hbsc3203_mei_810718015039

42
FALKUTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2015 HBSC3203 KIMIA II NO. MATRIKULASI : 810718015039002 NO. KAD PENGNEALAN : 810718015039 NO. TELEFON : 011-27718567 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA

Upload: rahim

Post on 07-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Tugasan

TRANSCRIPT

Page 1: HBSC3203_MEI_810718015039

FALKUTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI / 2015

HBSC3203

KIMIA II

NO. MATRIKULASI : 810718015039002

NO. KAD PENGNEALAN : 810718015039

NO. TELEFON : 011-27718567

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA

CAWANGAN JOHOR BAHRU

Page 2: HBSC3203_MEI_810718015039

HBSC3203 KIMIA II

1.0 PENGENALAN

Rakyat Malaysia secara amnya menjana sebanyak 19, 100 tan sisa pepejal sehari pada

tahun 2005. Jumlah ini dijangka akan terus meningkat kepada 30, 000 tan sisa pepejal

sehari menjelang tahun 2020. Ini menggambarkan lebih banyak tapak pelupusan

samapah yang perlu disediakan untuk menampung jumlah sisa pepejal berkenaan.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, program 3R ( Reduce, Reuse, Recyle ) telah

dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan LKTP Sungai Mas, Kota Tinggi, Johor

Menerusi Kelab Alam Sekitar. Program ini juga mendapat kerjasama dari pada pihak

sekolah dan ibu bapa penjaga murid.

Dengan mengamalkan 3R (pengurang, guna semula dan kitar semula), kita dapat

mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia. Kehilangan sumber-

sumber pada akhirnya dipanggil “sumber-sumber terbatas”. Sebagai contoh, jumlah

minyak adalah terhad dimana daripadanya kita boleh buat plastik dan bijih aluminium

bagi membuat tin minuman. Dengan mengamalkan 3R kita dapat menjimat sumber-

sumber terbatas pada masa hadapan di samping dapat mengurangkan jumlah

pembaziran dengan tip-tip yang berikutnya.

Reduce – Pengurangan

1. Hanya beli apa yang diperlukan:

Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang

digunakan. Beli barangan buatan tempatan.

2. Beli produk yang boleh diguna semula:

Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula. 

3. Beli pencuci serbaguna: 

Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan. 

4. Beli barangan yang kurang bungkusan:

Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah

bungkusan kertas. 

1

Page 3: HBSC3203_MEI_810718015039

HBSC3203 KIMIA II 5. Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak 

digunakan: 

Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan. 

6. Beli produk tidak bertoksik:

Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun serangga

tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum

membuang bekasnya.

7. Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik:

Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama

lemon adalah pengilap perabut yang baik.

Reuse – Guna Semula

1. Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan

di rumah.

2. Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat baru di atas

alamat lama. Ia juga boleh digunakan sebagai kertas skrap.

3. Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.

4. Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan di

rumah. Kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertas conteng. Jangan lupa

kitar semula jika tidak boleh digunakan lagi.

5. Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.

6. Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Jangan membakar kayu-

kayu ini. Pembakaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang.

7. Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula.

Recycle – Kitar Semula

Kitar semula di rumah:

2

Page 4: HBSC3203_MEI_810718015039

HBSC3203 KIMIA II o Sentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar semula. Asingkan bahan-

bahan ini mengikut jenis. Gunakanlah tong-tong kitar semula yang

terdapat untuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula.

o Cuba mencari cara untuk kitar semula setiap bahan seperti kertas, plastik,

loam dan kaca. Bahan-bahan lain seperti perabot, barangan elektronik,

bahan pembinaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula.

o Beli produk-produk yang menggunakan barangan kitar semula.

Mengitar semula di laman anda:

o Mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok boleh memperbaiki

alam laman anda. Mengkompos, iaitu proses pereputan bahan-bahan boleh

reput, dapat digunakan semula sebagai baja di laman. Ia adalah cara

terbaik untuk mengurangkan sisa dapur.

o Mengitar semula rumput merupakan cara yang ringkas untuk

mengembalikan zat-zat kepada tanah apabila rumput yang dipotong ini

dibiarkan mereput.

Mengitar semula di sesebuah komuniti:

o Pusat kitar semula: memberi ruang dan kemudahan kepada sesuatu

komuniti untuk menghantar bahan-bahan bagi pengitaran semula.

o Sekolah dan perniagaan: boleh memainkan peranan yang penting.

Kedua-duanya boleh menjadi tempat rujukan dan memberikan kesedaran

tentang kitar semula.

o Projek-projek komuniti: jalankan aktiviti-aktiviti untuk memperbaiki dan

meningkatkan aktiviti- aktiviti mengitar semula.

2.0 KERTAS KERJA PROGRAM KEHIJAUAN SEKOLAH ( 3R )

( AMALAN LESTARI KITAR SEMULA )

3

Page 5: HBSC3203_MEI_810718015039

HBSC3203 KIMIA II

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP SUNGAI MASKOTA TINGGI, JOHOR.

KERTAS KERJA

PROGRAM KEHIJAUAN SEKOLAH ( 3R )

( Amalan Lestari Kitar Semula )

TARIKH :

10 MEI 2015 - 17 JUN 2015

TEMPAT :

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP SUNGAI MAS

1.0 PENGENALAN

4

Page 6: HBSC3203_MEI_810718015039

HBSC3203 KIMIA II Program Kehijauan Sekolah merupakan sebuah program yang amat penting dalam

kalangan pelajar pada masa sekarang. Program ini  bertujuan untuk mengurangkan

risiko bencana dengan cara membangkitkan rasa tanggungjawab, peduli dan percaya

akan kebolehan diri terhadap murid-murid sekolah. Di samping itu, dengan

mengambil bahagian dalam program sebegini akan membantu mengurangkan risiko

bencana di lingkungan sekolahnya. Selain itu, sesorang individu akan menanam

perasaan  tanggungjawab terhadap kelompok masyarakat yang mengelilingi mereka,

secara tidak langsung ini akan membantu menyelamatkan alam sekitar. 

Program sekolah hijau yang akan dijalankan ialah  3R iaitu pengurangan, guna

semula dan kitar semula ataupun lebih dikenali sebagai (Reduce, Reuse & Recycle).

Sekolah Kebangsaan LKTP Sungai Mas juga turut memberi perhatian terhadap

Konsep 3R (Reduce, Reuse and Recycle). Konsep ini amat penting bagi pemeliharaan

alam sekitar.Sekolah Kebangsaan LKTP Sungai Mas telahpun mengamalkan kriteria

ini dalam beberapa aspek.

2.0 RASIONAL

Rasional projek ini adalah untuk merangsang murid-murid sekolah rendah

menceriakan kawasan sekolah dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula

dan menanam pokok bunga. Ini juga dapat meningkatkan kesedaran murid untuk

menghayati dan menghargai alam semula jadi demi memelihara bumi kita.

3.0 MATLAMAT

Menjadikan warga SK LKTP Sungai Mas sedar dan bergiat aktif dalam program

amalan lestari dan lestari hidup.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Membuka minda murid-murid tentang kegunaan bahan-bahan kitar

semula.

4.2 Meningkatkan kesedaran warga sekolah untuk menjaga dan menghargai

alam sekitar.

5

Page 7: HBSC3203_MEI_810718015039

HBSC3203 KIMIA II 4.3 Mendedahkan warga sekolah pengetahuan mengenai kepentingan

pemeliharaan

dan pemuliharaan alam sekitar dan program-program mesra alam.

4.4 Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan

berkesan seperti program kitar semula.

4.5 Memupuk semangat kerjasama semua warga sekolah dalam menjaga

kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah.

4.6 Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga

sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.

4.7 Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan

memberi dan menyediakan peluang dan kesempatan kepada warga

sekolah untuk menjalankan aktiviti kitar semula.

5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

5.1 Tarikh : 10 Mei 2015 – 17 Jun 2015

5.2 Masa : 4 minggu

5.3 Tempat : Sekolah Kebangsaan LKTP Sungai Mas

6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua warga Sekolah Kebangsaan LKTP Sungai Mas

7.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN

Penasihat : Encik Abu Bakar Bin Ahmad

( Guru Besar SK LKTP Sungai Mas )

Pengerusi : Puan Hajah Siti Zauyah Binti Mohd Noor

( Penolong Kanan Pentadbiran )

Naib Pengerusi : Puan Farakhdiba Binti Dahlan

(Ketua Keceriaan Sekolah)

Setiausaha : Encik Rahim Bin Mohd Shareff

6

Page 8: HBSC3203_MEI_810718015039

HBSC3203 KIMIA II

Bendahari : Puan Ani Josfina Binti MD. Jalel

AJK : Puan Mazlin Binti Johari

Puan Nik Farrah Aznie Binti Nik Rosmie @ Azmi

Encik Nur Azfar Bin Nuruddin

Encik Jamal Bin Paidi

8.0 PIHAK PELAKSANA PROGRAM AMALAN LESTARI KITAR SEMULA

PIBG SK LKTP Sungai Mas, Panitia Kajian Tempatan, Panitia Reka Bentuk dan

Teknologi, PSS SKLKTPSM dan AJK Sekolah Lestari.

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN

1. Mengadakan taklimat ringkas berkaitan dengan kitar semula kepada semua

murid semasa gerak gempur pagi.

2. Memaparkan maklumat tentang pencemaran alam sekitar dan risalah-risalah

tentang kepentingan kitar semula di setiap kelas.

3. Menganjurkan pertandingan antara kelas yang berjaya mengumpul bahan-bahan

kitar semula terbanyak dan berkesan.

4. Menjalankan aktiviti pungutan dan pengumpulan bahan kitar semula pada

hari penamat program ini.

5. Menghubungi agensi-agensi berkaitan untuk mengumpul semua bahan kitar

semula yang berjaya di kumpul oleh murid-murid di setiap kelas.

6. Memanggil ibubapa penjaga murid untuk sama-sama menjayakan gotong royong

perdana.

7. Menganjurkan pertandingan reka cipta menggunakan bahan terbuang bagi murid

tahap 2.

8. Mengadakan Pameran Alam Sekitar untuk murid-murid SKLKTPSM.

7

Page 9: HBSC3203_MEI_810718015039

HBSC3203 KIMIA II 10.0 STATUS KEMAJUAN PELAKSANAAN PROJEK

ProjekTempoh /

Tarikh

Kos

( RM )Pelaksana

Status Kemajuan

Pelaksanaan Projek

Program

Kitar Semula

10 Mei 2015

21 Mei 2015

( 2 Minggu )

RM

100

AJK Sekolah

Lestari

8. Menyediakan tong sampah

kitar semula.

9. Memungut bahan buangan

seperti kertas, botol, tin dan

kaca.

10. Setiap kelas disediakan

tempat memasukkan bahan

yang boleh di kitar semula.

Kelas yang mengumpul

paling banyak bahan kitar

semula akan di berikan

hadiah.

11. Mengumpul bahan kitar

semula dari pejabat untuk

direkodkan terutamanya

kertas buangan fotostat.

Gotong-

royong

Perdana

23 Mei 2015RM

200

PIBG

SKLKTPSM

AJK Sekolah

Lestari

1. Membersihkan kawasan

sekolah seperti bilik guru

dan taman-tamansekolah.

2. Mengitar semula bahan-

bahan yang tidak berguna

seperti kertas-kertas bilik

guru.

Pertandingan 28 Mei 2015 RM Panatia Reka 1. Pertandingan hanya

8

Page 10: HBSC3203_MEI_810718015039

HBSC3203 KIMIA II

Reka Cipta

Menggunakan

Bahan

Terbuang

50Bentuk dan

Teknologi

melibatkan murid tahap 2

sahaja.

2. Hadiah akan diberikan

kepada pemenang

pertandingan tersebut.

3. Semua murid dikehendaki

mengambil bahagian. Hasil

yang terbaik akan

dipamerkan dalam Pameran

Alam Sekitar sebagai

menghargai hasil ciptaan

murid.

Pameran

Alam Sekitar

14 Jun 2015

-

17 Jun 2015

RM

100

Panatia Kajian

Tempatan

PSS

SKLKTPSM

1. Memperkenalkan buku-buku

yang berkaitan dengan alam

sekitar kepada pelajar.

2. Membolehkan pelajar-

pelajar mengetahui bahan-

bahan yang perlu di kurang

guna, di kitar semula dan di

guna semula.

3. Mengumpul segala hasil

kerja murid untuk

dipamerkan sebagai

menghargainya.

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

9

Page 11: HBSC3203_MEI_810718015039

HBSC3203 KIMIA II Program Kitar Semula : RM

200.00

Gotong- royong Perdana : RM 100.00

Pertandingan Reka Cipta Menggunakan Bahan Terbuang : RM 50.00

Pameran Alam Sekitar : RM 100.00

JUMLAH : RM 450.00

12.0 SUMBER KEWANGAN

Sumbangan daripada sekolah dan PIBG

13.0 PENUTUP

Pada akhir projek menceriakan taman bunga sekolah ini diharapkan bahawa dapat

mewujudkan kawasan sekolah yang ceria, selesa dan kondusif untuk pengajaran dan

pembelajaran di samping meningkatkan kesedaran warga sekolah terhadap kepentingan

memelihara alam sekitar serta bersama-sama menjaga sekeliling sekolah supaya sentiasa

bersih dan cantik.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………………………… ………………………………

( Encik Rahim Bin Mohd Shareff) (Encik Abu Bakar Bin Ahmad)

Setiausaha, Guru Besar,

Projek Kitar Semula SK LKTP Sungai Mas

SK LKTP Sungai Mas

10

Page 12: HBSC3203_MEI_810718015039

HBSC3203 KIMIA II

3.0 LAPORAN PROGRAM KEHIJAUAN SEKOLAH ( 3R )

3.1 NAMA PROJEK:

Amalan Lestari Kitar Semula

 

3.2 PENGENALAN PROJEK

Program Kehijauan Sekolah merupakan sebuah program yang amat penting dalam

kalangan pelajar pada masa sekarang. Program ini  bertujuan untuk mengurangkan

risiko bencana dengan cara membangkitkan rasa tanggungjawab, peduli dan percaya

akan kebolehan diri terhadap murid-murid sekolah. Di samping itu, dengan

mengambil bahagian dalam program sebegini akan membantu mengurangkan risiko

bencana di lingkungan sekolahnya. Selain itu, sesorang individu akan menanam

perasaan  tanggungjawab terhadap kelompok masyarakat yang mengelilingi mereka,

secara tidak langsung ini akan membantu menyelamatkan alam sekitar. 

Program sekolah hijau yang akan dijalankan ialah  3R iaitu pengurangan, guna

semula dan kitar semula ataupun lebih dikenali sebagai (Reduce, Reuse & Recycle).

11

Page 13: HBSC3203_MEI_810718015039

HBSC3203 KIMIA II Sekolah Kebangsaan LKTP Sungai Mas juga turut memberi perhatian terhadap

Konsep 3R (Reduce, Reuse and Recycle).Konsep ini amat penting bagi pemeliharaan

alam sekitar.Sekolah Kebangsaan LKTP Sungai Mas telahpun mengamalkan kriteria

ini dalam beberapa aspek.

Antara sisa yang boleh dikitar semula dan harga semasa adalah seperti:

Jenis Barangan RM/kg

Kertas A4

0.35Kertas Warna

Surat Khabar

Kadbod/Kotak

Plastik0.70

Aluminium3.60

Kotak Minuman/Tetra Pack1.20

Logam0.70

12

Page 14: HBSC3203_MEI_810718015039

HBSC3203 KIMIA II

2.2.1 Reduce / Mengurang

pengurangan kegunaan beg plastik di kantin sekolah (“everyday without plastic”).

pihak kantin tidak lagi menggunakan bekas polystyrene dan ianya digantikan

dengan bekas kotak bagi pelanggan yang ingin membungkus makanan.

kebanyakan orang makan dikantin dengan menggunakan pinggan yang disediakan

oleh pihak kantin.

pembelajaran secara elektronik (e-learning) turut membantu pihak sekolah

menjimatkan penggunaan kertas (menuju ke arah mencapai konsep “paperless”).

2.2.2 Reuse / Guna Semula

mengumpul alat permainan terpakai dan membersihkannya sebelum

disumbangkan ke “Toys Story Project”.

kebanyakan salinan cetak juga menggunakan kertas kitar semula.

2.2.3 Recycle / Kitar Semula

sekolah menyediakan tong-tong untuk mengumpul miyak dan mengumpul

peralatan elektrik yang rosak.

mengumpul minyak terpakai dari kantin sekolah dan menghantarkannya ke

PEWOG bagi tujuan kitar semula.

menggunakan minyak terpakai dari kantin sekolah untuk membuat sabun.

penyediaaan tong kitar semula bagi mengumpul kertas, akhbar dan sebagainya

lalu menjual kepada pembeli bahan terpakai / kedai kitar semula.

3.3 RASIONAL

Rasional projek ini adalah untuk merangsang murid-murid sekolah rendah

menceriakan kawasan sekolah dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula dan

menanam pokok bunga. Ini juga dapat meningkatkan kesedaran murid untuk menghayati

dan menghargai alam semula jadi demi memelihara bumi kita.

13

Page 15: HBSC3203_MEI_810718015039

HBSC3203 KIMIA II

3.4 MATLAMAT PROJEK

Menjadikan warga SK LKTP Sungai Mas sedar dan bergiat aktif dalam program amalan

lestari dan lestari hidup.

 

3.5 OBJEKTIF PROJEK

I. Mendedahkan warga sekolah pengetahuan mengenai kepentingan pemeliharaan

dan pemuliharaan alam sekitar dan program-program mesra alam.

II. Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan

berkesan seperti program kitar semula.

III. Memupuk semangat kerjasama semua warga sekolah dalam menjaga

kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah.

IV. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga

sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.

V. Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan

memberi dan menyediakan peluang dan kesempatan kepada warga

sekolah untuk menjalankan aktiviti kitar semula.

3.6 PIHAK PELAKSANA PROGRAM AMALAN LESTARI KITAR SEMULA

PIBG SK LKTP Sungai Mas, Panitia Kajian Tempatan, Panitia Reka Bentuk dan

Teknologi, PSS SKLKTPSM dan AJK Sekolah Lestari.

 

3.7 STRATEGI PELAKSANAAN

9. Mengadakan taklimat ringkas berkaitan dengan kitar semula kepada semua

murid semasa gerak gempur pagi.

10. Memaparkan maklumat tentang pencemaran alam sekitar dan risalah-risalah

tentang kepentingan kitar semula di setiap kelas.

11. Menganjurkan pertandingan antara kelas yang berjaya mengumpul bahan-bahan

kitar semula terbanyak dan berkesan.

14

Page 16: HBSC3203_MEI_810718015039

HBSC3203 KIMIA II 12. Menjalankan aktiviti pungutan dan pengumpulan bahan kitar semula pada

hari penamat program ini.

13. Menghubungi agensi-agensi berkaitan untuk mengumpul semua bahan kitar

semula yang berjaya di kumpul oleh murid-murid di setiap kelas.

14. Memanggil ibubapa penjaga murid untuk sama-sama menjayakan gotong royong

perdana.

15. Menganjurkan pertandingan reka cipta menggunakan bahan terbuang bagi murid

tahap 2.

16. Mengadakan Pameran Alam Sekitar untuk murid-murid SKLKTPSM.

3.8 STATUS KEMAJUAN PELAKSANAAN PROJEK

ProjekTempoh /

TarikhKos

( RM )Pelaksana

Status Kemajuan Pelaksanaan Projek

Program Kitar Semula

Setiap Bulan ( Sepanjang Tahun )

-AJK Sekolah

Lestari

1. Menyediakan tong sampah kitar semula.

2. Memungut bahan buangan seperti kertas, botol, tin dan kaca.

3. Setiap kelas disediakan tempat memasukkan bahan yang boleh di kitar semula. Kelas yang mengumpul paling banyak bahan kitar semula akan di berikan hadiah.

4. Mengumpul bahan kitar semula dari pejabat untuk direkodkan terutamanya kertas buangan fotostat.

Gotong- royong

Perdana

23 Mei 2015 - PIBG SKLKTPSMAJK Sekolah Lestari

3. Membersihkan kawasan sekolah seperti bilik guru dan taman-tamansekolah.

4. Mengitar semula bahan-bahan yang tidak berguna seperti kertas-kertas bilik guru.

15

Page 17: HBSC3203_MEI_810718015039

HBSC3203 KIMIA II

Pertandingan Reka Cipta

Menggunakan Bahan

Terbuang

28 Mei 2015 -Panatia Reka Bentuk dan Teknologi

1. Pertandingan hanya melibatkan murid tahap 2 sahaja.

2. Hadiah akan diberikan kepada pemenang pertandingan tersebut.

3. Semua murid dikehendaki mengambil bahagian. Hasil yang terbaik akan dipamerkan dalam Pameran Alam Sekitar sebagai menghargai hasil ciptaan murid.

Pameran Alam Sekitar

14 Jun 2015-

17 Jun 2015-

Panatia Kajian TempatanPSS SKLKTPSM

4. Memperkenalkan buku-buku yang berkaitan dengan alam sekitar kepada pelajar.

5. Membolehkan pelajar-pelajar mengetahui bahan-bahan yang perlu di kurang guna, di kitar semula dan di guna semula.

6. Mengumpul segala hasil kerja murid untuk dipamerkan sebagai menghargainya.

3.9 PENCAPAIAN

Objektif tercapai dan semua warga sekolah mengambil bahagian secara aktif dalam setiap

program yang dijalankan. Segala program yang dijalankan mendapat kerjasama yang

menyeluruh dari warga sekolah, PIBG dan AJK Sekolah Lestari.

 

3.10 MASALAH DAN KEKANGAN YANG DI HADAPI

Kekangan dari segi masa untuk menjalankan program selain dari waktu sekolah dan

aktiviti yang dijalankan hanya terbatas pada aras murid sekolah rendah.

 

3.11 PERANCANGAN SETERUSNYA

16

Page 18: HBSC3203_MEI_810718015039

HBSC3203 KIMIA II Meneruskan program ini dengan memantau keberkesanannya dari masa ke semasa dan

menggalakkan murid sepanjang masa dalam mengumpulkan bahan kitar semula dengan

cara memaklumkan setiap minggu semasa perhimpunan pagi. Menambahkan lagi aktiviti

dan program yang berkaitan kesedaran kitar semula dan ia akan dijadikan aktiviti wajib

setiap tahun.

17

Page 19: HBSC3203_MEI_810718015039

HBSC3203 KIMIA II

4.0 KESIMPULAN

Sedarkah kita dalam sehari berapa banyak sampah yang telah kita buang?  Sebenarnya dalam sehari kita telah  menghasilkan lebih daripada 18,000 tan sampah dan ini  mampu memenuhi KLCC dalam tempoh 8 hari sahaja.

Kos untuk melupuskan sampah ini pula mencecah berjuta-juta ringgit. Setiap tahun jumlah sampah yang dibuang akan terus meningkat dan kawasan pelupusan sampah pula semakin penuh. Di sinilah pentingnya kesedaran masyarakat untuk melakukan kitar semula sebelum bumi ini musnah.

Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar

semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan

keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk

yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada

sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar,

kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan

dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada

produk atau bahan baru. Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi

mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula

adalah penting bagi kita dan alam semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana

jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari

semasa ke semasa. Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :

Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai

membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa .

Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang

menghasilkan sisa .

Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana

kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak

biodegradasi).

18

Page 20: HBSC3203_MEI_810718015039

HBSC3203 KIMIA II Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan

buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari

kertas minyak.

Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negatif yang

amat besar kepada alam sekitar semula jadi.

Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang

dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula

dapat membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.

Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan

hutan. Kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah, oleh

itu sumber asli seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan.

Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah.

Kitar semula hanya memerlukan sedikit tenaga dimana secara tidak langsung

dapat membantu dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula

jadi.

Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia yang hidup di

dalamnya.

Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan

kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak

pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air.

Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan

mentah lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar

semula.

Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula

mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding

pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk

generasi yang akan datang.

19

Page 21: HBSC3203_MEI_810718015039

HBSC3203 KIMIA II Tabiat lama memang sukar dikikis, tetapi boleh diubah secara beransur-ansur. Yang penting jangan beria-ia sangat dan jangan guna paksaan. Amalkan konsep kitar semula selangkah demi selangkah. Tunjukkan kesungguhan anda melalui teladan dan amalkannya sehingga ia menjadi sebahagian hidup anda.

Kesimpulannya, Kita harus mempraktikkan amalan 3R iaitu kurangkan penggunaan (reduce), guna semula (reuse) dan kitar semula (recycle). Sudah tiba masanya kita menangani masalah ini sebelum terlewat. Fikir dulu sebelum buang, Jadikan amalan mengitar semula sebagai sebahagian hidup kita.

20

Page 22: HBSC3203_MEI_810718015039

HBSC3203 KIMIA II

BIBLIOGRAFI

BUKU:-

Dr Norhayati Muhammad, (2014), Open University Malaysia, HBSC3203 Chemistry II ,

Serdang Selangor, Meteor Doc. SDN. BHD

Ooi Yong Seang (GC), Darric Lim, (2014), Spotlight Galaksi, Kimia SPM, Selangor

Darul Ehsan, Pan Asia Publications SDN. BHD

INTERNET:-

http://ww2.sabah.gov.my/jpas/bm_index.htm

http://qalish.com/2010/10/kitar-semula.html

https://smkpenghulusaad.wordpress.com/2009/07/03/kitar-semula-recycle/

21

Page 23: HBSC3203_MEI_810718015039

HBSC3203 KIMIA II

22

Page 24: HBSC3203_MEI_810718015039

HBSC3203 KIMIA II

________________________________________________________________________ Rujukan Kami: JBA3040/100-

9/4/4/4(2) Tarikh : 13 Januari 2015

Ibu/Bapa dan Penjaga Murid,SK LKTP Sungai Mas,81900 Kota Tinggi,JOHOR.

Tuan/Puan,

PROGRAM KITAR SEMULA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman ibu/bapa/penjaga murid pihak sekolah akan menjalankan Program Kitar Semula sepanjang tahun 2015.

3. Sehubungan ini, pihak sekolah memohon agar ibu/bapa/penjaga murid dapat memberi kerjasama kepada pihak sekolah dalam menjayakan program ini.

4. Kerjasama dan perhatian ibu/bapa amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

............................................ ( ABU BAKAR BIN AHMAD) Guru Besar,

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP SUNGAI MAS,Peti Surat 6, Bandar Penawar,81900 Kota Tinggi,Johor.Tel : 07-8236022 Tel & Faks : 07 8236022 Email : JBA [email protected]

23

Page 25: HBSC3203_MEI_810718015039

HBSC3203 KIMIA II SK LKTP Sungai Mas

________________________________________________________________________ Rujukan Kami : JBA3040/100-

9/4/4/4(2) Tarikh : 27 Mei 2015

Ibu/Bapa dan Penjaga Murid,SK LKTP Sungai Mas,81900 Kota Tinggi,JOHOR.

Tuan/Puan,

GOTONG-ROYONG PERDANA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan ini, pihak sekolah memohon jasa baik ibu/bapa/penjaga murid menghadirkan diri bagi menjayakan Gotong-Royong Perdana seperti Ketetapan Berikut:-

Tarikh:- 30 Mei 2015Hari:- Sabtu

Masa:- 8:00am – 12:00am

3. Kerjasama dan perhatian ibu/bapa amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

............................................ ( ABU BAKAR BIN AHMAD)

SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP SUNGAI MAS,Peti Surat 6, Bandar Penawar,81900 Kota Tinggi,Johor.Tel : 07-8236022 Tel & Faks : 07 8236022 Email : JBA [email protected]

24

Page 26: HBSC3203_MEI_810718015039

HBSC3203 KIMIA II Guru Besar, SK LKTP Sungai Mas

PROGRAM KITAR SEMULA

25

Page 27: HBSC3203_MEI_810718015039

HBSC3203 KIMIA II

GOTONG-ROYONG PERDANA

26

Page 28: HBSC3203_MEI_810718015039

HBSC3203 KIMIA II

PERTANDINGAN REKA CIPTA MENGGUNAKAN BAHAN TERBUANG

27

Page 29: HBSC3203_MEI_810718015039

HBSC3203 KIMIA II

PAMERAN ALAM SEKITAR

28

Page 30: HBSC3203_MEI_810718015039

HBSC3203 KIMIA II

29