hartal 20 oktober 1947

8
HARTAL 20 OKTOBER 1947. PENGENALAN. Perkataan “Hartal” ini asalnya dari India yang bererti mogok untuk menjauhkan jalan kekerasan. Hartal bermaksud pemogokan umum iaitu penutupan kedai dan lain-lain sebagai bantahan terhadap sesuatu. Hartal seluruh Melaya telah dilakukan serenpak pada 20 Haribulan Okt 1947 dengan penuh kejayaan. Tindakan mogok perdagangan dan perniagaan di seluruh negara telah dijalankan oleh gabungan PUTERA-AMCJA bagi membantah Malayan Union yang dikemukakan oleh British. PUTERA-AMCJA telah mengusulkan satu perlembagaan yang dikenali sebagai Perlembagaan Rakyat bagi menggantikan Malayan Union. Namun, cadangan perlembagaan rakyat ini ditolak oleh pihak British sebaliknya British bersama UMNO mencadangkan satu perlembagaan lain bagi menggantikan Malayan Union iaitu perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Dengan kata lain, Hartal dilakukan sebagai bantahan terhadap cadangan Perlembagaan untuk Malaya. Mogok Hartal merebak di Semenanjung Tanah Melayu dan mula- mula hanya berlaku di Kelang dan Melaka. Seluruh negeri Perak terlibat di bawah anjuran Dewan Perniagaan Cina Negeri Perak. Hartal ini turut dilakukan di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor dan Singapura. Namun, hartal hanya berjaya di Melaka, Singapura dan Pulau Pinang sahaja kerana di negeri tersebut Chinese Chambers of Commerce, anggota AMCJA sangat berpengaruh. Walaupun sebahagian besar kedai- kedai yang melakukan “Hartal” itu tertutup rapat, tetapi pintu belakangnya didedahkan untuk pelanggan-pelanggan masuk membeli barang-barang keperluan seperti biasa. Yang menjalankan “Hartal” cuma peniaga Cina, tetapi tidak peniaga India. Di kalangan orang Cina ada yang menjual di pintu belakang dan ada juga peniaga Cina yang membuka pintu depan. PERANAN PUTERA-AMCJA Semasa penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu, British telah mengambil kesempatan untuk merangka sebuah kerajaan baru

Upload: zeeaf

Post on 03-Jan-2016

277 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hartal 20 Oktober 1947

HARTAL 20 OKTOBER 1947.

PENGENALAN.

Perkataan “Hartal” ini asalnya dari India yang bererti mogok untuk menjauhkan jalan kekerasan. Hartal bermaksud pemogokan umum iaitu penutupan kedai dan lain-lain sebagai bantahan terhadap sesuatu. Hartal seluruh Melaya telah dilakukan serenpak pada 20 Haribulan Okt 1947 dengan penuh kejayaan.

Tindakan mogok perdagangan dan perniagaan di seluruh negara telah dijalankan oleh gabungan PUTERA-AMCJA bagi membantah Malayan Union yang dikemukakan oleh British. PUTERA-AMCJA telah mengusulkan satu perlembagaan yang dikenali sebagai Perlembagaan Rakyat bagi menggantikan Malayan Union. Namun, cadangan perlembagaan rakyat ini ditolak oleh pihak British sebaliknya British bersama UMNO mencadangkan satu perlembagaan lain bagi menggantikan Malayan Union iaitu perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Dengan kata lain, Hartal dilakukan sebagai bantahan terhadap cadangan Perlembagaan untuk Malaya.

Mogok Hartal merebak di Semenanjung Tanah Melayu dan mula-mula hanya berlaku di Kelang dan Melaka. Seluruh negeri Perak terlibat di bawah anjuran Dewan Perniagaan Cina Negeri Perak. Hartal ini turut dilakukan di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor dan Singapura. Namun, hartal hanya berjaya di Melaka, Singapura dan Pulau Pinang sahaja kerana di negeri tersebut Chinese Chambers of Commerce, anggota AMCJA sangat berpengaruh. Walaupun sebahagian besar kedai-kedai yang melakukan “Hartal” itu tertutup rapat, tetapi pintu belakangnya didedahkan untuk pelanggan-pelanggan masuk membeli barang-barang keperluan seperti biasa. Yang menjalankan “Hartal” cuma peniaga Cina, tetapi tidak peniaga India. Di kalangan orang Cina ada yang menjual di pintu belakang dan ada juga peniaga Cina yang membuka pintu depan.

PERANAN PUTERA-AMCJA

Semasa penjajahan Jepun ke atas Tanah Melayu, British telah mengambil kesempatan untuk merangka sebuah kerajaan baru untuk Tanah Melayu. Kerajaan baru ini dikenali sebagai Malayan Union, British menganggap mereka berhak menentukan bentuk pemerintahan kerajaan Tanah Melayu, apabila berjaya mengusir Jepun. Penubuhan Malayan Union telah mendapat respon yang negatif oleh masyarakat tempatan kerana syarat yang ditetapkan agak longgar dan mengenepikan hak orang Melayu dan kedudukan raja-raja. Malayan Union memperkenalkan konsep jus soli yang memudahkan bangsa asing menjadi warganegara Tanah Melayu dan hal ehwal Islam juga dipengerusikan oleh seorang Gabenor Jenaral British yang beragama Kristian yang mana ianya sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Tambahan pula, cara Sir Harold MacMicheal meminta tanda tangan raja-raja Melayu secara paksa, keadaan ini telah menyebabkan masyarakat tidak senang dengan penubuhan Malayan Union. Manakala, penubuhan Malayan Union dianggap menguntungkan orang yang bukan Melayu. Hal ini demikian kerana, orang bukan Melayu mahu Malayan Union diteruskan, disebabkan syarat kerakyatan sangat ketat jika Malayan Union dipinda dan Malayan Union juga asas kepada pembentukan bangsa ‘Malayan’.

Page 2: Hartal 20 Oktober 1947

Pada 1 Mac 1946 sebanyak 41 buah pertubuhan Melayu seluruh Tanah Melayu telah berhimpun di Kuala Lumpur untuk menubuhkan Kongres Kebangsaan Melayu bagi menentang Malayan Union. Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) turut serta. Kongres ini memperlihatkan banyak pertembungan pendapat dan akhirnya berlaku perpecahan bangsa Melayu kepada dua kumpulan politik yang berlainan haluan iaitu haluan kanan dan kiri. Haluan kanan diterajui oleh UMNO manakala kumpulan berhaluan kiri diterajui oleh PKMM.

Peristiwa ini merupakan titik tolak kepada penubuhan Pusat Tenaga Rakyat dengan ALL Malayan Council of Joint Action (PUTERA-AMCJA) yang mendukung pembentukan Perlembagaan Rakyat. Walaupun dari rumpun yang berbeza, perjuangan antara PUTERA-AMCJA adalah sama iaitu menentang penjajahan British. Oleh sebab yang demikian, gabungan antara kedua-dua pergerakan politik ini amat diperlukan. Bagi mendapat sokongan tanpa mengira lapisan masyarakat. Golongan yang berhaluan kiri telah memulakan terlebih dahulu gabungan kerjasama politik pelbagai kaum.

Walaupun perjuangan PUETRA-AMCJA tidak mendapat perhatian dari pihak British, tetapi gabungan PUTERA-AMCJA dipandang sebagai satu Barisan Hadapan yang pertama sebagai wadah kerjasama dan perpaduan semua bangsa di Malaya, berbanding dengan UMNO dan Perikatan UMNO, Malayan Chinese Association (MCA), Malayan Indian Congress (MIC).

PERLEMBAGAAN RAKYAT

Perlembagaan Rakyat dicadangkan bagi menggantikan Malayan Union yang dianjurkan oleh PUTERA-AMCJA iaitu hasil perbincangan selama tiga hari oleh Dr.Burhanuddin, Ishak Haji Muhamad, Tan Cheng Lock, J.A Thivy, Ahmad Bostamam, Chan Loo dan Gerald de Cruz. Perjuangan ini memperlihatkan bahawa, mereka lebih awal menerima kemasukan bangsa lain, manakala bangsa lain juga sanggup menerima pakai istilah Melayu sebagai bangsa mereka. Persetujuan ini membuktikan bahawa golongan radikal Melayu sangat berpandangan jauh dan sanggup menerima keadaan Tanah Melayu yang mempunyai pelbagai bangsa.

Terdapat 10 prinsip dalam Perlembagaan Rakyat dalam membantu Tanah Melayu kea rah berkerajaan sendiri tanpa naungan British iaitu:

1. Singapura hendaklah disatukan dengan Malaya2. Satu kerajaan pusat dan majlis-majlis negeri yang dipilih3. Raja-raja Melayu akan mempunyai kuasa yang sebenar, bertanggungjawab

kepada rakyat melalui Majlis Mesyuarat4. Satu perlembagaan baru bagi Malaya, menyediakan keistimewaan tertentu bagi

kemajuan orang Melayu dari segi politik dan ekonomi5. Adat istiadat Melayu dan agama Islam dikawal sepenuhnya oleh orang Melayu

melalui Majlis Khas6. Kerakyatan yang serata bagi semua orang yang menganggap Tanah Melayu

sebagai tempat tinggal tetap dan sanggup mencurahkan kesetiaannya tanpa berbelah bagi

7. Bahasa Melayu haruslah menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal bagi Malaya

8. Pertahanan dan hal ehwal luar negeri haruslah menjadi tanggungjawab bersama kerajaan Malaya dan kerajaan British

Page 3: Hartal 20 Oktober 1947

9. Kerakyatan Malaya haruslah dinamakan Melayu10. Merah putih haruslah dimasukkan sebagai latar belakang bendera kebangsaan

Malaya. Perlembagaan ini telah diajukan kepada pihak penjajah British melalui jawatankuasa

perundingan yang ditubuhkan oleh British yang berfungsi bagi menerima cadangan dari orang perseorangan atau badan-badan bebas untuk membentuk sebuah perlembagaan bagi menggantikan Malayan Union. Walaupun Perlembagaan Rakyat ini mengandungi idea yang baik untuk semua lapisan masyarakat tetapi oleh kerana kepentingan pihak penjajah British dan golongan elit Melayu mungkin terjejas, maka ia ditolak oleh pihak British.

Perlembagaan yang dicadangkan oleh PUTERA-AMCJA ini dilihat sebagai tidak sesuai dan munasabah dengan kedudukan politik Tanah Melayu. Bagi Dato’ Onn, kedudukan politik orang Melayu mestilah dikukuhkan sebelum satu kerajaan sendiri yang merdeka dicapai.

Walaupun Perlembagaan Rakyat yang dicadangkan oleh PUTERA-AMCJA itu tidak berjaya direalisasikan kerana di tolak oleh penjajah British, namun ianya memberikan gambaran bahawa mereka yang bukan UMNO lebih memahami dan mengerti akan prinsip kemerdekaan yang sebenarnya dan perlunya suatu perlembagaan ‘asli’ yang lahir daripada pandangan rakyat pelbagai kaum di Tanah Melayu. Menurut A.J Stoclwell dan Rustam A. Sani, perjuangan menuntut kemerdekaan melalui kerjasama politik yang melibatkan pelbagai kaum lebih terserlah melalui usaha golongan berhaluan kiri dan berjaya menggugat kedudukan British.

British telah bertindak menolak Perlembagaan Rakyat kerana bimbang akan menggugat pendudukan British di Tanah Melayu dan sebaliknya cadangan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dikemukakan oleh pemerintah British dengan Raja-raja Melayu diterima pakai. Sesetengah pihak menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dicadangkan oleh pihak British untuk menggantikan Malayan Union adalah lebih sesuai dengan kehendak dan kepentingan orang Melayu.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu adalah untuk menggantikan Malayan Union dan juga untuk menjaga kepentingan British di Tanah Melayu. Perlembagaan ini dari sudut pemikiran aliran kiri, jelas menunjukkan bahawa ianya tidak memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Selain daripada itu, terdapat beberapa perkara yang longgar iaitu, PKMM tidak dijemput dalam Working Committee. Manakala,prosedur perundingan dalam membentuk draft Working Committee dianggap tidak demokratik kerana tidak mendapat pandangan daripada semua masyarakat Tanah Melayu. Selain itu, PKMM juga tidak berpuas hati mengenai hal ehwal pertahanan dan luar negeri yang masih di pegang oleh British.

Walaupun PUTERA-AMCJA tidak berjaya mewartakan Perlembagaan Rakyat akibat keengganan British tetapi Perlembagaan Rakyat yang dibentuk lebih radikal daripada perlembagaan yang dicadangkan oleh Jawatan kuasa Kerja. Pada bulan September 1947, tekanan PUTERA dan AMCJA menjadi lebih kuat apabila mereka bergabung dan mengadakan “ Hartal” iaitu satu mogok ekonomi sehari yang dilancarkan pada 20 Oktober 1947 di seluruh Tanah Melayu. Tindakan mogok perdagangan dan perniagaan di seluruh negara ini, telah dijalankan oleh gabungan itu bagi membantah cadangan Perlembagaan British-UMNO itu. Ini adalah tindakan susulan daripada gabungan itu setelah Perlembagaan Rakyat gagal dilaksanakan.

Page 4: Hartal 20 Oktober 1947

MOGOK HARTAL 1947 Setelah Perlembagaan Rakyat ditolak oleh pihak British, PUTERA-AMCJA telah

melancarkan satu mogok yang dinamakan “Hartal”. Perancangan mogok hartal di seluruh Tanah Melayu pada 20 Oktober 1947 oleh PUTERA-AMCJA telah diuar-uarkan secara meluas. Tindakan mogok ini telah mendapat sokongan daripada semua badan dalam gabungan itu antaranya MDU, Malayan Indian Congress (MIC), ALL Malayan Council of Joint Action (AMCJA), Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA), Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU) dan Selangor Chinese Chamber of Commerce (ACCC). ACCC adalah gabungan persatuan perniagaan dan perdagangan orang Cina di Seluruh Tanah Melayu yang memang cergas dalam hartal ini.

Dalam kenyataan Dr. Burhanuddin di Utusan Melayu, PUTERA telah memberi empat sebab mengapa ia menyokong hartal:

“…ialah untuk meninjau sejauh mana kekuatan perpaduan orang Melayu dalam perjuangan mendapat hak politik, sejauh mana kelemahan orang Melayu, ingin tahu bagaimana orang bukan Melayu telah menjadi begitu kuat dan kenapa orang Melayu lemah, serta sejauh mana kekuatan kerajaan British dan bagaimana adilnya ia dalam menjalankan kerajaan, kerana ada yang miskin dan ada yang kaya.”

Akhbar-akhbar memainkan peranan yang penting sebagai wadah dalam menyampaikan maklumat mengenai mogok ini. Kempen dan propaganda dimuatkan dalam akhbar tempatan untuk menjayakan mogok hartal. Rancangan bagi melancarkan mogok disokong oleh Col. H.S.Lee yang merupakan Presiden Selangor Chinese Chamber of Commerce. Malah Pengerusi Selangor Indian Chamber of Commerce A.A. Mohd Abdullah turut menyatakan sokongan terhadap mogok yang akan dilancarkan. The Malay Mail telah melaporkan persetujuan untuk turut serta dalam mogok tersebut. Pendekatan yang digunakan melalui saluran akhbar menyemarakkan lagi perjuangan serta mencelik mata masyarakat terhadap pendudukan British di Tanah Melayu. Akhbar digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan mesej terhadap ketidakadilan dasar dan pentadbiran British di Tanaha Melayu. Peristiwa Hartal merupakan kemuncak perjuangan PUTERA-AMCJA yang berjaya dilakukan secara aman di seluruh negara.

Akhbar Majlis berpendapat bahawa mereka yang menjalankan hartal sebenarnya tidak memahami maksud dan tujuan mogok itu. Ada yang menyatakan hartal itu ialah untuk membangkang cadangan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan ada pula yang menyatakan kerana membantah cukai pendapatan. Kebanyakan tuan punya kedai terpaksa menutup kedai oleh kerana takut diugut oleh pihak yang menganjurkan mogok hartal atau takut barang-barang di dalam kedainya diambil tidak berbayar. Ada pula kedai-kedai yang membuka pintu belakangnya kerana menjalankan perniagaannya yang menunjukkan sebenarnya mereka tidak berhartal tetapi hanya menutup pintu hadapan sahaja contohnya di Batang Padang dan Ipoh, Perak.

Mogok Hartal ini tidak melibatkan semua pihak di Tanah Melayu sebaliknya hanya melibatkan golongan-golongan tertentu sahaja. Namun begitu, terdapat juga larangan kepada kakitangan awam untuk tidak menyertai mogok ini. Hal ini dapat dilihat menerusi akhbar Sunday Tribune pada 26 Oktober 1947. Seterusnya berdasarkan “Summary of reports of District Officers and the Police on results locally of the “Hartal” on 20 th

Page 5: Hartal 20 Oktober 1947

October, 1947” menyatakan bahawa kegiatan ekonomi lumpuh pada hari tersebut, perkhidmatan dan aktiviti-aktiviti masyarakat juga terbantut.

Walaubagaimanapun, pada waktu mogok Hartal berlangsung terdapat beberapa ancaman yang terpaksa dihadapi oleh peniaga-peniaga di Kuala Lumpur. Dalam akhbar Malay Mail pada 19 Oktober 1947, menyatakan bahawa hartal telah dijalankan dengan menggunakan ancaman kepada para pekedai.

Mogok Hartal yang dilancarkan oleh PUTERA-AMCJA ini dilihat telah menarik perhatian pihak-pihak tertentu yang bertindak untuk menggagalkan hartal ini. Dalam usaha untuk mengagalkan tindakan hartal ini, halangan dan amaran pihak berkuasa polis telah disiarkan dalam akhbar tempatan.

Secara jelasnya, peristiwa mogok Hartal yang dilancarkan oleh PUTERA-AMCJA pada 20 Oktober 1947 berjaya seperti yang dirancangkan. Seluruh kedai di Kuala Lumpur ditutup dan ibu kota menjadi lenggang pada hari tersebut. Ia berjaya dilaksanakan secara aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Kejayaan hartal secara aman ini telah tersiar dalam akhbar Times of Malay and Strait Echo, keesokan harinya.

KESIMPULAN.

Mogok Hartal 20 Oktober 1947 oleh PUTERA-AMCJA adalah bertujuan untuk membantah British dalam Malayan Union. Mogok Hartal ini dilancarkan setelah Perlembagaan Rakyat yang diusulkan oleh PUTERA-AMCJA kepada pihak British ditolak.

Mogok Hartal ini berjaya dilancarkan seperti yang telah dirancangkan iaitu pada 20 Oktober 1947. Semasa hartal ini, kita dapat lihat kedai-kedai di sekitar Kuala Lumpur dan beberapa buah negeri di Tanah Melayu tertutup rapat. Namun, kebanyakan tindakan pekedai-pekedai ini bukanlah bermakna mereka bersimpati dengan PUTERA-AMCJA, tetapi kerana hendak memelihara keselamatan masing-masing.

Hartal ini dilihat hanya memberi kesan semasa sahaja iaitu kesan sewaktu berlakunya hartal itu di mana aktiviti ekonomi di Tanah Melayu pada 20 Oktober 1947 tidak berjalan lancar. Walau bagaimanapun, tujuan Hartal ini sebenarnya adalah untuk memberi tekanan ekonomi kepada British. dengan harapan pihak British akur dengan Perlembagaan Rakyat yang dicadangkan oleh PUTERA-AMCJA bagi menggantikan Malayan Union.

Namun, pihak British tidak menghiraukan tuntutan Perlembagaan Rakyat itu, sebaliknya meneruskan cadangan penubuhan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu bagi menggantikan Malayan Union.