hbse4203~kemahiran hidup untuk pendidikan khas ii

9
TUGASAN ________________________________________________________________________ HBSE4203 KEMAHIRAN HIDUP UNTUK PENDIDIKAN KHAS II SEMESTER SEPTEMBER 2014 ______________________________________________________________ __________ ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam bahasa Melayu. 3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda. 5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. 6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 14hb - 16hb November 2014 atau Tutorial 4. Serahan selepas 16hb November 2014 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima. 1

Upload: chung-jennyfer

Post on 02-Oct-2015

108 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

HBSE4203

TRANSCRIPT

TUGASAN

________________________________________________________________________

HBSE4203KEMAHIRAN HIDUP UNTUK PENDIDIKAN KHAS II

SEMESTER SEPTEMBER 2014________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam bahasa Melayu.

3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 4. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda.5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan menyimpan salinan tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.6. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 14hb - 16hb November 2014 atau Tutorial 4. Serahan selepas 16hb November 2014 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima. 7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

PENILAIAN Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan. Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula. PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30%: potongan 20% daripada jumlah markah yang diperoleh. Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50%: potongan 40% daripada jumlah markah yang diperoleh. Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.

SOALAN TUGASAN

Satu tajuk penting dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup untuk kanak-kanak berkeperluan khas ialah pemeliharaan haiwan kesayangan. Untuk mengajar tajuk ini dengan berkesan, seorang guru pendidikan khas perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Harian yang dilengkapi bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid.Anda diperlukan menyiapkan tugasan ini dengan menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian beserta bahan bantu mengajar yang merangkumi aspek-aspek berikut:1. Rancangan Pengajaran Harian

Sediakan SATU Rancangan Pengajaran Harian mengikut format yang betul yang mengandungi tajuk-tajuk berikut:

(a) Memilih SATU contoh haiwan kesayangan yang lazim dipelihara oleh murid.

(b) Menerangkan bagaimana menyediakan makanan dan tempat tinggal untuk haiwan berkenaan.

(c) Menyenaraikan TIGA cara menjaga kesihatan dan TIGA penyakit yang mungkin dihadapi haiwan kesayangan.

(d) Menjelaskan TIGA cara mengesan penyakit dan merawat haiwan kesayangan.

(e) Membincangan hubungan baik di antara murid dan haiwan kesayangan.

2. Bahan Bantu Mengajar

Sediakan SATU bahan bantu mengajar dalam bentuk persembahan digital yang menggunakan MS Power Point yang mengandungi elemen-elemen berikut:

(a) Elemen grafik yang menarik (warna, pergerakan, bunyi).(b) Audio dan laman sesawang berkaitan dengan topik.

Anda perlu memastikan Rancangan Pengajaran Harian dan bahan bantu mengajar bersesuaian dengan tahap kebolehan murid berkeperluan khas yang anda pilih.[Jumlah: 40 markah]

PANDUAN PELAJAR1. Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) adalah berdasarkan format yang betul. Hasil pembelajaran harus dinyatakan secara eksplisit dan boleh diukur.

2. Sediakan bahan bantu mengajar dalam bentuk Compact Disc (CD) dengan menggunakan aplikasi MS Power Point. Muatkan dengan elemen-elemen multimedia seperti audio, video, hyperlink dan animasi dengan warna yang menarik dan bersesuaian dengan konteks pengajaran dan pembelajaran.

3. Sediakan kit pengajaran (dalam bentuk kotak atau buku kulit keras berpoket untuk menyimpan CD dan RPH) mengikut kreativiti anda. Kit ini hendaklah mengandungi RPH dan CD. Contohnya:

4. Berbincang dengan guru kemahiran hidup sekolah anda untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan.

PANDUAN TUTOR1. Tutor adalah diminta agar dapat membimbing para pelajar semasa penyediaan tugasan. 2. Cadangkan laman web untuk rujukan yang berkaitan dengan soalan tugasan. Cetak serta lampirkan artikel bersama tugasan.

3. Memeriksa dan menanda tugasan pelajar dan seterusnya memberi markah dan memasukkan markah ke dalam OMES.

4. Mencadangkan buku-buku rujukan untuk panduan pelajar. Sila cadangkan buku-buku rujukan mengikut bidang.

5. Tutor perlu bimbing pelajar tentang teknik menulis rujukan sama ada buku atau laman web dengan betul. Guna gaya APA.Rubrik Tugasan

HBSE4203 KEMAHIRAN HIDUP UNTUK PENDIDIKAN KHAS II/ SEMESTER SEPTEMBER 2014

KriteriaWajaranTidak LengkapLemahSederhanaBaikCemerlangMarkah Penuh

01234

Pengenalan1.5Tiada pengenalan. Pengenalan tidak berkaitan dengan kepentingan RPH dan bahan bantu mengajar untuk pendidikan khas.Pengenalan menunjukkan struktur yang jelas mengenai kepentingan RPH dan bahan bantu mengajar untuk pendidikan khas.Pengenalan menunjukkan struktur dan objektif yang jelas mengenai kepentingan RPH dan bahan bantu mengajar untuk pendidikan khas.

Pengenalan menunjukkan struktur dan objektif yang amat jelas mengenai kepentingan RPH dan bahan bantu mengajar untuk pendidikan khas. Penerangan mengenai konsep juga dibuat dengan terperinci.

6

Isi Kandungan RPH2.5Isi kandungan RPH tidak mengikut format. Isi kandungan RPH diterangkan secara ringkas sahaja dan tidak mengikut format RPH yang lengkap.

Isi kandungan RPH diterangkan secara sederhana sahaja.Isi kandungan RPH diterangkan secara menyeluruh.Isi kandungan RPH amat bersesuaian, tepat dan diterangkan secara terperinci.10

Bahan Bantu Mengajar Digital2.5

Tiada pengurusan grafik/ gambar/ illustrasi dan audio.Pengurusan grafik/ gambar/ illustrasi dan audio tidak berfokuskan kepada topik sebenar dan kebolehan murid.Terdapat 1- 3 grafik/ gambar/ illustrasi dan audio yang berfokuskan kepada topik yang berkaitan dan kebolehan murid. Terdapat lebih daripada 4 grafik/ gambar/ illustrasi dan audio yang berfokuskan kepada topik yang berkaitan dan kebolehan murid. Terdapat lebih daripada 10 grafik/ gambar/ illustrasi dan audio yang berfokuskan kepada topik yang berkaitan dan kebolehan murid. Pengurusan grafik adalah melebihi daripada jangkaan.

10

Hyperlink / pautan dengan laman sesawang atau sumber lain

1.5

Tiada pautan.Pautan tidak bersesuaian dengan topik dan kebolehan murid.Terdapat 1-2 pautan sahaja dan kurang sesuai dengan topik dan kebolehan murid.

Terdapat lebih daripada 3 pautan dengan laman sesawang dan sumber lain dan sesuai dengan topik dan kebolehan murid.Terdapat lebih daripada 5 pautan dengan laman sesawang dan sumber lain dan amat sesuai dengan topik dan kebolehan murid.6

Rumusan

1Tiada rumusanRumusan tidak jelas.Rumusan kurang berkaitan dengan topik kandungan RPH dan bahan bantu mengajar.Rumusan jelas dan bersesuaian dengan topik, kandungan RPH dan bahan bantu mengajar.Rumusan amat jelas dan amat bersesuaian dengan topik, kandungan dan bahan bantu mengajar.4

Organisasi

1Tiada organisasi penulisan.Organisasi yang kurang jelas dalam penulisan. Penulisan tidak tersusun dengan baik dan mengganggu kefahaman pembaca.

Penulisan tersusun dengan baik tetapi persembahan boleh diperbaiki. Penulisan terperinci tersusun dengan baik dengan persembahan yang mantap. 4

JUMLAH MARKAH40

Poket untuk CD

Poket untuk dimasukkan RPH

Bahan bantu mengajar dimuatkan dalam CD dan dimasukkan ke dalam poket yang disediakan

21