lily kuok ming ling · “ saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan...

28
PENGGUNAAN NOTEBOOK DAN PROJEKTOR LCD OLEH GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK TINGKATAN SATU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LILY KUOK MING LING UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: hoangthuan

Post on 17-Mar-2019

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LILY KUOK MING LING · “ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan ... Buat adik-beradik (KIEW TONG, MING HORNG, JIAN CHENG) yang disayangi,

PENGGUNAAN NOTEBOOK DAN PROJEKTOR LCD OLEH GURU-GURU

SAINS DAN MATEMATIK TINGKATAN SATU DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

LILY KUOK MING LING

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: LILY KUOK MING LING · “ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan ... Buat adik-beradik (KIEW TONG, MING HORNG, JIAN CHENG) yang disayangi,

UTPSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ◆ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan

Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PENGGUNAAN NOTEBOOK DAN PROJEKTOR LCD OLEH GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK TINGKATAN SATU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SESI PENGAJIAN: 2003/2004

Saya LILY KUOK MING LING_________________ . (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

_________________________________ ____________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: 26F LORONG 11, ENCIK JOHARI BIN HASSAN JALAN OYA, Nama Penyelia 96000 SIBU, SARAWAK Tarikh:__________________ Tarikh:___________________

Page 3: LILY KUOK MING LING · “ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan ... Buat adik-beradik (KIEW TONG, MING HORNG, JIAN CHENG) yang disayangi,

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam).”

Tandatangan : ……………………………

Nama Penyelia : EN. JOHARI BIN HASSAN

Tarikh : ……………………………

Page 4: LILY KUOK MING LING · “ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan ... Buat adik-beradik (KIEW TONG, MING HORNG, JIAN CHENG) yang disayangi,

UTPSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ◆ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan

Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PENGGUNAAN NOTEBOOK DAN PROJEKTOR LCD OLEH GURU-GURU SAINS DAN MATEMATIK TINGKATAN SATU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SESI PENGAJIAN: 2003/2004

Saya LILY KUOK MING LING_________________ . (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

_________________________________ ____________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: 26F LORONG 11, ENCIK JOHARI BIN HASSAN JALAN OYA, Nama Penyelia 96000 SIBU, SARAWAK Tarikh:__________________ Tarikh:___________________

Page 5: LILY KUOK MING LING · “ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan ... Buat adik-beradik (KIEW TONG, MING HORNG, JIAN CHENG) yang disayangi,

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam).”

Tandatangan : ……………………………

Nama Penyelia : EN. JOHARI BIN HASSAN

Tarikh : ……………………………

Page 6: LILY KUOK MING LING · “ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan ... Buat adik-beradik (KIEW TONG, MING HORNG, JIAN CHENG) yang disayangi,

PENGGUNAAN NOTEBOOK DAN PROJEKTOR LCD OLEH GURU-GURU

SAINS DAN MATEMATIK TINGKATAN SATU DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN

LILY KUOK MING LING

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARY, 2004

Page 7: LILY KUOK MING LING · “ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan ... Buat adik-beradik (KIEW TONG, MING HORNG, JIAN CHENG) yang disayangi,

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………………

Nama Penulis : LILY KUOK MING LING

Tarikh : ………………….…………

Page 8: LILY KUOK MING LING · “ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan ... Buat adik-beradik (KIEW TONG, MING HORNG, JIAN CHENG) yang disayangi,

iii

DEDIKASI

Buat ayah (KUOK ING CHIONG) dan ibu (LAU SOO KIANG) yang dikasihi,

Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita

serta panduan perjuanganku dalam kehidupan ini ….

Buat adik-beradik (KIEW TONG, MING HORNG, JIAN CHENG) yang

disayangi,

Mu amat bermakna dalam diri ini,

kerjayaanku, kejayaanmu jua ….

Buat teman (HOVINCE) yang dicintai,

Sokongan dan bantuanmu akan kuhargai

selamanya ….

Buat pembimbing yang disanjungi,

Bimbingan, tunjuk ajar, dan jasamu yang diberikan

tidak akan saya lupai ….

Buat teman-teman yang dirindui,

Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini

akan kukenangi selamanya ….

Page 9: LILY KUOK MING LING · “ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan ... Buat adik-beradik (KIEW TONG, MING HORNG, JIAN CHENG) yang disayangi,

iv

PENGHARGAAN

Penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas setinggi-tingginya kepada

penyelia projek sarjana muda, En. Johari Bin Hassan atas bimbingan dan dorongan

yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan projek Sarjana Muda ini. Beliau

telah banyak memberi tunjuk ajar tanpa rasa jemu dalam proses menyempurnakan

projek Sarjana Muda (PSM) ini.

Kerjasama daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan

Pendidikan Johor Bahru, 13 buah Sekolah Menengah di sekitar Skudai dan Kulai,

guru-guru serta pihak yang terlibat amat dihargai.

Tidak ketinggalan juga kepada semua pensyarah-pensyarah yang telah

mencurahkan ilmu dan bakti sepanjang pengajian. Ucapan jutaan terima kasih turut

ditujukan kepada semua rakan-rakan seperjuangan khususnya kepada pelajar-pelajar

4 SPA sesi 03/04 yang banyak membantu dalam menjayakan projek ini. Tanpa

sokongan dan kerjasama daripada semua pihak di atas, projek Sarjana Muda ini

tidak akan disiapkan dengan begitu lancar dan sempurna.

Page 10: LILY KUOK MING LING · “ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan ... Buat adik-beradik (KIEW TONG, MING HORNG, JIAN CHENG) yang disayangi,

v

ABSTRAK

Guru-guru Sains dan Matematik Tingkatan satu kini dibekalkan dengan notebook

dan projektor LCD. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti bentuk penggunaan

notebook dan projektor LCD oleh guru-guru Sains dan Matematik Tingkatan satu dalam

pengajaran dan pembelajaran. Kajian tinjauan ini juga melihat tanggapan guru-guru Sains

dan Matematik Tingkatan satu serta mengetahui masalah-masalah yang timbul dalam

penggunaan notebook dan projektor LCD. Populasi kajian terdiri daripada guru-guru

Sains dan Matematik Tingkatan satu bagi sekolah menengah di Daerah Johor Bahru.

Sampel kajian ini terdiri daripada 64 orang guru-guru Sains dan Matematik Tingkatan

satu yang dipilih secara rawak berkumpulan. Data diperolehi melalui borang soal selidik

dan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social

Sciences) versi 11.0. Dapatan kajian menunjukkan responden kerap menggunakan

notebook dan projektor LCD sebagai bahan bantu mengajar dalam kelas yang diajar.

Kebanyakkan mereka berpendapat bahawa notebook dan projektor LCD yang dibekalkan

telah banyak memudahkan kerja mereka. Masalah yang paling utama dirasai oleh guru-

guru adalah penyimpanan notebook dan projektor LCD sebagai suatu tanggungjawab yang

membebankan.

Page 11: LILY KUOK MING LING · “ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan ... Buat adik-beradik (KIEW TONG, MING HORNG, JIAN CHENG) yang disayangi,

vi

ABSTRACT

Notebook and LCD projector have been provided for all Science and Mathematics

teachers who teach Science and Mathematics in English. The aim of the study is to

identify the type of usage of notebook and LCD projector. This survey research was

conducted on the Form one Science and Mathematics teacher to find out their perception

and the problem faced by them while using notebook and LCD projector. The research

population was Form one Science and Mathematics teachers from secondary school at

Johor Bahru District and only 64 of them were selected as respondents. The data was

collected by a questionnaire and was analysed by using SPSS (Statistical Package for

Social Sciences) version 11.0. The Findings of the study showed that respondents used

notebook and LCD projector as teaching aids in their class quite frequently. Most of the

respondents agreed that the usage of notebook and LCD projector had made their work

easier. The main problem faced by the teachers was the keeping of notebook and LCD

projector as a burden responsibility.

Page 12: LILY KUOK MING LING · “ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan ... Buat adik-beradik (KIEW TONG, MING HORNG, JIAN CHENG) yang disayangi,

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

HALAMAN JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAHAGIAN SATU

BAB I

BAB I PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

Page 13: LILY KUOK MING LING · “ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan ... Buat adik-beradik (KIEW TONG, MING HORNG, JIAN CHENG) yang disayangi,

viii

1.7 Skop Kajian 7

1.8 Definisi Kajian 7

1.9 Kesimpulan 9

BAHAGIAN DUA

BAB II

BAB II SOROTAN PENULISAN 10

2.1 Pengenalan 10

2.2 Perkembangan Komputer Dalam Bidang

Pendidikan Masa Kini 11

2.3 Komputer Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia 13

2.4 Kelebihan dan Kelemahan Penggunaan Komputer

Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah 15

2.5 Kajian Yang Lepas 17

BAHAGIAN TIGA

BAB III

BAB III METODOLOGI 18

3.1 Pengenalan 18

3.2 Reka bentuk Kajian 19

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 19

3.4 Instrumen Kajian 21

3.4.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 21

3.4.2 Bahagian B: Item Soal Selidik 21

3.4.3 Bahagian C: Item Soal Selidik 22

Page 14: LILY KUOK MING LING · “ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan ... Buat adik-beradik (KIEW TONG, MING HORNG, JIAN CHENG) yang disayangi,

ix

3.4.4 Bahagian D: Item Soal Selidik 23

3.5 Prosedur Pengumpulan Data 24

3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan

(Kajian Rintis) 24

3.7 Jangka Masa Kajian 25

3.8 Analisis Data 26

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV

BAB IV ANALISIS DATA 27

4.1 Pengenalan 27

4.2 Latar Belakang Responden 28

4.3 Analisis Persoalan Kajian 31

4.3.1 Persoalan Kajian Satu: Bentuk

Penggunaan Notebook dan projektor LCD

Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Oleh

Guru-guru Sains dan Matematik

Tingkatan Satu 33

4.3.2 Tanggapan Guru-guru Sains dan Matematik

Tingkatan Satu Tentang Penggunaan

Notebook dan projektor LCD Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran 35

4.3.3 Masalah Yang Timbul Dalam

Penggunaan Notebook dan projektor LCD

Oleh Guru-guru Sains dan Matematik

Tingkatan Satu 38

4.4 Kesimpulan

40

Page 15: LILY KUOK MING LING · “ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan ... Buat adik-beradik (KIEW TONG, MING HORNG, JIAN CHENG) yang disayangi,

x

BAHAGIAN LIMA

BAB V

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN 41

5.1 Pengenalan 41

5.2 Perbincangan 42

5.2.1 Bentuk Penggunaan Notebook dan

projektor LCD Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Oleh Guru-guru Sains

dan Matematik Tingkatan Satu 43

5.2.2 Tanggapan Guru-guru Sains dan

Matematik Tingkatan Satu Tentang

Penggunaan Notebook dan projektor LCD

Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 44

5.2.3 Masalah Yang Timbul Dalam Penggunaan

Notebook dan projektor LCD Oleh Guru-guru

Sains dan Matematik Tingkatan Satu 45

5.3 Rumusan Kajian 46

5.4 Cadangan Kajian 47

5.4.1 Guru Sains dan Matematik 47

5.4.2 Pihak Pentadbir Sekolah dan Pengetua 47

5.4.3 Pihak Berkuasa Kementerian

Pendidikan Malaysia 49

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 49

5.6 Kesimpulan 49

Page 16: LILY KUOK MING LING · “ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan ... Buat adik-beradik (KIEW TONG, MING HORNG, JIAN CHENG) yang disayangi,

xi

BAHAGIAN ENAM

BIBLIOGRAFI

BIBLIOGRAFI 50

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

LAMPIRAN 53 Lampiran A – B 53-60

Page 17: LILY KUOK MING LING · “ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan ... Buat adik-beradik (KIEW TONG, MING HORNG, JIAN CHENG) yang disayangi,

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Nama Sekolah Menengah dan Bilangan Guru Sains dan

Matematik Tingkatan Satu. 20

3.2 Skala Lima Mata 22

3.3 Skala Lima Mata 22

3.4 Taburan Item Negatif Mengikut Bahagian 23

3.5 Jangka Masa Kajian 25

4.1 Nama Sekolah Menengah dan Bilangan Guru Sains dan

Matematik Tingkatan Satu 28

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 29

4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 29

4.4 Taburan Responden Mengikut Subjek Yang Diajar

Di Tingkatan Satu 30

4.5 Taburan Responden Mengikut Jawatan Yang Disandang 30

4.6 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 31

4.7 Pengelasan Skala Lima Mata Kepada Tiga Mata 32

4.8 Pengelasan Skala Lima Mata Kepada Tiga Bahagian 32

4.9 Analisis Responden Terhadap Bentuk Penggunaan Notebook

dan projektor LCD Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 34

4.10 Analisis Responden Terhadap Tanggapan Guru-guru Sains

dan Matematik Tingkatan Satu Tentang Penggunaan Notebook

dan projektor LCD Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 37

4.12 Analisis Responden Terhadap Masalah Yang Timbul

Dalam Penggunaan Notebook dan projektor LCD Oleh

Guru-guru Sains dan Matematik Tingkatan Satu 39

Page 18: LILY KUOK MING LING · “ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan ... Buat adik-beradik (KIEW TONG, MING HORNG, JIAN CHENG) yang disayangi,

xiii

SENARAI SINGKATAN

ICT Teknologi dan Komunikasi Maklumat

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

LCD Liquid Crystal Display

MSC Multimedia Koridor Raya

LLN Lembaga Lektrik Negara

ComIL Computer Integrated Learning

KPD Komputer dalam Pendidikan

EPU Unit Perancangan Ekonomi

PPK Pusat Perkembangan Kurikulum

Page 19: LILY KUOK MING LING · “ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan ... Buat adik-beradik (KIEW TONG, MING HORNG, JIAN CHENG) yang disayangi,

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 53

B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian dari

Kementerian Pendidikan Malaysia 59

Page 20: LILY KUOK MING LING · “ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan ... Buat adik-beradik (KIEW TONG, MING HORNG, JIAN CHENG) yang disayangi,

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Aspirasi kita untuk menjadi negara perindustrian yang maju di dunia

bergantung besar kepada bidang sains dan teknologi yang canggih. Kejayaan

dalam menyediakan pendidikan Sains dan Matematik pada peringkat awal

akan menjamin masa depan sebuah masyarakat berpengetahuan yang mampu

bersaing di arena antarabangsa.

Adalah dimaklumkan, Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu dan

bahasa hubungan antarabangsa. Sebahagian besar maklumat terkini

mengenai Sains dan teknologi juga ditulis dan disampaikan dalam Bahasa

Inggeris. Berikutan dengan kesedaran ini, pada Jun 2002 suatu mesyuarat

Jemaah Menteri telah membuat keputusan di mana pengajaran dan

pembelajaran Sains dan Matematik akan diajar dalam Bahasa Inggeris bagi

Tahun satu, Tingkatan satu, dan Tingkatan enam rendah mulai Tahun 2003.

Langkah ini akan membolehkan pelajar memperolehi maklumat mengenai

perkembangan terkini dalam bidang Sains dan Matematik di samping

meningkatkan kebolehan mengakses maklumat dari pelbagai sumber.

Pada masa yang sama, ini memberi peluang kepada guru dan pelajar

menggunakan Bahasa Inggeris dan meningkatkan profisiensi berkomunikasi

Page 21: LILY KUOK MING LING · “ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan ... Buat adik-beradik (KIEW TONG, MING HORNG, JIAN CHENG) yang disayangi,

2

dalam bahasa tersebut. Guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik juga

dibekalkan dengan alat bantu mengajar ICT (Teknologi dan komunikasi

maklumat) seperti notebook dan projektor LCD yang menjadikan

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik lebih

menarik.

1.2 Latar Belakang Masalah

Sejak dari dahulu lagi, pelbagai perubahan telah berlaku dalam sistem

pendidikan dunia seiring dengan pelbagai penemuan baru dalam dunia

teknologi maklumat dan komunikasi manusia. Ini boleh dilihat dari segi

pelbagai teknologi baru diperkenalkan serta diaplikasikan dalam sistem

pendidikan demi mempertingkatkan kualiti proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P).

Dalam perubahan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik

dalam Bahasa Inggeris kali ini, kerajaan telah melabuhkan sejumlah kos

yang besar dalam menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran

yang canggih seperti notebook dan projektor LCD kepada guru-guru yang

mengajar subjek Sains dan Matematik. Pendekatan ini telah sekali lagi

memperkasakan teknik dan cara pengajaran dan pembelajaran di sekolah

sebelum ini.

Berdasarkan kepada isu pengajaran Sains dan Matematik dalam

Bahasa Inggeris ini, kerajaan telah menggariskan dua matlamat utama

pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam

Bahasa Inggeris. Menurut Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad,

matlamat yang pertama adalah membolehkan pelajar mendalami dan

memahami dua bidang ilmu itu secara lebih berkesan, sekali gus

dimanfaatkan untuk pembangunan serta kemajuan negara. Selain itu,

Page 22: LILY KUOK MING LING · “ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan ... Buat adik-beradik (KIEW TONG, MING HORNG, JIAN CHENG) yang disayangi,

3

matlamat yang kedua ialah untuk membantu pelajar meningkatkan

penguasaan dalam bahasa berkenaan berbanding hanya mempelajarinya

melalui subjek itu sendiri. (Berita Utama Puteri, 2003)

Walau bagaimanapun, mesyuarat khas jemaah menteri pada 19 Julai

2002 telah menimbang strategi yang dicadangkan oleh jawatan kuasa

pelaksanaan dan memutuskan beberapa langkah perlaksanaan supaya sistem

pendidikan baru ini dapat dijalankan dengan lancar.

Dari segi penyebaran maklumat, maklumat mengenai pelaksanaan

disebar luas melalui program Road-Show kepada pengetua / guru besar,

pegawai jabatan pendidikan negeri, pegawai pejabat pendidikan daerah, ibu

bapa serta masyarakat umum. Ini adalah untuk memastikan rakyat Malaysia

betul-betul memahami dan mengetahui perubahan yang telah berlaku di

dalam sistem pendidikan kita serta memberikan sokongan bagi menjayakan

dasar ini.

Selain itu, semua guru yang mengajar Sains dan Matematik telah

menjalani latihan dalam tiga peringkat. Pada peringkat pertama, kursus

orientasi kurikulum Sains dan Matematik bagi sekolah rendah dan menengah

akan dijalankan. Latihan profisiensi Bahasa Inggeris melalui Kursus 2 days

on-site dan 5 days Full immersion pula akan dilaksanakan pada peringkat

kedua. Akhirnya, satu latihan ICT untuk pengoperasian perkakasan

notebook dan projektor LCD juga akan dijalankan supaya guru-guru kita

lebih yakin semasa menggunakan kemudahan ICT yang disediakan. Seramai

27,543 guru telah menerima latihan dan ini termasuk 2,585 dari sekolah jenis

kebangsaan Cina dan 927 dari sekolah jenis kebangsaan Tamil.

Justeru, keutamaan akan diberikan kepada pembekalan infrastruktur

ICT seperti notebook dan projektor LCD. Projektor LCD dan skrin serta

bahan-bahan interaktif juga akan dibekalkan kepada sekolah-sekolah. Di

samping itu, set generator akan dibekalkan kepada sekolah yang tidak ada

bekalan elektrik. Peruntukan ‘one-off’ sebanyak RM 5,000 – RM 15,000

Page 23: LILY KUOK MING LING · “ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan ... Buat adik-beradik (KIEW TONG, MING HORNG, JIAN CHENG) yang disayangi,

4

juga diberikan kepada sekolah untuk membeli peralatan tambahan. Begitu

juga dengan bahan-bahan rujukan yang bercorak Sains yang dibekalkan ke

sekolah-sekolah.

Seterusnya, bahan-bahan sokongan seperti teaching courseware

dalam Bahasa Inggeris, skrip pengajaran Bahasa Inggeris serta pakej buku

teks tambahan yang mengandungi buku jilid satu dan dua, buku aktiviti

murid, buku panduan guru, CD-Rom guru dan murid juga akan dibekalkan

kepada guru yang mengajar subjek Sains dan Matematik.

1.3 Pernyataan Masalah

Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris merupakan

isu yang paling hangat diperkatakan dalam dunia Pendidikan Malaysia pada

tahun 2003. Di bawah sistem baru ini guru-guru yang mengajar Sains dan

Matematik telah dibekalkan dengan sebuah notebook dan projektor LCD

serta pelbagai kemudahan ICT agar dapat memudahkan pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran tersebut dalam Bahasa Inggeris.

Walau bagaimanapun, masih terdapat suara bantahan di sebalik

perlaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Kenapa hal ini berlaku? Adakah ini bermakna guru-guru kita belum bersedia

atau tidak dapat menerima perubahan ini? Adakah mereka berasa selesa

dengan pengunaan notebook dan projektor LCD dalam pengajaran dan

pembelajaran? Begitu juga apakah kemudahan-kemudahan yang disediakan

itu sebenarnya membantu ataupun membebankan guru semata-mata?

Persoalan-persoalan ini masih belum terjawab dengan konkrit. Begitu juga

setelah hampir setahun program ini dijalankan, apakah masalah-masalah

utama yang dihadapi oleh mereka masih belum dikenalpasti. Dari itu, adalah

suatu yang menarik untuk meneliti persoalan-persoalan di atas dengan

Page 24: LILY KUOK MING LING · “ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan ... Buat adik-beradik (KIEW TONG, MING HORNG, JIAN CHENG) yang disayangi,

5

menjalankan suatu kajian untuk mengetahui apakah masalah sebenar yang

berlaku di sekolah-sekolah kita sekarang.

1.4 Objektif Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik cuba meninjau penggunaan notebook

dan projektor LCD dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-

guru Sains dan Matematik Tingkatan satu dengan menggunakan Bahasa

Inggeris. Objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut: -

1.4.1 Mengenal pasti bentuk penggunaan notebook dan projektor LCD oleh

guru-guru Sains dan Matematik Tingkatan satu dalam pengajaran

dan pembelajaran.

1.4.2 Mengenal pasti tanggapan guru-guru Sains dan Matematik Tingkatan

satu tentang penggunaan notebook dan projektor LCD dalam

pengajaran dan pembelajaran.

1.4.3 Mengenal pasti masalah yang timbul dalam penggunaan notebook

dan projektor LCD oleh guru-guru Sains dan Matematik

Tingkatan satu.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan terhadap guru-guru Sains dan Matematik

tingkatan satu bagi Sekolah Menengah di sekitar Johor Bahru. Di dalam

kajian ini, penyelidik cuba mencari jawapan berpandukan kepada pernyataan

masalah kajian dan beberapa persoalan yang timbul. Faktor-faktor yang

hendak diselidiki melalui kajian ini ialah :-

Page 25: LILY KUOK MING LING · “ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan ... Buat adik-beradik (KIEW TONG, MING HORNG, JIAN CHENG) yang disayangi,

6

1.5.1 Apakah bentuk penggunaan notebook dan projektor LCD oleh guru-

guru Sains dan Matematik Tingkatan satu dalam pengajaran dan

pembelajaran?

1.5.2 Apakah tanggapan guru-guru Sains dan Matematik Tingkatan satu

tentang penggunaan notebook dan projektor LCD dalam

pengajaran dan pembelajaran?

1.5.3 Apakah masalah yang timbul dalam penggunaan notebook dan

projektor LCD oleh guru-guru Sains dan Matematik Tingkatan

satu?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting bagi memperolehi maklumat tentang penggunaan

notebook dan projektor LCD di kalangan guru-guru Sains dan Matematik

Tingkatan satu dalam pengajaran dan pembelajaran.

Maklumat-maklumat tentang penggunaan notebook dan projektor

LCD akan memanfaatkan pihak pentadbir sekolah supaya lebih memahami

bentuk penggunaan, tanggapan serta masalah yang dihadapi oleh guru-guru

Sains dan Matematik Tingkatan satu dalam penggunaan notebook dan

projektor LCD. Dengan itu, pihak pentadbir sekolah dapat membuat

perancangan yang sewajarnya untuk menangani masalah yang dihadapi oleh

guru-guru.

Dengan adanya kajian ini juga, masalah-masalah yang dihadapi oleh

guru-guru di sekolah dapat diketahui dengan jelas oleh pihak berkuasa

Kementerian Pendidikan Malaysia dan ia boleh dijadikan satu garisan

panduan bagi mereka untuk mengenal pasti masalah yang timbul. Ini

Page 26: LILY KUOK MING LING · “ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan ... Buat adik-beradik (KIEW TONG, MING HORNG, JIAN CHENG) yang disayangi,

7

membolehkan langkah yang seharusnya diambil oleh pihak berkuasa bagi

menangani masalah yang timbul.

1.7 Skop Kajian

Kajian ini mengkaji tentang penggunaan notebook dan projektor LCD

oleh guru-guru Sains dan Matematik Tingkatan satu dalam pengajaran dan

pembelajaran. Responden dalam kajian ini terbatas kepada guru-guru Sains

dan Matematik Tingkatan satu yang mengajar dalam Bahasa Inggeris serta

menerima notebook dan projektor LCD sahaja. Ini bermakna guru-guru

Sains dan Matematik Tingkatan dua ke atas serta mereka yang tidak

mengajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris serta tidak

menerima notebook dan projektor LCD tidak termasuk dalam skop kajian ini.

Selain itu, kajian ini tidak melibatkan keberkesanan penggunaan

notebook dan projektor LCD di kalangan guru-guru Sains dan Matematik

Tingkatan satu. Pada masa yang sama, batasan terhadap penggunaan

notebook dan projektor LCD oleh guru-guru Sains dan Matematik ke arah

penggunaan selain dalam bidang pengajaran dan pembelajaran juga tidak

diambil kira seperti membeli-belah membuat kajian dan sebagainya.

1.8 Definisi Kajian

Bagi menjelaskan lagi perkara yang tidak jelas dalam tajuk kajian ini,

berikut merupakan definisi operasional dan huraian konsep bagi istilah-

istilah yang terdapat dalam kajian ini.

1.8.1 Penggunaan

Page 27: LILY KUOK MING LING · “ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan ... Buat adik-beradik (KIEW TONG, MING HORNG, JIAN CHENG) yang disayangi,

8

Penggunaan berasal dari perkataan ‘guna’ yang bermaksud:

• Sesuatu yang mendatangkan faedah; manfaat.

• Perbuatan (usaha, kegiatan dsb) menggunakan sesuatu.

• Orang yang menggunakan sesuatu, mengambil faedah

daripada sesuatu benda.

(Kamus Pelajar Sekolah Menengah 1989 m.s 233)

Selain itu, penggunaan juga ditakrifkan sebagai perihal dalam

perbuatan menggunakan sesuatu atau pemakaian. (Kamus Dewan, 1998).

Dalam kajian ini penggunaan merujuk kepada manfaat notebook dan

projektor LCD kepada guru-guru Sains dan Matematik Tingkatan satu dalam

pengajaran dan pembelajaran.

1.8.2 Pengajaran

Menurut Ee Ah Meng (1999), pengajaran merupakan suatu sistem

aktiviti-aktiviti yang dituju kepada pelajar dengan tujuan membawa kepada

perubahan tingkah laku di kalangan pelajar.

Pengajaran dalam kajian ini merujuk kepada pengajaran Sains dan

Matematik Tingkatan satu berbantukan notebook dan projektor LCD.

1.8.3 Pembelajaran

Menurut Atan Long (1980), pembelajaran merupakan satu proses

yang bermula dengan penanggapan rangsangan yang diterima oleh

Page 28: LILY KUOK MING LING · “ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan ... Buat adik-beradik (KIEW TONG, MING HORNG, JIAN CHENG) yang disayangi,

9

pancaindera. Seterusnya, rangsangan diproses dan disimpan sebagai

pengalaman.

Justeru, Morgan dan King dalam buku Introduction to Psychology

pula mentafsirkan pembelajaran sebagai tingkah laku yang kekal, akibat

pengalaman yang diperoleh atau latihan yang telah dijalankan. (Mok Soon

Sang, 1997)

Manakala pembelajaran bagi kajian ini ialah pembelajaran Sains dan

Matematik Tingkatan satu berbantukan notebook dan projektor LCD.

1.8.4 Notebook dan Projektor LCD

Dalam kajian ini, notebook merupakan sejenis komputer tetapi saiz

notebook adalah lebih kecil dan mudah dibawa ke kelas jika dibandingkan

dengan komputer. Projektor LCD pula akan digunakan bersama dengan

notebook. Ia berfungsi untuk memaparkan isi pelajaran yang disimpan di

dalam notebook ke atas skrin paparan yang disediakan dalam kelas.

1.9 Kesimpulan

Dalam bab ini, penyelidik telah menerangkan serba sedikit tentang

latar belakang masalah, pernyataan masalah, persoalan kajian, objektif

kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, dan definisi istilah. Dengan

adanya elemen-elemen penting di atas, bab yang seterusnya iaitu Bab II

dapat dijalankan. Di bawah perubahan sistem pendidikan baru ini, guru

seharusnya dapat menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

mereka. Ini penting dalam menjayakan sistem pendidikan yang baru serta

meningkatkan kualiti pendidikan seiring dengan perkembangan teknologi

multimedia.