeris Dalam Sains Mengikut

Bangsa 52

4.9 Taburan Kebolehan Responden Menguasai

Bahasa Inggeris Dalam Sains Dengan

Pencapaian Keputusan Bahasa Inggeris

Peringkat UPSR. 53

4.10 Taburan Kebolehan Responden Menguasai

Bahasa Inggeris Dalam Sains Dengan

Kelayakan Akademik Tertinggi Ibubapa

Responden 55

4.11 Taburan Kebolehan Responden Menguasai

Bahasa Inggeris Dalam Sains Dengan

Pemilihan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa

Pertuturan Kedua Atau Ketiga Di Rumah 57

4.12 Taburan Kebolehan Responden Menguasai

Bahasa Inggeris Dalam Sains Dengan

Amalan Pembelajaran Bahasa Inggeris 58

Page 16: HEE KIEW LOO - fp.utm.my Social Science v13.0 For Windows) and presented in form of percentage and ... 3.5 Intrumen Kajian 34

xiii

4.13 Taburan Masalah Yang Dialami Oleh

Responden Di Atas Ketidakbolehan

Menguasai Bahasa Inggeris Dalam Sains

Mengikut Bangsa. 60

4.14 Taburan Punca Masalah Ke Atas

Ketidakbolehan Responden Menguasai

Bahasa Inggeris Dalam Sains 62

4.15 Taburan Pandangan Responden Terhadap

Penyampaian Pengajaran Dan Penguasaan

Bahasa Inggeris Guru Dalam Sains Mampu

Meningkatkan Kebolehan Responden

Menguasai Bahasa Inggeris Dalam Sains. 64

4.16 Taburan Pandangan Responden Terhadap

Penggunaan Bahasa Inggeris Sepenuhnya

Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Sains Mampu Meningkatkan Kebolehan

Menguasai Bahasa Inggeris Dalam Sains. 65

4.17 Taburan Pandangan Responden Terhadap

Penggunaan Dwibahasa (Bahasa Malaysia

dan Bahasa Inggeris) Dalam Proses

Pengajaran dan Pembelajaran Sains Yang

Mampu Membolehkan Responden

Menguasai Bahasa Inggeris Dalam Sains. 66

Page 17: HEE KIEW LOO - fp.utm.my Social Science v13.0 For Windows) and presented in form of percentage and ... 3.5 Intrumen Kajian 34

xiv

SENARAI SINGKATAN

KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

SK - Sekolah Kebangsaan

SJKC - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

SJKT - Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia / Kementerian Pelajaran

Malaysia

KPPM - Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

MTEN - Majlis Tindakan Ekonomi Negara

IPT - Institutsi Pengajian Tinggi

LCD - Liquid Crystal Display

ICT - Information and Communication Technology

PPSMI - Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa

Inggeris

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri / Jabatan Pelajaran Malaysia

PPD - Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pelajaran Daerah

SSPS - Statistical Package for Social Sciences version13.0

TESL - Teaching English as Second Language

3M - Kemahiran membaca, menulis dan mengira

PIBG - Persatuan Ibubapa dan Guru

Page 18: HEE KIEW LOO - fp.utm.my Social Science v13.0 For Windows) and presented in form of percentage and ... 3.5 Intrumen Kajian 34

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia

( Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan)

C Surat Pengesahan Status Pelajar Universiti Teknologi Malaysia

Page 19: HEE KIEW LOO - fp.utm.my Social Science v13.0 For Windows) and presented in form of percentage and ... 3.5 Intrumen Kajian 34

BAB I

PENGENALAN DAN PERMASALAHAN KAJIAN

1.1 Pengenalan

Sistem pendidikan Malaysia telah melalui beberapa perubahan dan anjakan

bermula dari kemerdekaan Malaysia hingga ke masa kini. Setiap perubahan yang

dilakukan adalah untuk penambahbaikan pada sistem yang ada kepada sistem yang lebih

baik. Sekolah-sekolah telah mengalami beberapa peringkat evolusi kerana refomasi-

refomasi pendidikan yang dilancarkan terutamanya dalam tahun 1980-an. Berdasarkan

kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979),

rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua

sekolah rendah di seluruh negara mulai 1983 diikuti dengan rancangan Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula diperkenalkan di semua sekolah

menengah pada tahun 1989. Menurut Hussein (1993), pendidikan di Malaysia

memainkan peranan penting dalam rancangan pembangunan Malaysia. Ini telah

membuktikan bahawa perancangan pelajaran berkembangan sejajar dengan permintaan

serta perkhidmatan yang dijangkakan daripada pembangunan Malaysia.

Page 20: HEE KIEW LOO - fp.utm.my Social Science v13.0 For Windows) and presented in form of percentage and ... 3.5 Intrumen Kajian 34

2

Rancangan KBSR dan KBSM digubal berdasarkan kepada Dasar Pelajaran 1979

yang melahirkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan

yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada

semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. (Mok Soon Sang, 1996)

“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini

bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertangungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. ”

Wawasan 2020 yang dikemukan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Sidang

Majlis Perdagangan Malaysia yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 28 Februari 1991

mengandungi sembilan cabaran yang perlu diatasi oleh nagara ini untuk mencapai taraf

sebagai sebuah negara perindustrian yang maju (Mok Soon Sang, 1996). Di antaranya

adalah seperti berikut :

i. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik,

kuat dan kental.

ii. Mewujudkan negara Malaysia yang bersatu yang mempunyai matlamat

dikongsi bersama.

Page 21: HEE KIEW LOO - fp.utm.my Social Science v13.0 For Windows) and presented in form of percentage and ... 3.5 Intrumen Kajian 34

3

iii. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan

keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan dicapai serta

gagah menghadapi pelbagai masalah.

iv. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang,

mengamalkan satu bentuk persefahaman matang, demokratik Malaysia

berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara

membangun.

v. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.

vi. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas

mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan

pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

vii. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem yang

mengutamakan kepentingan masyarakat, kebajikan insan tidak akan berkisar

kepada negara atau orang perseorangan, tetapi sekeliling sistem keluarga yang

kukuh.

viii. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.

ix. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai

daya perubahan yang tinggi dan memandang jauh ke hadapan yang bukan sahaja

menjadi pengguna teknologi, tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik

dan teknologi masa hadapan

Menurut Mok Soon Sang (1996), pendidikan di sekolah memainkan peranan

penting sebagai agen memodenkan masyarakat dalam semua bidang perkembangan dan

Page 22: HEE KIEW LOO - fp.utm.my Social Science v13.0 For Windows) and presented in form of percentage and ... 3.5 Intrumen Kajian 34

4

kemajuan. Sekolah sebagai institut yang mendidik dan melahirkan generasi yang akan

datang bertanggungjawab merealisasikan cita dan hasrat yang terkandung dalam

Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020. Ini bermakna pendidikan di sekolah

perlu mementingkan perkembangan sifat perseorangan pelajar dan nilai kemasyarakatan

serta membawa pembaharuan semasa, khasnya dalam bidang kemajuan sains dan

teknologi.

Pada tahun 1996 pelancaran konsep sekolah wawasan dengan menggabungkan

Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis

Kebangsaan Tamil (SJKT) di bawah satu kawasan sekolah sama dengan tujuan

mewujudkan perpaduan pelbagai kaum. Manakala menjelang tahun 2000

memperkenalkan konsep sekolah bestari yang berobjektif melatih pelajar-pelajar supaya

cerdas dan pandai menggunakan teknologi terkini dalam aktiviti pembelajaran mereka.

Matlamat pembentukan sekolah bestari ialah menjadikan Malaysia sebuah pusat

kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia dan melahirkan generasi yang mampu

menghadapi cabaran wawasan 2020. Pada tahun 2003, pelaksanaan satu dasar baru iaitu

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris

(PPSMI).

Realiti seperti yang disebut oleh Y.B. Dato’ Sri Hishammuddin, paksi ilmu

pengetahuan pelbagai bidang, terutamanya berkaitan sains dan teknologi berada di dunia

Barat yang bahasa penghantar utamanya ialah bahasa Inggeris. Jumlah jurnal, buku,

rancangan TV, laman web dan “courseware” berkaitan sains dan teknologi dalam

bahasa Inggeris jauh banyak dari dalam mana-mana bahasa lain (Pendidik, Bil 13 –

2005).

Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa maka penguasaaan bahasa

Inggeris penting kerana majoriti rujukan ditulis dalam bahasa Inggeris khususnya istilah

Page 23: HEE KIEW LOO - fp.utm.my Social Science v13.0 For Windows) and presented in form of percentage and ... 3.5 Intrumen Kajian 34

5

saintifik dalam Sains dan Matematik. Kemungkinan ada penterjemahan dan kita

membaca tafsirannya, tetapi mungkin tepat atau tidak. Jika kita menguasai bahasa

Inggeris maka akan faham dengan cepat (Utusan Malaysia, Mac 2005).

Tidak dapat dinafikan bahawa penguasaan bahasa Inggeris akan menjadi sangat

penting dalam masyarakat Malaysia yang berindustri. Industri memerlukan pekerja-

pekerja, pakar-pakar profesional, pengurus-pengurus berkalibar yang dapat menguasai

banyak bahasa, khususnya dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik.(Ghazali

Othman, 2002)

Demi merealisasikan impian menjadikan Malaysia sebuah negara ketiga yang

maju di mana banyak bergantung kepada bidang sains dan teknologi serta mampu

bersaing dengan dunia luar maka kementerian tetap mewajibkan pelaksanaan dasar

pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris pada sesi persekolahan tahun 2003.

Dasar ini merupakan program penguasaan bahasa Inggeris untuk tujuan khusus, iaitu

penguasaan bahasa Inggeris saintifik. Pelaksanaan dasar ini hanya tertumpu dalam mata

pelajaran Sains dan Matematik kerana banyak konsep kompleks serta penemuan terbaru

hasil penyelidikan dan pembangunan di seluruh dunia lebih menggunakan bahasa

Inggeris. Dengan ini wajarlah kedua-dua mata pelajaran tersebut diajar dalam bahasa

Inggeris yang merupakan bahasa ilmu dan bahasa hubungan antarabangsa.

Page 24: HEE KIEW LOO - fp.utm.my Social Science v13.0 For Windows) and presented in form of percentage and ... 3.5 Intrumen Kajian 34

6

1.2 Latar Belakang Masalah

Ramai yang sedar bahasa Inggeris telah menjadi semakin penting dalam era

globalisasi. Dengan kepesatan globalisasi, China juga sedang berubah. Ini menjelaskan

kenapa semakin ramai rakyat China yang mengikuti kursus-kursus bahasa Inggeris dan

dihantar oleh kerajaan mereka ke pelbagai negara untuk mempelajari bahasa Inggeris.

Menurut Asmah Haji Omar (1984), di Filipina didapati bahawa mata pelajaran seperti

Sains dan Matematik juga diajar dalam bahasa Inggeris.

Menurut bekas Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad, pendedahan awal

di peringkat sekolah merupakan asas terbaik bagi membolehkan para pelajar lebih

mudah memahami dan menghayati pelbagai maklumat terkini berkaitan Sains dan

Matematik yang bersifat dinamik setiap hari. Para pelajar digalakkan untuk bertutur

dalam bahasa yang lebih mudah difahami oleh masyarakat di luar kelas seperti juga

penggunaan bahasa Inggeris biasa di kalangan orang awam (Utusan Malaysia, 18 Julai

2002).

Pada 17 April 2002 Mesyuarat Jemaah Menteri meminta Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) membincangkan isu Bahasa Inggeris sebagai bahasa

pengantar bagi Sains dan Matematik. Berikutan itu, Kementerian Pendidikan mula

mengkaji tentang kesesuaian mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

melalui perbincangan dengan ahli akademik dan pendidik (sesi pertama 27 April 2003)

dan Kajian Dokumen. Jemaah Menteri Ketua Pengarah Pendidikan (KPPM) telah

mengadakan 7 kali perbincangan dengan pihak berkaitan. Pada 6 Mei 2002 Syor Majlis

Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris

Pada 8 Mei 2002 Jemaah Menteri bersetuju Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa

Inggeris. Pada 10 Mei 2002 Majlis Tertinggi UMNO menyokong cadangan Jemaah

Menteri. Pada 22 Mei 2002 , Penubuhan Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Sains dan

Page 25: HEE KIEW LOO - fp.utm.my Social Science v13.0 For Windows) and presented in form of percentage and ... 3.5 Intrumen Kajian 34

7

Matematik dalam Bahasa Inggeris di bawah Ketua Pengarah Pendidikan. Pada 19 Julai

2002 Mesyuarat Khas Jemaah Menteri bersetuju tentang Strategi dan Jadual Pelaksanaan.

Pada 20 Julai 2002 Pengumuman oleh Menteri Pendidikan tentang keputusan

melaksanakan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Penguasaan bahasa Inggeris adalah amat penting dalam menghadapi cabaran

globalisasi dan ledakan maklumat masa kini. Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu

memudahkan perolehan ilmu dan bahasa hubungan antarabangsa. Selain daripada ini

bahasa Inggeris telah dipelajari oleh pelajar selama sebelas tahun tetapi prestasi masih

belum memuaskan. Rasional memilih Sains dan Matematik adalah memberi peluang

kepada pelajar meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris saintifik Kedua-dua bidang

ini merupakan penyumbang kepada pembangunan negara. Sains dan Matematik adalah

bidang ilmu yang paling cepat berkembang dan disebarkan melalui pelbagai media. Di

samping itu sebahagian besar bahan bacaan mengenai bidang ini dalam bahasa Inggeris.

Pelaksanaan ini akan memberi pendedahan awal membolehkan pelajar

memperolehi maklumat mengenai perkembangan terkini dalam bidang sains dan

matematik di samping meningkatkan kebolehan mengakses maklumat dari pelbagai

sumber. Justerunya dapat memperkukuhkan persediaan asas pelajar sebelum memasuki

Institutsi Pengajian Tinggi (IPT). Kebanyakan buku-buku, bahan informasi adalah

dalam bahasa Inggeris yang dapat memberi maksud lebih jitu jika dibandingkan dengan

pebendaharaan kata yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia.

Pada masa yang sama ini memberi peluang kepada guru dan pelajar peluang

menggunakan bahasa Inggeris dan meningkatkan profisiensi berkomunikasi dalam

bahasa tersebut. Bermulanya pada 16 September 2002, semua guru yang mengajar Sains

dan Matematik telah menjalani latihan dalam tiga peringkat :

Page 26: HEE KIEW LOO - fp.utm.my Social Science v13.0 For Windows) and presented in form of percentage and ... 3.5 Intrumen Kajian 34

8

• Kursus orientasi kurikulum sains dan matematik bagi sekolah rendah dan

menengah.

• Latihan profisiensi bahasa Inggeris melalui Kursus 2 days on-site dan 5 days Full

immersion.

• Latihan ICT untuk pengoperasian perkakasan notebook dan LCD.

Latihan dan sokongan berterusan akan diberikan melalui strategi latihan fasa 2 pada

tahun 2003.

Kementerian Pendidikan membekalkan set generator kepada sekolah yang tidak

ada bekalan elektrik. Peruntukan 'one-off' sebanyak RM 5,000 - RM15,000.00 diberikan

kepada sekolah untuk membeli peralatan tambahan. Semua sekolah yang dilengkapkan

dengan projector LCD, skrin, speaker dan subwoofer, notebook dan troli. Teaching

courseware dalam bahasa Inggeris, skrip pengajaran dalam bahasa Inggeris, pakej buku

teks tambahan yang mengandungi buku teks jilid 1 dan 2, buku aktiviti murid, buku

panduan guru, CD-Rom guru dan murid disediakan. Dengan pengunaan alat bantu

mengajar ICT akan membantu menjadikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran

sains dan matematik lebih menarik dan berkesan.

Pada tahun 2003 perlaksanaan tahun pertama dijalankan secara keseluruhan bagi

Tahun Satu sekolah rendah, Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam Rendah sekolah

menengah. Penggunaan Bahasa Inggeris secara separa bagi sekolah yang

berkemampuan mengendalikannya. (Tahun 2, 3, 4, 5, 6, Tingkatan 2, 3, 4, 5 , 6 Atas,

Matrikulasi dan Politeknik). Pelaksanaan dasar ini dijalankan secara berperingkat

sehingga tahun 2008 kesemua mata pelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam

bahasa Inggeris.

Soalan-soalan dwibahasa bagi semua peperiksaan awam dari tahun 2003 hingga

tahun 2007. Pelajar boleh menjawab sebahagian atau keseluruhan peperiksaan dalam

Page 27: HEE KIEW LOO - fp.utm.my Social Science v13.0 For Windows) and presented in form of percentage and ... 3.5 Intrumen Kajian 34

9

bahasa pengantar atau bahasa Inggeris. Soalan dan jawapan peperiksaan awam di dalam

bahasa Inggeris sepenuhnya bermula pada tahun 2008.

Tinjauan di SK Seafield, USJ6/3 Subang Jaya menunjukkan pelaksanaan PPSMI

berjalan lancar dan buktinya apabila keputusan lulus Sains dan Matematik di sekolah itu

pada tahun lalu ialah 97.8 peratus dan 99 peratus (Utusan Malaysia, 12 April 2004).

Dalam satu artikel Utusan Malaysia bertarikh 13 Januari 2004, telah menyatakan pelajar

tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Sri Aman mengikuti kelas

Sains dalam bahasa Inggeris di di Petaling Jaya Selangor, tidak menghadapi masalah

dalam melaksanakan PPSMI kerana majoriti pelajarnya fasih berbahasa Inggeris.

Majoriti pelajar berlatar belakang daripada keluarga yang berbahasa Inggeris.

Tahap pemahaman pelajar sekolah rendah dan menengah terhadap pengajaran

Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris adalah menggalakkan walaupun dasar itu

baru dua tahun dilaksanakan. Menurut Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin

Tun Hussein berkata, kajian yang dijalankan oleh kementeriannya menunjukkan murid

Tahun Satu cepat menyesuaikan diri dalam subjek berkenaan dengan purata skor bagi

mata pelajaran Sains ialah 69.3 peratus Matematik (77.4 peratus) dan bahasa Inggeris

(77.7 peratus). Bagi pelajar tingkatan satu pula, pencapaian mereka adalah di tahap

memuaskan dengan purata skor mata pelajaran Sains 59.2 peratus, Matematik (58.2

peratus) dan bahasa Inggeris (61.0 peratus). Walau bagaimanapun prestasi sekolah

menengah luar bandar lebih rendah dari sekolah-sekolah di bandar (Utusan Malaysia, 5

April 2005). Jika dilihat kepada prestasi pencapaian tahap kefahaman mata pelajaran

Sains dan Matematik yang telah dilakasanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia pada tahun 2004 menunujukkan jurang perbezaaan antara pencapaian sekolah-

sekolah bandar dan luar bandar adalah ketara.

Page 28: HEE KIEW LOO - fp.utm.my Social Science v13.0 For Windows) and presented in form of percentage and ... 3.5 Intrumen Kajian 34

10

Jadual 1.1 : Perbezaaan pencapaian tahap kefahaman pelajar-pelajar bandar dan

luar bandar dalam mata pelajaran Sains, Matematik dalam bahasa Inggeris.

Mata Pelajaran Bandar Luar Bandar Perbezaan

Sains 78.3 % 69.1 % 9.2 % Tahun 1

Matematik 63.0 % 55.8 % 7.2 %

Sains 72.5 % 58.0 % 4.5 % Tahun 2

Matematik 64.4 % 55.4 % 9.0 %

Sains 55.6 % 41.1 % 14.5 % Tingkatan 1

Matematik 57.8 % 42.1 % 15.7 %

Sains 58.5 % 43.2 % 15.3 % Tingkatan 2

Matematik 59.6 % 46.7 % 12.9 %

Sumber : Sin Chew Daily, 5 April 2005

Kelemahan dalam menguasai bahasa Inggeris bukan sahaja di kalangan pelajar

malah juga di kalangan siswazah.. Menurut Timbalan Ketua Pengarah Unit Perancang

Ekonomi (EPU), Datuk Abdul Rahman Husin berkata, masalah pengangguran di

kalangan siswazah di negara ini ternyata membimbangkan apabila terdapat kira-kira

57,000 golongan tersebut direkodkan sepanjang tempoh suku pertama tahun 2005.

Mereka terdiri daripada lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) peringkat ijazah dan

diploma yang sehingga kini masih menganggur ekoran tiada pekerjaan sesuai. Beliau

turut menyatakan masalah komunikasi, kelemahan berbahasa Inggeris di kalangan

siswazah merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah pengangguran.

(Berita Harian, 14 Sept 2005)

Pada Persidangan Tahunan Gabungan Majlis Guru-Guru Besar Malaysia ke-23,

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kekurangan guru

berkualiti untuk mengajar subjek Bahasa Inggeris merupakan faktor utama penguasaan

Page 29: HEE KIEW LOO - fp.utm.my Social Science v13.0 For Windows) and presented in form of percentage and ... 3.5 Intrumen Kajian 34

11

bahasa itu di kalangan pelajar luar bandar lemah. Kebanyakan guru yang mempunyai

kebolehan dan mahir dalam bahasa Inggeris lebih berminat mengajar di bandar-bandar

utama sahaja. Kita sering mendengari kekurangan guru opsyen bagi mata pelajaran

Sains dan Matematik, guru enggan berkhidmat di kawasan pendalaman ataupun guru

akan memohon pertukaran ke sekolah bandar apabila syarat permohonan pertukaran

mencukupi.

Cadangan awal ini mendapat reaksi yang berbeza-beza namun dengan

perancangan yang teliti setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak. Agenda ini

diteruskan demi kepentingan nagara. Kebimbanga ibubapa tentang kemampuan anak-

anak mereka menguasai bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran, khuatir

tidak minat, tidak dapat mengikuti bahasa ini menyebabkan mereka gagal dalam Sains

dan Matematik, persoalan mengenai kemampuan Kementerian Pendidikan Malaysia dari

segi kaedah pengajaran dan kualiti penyampaian guru dalam kedua-dua mata pelajaran

tersebut. Bimbang guru-guru tidak mendapat latihan yang sewajarnya, sama ada guru-

guru mempunyai asas yang kukuh dalam bahasa Inggeris dan telah menjalani kursus

yang disediakan. Pelaksanaan secara tergesa-gesa akan mempengaruhi prestasi pelajar

dalam peperiksaan. Ini wujud perbezaan pencapaian antara pelajar bandar dan luar

bandar.

Selain daripada perbezaan prestasi pencapaian antara sekolah-sekolah bandar dan

luar bandar, perbezaan prestasi pencapaian antara etnik sememangnya pun telah lama

berlaku sebelum perlaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik

dalam bahasa Inggeris. Kini dengan perlaksanaan dasar ini samada akan mengubah

keadaan atau sebaliknya ?

Page 30: HEE KIEW LOO - fp.utm.my Social Science v13.0 For Windows) and presented in form of percentage and ... 3.5 Intrumen Kajian 34

12

1.3 Pernyataan Masalah

Sungguhpun Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris telah

dilaksanakan dengan prasarana yang cukup, guru dilatih, sumbangan kewangan daripada

KPM, peralatan ICT adalah dengan tujuan untuk meningkat penguasaan pelajar dalam

bahasa Inggeris. Namun lantaran daripada perubahan drastik yang berlaku ke atas

sistem pendidikan negara, pelbagai maklum balas masyarakat timbul dan ada yang

menyatakan wujud masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dengan terlaksananya

perubahan ini.

Punca kelemahan ketidakbolehan pelajar sendiri menguasai bahasa Inggeris

menyebabkan pelajar hilang minat dalam kedua-dua mata pelajaran ini ? Atau

pengajaran guru tidak memberi rangsangan kepada pelajar menguasai bahasa Inggeris

dalam Sains dan Matematik ? Ataupun terdapat masalah-masalah yang dihadapi oleh

pelajar semasa pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris ?

Dengan persoalannya inilah, satu kajian tentang kebolehan pelajar menguasai

bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dalam bahasa Inggeris di sekolah-sekolah

menengah sebagai skop penyelidikan. Kajian ini berdasarkan tahap kebolehan

penguasaan bahasa Inggeris palajar bagi Sains dalam bahasa Inggeris dengan masalah-

masalah yang dihadapi oleh pelajar yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran Sains dalam bahasa Inggeris. Di samping melihat pengajaran guru dari

pandangan pelajar sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Page 31: HEE KIEW LOO - fp.utm.my Social Science v13.0 For Windows) and presented in form of percentage and ... 3.5 Intrumen Kajian 34

13

1.4 Objektif Kajian

Dalam kajian terdapat 3 objektif utama seperti berikut :

i. Mengenalpasti kebolehan pelajar menguasai bahasa Inggeris dalam

matapelajaran Sains.

ii. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar terhadap pengajaran dan

pembelajaran Sains dalam bahasa Inggeris.

iii. Mengkaji pandangan pelajar terhadap pengajaran guru bagi matapelajaran Sains

dalam bahasa Inggeris.

1.5 Persoalan kajian

Tujuan utama kajian ini ialah : i. Apakah kebolehan pelajar menguasai bahasa Inggeris dalam matapelajaran

Sains ?

ii. Apakah masalah yang dihadapi oleh pelajar terhadap pengajaran dan

pembelajaran Sains dalam bahasa Inggeris ?

iii. Apakah pandangan pelajar terhadap pengajaran guru bagi matapelajaran Sains

dalam bahasa Inggeris ?