borang pengesahan status tesis - fp.utm.my. perpustakaan ... cohesion could affect a team’s...

22
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL: PENGUKURAN TAHAP PERSEFAHAMAN DALAM PASUKAN BOLA JARING SESI PENGAJIAN: 2009/2010 Saya: PUAH PEI SAN _________ (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-ayarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: NO.37, LORONG PENDING 1C DR. MOHAD ANIZU BIN HJ. MOHD NOR BANDAR PUTERI KLANG, 41200 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN. Tarikh : _____________________ Tarikh: _______________________ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Upload: lydiep

Post on 15-Mar-2018

229 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my. Perpustakaan ... Cohesion could affect a team’s performance presentation and help to form a strong bond ... 3.5 Intrumen Kajian 27 3.5.1

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL:

PENGUKURAN TAHAP PERSEFAHAMAN DALAM PASUKAN BOLA JARING

SESI PENGAJIAN: 2009/2010

Saya:

PUAH PEI SAN _________

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-ayarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian

tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) √ TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: NO.37, LORONG PENDING 1C DR. MOHAD ANIZU BIN HJ. MOHD NOR BANDAR PUTERI KLANG, 41200 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN. Tarikh : _____________________ Tarikh: _______________________ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my. Perpustakaan ... Cohesion could affect a team’s performance presentation and help to form a strong bond ... 3.5 Intrumen Kajian 27 3.5.1

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Tandatangan : ___________________________________

Nama Penyelia : DR. MOHAD ANIZU BIN HJ. MOHD NOR

Tarikh : ___________________________________

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my. Perpustakaan ... Cohesion could affect a team’s performance presentation and help to form a strong bond ... 3.5 Intrumen Kajian 27 3.5.1

PENGUKURAN TAHAP PERSEFAHAMAN DALAM PASUKAN BOLA JARING

PUAH PEI SAN

Tesis ini dikemukakan sebagai

Memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2010

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my. Perpustakaan ... Cohesion could affect a team’s performance presentation and help to form a strong bond ... 3.5 Intrumen Kajian 27 3.5.1

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

setiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Pelajar : PUAH PEI SAN

Tarikh : APRIL 2010

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my. Perpustakaan ... Cohesion could affect a team’s performance presentation and help to form a strong bond ... 3.5 Intrumen Kajian 27 3.5.1

iii

Dedikasi

Buat keluarga yang dikasihi

Yang dikasihi Puah Tew Kim, Yap Yoke Lian, Puah Pei Ling dan Puah Kuan

Chuen. Kalianlah semangat untuk saya teruskan perjuangan. Setiap kejayaan yang

dicapai adalah untuk kalian. Terima kasih di atas segalanya.

Serta

Teman-teman seperjuangan 4SPS dan seluruh warga SPS. Terima kasih di atas segala

bantuan dan kerjasama yang diberikan.

Dan

Tidak lupa ingatan berkekalan buat insan yang teristimewa, terima kasih di atas segala

dorongan dan kesabaranmu. Sokongan yang dirimu berikan merupakan ‘bara’ yang kian

menyemarakkan semangatku.

Semoga kalian sentiasa sihat sejahtera dan diberkati oleh tuhan

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my. Perpustakaan ... Cohesion could affect a team’s performance presentation and help to form a strong bond ... 3.5 Intrumen Kajian 27 3.5.1

iv

Penghargaan

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada

pensyarah penyelia, Dr Mohad Anizu Mohd Nor selaku ‘guru’ yang telah banyak

memberi bimbingan dan tunjuk ajar sehinggalah kajian ini dapat disempurnakan. Saya

juga berterima kasih di atas kesabaran dan kesungguhan beliau semasa membimbing

saya dan rakan-rakan. Sesungguhnya dorongan dan panduan yang beliau berikan

amatlah berguna dan berharga. Ucapan

Penghargaan juga diberikan kepada pensyarah- pensyarah fakulti pendidikan

iaitu En. Syahrul Ridhwan Morazuki dan Dr. Halijah Ibrahim yang turut sama

memberikan kerjasama, pendapat dan nasihat untuk saya melengkapkan lagi projek

sarjana muda ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan.

Ribuan terima kasih juga ditujukan khas kepada jurulatih pasukan Johor dan

pasukan wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kesemua atlit bola jaring serta

Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) di atas kesudian menjadi responden serta

kerjasama dan sokongan yang diberikan.

Kepada rakan sepejuangan terutamanya 4SPS yang terlibat secara langsung atau

tidak langsung, sekalung penghargaan untuk kalian atas sokongan dan tunjuk ajar. Budi

kalian akan saya kenang hayat.

Ribuan terima kasih.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my. Perpustakaan ... Cohesion could affect a team’s performance presentation and help to form a strong bond ... 3.5 Intrumen Kajian 27 3.5.1

v

ABSTRAK

Persefahaman mampu mempengaruhi prestasi persembahan satu pasukan dan membantu

pasukan membentuk satu ikatan yang kuat dalam menentukan kejayaan atau kegagalan

pasukan. Justeru itu, objektif kajian ini adalah bertujuan untuk mengukur dan menilai

tahap persefahaman pasukan bola jaring. Kepentingan kajian yang dijalankan adalah

bertujuan memberi pengetahuan tentang kepentingan persefahaman pasukan membantu

meningkatkan keakraban ahli pasukan. Kajian yang dijalankan ini berbentuk

eksperimental dengan menggunakan Group Environment Questionnaire (GEQ; Carron,

1985). Hasil keputusan dianalisis bagi memperolehi suatu keputusan yang sahih dan

jitu. Subjek terdiri daripada 10 pemain dari pasukan Johor dan 10 dari pemain Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur yang berumur antara 15 hingga 28 tahun yang layak beraksi

dalam perlawanan akhir kejohanan kebangsaan 2009. Kajian ini dijalankan di stadium

Kiara, Kuala Lumpur ketika Kejohanan Kebangsaan 2009. Analisis statistik diskriptif

menggunakan nilai min dan sisihan piawai dianalisis dengan menggunakan perisian

Computer Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 13. Hasil daripada kajian

mendapati, perbezaan yang signifikan dalam aspek persefahaman antara pasukan Johor

(kalah) dan pasukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (menang) (t= 4.046, p <

0.001). Manakala hasil kajian menunjukkan pasukan kalah mempunyai tahap

persefahaman yang lebih tinggi berbanding pasukan yang menang. Ini menunjukkan

hasil kajian yang bertentangan dengan kajian lepas yang menunjukkan prestasi

mempunyai hubungan terhadap persefahaman pasukan, dimana pasukan berprestasi

cemerlang berpontesi mempunyai persefahaman yang tinggi.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my. Perpustakaan ... Cohesion could affect a team’s performance presentation and help to form a strong bond ... 3.5 Intrumen Kajian 27 3.5.1

vi

ABSTRACK

Cohesion could affect a team’s performance presentation and help to form a strong bond

among members that determines the success or failure of the teams. Hence, the

objective of this study is intended to measure and assess the level of team cohesion of

the netball team. The importance of this research conducted is aimed to provide

knowledge about the importance of cohesion lead to team camaraderie. Studies

conducted using this experimental form of Group Environment Questionnaire (GEQ;

Carron, 1985). The data have been analyzed to acquire a valid and accurate result.

Subjects each consisting of 10 players from the team Johor and Kuala Lumpur between

the ages of 15 to 28 years who are eligible played in the final national championship

2009. The study was conducted at the stadium Kiara, Kuala Lumpur during the National

Championship 2009. The descriptive analysis was including min and standard deviation

by using SPSS version 13 software. The results of this study showed a significant

differences of cohesion between team Johor (losing) and Kuala Lumpur (wins) (t=

4.046, p < 0.001). While the study results showed the team has lost have greater

cohesion than the winning team. Interestingly, this studies is not supported by previous

studies have shown that there is a relationship between success and team cohesiveness;

that is, more successful teams tend to have greater cohesion.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my. Perpustakaan ... Cohesion could affect a team’s performance presentation and help to form a strong bond ... 3.5 Intrumen Kajian 27 3.5.1

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACK vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Hipotesis Kajian 7

1.7 Kepentingan Kajian 8

1.8 Limitasi Kajian 9

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my. Perpustakaan ... Cohesion could affect a team’s performance presentation and help to form a strong bond ... 3.5 Intrumen Kajian 27 3.5.1

viii

1.9 Terminologi/ Definasi 9

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Peringkat Pembentukan Pasukan 12

2.2.1 Peringkat Pembentukan ( Forming stage) 12

2.2.2 Peringkat Pergolakan (Storming stage) 13

2.2.3 Peringkat Norming ( Norming stage) 14

2.2.4 Peringkat Persembahan (Performing stage) 14

2.3 Definisi Persefaham 15

2.4 Persefahaman Dalam Psikologi 16

2.5 Faktor- Faktor Mempengaruhi Persefahaman Pasukan 18

2.6 Faktor-Faktor Mempengaruhi Prestasi Bola Jaring 20

2.6 Persefahaman Mempengaruhi Prestasi Pasukan 21

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 25

3.2 Rekabentuk Kajian 26

3.3 Lokasi Kajian 27

3.4 Sampel Kajian 27

3.5 Intrumen Kajian 27

3.5.1 Group Environment Questionnaire (GEQ) 28

3.5.2 Penterjemahan Soal Selidik GEQ versi 30 Bahasa Melayu

3.5.3 Prestasi 30

3.6 Prosedur Kajian 31

3.7 Pengumpulan Dan Penganalisis Data 31

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my. Perpustakaan ... Cohesion could affect a team’s performance presentation and help to form a strong bond ... 3.5 Intrumen Kajian 27 3.5.1

ix

4 PENGANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 32

4.2 Analisis Diskriptif 33

4.2.1 Analisa Maklumat Peribadi Subjek 33

4.2.1.1 Analisa Umur dan Pengalaman 33

Bersama Pasukan

4.2.1.2 Analisa Jumlah Skor Persefahaman 35

Pasukan Johor

4.2.1.3 Analisa Jumlah Skor Persefahaman 41

Pasukan Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur

4.2.1.4 Analisa Perbezaan Skor Purata 48

Komponen Tugasan dan Sosial

Antara Pasukan

4.2.1.5 Analisa Perbezaan Skor Keseluruhan 50

dan Jaringan Antara Johor dan Wilayah

4.3 Analisa Inferensi 52

4.3.1 Analisis Ujian-t Umur dan Tahun Penglibatan 52

dalam Pasukan

4.3.2 Analisis Ujian-t Purata Skor Tugasan 54

antara Pasukan

4.3.3 Analisis Ujian-t Purata Skor Sosial 55

antara Pasukan

4.3.4 Analisis Ujian-t Purata Skor Persefahan 56

Antara Pasukan

4.4 Kesimpulan 57

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my. Perpustakaan ... Cohesion could affect a team’s performance presentation and help to form a strong bond ... 3.5 Intrumen Kajian 27 3.5.1

x

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 58

5.2 Perbincangan 59

5.2.1 Umur dan Tahun Penglibatan bersama 59

Pasukan

5.2.2 Hasil Kajian 60

5.2.2.1 Komponen Tugasan 60

5.2.2.2 Komponen Sosial 61

5.2.2.3 Perbezaan Persefahaman antara 62

Pasukan

5.3 Masalah yang Dihadapi 65

5.4 Rumusan 66

5.5 Cadangan 67

5.5.1 Sampel 67

5.5.2 Mengenalpasti Prestasi Pasukan Melalui Analisis 67

Perlawanan

5.5.3 Membandingkan Dengan Sukan Lain 67

5.5.4 Melakukan Pengujian Pre dan Post 68

5.5.5 Tempoh Pengujian 68

5.5.6 Mengkaji Hubungan antara Kecergasan dan Prestasi 68

5.5.7 Mengkaji tahap Persefahaman antara pasukan yang 68

kuat dan lemah

5.5.8 Hubungan antara tahap Persefahaman dan 69

Kewibawaan jurulatih

5.6 Kesimpulan 69

RUJUKAN 70

LAMPIRAN (A1 - D3) 75

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my. Perpustakaan ... Cohesion could affect a team’s performance presentation and help to form a strong bond ... 3.5 Intrumen Kajian 27 3.5.1

xi

SENARAI JADUAL

NO JADUAL

TAJUK MUKA SURAT

4.1 Taburan umur dan pengalaman bersama pasukan (Pasukan Johor)

33

4.2 Taburan umur dan pengalaman bersama pasukan (Pasukan Kuala Lumpur)

34

4.3 Taburan skor mentah dan purata skor persefahaman (Pasukan Johor)

35

4.4 Taburan skor mentah dan purata skor persefahaman (Pasukan Kuala Lumpur)

41

4.5 Purata Skor bagi Komponen Tugasan dan Sosial antara pasukan

48

4.6 Taburan skor purata keseluruhan persefahaman dan jaringan antara pasukan

50

4.7 Analisis ujian-t purata umur subjek 52

4.8 Analisis ujian- t purata tahun penglibatan dalam pasukan

53

4.9 Analisis ujian- t purata skor Tugasan antara pasukan

54

4.10 Analisis ujian- t purata skor Sosial antara pasukan

55

4.11 Analisis Ujian- t Purata Skor Persefahaman antara Pasukan

56

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my. Perpustakaan ... Cohesion could affect a team’s performance presentation and help to form a strong bond ... 3.5 Intrumen Kajian 27 3.5.1

xii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH

TAJUK MUKA SURAT

1.1 Konsep Model Persefahaman (Carron’s Model of Group)

17

2.1 Hubungan dua hala antara Persefahaman Pasukan dan Prestasi Pasukan

21

4.1 Graf skor markah bagi pemain Johor

36

4.2 Graf perbandingan skor markah bagi ATG-T dan ATG-S

37

4.3 Graf perbandingan skor markah bagi GI-T dan GI-S

38

4.4 Graf purata Skor bagi ATG-T, ATG-S, GI-T, GI-S dan Skor keseluruhan (Pasukan Johor)

40

4.5 Graf Skor Markah Bagi Pemain Wilayah Persekutuan

42

4.6 Graf perbandingan skor markah bagi ATG-T dan ATG-S

43

4.7 Graf perbandingan skor markah bagi GI-T dan GI-S

45

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my. Perpustakaan ... Cohesion could affect a team’s performance presentation and help to form a strong bond ... 3.5 Intrumen Kajian 27 3.5.1

xiii

4.8 Graf purata Skor bagi ATG-T, ATG-S, GI-T, GI-S dan Skor keseluruhan (Pasukan Kuala Lumpur)

47

4.9 Graf purata skor bagi komponen Tugasan dan Sosial antara pasukan Johor dan Wilayah Persekutuan

49

4.10 Graf Perbandingan skor keseluruhan dan jaringan antara Johor dan Wilayah Persekutuan

51

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my. Perpustakaan ... Cohesion could affect a team’s performance presentation and help to form a strong bond ... 3.5 Intrumen Kajian 27 3.5.1

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK MUKA SURAT

A Surat Kebenaran

75

B Surat Perjanjian Subjek

77

C1- C2 Soal Selidik Group Environment Questionnaire

(GEQ)

78

D1- D3 Analisis Keputusan Ujian- t

83

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my. Perpustakaan ... Cohesion could affect a team’s performance presentation and help to form a strong bond ... 3.5 Intrumen Kajian 27 3.5.1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bola jaring adalah sukan berpasukan tanpa-sentuhan yang berasal daripada bola

keranjang. Menurut Strafford (1984) sukan bola jaring adalah dipelopori oleh Dr. James

Naismith di Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat pada tahun 1891. Bola jaring

diperkenalkan di England pada tahun 1895, terdapat beberapa perubahan teknikal

sehingga permainan ini mempunyai ciri- cirinya tersendiri dan tidak lagi dianggap

sebagai “bola keranjang ubahsuai” (modified basketball). Salah satu ciri permainan bola

jaring yang menjadikannya permainan tunggal yang hanya bermain melibatkan hantaran

dan penerimaan bola dengan tangan sahaja dan juga tidak membenarkan cara lain untuk

menggerakkan bola. Tambahan pula, pemain dalam bola jaring tidak memakai nombor

tetapi huruf yang menunjukkan posisi mereka dalam gelanggang.

Bola jaring merupakan sukan yang memerlukan dua belas pemain untuk

membentuk satu pasukan dalam sesuatu pertandingan dan hanya tujuh pemain

dibenarkan beraksi di gelanggang. Gelanggang bola jaring dibahagikan kepada tiga

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my. Perpustakaan ... Cohesion could affect a team’s performance presentation and help to form a strong bond ... 3.5 Intrumen Kajian 27 3.5.1

2

kawasan iaitu dua kawasan menjaring di kedua- dua hujung gelanggang dan satu

kawasan tengah. Setiap pemain perlu memakai bib untuk menunjukkan kedudukan

pemain dalam sukan bola jaring. Setiap pemain hanya dibenarkan berada dalam

kawasan tertentu di gelanggang dan mempunyai fungsi masing- masing. Peraturan

paling unik dalam bola jaring adalah bola mesti perlu disentuh pada setiap kawasan

dalam gelangang ketika mengerakkan bola ke kawasan menjaring. Dengan adanya

peraturan ini, setiap pemain mempunyai tanggungjawab dan fungsi masing- masing

dalam gelanggang. Elemen kerjasama, bersatu padu dan persefahaman amat penting

untuk mengerakkan bola dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain sehingga ke

kawasan menjaring. Oleh itu, dalam sukan bola jaring ia memerlukan tujuh pemain

memikul tanggungjawab masing- masing dalam gelanggang.

Menurut Teng Boon Tong (2001), sejarah perkembangan permainan ini,

kebanyakan perubahan teknikal dari segi saiz bola, bulatan gol, peraturan penaliti, jaring

dan bulatan logam (mental ring) adalah usaha ahli- ahli peminat dari persatuan Ling.

Permainan bola jaring kemudian diperkenalkan kepada negara- negara Komenwel

British yang lain termasuk Malaysia.

Di peringkat antarabangsa, sukan bola jaring dikawal oleh Persekutuan

Antarabangsa Persatuan Bola Jaring (International Federation of Netball Association)

yang ditubuhkan pada tahun 1960 di Sri Lanka. Pada tahun 1963, Kejohanan Bola

Jaring Dunia yang pertama diadakan di England dengan pasukan Australia telah muncul

sebagai johan. Walaupun permainan bola jaring digemari ramai terutamanya di negara

Komenwel tetapi ia belum diterima sebagai sukan teras dalam Sukan Olimpik, Sukan

Asia dan Sukan Sea.

Di Malaysia, bola jaring dimainkan sebagai sebuah pasukan wanita. Sukan bola

jaring Malaysia dikawal oleh Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) yang ditubuhkan

pada 21 Mac 1978 oleh Almarhumah Ke Bawah DYMM Tengku Ampuan Pahang

sebagai satu majlis yang mengawal dan mengawasi perjalanan kegiatan bola jaring

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my. Perpustakaan ... Cohesion could affect a team’s performance presentation and help to form a strong bond ... 3.5 Intrumen Kajian 27 3.5.1

3

diseluruh negara. PBJM bertanggungjawab untuk membentuk pasukan kebangsaan dan

mencari bakat dalam sukan bola jaring. Dengan itu, PBJM akan mengadakan

Kejohanan Kebangsaan Remaja dan Kejohanan Kebangsaan terbuka bagi memberi

ruang untuk mengenalpasti bakat baru serta memantau prestasi pemain kebangsaan.

Pasukan Malaysia mempunyai barisan pemain kebangsaan yang telah banyak

menyertai Kejohanan antarabangsa. Antara Kejohanan antarabangsa yang disertai

adalah Kejohanan Dunia, Kejohanan Remaja Dunia dan Kejohanan Asian yang diadakan

empat tahun sekali, Kejohanan Remaja Asian yang diadakan dua tahun sekali bagi

melayakkan pasukan Malaysia ke Kejohanan Remaja Dunia. Pasukan Malaysia

mempunyai pencapaian yang membanggakan iaitu mendapat Johan tiga kali berturut-

turut dalam Kejohanan Remaja Asian pada tahan 2004, 2006 dan 2008. Manakala untuk

Kejohanan terbuka, Malaysia hanya berada pada kedudukan ketiga dalam benua Asian

berdasarkan keputusan terkini serta layak ke kejohanan Dunia 2011 di Singapore.

1.2 Latar Belakang Kajian

Persefahaman sesuatu pasukan merupakan satu elemen penting bagi sesuatu

pasukan yang terdiri daripada dua atau lebih ahli dalam satu pasukan. Menurut Coutts et

al., 2005, persefahaman pasukan yang rendah akan mempengaruhi tahap prestasi

pasukan serta mengambarkan identiti pasukan tersebut.

Pembentukkan persefahaman dalam pasukan mempunyai tahap kesukaran

memandangkan kumpulan merupakan sesuatu yang dinamik dimana pemain pasukan

datang dari latar belakang yang berbeza dan jumlah ahli juga sentiasa bertukar- tukar.

Tambahan pula, pemain pasukan kebangsaan hanya berkumpul seminggu sebelum

pertandingan. Selain daripada itu, faktor keadaan juga mempengaruhi, dimana pemain

yang lebih banyak menghabiskan masa bersama pasukan mempunyai persefahaman

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my. Perpustakaan ... Cohesion could affect a team’s performance presentation and help to form a strong bond ... 3.5 Intrumen Kajian 27 3.5.1

4

yang tinggi terhadap pasukan. Faktor kewibawaan ketua pasukan dan jurulatih juga

mempengaruhi keakraban pasukan. (Eys et al., 2006).

Nilai semangat sepasukan atau semangat berjuang dalam sukan Malaysia

semakin pupus. Isu ini memberi impak yang sangat besar terhadap prestasi sukan

negara, rata- rata pemain zaman sekarang hanya bermain kerana insentif atau untuk

kepentingan sendiri. Nilai persefahaman pasukan tidak lagi dititikberatkan dalam sukan

negara.

Persefahaman sangat penting terutamanya dalam sukan berpasukan. Contoh

dalam sukan berbasikal, apabila dalam satu pasukan mempunyai seorang pelumba yang

berpontensi untuk menang dalam satu perlumbaan, rakan sepasukan akan menolong

untuk membuka jalan kepada pelumba tersebut untuk meninggalkan pesaing yang lain.

Situasi yang sama dalam sukan bola jaring, dimana dalam gelanggang, bola perlu

dihantar dari satu kawasan ke kawasan yang lain sehingga ke kawasan menjaring untuk

mendapatkan mata, tetapi setiap pemain mempunyai kawasan yang terhad, oleh itu

untuk mengerakkan bola dalam gelanggang, ia memerlukan tujuh pemain untuk

menghidupkan permainan bola jaring serta setiap pengerakan diketahui oleh ahli

sepasukan.

Jurulatih atau pakar psikologi harus bertindak sebagai penggerak untuk membina

semula nilai semangat kesukanan dalam sukan negara. Ini kerana, Pengetahuan tentang

persefahaman pasukan dapat membantu pasukan berkongsi inspirasi, kepercayaan dan

meningkatkan berkerjasama antara pemain ( Partington & Shangi, 1992). Dalam sesuatu

sukan, berkerjasama dalam kumpulan lebih berkesan berbanding secara individu.

Dalam bidang psikologi, persefahaman pasukan dipandang sebagai elemen penting yang

mempengaruhi prestasi dan kepuasan pemain dalam pasukan.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my. Perpustakaan ... Cohesion could affect a team’s performance presentation and help to form a strong bond ... 3.5 Intrumen Kajian 27 3.5.1

5

Pada pengetahuan penyelidik, kajian saintifik bagi mengkaji tahap persefahaman

pasukan bola jaring kebangsaan sangat terbatas khususnya di Malaysia. Pengetahuan

dalam membentuk satu pasukan yang mempunyai ikatan yang kuat tidak dititikberatkan

oleh jurulatih tempatan. Jurulatih hanya tahu melatih serta dan meningkatkan prestasi

dengan program latihan yang dihasilkan tanpa memikirkan soal psikologi dalam

pasukan.

1.3 Penyataan Masalah

Persefahaman dalam sukan bola jaring dilihat semakin berkurangan berikutan

dengan penurunanan prestasi dalam pasukan kebangsaan. Dengan ini saya berminat

untuk membuat kajian bagi menilai tahap persefahaman pasukan bola jaring.

Persefahaman dilihat satu elemen penting dalam pasukan bola jaring. Setiap ahli

pasukan harus mempunyai tahap persefahaman antara satu sama lain untuk kekal

sebagai pasukan serta bermain sebagai satu unit yang kuat. Apabila persefahaman tidak

lagi wujud dalam sesuatu pasukan, setiap ahli dalam pasukan akan mula rasa tidak

selesa, cemas serta mula hilang tumpuan terhadap setiap pengerakan yang dilakukan.

Justeru, ahli pasukan akan rasa tertekan kerana pasukan bermain dalam keadaan yang

tidak terkawal dan tidak mempunyai keserasian antara pemain serta tidak dapat

menjangkakan pengerakkan atau kemahuan ahli pasukan yang lain dan menimbulkan

rasa tidak puas hati serta perasaan marah antara satu sama lain.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my. Perpustakaan ... Cohesion could affect a team’s performance presentation and help to form a strong bond ... 3.5 Intrumen Kajian 27 3.5.1

6

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian seperti berikut

1.4.1 Membandingkan pengaruh komponen tugasan (task cohesion) dan sosial (social

cohesion) terhadap persefahaman pasukan.

1.4.2 Menganalisis perbezaan tahap persefahaman pasukan pada kedua-dua pasukan

selepas perlawanan akhir.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan dalam kajian ini ialah:

1.5.1 Bagaimanakah pengaruh komponen tugasan (task cohesion) dan sosial (social

cohesion) terhadap persefahaman pasukan?

1.5.2 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap persefahaman pasukan

pada kedua- dua pasukan selepas perlawanan akhir?