hbml4403

16

Click here to load reader

Upload: muhammad

Post on 21-Jul-2015

66 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hbml4403

1.0 Pengenalan Akhbar Dan Majalah

Konsep Akhbar Dalam Darjah (ADD) perlu diteruskan untuk kebaikan pelajar Malah, saya

berpendapat wajar akhbar dan majalah digunakan di sekolah untuk kebaikan pelajar Menggunakan

akhbar dalam P&P bukan saja menyeronokkan malah mampu menanam minat membaca di

samping menggalakkan pelajar mendapat pelbagai ilmu baru menerusi pelbagai bahan berita .

Dalam masyarakat yang tidak boleh menulis dan membaca, pelajaran disampaikan secara

komunikasi lisan. Dalam masyarakat yang tinggi tamadunnya, pelajaran disampaikan dengan

berbagai-bagai corak komunikasi termasuklah komunikasi massa untuk menyampaikan mesej

mesej pelajaran, pengetahuan dan pelbagai maklumat. Penggunaan media massa dalam pengajaran

merupakan satu alternatif kepada guruguru bahasa Melayu untuk menjadikan pengajaran lebih

berkesan.

Sehubungan itu, sarjana-sarjana Barat seperti Cheyney (1998), Michael dan Catherine

(2009) mencadangkan supaya setiap orang membaca akhbar kerana harganya murah dan pembaca

akhbar boleh menggilap berita dan informasi berguna di dalamnya. Cadangan mereka

menunjukkan bahawa akhbar telah lama dijadikan sebagai alat untuk mendapatkan ilmu, bahkan

akhbar dianggap sebagai satu institusi. Kenyataan beliau turut dikaji oleh Lim Duan Lib (1997)

yang mendapati bahawa penggunaan petikan daripada akhbar dan majalah merupakan rangsangan

yang memikat pelajar-pelajar untuk belajar bahasa Melayu jika petikan-petikan itu dipilih dengan

teliti dan cekap oleh guru bahasa Melayu

1.1 Pandangan Keberkesanan Penggunaan Akhbar Dan Majalah Di Dalam Bilik

Darjah

Guru akui akhbar alternatif terbaik bahan P&P . Pelbagai sekolah mengakui pelaksanaan konsep

Akhbar Dalam Darjah (ADD) yang menggunakan akhbar sebagai satu daripada bahan bantu

mengajar mampu meningkatkan prestasi pelajar. Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

Pintu Geng, Kota Bharu, Nik Shafna Nik Daud, 36, yang melaksanakan ADD menggunakan

Page 2: Hbml4403

akhbar Berita Harian berkata, ia juga antara alternatif terbaik meningkatkan mutu pengajaran dan

pembelajaran (P&P).

Sejak melaksanakan konsep ADD dalam kelasnya, beliau berkata, kebanyakan pelajarnya

menunjukkan prestasi memberangsangkan berbanding sebelumnya.“ADD mempunyai kelebihan

tersendiri kerana P&P dapat dijalankan dengan cukup menarik termasuk menggunakan pelbagai

bahan, contohnya grafik dan dan gambar berwarna-warni. “Lagipun untuk mendapatkan Berita

Harian mahupun sisipan SKOR, Minda atau Didik, seseorang pelajar hanya perlu membelanjakan

kos cukup minimum,” katanya ketika ditemui selepas Bengkel ADD Peringkat Kelantan anjuran

Berita Harian di Kota Bharu, baru-baru ini.

Guru Bahasa Inggeris, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa, Tan Boon Ai,

53, berkata ramai pelajarnya menunjukkan peningkatan penguasaan dalam bahasa berkenaan

setelah melaksanakan ADD. Sehubungan itu, beliau berharap lebih ramai guru di negara ini

menggunakan konsep itu sebagai salah satu pendekatan menarik minat pelajar meningka tkan

prestasi pelajaran masing-masing. “Saya menggalakkan pelajar untuk memotong keratan akhbar

sebagai kerja rumah. Dalam setahun, mereka perlu mempunyai lebih kurang 40 potongan akhbar

atau tiga keratan seminggu.

“Dengan potongan akhbar ini, pelajar diminta membina dan mencari ayat sukar, seterusnya

diterjemahkan menggunakan bahasa lebih mudah,” katanya. Guru Bahasa Inggeris Sekolah

Menengah Kebangsaan Kadok, Kota Bharu, Aziz Noor yang juga sependapat berkata, pelaksanaan

konsep ADD banyak membantunya tingkatkan pengajaran dalam kelas.Mengakui penggunaan

buku teks lebih penting memandangkan soalan peperiksaan berdasarkan sumber berkenaan,

namun Aziz menyifatkan penggunaan akhbar juga tidak kurang manfaatnya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Pendidikan/20100301073400/Article/in

dex_html

Page 3: Hbml4403

1.2 Pandangan Keberkesanan Bahan Pengajaran Berasaskan ICT

Kelebihan ini tidak ada pada bahan bantu yang lain seperti buku teks atau bahan yang lebih

bersifat satu hala. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah diasaskan oleh

perkembangan dan kemajuan pesat dalam bidang microelektronik dan menghasilkan pelbagai

kemudahan teknologi seperti komputer peribadi. Telekomunikasi multimedia dan sebagainya.

Kemunculan internet juga telah meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan informasi bersepadu

dan diaplikasikan sebagai media komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik dan video. Antara

kesan yang dilihat dalam pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa adalah

mampu menjana idea baru, kreativiti dan inovasi dalam memantapkan lagi penggunaan bahasa

contohnya Bahasa Melayu.

Pelajar belajar mengikut kemampuan sendiri. Apabila menggunakan komputer pelajar akan

dapat mempelajari Bahasa Melayu mengikut kemampuan sendiri, dimana pelajar boleh

meneruskan sesi pembelajaran jika mampu dan mengulang semula jika sukar untuk difahami.

Tambahan pula sesuatu perkara itu boleh diulang-ulang beberapa kali supaya dapat mengingat

kembali. Bagi pelajar yang cemerlang pula boleh meneruskan pembelajaran ke topic yang baru.

Jadi sudah tentu P&P Bahasa Melayu menjadi releven dengan tuntutan emasa. Menurut pengkaji-

pengkaji terdahulu(Zamri Mohamad 2008,76):

a) Meningkatkan Minat Terhadap Mata Pelajaran

b) Meningkatkan Keberkesanan Dalam Kefahaman Dan Penguasaan Bahasa

c) Meningkatkan Minat Dalam Satu-Satu Mata Pelajaran

d) Berkesan Jika Selari Dengan Sukatan Mata Pelajaran.

Pedagogi berbantukan ICT ini juga dapat dikalangan para pelajar. Biasanya pelajar lebih

memahami proses P&P jika terdapat bahan yang boleh member rangsangan kepada mereka.

Misalannya penggunaan Multimedia, Internet, Facebook dan sebagainya mampu meningka tkan

motivasi untuk merekea mempelajari Bahasa Melayu. Kelpagaian bahan mampu memberi

penjelasan yang lebih. Pelajar juga boleh belajar tanpa penyeliaan atau dengan penyeliaan yang

minimum. Melalui teknik ini pelajar tidak bergantung seratus peratus dibahu guru. Mereka boleh

Page 4: Hbml4403

melakukan sendiri sama ada di sekolah mahupun di rumah. Kekangan masa, jadual waktu dan

kehendak kurikulum boleh diminimunkan kerana mereka boleh mendapatkan bahan Bahasa

Melayu melalui pelbagai sumber ICT.

Memberi peluang kepada pelajar untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran

masing-masing. Peningkatan pelajaran pada zaman sekarang bergantung kepada Pedagogi yang

digunakan oleh guru. Apabila guru menggunakan Pedagogi Berbantukan ICT akan mendorong

pelajar terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran. Apabila pelajar aktif sudah tentu mereka

mampu mengemukan pendapat dan seterusnya mampu mempelajari Bahasa Melayu dengan baik.

Memberi peluang kepada pelajar untuk menangani masalah sebenar di dalam Kelas. Tidak seperti

kelas tradisonal kekuasaan terletak ditangan guru. Guru menjadi autrokratik dan berkuasa penuh.

Melalui penggunaan ICT guru membuka seluas-luasnya proses pembelajaran dengan berbantukan

ICT. Bayangkan guru hanya mengawal proses P &P dan pelajar menggunakan peralatan ICT untuk

mempelajari Bahasa Melayu.

2.0 Penjelasan Kelebihan Penggunaan Akhbar Dan Majalah Di Dalam Bilik

Darjah.

2.1 Penggunaan Keratan Akhbar Dalam Pengajaran

Satu daripada kaedah yang digunakan dalam pengajaran bahasa adalah melalui penggunaan bahan

bantu mengajar. Penggunaaannya bertujuan menarik perhatian pelajar supaya meminati pelajaran

yang diajarkan. Hal itu dikatakan demikian kerana pengajaran secara langsung yang berterusan

akan membosankan pelajar dan mampu menghilangkan semangat untuk belajar.

Rasional penggunaan keratan akhbar sebagai bahan bantu mengajar disandarkan kepada pendapat

seorang pakar pendidikan, Edgar Dale (1978) yang menggariskan tujuh kepentingan penggunaan

BBM:

i. Merangsang minat yang tinggi dalam kalangan pelajar.

ii. Menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman serta corak

pemikiran dan oleh itu mengurangkan pelbagai gerak lisan daripada pelajar.

Page 5: Hbml4403

iii. Membekalkan satu dasar untuk perkembangan pemelajaran pelajar dan oleh itu

menjadikan pelajaran mereka lebih kekal.

iv. Menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperoleh dengan mudahnya melalui

cara-cara lain.

v. Menolong pelajar dalam kefahaman dan oleh itu mempercepat perkembangan

perbendaharaan kata.

vi. Menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan demikian merangsangkan

kegiatan seorang pelajar.

vii. Mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan demikian menambahkan bacaan

sukarela.

2.1.1 Merangsang Minat

Berdasarkan hal yang diperkatakan oleh Dale, nyatalah bahawa bahan bantu mengajar

berupaya menanam minat dan mengembangkan kreativiti pelajar. Selain itu, bahan bantu

mengajar dapat juga memberikan keseronokan kepada pelajar kerana dengan

penggunaannya, pelajar akan mengalami situasi yang terkeluar daripada suasana

pemelajaran biasa dan seterusnya dapat menghindarkan mereka daripada berasa bosan

untuk belajar.

Penggunaan keratan akhbar boleh dijalankan dengan membuat perancangan pada awal

tahun lagi. Setiap pelajar akan diberi tugas secara bergilir-gilir untuk membuat keratan

akhbar, berupa keratan rencana pengarang akhbar. Tarikh giliran itu ditetapkan oleh guru

untuk satu tahun iaitu, satu sesi pengajian. Keratan akhbar tersebut akan ditampal pada

setiap hari di dalam buku khas yang akan disimpan oleh setiausaha kelas.

2.1.2 Sebagai Latihan

Keratan rencana pengarang akhbar dapat memberikan sumbangan yang besar kepada

pelajar dalam aspek pengucapan lisan, terutama pelajar tingkatan 3 untuk ujian

Page 6: Hbml4403

Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS). Aktiviti tersebut dapat dijadikan sebagai

latihan sebelum mereka diuji untuk PLBS.

Untuk aktiviti lisan, guru hendaklah memastikan setiap pelajar sentiasa bersedia

dengan keratan rencana pengarang akhbar masing-masing. Pada setiap hari, iaitu pada

sepuluh minit pertama masa pengajaran, guru akan

meminta pelajar tampil ke hadapan bagi memperkatakan topik atau fakta yang terkandung

dalam keratan rencana pengarang akhbar yang dibacanya. Fakta tersebut hendaklah

diucapkan secara lisan tanpa merujuk keratan tersebut.

2.1.3 Menjana Kreativiti

Dengan cara itu, pelajar dapat dilatih menggunakan kreativiti sendiri untuk berucap di

khalayak atau pengucapan awam yang juga dapat menolong pelajar dalam ujian lisan.

Selain itu, cara ini juga dapat melahirkan pelajar yang petah bercakap.

Keratan rencana pengarang akhbar juga dapat membantu pelajar dalam penulisan

karangan. Melaluinya, guru hendaklah meminta pelajar menyenaraikan isi-isi penting

yang terdapat dalam keratan tersebut di dalam buku latihan sebelum ditampal di dalam

buku khas yang disediakan. Semasa pelajar membentangkan keratan rencana pengarang

akhbar di kelas, pelajar yang lain hendaklah membuat catatan di dalam buku latihan.

Kaedah tersebut tentunya menjimatkan masa kerana dalam setahun, setiap pelajar hanya

dikehendaki membuat tujuh hingga lapan keratan sahaja. Hasil daripada perkongsian

antara pelajar, mereka berjaya mengumpul semua tajuk keratan rencana pengarang akhbar

untuk setahun (365 buah keratan akhbar)

2.1.4 Membina Nilai Seronok Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Sepanjang sesi pengajian berlangsung, guru akan memilih tajuk yang tertentu daripada

keratan rencana pengarang akhbar yang dikira penting untuk perbincangan di kelas bagi

aktiviti penulisan karangan. Aktiviti tersebut akan memberikan keseronokan kepada

Page 7: Hbml4403

pelajar kerana mereka dapat berkongsi bahan dan idea, serta dapat berbincang bersama -

sama.

Bahan-bahan ini adalah bahan yang biasa digunakan sehingga kita tidak member perhatian

kepada nilai kepentingan bahan ini kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-

bahan ini akan merangsang pelajar untuk menggunakan pelbagai deria pelajar dalam

pembelajaran mereka. Antara bahan tersebut termasuklah bahan bercetak, graf, carta selain

realia, model dan objek sebenar. Bahan realia dan model-model merupakan bahan sebenar

yang dibawa ke dalam bilik darjah

Keratan rencana pengarang akhbar juga dapat membantu pelajar dalam penulisan

karangan. Melaluinya, guru hendaklah meminta pelajar menyenaraikan isi-isi penting yang

terdapat dalam keratan tersebut di dalam buku latihan sebelum ditampal di dalam buku

khas yang disediakan. Semasa pelajar membentangkan keratan rencana pengarang akhbar

di kelas, pelajar yang lain hendaklah membuat catatan di dalam buku latihan. Kaedah

tersebut tentunya menjimatkan masa kerana dalam setahun, setiap pelajar hanya

dikehendaki membuat tujuh hingga lapan keratan sahaja. Hasil daripada perkongsian

antara pelajar, mereka berjaya mengumpul semua tajuk keratan rencana pengarang akhbar

untuk setahun (365 buah keratan akhbar). Sepanjang sesi pengajian berlangsung, guru akan

memilih tajuk yang tertentu daripada keratan rencana pengarang akhbar yang dikira

penting untuk perbincangan di kelas bagi aktiviti penulisan karangan. Aktiviti tersebut

akan memberikan keseronokan kepada pelajar kerana mereka dapat berkongsi bahan dan

idea, serta dapat berbincang bersama-sama (Izani, 2010).

3.0 Penjelasan Kelemahan Penggunaan Akhbar Dan Majalah Di Dalam Bilik

Darjah

3.1 Bahan Terhad Kepada Isi Majalah Tiada Penjelasan Terperinci

Bahan pembelajaran yang tidak membolehkan pelajar mencapai maklumat tanpa perlu mengikut

laluan yang selaian telah ditetapkan seperti lembaran buku dan teks. Ia memyebabkan pelajar tidak

Page 8: Hbml4403

mencapai maklumat mengikut minat, keupayaan, kehendak hati mereka sendiri dan keselesaan

masing-masing. Ia membolehkan pelajar menggunakan cara yang mereka gemari bagi memahami

sesuatu topik tanpa sepenuhnya bergantung kepada pengajaran yang disampaikan oleh guru

mereka. Kadang kala terdapat masalah dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya apabila

ingin menerangkan bahagian pelajaran yang sukar diterangkan atau difahami jika hanya

menggunakan teks. Contohnya ialah sewaktu memperkenalkan tentang makhraj huruf hijaiyyah,

maka penggunaan media sokongan seperti grafik dan video akan lebih memudahkan dan

mempercepatkan lagi proses untuk memahami tajuk tersebut

Pembelajaran dengan menggunakan multimedia dapat menyediakan pelbagai bentuk pengukuhan

dengan menggunakan pelbagai jenis media seperti teks, audio, grafik dan animasi. Oleh yang

demikian, penggunaan multimedia yang membekalkan pelbagai jenis maklumat dalam pelbagai

bentuk, media dan pendekatan dapat membantu dalam pembentukan corak ingatan yang lebih

kompleks dan seterusnya memudahkan proses capaian maklumat tersebut pada masa

hadapan.berbeza dengan pembelajaran berasaskan ADD ia lebih terarah kepada pembelajaran

sehala bukan kepelbagaian pencapahan pemikiran.

sebagai contoh : topik kejadian siang malam. pelajar hanya mengetahui melalui kaedah 2D

berbanding tayangan video 3D menjadikan pelajar lebih faham

3.2 Bahan Mudah Menjadi "Out Of Date"Ketinggalan Zaman

Penggunaan ADD dapat kurang mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangsang pelajar

untuk terus belajar. Ini kerana ia memaparkan sesuatu yang sama dengan buku teks dan buku

latihan yang biasa digunakan. Kesamaan ini mempengaruhi minat dan juga motivasi mereka untuk

terus mendalami ilmu pengetahuan yang dibawa bersama oleh media tersebut. Apabila minat dan

motivasi para pelajar diransang, proses pembelajaran seterusnya lebih mudah dilaksanakan.

berbanding alatan ict dipengaruhi element warna, reka bentuk menarik audio visual dan

sebagainya . hasilnya pembelajaran lebih menarik terutama bagi kumpulan pelajar lemah. interaksi

antara guru dan pelajar mendatar . Pembelajaran tidak secara aktif dipercayai tidak dapat dapat

menimbulkan suasana persaingan yang sihat sesama pelajar berbanding Interaktiviti dalam sistem

Page 9: Hbml4403

multimedia membolehkan sesuatu proses latihan atau pengajaran dijalankan mengikut kesesuaian,

keperluan dan cita rasa pelajar.

3.3 Tidak Boleh Diubah Suai Struktur Ayat Atau Perkataan Sekiranya Berkeperluan

Responden perlu dibimbing berkaitan konsep tanda bacaan dan latihan sebagai menguji

kefahaman mereka memangdangkan strutur ayat dalam majalah lebih terarah kepada ayat penyata

bukan kepelbagaian pola ayat yang ingin dibina.. Pelajar perlu mahir bahasa serta penguasaan

pemahan yang tinggi. Stail pembelajaran yang lama tidak berupaya menyediakan persekitaran

pembelajaran yang berbentuk pelbagai pancaindera dan ia sesuai untuk manusia yang mempunya i

berbagai-bagai gaya pembelajaran dan tahap kognitif. Ia juga membantu para pelajar menjadi

fleksibel dalam proses mental mereka dan bukan hanya membatasi diri mereka dengan gaya sendiri

sahaja. ini menyebabkan perkemnbangan minda terbatas. lantas bagaimana keperluan

pembelajaran berasaskan KBAT pasti terganggu.

Pelbagai bentuk maklumat dapat disampaikan dengan kurang berkesan dan menarik. Penggunaan

gambar rajah dan video umpamanya ketika menerangkan tentang praktikal solat dan sebagainya

sangat elok digunakan bagi meningkatkan keberkesanan dan kefahaman pelajar terhadap apa yang

diajarkan. Kajian juga menunjukkan maklumat yang diterima dalam bentuk grafik dan gambar

rajah dapat diterima dengan lebih mudah serta dikodkan dalam minda pelajar.berbanding bentuk

gambar sahaja.

3.4 Perlu Memilih Dahulu Berdasarkan Keperluan Semasa

Kesesuaian Menggunakan Akhbar Sebagai Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Sekolah Menengah diselanggara sebagai bahan bantu mengajar, menimbulkan minat kepada

pelajar. .Kelemahan ADD berlaku apabila pelajar yang kurang membaca maka pengajaran guru

menjadi kurang berkesan sikap dan minat pelajar menjadikan guru terpaksa bekerja 2 kali ganda

bagi memilih keperluan pembelajaran kepada pelajar tentang bahan-bahan bacaan yang sesuai

khususnya akhbar (Lim Duan Lib, 1997). Keadaan menjadi lebih buruk lagi apabila banyak guru

Page 10: Hbml4403

yang tidak gemar membaca. Kajian yang dibuat oleh Mahzan (2004) mendapati bahawa ramai

pendidik di negara ini tidak menunjukkan minat yang tinggi dalam kegiatan membaca. Menurut

Mahzan (2004), jumlah pendidik yang membaca kurang daripada sepuluh jam seminggu adalah

hampir 50 peratus daripada jumlah pendidik dalam kajian beliau. Dengan perkataan lain, mereka

hanya membaca lebih sedikit daripada satu jam sehari. Dengan bacaan yang terbatas, guru tidak

dapat menyampaikan isi kandungan tentang penulisan karangan yang bernas dan meluas

Guru perlu memikirkan kemampuan pelajar, pencapaian objektif kesesuaian pembelajaran serta

teknik pengajaran yang berkesan ini menambahkan kerja. kerana buka semua bahan akhar mampu

digunakan terutama sebahagian subjek seperti kimia, fizik tidak terdapat dalam akhbar.

4.0 Cadangan Langkah Untuk Menggiatkan Penggunaan Akhbar Dan Majalah Di Dalam

Bilik Darjah

4.1 Sebagai salah satu Aktiviti Pembelajaran

mengunakan akhbar agar ia bukan sekadar saluran menyampaikan maklumat kepada orang ramai,

tetapi boleh dimanfaatkan oleh guru dan pelajar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran

(P&P) dalam bilik darjah. Keberkesanannya dalam P&P banyak membantu guru melaksanakan

proses pengajaran dan menjadikan suasana di bilik darjah aktif dan menarik, sekali gus

merangsang minat pelajar untuk memberi tumpuan kepada pelajaran. Pada masa sama, pelajar juga

dapat menambah pengetahuan dengan pelbagai maklumat semasa yang dimuatkan akhbar, sama

ada maklumat dalam atau luar negara, di samping bertujuan memantapkan kualiti bahasa.

Penggunaan akhbar melalui konsep Akhbar Dalam Darjah (ADD) yang diperkenalkan Berita

Harian boleh membantu tugas guru melaksanakan tanggungjawab dalam pengajaran dengan lebih

berkesan.Dengan cara itu, pelajar dapat dilatih menggunakan kreativiti sendiri untuk berucap di

khalayak atau pengucapan awam yang juga dapat menolong pelajar dalam ujian lisan. Selain itu,

cara ini juga dapat melahirkan pelajar yang petah bercakap.

Keratan rencana pengarang akhbar juga dapat membantu pelajar dalam penulisan karangan.

Melaluinya, guru hendaklah meminta pelajar menyenaraikan isi-isi penting yang terdapat dalam

keratan tersebut di dalam buku latihan sebelum ditampal di dalam buku khas yang disediakan.

Semasa pelajar membentangkan keratan rencana pengarang akhbar di kelas, pelajar yang lain

hendaklah membuat catatan di dalam buku latihan. Kaedah tersebut tentunya menjimatkan masa

Page 11: Hbml4403

kerana dalam setahun, setiap pelajar hanya dikehendaki membuat tujuh hingga lapan keratan

sahaja. Hasil daripada perkongsian antara pelajar, mereka berjaya mengumpul semua tajuk keratan

rencana pengarang akhbar untuk setahun (365 buah keratan akhbar).

Sepanjang sesi pengajian berlangsung, guru akan memilih tajuk yang tertentu daripada

keratan rencana pengarang akhbar yang dikira penting untuk perbincangan di kelas bagi aktivit i

penulisan karangan. Aktiviti tersebut akan memberikan keseronokan kepada pelajar kerana

mereka dapat berkongsi bahan dan idea, serta dapat berbincang bersama-sama

4.2 Aktiviti Latihan

Kerja kumpulan membina soalan boleh dipraktikkan dalam pembelajaran komponan sastera

dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS). Aktiviti ini memerlukan kreativiti dan

mencabar minda pelajar.

sebagai contoh

Untuk aktiviti ini para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan

dibekalkan sebuah karya sastera yang terdapat dalam teks KOMSAS. Setiap anggota dalam

kumpulan akan menyumbangkan idea untuk membina soalan dan menyediakan jawapan bagi

setiap soalan yang dibina. Rasional aktiviti ini dijalankan adalah untuk memastikan pelajar-pelajar

membaca karya berkenaan dengan teliti. Hal ini kerana untuk membina soalan memerlukan

`penggubal soalan’ itu benar-benar memahami jalan cerita dan setiap aspek sastera yang

terkandung di dalamnya. Soalan yang akan dibina pula sudah tentulah aspek yang penting yang

terkandung dalam karya sastera berkenaan, yakni soalan yang mencabar minda.

Menelaah teks komsas untuk aktiviti membina soalan

Cara ini akan memberi pengalaman kepada pelajar untuk mengenal pasti bahagian-bahagian

yang penting yang terdapat dalam karya sastera berkenaan. Pengalaman di bilik darjah mendapati

pelajar mampu membina soalan hasil daripada perbincangan dalam kumpulan.

Selepas aktiviti membina soalan dijalankan, sesi kuiz pula diadakan. Guru akan mengumpul

soalan-soalan yang dibina oleh pelajar dan memilih soalan-soalan yang sesuai untuk dijadikan

soalan kuiz dengan sedikit pengubahsuaian. Selain dapat mencungkil kreativiti pelajar melalui

Page 12: Hbml4403

aktiviti yang dijalankan, pelajar-pelajar juga akan berasa bangga apabila soalan-soalan yang

mereka bina terpilih. Manakala bagi mereka yang soalan mereka tidak terpilih akan berusaha pada

sesi pembelajaran lain supaya soalan yang dibina akan terpilih. Suasana pembelajaran seperti ini

akan mewujudkan iklim pembelajaran yang sihat kerana masing-masing pelajar bersaing antara

satu sama lain membina soalan yang berkualiti untuk dipilih sebagai soalan kuiz.

contoh latihan

Kaedah Hafalan Sifir Bahasa

Dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,

khususnya dalam tatabahasa yang rata-ratanya pelajar lemah dalam aspek ini, kaedah hafalan

boleh diperkenalkan.

Kaedah pengajaran secara hafalan, sebagaimana hafalan sifir dalam matematik, mempunyai kaitan

dengan penggunaan kata dalam bahasa. Hal ini demikian kerana terdapat banyak pelajar yang tidak

mampu menggunakan kata dengan tepat. Dalam penulisan, penggunaan kata sendi nama dan kata

hubung banyak digunakan. Maka, pelajar mesti cekap dalam kedua-dua penggunaan kata itu bagi

menghasilkan penulisan yang baik, terutamanya dari segi penggunaan kata dalam ayat. Kata sendi

dan kata hubung biasa sangat digunakan dalam penulisan sebagai perangkai kata atau penanda

wacana. Perangkai kata digunakan untuk menghubungkan perkataan dengan perkataan, ayat

dengan ayat dan perenggan dengan perenggan. Sekiranya pelajar tidak menguasai perangkai-

perangkai kata itu, sukar untuk mereka menggunakannya dalam penulisan.

Semua guru bahasa akan mengajarkan golongan kata yang terdapat dalam sukatan pelajaran

bahasa Melayu sekolah rendah dan menengah, tetapi kerap kali pelajar lupa akan fungsi kata bagi

setiap kata atau bertukar antara satu sama lain. Contohnya, antara sendi nama dari dan daripada.

Berdasarkan pengalaman penulis, diperhatikan bahawa pelajar kerap bertukar antara kedua-

duanyanya. Contohnya;

1) *Ahmad menerima surat dari kawannya.

2) *Dia tinggal tidak jauh daripada rumah ibunya.

Kedua-dua perkataan sendi nama di atas telah disalahgunakan. Ayat (1) sepatutnya

menggunakan kata sendi daripada manakala bagi ayat (2), kata sendi yang betul ialah dari. Hal itu

berlaku dalam kalangan pelajar kerana mereka tidak benar-benar faham akan fungsi atau

Page 13: Hbml4403

penggunaan kata sendi berkenaan. Kata sendi dari hanya boleh digunakan untuk arah datangnya

sesuatu dan untuk menyatakan permulaan masa. Kata sendi daripada pula digunakan untuk hal-

hal lain, seperti orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak dan untuk menunjukkan

keanggotaan.

Kesilapan-kesilapan yang sering berlaku inilah memerlukan suatu perkaedahan dalam

pengajaran dijalankan di dalam bilik darjah, salah satunya melalui aktiviti sifir bahasa.

Operasi Aktiviti Sifir Bahasa

1) Kaedah hafalan atau Sifir Bahasa ini digunakan untuk mengajarkan kesemua jenis golongan

kata.

2) Fokus diberikan kepada kata sendi nama dan kata hubung terlebih dahulu kerana kedua-dua

kata itu kerap digunakan dalam penulisan sebagai penanda wacana atau perangkai kata. Kemudian

diikuti dengan golongan kata yang lain pula.

3) Pelajar diberikan senarai kata sendi nama dan kata hubung berserta dengan fungsi atau

cara penggunaannya untuk dihafal di rumah.

4) Semasa di bilik darjah guru akan memperuntukkan masa antara lapan hingga 10 minit pertama

sebelum sesi pengajaran dimulakan untuk aktiviti sifir bahasa. Guru akan meminta semua pelajar

berdiri dan akan mengemukakan soalan terbuka menanyakan fungsi kata sendi nama atau kata

hubung.

5) Pelajar yang tidak berjaya semasa sesi soal jawab akan didenda iaitu membuat kerja rumah.

Pelajar dikehendaki merujuk kepada lima kata sendi nama atau kata hubung dengan menyatakan

fungsi setiap kata tersebut.

6) Pada hari-hari yang berikutnya guru akan meneruskan aktiviti hafalan ini di bilik darjah

hingga semua pelajar dapat menguasai fungsi kata sendi nama dan kata hubung.

7) Pada hari-hari seterusnya aktiviti golongan kata yang lain pula dijadikan sebagai aktivit i

seperti sebelumnya.

8) Aktiviti ini hendaklah dibuat sepanjang tahun. Setelah kesemua golongan kata telah

dijalankan, guru akan membuat ulangan untuk memantapkan lagi ingatan dan kefahaman pelajar.

Page 14: Hbml4403

4.3 Aktiviti Sokongan

Aktiviti Minda Kreatif (mengcungkil kreativiti pelajar)

Kreativiti pelajar dapat dicungkil seandainya guru bijak menjalankan aktiviti yang boleh

merangsang minda pelajar. Kadang-kadang pengajaran dan pembelajaran secara biasa

tidak mampu menajamkan kreativiti pelajar.

Pelajar yang dikategorikan sebagai remaja merupakan golongan yang mempunyai tingkat

sensitiviti yang tinggi. Sensitiviti yang ada pada para remaja membolehkan mereka

mengungkapkan kata-kata yang menghasilkan pelahiran perasaan dan membangkitkan

rasa keindahan bahasa. Kalangan pelajar atau remaja dalam lingkungan umur 14 hingga

15 tahun berupaya merumuskan kata yang berkesan sehingga terbentuk satu rangkai kata

yang boleh memberikan maksud dan kesan mendalam berupa kata-kata hikmat. Rasional

aktiviti ini dijalankan adalah untuk penulisan karangan kerana markah bonus ada

diperuntukkan kepada pelajar-pelajar yang mampu memasukkan kata hikmat dalam

penulisan karangan.

Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam bilik darjah. Para pelajar diminta secara spontan

menghasilkan ungkapan penarik atau kata-kata hikmat secara spontan dalam sesi

pembelajaran. Pelajar-pelajar diberikan masa selama lebih kurang 25 minit untuk berfikir

dan mengungkapkan kata. Pengalaman penulis mendapati hasilnya sangat mengagumkan

apabila majoriti pelajar dapat menghasilkan kata-kata hikmat sendiri. Diperturunkan

beberapa contoh kata hikmat yang dihasilkan oleh pelajar.

i. Jadikan hari ini sebagai permulaan dan hari esok sebagai penentuan hidup anda.

ii. Orang yang berjaya dengan cemerlang dalam hidupnya ialah orang yang

tidakpernah memikirkan tentang kegagalan.

iii. Setitis air tidak boleh menjadi selautan air, tetapi sedikit ilmu boleh menjadi

selautan ilmu.

iv. Latihan berterusan telusnya kemahiran.

v. Setiap langkah adalah permulaan yang akan menyelesaikan permasalahan.

vi. Menyeru manusia kepada kebaikan adalah sukar berbanding mengajak

manusia kearah keburukan.

Page 15: Hbml4403

vii. Pengalaman lalu tidak boleh dijadikanpengalaman yang abadi untuk

dicontohi.

viii. Semalam merupakan kenangan manakala hari esok merupakan harapan dan

pastikanharapan itu akan menjadi kenyataan.

Aktiviti ini menjelaskan bahawa, pelajar peringkat sekolah pun mampu berfalsafah jika mereka

diberi peluang. Pembaharuan dalam P & P dapat menggalakkan pelajar untuk menulis kata-kata

hikmatnya sendiri yang sudah tentulah akan dapat membudayakan pemikiran kreatif dan inovatif

dalam kalangan pelajar.

5.0 Rumusan/Kesimpulan

Kepelbagaian perkaedahan dalam mengajar adalah penting. Kaedah-kaedah yang telah diutarakan

semuanya adalah berpusat kepada pelajar dan guru sebagai fasilitator, yang lebih menjurus kepada

pembudayaan pemikiran pelajar yang kreatif dan inovatif.

Para pelajar akan seronok belajar apabila guru menggunakan pelbagai pendekatan dalam

pengajaran. Keseronokan dalam menjalankan aktiviti akan menyebabkan mereka minat untuk

belajar dan guru dapat menerapkan input-input berkaitan dengan kreativiti dan inovasi dalam P &

P, supaya nanti institusi sekolah bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja

cemerlang dalam akademik semata-mata tetapi seorang pelajar yang kompeten, inovatif, kreatif

dan berkebolehan dalam usaha membangun modal insan minda kelas pertama sejajar dengan teras

kedua yang terdapat dalam PIPP. Seterusnya, memenuhi keperluan Wawasan 2020 untuk

menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju

Page 16: Hbml4403

6.0 Rujukan

Edgar Dale 1978. The Good Mind : Phi Delta Kappa Educational Foundation.

Izani Hj Daud 2010. “Belajar Bahasa dengan Keratan Akhbar”. dlm. Bahasa: Jld. 22, Bil.

05: 5 Mei. hlm. 24-25.

_________ 2009. “Sifir Bahasa”. dlm. Pelita Bahasa: Jld. 22, Bil. 04:4 April, hlm. 38-39.

Kamus Dewan 1994(Edisi Ketiga). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pellegrino,Richard & Politis,Michael 1999. Improving Your IQ..New York : A Simon &

Schuster Macmillan Company.

Sebagai seorang guru Bahasa Melayu sekolah rendah, sediakan penulisan yang

memaparkan analisis pendapat anda yang menyentuh tentang TIGA perkara berikut:

i. Jelaskan EMPAT kelebihan penggunaan akhbar dan majalah di dalam bilik darjah.

ii. Jelaskan EMPAT kelemahan penggunaan akhbar dan majalah di dalam bilik

darjah.

iii. Cadangkan dalam bentuk huraian tentang EMPAT langkah untuk menggiatkan

penggunaan akhbar dan majalah di dalam bilik darjah