hbmt4203_math form 4

16

Upload: norynnabiela

Post on 24-Apr-2015

40 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hbmt4203_math Form 4
Page 2: Hbmt4203_math Form 4

ISI KANDUNGAN

NO. KANDUNGAN M/SURAT

1.0PENGENALAN

1.1 Amalan-Amalan Bilik Darjah Yang Tidak Efektif

1.2 Amalan Guru Di Dalam Bilik Darjah Dalam Pengajaran

Matematik

1.3 Keresahan Pelajar Tingkatan 4 Mempelajari Matematik

1.3.1 Punca-Punca Keresahan Dalam Kalangan Pelajar

1

2

3

3

3

2.0 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

2.1 Topik Yang Menimbulkan Keresahan Pelajar Melalui

Pemerhatian Guru

2.2 Pendekatan Pembelajaran Koperatif Oleh Guru Matematik

2.3 Membantu Mengurangkan Keresahan Pelajar

2.4 Temubual Berstruktur Bersama Pelajar

4

4

6

7

7

3.0

4.0

PERBINCANGAN

KESIMPULAN

RUJUKAN

9

12

13

Page 3: Hbmt4203_math Form 4

1.0 PENGENALAN

Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan

bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan

jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur,

teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang,

kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan

interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan

teknoloji maklumat dan komunikasi (TMK). Pelbagai kekangan dan permasalahan akan ujud

dalam bilik darjah, kebiasaannya guru berhadapan dengan tiga cabaran yang besar iaitu

kerenah pelajar, memastikan hasil pembelajaran tercapai dan hambatan masa. Guru yang

berwibawa bijak bertindak sebagai penyelesaian masalah, memperjelaskan objektif-objektif

setiap perkara yang melibatkan bilik darjah termasuk pengajaran dan pembelajaran serta

penilaian (pentaksiran), keceriaan, dan pengurusan pelajar sebagai pelanggan utama.

Suasana bilik darjah harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran

yang lebih bermakna. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk iklim dan

budaya bilik darjah yang baik. Gaya kepimpinan yang berwibawa tanpa terlalu banyak

memberi arahan dianggap sebagai pemimpin demokratik hanya akan mengambil masa untuk

mendapatkan buah fikiran bagi menyelesai sesuatu isu, dan kelihatan kumpulan-kumpulan

yang ujud di bilik darjah mempunyai hubungan yang lebih mesra dan saling bekerjasama.

Berbeza dengan pemimpin Laiissez-faire yang memberi arahan-arahan yang tidak jelas dan

jawapan-jawapan yang ringkas tentang sesuatu persoalan. Pendekatan-pendekatan yang

hendak digunakan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah perlu berlandaskan tahap

perkembangan pelajar-pelajar. Iklim bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan

kepatuhan dan keseronokan pelajar bersama guru dalam bilik darjah tersebut. Guru yang

memiliki gaya kepimpinan yang matang sedia menerima dan menghormati setiap pelajar

dalam bilik darjah, memperbaiki peraturan-peraturan supaya peraturan itu boleh berubah

mengikut keadaan dan suasana serta menekan kepada jangkaan-jangkaan yang positif.

HBMT4203 Teaching Mathematics In Form Four 1

Page 4: Hbmt4203_math Form 4

1.1 Amalan-Amalan Bilik Darjah Yang Tidak Efektif

i. Pendekatan guru yang tidak konsisten terhadap kurikulum dan pengajaran.

ii. Pengajaran dan pembelajaran guru kurang kepada pendekatan `berpusatkan pelajar’.

Pengajaran guru lebih kepada sebagai luahan ilmu pengetahuan sahaja. Keadaan ini

memyebabkan pelajar kurang berfikir untuk menganalisis isu dan masalah.

iii. Guru juga mempunyai jangkaan yang rendah terhadap pelajar-pelajar dalam sekolah-

sekolah SES rendah. Keadaan ini mungkin berlaku di sekolah-sekolah luar bandar.

iv. Penekanan kepada pengawasan dan arahan mengenai amalan harian dan aktiviti yang

tidak selaras, tidak dibincangkan, tidak mencabar pelajar dan tidak mempunyai rangka

kerja yang jelas.

v. Tahap interaksi yang rendah antara guru dan pelajar. Guru lebih menumpukan masa

kepada kerja-kerja perkeranian, pelajarpelajar tidak diselia dan pelajar kurang

mengambil bahagian dalam tugasantugasan mereka.

vi. Pelajar menganggap guru mereka sebagai tidak mempedulikan mereka, tidak memuji,

membantu atau menganggap belajar itu penting.

vii. Bilik darjah yang bising dengan banyak pergerakan yang tidak berkaitan dengan

pembelajaran. Guru tidak dapat mengawal kelas dengan baik terutama guru-guru yang

tidak terlatih atau guru ganti.

viii. Guru kerap menggunakan kritikan dan maklum balas yang negatif. Keadaan ini

menyebabkan pelajar-pelajar akan merasa rendah diri terhadap pelajar-pelajar lain.

Pelajar akan mengasingkan diri daripada pembelajaran dan minat untuk belajar

matapelajaran akan merosot.

HBMT4203 Teaching Mathematics In Form Four 2

Page 5: Hbmt4203_math Form 4

1.2 Amalan Guru Di Dalam Bilik Darjah Dalam Pengajaran Matematik

Mengikut saranan Brooks dan Brooks (1993) dalam buku The Case For Constructivist

Classrooms, lima praktis yang biasa diamalkan oleh guru matematik adalah

i. Guru menyampaikan pengetahuan matematik dan pelajar dihasratkan meniru apa-apa

yang disampaikan.

ii. Guru bergantung pada buku teks sebulat-bulatnya dalam pengajarannya.

iii. Pembelajaran secara koperatif jarang atau tidak dilaksanakan.

iv. Kemahiran berfikir di kalangan pelajar tidak diberikan keutamaan.

v. Pelajar tidak digalakkan untuk membina pengetahuan tetapi dikehendaki menguasai

pengetahuan matematik yang mantap dan tetap.

1.3 Keresahan Pelajar Tingkatan 4 Mempelajari Matematik

Umumnya adalah diketahui bahawa mata pelajaran matematik sangat tidak disukai

oleh sebahagian pelajar-pelajar sama ada di peringkat rendah ataupun menengah. Keresahan

merupakan suatu perasaan yang subjektif, dan ia merupakan simptom psiko-psikologikal.

Akibat daripada rasa kebimbangan yang keterlaluan, pelajar sukar memberi tumpuan sewaktu

sesi pembelajaran, menjadi pelupa, berpeluh dan selalu berdebar sewaktu kelas sedang

dijalankan. Mereka yang mempunyai tahap keresahan yang tinggi akan sentiasa mengelak

untuk menghadiri kelas ataupun tidak menyiapkan kerja rumah dengan memberikan pelbagai

alasan.

1.3.1 Punca-Punca Keresahan Dalam Kalangan Pelajar

Punca-punca utama yang dianggarkan adalah:

i. pencapaian ketika di sekolah rendah dalam matematik adalah lemah.

ii. pelajar kurang keyakinan diri bila berhadapan dan mempelajari mata pelajaran

matematik.

iii. pendedahan kepada suasana 'kematematikan' yang kurang memberangsangkan di

sekolah untuk menimbulkan minat pelajar terhadap matematik.

iv. latihan matematik tidak dilakukan dengan secukupnya atau tidak dihabiskan oleh

pelajar.

v. kegagalan guru dalam menanamkan minat di kalangan pelajar

HBMT4203 Teaching Mathematics In Form Four 3

Page 6: Hbmt4203_math Form 4

terhadap matematik.

vi. kurang kecenderungan terhadap matematik di kalangan keluarga pelajar di mana

suasana di rumah pelajar yang tidak merangsangkan pembelajaran matematik.

v. Guru tidak mengajar untuk memahami konsep tetapi menghafal langkah kerja

2.0 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

2.1 Topik Yang Menimbulkan Keresahan Pelajar Melalui Pemerhatian Guru

2 orang responden yang terdiri daripada guru Matematik tingkatan 4 (sekolah sama)

dipilih bagi mengikuti kajian soal selidik. Soal selidik adalah menggunakan skala likert

dimana guru hendaklah memberikan skala kepada setiap topik dalam tingkatan 4 yang

menimbulkan keresahan kepada pelajar mereka semasa mempelajari topik tersebut. Ia adalah

berdasarkan pemerhatian dan kajian guru terhadap 10 orang pelajar yang terpilih.

Petunjuk : 1 = susah

2 = keliru

3 = boleh faham

4 = senang

BIL TOPIKSKALA

1 2 3 4

1

Standard Form

Understand and use the

concept of standard form to

solve problems.

1 9

2

Quadratic Expressions And Equations

Understand and use the

concept of roots of quadratic

equations to solve problems.

2 4 4

3

Sets

Understand and use the

concept of subset, universal

set and the complement of a

set.

1 3 6

4 Mathematical Reasoning

Perform operations

involving the words “not” or

4 6

HBMT4203 Teaching Mathematics In Form Four 4

Page 7: Hbmt4203_math Form 4

“no”, “and” and “or” on

statements.

5

The Straight Line

Understand the concept

of gradient of a straight line

in Cartesian coordinates

1 1 8

6

Statistic

Represent and interpret

data in histograms with class

intervals of the same size to

solve problems.

2 3 5

7

Probablity

Understand and use the

concept of probability of an

event to solve problems.

10

8

Circle III

Understand and use the

concept of tangents to a

circle.

4 3 3

Guru baru sahaja memulakan pembelajaran topik Circle III.

Berdasarkan jadual, didapati pelajar mengalami keresahan apabila mempelajari topik

Circle III. 4 orang (40%) memilih bahawa topic ini susah dipelajari. Walaupun pelajar baru

sahaja memulakan pembelajaran namun sudah timbul keresahan dalam kalangan mereka

untuk mempelajari topik itu dengan lebih lanjut lagi. Kebanyakan pelajar mengalami

kesukaran memahami konsep tangen yang mewakili bulatan.

Topik yang senang adalah topik Probablity. Berdasarkan temubual bersama guru

mata pelajaran, guru tersebut hanya mengambil masa seminggu untuk menghabiskan tajuk-

tajuk dalam topik itu beserta latihan dan pengukuhan. 100% pelajar memilih skala 4 bagi

topik tersebut.

Bab 5 iaitu The Straight Line juga mendapat pilihan tertinggi pelajar. Seramai 8 orang

(80%) pelajar didapati senang untuk mempelajari topik itu dan mereka tidak merasa bimbang

untuk mempelajarinya.

HBMT4203 Teaching Mathematics In Form Four 5

Page 8: Hbmt4203_math Form 4

Bagi topik Set pula, seorang pelajar dilihat sangat sukar untuk memahami topik itu.

Dia mengalami kekeliruan memahami, menggunakan seterusnya mengaplikasikan symbol itu

ke dalam bentuk gambarajah Venn. Manakala 3 orang (30%) boleh memahami topik itu

tetapi perlukan lebih usaha lagi. 6 orang lagi tidak mempunyai masalah mempelajari topik

Set.

2.2 Pendekatan Pembelajaran Koperatif Oleh Guru Matematik

Walaupun tiada penyelidikan yang komprehensif dilaporkan di Malaysia, tetapi

berdasarkan laporan guru-guru sekolah menengah, praktis tersebut di atas diamalkan oleh

kebanyakan guru matematik. Kadang-kadang saya berasa hairan mengapa guru matematik

asyik mengamalkan praktis tradisi walaupun kementerian Pendidikan Malaysia telah menaja,

membiayai dan menganjurkan kursus-kursus seperti konstruktivisme, pembelajaran koperatif

dan kolaboratif, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dengan tujuan membolehkan guru

mengubah amalannya dalam bilik darjah. Kebanyakan guru tidak yakin untuk melaksanakan

perubahan dalam bilik darjah selepas mengikuti kursus dan memang juga disebabkan

ketiadaan tindakan susulan diambil oleh pihak penganjur. Komitmen dan kesudian berkorban

sangat diperlukan dalam kalangan guru untuk menjayakan sebarang projek yang

dikemukakan oleh kementerian. Bagi menjayakan sebarang projek atau program guru yang

proaktif, bermotivasi dan bernai menanggung risiko intelek untuk melaksanakan perubahan

amalan dalam bilik darjah sangat diperlukan. Jaya gagal sesuatu projek terletak sebulat-

bulatnya di atas bahu guru.

Hasil kajian T. H. Gan dan Wong (1995) mendapati bahawa Pembelajaran Koperatif

mempunyai kesan yang positif terhadap sikap murid dalam pembelajaran matematik. T. H.

Gan (1999) menyatakan murid berpendapat bahawa pendekatan Koperatif adalah seronok

kerana ia memenuhi keperluan untuk berinteraksi bersama, mewujudkan suasana belajar yang

lebih terjamin dan bebas dari tekanan, beliau juga mencadangkan bahawa pembelajaran

koperatif sesuai sekali digunakan untuk menangani masalah penguasaan kemahiran asas

matematik bagi murid-murid pelbagai tahap pencapaian.

2.3 Membantu Mengurangkan Keresahan Pelajar

Merujuk kepada penyelidikan meluas yang telah dijalankan di luar negeri, didapati

proses pengajaran-pembelajaran dengan pendekatan pembelajaran koperatif adalah lebih

HBMT4203 Teaching Mathematics In Form Four 6

Page 9: Hbmt4203_math Form 4

berkesan untuk meningkatkan pencapaian akademik dibanding dengan pendekatan tradisional

(Davidson, 1985). Menurut Slavin (1980), Sharan (1980), Johnson, Johnson, dan Holubec

(1990) dan Pensri & Krongthong (1992), selain dari pencapaian akademik, pembelajaran

koperatif juga membawa kesan yang positif dalam hubungan sosial antara kaum serta sikap

dan minat terhadap pembelajaran. Kagan (1994), mendapati pendekatan pembelajaran

koperatif membantu murid menjadi kurang gelisah dalam pembelajaran kerana sokongan

yang terjamin dari ahli kumpulan. Davidson (1990) telah membuat ringkasan. terhadap

banyak kajian oleh pengasas pembelajaran koperatif dan menyatakan lebih dari 40% kajian

tersebut menunjukkan pencapaian murid adalah jauh lebih baik dengan pendekatan

pembelajaran koperatif. Menurut Professor Hartman (1997) dari Teori Interaksi Sosial

Vygotsky’s menyatakan apabila murid belajar secara kopeartif dalam kumpulan, mereka akan

dibantu oleh rakan sebaya dan dapat bekerja lebih rapat untuk mencapai potensi diri masing-

masing jika dibanding dengan pembelajaran secara diri. Sekaligus ia dapat membantu

mengurangkan keresahan dalam kalangan pelajar semasa mempelajari Matematik.

2.4 Temubual Berstruktur Bersama Pelajar

Temubual berstruktur ini dijalankan secara rawak semasa rehat dan dibuat dengan

bantuan guru sekolah menengah berkenaan. Seramai 5 orang pelajar dipilih untuk menjawab

temubual. Merujuk kepada temubual berstruktur yang dibuat, berikut adalah jawapan yang

diberikan oleh pelajar.

(a) Adakah anda suka guru yang mengajar Matematik?

Pada awal pembelajaran, 2 orang guru menyatakan mereka tidak suka guru yang

mengajar Matematik manakala 3 orang lagi menyukai guru itu mengajar. Selepas topik

selanjutnya, pelajar tersebut mula menyukai guru mengajar Matematik kerana guru itu sangat

mudah untuk dibawa berbincang dan bersikap suka membantu.

b) Adakah anda suka belajar mata pelajaran Matematik?

Semua pelajar tersebut suka belajar matematik semasa awal tahun dan topik pertama.

Apabila memasuki topik kedua, mereka mula resah dan kurang yakin dengan pencapaian

mereka dalam matematik.

c) Adakah anda seronok menjawab soalan yang dibincangkan bersama guru ?

HBMT4203 Teaching Mathematics In Form Four 7

Page 10: Hbmt4203_math Form 4

Pelajar bersetuju sangat seronok apabila guru bersama-sama membincangkan soalan

semasa di dalam kelas. Selain mereka dapat mengajukan pertanyaan, mereka juga boleh

berkongsi pendapat dan idea dengan rakan-rakan lain. Ia mengurangkan ketegangan

pembelajaran.

d) Adakah anda boleh berasa susah hati atau risau apabila guru memulakan topik

baru?

Pelajar juga bersetuju bahawa setiap kali guru memulakan topik baru mereka akan

berasa susah hati dan risau tidak dapat mengikuti pelajaran dengan baik kerana mereka baru

sahaja melalui pengalaman pembelajaran yang susah pada topik sebelumnya.

e) Adakah anda bermotivasi untuk belajar Matematik?

3 orang pelajar bersetuju bahawa mereka bermotivasi untuk belajar matematik kerana

mereka mempunyai buku rujukan lain selain buku teks untuk membantu mereka belajar

dengan lebih baik. Selain itu mereka juga mengambil tuisyen di luar sekolah. Manakala 2

orang pelajar mengatakan mereka kurang bermotivasi untuk belajar kerana tiada rujukan

tambahan memandangkan suasana di rumah yang bising menyukarkan mereka untuk

menumpukan perhatian terhadap latihan yang diberikan oleh guru.

g) Adakah anda suka membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru?

Pada awal pembelajaran pelajar menyatakan mereka suka membuat kerja rumah yang

diberikan oleh guru. Pada topik seterusnya semakin ramai pelajar yang mula tidak

menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Ini adalah kerana soalan yang diberikan

adalah susah walaupun pelbagai rujukan digunakan tetapi mereka masih tidak memahami

konsep yang dipelajari (bagi tajuk tertentu).

3.0 PERBINCANGAN

Berdasarkan hasil kajian, didapati pengunaan pembelajaran koperatif dalam sesi P &

P sememangnya dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap topik yang diajar dalam

mata pelajaran Matematik. Hasil dapatan daripada kajian ini akan dapat memberi

penyelesaian kepada persoalan-persoalan kajian berikut :

HBMT4203 Teaching Mathematics In Form Four 8

Page 11: Hbmt4203_math Form 4

a). Bagaimanakah prestasi pelajar dalam topik yang susah dalam mata pelajaran

Matematik tingkatan 4 melalui pembelajaran koperatif?

Prestasi pelajar dalam penguasaan kemahiran bagi topik susah dalam mata pelajaran

Matematik melalui pembelajaran Koperatif telah meningkat. Ini boleh dilihat melalui hasil

kerja rumah dan beberapa ujian pendek yang diberikan guru. Dalam ujian pertama bab Set,

jumlah pelajar yang lulus adalah 33.3% atau 10 orang pelajar manakala 66.7% atau 20 orang

pelajar pula gagal dalam ujian ini. Dalam ujian kedua bab set, jumlah pelajar yang lulus

adalah 60.7% atau 18 orang pelajar manakala 39.3% atau 12 orang pelajar pula gagal dalam

ujian ini. Bilangan pelajar yang lulus telah meningkat sebanyak 8 orang atau 27.4%.

Kaedah pembelajaran koperatif menyediakan pembelajaran secara konkrit yang

melibatkan aktiviti hands-on (aktiviti) dan pemikiran iaitu “minds-on” (Pusat Perkembangan

Kurikulum, 2001). Perkara ini boleh meningkatkan prestasi pelajar kerana aktiviti hand-on

merupakan aktiviti yang digemari oleh pelajar.

b). Adakah pelajar berminat atau bermotivasi dalam kemahiran matematik lain

melalui pembelajaran koperatif?

Berdasarkan kepada jawapan Borang Temubual Berstruktur didapati pelajar-pelajar

berminat dan bermotivasi mengikuti mata pelajaran Matematik setelah guru menggunakan

pembelajaran koperatif dalam pembelajaran bagi mata pelajaran Matematik Tingkatan 4. Ini

boleh dilihat dengan jawapan-jawapan yang diberikan oleh pelajar-pelajar. Unsur motivasi di

atas menunjukkan bahawa pendekatan pembelajaran koperatif dapat menghapuskan perasaan

takut kepada mata pelajaran tersebut dan menjadikan pembelajaran tersebut lebih

menyeronokkan (Noor Azizah, 2002).

c). Apakah maklum balas pelajar terhadap pembelajaran matematik yang mereka

perolehi melalui pembelajaran koperatif?

Berdasarkan kepada Borang Soal Selidik yang dijalankan, maklum balas pelajar

terhadap P & P bagi mata pelajaran Matematik yang menggunakan pendekatan pembelajaran

Koperatif amat memuaskan. Pelajar-pelajar lebih cenderung menyatakan pendekatan

HBMT4203 Teaching Mathematics In Form Four 9

Page 12: Hbmt4203_math Form 4

pembelajaran koperatif yang dijalankan bagi topik Set dan Quadratic yang sukar boleh

meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik.

Penilaian adalah langkah yang wajar dalam prosedur pengajaran (Isahak dan Koh,

1982). Menurut mereka, penilaian membolehkan guru mengukur keberkesanan

pengajarannya secara menyeluruh dan menentukan kesan suatu aktiviti pengajaran yang

tertentu. Untuk melihat keberkesanan P & P ini maka soal selidik yang dibuat akan menjawab

persoalan tersebut sama ada pendekatan pembelajaran koperatif yang dijalankan ini menarik

minat pelajar atau memuaskan hati pelajar.

d). Bagaimanakah tingkah laku pelajar dalam melakukan aktiviti pembelajaran

yang berkaitan melalui pembelajaran koperatif?

Berdasarkan kepada pemerhatian guru, didapati tingkah laku pelajar dalam mata

pelajaran Matematik melalui perubahan yang amat baik di mana pelajar-pelajar menunjukkan

tingkah laku yang positif terhadap mata pelajaran ini. Ini boleh dilihat melalui pemerhatian

sepanjang pembelajaran koperatif ini dilaksanakan. Murid kurang menunjukkan keresahan

semasa mempelajari matematik kerana mereka berasa seronok dan sentiasa bermotivasi untuk

belajar. Di samping bimbingan dan bantuan daripada guru mata pelajaran, mereka juga dapat

berkongsi maklumat dan meluaskan pemikiran KBKK dengan melihat kepada idea-idea

rakan lain yang melaksanakan pengiraan atau penyelesaian matematik.

Mengikut Sweeney (1982) berpendapat bahawa kepimpinan guru dalam bilik darjah

mempunyai kesan yang positif terhadap hasil pembelajaran dari segi akademik, sikap dan

tingkah laku. Kajiannya mendedahkan tujuh faktor utama yang mendorong kepada

keberkesanan pengajaran seseorang guru, iaitu berketerampilan, suasana pembelajaran yang

tenteram, masa yang mencukupi, peralatan yang mencukupi, penghargaan yang tinggi

terhadap pelajar, pengesanan kemajuan pelajarnya dan penyeliaan pengajaran yang berkesan.

Currie (1869) berpendapat bahawa kualiti hubungan antara guru dengan pelajar mempunyai

kesan terhadap kesediaan pelajar mengambil bahagian dalam kelas. Beliau berpendapat

bahawa, jika hubungan positif wujud antara guru dengan pelajar, ini akan membuat seseorang

pelajar itu berusaha dan bekerjasama dengan guru.

HBMT4203 Teaching Mathematics In Form Four 10

Page 13: Hbmt4203_math Form 4

4.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, kajian ini telah dapat memberikan gambaran yang baik untuk

Panitia Matematik dan guru matematik khususnya tentang kepentingan dan kebaikan

pembelajaran secara koperatif bagi membendung masalah keresahan dalam kalangan pelajar

tingkatan 4. Pendekatan pembelajaran koperatif terbukti dapat meningkatkan mutu

pembelajaran dan pengajaran di sekolah menengah. Alasan ini sejajar dengan kajian yang

HBMT4203 Teaching Mathematics In Form Four 11

Page 14: Hbmt4203_math Form 4

dijalankan oleh pengkaji terdahulu yang menunjukkan bahawa kadar pembelajaran dan

pemahaman manusia dapat dipertingkatkan dengan menggunakan pendekatan koperatif

dalam suatu persekitaran pembelajaran. Persekitaran ini akan membenarkan manusia melihat,

mendengar, berinteraksi dan beraksi.

Dengan kaedah pembelajaran koperatif dalam matematik juga khususnya topik yang

sukar, para pendidik akan dapat meningkatkan lagi inovasi mereka dalam proses

penyampaian maklumat. Rangsangan yang diberikan oleh rakan kumpulan dalam proses

pembelajaran dapat meningkatkan minat pelajar khususya untuk topik sukar seperti Set dan

Circle. Teknik pembelajaran yang disediakan oleh pendidik secara tidak langsung

mempengaruhi setiap insan yang didik. Kaedah ini menyempurnakan kaedah pembelajaran

yang telah digunakan oleh pendidik sebelum ini. Justeru itu, kajian ini boleh dijadikan

sebagai penduan kepada pendidik yang mengajar subjek matematik di sekolah-sekolah

menengah khususnya peringkat rendah untuk memperbaiki kaedah pengajaran mereka.

Pendekatan kaedah koperatif ini juga dijangkakan bukan sahaja sesuai untuk topik

dalam tingkatan 4 tetapi juga topik-topik lain dalam matematik tingkatan 1 hingga 5. Dengan

hasil yang didapati dalam kajian ini, diharapkan aspirasi kerajaan untuk mewujudkan satu

masyarakat yang suka bekerjasama dan berkongsi kejayaan akan dapat direalisasikan secara

tidak langsung. Dengan usaha yang bersungguh-sungguh daripada pihak pentadbir sekolah

dan komitmen yang jitu dari pihak pendidik maka tidak mustahil segala masalah yang wujud

pada masa ini dalam menyelesaikan masalah pelajar terhadap topik-topik dalam matematik

sebagai teknik pengajaran akan dapat diatasi dengan baik.

RUJUKAN

Cheah, L. N. & June M. L. Poon (1989/99). Efficacy of Cooperative Learning Among

Malaysian Secondary School Students. Journal of School of Educational Studies, 16,

(pp 13-27). Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

HBMT4203 Teaching Mathematics In Form Four 12

Page 15: Hbmt4203_math Form 4

Damon, W. (1984). Peer education: The Untapped Potential. Journal of Applied Development

Psychology 5: 331-343. Deutsch, M. (1949). A Theory of Cooperative and

Competition. Human Relations 2:129-152.

Isahak Haron dan Koh Boh Boon (1982). Asas-asas Dalam Amalan Pedagogi. Cetakan

keempat. Universiti Malaya : Utusan Publications & Distributors

Johnson, D. W., Johnson, R. T., & Holubec, E. J. (1993). Cooperation in the Classroom (6th

Ed.). Edina, MN: Interaction Book Company.

Johnson, D. W., & Johnson, R. T. (1989). Cooperation and Competition: Theory and

Research. Edina, MN: Interaction Book Company.

Kagan, R. Herttz-Lazarowitz, C. Webb & R. Schmuck (Eds), Learning to cooperate,

cooperate to learn (pp.211-230). New York: Plenum.

Khalid Johari (2003). Penyelidikan dalam Pendidikan (Konsep dan Prosedur). Kuala Lumpur

: Prentice Hall.

http://azaiza.blogspot.com/2011/04/kesan-pembelajaran-koperatif-ke-atas.html

http://www.jstor.org/discover/10.2307/1466831?

uid=3738672&uid=2129&uid=2&uid=70&uid=4&sid=56297723933

http://math.utpa.edu/icpse.html

HBMT4203 Teaching Mathematics In Form Four 13