hbms3203smp

36
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEPTEMBER /2014 HBMS3203 PENGAJARAN MUZIK V NAMA : WAN MAZLAN BIN WAN CHIK NO. MATRIKULASI : 641229025119001 NO. KAD PENGENALAN : 641229025119 NO. TELEFON : 0127162061 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : KELANTAN LEARNING CENTER

Upload: jet-lan

Post on 12-Sep-2015

95 views

Category:

Documents


20 download

DESCRIPTION

PENGAJARAN MUZIK V

TRANSCRIPT

HBAE 3103

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER /2014

HBMS3203 PENGAJARAN MUZIK V NAMA

: WAN MAZLAN BIN WAN CHIK

NO. MATRIKULASI

: 641229025119001

NO. KAD PENGENALAN

: 641229025119

NO. TELEFON

: 0127162061

E-MEL

: [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN

: KELANTAN LEARNING CENTERISI KANDUNGANMUKA SURAT

1.0.PENGENALAN1 - 3

1.1. STRUKTUR SEBUAH KUMPULAN KOIR3 - 4

1.2. KATEGORI MENGIKUT LINGKUNGAN SUARA4 - 6

1.3. KESERAGAMAN KOIR7

2.0.CIRI-CIRI PEMIMPIN KOIR YANG BAIK7 - 8

2.1. KUPASAN PEMIMPIN KOIR YANG BAIK

2.1.1. Pengetahuan Muzik Yang Kukuh8 - 9

2.1.2. Mempunyai Kemahiran Teknik Vokal9

2.1.3. Teknik Memimpin Conducting Technique9

2.1.4. Berpengetahuan Tentang Organ Atau Piano9

2.1.5. Berpengetahuan Tentang Organ Atau Piano9 - 10

2.1.6. Tidak Cepat Putus Asa10

3.0.PERANAN PEMIMPIN KOIR10 - 11

3.1. Merancang Penubuhan Kumpulan Koir11

3.1.1. Pemilihan Ahli-ahli Koir11 - 12

3.1.2. Menganalisa Skor Lagu12 - 13

3.1.3. Membuat Latihan Merancang dan Melatih13

3.1.4. Membuat Persembahan14

3.1.5. Membuat Perancangan Peningkatan Kumpulan Koir15

4.0.TEKNIK-TEKNIK PERMANASAN15

4.0. TEKNIK-TEKNIK PERMANASAN15 - 18

4.2. TEKNIK VOKAL: REGISTER19 - 20

5.0KESIMPULAN20 - 21

RUJUKAN22

1.0. PENGENALANKoir (Choir) merupakan satu esembel muzik yang dinyanyikan oleh penyanyi secara beramai-ramai yang mana esembel berasal dari dari perkataan Perancis yang membawa maksud bersama-sama. Ianya juga dikenali sebagai korus (chorus).

Korus dan Chorale memberi maksud yang agak sama. Sebenarnya, kedua-dua perkataan ini datang dari kata dasar yang serupa, namun disampaikan dari dua tamadun berlainan iaitu dari Yunani lama dan Rom yang membentuk beberapa corak yang berbeza. Perkataan koral (Choral) adalah satu kata sifat yang menggambarkan perbuatan untuk koir, korus dan chorale. Dalam erti kata ringkas, nyanyian beramai-ramai koir, korus dan chorale dipanggil muzik koral. Wikipedia.

Kumpulan koir boleh kita ertikan sebagai sebuah kumpulan yang kreatif. Ia adalah sebuah organisasiyang diertikan oleh De Masi (2003) sebagai sebuah kumpulan kreatif yang tiada penghujungnya atau penamat.

Menurut De Masi (2003) terdapat sesetengah organisasi yang mempunyai persamaan denganorganisasi koir. Keperluan dan pengurusan di dalam koir adalah saling memerlukan , ini telahdijelaskan oleh De Masi (2003):The personal relationships are, mainly, horizontal, warm, informal, solidary andcentered in the emotiveness. The recognition and the moral bonus are importantfor the individual and for the group. A charismatic leadership prevails. Eachone is attentive to the thing that should give to the other ones; each oneattributes a lot of importance to the interest, learns the most possible, improves the quality of its own contributions; feels responsible; knows how its personalcontribution is used for; and doesnt discharge its own responsibilities on theother ones. The discipline comes from personal interest, attraction exercised bythe leader, adhesion to the mission, dedication to the work, faith, generosity, participation in the game [...]. Obviously I emphasized the positive aspects,although, in fact, the impact is not rare in creative groups and in organizationswithout lucrative ends that cross disorientation and identity crises.

Satu kumpulan koir yang baik akan dapat membentuk satu nyanyian yang berharmoni. Dalam sesebuah kumpulan koir setiap penyanyi akan menyanyikan koir dengan secara berkumpulan bukannya secara solo dan bersaing antara satu sama lain.

Menurut wikipedia, Koir adalah sebuah ensembel muzik para penyanyi yang menyanyi beramai-ramai. Ia bukan sebuah kumpulan penyanyi solo yang bersaing antara satu sama lain, malah sebagai sekumpulan penyanyi yang membentuk nyanyian berharmoni. Perkataan ensembel berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud bersama-sama..

Koir pada asalnya merupakan satu kumpulan penyanyi yang kebiasaannya membuat persembahan di gereja. Kebanyakan nyanyian kumpulan koir ini adalah berunsurkan keagamaan kristian. Dalam nyanyian koir setiap lapisan suara dinyanyikan lebih daripada seorang, samada dengan iringan atau tanpa iringan alat muzik. Muziknya mungkin dalam bentuk monofoni, seperti dalam Gregorian Chant (Zaman Pertengahan) atau berbentuk polifoni (dengan beberapa lapisan suara). Ianya mungkin dipersembahkan oleh lebih daripada 12 orang penyanyi atau kurang, atau dalam satu kumpulan yang besar yang mengandungi beberapa ratus penyanyi.Jenis suara yang biasa terdapat dalam sesebuah kumpulan koir adalah:

i. Soprano (S) (suara perempuan tinggi)

ii. Alto (A) (suara perempuan rendah)

iii. Tenor (T) (suara lelaki tinggi)

iv. Bass (B) (suara lelaki rendah)

Kini, koir di Malaysia bukan lagi bagi tujuan upacara keugamaan penganut kristian tetapi ianya telah menjadi satu seni nyanyian berkumpulan yang dinyanyikan sebagai satu persembahan. Ianya juga merupakan satu nama am bagi sesuatu kumpulan nyanyian yang menyanyi bersama dalam persembahan contohnya, koir sekolah, koir kebangsaan, dan lain-lain. Lagu-lagu yang dinyanyikan adalah seperti lagu berunsur patriotik dan juga lagu yang digemari ramai. Lagu-lagu ini biasanya digubah semula untuk disesuaikan dengan nyanyian koir.Dalam sesebuah kumpulan koir penyanyi-penyanyi koir bukan semestinya seorang penyanyi yang baik, tetapi setelah latihan yang betul, ahli-ahli koir akan mampu untuk menghasilkan gabungan suara yang berharmoni, mantap dan merdu.Di sekolah, satu kumpulan koir selalunya terdiri daripada 45 orang atau lebih penyanyi kumpulan nyanyian yang terdiri daripada 45 orang atau lebih. Kebiasaanya kupulan ini ditubuhkan bagi memenuhi kehendak masyarakat bagi tujuan persembahan atau pertandingan atau sebagai satu aktiviti ko-kurikulum. Koir dapat memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah pelajar merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialisasi, esteika dan etika. Di samping sebagai pendorong yang berfungsi sebagai penggerak minda untuk memikir dengan lebih ke arah peningkatan diri, penglibatan dalam aktiviti koir memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi. Aktiviti koir ini juga dapat mencungkil bakat pelajar yang sekaligus membina keyakinan kental dalam diri.Sebuah kumpulan koir tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi berbanding dengan aktiviti muzik lain. Dari segi peralatan muzik, sebuah kumpulan koir dapat melakukan persembahan tanpa penggunaan alat muzik dan keperluan masa latihan adalah agak singkat.

1.1. STRUKTUR SEBUAH KUMPULAN KOIR

Sebuah kumpulan koir kebiasaannya diketuai oleh seorang pemimpin koir atau juga lebih dikenali sebagai konduktor muzik (sama seperti orkestra). Konduktor untuk koir kadang-kala dipanggil pengarah koral, pemimpin korus, atau pemimpin koir, terutamanya kepada koir-koir yang bersekutu dengan sesebuah orkestra.Kebiasaannya kumpulan koir mengandungi empat bahagian, namun jumlah pada hakikatnya bahagian ini adalah tidak terhad. Selain daripada empat bahagian, bilangan bahagian kumpulan nyanyian di dalam satu-satu persembahan koir yang paling biasa adalah tiga, lima, enam dan lapan.Kumpulan koir boleh menyanyi dengan atau tanpa iringan alat-alat muzik. Nyanyian tanpa iringan instrumen dipanggil nyanyian acapella. Instrumen atau alat muzik iringan boleh mengandungi apa saja instrumen, yang terdiri daripada satu hinggalah kepada orkestra penuh. Walaubagaimana pun piano atau organ sering digunakan bagi mengiringi sebuah kumpulan koir.1.2. KATEGORI MENGIKUT LINGKUNGAN SUARA

Dalam sebuah kumpulan koir yang baik, terdapat empat kumpulan suara iaitu kumpulan:

Suprano lazimnya terdiri dari wanita.

Alto lazimnya terdiri dari wanita.

Tenor terdiri dari lelaki

Bes terdiri dari lelaki

Manakala bagi kumpulan koir kanak-kanak biasanya hanya terdiri daripada dua gabungan suara iaitu alto dan soprano kerana suara kanak-kanak lelaki lebih kurang suara kanak-kanak perempuan. Semasa pemilihan ahli, suara ahli calon akan duji terlebih dahulu bagi menentukan dimana kedudukan suara mereka samaada soprano, alto, tenor mahupun bes. Setelah suara diuji setiap ahli akan ditempatkan mengikut kategori suara. Kemudian, barulah skor lagu diedarkan berdasarkan kepada kumpulan suara masing-masing.

Suara soprano kebiasaannya mempunyai lingkungan suara dari C tengah (C4) hingga ke A atas (A5) untuk muzik koir. Perkataan soprano secara umumnya merujuk kepada penyanyi yang bersuara tertinggi dalam lingkungan suara wanita. Dalam nyanyian 4 penyanyi koir berharmoni, penyanyi soprano adalah penyanyi bersuara tertinggi yang kebiasaannya membentuk melodi muzik nyanyian. Namun terdapat juga soprano yang boleh menyanyi lebih tinggi atau rendah dari lingkungan suara kebiasaannya.

Manakala alto pula kebiasaanya meliputi di antara G di bawah C tengah hingga ke E sepuluh di bawah C tengah (G3-E5). Ini merupakan lingkungan suara terendah bagi wanita. Dalam kumpulan 4 penyanyi koir, suara penyanyi alto adalah yang ke-2 tertinggi. Nota alto pada asalnya ditulis dalam klef alto tetapi kini ditulis dalam klef trebal. Walaupun lelaki dan wanita boleh menyanyi di dalam lingkungan suara penyanyi alto, namun istilah ini lebih kerap ditujukan untuk penyanyi wanita . Istilah kontralto adalah istilah spesifik untuk merujuk kepada penyanyi alto wanita yang berlawanan dengan penyanyi alto lelaki atau instrumen muzik atau klef. Tetapi, dalam koir setiap tingkat suara ni mempunyai peranan masing-masing dalam meharmonikan sesuatu persembahan nyanyian.

Di dalam nyanyian 4 penyanyi koir, penyanyi tenor ialah yang bersuara kedua rendah, di atas suara penyanyi bes dan di bawah suarapenyanyi soprano dan penyanyi alto. Lingkungan suara seorang penyanyi tenor koir biasanya tidak sehebat suara penyanyi tenor opera. Sesetengah nyanyian koir tidak memerlukan penyanyi tenornya menggunakan keseluruhan tenaga kuasa suara tenor, walaupun sesetengah koir tetap memerlukan tenor untuk menyanyikan nada B3 ke atas sehingga G4.

Suara tenor memang sukar untuk dimiliki oleh sesebuah kumpulan. Ini adalah disebabkan ia amatlah sukar untuk seseorang lelaki dewasa memiliki suara tinggi yang unik untuk digelar tenor. Kebanyakan lelaki dewasa lebih gemar menyanyikan lagu untuk bahagian bes atau bariton. Oleh sebab itu, kerapkali penyanyi lelaki yang tidak memiliki suara tenor dilantik untuk memegang bahagian tersebut walaupun suara mereka tidak sampai ke tahap lingkungan suara seorang tenor. Apabila perkara sebegini wujud dalam sesetengah kumpulan koir, kebiasaanya penyanyi alto disuruh menyanyikan bahagian tenor walaupun sesetengah alto yang dipilih juga mempunyai lingkungan suara yang tidak cukup tinggi.

Bes ialah suara lelaki yang menyanyi di dalam lingkungan suara yang paling dalam dan rendah di dalam suara manusia. Lingkungan suara penyanyi bes kebiasaannya adalah dari F2 hingga ke E4 tetapi boleh menjadi seluas Eb2 hingga F4. Suara penyanyi bes berubah dari suara dada hingga ke pertengahan suara di sekitar A3 atau Ab3 di bawah pertengahan C dan berubah kepada daftar suara utama pada sekitar D4 atau C#4 di atas pertengahan C. Suara rendah penyanyi bes adalah kekuatan mereka manakala suara tinggi ialah kelemahan mereka.

Nyanyian koir dikategorikan menurut lingkungan suara seperti berikut:-

Koir campuran (mengandungi suara penyanyi lelaki dan wanita) jenis ini adalah corak kumpulan koir yang paling kerap dibuat, mengandungi penyanyi-penyanyi soprano, alto, tenor dan bes yang dikenali dengan nama singkat sebagaiSATB. Jika suara-suara ini dibahagi kepada dua bahagian, nama pendek yang digunakan ialah SSAATTBB, manakalaSATBSATB jika kumpulan koir tersebut terbahagi kepada dua separa bebas empat bahagian koir. Sekiranya suarabariton digunakan, istilah pendek yang digunakan adalah SATBarB.

Koir lelaki menggunakan istilah pendek SATB yang serupa dengan koir campuran namun S merujuk kepadasoprano kanak-kanak lelaki manakala alto dinyanyikan oleh lelaki dewasa dengan penggunaan falseto, kerap juga dipanggil sebagai kauntertenor. Format ini adalah amat biasa digunakan di dalam koir katedral British.

Koir wanita mengandungi suara soprano dan alto sahaja, menggunakan singkatan SSAA atau SSA

Koir kanak-kanak sering dibuat dalam dua bahagian SA (soprano; alto) atau tiga bahagian SSA atau kadang-kala mengandungi lebih banyak suara.

1.3. KESERAGAMAN KOIR

1. Permulaan dan tamat (attack and released)

Permulaan nyanyian pada setiap not perlu diselaraskan dengan setiap individu dan setiap kumpulan . Begitu juga dengan cara menamatkan setiap not yang dinyanyikan. Kesemuanya perlu diselaraskan agar wujud persembahan sebagai satu kumpulan dan bukan bersifat individualistik.

2. Menentukan aras dinamik

Pemimpin koir dapat mendengar keseluruhan ensembel dengan baik kerana kedudukannya didepan dan berhadapan dengan kumpulannya. Penentuan aras dinamik bertujuan memberikan impak serta keseimbangan bunyi keseluruhan koir.

3. Pakaian

Pakaian kumpulan koir yang seragam akan mempamerkan identiti serta kerjasama yang telah terbina. Namun apa yang penting ialah ia bersesuaian dengan acara serta tatacara dan etika persembahan. Pastikan pakaian tersebut tidak menyumbang kepada gangguangangguan seperti berlaku pakaian terlalu ketat sehingga mengganggu kelancaran pernafasan. Tidak selesa dengan potongan/fesyen yang kurang sesuai/mendedahkan aurat menyebabkan penyanyi kurang konsentrasi dan berkemungkinan hilang keyakinan diri.

2.0. CIRI-CIRI PEMIMPIN KOIR YANG BAIKSeseorang pemimpin koir tidak semestinya hanya menjadi seorang konduktor yang hanya menggoyangkan tangan dan mengharapkan ahli beliau menyanyi dengan baik, tetapi beliau mempunyai tugas yang melebihi dari tugas ahli kumpulan. Beliau perlulah memastikan semua ahli hadir latihan dan beliau juga perlu berhati-hati dalam memilih bahagian yang bersesuaian dengan kumpulan koir agar nyanyian yang dipersembahkan berhamoni.Pemimpin koir mestilah mempunyai kemahiran seperti di bawah:

1. Mesti mempunyai pengetahuan muzik yang kukuh dan mendapat pendidikan teori muzik secara formal.2. Boleh boleh bermain alatan jenis berkeyboard.3. Mempunyai daya pendengaran yang baik untuk mendengar pic dan irama.4. Memiliki pengetahuan tentang asas vokal dan teknik paduan suara, dan mampu memberi arahan kepada penyanyi dalam kumpulannya.5. Memiliki pengetahuan tentang asas-asas konduktor, termasuk:a. pola rentak

b. Permulaan dan tamat (attacks and releases; cueing)c. ekspresi

6. Memiliki pengetahuan tentang organ atau piano dan kemampuan untuk membantu pemain organ atau piano secara efektif mengiringi dan menunjang paduan suara selama semasa latihan.7. Mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang bahasa samada bahasa Inggeris maupun bahasa Melayu kerana ianya penting dalam paduan suara.

Manakala ciri-ciri pemimpin koir yang baik adalah seperti berikut:1. Mempunyai pengetahuan dalam bidang muzik, khasnya tentang vokal;

2. Mempunyai minat terhadap tugas seorang pemimpin koir;

3. Mempunyai masa untuk mengendalikan kumpulan koir;

4. Mampu merancangkan dari aspek pemilihan ahli, pemilihan lagu, merancang latihan serta membuat perancangan kumpulan;

5. Mampu mengendalikan kumpulan koir mengikut perancangan yang dibuat;

6. Mempunyai sikap yang positif terhadap persekitaran, boleh menerima pendapat serta teguran rakan;

7. Mampu membuat gubahan muzik; dan

8. Tidak cepat berputus asa.

2.1. KUPASAN PEMIMPIN KOIR YANG BAIK

2.1.1. Pengetahuan Muzik Yang Kukuh

Seorang pemimpin koir yang baik mestilah mempunyai mempelajari teori muzik kerana ianya melibatkan pembacaan notasi. Dengan membaca notasi muzik, guru dapat melatih koir mengikut penulisan skor dan ianya menjadi tetap dan tidak berubah-ubah. Sekiranya seseorang pepmimpin koir melatih ahli-ahlinya hanya berdasarkan pada hafalan dan cuba jaya semata-mata, hasil yang tidak tetap dan berubah-ubah mengikut daya ingatan seseorang ahli itu akan berlaku. Keadaan ini akan memberi impak dalam nyanyia dan keharmonian koir itu sendiri.

2.1.2. Mempunyai Kemahiran Teknik Vokal

Selain daripada memahami teori muzik, pemimpin koir juga perlu ada kemahiran teknik dalam pengajaran vokal. Teknik vokal dipelajari secara formal oleh pemimpin vokal yang berkemahiran. Teknik vokal adalah merangkumi aspek pernafasan, penghasilan ton, sebutan, postur dan sebagainya. Dengan memahami dan mempraktikkan teknik yang betul, seseorang dapat menghasilkan mutu suara yang baik dan seterusnya menghasilkan kumpulan koir yang bermutu.

2.1.3. Teknik Memimpin Conducting TechniqueTeknik memimpin koir yang dimaksudkan di sini ialah peranan konduktor berdiri di depan kumpulan koir. Konduktor bukan setakat menghayunkan tangan mengikut rentak lagu semata-mata. Seorang konduktor perlulah memahami tentang elemen-elemen asas dalam muzik seperti tempo, melodi, irama, dinamik dan artikulasi perlu ada. Seorang pemimpin koir juga perlu mempunyai kebolehan untuk menyampaikannya secara efektif kepada ensembel dalam bentuk melalui ekspresi tangan, muka dan gamit badan.

2.1.5. Berpengetahuan Tentang Organ Atau Piano

Pemimpin koir yang baik perlu ada kebolehan bermain organ atau piano. Ini disebabkan nyanyian melibatkan pic, julat notasi, jeda, harmoni, kord serta gubahan. Kemahiran bermain organ atau piano amat membantu terutamanya bagi sesi-sesi latihan. Kebolehan pemimpin koir bermain organ atau piano dapat digunakan dalam latihan-latihan aural, latihan ketepatan pic, jeda, bunyi not-not secara harmoni dan juga untuk aktiviti pemanasan suara. Kebanyakan pemimpin koir yang mempelajari vokal, mereka juga mempelajari asas piano kerana ini amat membantu mereka dalam mengendalikan latihan koir. Sekiranya terdapat ahli koir yang dapat bermain organ atau piano juga amat membantu dalam persembahan kerana pemimpin koir boleh menumpukan kepada memimpin koir (conducting) tanpa risau tentang permainan piano.

2.1.6. Tidak Cepat Putus Asa

Dalam memimpin sesuatu kumpulan koir, banyak cabaran yang perlu ditempuhi. Diantaranya kekangan masa, disiplin ahli koir, tempat, kewangan dan banyak lagi. Jadi sekiranya seorang pemimpin tidak mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang baik maka mereka akan mudah putus asa. Ini disebabkan cabaran-cabaran ini akan berterusan. Contohnya; Seorang ahli kumpulan koir sering terlupa bahagian beliau yang menyebabkan kurang keseimbangan dalam persembahan. Hal ini mungkin akan menyebabkan pemimpin koir akan merasa putus asa dalam memberi pengajaran dan latihan kepada ahli tersebut.3.0. PERANAN PEMIMPIN KOIRSeorang pemimpin koir yang baik perlu mempunyai ciri-ciri yang baik ini adalah disebabkan peranan yang dimainkan oleh seorang pemimpin koir adalah besar. Pemimpin koir mesti mempunyai satu komunikasi artistik dengan ensembel yang dipimpin ketika latihan serta ketika sesuatu persembahan berlangsung. Seperti yang telah kita bincangkan seseorang pemimpin ensembel bukan hanya sebagai ketua yang memberi isyarat mula dan berhenti, malah beliau adalah penentukan tempo, memberikan pelbagai isyarat dari permulaan hingga akhir dengan jelas. Seorang pemimpin yang baik juga mestilah menjadi seorang pendengar yang kritis juga mampu membentuk bunyi yang dikehendaki dari ensembel yang dipimpin beliau sama ada orkestra atau koir. Kefahaman yang mendalam tentang elemen-elemen asas dalam muzik seperti tempo, melodi, irama, dinamik dan artikulasi perlu ada dan juga kebolehan untuk menyampaikannya secara efektif kepada ensembel dalam melalui ekspresi tangan, muka dan gamit badan (gesture).Menjadi seorang pemimpin koir merupakan satu tanggungjawab yang besar. Perancangan yang rapi perlu dilakukan bagi menghasilkan sebuah kumpulan koir yang berkesan dan berjaya. Jadi seseorang pemimpin koir perlu memainkan peranan yang penting bermula dari:

3.1. Merancang Penubuhan Kumpulan Koir

Sebelum penubuhan. Perancangan ini dari dua aspek iaitu diri sendiri dan kumpulan perlu ada pada seorang pemimpin. Setiap perancangan yang dibuat mestilah dituruti dan keperluan kepada tahap disiplin diri yang tinggi serta serta menghormati perancangan yang dibuat bagi kejayaan koir yang ditubuhkan perlu ada. Disiplin bukan bermaksud mengikat atau menyusahkan diri sendiri. Disiplin pemimpin koir perlu utamakan ialah berbentuk kebebasan dalam melaksanakan perancangan.

Menurut Brinson, 1996, Disiplin mental yang diperlukan daripada para pengarah untuk merancang butiran dan urutan acara bagi hari tersebut akan memberikan mereka kebebasan melaksanakan persembahan yang lebih efisien dan berkesan.

3.1.1. Pemilihan Ahli-ahli Koir

Sebelum sesebuah kumpulan ditubuhkan pemilihan ahli kumpulan adalah sesuatu yang diperlukan. Pemimpin koir tidak boleh hanya mengambil ahli tanpa sebarang tapisan kerana ini akan menyukarkan beliau sendiri apabila melakukan latihan nanti. Uji bakat perlu diadakan bagi memilih ahli-ahli kumpulan. Uji bakat adalah satu sesi penting bagi pemimpin koir untuk memilih ahli-ahli koir bagi memenuhi kumpulan koir yang hendak ditubuhkan sama ada kumpulan koir tradisional, patriotik, show choir atau lain-lain. Uji bakat ataupun audition mungkin akan menakutkan peserta atau sesiapa saja yang ingin menjadi ahli koir kerana mengganggap ia satu sesi yang sukar dengan pelbagai ujian teknikal berkaitan dengan vokal yang mungkin pada jangkaan peserta ianya akan menjadi sukar atau di luar kemampuan peserta. Bagi mengelakkan rasa kurang berkeyakinan peserta uji bakat untuk mengambil bahagian dalam sesi uji bakat ini, poster mengenai ujibakat dan perkara-perkara keperluan yang ada pada peserta disertakan dan memperluaskan lagi penyertaan uji bakat ini secara terbuka.Uji bakat perlu:

Dijalankan secara individu.

Dijalankan dalam kumpulan-kumpulan kecil dan seterusnya dalam kumpulan peserta yang lebih besar.

Dilakukan di dalam satu bilik sahaja.

Dilakukan di dalam beberapa bilik berasingan oleh pemimpin koir dan ahli-ahli lama yang berpengalaman. Sekiranya bagi sekolah rendah guru-guru berpengalaman yang terlibat akan mengadakan sesi uji bakat ini.

Selain daripada uji bakat, pemimpin koir juga perlu memilih peserta yang berbakat, berminat, mempunyai ton suara yang berkualiti serta bersikap positif. Kebolehan kemahiran membaca skor juga amat membantu.

Pemilihan Repertoir

Dalam memilih lagu atau repertoire beberapa kriteria perlu guru fikirkan. Antaranya ialah:

Memahami konsep persembahan yang akan diadakan.

Berbincang dengan penganjur majlis.

Memahami kemampuan kumpulan koir dari segi umur, jumlah ahli koir serta kebolehan menyanyi.

Memahami kehendak pertandingan jika menyertai pertandingan.

Mengetahui siapa yang akan diraikan.

Berbincang dengan rakan-rakan yang mempunyai pengalaman untuk mendapatkan idea.

3.1.2. Menganalisa Skor Lagu

Bagi sesebuah kumpulan koir yang berjaya, menganalisa skor lagu merupakan sesuatu yang amat penting. Setiap lagu yang dicadangkan perlu dianalisa, dinilai dan disemak dari beberapa sudut agar lagu tersebut sesuai. Aspek-aspek yang perlu ditekankan adalah seperti:

a) Bentuk atau form lagu

b) Melodi lagu termasuk julat not-not serta jeda dalam gubahan

c) Harmoni lagu yang melibatkan lapisan suara dan juga tekstur suara

d) Perubahan-perubahan irama atau rhythm

e) Tanda-tanda ekspresi dan dinamik dalam lagu

f) Menentukan tempat yang bersesuaian bagi pernafasan

Semua di atas perlu untuk guru mengenalpasti kesukaran-kesukaran yang mungkin akan dihadapi semasa nyanyian, disebabkan oleh latar belakang kumpulan koir dari aspek umur, jantina dan kaum.

3.1.3. Membuat Latihan Merancang dan Melatih

Semasa latihan seseorang pemimpin koir perlu merancang sesi latihan mengikut disiplin-disiplin yang tertentu walaubagaimana pun ahli-ahli masih mempunyai kebebasan bagaimana ianya dapat dilaksanakan. Umur ahli-ahli juga perlu diambil perhatian agar sesi latihan yang dirancang tidak begitu ketat dan terikat. Pemimpin koir perlu menjadikan latihan koir sebagai sesuatu yang menyeronokkan agar ahli-ahli berminat untuk kekal dalam kumpulan tersebut. Dengan cara ini kehadiran ahli tidak akan merosot.

Persediaan latihan perlu dipecahkan kepada enam aspek utama:

1. Pemilihan ahli koir, jurulatih pembantu dan pemuzik

2. Pemilihan repertoire mengikut konsep persembahan

3. Penjadualan latihan masa dan tempat

4. Aplikasi latihan bagaimana latihan dijalankan

5. Pemurnian akhir sebelum persembahan

6. Raptai persembahan

3.1.4. Membuat Persembahan

Ketika ingin mengadakan persembahan terdapat tiga aspek perlu dilaksanakan iaitu:a) Sebelum Persembahan

Pemimpin koir mesti memastikan bahawa persediaan akhir dilakukan dengan teliti seperti mengadakan raptai akhir, memastikan kostum cukup dan berkeadaan baik serta memastikan hiasan menepati kehendak pemimpin koir. Ahli-ahli koir perlu diberi rehat yang mencukupi. Motivasi bagi menguatkan semangat ahli-ahli perlu diberikan agar mereka tidak gugup semasa berada di pentas semasa persembahan. Mereka juga perlu dimaklumkan giliran persembahan dan telah mengadakan latihan keluar dan masuk pentas. Ini dapat membantu ahli-ahli bersedia dari segi minda.b) Semasa Persembahan

Semasa membuat persembahan, keselesaan ahli koir perlu menjadi keutamaan, dan ahli telah mengetahui susunan lagu dan seterusnya dapat memberi tumpuan pada persembahan. Konduktor juga dapat memberi segala tanda isyarat dengan jelas dan dapat dilihat oleh semua ahli termasuk pemuzik. Muzik yang dimainkan juga perlu jelas dan dapat didengar oleh ahli koir.

c) Selepas Persembahan

Sebaik saja persembahan selesai, pemimpin koir semestinya tidak perlu membuat sebarang ulasan atau komen kepada ahli-ahlinya. Ahli-ahli perlu diberi rehat agar mereka dapat bertenang. Post-mortem boleh dibuat bila segalanya sudah selesai dan pada masa yang sesuai. Sebarang kesalahan ahli tidak perlu ditimbulkan kerana ianya dapat memberikan impak bagi persembahan akan datang. Perbincangan hanya akan menyentuh cara atau teknik yang lebih baik bagi memperkemaskan lagi persembahan.3.1.5. Membuat Perancangan Peningkatan Kumpulan Koir

Semasa menjalankan post-mortem seorang pemimpin perlu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kumpulan koirnya. Bagi meningkatkan lagi mutu koir perancangan baru perlu diadakan dari segi persembahan, pengurusan dan sebagainya. Perancangan strategi perlu baru perlu dibuat walaupun persembahan yang dilakukan oleh kumpulan koir tersebut adalah yang sangat. Ini adalah bagi meningkatkan lagi kumpulan koir agar dapat menjadi yang terbaik. 4.0. TEKNIK-TEKNIK PERMANASANSelain pernafasan dan juga postur, teknik fonasi merupakan salah satu teknik terpenting bagi mendapatkan kualiti suara yang baik. Menurut sumber laman sesawang iaitu nukilan Paul Mason di laman Voice Training, fonasi adalah satu penghasilan suara kesan getaran yang terhasil daripada peti suara dan juga aliran udara. Untuk lebih jelas lagi saya telah membaca satu artikel di laman sesawang Wikipedia di bawah tajuk Vocal Pedagogy menyatakan fonasi adalah pembunyian yang berlaku di kotak suara yang bergetar seakan-akan berkala. Selain itu di dalam kata lain, proses menyuarakan yang menggunakan pembunyian yang panjang di mana ia berlaku di bahagian larynx yang mengubah aliran udara. Proses ini secara fisiologinya di panggil supra-glottal.

Gambar Peti SuaraBagi mewujudkan hasil suara yang baik, penyelarasan nafas pengawalan peti suara adalah penting bagi melancarkan aliran udara di bahagian peti suara atau kawasan lipatan vokal. Perkara ini penting bagi menghasilkan suara atau kualiti bunyi yang bersih dan jelas. Melihat kepada cadangan Meribeth 2005, beliau mencadangkan supaya melakukan aktiviti nyanyian dengan dua keadaan yang berbeza bagi membanding bezakan hasil yang diperolehi. Keadaan yang pertama, menggunakan satu frasa lagu dengan menyanyikan menggunakan teknik fonasi yang lemah dan rakamkan. Keadaan yang kedua, menggunakan frasa lagu yang sama dan menggunakan teknik fonasi dengan baik dan rakamkan. Kemudian bandingkan kedua rakaman tersebut bagi mencari perbezaan kualiti suara.4.1. TEKNIK VOKAL: FONASI

Dalam nyanyian pemanasan suara perlu dijalankan agar penyanyi akan dapat menyanyi dengan baik selain daripada mengelakkan daripada berlaku kecederaan pada pita suara. Sama seperti aktiviti sukan yang memerlukan latihan pemanasan badan bagi mengelakkan kecederaan pada ahli sukan, penyanyi juga perlu melakukan latihan pemanasan agar nyanyian dapat dihasilkan dengan jelas, indah, merdu dan nyaring.

Terdapat beberapa jenis latihan bagi mendapatkan hasil yang baik dari teknik fonasi ini. Berikut adalah jenis latihan fonasi yang boleh dipraktikkan bagi menghasilkan kualiti suara yang baik. Saya juga telah mengambil contoh latihan fonasi dari buku Basics of Singing karya Jan Schmidt dan Heidi Counsell Schmidt dan seperti yang tertera di bawah:

1. Membuat aktiviti menguap sambil membuka rongga suara. Di awal aktiviti, mulakan dengan pic yang tinggi kemudian diluncurkan ke pic yang rendah. Semasa menguap gunakan bunyi vokal ah atau oh. Contoh notasi:

Kemudian latihan tersebut diteruskan kepada pergerakan yang lebih sukar iaitu meluncurkan pic tersebut ke atas dan ke bawah. Contoh notasi:

2. Membuat aktiviti dengan mengeluarkan suara iaitu lebih kepada bentuk nyanyian dengan mengawal pernafasan di sekitar hidung ke dalam pic yang mempunyai not yang tinggi dan yang rendah. Contoh notasi:

Selain itu juga, latihan fonasi boleh dilakukan secara muzikal tetapi menggunakan aktiviti berkaitan dengan pergerakan dan bunyi-bunyian alam sekeliling. Antara contoh aktiviti tersebut ialah:

1. Animal Farm

a. The Donkey

i. Haiwan apa yang mempunyai dua suara? (suara atas/tinggi dan suara bawah/rendah) Jawapannya adalah keldai

ii. Kanak-kanak disuruh mengimitasikan bunyi keldai (hee-haw)

iii. Pastikan sebutan kedengaran dengar jelas

b. The Horse

i. Kuda juga menggunakan gabungan dua jenis suara (rendah dan tinggi

ii. Kanak-kanak diajar membuat bunyi kuda (hyeee)

iii. Imitasi bunyi ini memerlukan sokongan yang kuat pada abdomen

2. WOOFERS AND TWEETERS

a. Little Dog

i. Kanak-kanak diajar mengimitasi bunyi seekor anjing (yip-yip)

ii. Pastikan suara mereka ringan dan tinggi

b. Dog Fight

i. Kanak-kanak secara berpasangan disuruh membunyikan suara anjing bergaduh sesame sendiri

ii. Seorang menggunakan bunyi woof manakala seorang lagi menggunakan bunyi yip, yipiii. Latihan ini menggunakan sokongan abdomen

c. Tweeters

i. Kanak-kanak disuruh mengimitasi suara burung

1. Burung kakak tua yang sedang bercakap Polly want a cracker!

2. Gagak ca-ca

3. Cuckoo koo-koo-koo

Segala contoh latihan di atas adalah siri latihan yang membawa kepada penghasilan mutu nyanyian yang baik. Ini kerana teknik fonasi sangat penting proses nyanyian berlaku. Oleh itu jenis-jenis latihan tersebut boleh diubah mengikut kesesuaian penyanyi atau pelajar vokal.

4.2. TEKNIK VOKAL: REGISTER

Teknik vokal register adalah salah satu teknik terpenting di dalam nyanyian. Teknik melatih kita untuk mengawal kedudukan atau register suara dan menggunakan teknik tersebut dengan betul. Teknik register terhasil di dalam di kotak suara manusia dengan bentuk getaran yang tertentu. Getaran tersebut bergantung kepada julat yang tertentu kerana ia akan menghasilkan pic yang tertentu. Register suara terdapat tiga bahagian iaitu, register atas, tengah dan bawah dan melibatkan dua resonans iaitu resonans suara dada dan suara kepala.

Ahli-ahli patologi menyatakan bahawa kotak suara manusia mampu menghasilkan empat getaran yang berbeza iaitu kenali sebagai modal, fry vocal, falsetto dan whitsle. Tetapi kebanyakkan cendiakawan mengistilahkan kemampuan ini kepada nama suara dada dan suara kepala dan falsetto. Pengunaan istilah ini lebih mudah difahami kerana wujud kekeliruan dalam pemahaman register suara di mana mereka salah meletakkan nama pada suatu kedudukan register suara.

Bentuk otot yang terlibat ketika suara dada

Penggunaan istilah suara dada, suara kepala dan falsetto adalah yang paling meluas di kalangan penggiat muzik amnya dan penyanyi khasnya. Suara dada di kenali sekitar abad ke-13 setelah suara ini dibezakan dari suara tekak dan suara kepala. Suara dada terhasil dari getaran resonans di bahagian rongga dada di mana penggunaannya adalah amat terhad iaitu hanya digunakan di bahagian pic yang rendah dan suara biasa (suara percakapan). Semasa penggunaan teknik suara dada, bahagian kotak suara akan mengesan getaran yang berkala pada rawan yang berhubung dengan pangkal tekak. Penyanyi akan diberi gambaran bahawa berlaku satu getaran di bahagian muka dan torasik atau dada.

Suara kepala juga telah dikenali pada abad ke-13 seperti yang dinyatakan oleh Johannes de Garlandia dan Jerome of Moravia. Penggunaan teknik adalah sesuai ketika menyanyikan pic yang tinggi. Menurut Clippinger, titik permulaan pertukaran register suara bagi lelaki dan perempuan bermula dari huruf Eb atau E di atas middle C. Kelebihan penggunaan teknik adalah memudahkan seseorang penyanyi itu menyanyikan pic yang tinggi dengan selesa. Ini kerana suara kepala mempunyai renj yang besar berbanding suara dada.

Selain menggunakan teknik suara kepala, terdapat satu lagi teknik yang digunakan ketika hendak menyanyikan lagu yang mempunyai pic yang tinggi. Teknik ini dipanggil dengan nama suara falsetto atau suara palsu. Ia adalah suara yang berada di atas renj suara sebenar dalam lingkuang renj satu oktaf. Kebiasaannya pengguna teknik ini akan menghasilkan suara yang breathy di mana jumlah penggunaan udara adalah lebih banyak. Oleh itu, pengawalan pernafasan sangat penting bagi menghasilkan mutu suara yang baik.

5.0. KESIMPULANUntuk menghasilkan sebuah kumpulan koir yang baik dan berjaya, perancangan yang teratur dan teliti perlu buat dan perlu dipatuhi. Sekiranya perancangan ini dibuat dengan baik maka seseorang pemimpin itu akan dapat menghasilkan sebuah kumpulan yang berkesan dan berkualiti. Sistem penjadualan dan sikap yang tegas dalam mengendalikan kumpulan perlu diambil berat agar ahli kumpulan koir tidak mengambil kesempatan atau sambil lewa menjalani sesi latihan. Sikap kesungguhan mengendalikan latihan akan menarik keyakinan dan semangat kepada ahli kumpulan koir menjalani latihan dengan baik.

Latihan dengan mengadakan warm-up vokal dan tubuh turut menarik minat serta perangsang kepada ahli koir. Mungkin aktiviti-aktiviti tersebut kelihatan tidak begitu penting tetapi ia sebenarnya amat penting kerana ia boleh memberi persediaan fizikal yang berkesan dalam nyanyian di samping membantu menggalakkan ahli menyertainya kerana sesi tersebut adalah sungguh menarik seperti suatu permainan atau hiburan. Contohnya senaman ringan dari segi fizikal, pemanasan suara yang mempunyai pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti bubbling, humming, dan cara latihan suara yang menggunakan pelbagai teknik yang menarik lagi berkesan.

Seorang pemimpin koir yang baik perlu menjadikan sesi latihan koir sebagai satu sesi yang menarik dan menyeronokkan. Dengan cara ini minat ahli-ahli koir akan lebih bertambah untuk terus bersama dengan kumpulan tersebut. Latihan yang betul dan berkesan penting kepada ahli koir. Pujian atau motivasi perlu diberikan oleh jurulatih sebagai perangsang dan dorongan dalam menambahkan kekuatan semangat mereka menyanyi dengan berkesan.RUJUKAN

Anderson, M. William., Lawrence, E. Joy. (2001). Elementary Classroom 5th Edition. United States of America: Wadswoah Thomson Learning

Benjamin, Thomas., Melson, Robert. (2008). Techniques And Materials Of Music 7th Edition. United States Of America: Thomson Schirmer

Christy, Van A. (1990). Foundations In Singing: A Basic Textbook In Vocal Technique And Song Interpretation (2nd Edition). WM.C.Brown Publishers

Hackett, Patricia. (1988). The Musical Classroom Background Models And Skills For Elementary Teaching. New Jersey, United States of America: Prentice Hall Inc.

Herrold, M. Rebecca. (2001). New Approaches To Elementary Classroom Music (3rd Edition). United States of America: Prentice Hall

McRae, W.Shirley. (1991). Directing The Childrens Choir. New York: Schirmer Books

Phillips, H. Kenneth. (1996). Teaching Kids To Sing. New York: Schirmer Books

Schmidt, Jan. (1989). Basics Of Singing 2nd Edition. New York: Schirmer Books

Soewito, M. (1996). Teknik Termudah Olah Vokal Dan Lagu. Jakarta: Titik Terang

Turner, J. Clifford. (1976). Voice And Speech In The Theatre. Pitman Publishing

Welch, Graham., Murao, Tadahiro. (1994). Onchi And Singing Development: A Cross-Cultural Perspective. Great Britain: The Roehampton Institute

Koir

http://Ms.Wikipedia.Org/Wiki/KoirResepi Muzik Sayahttp://janecheahblogger.blogspot.com/2011/11/nyanyian-harmoni.htmlSejarah Muzikhttp://duniamuzzikku.blogspot.com/p/sejarah-muzik.htmlPAGE 1

_1253083327.bin