hbps3203topik6

Upload: msanusi

Post on 04-Jun-2018

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 HBPS3203Topik6

    1/17

    102 TOPIK 6 BERCERITA

    PENGENALAN

    Topik

    6 Bercerita

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Mengetahui kepentingan bercerita kepada kanak-kanak;

    2. Menyenaraikan jenis-jenis cerita kanak-kanak dan mengetahuibentuknya;

    3. Menyediakan persekitaran bercerita kepada kanak-kanak prasekolah;

    4. Membantu untuk memilih cerita yang sesuai untuk kanak-kanak;

    5. Memastikan cara-cara penyampaian cerita yang bersesuaian kepadakanak-kanak prasekolah;

    6. Membantu untuk menyediakan dan memilih bahan dan alat

    keperluan bercerita yang sesuai dengan peringkat perkembangankanak-kanak; dan

    7. Mengaitkan aktiviti bercerita dengan kurikulum prasekolahkebangsaan.

    Dalam pendidikan prasekolah, guru menggunakan pelbagai pendekatan,kaedah, teknik dan aktiviti yang sesuai dengan bakat serta minat dari sikapaktif kanak-kanak, supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna, berkesan danmenyeronokkan.

    Dalam proses mengendalikan aktiviti harian, guru boleh menggunakan pelbagaipendekatan seperti pendekatan bersepadu, pendekatan bermain sambil belajardan pendekatan bertema. Berdasarkan kepada pendekatan tersebut berbagai-bagai kaedah boleh digunakan oleh guru prasekolah. Antaranya ialah bercerita.

  • 8/14/2019 HBPS3203Topik6

    2/17

    TOPIK 6 BERCERITA 103

    Bercerita merupakan pendidikan informal dan ia amat rapat dengan duniakanak-kanak. Biasanya mereka didedahkan kepada pelbagai cerita melaluikeluarga, rakan sebaya atau media massa. Kebanyakan cerita mengandungi

    pengajaran pembelajaran yang sesuai dengan budaya serta nilai masyarakat.

    6.1 CERITA PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

    Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni yang tertua dan merupakan sumberhiburan kepada masyarakat sejak dahulu lagi. Tradisi bercerita ini sebenarnyatelah berkembang dari satu generasi kepada satu generasi melalui tradisi lisan.Cerita juga dijadikan alat atau media untuk menyampaikan pendidikan moraldan nilai-nilai kepada masyarakat. Bercerita bukan sahaja dianggap sebagai alatpenyampai nilai moral, malahan ia digunakan sebagai asas prabaca dan pratulis

    yang menjurus kepada perkembangan menyeluruh kanak-kanak (Rajah 6.1).

    6.1.1 Tujuan Bercerita

    Adalah diharapkan dengan adanya aktiviti bercerita ini akan dapat memenuhibeberapa tujuan antaranya:

    (a) Dengan adanya aktiviti bercerita akan dapat memperkembangkankemahiran berbahasa dan berkomunikasi.

    (b) Kanak-kanak akan diterapkan dengan nilai-nilai murni terutama kepada

    rakan, ibu bapa, guru dan masyarakat di persekitarannya.

    (c) Bercerita dapat membantu diri kanak-kanak supaya menjadi lebih kreatifdan inovatif apabila menghadapi sebarang masalah atau rintangan.

    (d) Dapat mempertingkatkan kemahiran berimaginasi dan akan memahami danmenangani emosi negatif kepada positif.

    (e) Kanak-kanak akan menjadi lebih yakin kepada diri sendiri.

    (f) Kanak-kanak akan boleh menghargai satu-satu perkara menerusi ungkapanmudah seperti terima kasih.

    (g) Perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah.

  • 8/14/2019 HBPS3203Topik6

    3/17

    104 TOPIK 6 BERCERITA

    6.1.2 Kebaikan Bercerita

    Bercerita merupakan salah satu aktiviti yang berkesan kepada kanak-kanakkerana sudah menjadi lumrah kepada setiap kanak-kanak gemar mendengarcerita. Walau bagaimana pun tempoh masa bercerita perlulah bersesuaian denganumur kanak-kanak itu sendiri. Terdapat banyak kebaikan daripada keburukankenapa teknik bercerita menjadi sangat penting dalam pendidikan prasekolah.Antara kebaikan bercerita ialah:

    (a) Kemahiran MendengarKanak-kanak dilatih untuk mendengar perkataan dan bunyi suara atauperalatan. Dengan cara ini kanak-kanak itu dengan secara tidak langsungberkebolehan untuk membezakan segala perkataan dan bunyi yangdidengar secara verbal dan non-verbal. Penceritaan kepada kanak-kanakkebiasaannya menggunakan perkataan mudah dan bahasa yang digunakanadalah bahasa yang berulang-ulang. Ini bertujuan untuk memperkukuhkandaya ingatan dan memastikan perkara yang didengarinya dapat didengaridan difahami dengan jelas.

    (b) Kemahiran LisanMendengar cerita secara tidak langsung akan dapat mempertingkatkankemahiran lisan kanak-kanak. Kanak-kanak pada kebiasaannya akanmeniru sebutan yang didengar dan beraksi apa yang telah dilihat ataumeniru aksi apa yang guru telah lakukan.

    Rajah 6.1: Kanak-kanak tekun mendengar guru bercerita

  • 8/14/2019 HBPS3203Topik6

    4/17

    TOPIK 6 BERCERITA 105

    (c) Kemahiran BerbahasaMendengar cerita boleh mempertingkatkan perbendaharaan kata dan kosakata kanak-kanak. Bahasa yang indah dapat dipelajari oleh kanak-kanak.

    Dalam jangka masa yang panjang kanak-kanak akan dapat memanfaatkanbahasa yang didengar untuk digunakan dalam komunikasi seharian merekasehinggalah mereka menjadi seorang dewasa.

    (d) Kemahiran BerimaginasiMendengar cerita juga boleh untuk meningkatkan kemahiran imaginasikanak-kanak. Kanak-kanak dengan secara tidak langsung dapatmenggambarkan latar cerita, rupa watak dan situasi mengikut kefahamandan imaginasi mereka sendiri. Ini adalah bertujuan untuk mempelbagaikaninterpretasi daripada imaginasi kepada alam realiti.

    (e) Kefahaman BudayaBercerita juga merupakan salah satu cara untuk memahami budaya sesuatumasyarakat atau gaya hidup sesuatu kaum. Dengan secara tidak langsungini dapat mendidik dan menanam sikap menghormati dan menghargaiamalan budaya pelbagai kaum terutama kepada masyarakat Malaysia yangpelbagai kaum.

    (f) Kefahaman EmosiWatak dalam satu-satu cerita boleh menimbulkan reaksi, perasaan danemosi suka, sedih, simpati, hairan, terkejut, bertimbang rasa dan sebagainya.

    Perasaan yang digambarkan menerusi watak akan dapat dikongsi bersamakanak-kanak. Tujuannya adalah untuk menguruskan dan menangani emosinegatif kepada positif.

    (g) Menilai KeindahanTerdapat pelbagai unsur keindahan yang boleh didapati dalam cerita yangmereka dengar atau lihat menerusi buku-buku yang bergambar. Tujuannyaadalah untuk membolehkan kanak-kanak menghayati keindahan alam danreka cipta yang terdapat di persekitaran.

    AKTIVITI 6.1

    (a) Nyatakan peranan guru semasa bercerita.

    (b) Apakah faktor-faktor penting yang perlu diambil kira dalam

    aktiviti bercerita?

  • 8/14/2019 HBPS3203Topik6

    5/17

    106 TOPIK 6 BERCERITA

    6.1.3 Persekitaran

    Keberkesanan bercerita bergantung kepada persekitaran yang sesuai dengan

    cerita. Persekitaran yang menarik dan selesa dapat membantu penghayatankanak-kanak terhadap sesebuah cerita. Persekitaran bercerita tidak terhad beradadalam bilik darjah sahaja tetapi meliputi kawasan-kawasan luar bilik seperti dibawah pokok, di taman permainan, atau ruang-ruang lain di persekitaran yangdikirkan sesuai dengan kanak-kanak. Guru juga boleh menggunakan dayakreatifnya menyusun dan mengubahsuaikan ruang dan susunan kerusi meja.

    Berikut dicadangkan beberapa cara menyusun dan mengubahsuaikan ruangbercerita di dalam kelas prasekolah.

    (a) Sudut bercerita di satu bahagian dalam bilik dan boleh dijadikan sebagaisudut yang tetap atau diubah-ubahkan kedudukannya mengikut kesesuaianatau kehendak guru dan kanak-kanak dari semasa ke semasa supayatidak menjemukan kanak-kanak. Guru boleh membina pentas boneka danmenggantungkan mobail perhiasan seperti pokok bunga dan diletakkan disudut yang bersesuaian (Rajah 6.2).

    Rajah 6.2: Kanak-kanak sedang mendengar cerita

    Sumber:http://www.chiangmaimail.com/009/pictures/k3_2_2009/jpg

    (b) Kedudukan pencerita dengan kanak-kanak boleh disusun dalam bentukseparuh bulatan secara berhadapan. Kedudukan ini boleh mengurangkanjarak antara kanak-kanak dengan pencerita dan secara langsung dapatmengawal kelas (Rajah 6.3).

  • 8/14/2019 HBPS3203Topik6

    6/17

    TOPIK 6 BERCERITA 107

    (c) Untuk mengadakan aktiviti di luar bilik prasekolah, guru perlu merancanglebih awal, khususnya dalam memilih tempat atau persekitaran yang palingsesuai dengan teknik dan peralatan yang digunakan. Sekiranya guru inginbercerita dengan menggunakan teknik teater bercerita dan kemungkinantajuknya Burung, guru boleh membawa kanak-kanak keluar ke kawasantaman atau persekitaran yang ada burung-burung berterbangan. Kanak-kanak akan dapat bergerak dengan bebas jika persekitaran dan ruang yangdisediakan itu luas dan selesa. Walau bagaimana pun guru perlu mengawaldisiplin dan ruang pembelajaran supaya tidak menimbulkan masalah. Jikaguru bercerita mengenai kemalangan jalan raya atau kemungkinan kesah

    lawatan dan sebagainya, ruang yang lebih luas boleh dipilih. Guru perlumenyediakan tanda laluan seperti tanda arah atau simbol-simbol mudahdi ruang dewan atau padang. Persekitaran sebegini amat sesuai bagi teknikbercerita yang melibatkan main peranan atau simulasi.

    (d) Selain dari aspek tempat dan ruang guru juga perlu memikirkan soal masadan situasi. Jika aktiviti bercerita dilakukan pada waktu tengah hari, adalahkurang sesuai kanak-kanak dibawa keluar ke persekitaran yang tiadaberbumbung atau terus di bawah panahan cahaya matahari. Untuk itukeselesaan dan keselamatan kanak-kanak perlu diberi keutamaan.

    Rajah 6.3: Kedudukan pencerita dan kanak-kanak dalam separuh bulatan

  • 8/14/2019 HBPS3203Topik6

    7/17

    108 TOPIK 6 BERCERITA

    6.2 PEMILIHAN CERITA

    Pemilihan cerita memainkan peranan penting dalam aktiviti bercerita. Untukitu cerita yang dipilih hendaklah merupakan cerita yang menarik minat kanak-kanak dan boleh memberi kesan yang positif kepadanya. Beberapa kriteria perludiberi perhatian dalam memilih cerita yang hendak diberikan kepada kanak-kanak. Antaranya:

    (a) Cerita yang dipilih perlulah mempunyai mesej, pengajaran dan nilai-nilaimurni.

    (b) Tema yang dikemukakan hendaklah mudah, menarik dan sesuai denganperingkat perkembangan serta minat kanak-kanak.

    (c) Sebaiknya cerita hanya mengandungi satu plot yang mudah, susunannyahendaklah mengikut urutan dan penyelesaiannya menggembirakan.

    (d) Bahasa yang digunakan dalam cerita haruslah mudah difahami banyakpengulangan perkataan dan ayat-ayatnya pendek.

    (e) Dapat menambahkan kosa kata bahasa.

    (f) Melibatkan watak yang boleh dikaitkan dengan kanak-kanak.

    (g) Perlu menonjolkan watak yang boleh dicontohi.

    (h) Sebaik-baiknya cerita yang dipilih dapat merangsangkan minda kanak-kanak untuk mencetuskan idea kreatif.

    (i) Mudah dihafal dan dapat disampaikan dalam jangka masa yang pendek.(j) Dapat melibatkan kanak-kanak secara tidak langsung.

    (k) Bersifat universal.

    6.2.1 Umur

    Bentuk cerita kanak-kanak atau cara persembahan mempunyai gaya yangtersendiri. Untuk itu bentuk atau ciri tersebut merupakan kriteria pemilihancerita yang perlu disesuaikan mengikut tahap umur.

    Cerita kanak-kanak yang berada di peringkat prasekolah adalah seperti berikut:

    (a) Cerita yang dipakai hendaklah merupakan cerita yang sederhanapanjangnya.

    (b) Cerita yang mengandungi lebih daripada tiga watak dan mudah difahamioleh kanak-kanak.

    (c) Cerita rakyat dan pari-pari banyak menjadi kegemaran kanak-kanak padaperingkat umur prasekolah.

    (d) Cerita yang berakhir dengan kegembiraan.

  • 8/14/2019 HBPS3203Topik6

    8/17

    TOPIK 6 BERCERITA 109

    Pengarang buku untuk peringkat prasekolah biasanya tidak menyatakan konsepsecara terus. Konsepnya kadangkala berbentuk abstrak. Walau bagaimanapun,konsepnya boleh difahami dengan membaca atau mendengar ceritanya. Ilustrasi

    atau gambar adalah lebih baik digunakan oleh kanak-kanak supaya merekamudah memahami konsep cerita yang disampaikan. Misalnya, dalam cerita SangKancil dengan Buaya, konsep penyelesaian masalah untuk menyeberang sungaidiperkenalkan. Antara tema yang sesuai untuk kanak-kanak di prasekolah ialah:

    (a) Sebab akibat

    (b) Keluarga

    (c) Haiwan

    (d) Objek

    (e) Kenderaan(f) Tumbuh-tumbuhan

    (g) Fantasi atau khayalan

    6.2.2 Jenis Cerita

    Terdapat banyak bentuk dan jenis yang boleh digunakan dalam menyampaikancerita kepada kanak-kanak. Di antaranya adalah seperti berikut:

    (a) Cerita Lagenda Cerita mengenai tokoh terkenal yang memiliki sifat istimewa yangtersendiri. Contohnya, cerita tentang kepahlawanan Hang Tuah, ceritakesetiaan dan kesucian Mahsuri dan cerita tentang kecantikan PuteriSaadong.

    (b) Cerita Binatang Cerita yang watak utamanya binatang dan mengisahkan tentang kehidupan

    binatang, tetapi membawa mesej yang boleh disosialisasikan denganmanusia seperti kepintaran Sang Kancil.

    (c) Panglipur Lara

    Cerita-cerita pengembaraan anak raja yang berakhir dengan kemenangandan kegembiraan. Contohnya, Hikayat Malim Dewa, Hikayat MalimDemam dan Hikayat Raja Donan.

    (d) Cerita Jenaka Cerita yang mengandungi pengajaran dan sindiran sendiri seperti Abu

    Nawas, Si Luncai dan Pak Kadok.

    (e) Cerita Pahlawan Cerita yang mengisahkan ketokohan pahlawan seperti Mat Kilau, Hang

    Tuah dan Mat Salleh.

  • 8/14/2019 HBPS3203Topik6

    9/17

    110 TOPIK 6 BERCERITA

    (f) Cerita Fantasi Cerita rekaan yang mengandungi unsur-unsur imaginasi seperti cerita-cerita

    ksyen.

    (g) Cerita Berbingkai Cerita yang mempunyai anak-anak cerita di dalamnya (cerita dalam cerita). Contoh: Hikayat Seribu Satu Malam, Hikayat Bayan Budiman.

    (h) Cerita Asal Usul Cerita yang mengisahkan asal usul kejadian atau nama tempat.

    (i) Cerita Sejarah Cerita yang berdasarkan fakta sejarah dan diambil daripada sejarah.

    Contoh: Singapura Dilanggar Todak dan Pembukaan Negeri Melaka.

    (j) Cerita Berbentuk Agama

    Cerita-cerita yang bercorak keagamaan seperti Sirah Nabi, Para Sahabat danPahlawan-pahlawan Islam.

    (k) Cerita Pengalaman Diri Mengenai pengalaman diri yang dialami sendiri oleh kanak-kanak. Contoh: Mimpi, lawatan dan aktiviti harian.

    (l) Cerita Adaptasi Cerita yang diubahsuai dari cerita luar negara. Contoh: Puteri Kapas, Tiga Ekor Kambing, Awang dengan Pokok Kacang.

    6.2.3 Bahasa

    (a) Bahasa yang digunakan merupakan bahasa yang mudah difahami olehkanak-kanak dan perkataan-perkataan yang sukar perlu dielakkan. Jikaperlu memperkenalkan kosa kata baru, seelok-eloknya diperkenalkansecara berperingkat daripada yang konkrit kepada yang abstrak. Perkataan-perkataan juga perlu diulang beberapa kali semasa bercerita.

    (b) Suara pencerita perlulah jelas dan ada variasi mengikut watak dan situasidalam cerita. Sebaik-baiknya suara perlu mengikut intonasi dan dilontarkansupaya dapat didengari oleh kanak-kanak.

    (c) Ayat yang digunakan hendaklah pendek dan tidak panjang. Gunakanlahayat yang mudah difahami.

    (d) Sebutan perlu jelas, tepat, lancar dan mengikut kelajuan yang sesuai. Kanak-kanak tidak dapat memahami urutan cerita jika cerita yang disampaikanterlalu cepat atau laju.

    (e) Nada dan intonasi seelok-eloknya ada tinggi rendahnya, bersesuaiandengan emosi watak seperti sedih, marah dan gembira. Nada intonasi suarayang mendatar akan membosankan kanak-kanak.

  • 8/14/2019 HBPS3203Topik6

    10/17

    TOPIK 6 BERCERITA 111

    6.3 PENYAMPAIAN CERITA

    Apabila menyampaikan cerita, guru perlulah terlebih dahulu menguasaikemahiran bukan lisan (bukan verbal) ini adalah disebabkan dengan menguasaikemahiran ini akan membolehkan kanak-kanak berasa seronok untuk mengikuti

    pengajaran dan pembelajaran yang akan disampaikan. Antara kemahiran lisanyang perlu dikuasai oleh guru ialah:

    (a) Mimik atau ekspresi muka perlulah sesuai dengan emosi yang digambarkandalam cerita seperti terkejut, marah dan mengantuk.

    (b) Gerak mata dan hubungan mata antara pencerita dengan pendengar jugaperlu diwujudkan bagi menarik perhatian atau mengekalkan tumpuankanak-kanak serta mengawal kelas.

    (c) Kemahiran pencerita menggerakkan anggota badan tertentu dapatmenjelaskan isi cerita. Walau bagaimanapun, tidak digalakkan keterlaluan

    sehingga menjejaskan cerita.

    (d) Pencerita perlu peka terhadap sebarang reaksi yang ditunjukkan oleh kanak-kanak. Sebarang halangan atau gangguan terhadap tumpuan kanak-kanakhendaklah diatasi agar tidak berlarutan.

    6.3.1 Teknik Penyampaian

    Teknik adalah cara yang digunakan oleh guru/ pencerita dalam menyampaikanceritanya. Teknik yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan:

    (a) Kebolehan kanak-kanak.(b) Masa.

    (c) Ruang.

    (d) Suasana.

    (e) Persekitaran.

    (f) Peralatan cerita.

    (g) Bentuk dan jenis cerita.

    (h) Kemampuan pencerita.

    AKTIVITI 6.2

    Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya guru dapat menarik

    minat kanak-kanak supaya kanak-kanak tertarik dan minat mendengar

    cerita yang disampaikan?

  • 8/14/2019 HBPS3203Topik6

    11/17

    112 TOPIK 6 BERCERITA

    Kepelbagaian teknik yang digunakan dapat menarik minat dan merangsangkankanak-kanak untuk mendengar cerita dengan lebih berkesan. Teknik yangberkesan dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangan bahasa emosi,

    komunikasi, zikal dan pengetahuan. Rajah 6.4 berikut menunjukkan teknikbercerita yang boleh digunakan semasa sesi bercerita. Antaranya ialah:

    Rajah6.4 :Teknik bercerita

    (a) Bercerita Tanpa Alat

    (i) Bercerita tanpa alat merupakan satu teknik bercerita yang konvensional

    dan sering digunakan sejak dahulu. Teknik ini masih popular digunakanoleh pencerita. Pencerita tidak menggunakan sebarang alat. Kekuatancerita bergantung kepada kemahiran pencerita menyampaikan ceritadengan suara, mimik muka, ekspresi dan pergerakan badan.

    (ii) Selain itu kemahiran bukan verbal juga perlu digayakan seperti gerakmata dan jeda. Gerak mata penting kerana ianya boleh menggambarkanemosi atau situasi cerita (seperti mata dibuka luas ketika menunjukkanmarah atau terkejut) tetapi juga untuk mengwujudkan hubungan danmenarik perhatian serta tumpuan kanak-kanak.

    (b) Cerita Berpandu

    (i) Cerita berpandu merupakan teknik penceritaan dengan penceritamemberikan hanya sebahagian cerita sama ada pada awal atau padaakhir cerita. Kanak-kanak dirangsangkan melalui soal-jawab atau bahanbergambar untuk melengkapkan cerita yang diperdengarkan. Kanak-kanak juga digalakkan meramal bahagian awal cerita atau penyelesaiancerita. Teknik ini akan membantu kanak-kanak untuk meningkatkankemahiran mendengar, menajamkan kiran, berkiran positif dankreatif, mencerna imaginasi dan menanam sikap minat membaca.

  • 8/14/2019 HBPS3203Topik6

    12/17

    TOPIK 6 BERCERITA 113

    (ii) Sebelum teknik ini digunakan, kanak-kanak hendaklah terlebih dahuludidedahkan dengan teknik bercerita tanpa alat.

    (iii) Di dalam menyelesaikan akhir cerita, pencerita biasanya memberikansebahagian besar awal cerita dan kemudian dengan menggunakan bahanrangsangan meminta kanak-kanak menyelesaikan cerita berkenaan.

    (iv) Manakala, dalam melengkapkan awal cerita, pencerita memberikanakhir sebuah cerita dan meminta kanak-kanak mencipta permulaancerita dengan menggunakan daya imaginasi mereka.

    (c) Bercerita Berdasarkan Gambar Bersiri

    (i) Cerita berdasarkan gambar bersiri merupakan cerita yang disampaikan

    dengan menggunakan siri gambar yang berurutan. Biasanya gambartersebut menggambarkan senario cerita yang berkesinambungan.Setiap keping gambar yang dipaparkan oleh pencerita menonjolkansituasi penting dalam cerita. Bilangan gambar yang digunakanhendaklah bersesuaian dengan jalan cerita, biasanya antara tiga hinggaenam keping gambar.

    (ii) Gambar bersiri ini boleh menarik perhatian kanak-kanak keranakanak-kanak suka melihat gambar. Ia boleh mempertingkatkan dayapengamatan, kemahiran mendengar, minat membaca dan dapat

    melibatkan kanak-kanak aktiviti bercerita.

    (iii) Ketika menyampaikan cerita, pencerita tidak perlu memandangatau membelek bahagian depan kad untuk melihat gambar. Setiapbahagian belakang kad bersiri hendaklah ditulis nombor siri mengikutjalan cerita yang akan disampaikan. Di bahagian belakang setiap kadtersebut tercatat isi cerita yang menerangkan senario gambar yangdipamerkan sebelumnya.

    (iv) Pencerita akan duduk di kerusi dan menghadap kanak-kanak yangduduk di lantai. Sebaiknya set gambar bersiri dipamerkan tidak

    melebihi paras dada dan dipegang pada jarak lebih kurang setengahmeter dari depan pencerita. Supaya tidak meletihkan pencerita, gambartersebut boleh didirikan di atas lutut.

    (d) Bercerita Menggunakan Buku

    (i) Bercerita menggunakan buku merupakan budaya bercerita sebelumtidur yang telah diamalkan oleh ibu bapa di Barat. Cara ini sesuaidigunakan dalam aktiviti bercerita kepada kanak-kanak prasekolah.Teknik ini mudah diaplikasikan oleh pencerita kerana bahan atau

    teksnya telah sedia ada. Biasanya teks atau buku-buku cerita yang telah

  • 8/14/2019 HBPS3203Topik6

    13/17

  • 8/14/2019 HBPS3203Topik6

    14/17

    TOPIK 6 BERCERITA 115

    yang sebenar di sebalik bayangan-bayangan yang diberikan atauberusaha mencari penyelesaian kepada masalah yang dikemukakan.

    (ii) Teka-teki boleh disesuaikan dalam teknik bercerita untuk menguji danmenajamkan pemikiran kanak-kanak. Ia juga boleh meningkatkanpengamatan kanak-kanak dan menggalakkan kreativiti di sampingmendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka.

    (iii) Pencerita bebas menggunakan cara tersendiri dalam melaksanakanteknik ini. Pencerita boleh berdiri atau duduk bersama kanak-kanakdan menyampaikan cerita teka-teki di samping bersoal jawab tentangjawapan atau penyelesaian masalah.

    (iv) Pencerita boleh menggunakan teknik bercerita tanpa alat atau

    menyampaikan cerita secara berpuisi.

    (g) Teater Bercerita

    (i) Teater bercerita merupakan aktiviti yang dilakonkan secara spontan.Ia menggabungkan tenaga seseorang pencerita dan beberapa orangpelakon yang beraksi mengikut watak dalam cerita.

    (ii) Di samping beraksi, pelakon boleh membina dialog sendiri yang sesuaiuntuk menjadikan cerita lebih berkesan dengan berdasarkan bimbingandan pemerhatian guru.

    (iii) Setelah cerita selesai, guru membimbing kanak-kanak beratur dihadapan penonton dan memberi hormat untuk menandakan lakonantelah tamat.

    6.3.2 Guru Bercerita

    Guru-guru boleh bercerita dengan pelbagai cara. Antara cara-cara yang dilakukanoleh guru adalah seperti:

    (a) Duduk di tengah-tengah bulatan kanak

    (i) Lukis gambar kedudukan guru dikelilingi oleh kanak-kanak.

    AKTIVITI 6.3

    Pilih sebuah cerita kanak-kanak yang anda ketahui dan bincangkantema, plot dan nyatakan teknik-teknik untuk menyampaikan ceritatersebut.

  • 8/14/2019 HBPS3203Topik6

    15/17

    116 TOPIK 6 BERCERITA

    (b) Duduk di tengah separa bulatan(i) Lukis gambar kedudukan guru di tengah separa bulatan dikelilingi oleh

    kanak-kanak.

    (c) Duduk/ berdiri di belakang kelas(i) Lukis gambar kedudukan guru duduk atau berdiri di belakang kelas.

    6.3.3 Kanak-kanak Bercerita

    Semasa kanak-kanak bercerita, guru perlulah bertindak sebagai pembantu,fasilitator, pemudah cara kepada kanak-kanak yang sedang bercerita. Untuk itukanak-kanak itu akan bercerita berdasarkan kepada sama ada:

    (a) Pengalamannya iaitu kanak-kanak akan bercerita secara spontanberdasarkan pengalamannya.

    (b) Buku bergambar mentafsir sendiri gambar yang telah dilihat danbercerita kepada kelas atau rakan-rakan dengan dibantu oleh guru. Untukitu ada baiknya jika guru telah mengetahui akan plot atau jalan ceritanya.

  • 8/14/2019 HBPS3203Topik6

    16/17

    TOPIK 6 BERCERITA 117

    AKTIVITI 6.2

    Apakah yang dilakukan oleh guru semasa kanak-kanak bercerita?

    Kedua-dua aktiviti ini secara tidak langsung akan dapat mempertingkatkankefahaman bercerita kepada kanak-kanak seperti:

    (a) kanak-kanak menjadi yakin.

    (b) kanak-kanak dapat menguasai bahasa dengan cepat.

    (c) kanak-kanak akan menjadi lebih mesra.

    (d) kanak-kanak akan bekerjasama.

    (e) meningkatkan alam imaginasi kanak-kanak.

    RUMUSAN

    Kanak-kanak secara tidak langsung akan menjadi lebih matang danbermotivasi apabila mendengar cerita yang pelbagai jenis. Dengan caraini kebolehan berbahasa kanak-kanak akan dipertingkatkan lagi dandiperkayakan dengan penambahan perbendaharaan kata dan kosa kata.

    Tahap imaginasi kanak-kanak juga akan meningkat serta ini akan membantukanak-kanak mempunyai sifat keyakinan.

    Melalui aktiviti bercerita juga kanak-kanak akan dapat meningkatkanpelbagai nilai-nilai kerohanian dan moral dan juga kemahiran berbahasa.

    KATA KUNCIFantasiIlustrasiImaginasiMimik muka

    Nilai-nilai murniPlot ceritaTeknik

  • 8/14/2019 HBPS3203Topik6

    17/17

    118 TOPIK 6 BERCERITA

    Ee Ah Meng. (1993). Pedagogi II amalan dalam bilik darjah. Kuala Lumpur: FajarBakti Sdn. Bhd.

    Kamarudin Hj. Husin. (1990) Pengajaran dan pembelajaran lisan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Mok Soon Sang. (1993). Pedagogi 2 strategi pengajaran dan pembelajaran pengajaranmikro. Selangor Darul Ehsan: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

    Raminah Hj. Sabran & Rahim Syam. (1985). Kaedah pengajaran bahasa malaysia.

    Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.Sidang Pengarang. (1992). Kurikulum baru sekolah rendah - Jilid 7 aktiviti bahasa.

    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    RUJUKAN