hasil pembelajaran tatabahasa

3
Hasil Pembelajaran Pada akhir pelajaran, murid-murid dapat 1. Membezakan kata nama am dan kata nama khas dalam petikan. 2. Menyenaraikan kata nama am dan kata nama khas yang terdapat dalam petikan. 3. Membina ayat dengan menggunakan kata nama am dan kata nama khas. Penggolongan Kata Nama Golongan kata nama dikelompokkan kepada tiga kumpulan. i) Kata Nama Am ii) Kata Nama Khas iii) Kata Ganti Nama Kata Nama Am: Kata Nama Am ialah perkataan yang merujuk kepada benda-benda atau perkara-perkara yang umum sifatnya (Nik Safiah Karim et al: 2004 : 87). Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am abstrak dan kata nama am konkrit. Contohnya: Kata Nama Am Abstrak: -- kedamaian, kemerdekaan. Kata Nama Am Konkrit: -- tangan, sungai, lantai. Kata Nama Khas: Kata Nama Khas merujuk kepada nama ruang, binatang, tempat dan benda secara khusus. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 86), kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup (Nik Safiah Karim et al : 2004 : 86). Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia. (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 86). Manusia Binatang Tempat Kata Nama Am murid burung pasar pekebun kucing padang Kata nama khas hidup manusia Kata nama khas hidup bukan manusia Kata nama khas tak hidup Kata Nama Khas Ahmad Lassie Pahang Edelina Si Belang Pulau Pinang Chandran Sang Kancil Gunung Tahan

Upload: cwnorani

Post on 01-Jan-2016

43 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Hasil Pembelajaran Tatabahasa

TRANSCRIPT

Page 1: Hasil Pembelajaran Tatabahasa

Hasil PembelajaranPada akhir pelajaran, murid-murid dapat1. Membezakan kata nama am dan kata nama khas dalam petikan.2. Menyenaraikan kata nama am dan kata nama khas yang terdapat dalam petikan.3. Membina ayat dengan menggunakan kata nama am dan kata nama khas.Penggolongan Kata NamaGolongan kata nama dikelompokkan kepada tiga kumpulan.i) Kata Nama Amii) Kata Nama Khasiii) Kata Ganti NamaKata Nama Am:Kata Nama Am ialah perkataan yang merujuk kepada benda-benda atau perkara-perkarayang umum sifatnya (Nik Safiah Karim et al: 2004 : 87). Menurut Tatabahasa Dewan EdisiBaharu, kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am abstrak dankata nama am konkrit.Contohnya:Kata Nama Am Abstrak: -- kedamaian, kemerdekaan.Kata Nama Am Konkrit: -- tangan, sungai, lantai.Kata Nama Khas:Kata Nama Khas merujuk kepada nama ruang, binatang, tempat dan benda secara khusus.Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 86), kata namakhas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannyaberpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitunama khas hidup dan kata nama khas tak hidup (Nik Safiah Karim et al : 2004 : 86). Katanama khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama khas hidup manusia dankata nama khas hidup bukan manusia. (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 86).

  Manusia Binatang Tempat

Kata Nama Ammurid burung pasar

pekebun kucing padang

 Kata nama khas hidup manusia

Kata nama khas hidup bukan manusia

Kata nama khas tak hidup

Kata Nama Khas

Ahmad Lassie Pahang

Edelina Si Belang Pulau Pinang

Chandran Sang Kancil Gunung Tahan

Kata Ganti Nama:Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kata ganti nama dibahagikan kepada dua sub-golongan kecil, iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri (Nik Safiah Karim et. al : 2004 : 88).i)        Kata ganti nama tunjukii)       Kata ganti nama diriGanti nama diri pula dibahagikan kepada ganti nama diri orang dan ganti nama diri tanya.Ganti nama diri orang terdiri daripada ganti nama diri orang pertama, ganti nama

Page 2: Hasil Pembelajaran Tatabahasa

diri orangkedua dan ganti nama diri orang ketiga. (Nik Safiah Karim, et al : 1989 : 63)

Kata Ganti Nama Tunjuk:Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti pada kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujukkan itu (Nik Safiah Karim, 1989 : 64). Ada dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini untuk menunjukkan pada yang dekat dan itu untuk menunjukkan ada yang jauh.

Kata Ganti Nama:Kata ganti nama diri dibahagikan kepada kata ganti nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga. 

Kata Ganti Nama Diri Pertama

Penggunaan Contoh Ayat

AkuMerujuk kepada diri sendiri

Aku hendak pergi ke perpustakaan

BetaDigunakan oleh kerabat diraja

Beta berharap negara bertambah maju dan makmur.

HambaMerujuk kepada diri sendiri

"Hamba mohon ampun daripada baginda," kata Hang Tuah

KitaMerujuk diri sendiri dan diri orang kedua

"Kita akan berkelah di Port Dickson," kata Ahmad kepada Azri.

Kami

Merujuk diri dan rakannya apabila bercakap dengan orang kedua

"Kami diminta membersihkan bilik darjah,"kata Amin dan Ali kepada Zulkifli.

Saya Merujuk diri sendiriSaya dilantik menjadi ketua darjah dalam kelas 2 Arif.

 

Kata Ganti Nama Diri Kedua

Penggunaan Contoh Ayat

Anda Merujuk diri orang Anda dikehendaki beratur ketika menaiki LRT.

Page 3: Hasil Pembelajaran Tatabahasa

kedua

AwakMerujuk diri orang kedua

Awak disuruh membersihkan bilik darjah.

EngkauMerujuk diri orang kedua

Engkau hendak pergi ke kedai buku?

KamuMerujuk diri orang kedua

Kamu mesti belajar dengan lebih tekun.

 

Kata Ganti Nama Diri Ketiga

Penggunaan Contoh Ayat

BeliauDigunakan untuk merujuk orang yang dihormati

Beliau dilantik menjadi pegawai penerangan.

BagindaDigunaan untuk kerabat diraja

Baginda telah berangkat ke luar negeri.

DiaDigunakan untuk diri orang ketiga

Dia   datang awal ke pejabat sekolah

MerekaBilangan orang lebih daripada seorang

Pentas dihiasi oleh mereka dengan cantik.